Anda di halaman 1dari 13

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU

DALAM BAHASA MELAYU


BMM 3163
Diperkenalkan pada 1984, menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran.

Menekankan aspek struktur dalam karya sastera.

Membantu guru melakukan pengajaran dalam bilik darjah berbanding


kaedah struktural yang perlu mengkaji terlalu banyak struktur karya
sastera.

Memberi tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta


satu struktur sampingan yang diajarkan dalam sesi pengajaran.
Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua penting.

Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan. Biasanya,

fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (Eksplisit) sesuatu pengajaran.

Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan bertulis adalah

penting

Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak

disampaikan. Hal ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara

keseluruhan

Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat

pelajar.
Guru hanya mengajarkan watak serta latar sahaja dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Guru akan menerangkan dengan terperinci mengenai watak


yang terdapat dalam bahan sastera tersebut dan menerangkan
latar sebagai penerangan sampingan sahaja.
Pendekatan berfokus sesuai digunakan oleh guru
sekiranya seseorang guru itu ingin memfokuskan
pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan
isi-isi yang lain. Pendekatan ini juga menjimatkan masa
guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan.
Global ialah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan
sebagainya ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2007).
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti
simulasi khasnya berdrama.
Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan
kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak.
Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Terdapat 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan
menggunakan kaedah ini :

aktiviti mimik dengan tidak menggunakan kata-kata dalam


menyampaikan perasaan

aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara

aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan.


Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.

Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya


sastera.

Dalam suasana informal, guru meminta murid-murid berlakon dan


melakukan gaya aktiviti di atas untuk melakonkan watak.

Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:


lakonan berasaskan gambar
lakonan berasaskan skrip
lakonan guna topeng
lakonan guna cerita berlagu
DISEDIAKAN OLEH:

NANTHINI A/P NAGERATNAM


SATESWARY A/P MURUGESWARAN

Anda mungkin juga menyukai