Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH

KESUSTERAAN
MELAYU DI MALAYSIA
• Ketua I, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul
Latiff Abu Bakar juga menjelaskan sastera dalam Nusantara Melayu telah wujud
sebelum kedatangan Islam.

• Sebelum kedatangan Islam perkembangan atau perubahan sastera Melayu dapat


dilihat pada jenis tulisan yang digunakan iaitu Sanskrit.

• “Kemudian kita boleh lihat penulisan itu berubah selepas kedatangan Islam iaitu
penggunaan tulisan Jawi. Itu pasti merupakan pengaruh dari negara-negara Arab.

• “Intipati penulisan juga pasti banyak berubah jika sebelum itu banyak manuskrip
tentang raja dan sebagainya. Selepas kedatangan Islam banyak karya-karya berkisar
tentang ilmu agama,” katanya ketika ditemubual S2 baru-baru ini.
• Perubahan terus berlaku apabila kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu pada
hujung kurun ke-19 tulisan Rumi telah digunakan dalam penulisan.

• Pada kurun ke-12, kesusasteraan Melayu telah dipandang tinggi dan ia


dikatakan menjadi lambang peradaban masyarakat setaraf dengan bangsa lain.

• Setiap bangsa mempunyai lapangan sastera masing-masing dan kesenian


tersendiri. Kemudian pengaruh Melayu dan bangsa-bangsa lain dalam sastera
menjadikan kita setaraf dengan bangsa lain.
• Sementara itu, seorang penulis terkenal Hamzah Hamdani, 62, memberitahu terdapat
dua kategori dalam sejarah sastera iaitu moden dan klasik.

• “Sastera klasik yang dipanggil karya agung atau sinonim dengan rakyat sebagai hikayat.
Selain itu, ada juga cerita-cerita rakyat yang disebut sebagai dongeng oleh penglipurlara.

• “Dalam sastera moden, puisi mula ditulis sejak 1913 berdasarkan penemuan-penemuan
manuskrip. Cerpen pula mula ditulis sekitar 1920-an, begitu juga novel.

• “Tetapi yang menarik perhatian saya adalah sajak kerana ada orang pernah jumpa
nukilan tersebut ditulis pada 1576. Begitulah panjangnya perjalanan sastera Melayu,”
jelasnya.

Anda mungkin juga menyukai