CONTOH:
DASAR 3K
1. Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.
2. Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan,
keselamatan dan kesihatan di SMKL
3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.
4. Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk
memastikan tahap peningkatannya di SMKL.
5. Memupuk kerjasama diantara warga SMKL dengan pihak luar dalam membentuk sebuah
masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan
kesihatan sepanjang masa.
6. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adlaah amalan warga
sekolah
setiap hari.
7. Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan,
keselamatan dan kesihatan.
Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid,
guru dan pekarja swasta.
Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat
berpandukan Borang Penilaian Kebersihan.
Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.
Semasa bergerak ke kelas. pelajar digalakkan menggunakan susur gajah @ koridor kelas
ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya.
Murid-murid yang berbasikal @ bermotor perlu menolak basikal @ motor mereka melalui
gate B dan meletakkannya di tempat meletak basikal pelajar di tempat letak kenderaan.
Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga
adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak
mereka keluar dari sekolah.
Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing
dengan cara yang betul.
Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit
berbahaya yang lain.
Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.
Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam keadaan baik. Terdapat khidmat Sanitari di
tandas perempuan dengan membuang tuala wanita yang dibungkus ke dalam bakul sampah
yang bersarung.
beg plastik. Sinki dalam tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat.
Persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa gangguan
daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar sekolah.
Keselamatan Lalulintas Murid
Wadem trafik sedang mengawal lalu lintas pada awal pagi dan waktu lepas sekolah.
Murid-murid perlu memakai tanda nama pada setiap masa semasa berada di dalam
kawasan sekolah.Manakala bagi murid-murid yang ingin keluar kelas mereka perlu memakai
pas keluar dan masuk
Peralatan kecemasan sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan diletakkan di bilik
kecemasan. Alat Pemadam Api dihantar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri
Sarawak untuk diperiksa/ diuji setiap tahun. Semua alat pemadam api di sekolah telah
diperiksa pada 2/02/2009 dan tempoh sahlaku adalah sehingga 1/10/2009.