Anda di halaman 1dari 7

RPH & REFLEKSI SAINS TAHUN 6

Mata Pelajaran : Sains

Tahun : Tahun 6

Bilangan Murid : 12 orang

Tarikh : 2 November 2012

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Bidang Pembelajaran : Pengawetan Makanan

Objektif Pembelajaran : Memahami proses pengawetan makanan dan


kepentingannya.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat

i. Memahami pengawetan makanan

ii. Menyatakan jenis pengawetan makanan dengan betul

iii. Menyatakan kepentingan pengawetan makanan dengan


betul

Pendekatan : Pemerhatian

Kaedah : Penyelesaian masalah, perbincangan

Kemahiran Sainstifik : Berkomunikasi, mentafsir maklumat.

KBKK : Menjana idea, mengumpul, membuat inferens

Bahan, peralatan dan bahan sumber :

a) Kad Manila

b) Gambar

c) Buah oren

d) Makanan dalam bungkusan dan botol

Langkah berjaga-jaga : tiada

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid telah mengetahui mengenai makanan yang rosak. Murid mengetahui bahan-bahan
makanan dalam botol dan tin. Selain itu, murid juga pernah menemui bahan-bahan makanan ini di
rumah dan sekolah.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Fasa Isi Kandungan Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Permulaan / Pengawetan Memahami Memerhati dan Strategi / Teknik


Mencungkil bahan pengawetan mendengar :
Idea makanan makanan penjelasan guru.
Penyoalan
( 5 minit ) - murid-murid seluruh kelas
bersoal jawab
Guru menunjukkan
dengan guru
buah oren yang
BBM :
hampir busuk.
Buah oren
-guru bersoal jawab
perihal keadaan
buah oren jika tidak
dilakukan
pengawetan
makanan

Menstruktur/ Memahami 1. Guru bersoal 1. Murid Strategi / Teknik


Menstruktur pengawetan jawab maksud menjalankan aktiviti :
semula bahan pengawetan bagi menjawab
Perbincangan,
makanan makanan. persoalan.
( 15 minit ) menganalisis

KPS :
2. Menyenaraikan 2. Murid akan
Memerhatikan
tujuan pengawetan membuat
makanan pemerhatian dan Berkomunikasi
dijalankan. melibatkan diri
dalam menjawab Mentaksirkan
soalan guru. data

KBKK :

Mengumpulkan
3. Menyenaraikan Membuat
3. Murid menulis
kaedah pengawetan inferens
jawapan jenis
makanan boleh
pengawetan di
dijalankan
papan hitam
Contoh: BBM :
· pempasteuran
· pempasteuran Kad manila,
· Pengeringan bahan dalam
· Pengeringan bungkusan dan
· Pembotolan
botol
· Pembotolan
· Pembungkusan · Pembungkusan
vakum vakum
Nilai murni :
· Penyejukan · penyejukan
Bekerjasama

Guru mengutarakan
persoalan utama.

a) apakah jenis
pengawetan
makanan

b) cuba senaraikan
5 jenis pengawetan
makanan

4. Guru memberi
masa 5 minit
kepada murid untuk
memerhati dan
memahami bahan di
atas kad manila
yang mempunyai
jenis-jenis
pengawetan
makanan. 4. Murid bergerak
ke depan dan
a) guru
melihat serta
menerangkan bahan
memerhati setiap
mengajar dengan
kad manila yang
lebih jelas.
ada.

a) murid membaca
secara beramai-
ramai bahan yang
5. Guru disediakan guru.
membahagikan
murid kepada 4
kumpulan.

a) guru mengadakan
pertandingan
berkenaan jenis
pengawetan dan
contoh serta
maksud yang betul.
5. Murid melibatkan
diri dalam
pertandingan yang
diadakan.

Aplikasi Idea Menghargai Guru Murid menjalankan Strategi :


sumbangan mneghubungkaitkan aktiviti sumbang
( 5 minit ) Perbincangan
teknologi pengawetan saran tentang
dalam makanan dengan faedah mengawet
pengawetan pengagihan, makanan.
makanan pembaziran dan KPS :
untuk nilai komersial Berkomunikasi
kesejahteraan
hidup
KBKK :

Menjana idea

Refleksi / Kesimpulan 1. Guru meminta 1. Murid membuat


Penutup murid membuat refleksi dan
refleksi tentang kesimpulan .
( 5 minit )
pelajaran hari ini
dan membuat
kesimpulan.

2. Guru menaksir
kefahaman murid.

Refleksi.
a) Penerangan tentang topik pengajaran

Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati


sebahagian murid- murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi
masih kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Setelah saya menunjukkan
bahan-bahan makanan yang mengalami proses pengawetan makanan secara pembotolan dan
pengetinan barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara pengawetan makanan.

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar, objektif pembelajaran
mencapai 72%.Semua murid dapat memahami pengawetan makanan, menyatakan jenis
pengawetan makanan, serta kepentingan pengawetan makanan dengan betul.

b) Pemerhatian dan penerangan lanjut

Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati murid-murid menunjukkan reaksi
positif, murid-murid lebih jelas dengan pengajaran yang diajarkan oleh saya. Murid-murid
menunjukkan minat dan mereka lebih menguasai pengajaran berkenaan pengawetan makanan.

c) Pertandingan

Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat menjawab persoalan yang
diutarakan berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti pertandingan dapat
membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik yang dipelajari. Aktiviti
pertandingan dalam P&P dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Selain itu,
pertandingan ini juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik- topik
yang telah dipelajari.

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang murid dapat menjawab soalan dan
menguasai pengajaran yang diajarkan. Murid-murid mudah berkomunikasi dan mengaitkan
pengawetan makanan dengan faktor yang diperlukan untuk melakukan proses pengawetan
makanan dan menghubungkaitan pengawetan makanan dengan pengagihan, pembaziran dan nilai
komersial.

Kekuatan:
a) Pemikiran murid dapat dicungkil dengan persoalan yang dikemukan kepada murid-murid.
Murid-murid telah memberi respon yang sangat baik. Murid-murid lebih mudah memahami dan
menguasai mengenai jenis pengawetan makanan, dan kepentingan pengawetan kepada manusia.
Saya menggunakan model pembelajaran berasaskan masalah. Ia merupakan satu kaedah
pembelajaran yang mendidik murid untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada masa yang sama
membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.

Dalam model P&P ini, saya mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan
kehidupan sebenar kepada murid. Model ini didapati sesuai digunakan bukan sahaja untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid tetapi juga menyokong kepada pembangunan
generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja
dalam kumpulan dan sebagainya.

b) Model ’Team Games Tournament' TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu
pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual.
Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan
bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar
akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.

Kelemahan:

a) Daripada pemerhatian saya, saya mendapati penglibatan murid dalam hasil perbincangan
adalah kurang aktif kerana murid-murid yang lemah hanya duduk diam. Mereka tidak berani
memberi pendapat mereka masing-masing.

b) Komunikasi aak terhad, ini kerana murid-murid lebih terdedah kepada bahasa Cina jika
dibandingkan dengan bahasa Melayu. Akibat kelemahan komunikasi ini penerimaan pelajaran
pada peringkat awal oleh murid-murid perlu ambil masa untuk memahami apa yang diajar.

c) Tiada kemudahan ICT di dalam kelas, ini mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran
saya kurang menarik minat pelajar untuk fokus pada pelajaran yang diajarkan.

Tindakan Susulan:
a) Saya akan memperbanyakkan persoalan kepada murid-murid supaya semua murid dalam
kelas dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan.

b) Saya perlu menjelaskan berulang kali untuk murid-murid lebih memahami dan menguasai
pengajaran saya.

c) Saya perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengadakan bahan-bahan bantu mengajar
agar murid-murid lebih berminat dan fokus di dalam pengajaran dan pembelajaran yang diajar.

d) Lebih melibatkan kerja kumpulan dan permainan di dalam kelas untuk menarik minat dan
penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran ini.

Anda mungkin juga menyukai