Anda di halaman 1dari 13

BAB 3 RANJAU SEPANJANG JALBAB

3BBBBAB 3 RANJAU SEPANJANG


JALAN

OLEHOLEH SYAQILAH DAN


AFIFAH SYAQILAH DAN AFIFAH

SINOPSIS
Lahuma dan Jeha menurun ke belukar menebas pada hari yang pertama untuk
menyiapkan bekas tanam semai meninggalkan Sanah dan Milah yang
mengasuh Lebar dan Kiah di rumah. Lahuma asyik memikirkan masa hadapan
keluarganya apabila Sanah dan Milah sudah berkahwin nanti. Dia memikirkan
tentang tanah bendangnya yang sudah berzaman-zaman tidak pernah
bertambah relung dan hasilnya. Semakin berkembang anak cucu cicit, semakin
tersepit hidup kerana tanah bendangnya harus dibahagikan dengan jumlah
yang ramai. Sedang Lahuma menetak perdu-perdu pokok, kedengaran suara
Jeha yang sedang mematahkan pucuk-pucuk kayu di paya. Lahuma mengesan
nada yang digunakan oleh isterinya lain sekali dan akhirnya mendapati
kehadiran seekor ular tedung senduk yang sedang memanggau kepala setinggi
lutut sedepa dari tempat bininya berdiri. Kemudian Lahuma berjaya membunuh
ular tersebut dengan mencekik dan menmengerat badannya. Jeha pengsan lalu
Lahuma meminta bantuan orang kampung. Mereka berpakat untuk mencari dan
membunuh yang betina . Lahuma juga telah dinasihatkan untuk mengubah
tanah semai, walaubagaimanapun, Lahuma tetap dengan pendiriannya.
Akhirnya Lahuma, Long Kadim dan Ali Ketopi ke belukar untuk melontar limau
purut. Setelah kejadian itu, Jeha tidak turun ke belukar selama seminggu. Pada
minggu kedua pula, Jeha turut bersama tetapi ketakutannya pada ular masih
belum luput. Hanya pada minggu empat sahaja baru bekas semai itu selesai.

PERSOALAN
1. Persoalan seorang ketua keluarga yang risau akan masa
hadapan keluarganya.
2. Persoalan ketabahan seorang ayah menyara keluarganya tanpa
bantuan isterinya.
3. Persoalan keberanian seorang suami meletakkan nyawanya
dalam bahaya demi menyelamatkan nyawa isterinya yang
terancam.
4. Persoalan keprihatinan penduduk kampung terhadap kejadian
yang berlaku di kampung tersebut.
5. Persoalan seorang pengusaha padi yang risau akan keadaan
bendangnya.

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK BULAT (LAHUMA)
FAKTA

SIKAP

Suami kepada Jeha

Tabah menghadapi
cabaran

Bapa kepada Sanah

Berfikiran positif

Seorang pengusaha
padi di Kampung
Banggul Derdap

Gigih berusaha
menyara keluarga
Berani

JEHA
FAKTA

SIKAP

1. Isteri
Lahuma

1. Rajin
menolong
suaminya

2. Ibu kepada
Sanah.

2. Prihatin
terhadap
suaminya
3. Berfikiran
negatif

SANAH
FAKTA
1. Anak
sulung

FIZIKAL

SIKAP

1. Agak berisi 1. Taat kepada ibu


bapanya
2. Bertanggungjawab
sebagai anak
sulung.

GAYA BAHASA
1. Metafora
Nafas kelegaan
Lahuma menarik nafas kelegaan. (m/s 30)
2. Simile
Pucat macam orang mati. (m/s 34)
3. Disfemisme
Ni semua betina. (m/s 21)
4. Onomatopia
Tiba-tiba berdesis (m/s 31)

KRITIK SOSIAL
1. Masyarakat yang suka berfikiran negatif.
2. Masyarakat yang tidak prihatin terhadap keadaan orang yang
tercedera.
3. Masyarakat yang suka memperbesar masalah.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif bagi meneruskan
kehidupan.
2. Kita mestilah berani bertindak jika nyawa seseorang terancam.
3. Kita haruslah saling membantu sesama penduduk kampung.
4. Sebagai seorang anak, kita mestilah membantu ibu bapa ketika
berada dalam kesusahan.

LATAR
LATAR TEMPAT (Kampung Banggul Derdap)
1. Rumah Lahuma
2. Belukar
3. Paya
4. Rumah Ali Ketopi

LATAR MASA
1. Pagi
2. Minggu pertama di belukar
3. Minggu kedua di belukar
4. Minggu ketiga di belukar
LATAR MASYARAKAT
5. Masyarakat pengusaha padi
6. Masyarakat yang prihatin dengan kejadian yang menimpa
penduduk Kampung Banggul Derdap
7. Masyarakat yang tetap dengan pendirian mereka

ASPEK ADAT DAN BUDAYA


1. Kepercayaan Orang Islam bahawa mati hidup dan susah senang
dipegang oleh Allah Azzawajalla.
2. Adat orang melayu untuk merisik sebelum menikah.
3. Budaya orang kampung lebih mementingkan anak dalam
membantu ibu bapa mencari rezeki dari melanjutkan
pembelajaran.
4. Budaya orang kampung suka menjaga tepi kain orang lain.
5. Budaya orang kampung tidak mementingkan pelajaran bagi
golongan wanita.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani berkorban demi orang yang tersayang.
2. Kita mestilah pantas berfikir dan bertindak dalam situasi yang
sempit.
3. Kita mestilah tabah dalam menjalankan kehidupan walaupun
ditimpa pelbagai musibah.
4. Sebagai anak sulung, kita hendaklah bertanggungjawab
menjaga adik-adik ketika ketiadaan ibu bapa.
5. Kita hendaklah tolong-menolong sesama jiran semasa ditimpa
sesuatu musibah.

NILAI
1. Keberanian
2. Kasih sayang
3. Tolong-menolong
4. Ketabahan
5. Tanggugjawab

Anda mungkin juga menyukai