Anda di halaman 1dari 9

Pengertian Novel 2.1. Pengertian Novel Novel merupakan genre sastera yang paling popular di dunia.

Gentre sastera ini paling banyak , lantaran daya komunikasinya yang luas pada masyarakat. Sebagai bahan bacaan, novel dapat dibagi menjadi dua golongan yaitu karya serius dan karya hiburan. Pendapat demikian memang benar tapi juga ada kelanjutannya. Yakni bahwa tidak semua yang mampu memberikan hiburan bisa disebut sebagai karya sastra serius. Sebuah novel serius bukan saja dituntut agar dia merupakan karya yang indah, menarik dan dengan demikian juga memberikan hiburan pada kita. Tetapi ia juga dituntut lebih dari itu. Novel adalah novel syarat utamanya adalah bawa ia mesti menarik, menghibur dan mendatangkan rasa puas setelah orang habis membacanya. Novel yang baik dibaca untuk penyempurnaan diri. Novel yang baik adalah novel yang isinya dapat memanusiakan para pembacanya. Sebaliknya novel hiburan hanya dibaca untuk kepentingan santai belaka. Yang penting memberikan keasyikan pada pembacanya untuk menyelesaikannya. Tradisi novel hiburan terikat dengan pola pola. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa novel serius punya fungsi social, sedang novel hiburan Cuma berfungsi personal. Novel berfungsi social lantaran novel yang baik ikut membina orang tua masyarakat menjadi manusia. Sedang novel hiburan tidak memperdulikan apakah cerita yang dihidangkan tidak membina manusia atau tidak, yang penting adalah bahwa novel memikat dan orang mau cepatcepat membacanya. Banyak sastrawan yang memberikan yang memberikan batasan atau definisi novel. Batasan atau definisi yang mereka berikan berbeda-beda karena sudut pandang yang mereka pergunakan juga berbeda-beda. Definisi definisi itu antara lain adalah sebagai berikut : 1. Novel adalah bentuk sastra yang paling popular di dunia. Bentuk sastra ini paling banyak dicetak dan paling banyak beredar, lantaran daya komunitasnya yang luas pada masyarakat (Jakob Sumardjo Drs). 2. Novel adalah bentuk karya sastra yang di dalamnya terdapat nilai-nilai budaya social, moral, dan pendidikan (Dr. Nurhadi, Dr. Dawud, Dra. Yuni Pratiwi, M.Pd, Dra. Abdul Roni, M. Pd).

3. Novel merupakan karya sastra yang mempunyai dua unsure, yaitu : undur intrinsik dan unsur ekstrinsik yang kedua saling berhubungan karena sangat berpengaruh dalam kehadiran sebuah karya sastra (Drs. Rostamaji,M.Pd, Agus priantoro, S.Pd). 4. Novel adalah karya sastra yang berbentuk prosa yang mempunyai unsure-unsur intrinsic (Paulus Tukam, S.Pd) Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR Ramlee Awang Murshid
KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan Seorang Tombiruo. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah Tombiruo Terakhir yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

GENRE: CERPEN Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika. Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok. SINOPSIS: VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.

Pantun

Puisi Melayu klasik yang paling tua dan popular ialah pantun. Pantun dikatakan popular kerana mempunyai bentuk struktural yang ringkas dan bersahaja. Jumlah barisnya juga pelbagai: ada pantun dua kerat, pantun empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan ada juga yang sepuluh kerat. Seterusnya, terdapat juga sejenis pantun yang rangkapnya berkait antara satu sama lain, dan dikenali sebagai pantun berkait. Namun pantun yang paling digemari merupakan pantun empat kerat. Dari sudut penggubahan, pantun dapat dicipta dengan mengikuti syarat-syarat di bawah ini:-

* setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata. * rima akhirnya (untuk pantun empat kerat) ialah a b a b. * ada pembayang dan juga maksud. Walaupun mudah membina baris-baris yang terdiri daripada 4 atau 5 perkataan (atau 8 hingga 12 suku kata), tetapi bukan semua yang terbina mempunyai nilai keindahan. Hal ini kerana pantun yang bermutu memiliki ciri-ciri semantik atau permaknaan yang menarik. Kerap kali unsur-unsur alam menjadi penghias pantun-pantun romantik. Manakala pantun-pantun yang bertema keagamaan, nasihat, lelucon dan sebagainya, didapati imej-imejnya disesuaikan dengan tema.

Syair

Syair merupakan sejenis puisi klasik yang kelihatan menyerupai bentuk pantun kerana suku kata untuk baris-barisnya menyerupai bentuk pantun. Akan tetapi, syair memiliki syarat-syarat lain yang berbeza daripada pantun. Syarat-syaratnya ialah:* setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata. * rima akhirnya ialah a a a a.

Syair tidak mempunyai pembayang. Rangkap syair terbina daripada maksud-maksud. Maksud atau isi syair biasanya merupakan cerita, atau berunsurkan nasihat.

Gurindam

Gurindam tidak mempunyai definisi dan konsep yang mantap. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud umpama.Terdapat beberapa khilaf atau pandangan yang berbeza antara para pengkaji. Ada pengkaji menyatakan bahawa gurindam tidak terikat dengan peraturan yang khusus. Terdapat pula pengkaji yang menyatakan bahawa rangkap gurindam terdiri daripada dua baris. Tetapi secara keseluruhannya, gurindam banyak mengemukakan nasihat, pandangan, atau gambaran sesuatu keadaan.
Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba, Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mendung merak menggigal Fajar sidik menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi Berkuku balam di ujung bendul Terdenyut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang.

Seloka

Seloka dipercayai berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud seperti juga gurindam iaitu umpama. Oleh sebab maknanya bersamaan dengan gurindam, maka sifat seloka juga tidak jauh berbeza daripada sifat gurindam dari sudut maksud atau isinya. Seloka

memuatkan sindiran atau kiasan yang tajam. Bentuknya tidak terikat apada peraturan tertentu, namun ada juga yang berbentuk seperti syair Seloka Pak Kaduk Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. Sajak Zaba mendefinisikan sajak sebagai "satu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya, tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat tertentu" (Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1965: 250 - 251). Jika dihalusi lagi pendapat Zaba, katanya sajak itu "tiada memakai pertimbangan dan sukatan bunyi yang tetap, tiada ukuran rentak yang sama, dan pada kebanyakannya tiada memakai pertentangan hunyi sama yang tetap dan tertentu di hujung kerat-keratnya atau di mana-manapun. Tetapi isinya menuturkan perasaan yang kuat dan mendalam dengan bahasa yang berkias ibarat, berwarna cantik, dan kadang-kadang hebat bergema. Akan susunnya masih juga diatur berangkap-rangkap, sekadarkan tiap-tiap barisnya tidak mesti tetap sekiansekian panjang, dan tiap-tiap serangkap tidak mesti sama banyak bilangan barisnya dengan rangkap-rangkap lain yang bersaing dengan dia" (hal. 251). Jelaslah bahawa sajak merupakan sejenis puisi yang hebas. Dalam sajak, idea pengarang amat penting. Idea pengarang ini dipanggil tema. Dalarn menyatakan tema dalam sajak,

pengarang memilih dan menggunakan diksi yang tepat dan padat. OIeh sebab itu, sajak dikenali sebagai karya kesusasteraan yang padat. Pengarang sajak juga membina ungkapanungkapan yang bernas dan indah. Ini bertujuan untuk menyampaikan ideanya setuntas yang rnungkin kepada pembaca. Kali ini kau berbaju biru dan bajuku ungu. Sayang, hanya aku tahu hatimu tidak setulus hatiku yang berbaju ungu. Bila begini, sebilah pisaumu aku tidak gentar sepatah kata bisa, aku merasa. Hati dan rasa mengajarku aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shebli Puisi-puisi Kenyalang 1,1984. Dewan Bahasa dan Pustaka.

NAZAM berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri. Kebanyakan lagu nazam bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga dan neraka,

amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat. Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya. Yang berikut adalah contoh nazam: Nazam Mukadimah (Risalah Ahmad Mufki) Kami nama nazam ini mukadimah, Bagi yang baru belajar ilmu Allah, Kami harap bagi Allah Tuhan Esa, Mana salah faham kami ampun dosa, Ya Rabbana kami harap akan rahmat, Dari dunia sampai kami ke akhirat, Ya Rabbana bila sampai mati kami, Dengan iman supaya kami tidak rugi, Oleh itu mari kita sama-sama, Buat amal jangan leka jangan lena, Sampai sini nazam kami akhir kata, Mana salah faham kami ampun dosa.

Anda mungkin juga menyukai