Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KAJIAN SASTERA SEM 2

Trem bernama Desire karya Tennese William


Pada semester 2 kali ini, kami telah mengkaji drama bertajuk Trem bernama Desire karya
Tennese William. Pada pendapat saya, drama ini sangatlah menarik dan digalakkan untuk
membaca karya ini kerana drama ini mempunyai plot yang sangat menarik dan boleh kita kaitkan
dengan kehidupan kita sekarang ini. Drama ini mengisahkan tentang seorang janda bernama
Blanche yang tinggal bersama adiknya dan suami. Blanche mempunyai kisah silam hitam yang
dia ingin lupakan dan ingin memulakan kehidupan yang baru. Tetapi masyarakat sekelilingnya
tetap memandang serong terhadap Blanche kecuali adiknya, Stella. Hal ini boleh dilihat pada
zaman sekarang, masyarakat tidak akan menerima seseorang yang sudah insaf jika dia
mempunyai kisah silam yang buruk malah akan terus memaki. Perkara ini sangatlah tidak elok
kerana ia akan menjejaskan emosi seseorang. Pemikiran dan emosi mereka akan menjadi tidak
stabil dan akan membahayakan kesihatan mereka. Jadi, saya merasakan drama ini mempunyai
banyak pengajaran yang boleh pembaca dapat sekaligus menyedarkan bahawa penyakit mental
ini sangatlah bahaya yang boleh membunuh orang.

Interlok karya Abdullah Husain


Kami juga telah mengkaji novel ini pada semester ini juga. Pada pendapat saya novel ini unik
kerana novel ini terdiri daripada 4 buku atau 4 bahagian. Novel ini berkisahkan tentang
penduduk melayu, cina, dan india Tanah Melayu sebelum mereka merdeka oleh pihak British.
Buku 1 mengenai orang melayu, buku 2 mengenai orang cina, buku 3 mengenai orang india
manakala buku terakhir menceritakan interaksi ketiga-tiga kaum dalam memerdekaan Tanah
Melayu. Saya suka novel ini kerana Abdullah Husain memaparkan situasi yang saya tidak pernah
lihat kerana tidak lahir lagi ketika itu. Beliau memaparkan kesusahan yang kesemua kaum hadapi
ketika pemerintahan Jepun dan British. Hal ini memupuk semangat patriotisme dalam diri saya
dan membuatkan saya terfikir, kalau saya hidup semasa zaman itu, adakah saya akan berjaya
mengharungi segala cabaran? Oleh itu, saya lebih bersyukur dengan orang terdahulu yang
sanggup mempertahankan tanah air daripada terus dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, saya
terpesona dengan buku 4 kerana Abdullah Husain menunjukkan Kerjasama antara pelbagai kaum
boleh memerdekakan sesebuah negara.
Mahabbah karya Shahnon Ahmad
Kami juga telah mengupas novel ini. Pada pendapat saya, novel ini agak susah untuk dibaca dan
mungkin boleh membuat pembaca rasa mengantuk dan akhirnya menutup buku ini dan tidur.
Perkara ini telah banyak kali terjadi kepada saya tetapi saya tetap gagah untuk membaca dan
menkaji perkara yang ingin disampaikan oleh Shahnon Ahmad. Bagi saya, Shahnon Ahmad ini
merupakan penulis yang unik kerana beliau menterjemahkan bahasa melayu dengan pelik dan
menggunakan bahasa kiasan untuk mengutuk atau mengecam sesuatu perkara. Apabila saya
Mahabbah ini, saya perlu memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh Shahnon
Ahmad. Beliau telah menggunakan banyak bahasa arab untuk dijadikan sebagai simbol dalam
penulisan beliau. Saya mendapati beliau telah banyak menggunakan aspek sastera yang pelbagai
kerana saya telah menemui banyak dalam karya ini. Hal ini akan membuatkan pembaca terfikir
perkara tersirat yang disampaikan oleh Shahnon Ahmad. Antara perkara yang saya dapat melalui
melalui novel ini ialah taat segala perintah Allah SWT kerana kematian tidak akan menunggu
kita.

Anda mungkin juga menyukai