Anda di halaman 1dari 10

Open university Malaysia

KERTAS CADANGAN PROGRAM MURNI SK PETAGAS 2009.

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) merupakan penekanan kepada semua kegiatan dan
pengalaman yang dirancang untuk mempertahankan,menggalakkan dan menjaga kesihatan
optima murid-murid serta kegiatan sekolah bagi menggalakkan keadaan hidup sihat di
sekolah dan membina pengetahuan,sikap dan kebiasaan yang diingini berkaitan kesihatan.

Latar belakang.

Program ini dikenali sebagai MURNI yang bermaksud Kempen Cara Hidup Sihat,Sekolah
Bersih dan Keselamatan.Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan
kesedaran pihak Sekolah,Guru-guru,Staf Sekolah,Pelajar,Ibubapa dan komuniti setempat
bahawa persekitaran dan prasarana yang sihat dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bagi
semua aspek JERIS.Komuniti yang terlibat dapat memainkan peranan mereka dalam usaha
menjayakan serta menyumbangkan idea,pendapat dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Tujuan

Faktor utama penggabungan tiga program ini adalah bertujuan untuk memastikan kesedaran
gaya hidup sihat,kebersihan dan keselamatan dapat dipertingkatkan lagi semasa pelajar
berada di sekolah selain dari rumah.Komuniti yang terlibat juga dapat mengukuhkan lagi
kesedaran dan keyakinan pelajar bahawa komuniti setempat juga turut member impak ke atas
program yang dijalankan.

Rasional

i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan.

ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi
dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.

iii. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dari segi keselamatan.

iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa
sokongan keluarga dan komuniti.

Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat


elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu.

Page
Open university Malaysia

Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan


menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan.

i. Kesedaran awam atau komuniti.

ii. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan


kokurikulum.

iii. Peraturan sekolah.

iv. Pengurusan bencana alam dan kecemasan.

v. Kehadiran warga sekolah.

vi. Membasmi ponteng.

vii. Pencegahan dadah, rokok dan arak.

viii. Perkongsian bijak dengan agensi luar.

ix. Kesedaran sosial dan budaya.

x. Kepimpinan murid.

xi. Penglibatan keluarga dan komuniti.

xii. Program khas bersama komuniti.

xiii. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat.

xiv. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi.

xv. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan.

xvi. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah.

xvii. Pembangunan staf.

xviii. Kawalan keselamatan sekolah.

xix. Khidmat kemasyarakatan.

xx. Perkongsian bijak bersama korporat.

xxi. Perkongsian bijak dengan media.

xxii. Perkhidmatan kesihatan sekolah.

xxiii. Perundangan.

xxiv. Penilaian dan pemantauan.

Page
Open university Malaysia

Program MURNI ini diadakan adalah kesinambungan dari program-program yang telah
diadakan sebelum ini tetapi kurang memberi kesan yang positif kerana penglibatan komuniti
hanya terbatas semasa program itu dijalankan sahaja.Bagi mencapai hasrat dan visi program
ini,penglibatan menyeluruh dari pihak komuniti sangat diharapkan agar dapat berganding
bahu dengan pihak sekolah dalam menjayakan program ini sepenuhnya.

Matlamat dan Objektif

Antara objektif dan matlamat program ini dilaksanakan ialah:

i. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan Pihak Sekolah,Guru-guru,Staf


Sekolah,Pelajar serta Komuniti tentang Cara Hidup Sihat,Kebersihan dan
Keselamatan.

ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam


perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.

iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.

iv. Memastikan tahap gaya hidup sihat,kebersihan serta keselamatan mencapai tahap
lebih baik dikalangan warga sekolah dengan komuniti.

v. Kerjasama,perkongsian idea yang bernas dari warga sekolah dan komuniti dapat
mewujudkan prasarana sihat,bersih dan selamat.

vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.

vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

viii. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.

ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah.

Cadangan Organisasi.

Page
Open university Malaysia

Bil JawatanKuasa Jumlah


1. Pengerusi 1
2.. Timbalan Pengerusi 2
3. Setiausaha 1
4. Bendahari 1
5. AJK 8

Cadangan Program/Aktiviti
1. Kuiz kesihatan
2.Perkhidmatan saringan kesihatan
3.Saringan minda sihat
4.Pertandingan – melukis, mewarna, puzzle
5.Aktiviti rekreasi – cth: poco-poco, line dancing, tai-chi, permainan tradisional.
6.Pameran Kempen Cara Hidup Sihat – senaman dan kecergasan fizikal, makan
secara sihat, jauhi alkohol dan tidak merokok.
○ Pameran agensi lain atau syarikat swasta yang berkaitan.
○ Permainan dan hiburan yang bersesuaian.
7.Seminar/forum awam
8.Gotong-royong mingguan dan perdana bagi memastikan keadaan persekitaran
sekolah sentiasa bersih dan ceria yang disertai oleh warga sekolah,ibu bapa dan komuniti.

9.Mewujudkan jawatankuasa selamat sekolah yang melibatkan komuniti dan warga


sekolah sepenuhnya.

10.Pertandingan Kebersihan bagi sudut-sudut kawasan angkat yang diusahakan oleh


komuniti setempat.

11.Hari terbuka sekolah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara warga sekolah
dengan komuniti.

Kaedah Pelaksanaan

Bagi melaksanakan program di atas,antara kaedah yang perlu di lakukan adalah:

1.Mengadakan mesyuarat di antara warga sekolah dengan komuniti bertujuan menghebahkan


tentang aktiviti atau program yang dirancang oleh pihak sekolah serta penglibatan komuniti.

Page
Open university Malaysia

2.Menetapkan jadual dan jawatankuasa yang akan mengendalikan setiap program yang
dilaksanakan.

3.Menerapkan perkongsian bijak dengan komuniti berkaitan tenaga kerja,idea,pendapat dan


komen membina.

4.Menawarkan intensitif yang berkaitan dengan usaha yang berterusan dalam melaksanakan
dan memastikan program yang dijalankan.

5.Pentadbir sekolah menetapkan tarikh,tempat dan aktiviti yang telah dirancang di peringkat
sekolah untuk disepadukan dan dimurnikan oleh komuniti setempat.

6.Pelajar didedahkan dengan komunikasi pelbagai arah dengan komuniti agar program yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Peranan Sekolah:

i. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat,kaunter Kebersihan dan bilik


khas kesihatan.

ii. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan


kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga.

iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh


dan tegas.

iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak
yang memerlukan.

v. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin,doktor muda di kawasan


setempat.

vi. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah


keselamatan,kebersihan dan kesihatan.

vii. Mewujudkan pelan pengurusan krisis.

viii. Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan,kebersihan dan kesihatan


serta bagaimana menanganinya.

ix. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan


pembelajaran.

Page
Open university Malaysia

x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan,sihat dan bersih dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

xi. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan


keselamatan,kesihatan dan kebersihan.

xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan,kesihatan dan


kebersihan.

Peranan Komuniti :

i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah


tempat yang selamat,bersih dan sihat.

ii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.

iii. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam


perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah.

iv. Menerapkan nilai-nilai kerohanian oleh pemimpin agama.

v. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu


meningkatkan keselamatan,kebersihan dan kesihatan.

vi. Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah.

vii. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah.

viii. Menyatakan had-had tingkah laku,menjaga kebersihan dan kesihatan


yang dikehendaki oleh komuniti.

ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi


mencegah jenayah.

x. Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua.

Anggaran Perbelanjaan.

1.Percetakan (Aturcara,Cenderahati,kad jemputan) RM 300.00

2.Banner/Bunting RM 150.00

Page
Open university Malaysia

3.Bayaran Penceramah RM 200.00

4.Jamuan RM 750.00

Jumlah RM 1,400.00

Komitmen.

Harapan pihak sekolah terhadap program yang akan dijalankan ini akan dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya oleh semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung.Kerjasama yang bersepadu dan mantap akan dapat menjayakan program ini seperti
yang telah dirancangkan.

Komuniti dan masyarakat yang terlibat sama dalam menjayakan projek ini turut
menyumbang kepada kejayaan besar program yang dilaksanakan nanti.

SENARAI RUJUKAN

1.Program Bersepadu Sekolah Sihat,Md.Zairi Husain,Institut Perguruan Temenggong


Ibrahim,Johor Bahru.

Page
Open university Malaysia

2.Program Squad Antidadah,Institut Pengajian Tinggi,Agensi Anti Dadah,Kementerian


Keselamatan Dalam Negeri.

3.Modul HBHE2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat.

4.Contoh Kertas Kerja Program Khas Jom.

ISI KANDUNGAN

1. Latar belakang Program


2. Tujuan
3. Rasional
4. Matlamat dan Objektif

Page
Open university Malaysia

5. Cadangan Organisasi
6. Cadangan Program
7. Kaedah Pelaksanaan
8. Anggaran Perbelanjaan
9. Komitmen
10. Senarai Rujukan.

Penghargaan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pn Rita dan rakan-rakan kerana telah membantu saya
dalam menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.Melalui tugasan ini,banyak perkara yang
telah saya pelajari untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kemahiran menggunakan
perisian word yang selama ini tidak saya kuasai.

Page
Open university Malaysia

Semoga hasil tugasan ini akan memberikan ruang bagi kita untuk menghasilkan program
yang dapat membantu kita melahirkan pelajar yang memenuhi JERIS yang kita harap dan
impikan.

Page

Anda mungkin juga menyukai