Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis

Cerpen ³Lambaian Daun-daun Kelapa´ karya Sahul Hamid Salim Mastan yangmengisahkan tentang
sifat hasad dengki manusia terhadap manusia yang lain.Sememangnya lumrah kehidupan, manusia
sememangnya tidak puas dengan apa yangdimiliki. Perasaan iri hati sering membuak-buak di dalam
hati sanubari, apabila iblisbermaharaja di minda dan syaitan bertakhta di hati pelbagai tindakan di
luar jangkaanminda boleh terjadi.Begitulah nasib yang menimpa Nayan yang merupakan seorang
bapa dan suamikepada sebuah keluarga yang miskin. Nayan gigih memerah keringat bagi
menyarakeluarga dengan mengambil upah memetik buah kelapa. Daripada pendapatannyaitulah dia
mampu membeli beras, ikan dan keperluan dapur yang lain. Namun manusiamemang tidak mampu
dipisahkan dengan perasaan hasad dengki, begitulah yangterjadi kepada Nayan apabila kakinya
tercedera akibat dipukul oleh Semail apabilamerasakan Nayan cuba mendominasi punca rezekinya.
Nayan yang berusaha kuat danikhlas dengan mengambil upah memetik buah kelapa di ladang
kampungnya telahdisangka buruk oleh Semail.Kini Nayan menderita apabila dia tidak lagi mampu
menyara keluarganya, diamerasakan dirinya tidak lagi berguna sebagai seorang suami mahupun
bapa. Isterinyaterpaksa berhutang keperluan dapur dengan kedai runcit dan menebal muka
memintabelas dengan saudara mara terdekat demi memastikan mulut-mulut dirumahnya
dapatdisuap setiap hari. Nayan berasa malu dengan tindakan isterinya, kalau diikutkan hatiingin
sahaja dia menghalang isterinya dari meminta belas daripada orang lain. Tetapiapakan daya, apabila
mengingatkan anak-anak, isteri mahupun dirinya sendiri yangperlu makan setiap hari dia terpakasa
membenarkan isterinya walaupun dengandengan berat hati.Nayan dengan ikhlas berdoa kepada
Illahi mengharapkan kakinya sembuhdengan cepat. Dia membayangkan dirinya yang dahulu, dia
menunggu saat-saatbahagia apabila kakinya sudah sembuh. Waktu itu dia akan berjalan
tanpamenggunakan tongkat ketiaknya. Langkahnya kukuh dan tidak menyakitkan seperti sekarang.
Dia dengan gagah memanjat kembali pohon-pohon kelapa, dia akan kembalimendapat upah seperti
dahulu. Waktu itu dia benar-benar menjadi seorang pahlawankeluarga, dia tidak perlu lagi
membenarkan anak isterinya meminjam beras dankeperluan harian daripada mana-mana orang di
kampung.Di suatu petang Nayan mengelamun seketika, namun lamunannya terhentiapabila adiknya
Leman melaung namanya. ³Abang ! Tengok ni bang´ teriak Leman darijauh. Nayan tersentak apabila
melihat Semail sedang diheret oleh Leman dengantanganya diikat kukuh dengan tali. ³Ini dia bang
orang yang patahkan kaki abang.Sekarang giliran abang pula patahkan kakinya´ Leman cuba
mengapikan perasaanNayan dengan mengungkit dendam kesumat yang telah lama terbuku di hati.
Nayandengan perlahan-lahan berjalan menuju ke bawah pohon sukun, dicapainya batangjambu
sebesar lengan dan menghampiri Semail.Semail yang berada kukuh dalam pegangan Leman, kini
meronta-ronta hendakmelarikan diri. Mukanya pucat lesi, kedutan dan keretakan dimukanya
jelasmenunjukkan perasaan takut dan cemas yang sedang menyulubungi dirinya.Merasakan rontaan
yang dilakukan oleh Semail, Leman bertindak denganmengukuhkan lagi peganganya. Leman cuba
menimbulkan provokasi, dia sudah tidaksabar lagi hendak melihat Nayan membelasah kaki Semail.
Nayan menghayun batangjambu tapi kemudiannya berhenti. Kemudian batang jambu itu
dilemparkan ke tanah.Nayan tidak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya bersama keluarga
menimpaSemail. Nayan perlahan-lahan beredar dari situ, dia terasa muka tersembam dibahunya.
Sungguh dia tidak menyangka Semail menangis teresaka-esak di bahunya.Nayan hanya mampu
mendiamkan diri.
Gaya Bahasa

Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap karyapenulisan samada puisi,
cerpen mahupun novel.

Gaya bahasa merupakan salah satucara untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan
pandangan mereka terhadapsesuatu perkara dengan lebih berkesan. Pengunaan gaya bahasa
mampu memberikanimpak yang lebih berkesan kepada para pembaca.

Gambaran yang ingin disampaikanoleh penulis dapat ditafsir dengan jelas oleh pembaca. Selain pada
itu, gaya bahasamampu memberikan pembaca peluang untuk berimaginasi sebagai contoh
penggunaanhiperbola seperti ³cintaku kepadanya cinta jutaan bunga-bunga´. Di samping itu,
gayabahasa juga mampu membuat sesuatu karya itu tampak lebih menarik sekaligusmenarik minat
para pembaca untuk meneruskan bacaan mereka.Di dalam cerpen, ³Lambaian Daun-daun Kelapa´
gaya bahasa personifikasikerap digunakan oleh penulis. Sebagai contoh ³Daun-daun kelapa
melambai-lambaidipukul angin pagi´. Dapat kita lihat disini pemberian sifat manusia telah
diberikankepada daun-daun kelapa dan angin. Penggunaan personifikasi bertujuan
untukmemberikan imej yang jelas kepada para pembaca, dengan ini pembaca dapatmembayangkan
keadaan sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Ini kerana sifatmanusia lebih mudah
dibayangkan oleh para pembaca. Penggunaan gaya bahasasinkof turut digunakan oleh penulis di
dalam cerpen ini. Contohnya ³

Tak dapat panjatpokok kelapa«´ dan ³Mak, beras dah habis´, penulis menggunakan sinkof
bertujuanuntuk menunjukkan monolog dalaman dan dialog lebih realistik dan tidak terlalu
formal.Seterusnya penggunaan imejan iaitu imej alam, penulis menggunakan imej alamuntuk
menggambarkan latar tempat yang ingin disampaikan di dalam cerita tersebut.Imej alam seperti
³pohon-pohon kelapa´, ³ladang kelapa´ dan ³sungai´ menunjukkanlatar tempat yang berlatar
belakangkan sebuah kampung yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa. Selain itu, imej alam juga
digunakan oleh penulis untuk menunjukkanlatar masyarakat, berdasarkan imej alam yang diberikan
oleh penulis pembaca dapatmenggambarkan masyarakat kampung yang bergiat dalam industri
pertanian.Seterusnya gaya bahasa hybrid iaitu penyatuan dua kata menjadi satu kata
turutdigunakan. Sebagai contoh, ³sesekali dia berasa dirinya bagai suami yang tidak

bertanggungjawab´. Perkataan ³bertanggungjawab´ berasal dari perkataan tanggung


+jawab.Penggunaan gaya bahasa asonansi iaitu pengulangan bunyi vocal turutdigunakan oleh
penulis. Sebagai contoh ³ tapi sakit lagi hatinya ´, iaitu pengulanganbunyi vocal ³I´ dan ³a´ . Tujuan
asonansi adalah untuk menghasilkan kesan kemerduandi samping itu melenturkan bunyinya supaya
lembut dan menarik. Seterusnyapenggunaan anafora iaitu pengulangan kata di awal baris. Sebagai
contoh, ³

Dia berasadia berada di puncakpohon kelapa. Dia dengan riang mencantas pelepah daunkelapa.

Dia dengan gembira meluruhkan buah-buah kelapa´. Dapat kita lihat disinipengulangan kata ³dia´
telah diulang sebanyak tiga kali oleh penulis.

Kesantunan Bahasa
Mengikut kamus dewan edisi ke-4, kesantunan membawa maksud kehalusan(budi bahasa atau budi
pekerti) manakala berbahasa membawa maksud memakai ataumenggunakan bahasa. Maka
kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagaikehalusan budi bahasa dalam memakai atau
menggunakan bahasa. Kesantunanbahasa dapat dibahagikan secara verbal dan tidak verbal, iaitu
bahasa sapaan, protokoldan bahasa tubuh. Kesantunan bahasa di dalam cerpen amatlah penting
keranadengan cara ini nilai-nilai budi bahasa dan pekerti mulia dapat diserapkan secara haluskepada
para pembaca. Kesantunan bahasa yang terdapat di dalam cerpen mampumemberikan impak
mendalam kepada para pembaca. Di dalam cerpen ini terdapatbeberapa kesantunan bahasa yang
ingin saya nyatakan.Pertama dari segi verbal, iaitu secara pertuturan. Penulis telah
menerapkanbeberapa kesantunan bahasa di dalam cerpen beliau. Sebagai contoh, ³Ya
Allahsembuhkan kakiku cepat-cepat supaya aku dapat panjat pohon kelapa ambil upahseperti
dahulu´, penulis cuba menunjukkan sifat rendah diri Nayan sebagai seoranginsan yang lemah dengan
berserah diri kepada tuhan yang lebih berkuasa ketikamengalami masalah. Contoh kedua dapat
dilihat apabila Sopiah menasihati suaminyaNayan ketika dia cuba untuk berdiri, ³Abang masih belum
betul-betul sembuh. Piah dah kata abang jangan berjalan kemana-mana tapi abang ni degil´. Penulis
menunjukkankasih sayang seorang isteri yang sabar menasihati suaminya yang nekad untuk
berdiri.Kedua dari segi tidak verbal, iaitu secara pergerakan. Contoh yang boleh diambilialah Sopiah
segera menghampiri suaminya yang jatuh dan berusaha dengan kerasuntuk mengangkat suaminya.
Di sini menunjukkan kasih sayang seorang isteri terhadapsuaminya yang tercinta. Contoh yang kedua
ialah, Sopiah mendodoi anaknya Timahdengan penuh kasih sayang apabila mendengar anak kecilnya
itu menangis. Jelas disini bahawa penulis cuba menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap
anakkesayangannya.

Sistem Sapaan

Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari kesantunan bahasa. Sistemsapaan menunjukkan
adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. Sistem sapaanadalah penting dalam sesebuah karya
penulisan. Ini kerana, cara berkomunikasi yangbetul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan
secara langsung mahupun tidaklangsung. Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa laras sistem sapaan
yang berbeza.Penulis menggunakan kata ganti nama pertama iaitu ³aku´ pada dialog Nayan
terhadapisterinya, ³Aku nak panjat pokok kelapa´. Kata ganti nama ³aku´ di dalam dialogtersebut
agak keras walaupun ia menunjukkan taraf suami adalah lebih tinggi daripadaisteri. Di samping itu
sistem sapaan tersebut menunjukkan latar masyarakat kampungyang agak kasar.Contoh kedua
³Mak, beras dah habis´, kata ganti nama ³mak´ telah digunakanoleh Joyah untuk menunjukkan rasa
hormat sebagai seorang anak terhadap ibunya.Contoh seterusnya ³Abang nak bangun pergi mana?´
kata ganti nama ³abang´ telahdigunakan oleh Sopiah bagi menunjukkan rasa rendah diri terhadap
suaminya. Disamping itu, panggilan ³abang´ juga menunjukkan rasa hormat dan sayang seorangisteri
terhadap suaminya.

Kepentingan Gaya Bahasa, Kesantunan Bahasa, dan system sapaan dalam masyarakat Malaysia dan
generasi muda.
Marcapada ini, arus globalisasi kian melanda masyarakat di Malaysia.Masyarakat berlumba-lumba
mengejar pembangunan teknologi, namun aruspembangunan yang berlaku tidak selari dengan
perkembangan akhlak dalam kalanganmasyarakat sekarang. Sering kita dengar keruntuhan akhlak
remaja yang meniti daribibir ke bibir masyarakat sekarang.Remaja melayu yang dahulunya terkenal
dengan baik budi bahasanya, lembuttutur katanya, dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal
sejarah. Kebanyakan remajasekarang amat kasar bahasanya. Orang yang lebih tua tidak lagi
dihormati. Merekatidak lagi mengamalkan adat yang tua dihormati yang muda disayangi, bagi
merekasemua adalah sama. Mereka lebih cenderung menggunakan perkataan ³aku´, tidak
kirakepada rakan sebaya, orang yang lebih tua malahan ibu bapa mereka sendiri. Sudahdiketahui
umum, kata ganti nama ³aku´ adalah agak biadab untuk digunakan terhadaporang yang lebih tua
dalam kalangan masyarakat melayu.Antara langkah yang boleh diambil oleh penulis dalam
membentuk kembaliakhlak remaja sekarang ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam karya
mereka.Pertama, penggunaan gaya bahasa, penulis dapat menasihati pembaca supayaberubah
supaya bersatu padu dengan menggunakan hiperbola seperti ³mari kitakumpulkan tenaga rasaksa´ .
Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan unsur-unsur kebaikan dengan menggunakan simile.
Sebagai contoh simile, baik seperti nabi,rajin seperti semut, dan bermuafakat seperti aur dengan
tebing.Kesantunan bahasa juga boleh digunakan oleh penulis dalam hasil karyamereka. Penulis
boleh menggunakan dialog-dialog yang sesuai dalam hasil tulisanmereka. Sebagai contoh, ³pak cik,
boleh saya masuk?´ penggunaan kati nama ³pak cik´menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua.
Secara tidak langsung ia mendidikpembaca tentang adab-adab berkomunikasi dengan orang yang
lebih tua. Di sampingitu, gambaran akhlak-akhlak yang baik juga dapat digambarkan oleh penulis.
Contohyang boleh saya ambil dalam cerpen diatas, Nayan tidak membelasah Semail walaupun

dendamnya masih kuat tersemat di hati. Jelas disini bahawa penulis mampumenerapkan nilai
kemaafan antara satu sama lain dalam hasil karya mereka.Dapat saya simpulkan disini bahawa
penulis-penulis karya haruslah berusahakeras dalam menghasilkan karya-karya yang mampu
membentuk jiwa dan memurnikanakhlak masyarakat zaman sekarang.

Anda mungkin juga menyukai