Anda di halaman 1dari 4

KASIH SAYANG SEORANG NENEK

Aku merupakan seorang insan yang hilang kasih kedua ibu bapa, mereka ada
tetapi telah mengabaikan diriku ini. Sedih, resah, gelisah, marah, kecewa dan
segalanya telah dirasa oleh jiwa ini. Tiada siapapun di dunia ini memahami diriku ini
kecuali dia, nenekku yang tercinta. Nenekku merupakan seorang wanita yang
berasal dari sebuah kampung yang nyaman, iaitu dari Kampung Baru Pahi, Kuala
Krai, Kelantan. Dia merupakan salah seorang penduduk yang sentiasa ceria pada
pandangan penduduk kampung. Dia sangat baik dan sentiasa menolong sesiapa
sahaja. Dia berumur 75 tahun dan aku memanggilnya sebagai “mek”. Mek telah
menjaga aku dan dua orang lagi abangku sejak kami kecil lagi. Selepas ibu dan
bapaku bercerai, mek antara orang yang sanggup menerima kami dan menjaga kami
dengan penuh kasih dan sayang.

Pada usia ini, mek memang kelihatan tua dan sudah tidak berdaya, namun itu
bukanlah perkara yang dapat menghalangnya daripada terus lemah dan tak berdaya.
Berbekalkan semangat yang ada pada diri, mek sentiasa kuat dalam berjuang
meneruskan hidupnya. Bukan itu sahaja, mek juga sanggup berkorban demi
menyara kami bertiga. Mek amat sayangkan kami sehingga dia sanggup
pertahankan kami jika kami dimarah atau dipukul oleh mereka yang kejam. Mek
merupakan seorang penoreh getah. Dia sentiasa berusaha mendapatkan wang demi
menyara kami walaupun menoreh getah adalah perkara yang sukar pada usianya
yang sudah tua. Seperti yang telah kukatakan sebentar tadi, tua bukan satu masalah
baginya untuk berhenti melakukan segala perkara yang pernah dilakukan olehnya
sebelum ini.

Dialah ibu kami, dialah bapa kami, dan dialah sahabat kami. Itulah yang dapat
kami gambarkan betapa sayangnya mek terhadap kami. Aku memang tidak sanggup
untuk melihat dia terus berkerja dalam usia yang tua ini. Sedih, tetapi apakan daya.
Dengan semangat yang ada pada diri mek, dia berjaya menghantar kami tiga beradik
ke sekolah. Kata mek “belajarlah rajin-rajin, jadi orang yang berjaya”. Pada masa itu,
mungkin aku tidak mengerti apa yang dikatan olehnya. Apa yang aku tahu pada
ketika itu adalah “bermain”. Pergi ke sekolah hanyalah untuk bersuka ria dan bukan
untuk belajar. Biasalah pada umur yang masih muda, perasaan hendonsime tu tinggi
dalam diri ini sehingga mengabaikan apa yang penting.
Kami mempunyai datuk tetapi kami tidak rapat kerana datuk seorang yang agak
tegas. Jadi, meklah yang menjadi sasaran bagi kami untuk menumpang kasih.
Sepanjang tinggal dengan mek, secara perlahan-lahan aku melupakan kedua ibu
dan bapaku, Setiap malam nenek sentiasa menidurkan kami dengan cerita-ceritanya
yang dibacakan kepada kami sebelum tidur. Indah sekali apabila mendengar cerita
tersebut. Hari demi hari, kami sudah selesa dengan kehidupan ini. Kadang-kadang,
ada yang tidak berpuas hati dengan kehidupan kami ini, iaitu ibu dan bapa
saudaraku. Bagi mereka, menjaga kami tiga beradik adalah perkara yang
menyusahkan. Pernah mereka bercadang untuk menghantar kami ke Pusat
Kebajikan Masyarakat kerana tidak mahu melihat mek penat semasa menjaga kami
namun mek tidak pernah sesekali mengizinkan perkara tersebut daripada terus
berlaku.

Tahun berganti tahu, hari berganti hari. Kini usia kami sudah meningkat dan
bermulalah kisah bagaimana berlakunya konflik antara kami, mek, dan ibu dan bapa
saudaraku. Entah bagaimana hendak dimulakan kerana perkara ini mungkin
menyebabkan kami sentiasa berada dalam kesedihan. Biasalah, setandang pisang,
tidak semuanya elok, pasti ada yang buruknya. Mirul iaitu abangku, dialah antara
paling nakal dan sentiasa menimbulkan banyak masalah. Mek kadang-kadang sedih
dengan kelakuannya. Dia sangat degil dan keras kepala. Dia juga sanggup
melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang diinginkan. Mek hanya menoreh
getah, dia tidak mampu memberikan benda yang diluar kemampuannya.

Pada suatu hari, entah mengapa Mirul melakukan kesalahan yang amat besar
bagi kami. Mungkin dia terpengaruh dengan rakan sebayanya yang mempunyai
sikap yang amat negatif. Mirul pada ketika itu entah mengapa terjebak dengan kutu
rayau kampung. Dia sudah terjatuh ke lembah yang durjana. Amat sedih, tetapi
perbuatannya tidak dapat dimaafkan. Dia sudah terlibat dengan aktiviti penagihan
dadah seperti pil kuda. Setiap hari dia memberontak meminta wang daripada mek
untuk membeli “benda” itu. Dia selalu mengamuk dan sanggup melawan apa yang
dikatakan oleh nenek. Kadang-kadang, dia dan rakannya sanggup mencuri apa-apa
sahaja yang mereka nampak asalkan bernilai demi mendapatkan wang. Sungguh
pelik perbuatannya ini namun apakan daya, dia sudah melukakan banyak hati. Mek
sungguh bersedih dengan perbuatannya ini. Mek amat sayangkan kami sehingga
sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kami bahagia. Disebabkan perangai
Mirul ini, pakcik dan makcik aku sentiasa menghina kami sehingga berkata “kamu
semua menyusahkan mak aku”!. Terkejut tapi itulah kata-kata yang dilemparkan oleh
mereka kepada kami. Walaupun bergelut dengan perkara sebegitu, namun ada juga
perkara yang menggembirakan hati mek. “Yes!!”, terdengar daripada mulut abang
sulungku, Ishak. Kemudian, Ishak berlari terus ke dapur untuk memberitahu mek
bahawa dia telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya pada peringkat
ijazah di salah sebuah universiti tempaatan yang terdapat di Malaysia ini.

“Mek!”, sebanyak lima kali Ishak terus memanggil nama mek sambil tersenyum
kegembiraan kerana sangat terharu dengan surat tawaran tersebut. Mek pula
sungguh teruja dengan melihat Ishak tersenyum-senyum dan mek bertanya “kenapa
dengan kau in Ishak melompat-lompat macam orang tak siuman?”, sambil ketawa.
Kemudian, Ishak memberitahu mek yang dia berjaya melanjutkan pelajarannya.
Sungguh gembira tak terkata mek pada ketika itu. Kami sungguh gembira. Dalam
masa yang sama, mek juga risau kerana duit simpannya tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan Ishak ke universiti. Risau dan gelisah dia pada ketika itu.
Aku juga tertanya-tanya, “entah apa yang difikirkan oleh mek itu ya, sehingga dia tak
mau tidur”.
Mek pada ketika itu sememangnya kelihatan sungguh gelisah. Namun aku juga
cuba untuk menadah telinga dan mendengarkan apa yang dikatakan oleh nenek
seorang diri ketika dia berada di biliknya dan dia berkata “Ya Allah, akhirnya cucuku
berjaya menjejakkan kakinya ke menara gading dan aku sungguh gembira. Tetapi ya
Allah, mampukah aku menyaranya ketika dia berada di universiti?”, ujar nenek
seorang diri. Setelah aku mendengar apa yang dikatakan oleh nenek, terus aku
terdiam dan berkata “beratnya ujian yang dilalui oleh nenek, mampukah kami
membahagiakan dia?”. Kadang-kadang, aku berasa kesian apabila melihat wajah
nenekku yang sentiasa dalam kesedihan. Ada satu hari, aku mencuba untuk berhenti
belajar. Pada ketika itu, aku tidak memberitahu tentang kepada nenek kecuali rakan-
rakan aku sahaja. Hal ini telah bermain di fikiran aku kerana memikirkan nasib nenek
aku yang sentiasa risau kerana masalah kewangan yang dihadapi bagi menampung
kos perbelanjaan abang aku yang bakal melanjutkan pembelajarannya kelak. Tujuan
aku untuk berhenti sekolah adalah tak lain tak bukan untuk membantu nenek
mencari wang . Soal ibu bapaku ? Huh sudahlah !!!!! Mereka tidak menghiraukan
kami dan kami sudah “masak” dengan perkara itu. Namun, ketika aku hendak
mengambil surat berhenti sekolah, guru mata pelajaran Bahasa Melayu aku terkejut
dengan tindakan yang dilakukan oleh aku. Guru aku percaya bahawa aku
merupakan seorang pelajar yang berpotensi tinggi untuk berjaya. Memang agak
terkejut jika aku tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.
Sungguh tidak masuk akal. Bukan itu sahaja, guru aku iaitu Cikgu Man berusaha
memujuk aku agar tidak melakukan hal berikut. “Eh kamu ni Haikal, tak pikir ke apa
yang kamu lakukan ini? Kamu nak jadi apa kalau kamu berhenti sekolah?
Sayangnya kerana kamu ini budak yang bijak”, kata Cikgu Man kepadaku. Terkejut
juga dengan kata-kata Cikgu Man. Apa yang dikatakan olehnya itu sungguh
menusuk ke kalbuku.

Setelah itu, Cikgu Man mendekatiku dan mengajak untuk berborak. Cikgu Man
kerap kali menyoal dan bertanya sebab aku hendak berhenti sekolah. Akhirnya, aku
meluahkan segalanya pada Cikgu Man. Kemudiannya, Cikgu Man berusaha
menolong kami dengan meminta bantuan zakat daripada pihak sekolah untuk
meringankan beban mek untuk membantu Ishak melanjutkan pelajarannya. Sungguh
tak terduga perkara ini boleh terjadi. Selepas Cikgu Man menguar-uarkan perkara ini,
ramai yang datang menghulur bantuan kepada kami. Alhamdulillah, syukur ke hadrat
ilahi.
Akhirnya, Ishak berjaya untuk menyambung pelajarannya ke universiti. Mek
memang gembira melihat cucu jagaannya berjaya melangkah ke universiti. Fuhhh1!!
Ishak pergi meninggalkan kami. “Sedihnya abang aku dah takde”, ujar aku seorang
diri. Kemudian, bermulalah kehidupan kami seperti sediakala, namun kali ini tanpa
abang aku. Aku pun mula belajar bersungguh-sunnguh supaya dapat melanjutkan
pelajaran ke Universiti seperti abang aku.

Anda mungkin juga menyukai