Anda di halaman 1dari 4

MEREKA YANG TERTEWAS

Menurut Harimurti Kridalaksana wacana merupakan kesatuan bahasa yang


melengkapkan sebuah ayat. Ayat adalah tingkat yang tertinggi dalam hierarki tatabahasa
dimana fungsi wacana adalah amat penting daripada tingkat ayat. Hal ini kerana,
wacana dapat dianalisis dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku,
ensiklopedia, paragraf atau kata-kata yang lengkap. Wacana adalah kesatuan fikiran
yang kuat dan praktikal serta suatu perbincangan atau pertuturan dalam bentuk lisan
ataupun tulisan. Wacana biasanya digunakan untuk memberikan pandangan,
meyampaikan maklumat, menunjukkan perasaan, mengemukakan simpati dan
sebagainya. Jadi, saya telah memilih sebuah novel yang bertajuk Mereka Yang
Tertewas untuk membincangkan hasil penulisan teks tersebutnya. Novel ini telah
dihasilkan oleh Hasanuddin Md Isa dan cetakan pertama nove ini adalah pada tahun
1989 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini mengisahkan tentang seorang lelaki
yang bernama Lebai Tapa bin Marwan mengusahakan untuk menegakkan prinsip-
prinsip hidup mengikut ajaran Islam dalam kalangan masyarakat di sebuah kampung
yang diberi nama sebagai Kampung Bukit Setugal. Watak utama dalam novel ini adalah
Lebai Tapa bin Marawan dan watak sampingannya adalah Mimah, Imam Mat, Mdidin,
Jemilah, Kadi Syeikh Abd. Kahar dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhannya, novel ini adalah tentang kisah Lebai Pa merupakan seorang
pemuda yang gagah, sekap dan mahir dalam mengayuh perahu. Pada suatu hari, si
atelah menyelamatkan seorang gadis sunti yang bernama Mimah daripada lemas dan
sini mencetusnya perasaan cinta antara kedua-dua pemuda-pemudi itu. Ketika itu, Lebai
pa meminta ibu bapanya melamar Mimah dimana ibu bapa Mimah pula menolak
lamaran tersebut. Ini menyebabkan Lebai pa bersakit hati dan dia ingin ke mendalami
ilmu agama untuk menenangkan jiwanya daripada godaan hidup. Setelah mempelajari
ilmu agama lima tahun dia telah Imam dan berkahwin dengan Jemilah iaitu anak kepada
Imam Mat setelah mngetahui bahawa bekas kekasih Mimah telah meninggla dunia. Dia
telah mula mengajar ilmu agama kepada penduduk-penduduk kampungnya dan
berjuanga untuk mempertahankan ilmu agama yang dipelajari olehnya dengan
menyebarkan ilmu agama tersebut kepada orang lain.

Menerusi novel ini kelebihan secara menyeluruhnya ialah penggunaan tulisan-tulisan


dalam novel ini adalah baik sekali. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, perkataan-
perkataan bagi kata nama khas diberikan huruf besar pada huruf permulaan perkataan
tersebut. Sebagai contohnya, Kampung Setugal, Paya Tubi, Bukit Keledang, Mimih dan

1
sebagainya. Selain itu, permulaan bagi setiap ayat dimulakan dengan baik sekali dimana
setiap huruf pertama bagi sebuah ayat dimulakan dengan huruf besar. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa suatu ayat perlu dimulakan dengan huruf besar. Selain itu,
langkau antara suatu perkataan ke suatu perkataan yang lain serta suatu baris ke suatu
baris yang seterusnya adalah tepat. Hal ini dikatakan sedimikian kerana, penggunaan
langkau yang tepat dan betul dapat memudahkan pembaca membaca teks tersebut
dengan mudah dan jelas. Hal ini dapat menyebabkan pembaca mudah memahami teks
tersebut.

Kelebihan yang seterusnya ialah penggunaan penanda wacana dengan betul dan
tepat. Penanda wacana dimaksudkan sebagai frasa atau kata yang berperanan sebagai
penyambung antara kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat, perenggan
dengan perenggan, bab dengan bab, dan juga jilid dengan jilid. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana, penanda wacana dalam novel ini dapat digunakan dengan betul
mengikut situasi ayat tersebut. Sebagai contohnya, penggunaann penanda wacana
‘malahan’ dapat menerangkan situasi Mimah yang tidak setuju dengan sikap ibunya
kerana dapat menyakiti hati Tapa. Ayatnya adalah seperti Malahan, Mimah sendiri amat
berdukacita dengan sikap negative ibunya menolak lamaran kekasihnya Tapa.

Selain itu, tajuk dan kandungan bagi novel ini telah digunakan dengan baik sekali
dan tepat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana penulis novel ini telah menjelaskan
kandungannya dengan subtopik yang tepat dengan menerangkan situasinya dengan
jelas. Hal ini kerana, penggunaan kata seruan, ‘koma’ antara dua ayat ynag berbeza
dapat menerangkan situasi tersenut dan situasi selepasnya dengna jelas. Sebagai
contohnya, ‘Selepas perkahwinannya dengan Jemilah , Tapa berpindah ke Bukit Setugal
membuka tanah di sana bersama Resat dan peneroka lainnya. Penggunaan kata seruan
koma antara du ayat tersebut menerangkan dua situasi yang lain pada masa yang
sama.

Tambahan pula, menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1997), pemerenggan penting
dalam mengemukakan idea yang tersusun dan berkesan secara umumnya. Penulis
dapat menyampaikan idea dan isi dengan lebih jelas dan terperinci serta memudahkan
pembaca mengikuti idea-idea penulis dengan lebih licin. Hal ini dikatakan sebegitu
kerana dalam novel ini penulis dapat menyusun setiap perenggan dengan tepat dan
teratur. Permulaan dan pengakhiran iaitu olahan cerita amat teratur dan betulk sekali.
Hal ini dapat menarik minat pembaca untuk meneruskaan pembacaannya dari satu
perenggan ke perenggan setrusnya sehinggalah pengakhiran cerita tersebut.

2
Selain itu, laras bahasa ynag digunakan dalam novel ini juga sangat betul. Laras
bahasa adalah adalah suatu gaya atau cara yang digunakan dalam sesautu bahasa
dalam sesuatu situasi dimana gaya ialah pelisanan dan penulisan. Laras bahasa dapat
dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang
mempraktikkan bahasa sehingga wujudnya satu dialek. Manakala, penggunaan ialah
kemahiran penggunaan jenis bahasa yang sesuai dalam suatu situasi dan ia lebih
kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Penggunaan gaya
bahasa dalam novel ini telah mematuhi segala ciri yang perlu ada pada sebuah cerita
yang menarik. Hal ini kerana, penulis telah menggunakan ayat yang ringkas mudah dan
tidak terlalu banyak untuk memudahkan bacaan pembacaan. Selain itu, laras bahasa
teknikal ynag digunakan juga amat sesuai kerana ia tidak terlalu formal dan juga tidak
terlalu tidak formal. Ia mematuhi laras bahasa yang betul dan sesuaikannya denga karya
tersebut.

Selain daripada kebaikan, terdapat juga kelemahan yang tidak sepatutnya berada
dalm novel ini. Antaranya ialah, penggunaan kata adjektif dalam novel ini adalah kurang
tepat. Kata adjektif yang digunakan untuk menerangkan sikap ibu Mimah adalah kurang
tepat. Contohnya ayatnya adalah ‘Malahan Mimah sendiri amat berdukacita dengan
sikap negatif ibunya menolak lamaran kekasihnya Tapa’. Penggunaan kata adjektif
negatif adalah kurang tepat kerana ia merupakan kata pinjaman dimana kaja adjektif
yang sepatutnya digunakan adalah sikap yang tidak baik. Selain itu, terdapat juga
kelsalahan dari segi imbuhan pada ayat ‘Mimah sendiri amat berdukacita’. Hal ini
kerana perkataan berdukacita perlu diasingkan dimana ia perlu dijadikan seperti
berduka cita.

Seterusnya, penggunaan tatabahasa seperti ‘di kalangan’ juga tidak betul dalam
novel ini. Sebagai contohnya, ‘Di kalangan pemduduk Kampung pdi Setempat’. Ia
sepatutnya digunakan sebagai ‘dalam kalangan’. Tambahan pula terdapat jug adi
beberpa tempat penggunaan kata seruan yang tidak betul. Sebgai contoh ayatnya ialah
‘Malahan Mimah sendiri amat berdukacita dengan sikap negatif ibunya menolak lamaran
kekasihnya Tapa’ dimana koma perlu diletakkan selepas menggunakan penanda
wacana pada permulaan sesuatu ayat. Selain itu, penggunaan penanda wacana dan
kata hubung dalam tidak banyak. Di samping itu, penulis juga tidak menyertakan
sebarang gambar ,tiada warna atau tulisan yang berwarna-warni. Oleh itu, pembaca
secara tidak langsung akan hilang minat untuk membaca. Oleh itu, penulis perlu
meningkatkan cerita serta muka surat untuk membangunkan rasa ingin tahu pembaca.

3
Akhir kata, daripada cerita yang saya pilih, saya dapat tahu bahawa dalam sesebuah
novel mesti mempunya kelebihan dan keburukan. Jadi penulis-penulis perlu menghayati
kesalahan tersebut dan menjadikan karya mereka sebagai satu karya yang amat bagus.
Hal ini dikatakan sebegitu kerana, karya-karya ini boleh dijadikan panduanbagi generasi
muda dan juga penulis yang ingin menghasilkan karya sendiri.

RUJUKAN

Din, H. F. (2019). Wacana Penulisan . Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd.


Isa, H. M. (1989). Mereka Yang Tertewas. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. (ED.4).(2007).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Pustaka, D. B. (2017). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved from


http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=wacana&d=175768&

Anda mungkin juga menyukai