Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Analisis Sastera Teori Struktural

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling
awal.  Pengajaran  dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan  binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan
penghayatan atau penikmatan sastera.  Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya.
Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
• tema
• persoalan
• latar
• plot
• sudut pandangan
• watak  perwatakan 
• gaya bahasa
• simbol / lambang
• bentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas.
Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi,
emosi, penerapan pengetahuan,  manipulasi  dan  pengalaman  kerohanian.  Kaedah ini membuat
penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.
Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan
mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi pemahaman
pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang
menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.
Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

• Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.  Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan
apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
• Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.
Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui
analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

KAEDAH STRUKTURAL
Kaedah Struktural adalah berdasarkan pendapat analisis struktural kritikan sastera dan
merupakan salah satu kaedah yang paling awal digunakan. Menurut kaedah ini, perkara yang
ditekankan ialah pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk memahami aspek-aspek
kesusasteraan, struktur dan binaannya. Ia tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan
karya sastera itu. Dalam konteks pengajaran pula, struktur adalah penganalisisan karya dari sudut
pembinaan atau struktur karya. Aspek-aspek struktur yang dikaji ialah tema, plot, watak dan
perwatakan, latar, sudut pandangan, gaya bahasa, teknik, suasana, nada, symbol dan sebagainya.
Perhubungan antara elemen inilah yang membendung struktur sesebuah karya itu disamping
fungsinya tersendiri. Menurut kaedah ini, pendekatan induktif adalah amat sesuai digunakan
untuk mengkaji perhubungan elemen tersebut. 

Karya sesusasteraan dianggap sebagai satu struktur yang di dalamnya terpadu isi dan bentuk atas
dasar kepentingan estetika. Atas dasar inilah para pelajar dibantu oleh guru untuk melihat
kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri,
imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman kerohanian.
Semua aspek kewujudan ini terdapat dalam komponen-komponen kesusasteraan yang amat
artistik penciptaannya. Penyorotan yang terperinci dilakukan terhadap komponen-komponen
tersebut melalui kaedah ini. Ini dianggap akan memudahkan pelajar memahami dengan mantap
bentuk estetika dan keunikan karya tersebut. Penganalisisan menurut komponen struktur
pengkaryaan sambil mengambil kira aspek instrinsiknya akan mendekatkan pelajar dengan karya
kesusasteraan. 

Pendekatan struktural ini menganggap bahawa para pelajar akan lebih mudah memahami karya
kesusasteraan jika karya-karya itu dikaji atau ditafsirkan melalui contoh-contoh yang konkrit.
Para pelajar akan dibawa melihat secara langsung perhubungan elemen-elemen dalam karya
tersebut dan bagaimana unsur ini bekerjasama dan terhasil sebagai sebuah karya yang padu.

Terdapat dua konsep yang merupakan faktor-faktor penting dalam penganalisisan sastera secara
struktural. Antaranya ialah:
1)      Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya kesusasteraan. Perhubungan elemen ini
hanya akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
2)      Kesusasteraan mempunyai kedudukannya yang tersendiri. Ia bebas tanpa sebarang perhubungan
dengan pembaca.

Ciri-ciri kaedah struktural adalah seperti berikut:


1.      Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak dan
perwatakan, latar, teknik, gaya, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan
karya. Dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, pemahaman terhadap setiap elemen
struktur dan perhubungannya hendaklah diberi perhatian.

2.      Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui
objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru-guru yang mahir dan tahu secara
mendalam perhubungan elemen struktur tersebut.

3.      Objektif tertentu elemen struktur sahaja yang diutamakan. Pengajaran hanya tertumpu kepada
elemen struktur dan tidak mengambil kira aspek-aspek lain.
V .
4.      Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan
kemudian setiap unsur itu akan dijelaskan secara terperinci.

5.      Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun para pelajar dibenarkan
membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar
daripada definisi atau acuan yang telah ditetapkan oleh guru.

6.      Alat-alat bantu mengajar tidak begitu dipentingkan. Apa yang mustahak ialah kefahaman pelajar
terhadap elemen struktur dan ini memadai dengan penerangan guru dan perbincangan guru
dengan para pelajar.
 7.      Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya kesusasteraan memudahkan
pembelajaran. Oleh kerana itu, kaedah ini amat sesuai bagi para pelajar di peringkat tinggi.
Kaedah Analisis Sastera Teori Struktural
Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan
kaedah paling
awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan
penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau
strukturnya.
Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
• tema
• persoalan
• latar
• plot
• sudut pandangan
• watak perwatakan
• gaya bahasa
• simbol / lambang
• bentuk
Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di
samping
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen
di atas.
Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri,
imaginasi,
emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat
penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.
Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera
dengan
mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi
pemahaman
pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam
karya yang
menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.
Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:
• Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat
dikesan
apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
• Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.
Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh
ditemui melalui
analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.
Posted by lepat at 3:27 AM
KAEDAH
Kaedah
1) Kaedah Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun
karya
sastera.
Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui
pembicaraan
tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak
protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar
tempat,
latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi
kepada
sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut
pandangan
bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan
seperti
dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot
seperti
kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu
persoalan,
tema, pengajaran dan nilai.
Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu
mendalam dari
segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka
kaedah
berfokus digunakan.
KAEDAH STRUKTURAL
Tujuan faham aspek kesusasteraan, sturktur &
·
binaannya
·
Tidak pentingkan pghayatan/penikmatan
·
Analisis dari sudut pmbinaan/strukturnya
·
Guna kaedah induktif bagi mgkaji elemen struktur
·
Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirian
CIRI KAEDAH STRUKTURAL :
Perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti

tema, plot, watak perwatakan, latar,
teknik, gaya bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya.
 Guna pendekatan induktif
 Dibimbing cari objektif tertentu elemen struktur
 Unsur struktur dikenal dulu sebelum pengajaran dimulakan
 Banyak dipandukn olh guru
 Bahan bantu mengajar tidak dipentingkn
 Kaedah yang sesuai di peringkat tinggi

Anda mungkin juga menyukai