Anda di halaman 1dari 12

1

ASPEK DAN ISTILAH SASTERA


NOVEL

1. Novel merupakan satu prosa cereka yang panjang dan kompleks yang menceritakan kisah kehidupan manusia dan kelakuan
social mereka.
2. Tema dan persoalan dalam novel lebih luas.maksudnya pengarang mengemukakan satu persoalan utama di samping pelbagai
persoalan lain juga.
3. Watak dalam novel juga lebih banyak jika dibandingkan dengan watak dalam cerpen.
4. Plot novel lebih kompleks
5. Latar tempat dalam novel lebih luas sementara latar waktunya lebih panjang

CERPEN

1. Cerpen merupakan akronim daripada frasa cerita pendek


2. Cerpen sering didefinisikan sebagai cerita rekaan yang pendek dan dihasilkan dalam bentuk prosa
3. Walaupun dianggap cerita rekaan,maksudnya bukan benar-benar berlaku, namun bukan semua cerpen khayalan belaka.Banyak
pengarang yang menggabungkan kisah benar dengan imaginasi mereka untuk menghasilkan cerpen.
4. Cerpen boleh dibahagikan kepada dua ,iaitu:
a) Cerpen pendek yang panjangnya antara 500 hingga 2000 patah petah perkataan
b) Cerpen panjang yang panjangnya ialah 12000 sehingga 15000 patah perkataan.
5. Oleh itu,cerpen tidak sepanjang novel ,maka pengarang hanya mengemukakan satu tema atau persoalan
6. Cerpen terdiri daripada satu plot saja ,tiada subplot atau plot sampingan seperti yang ada dalam novel
7. Jumlah watak dalam cerpen lebih sedikit berbanding di dalam novel.lazimnya hanya ada satu atau dua watak yang diberikan
penekanan sebagai protagonis dan anatagonis untuk menggerakkan cerita
8. Latar dalam cerpen singkat ,terhad,dang ruang cakupannya tidak luas.

DRAMA
2

1. Drama ialah cerita tentang kehidupan yang ditulis untuk dilakonkan oleh pelakon pelakon tertentu supaya dapat ditonton oleh
orang ramai.
2. Drama menggambarkan kehidupan secara mengemukakan konflik dan emoso melalui aksi dan dialog para watak
3. Aksi watak dalam persembahan drama sangat penting keranadrama menyuguhkan cerita melalui aksi.hal ini berbeza daripada
cereka yang “menyuguhkan cerita melalui penceritaan “
4. Dalam pementasan drama,aksi dan dialog antara para watak selalunya dibantu melalui susunan prop ,kostum ,muzik,kesan
bunyi,nyanyian ,atau tarian.

PROSA TRADISIONAL

1. Genre prsa tradisonal merupakan cerita rakyatb yang dahulunya disampaikan secara lisan ,tetapi kini telah dibukukan.
2. Cerita rakyat ialah sestera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada
satu generasi
3. Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam satu kelompok masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di
kawasan pedalaman.
4. Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri –ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan.
5. Bidang yang dicakup oleh prosa tradisional agak luas,iaitu daripada sastera rakyat hinggalah ke sastera agama dan undang-
undang
6. Empat jenis prosa tradisional yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbinglai ,cerita sejarah, epic Melayu, dan epic
Hindu.
7. Dalam karya prosa tradisional ,terdapat banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup kita.
8. Karya ini menggunakan gaya bahasa lama,sama ada dari segi penggunaan kata-kata ataupun struktur ayatnya.Namun
,keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kelihatan
9. Kebanyakan prosa tradisional menggunakan teknik naratif (bercerita).Namun terdapat juga penggunaan dialog ,misalnya
dialog dalam Pelayaran yang Penuh Peristiwa cukup berkesan dan menghiburkan
10. Watak watak prosa tradisional biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golonan istana ,sesuai
dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung agungkan golongan istana.

CERITA BERBINGKAI
3

1. Ia berpusat pada cerita pokok atau cerita induk.Dalam cerita induk ,terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan.Cerita
diakhirii dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
2. Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa.namun, sesetengah karya dimuatkAN puisi tradisional,terutamanya pantun
dan syair.
3. Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar,raja.,permaisuri,dan anak raja di samping watak binatang.

MITOS

1. Mitos adalah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa ,tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang
memilikinya.
2. Kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat
3. Watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa ,manusia separuh dewa, jin atau mambang
4. Mitos mengandungi cerita-cerita tentang dewa dewi dan cerita cerita tentang asal usul sesuatu tempat ,benda atau institusi
5. Latar masa dan tempat tidak jelas

LAGENDA

1. Merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa.Tokoh lagenda biasanya diberi sifat yang luar biasa seperti
sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa
2. Cerita lagenda pada umumnya adakaitan dengan sejarah sesuatu tempat
3. Cerita lagenda yang terdapat dalam cerita- cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongan bangsawan secara halus.

EPIK

1. Epic ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah
2. Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa
3. Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyur dari segi sejarah
4. Latar bagi cerita epic meliputi Negara-negara besar didunia ini.
5. Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat berani ,luar biasa dan gagah perkasa.
6. Pelayaran yang penuh peristiwa dan merah silu merupakan antara contoh cerita epic

SAJAK
4

1. Karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pasa sesuatu pola khusus,walaupun kadang kadang
bentuknya seakan akan gurindam atau seloka.
2. Namun dalam penciptaannya,penyajak masih menitikberatkan aspek rima,rentak,penyusunan baris dan rangkap atau bait
3. Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan ,sebaliknya mengikut keperluan isi yang hendak disampaikan

PANTUN

1. Sejenis bentuk puisi tradisional


2. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap.Maksudnya bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan
sama ada dua ,empat ,enam , lapan ,sepuluh ,dua belas , atau empat belas baris dalam serangkap
3. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat,yang mempunyai empat baris serangkap ialah
pantun empat kerat dan begitulah seterusnya.
4. Pantun terdiri daripada dua bahagian iaitu pembayang maksud (sampiran ) da nisi
5. Jumlah kata setiap baris ialah empat hingga lima patah perkataan .jumlah suku kata pula anatar lapan hingga dua belas
sukukata sebaris
6. Rima akhir ialah abab ,aiaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir pada baris ketiga .yang kedua sama
dengan yang baris ke empat
7. Pantun menjadi alat pengucapan untuk menggucapkan perasaan hiba,sedih, sayu,gembira ,rindu dendam dan sebagainya
8. Pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan misalnya pantun kanak-kanak ,pantu orang muda,pantun oran tua,pantun
budi ,pantun kiasan dan sebagainya.
9. Pantun ialah puisi tradisional yang paling Popular dalam kalangan masyarakat melayu sehingga hari ini.

SYAIR

1. Merupakan satu lagi contoh puisi tradisional


2. Ia ialah karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris
3. Setiap baris merupakan maksud kerana ia tidak ada pembayang macam pantun
4. Setiap rangkap tidak berdiri sendiri kerana ia saling berkaitan dengan rangkap rangkap yang lainnya
5. Keseluruhan rangkap merupakan suatu maksud secara kesatuan
6. Tiap baris dalam syair biasanya menggandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata
7. Rima akhir pula adalah aaaa
5

8. Syair biasanya membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat,sindiran,nasihat ,pengajaran,agama,dan cerita yang
berunsurkan sejarah atau dongeng.

GURINDAM

1. Ialah karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap


2. Namun demikian ,ada juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya
3. Rima akhir gurindam ialah aa
4. Baris pertama dalam gurindam mengandug soalan ,syarat ,atau perjanjian ,sementara baris kedua pula merupakan jawapan
,akibat,atau kesimpulannya.
5. Isi gurindam berupa nasihat ,pengajaran ,atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas
6. Hanya satu gurindam yang perlu dikaji di peringkat tingkatan empat

TEMA DAN PERSOALAN

1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya ,sama ada secara langsung atau tidak langsung
2. Tema dapat dikesan setelah sesuatu karyaitu selesai dibaca
3. Persoalan pula bermaksud perkara perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema yang turut dimaksukkan oleh
pengarang dalam karyanya
4. Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan ,Cuma pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama
atau puisi

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan berdasarkan hokum sebab dan akibat
2. Watak tidak semestinya manusia,tetapi mungkin terdiri daripada haiwan ,pokok dan unsur alam saja
3. Perwatakan pula ialah pelukis tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
4. Pelukisan perwatakan itu boleh dilakukan secara langsung oleh pengarang atau secara tidak langsung ,ia melalui aksi ,tutur
kata ,atau pemikiran watak watak berkenaan.
5. Dalam aspek watak dan perwatakan ,pelaja harus tahu makna istilah yang berkaitan seperti berikut:
a) WATAK UTAMA; watak penting yang menggerakkan cerita
b) WATAK SAMPINGAN : watak pembantu yang peranannya lebih kecil dari watak utama
6

c) WATAK BUNDAR ; Watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya diperincikan oleh pengarang sehingga terlihat
perbezaannya dengan watak watak lain.
d) WATAK PIPIH ; hanya satu aspek sifat atau fikiran watak yang difokuskan .Watak ini tidak berkembang dan tidak
kompleks
e) WATAK DINAMIK; watak yang berkembang dan berubah sama ada dari segi aksi,fikiran ,pandanga atau perasaan
f) WATAK STATIK ; watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikiran tidak berkembang dari awal hingga
akhir cerita
g) WATAK KODI: watak yang konvensional atau watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat .Watak ini memiliki sifat
persendirian yang sedikit,tetapi terlalu banyak sifat yang stereotaip.Watak nenek kebayan dalam cerita rakyat
merupakan contoh watak kodi.

LATAR

1. Ialah keterangan yang berkaitan dengan watak ,ruang ,masa ,tempat dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.
2. Latar terbahagi kepada tiga.

LATAR TEMPAT

1. Ialah tempat berlakunya peristiwa dalam cerita

LATAR MASA

2. Ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cereka

LATAR MASYARAKAT

3. Ialah keadaan dan citra masyarakat di tempat cerita berkenaan berlaku.


4. Gambaran tentang keadaan iaitu antara lainnya merangkum agama,kepercayaan ,dan pekerjaan

PLOT

1. Ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat
2. Peristiwa itu mungkin disusun secara kronologi atau tidak kronologi
7

3. Dalam plot yang tersusun secara kronologi atau mengikut urutan waktu ,peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan
manakala peristiwa yang berlaku kemudian dikemudiankan .

BINAAN PLOT

1. Binaan plot terdiri daripada bahagian eksposisi atau pengenalan ,pertengahan ,dan pengalhiran
2. Eksposisi atau pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak ,latar ,dan masalah atau konflik yang
wujud
3. Akibat daripada perhubungan anatara watak watak antagonis dengan protagonist ,maka timbullah konflik.
4. Konflik ialah pertentangan atau pertikaian antara watak dengan watak lain,antara watak dengan dirinya sendiri ,ataupun antara
watak dengan persekitarannya.
5. Dalam bahagian pertengahan ,konflik yang berlaku menjadi semakin rumit dan terpaksa dihadapi oleh watak watak
6. Pertentangan dan kerumitan itu menuju ke suatu tahap yang dinamakan klimaks atau puncak cerita
7. Klimaks dalam cerita merupakan bahagian yang menunjukkan yang kritikal ,cemas ,ngeri,gembiraatau mendebarkan akibat
daripada pertentangan antara watak
8. Pada tahap ini jugalah satu satu konflik itu akan menemukan penyelesaian
9. Selepas klimaks,cerita akan bergerak menuju ke bahagian pengakhiran atau ppeleraian
10. Bahagian pengakhiran atau peleraian ialah bahagian yang menunjukkan masalah telah menemukan penyelesaian .namun,ada
juga pengarang yang cenderung mengakhiri ceritanya di bahagian klimaks.

TEKNIK PLOT

Teknik plot ialah cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot supaya ceritanya menarik .Anta ra teknik plot
termasuklah seperti yang berikut

a) IMBAS KEMBALI
 Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan ,dialog ,monolog atau menology dalaman
watak watak.
b) IMBAS MUKA
 Merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan
berlaku kesan daripada aksi –aksi watak dalam cerita berkenaan.
 Teknik ini dapat mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil
8

c) SASPENS
 JUga dikenali sebagai keterangan .Ia bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau
perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
d) KONFLIK
 Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam suatu urutan plot
 Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar.
 Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh digambarkan melalui pertentangan fizikal tetapi
boleh digambarkan melalui pertentangan pendapat ,idea ,sikap ,atau pemikiran.
 Konflik dalaman pula merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang melibatkan fizikal dan perasaan watak
berkenaan.
e) KEJUTAN
 Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa disuga oleh pembaca ,inilah kejutan.
 Kesan yang timbul daripada perubAHAN itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca
 Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik
f) DIALOG
 Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih daripada itu.
 Melalui dialog antara dua watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
 Dialog diwujudkan untuk menggerakkan cerita
 Dialog dimukakan dengan tanda pengikat kata(“) dan diakhiri dengan tanda penutup kata (“)
g) MONOLOG
 Tutur kata atau pengucapan watak secara sendirian
 Monolog lebih merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan
 Penyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa ,ratapan, keluh kesah,atau rayuan cinta.
h) MONOLOG DALAMAN
 Kata hati atau penucapan batin sesuatu watak
 Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati,pergolakan batin ,dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk
dialog ataub monolog.
 Monolog dalamb hanya wujud dalam cerpen dan novel
 Sifat monolog dalaman ialah berasa kesal hati ,bersifat unsur pemikiran ,bersifat menentang ,bersifat psikologi,bersifat
menetapkan azam ,bersifat ragu-ragu ,bersifat takut,bersifat angan angan ,dan bersifat ego.
 Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya ,keluhnya,bisik hatinya,dan sebagainya.
9

GAYA BAHASA /UNSUR KEINDAHAN

1. Gaya bahasa atau unsur keindahan ialah cara seseorang menggunakan bahsa sebagai alat atau wahana untuk menyampaikan
pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya meraka
2. Kemahiran menggunakan gaya bahasa ,akan memancarkan keindahan dalam sesuatu karya di samping menonjolkan
keperibadian penulis kerana biasanya seseorang penulis memiliki gaya bahasa yang tersendiri.

DIKSI

1. Diksi bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya.
2. Diksi yang baik sewajarnya memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema da persoalan ,latar, watak, atau mesej.

PERSONIFIKASI

1. DIkenali juga sabagai perorangan atau penginsanan.


2. Maksud personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia ,sama ada dari segi perasaan ,perwatakan , atau
tindak-tanduk kepada benda mati,binatang ,idea , atau hal –hal yang lebih abstrak.

SIMILE

1. Ialah perbandingan yang setara dengan menggunakan kata-kata seperti ,umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.

HIPERBOLA

 Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada
maksud yang sebenar.

SINKOPE

 Bermaksud penyingkatan kata

RIMA

 Ialah persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentangan antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi.
10

ASONANSI

 Ialah pengulangan bunyi vocal yang sama dalam baris-baris sajak

ALITERASI

 Ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris.

PENGULANGAN

 Unsur pengulangan berlaku pada kata ,ungkapan ,baris ,atau rangkap yang diulang dalam sajak.
 Ada 3 unsur pengulangan ,iaitu anaphora ,epifora, dan repetisi
 Anaphora ialah pengulangan kata pada awal baris secara berturutan
 Epifora ialah pengulangan kata pada akhir baris
 Repetisi ialah pengulangan kata dalam baris yang sama

PERLAMBANGAN

 Perlambangan atau symbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,keadaan atau peristiwa.

PENGAJARAN

 Juga dikenali sebagai amanat atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca
 Dalam karya sastera tradisional ,amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh pengarang
 Dalam karya sastera moden ,amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung oleh pengarang
 Contoh pengajaran adalah seperti Yang berikut
I. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai cabaran hidup
II. Seseorang pelajar mestilah tabah menghadapi pelbagai cabaran hidup
III. Sebagai umat Islam, kita hendaklah menerima apa-apa yang berlaku sebagai qada dan qadar.
11

DRAMA

CIRI – CIRI DRAMA :

Ada dialog
Ada aksi pelakon
Ada skrip
Ada babak
Ada adegan
Ada pelakon
Ada pengarah
Ada penonton
Tidak mempunyai sudut pandangan

A. BABAK
 Ialah bahagian –bahagian utama dalam drama atau lakonan
 Dalam pementasan drama,babak diperkenalkan melalui pembukaan dan penutupan tirai.Dalam penulisan skip pula, babak
diperkenalkan dengan tulisan “babak satu” ,”babak dua dua” dan seterusnya.dalam setiap babak terdapat sejumlah adegan.
B. ADEGAN
 IAlah bahagian kecil dalam babak yang bermaksud bahagian-bahagian aksi yang berturutan dalam satu latar yang tidak
berubah.
 Dalam pementasan drama,pemecahan adegan kadang-kadang dapat dilihat dan diketahui dengan turun naiknya tirai atau
terang gelapnya lampu ,atau apabila berlaku pertukaran watak.
C. EPISOD
 Ialah peristiwa yang dikemukakan dalam sebuah cereka sebagai suatu aksi yang bersambungan.
12

 Sesuatu episode biasanya diikuti oleh episode episode yang lain yang dijalinkan bersama ,khususnya dalam menghasilakn
cerpen ,drama atau novel.
D. EPILOG
 Epilog ialah penyataan sebagai penutup sesuatu tulisan atau karya sastera
 Epilog biasanya digunnakan dalam drama sebagai ucapan dalam bentuk puisi di bahagaian akhir naskhah atau
persembahan drama itu.
E. PROLOG
 Ialah prakata atau pendahuluan yang lebih kerap dihubungkan dengan drama
 Prolog selalu ditulis oleh pengarang drama sendiri dan disampaikan oleh salah seorang pelakon.

PUISI

BENTUK PUISI

I. Bentuk puisi ialah susunan unit –unit berirama dalam sesuatu baris,sementara bentuk stanza dihubungkan pada susunan puisi
itu sendiri
II. Bagi mengkaji bentuk sesuatu puisi ,kita perlu melihat perkara-perkara yang berikut:
 Bilangan rangkap dalam puisi
 Bilangan baris dalam setiap rangkap
 Bilangan kata dalam setiap baris
 Bilangan sukun kata dalam setiap baris
 Rima akhir

Anda mungkin juga menyukai