Anda di halaman 1dari 3

Kesusuteraan Melayu Moden mempunyai pelbagai genre.

Antaranya ialah
esei,novel,cerpen,drama,biografi dan sajak.Rajah dibawah memperjelaskan lagi tentang
kesusasteraan melayu moden

Dalam tugasan ini kita akan banyak membincangkan kepada salah satu genre
Kesusateraan Melayu Moden iaitu cerpen.Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu,
sudah tentu ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang
pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang
relatif.Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam
kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui
cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain
ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.
Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama
watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan itu benarbenar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan
Konsep cerpen kanak-kanak ialah boleh dinikmati oleh bukan sahaja kanak kanak
tetapi juga oleh orang dewasa.Kerapkali dikaitkan dengan sastera yang ditujukan untuk iaitu
kanak kanak khasnya.Digunakan secara umum untuk membawa maksud karya karya
penulisan dan penerbitan untuk kanak kanak.Aspek-aspek penting dalam penulisan cerpen
kanak-kanak yang perlu ada ialah yang pertama mestilah sesuai dengan usia, tahap berfikir dan
pencapaian bahasa kanak-kanak.Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik
minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Selain itu cerpen kanak-kanak perlulah berdasarkan tujuan pendidikan tertentu.


Contohnya banyak menyelitkan unsur-unsur yang berkait rapat dengan pengajaran dan
pembelajaran formal.Tema, pemikiran dan persoalan harus sesuai untuk mencapai matlamat
pendidikan persekolahan,contohnya bersifat didaktik dan menghiburkan, bukannya membawa
pemikiran berat tentang kehidupan seharian kanak-kanak.
Kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil kira semasa pengarang
mencipta cerpen kanak-kanak.Contohnya perlulah bermula dengan alam, persekitaran atau
perkara-perkara yang diketahui, pernah dilihat atau didengar.

Penggunaan bahasa dalam cerpen kanak-kanak haruslah sesuai dengan tahap


pencapaian mereka. Contohnya bahasa yang digunakan haruslah terjamin kesopanan dan
mutunya di samping mudah difahami oleh kanak- kanak dan yang perlu di beri perhatian
mestilah mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan
perkataan yang tegas.Cerpen kanak-kanak yang baik perlulah memaparkan gambar dan
ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar ,contohnya bahan bacaan yang banyak gambar dan
berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping
ilustrasi yang memancarkan mutu seninya.Selain itu bentuk fizikal karya kanak-kanak perlu
mengambil pertimbangan didaktis-psikologi.Contohnya aspek-aspek fizikal tersebut
termasuklah kertas, saiz buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan,
saiz dan penempatan gambar atau ilustrasi dan lain-lain.Penulis juga perlu memastikan cerita
atau karyanya dapat memberikan perlindungan material, perlindungan emosi, perlindungan
intelektual dan perlindungan spiritual kepada kanak kanak.

Cerita Kanak-kanak
Pada suatu hari,

Anda mungkin juga menyukai