Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

            Untuk mendapatkan novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil karya SN Shahnon Ahmad
bukannya mudah, lebih-lebih lagi novel yang sudah berusia 46 tahun ini banyak menyimpan
sejarahnya yang tersendiri. Saya secara jujurnya, inilah kali pertama saya membaca novel
tersebut yang mempunyai  halaman 176  mukasurat terbitan Alaf 21. Itupun bukannya
berbentuk buku hanya downloud dari laman web yang terdapat diinternet.  Kalau bukan
kerana tugasan yang diberikan sampai sekarang saya tidak pernah menyentuh apatah lagi
membaca novel tersebut secara terperinci dan mendalam. Sebelum ini saya hanya pernah
mendengar tajuk novel ini sahaja dan   pernah juga menonton cerita di layar televisyen
arahan Datuk Jamil Sulong, lakonan mantap Datuk Sarimah tetapi tidak menghayati secara
mendalam hanya sekilas pandang sahaja. Sebelum menghuraikan lebih lanjut lagi kehendak
tajuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah berkaitan dengan personaliti wajahdiri yang
terdapat pada watak-watak dalam novel ini sebaiknya saya menerangkan secara ringkas
sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil karya Sasterawan Negara Datuk Shanon Ahmad
yang cukup sinonim dengan hasil-hasil penulisan beliau yang cukup bermutu dan banyak
menyentuh hal-hal kehidupan  realiti masyarakat  pada masa itu.

SINOPSIS
Ranjau Sepanjang Jalan (1966) adalah satu karya dari Shahnon Ahmad yang banyak
menyentuh tentang kemiskinan dan perjuangan  keluarga petani sawah di Kampung Banggul
Derdep, Sik Kedah.  Berlatar belakang kampung halaman penulis sendiri (Shahnon Ahmad)
beliau membawa kita menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan
golongan petani pada masa dahulu agar genarasi sekarang akan sedar dan insaf bagaimana
susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini penulis berjaya mencipta
satu plot  yang penuh kreatif dan permainan emosi yang berjaya menyentak akal fikiran
kelompok masyarakat sekarang yang mana petani dahulu sanggup berjuang untuk mencari
sesuap nasi untuk diri sendiri malahan seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu.
Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh
orang anak gadis mereka iaitu, Sanah,  Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang
berjuang menguruskan sawah mereka sebanyak 14 relung sebagai satu  kepentingan utama
dalam kehidupan mereka. Walaupun untuk  satu musim hasil padi tidak boleh terkurang, padi
menjadi segala-galanya, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi.
Perjuangan Lahuma sebagai ketua keluarga cukup memberikan impak yang besar terhadap
keluarganya. Sehingga akhirnya Lahuma kecundang akibat kakinya terpijak onak nibung
yang meragut nyawanya sendiri. Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani ini bertambah
buruk lagi setelah pemergian Lahuma. Maka Jeha,  isteri Lahuma  memikul tanggungjawab
yang besar dan banyak menghadapi cabaran dan rintangan dalam mengusahakan sawah
peninggalan suaminya. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan
dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya
pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun
dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.
Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya
sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan
Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila akibat dugaan mendatang tanpa henti
semasa mengusahakan sawahnya. Setelah Jeha menjadi gila dan di hantar ke hospital
Tanjung Rambutan, Perak, segala bebanan dan tanggungjawab keluarga diambil alih oleh
anak sulungnya iaitu Sanah. Sanah  bersama adik-adiknya adalah penerus perjuangan
Lahuma dan Jeha sebagai keluarga tani untuk menguruskan sawah mereka.

ANALISIS PERSONALITI  WAJAHDIRI DALAM  WATAK  JEHA  DAN  SANAH

            Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, SN Shahnon Ahmad menonjolkan watak


wanita sebagai watak penting dalam penulisan ini. Ertinya beliau sungguh menyanjung
tinggi peranan wanita Melayu pada masa itu.  Di sini saya akan mengupas dua watak yang
mempunyai personaliti wajahdiri dalaman yang terdapat pada watak Jeha dan Sanah.

            Bagi saya, watak Jeha dan anak-anaknya dalam naskah Ranjau Sepanjang Jalan
adalah sebagai wirawati  petani yang cukup dibanggkan dan dicontohi oleh masyarakat
sekarang.. Dua watak ini mempunyai kekuatan dan kualiti wanita yang berani dan  terus 
berjuang walaupun berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Pada saya watak Jeha dan Sanah
boleh digambarkan sebagai “Hero Wanita Malaya”  pada masa itu. Selepas kejadian dan
urutan-urutan peristiwa yang menimpa keluarga Lahuma, peranan dan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga saling berganti. Lebih-lebih lagi tanggungjawab sebagai ketua
keluarga diterajui oleh wanita.

Kedua-dua watak ini, Jeha dan Sanah, masing-masing mempunyai personaliti


wajahdiri  yang boleh dianggap “Hero Wanita Malaya” dalam novel  Ranjau Sepanjang
Jalan.  Melalui plot-plot yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dalam Ranjau Sepanjang
Jalan ini memang jelas menampakkan kepada kita Jeha dan Sanah adalah watak besar dalam
novel beliau.  Gambaran kisah dua beranak ini cukup kental dalam menghadapi  hari-hari
kesukaran dan tidak mudah menyerah kalah demi mempertahankan sumber rezeki mereka.

PERSONALITI  WAJAHDIRI  WATAK  JEHA

Terdapat personaliti wajadiri pada watak Jeha yang  dipaparkan dalam naskah Ranjau
Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Sekaligus menguatkan plot dan jalan cerita Ranjau
Sepanjang Jalan  ini.  Dalam novel ini watak Jeha yang ditonjolkankan olah Shahnon
Ahmad  jelas untuk saya gambarkan dan sanjungi sebagai hero wanita Malaya pada masa
itu.  Gambaran “Hero Wanita Malaya”  yang diberikan kepada Jeha atas dasar sifat-sifat
diri dan perjuangan Jeha  dalan mengharungi liku-liku hidup sebagai petani. Selain itu
ketaatan pada agama, ketaatan kepada suami, kuat bekerja, cekal, tabah, tekun, penyabar dan
penyayang.  Pada saya watak Jeha satu kesungguhan untuk menampilkan watak wanita yang
unggul dan berani berjuang untuk mencari rezeki sekalipun kita tahu kudrat wanita
kadangkala ada lemahnya,  namun semua itu bukan alasan bagi Jeha apatah lagi selepas
kematian suaminya Lahuma.

Sifat-sifat yang ada pada Jeha cukup dijadikan teladan oleh kaum wanita zaman
sekarang.  Jeha seorang isteri dan ibu tunggal yang taat pada agama dan kesetiaannya yang 
sanggup mendiami sebuah teratak yang sekian lama untuk menampung mereka sekeluarga.
Sawah 14 relung peninggalan arwah suaminya harus diusahakan demi menampung keperluan
hidup keluarganya . Jelas terpampang di sini bagaimana Jeha sanggup setia menguruskan
tanah sawah walaupun tenaga yang ada tidak menampung sepenuhnya menguruskan sawah
tersebut. Kesetiaan dan janji yang dipegang oleh Jeha kepada suaminya mencerminkan sikap
taat setia Jeha kepada arwah suaminya.

Kekuatan Jeha yang dipaparkan oleh Shahnon Ahmad  dalam Ranjau Sepanjang Jalan
dapat memberi inspirasi dan keinsafan kepada kaum wanita  pada masa sekarang. Kegigihan
dan ketekunan Jeha yang memikul tanggungjawab suami bukannya mudah memandangkan
kesulitan dan cabaran yang dihadapinya pada masa dahulu. Seorang ibu tunggal kepada 7
orang anak gadisnya setelah kematian suaminya Lahuma yang mati terpijak duri nibong.,
sememangnya bukan mudah untuk membesarkan anak-anak dengan hasil usaha sebagai
petani. Hasil padi yang diperolehi hanya sekadar untuk pengias diri yang senampak kabur.
Jeha memainkan peranan besar dalam ketua keluarga untuk  menghadapi hari-hari kehidupan
mereka dengan hanya mengusahakan sawah. Jelas ini menampakkan Jeha ibu tunggal dan
ketua keluarga yang tekun dan gigih pada masa itu. Ketekunan dan kecekalan yang
ditonjolkan Shahnon Ahmad melalui watak Jeha akan memberi contoh dan teladan yang baik
bagi kaum hawa pada masa sekarang sebagaimana Jeha mengharungi kehidupan susahnya
sebagai petani sebelum atau selepas kematian suaminya.

Jeha si ibu dan tujuh anak daranya; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan
Kiah yang hidup pada pertengahan abad 20 menjadi keluarga anak tani bukannya mudah.
Mereka mengusahakan sawah dengan penat jernih. Hidup dan mati mereka semuanya
bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya. Makanan, wang semuanya datang
daripada hasil padi. Jeha harus menerjui kehidupan keluarga. Mereka tidak harus mati
kelaparan, sawah padi menguning, hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta
burung   tiak  yang menjahanamkan padi harus dan perlu ditentang. Sebegitu kuat azam Jeha
untuk   meneruskan perjuangan suaminya. Sikap Jeha yang tidak mudah mengalah kepada
kejadian alam adalah sifat yang  harus dipuji. Jeha beranggapan mati hidup dan senang
dipegang oleh Allah S.W.T dan Jeha tetap menerima dengan penuh kesyukuran dan berserah
pada Qada dan Qadar..

            Watak Jeha sebagai “Hero Wanita Malaya” cukup jelas dan berpadanan dengan
sifat beliau sebagaimana kita lihat apabila Jeha bersama suaminya   menebas semak ,
membersihkan rumput bulu landak dan segala semak samun lain yang merajai kawasan
bendang mereka.  Ada suatu ketikanya Jeha hampir  di patuk ular tedung semasa memetik
pucuk-pucuk kayu di sawahnya.  Segala rintangan dan dugaan yang dihadapi   tidak sama
sekali mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kerja-kerja  rutin sebagai petani. 
Kekuatan semangat yang ada pada Jeha dalam mengerjakan sawahnya lagi terbukti
apabila Jeha mengharungi rintangan ketika padi mula disemai, sarangan burung tiak yang
memagut buah-buah padi, ketam-ketam putih yang memotong batang-batang anak padi
hinggakan semua ujian ini terpaksa mereka tempuhi sehingga memaksa Jeha dan
keluarganya berada di bendang hingga hari malam. Kesungguhan Jeha untuk menjaga
sawahnya begitu kuat sekali, hanya wanita cekal dan tabah saja yang sanggup menghadapi
semua cabaran-cabaran ini.
Shahnon Ahmad juga dalam novel ini menonjolkan sikap Jeha yang taat kepada
suami, dikala suaminya Lahuma masih hidup hinggalah diakhir hayatnya. Kesetiaan dan
ketaatan yang diberikan oleh Jeha kepada suaminya ketika Lahuma sakit akibat tercucuk duri
nibong. Jehalah yang merawat dan menjaga Lahuma walaupun pada masa itu kerja-kerja
sawah harus diteruskan. Kasih sayang Jeha kepada suaminya tidak bebelah bagi sehinggalah
Lahuma menghembuskan nafas terakhir akibat tanggungan penyakitnya  yang tidak terubat.
Pernah suatu ketika, Jeha terbayang-bayang wajah suaminya di sawah dan merasakan
suaminya sentiasa berada disisinya. Apabila Jeha mengalami tekanan mental (gila) nama
suaminya sering diajukan kepada anak-anaknya. Beliau selalu bertanya kepada anak-anaknya
terutama Sanah tentang ayah mereka. Kekuatan cinta Jeha kepada Lahuma begitu mendalam
hinggakan melahirkan permainan emosi yang menyentak hati dan perasaan pembaca.
Namun diakhir perjuangan hero wanita Malaya ini, akhirnya kecundang juga akibat
terlalu banyak rintangan dan dugaan yang tidak dapat diharungi oleh Jeha. Ujian-ujian yang
begitu perit yang tidak tertanggung oleh Jeha menyebabkan beliau mengalami tekanan jiwa.
Kesungguhan wanita juga adakalanya tertewas oleh keadaan alam, ini terjadi kepada Jeha.
Jeha tidak dapat menerima hakikat kejadian alam yang merosakkan tanamannya. Gangguan
ketam-ketam putih, serangan burung-burung tiak dan banjir telah  menamatkan dan
mengakhiri perjuangan Jeha sebagai wirawati petani. Kegilaan Jeha yang semakin menjadi-
jadi menyebabkan anak-anaknya mengambil keputusan untuk menghantar Jeha ke Hospital
Tanjung Rambutan, Perak.
PERSONALITI  WAJAHDIRI  WATAK  SANAH

            Sanah adalah anak sulung pasangan suami isteri Lahuma dan Jeha. Watak Sanah yang
diketengahkan  oleh SH Shahnon Ahmad dalam Ranjau Sepanjang Jalan  adalah watak wira
yang tidak didendang. Terdapat personaliti wajahdiri yang ketara ditonjolkan oleh Sanah
dalam penceritaan SH Shahnon Ahmad. Kekuatan dan kualiti wanita yang dimiliki oleh
Sanah adalah warisan dari ibunya Jeha. . Semasa ayahnya masih hidup dan sebelum ibunya
menjadi gila Sanahlah yang banyak membantu keluarga mereka dalam kerja-kerja sawah.
Sanah adalah pendorong semangat adik-adik perempuannya.  Kesinambungan watak wanita
selepas Jeha adalah Sanah…Sanah penyambung warisan keluarganya…..keluarga tani.
Sanah seorang gadis yang belum bersuami tetapi sudah cukup matang dalam menguruskan
keluarga. Sanahlah pengganti Lahuma dan Jeha, selepas ayahnya meninggal dan ibunya gila
Sanahlah yang akan meneruskan perjuangan keluarga bersama adik-adiknya dalam
mengusahakan sawah mereka.

            Selepas Jeha menjadi gila, Sanah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga yang
berperanan sebagai seorang ayah, ibu, kakak sulung dan penyara kehidupan dia dan adik-
adiknya. Bukannya mudah bagi seorang wanita seperti Sanah yang belum berkeluarga berani
dan sanggup mempertaruhkan kehidupannya demi meneruskan kehidupan sebagai petani
apatah lagi memimpin adik-adiknya sama-sama memperjuangkan tanah sawah mereka.
Seperti ibunya Jeha, Sanah juga berhadapan dengan segala masalah dan cabaran dalam
mengusahakan sawah mereka.  Kekuatan watak Sanah lebih menonjol setelah ibunya
menjadi gila dan bagi Sanah perjuangan harus diteruskan. Mereka tidak harus mati
kelaparan, sawah padi menguning, hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta
gangguan burung tiak harus dihadapi dengan penuh kesabaran dan kecekalan.  Personaliti
wajahdiri yang dibangkitkan oleh Sanah adalah bagaimana beliau menghadapi situasi hari-
hari mendatang dengan hanya berbekal semangat dalam memperjuangkan sawah mereka. Di
sini, Sanah  berperanan sebagai pembangkit semangat keluarganya dan juga masyarakat
setempat. Penduduk kampung mencontohi apa yang diperjuangkan oleh Sanah dan adik-
adiknya.  Personaliti wajahdiri yang ada pada Sanah lagi terbukti apabila dia berhadapan
dengan masalah mental ibunya. Kekuatan diri yang ada pada Sanah cukup memberi
pengajaran kepada kita, walaupun ibunya (Jeha) gila, Sanah tetap sabar dan sentiasa
menyayangi ibunya walaupun terpaksa  melayan segala kerenah dan tindakan-tindakan
ibunya adakalanya diluar batasan. Kesabaran dan ketabahan Sanah tercabar juga apabila
Sanah terpaksa menghantar ibunya ke Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan di Perak.
Walaupun berat rasanya hati Sanah dan adik-adiknya berbuat demikian, namun demi
menyayangi ibunya, Sanah pasrah dan menerima segala ketentuan Ilahi apa yang terjadi
kepada ibu.

Anda mungkin juga menyukai