Anda di halaman 1dari 12

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah; Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar, Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku, Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.

Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan)

Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup banyak kerja-kerja amali perlu dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran. Perkara ini berkait rapat dengan realiti kehidupan mereka di luar. Jadi, untuk menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh murid khas, guru harus memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan murid ini dengan

menggunakan teori-teori yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran mereka. Terdapat beberapa teori pengajaran dan pembelajaran dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya dan membuat penilaian semasa pengajaran. Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara 1

persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk traittrait, bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).

Teori Pembelajaran Kognitif

Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat

bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu.

Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik murid-murid khas , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori Pembelajaran Sosial

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat bahawa; 2

Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya. Peniruan selalunya diteguhkan.

Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan. Teori Pembelajaran Humanis

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Teori humanis menekankan objektif berikut; meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid. membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari oleh mereka. meningkatkan daya cipta murid. mengembangkan minat dalam bidang seni. meningkatkan naluri ingin tahu murid.

Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan untuk pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini berlaku kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan.

Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut; murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui. Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta. Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir. Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam. 3

Implikasi

Teori

Perkembangan

Kognitif

Piaget

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Manakal pada peringkat Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad.

Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang maksimum.

Implikasi Teori Pembelajaran Gagne.

Pada peringkat awal, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya, guru menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan. Pembelajaran rangsangan gerak balas membawa implikasi bahawa guru perlu sentiasa memberi pujian dan galakan apabila murid menunjukkan hasil yang baik Daripada aspek rangkaian motor, guru perlu menggunakan prinsip ulangan dan membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Implikasi pertalian berbahasa kepada guru ialah ketika mengajar, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis dan mengemukan hujah. Contohnya, ketika mengajar konsep buku, guru bukan sahaja boleh menunjukkan buku sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebut dan mengeja perkataan itu.

Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh digunakan 4

untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-ciri kumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenal pasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai. Soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep dengan jelas perlu digunakan.

Guru perlu menggunakan perbandingan, anlogi dan aplikasi ketika mengendalikan pembelajaran hukum. Seseorang guru perlu: memberikan maklumat yang mencukupi. Membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam hukum berkenaan. Membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven. Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari. Menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu memberikan panduan dan cadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan itu terlalu senang dan kurang mencabar.

Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid di Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. Bagi murid-murid Tahun Enam ke atas, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar muridmurid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahn pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa.

Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula

daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran. Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlau yang diingini dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincanga Implikasi Teori Konstruktivisme ke atas Pengajaran dan Pembelajaran.

Kanak-kanak

ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak

disampaikan

kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.

Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyedikan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan

pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan.

Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanakkanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. 6

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran Tarikh Masa Tempat Tahun(Kelas) Bilangan Murid Tajuk Standard Kandungan Pendidikan Kesihatan 8 April 2013 01.50 02.20 petang Makmal Komputer Tahun 3 B 28 orang Pemakanan 1.3. Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat. Standard Pembelajaran 1.3.3. Memilih makanan yang sesuai antara waktu makan harian iaitu minum pagi, minum petang dan makan lewat malam. Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat: Memilih makanan yang sesuai antara waktu makan harian iaitu:i. ii. iii. Minum pagi Minum petang Makan lewat malam

Cadangan aktiviti

1. Murid menyanyikan lagu berdasarkan senikata yang dipaparkan (slide). 2. Guru bersoal jawab tentang makanan yang terdapat di dalam lirik lagu. 3. Guru menayangkan gambar jenis-jenis makanan. 4. Murid memilih makanan yang sesuai antara waktu makan haran sebagai latihan ( Slide ) 5. Guru mengedarkan risalah tentang makanan yang sihat untuk bacaan tambahan.

EMK BBB

TMK : Membuat latihan di dalam komputer Komputer, slide, lirik lagu, risalah kesihatan

RUMUSAN Objektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Mengapa objektif diperlukan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Bucher & Wuest ( 1987) Menolong Pendidikan Jasmani dan kesihatan di dalam aspekaspek berikut; Untuk memahami apa yang hendak dilakukan Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah. Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program. Objektif-Objektif Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama; Pembangunan Fizikal Atau Organik Pembangunan neurootot atau motor Pembangunan kognatif Pembangunan sosial,emosi dan afektif

Pembangunan fizikal atau organik Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu.

Objektif pembangunan neurootot atau motor Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga 8

Bergerak dengan kecap dan indah

1. 1.Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat di dalam aktiviti seperti berlari, melompat, bergayut, menyepak, membongkok, mengilas dan melontar. 2. Di dalam aktiviti pendidikan jasmani ,kemahiran neurootot membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi. 3. Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang mungkin ada pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai. Disamping itu,kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan,membina keyakinandiri dan mendapat pengiktirafan diri. Objektif Pembangunan Kognatif Melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta

menginterpretasikan pengetahuan. Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan ,undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani Objektif Pembangunan Sosial,Emosi Dan Afektif Objektif pembangunan sosial,untuk menolong seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri. Objektif pembangunan emosi melatih mengawal emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain.

Tujuan-Tujuan Seorang Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak Untuk membangkitkan pembelajaran secara inkuari dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif 9

Untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental,kawalan diri dan keyakinan diri. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengalami pengalaman yang luas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti,dengan atau tampa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara.

Untuk meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangun sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza Untuk membolehkan setiap kanak-kanak mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal

10

Refleksi: Buat pertama kalinya saya telah membina rancangan pengajaran harian. Apa yang dapat saya simpulkan, pengetahuan kepada teori pembelajaran ini banyak membantu saya mengenal pasti segala kekuatan dan keupayaan yang boleh digunakan dalam membina sebuah RPH yang meninggalkan kesan dan impak kepada murid apabila dilaksanakan. Berdasarkan teori-teori ini juga, pemilihan bahan sumber media telah membantu saya membina RPH yang menyeronokkan dan pemilihannya membuatkan objektif yang dirancang tercapai seperti yang saya kehendaki. Selain itu, penggunaan perisian powerpoint telah emberi saya peluang dalam melatih saya menggunakan aplikasi yang ada dalam power point. Memuat turun gambar pegun dan animasi, teks, grafik, video dan audio. Walau bagaimanapun kerana masa pengajaran saya hanya 30 minit saya hanya memasukkan beberapa grafik dan animasi untuk penerangan dan latihan sahaja. Semasa menyiapkan tugasan ini banyak juga masalah yang saya hadapi kerana secara peribadinya saya sebelum ini kurang mahir menggunakan power point menyebabkan saya kurang berminat untuk mengajar subjek pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah menggunakan media elektronik. Tetapi apabila saya menggunakannya walaupun hanya dalam tempoh 30 minit, sesi pembelajaran terlaksana dengan jayanya dan murid-murid saya sangat seronok. Penggunaan teknologi dalam pdp sememangnya sangat berguna dan amat perlu apabila melihat scenario murid-murid pada masa kini yang sangat terdedah kepada bahan-bahan media di persekitarannya. Pengajaran yang menggunakan chalk and talk sangat tidak relevan digunakan pada masa kini. Secara jujurnya saya akui, guru pada masa kini tidak boleh duduk di zon selesa tetapi harus lebih pro aktif, kreatif dan inovatif dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada murid-murid. Walaupun mungkin agak mengambil masa bagi penyediaannya tetapi kepuasan yang bakal diterima selepas menggunakannya amatlah berbaloi.

Mohammad Gazali Haji Mohd Yunus 720513125905 11

Bibliografi Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries Unlimited.

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1), 9-10.

Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins.

Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited

Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC; AECT.

Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.

Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti. 12

Anda mungkin juga menyukai