Anda di halaman 1dari 3

Keselamatan di sekolah”PEMBENTUKAN BUDAYA

KERJA SELAMAT DAN SIHAT”


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat beberapa kemalangan dan kecederaan
berlaku di premis sekolah dan sebahagiannya dilaporkan dalam media. Insiden dan kemalangan
ini melibatkan guru, pekerja sekolah dan juga pelajar.

Dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran dan mempromosikan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, NIOSH yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah
memperkenalkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah atau OSH di
Sekolah dengan tujuan untuk menjadikan sekolah-sekolah sebagai tempat yang selamat dan
sihat untuk para guru, pekerja sekolah, pelajar dan juga pelawat.

NIOSH telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Buku Panduan Program Keselamatan dan
kesihatan Pekerjaan di Sekolah. Buku ini diharap dapat dijadikan rujukan asas oleh pihak
sekolah dalam menerapkan aspek keselamatan dan kesihatan di peringkat sekolah.

Buku panduan ini sebenarnya diterbitkan dengan tujuan memberi maklumat dan panduan
secara am dalam membangunkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah.
Antara lain, buku panduan ini memberikan maklumat tentang cara-cara bagaimana untuk
menimbulkan kesedaran dan latihan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada
guru, kakitangan sekolah dan para pelajar.

Buku panduan ini juga memberi maklumat mengenai keselamatan di makmal, pejabat dan
kantin, keselamatan ketika bersukan, keselamatan dari terjatuh, keselamatan pemakanan di
kantin, kesihatan dan kebersihan diri, pengosongan bangunan waktu kecemasan dan
pertolongan kecemasan.

Rancangan Keselamatan dan Kesihatan bukanlah perkara yang baru bagi sekolah. Sebelum ini
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa projek berunsurkan keselamatan dan kesihatan
termasuk Panduan Pengurusan 3K sebagai pemangkin kepada matlamat sekolah yang sihat,
bersih dan selamat di seluruh negara.

Konsep OSH in School walaupun hampir serupa dengan program yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran bercadang untuk membawa suatu dimensi tambahan terhadap
keselamatan di sekolah.
Ia melihat sekolah sebagai sebuah tempat atau premis kerja yang melibatkan para guru dan
kakitangan sekolah. Sebagai tempat kerja, sekolah juga tertakluk kepada Akta Keselamatan
dan kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994).

Pelaksanaan peraturan-peraturan OSHA di sekolah adalah untuk memastikan supaya sekolah


adalah tempat yang selamat dan terhindar daripada sebarang gejala yang boleh menjejaskan
kesihatan para guru, kakitangan sekolah, pelajar mahu pun pelawat.

Tunggak utama terhadap perlaksanaan program ini adalah :

- Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap pekerja di sekolah;


- Memastikan sesiapa sahaja yang berada di tempat kerja (di sekolah) diawasi dan dijaga
keselamatan dan kesihatan mereka iaitu para pelajar serta pelawat di sekolah berkenaan;
- Mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat dan sihat termasuklah (di pejabat, makmal,
asrama, kantin, tandas, padang dan sebagainya) sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi
para pekerja dan sesiapa sahaja yang berada di sekolah.

Kesedaran OSH tidak seharusnya ditumpukan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah, malah
ianya harus juga melibatkan pelajar-pelajar di sekolah. Kesedaran terhadap OSH boleh
dilakukan melalui pengurusan OSH di sekolah masing-masing menerusi perlaksanaan program
OSH di sekolah ini.

Di samping itu, program tersebut ini dapat memupuk budaya selamat dan sihat di kalangan
para pelajar sekolah sejak awal lagi supaya mereka akan menjadi sumber tenaga manusia atau
modal insan yang senantiasa prihatin terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pendedahan awal ini akan membantu generasi muda negara membentuk budaya kerja selamat
dan sihat. Guru-guru adalah merupakan orang yang penting di dalam menerapkan kesedaran
terhadap kepentingan OSH di kalangan pelajar.
Berlandaskan matlamat inilah pihak NIOSH merasakan program pelancaran buku panduan yang
diadakan ini merupakan usahasama kami dan Syarikat Exxonmobil dalam menyumbang kepada
”PEMBENTUKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT” khususnya di kalangan generasi akan
datang dan secara amnya kepada segenap lapisan masyarakat kita.

Anda mungkin juga menyukai