Anda di halaman 1dari 8

RANJAU SEPANJANG

JALAN

OLEH SHAHNON AHMAD

SINOPSIS BAB 1
memperkenalkan watak-watak yang terdapat
dalam novel iaitu Lahuma dan Jeha. Mereka
ialah sepasang suami isteri yang mempunyai
7 orang anak yang bernama Sanah, Milah,
Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah.
Lahuma sangat berpegang teguh kepada
prinsipnya iaitu Mati hidup dan susah senang
dipegang oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah
Azzawajalla.

bermula cerita pada pagi, semua ahli keluarga


mereka berada di luar rumah. Lahuma dan Jeha
duduk di atas jemuran buluh, anak-anaknya tengah
bermain masak-masak di tanah. Lahuma bergantung
harap pada padi yang menjadi penyambung
kehidupan mereka sekeluarga.
sambil melihat anak-anaknya yang 7 orang, dia
terfikir bagaimana tanah bendang yang hanya 14
relung hendak dibahagikan kepada anak-anaknya,
cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Dia sangat risau akan
kehidupan cicitnya akan datang sehingga ditegur

Lahuma memanggil Sanah dan menyuruhnya ambil


parang untuk diasah kerana esok dia mahu menebas
tanah. Lahuma bergaduh manja dengan Jeha
membuatkan Sanah berasa malu dengan gelagat
mereka. Keesokkan harinya bermulalah persiapan
Lahuma untuk menanam padi. Dia bersedia untuk
mengharungi segala cabaran yang bakal dihadapinya.
tempat tinggal keluarga Lahuma adalah di Kampung
Banggul Derdap. Ketika itu suasana senja, Lahuma
segera naik ke rumahnya. Dia berazam untuk bangun
esok pagi untuk melakukan kerjanya.

UNSUR KEAGAMAAN
o kepercayaan

kepada Allah.

Mati hidup dan susah senang dipegang oleh


Tuhan. Dipegang oleh Allah Azzawajalla .
(m/s 1)
o menghormati ibu bapa
Sanah! panggilnya. Anak daranya yang masih
bermain pasir-tempurung itu datang. Bawa
parang ke mari. Bawa batu asah ke mari. Aku nak
asah parang tajam-tajam. Besok kita nak ke belukar
mencuci tanah. Sanah pun pergi. (m/s 6)

UNSUR KEBUDAYAAN
obudaya wanita Melayu menyanggul rambut.
Jeha bingkas bangun. Menyanggul
rambutnya yang lebat itu. Sanggulnya
terkulai jatuh. Disanggul sekali lagi.
Kainnya diikat ke atas dada. (m/s 6)

UNSUR JENAKA
Lahuma mengusik Jeha mengenai rambutnya

Sekurang- kurangnya nasi serindit itu sedap masuk


hidung juga; lebih sedap dari bau hangit rambut kau
(m/s 6)

UNSUR KEKELUARGAAN
Lahuma memberi perhatian kepada anak-anaknya semasa

mereka bermain.
Lahuma tidak beralih kemana-mana. Kedua belah
matanya tetap juga tertumpu kepada anak-anaknya
yang berdebu itu. (m/s 3)
Lahuma risau akan keadaan anak-anaknya apabila dia
sudah mati nanti.
Tapi bagaimana nanti terjadi bila dia mati. Bendang
14 relung itu akan dibedah-bedah. Dua relung seorang.
(m/s 4)

Anda mungkin juga menyukai