Anda di halaman 1dari 4

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang

merupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan


memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak
mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari
sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
tema
persoalan
latar
plot
sudut pandangan
watak perwatakan
gaya bahasa
simbol / lambang
bentuk
Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur
sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah
induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera
adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi,
penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini
membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.
Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika,
artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contohcontoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap
sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya
yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil
karya yang padu.
Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini


akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya
kesusasteraan.
Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan
pembaca.
Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya
boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk
yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

seperti

Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan


tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut

pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam P&P


sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya
hendaklah diberikan perhatian.
Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing
mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru
yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut.
Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira
aspek-aspek lain.
Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum
pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci.
Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan
membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak
boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar
(BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai
dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di
peringkat tinggi sahaja.
Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya
berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan
situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan
perasaan.
aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global


1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya
aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti: lakonan berasaskan gambar
lakonan berasaskan skrip
lakonan guna topeng
lakonan guna cerita berlagu

Teknik Pengajaran
Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P
atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti
yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang
ingin diperolehi dan dicapai oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti
semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam
kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera selalunya tidak
menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini
berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah
guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan.
Selain itu, guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran
tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada
murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan.
Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan
pembelajaran yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan
bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di
dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah seperti
berikut;
(a)Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas

(h) Peta Minda


(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

GRAFIK PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS SASTERA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai