Anda di halaman 1dari 17

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI SESI 2018/2019
(JJ182)

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

PENGAJIAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini merupakan pengenalan kepada sejarah pembinaan negara ini, iaitu meliputi
tempoh masa dari zaman pra merdeka hingga kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan
selepas kemerdekaan. Berdasarkan matlamat ini, topik-topik penting yang akan
dibincangkan adalah seperti Sistem Masyarakat Melayu Tradisi dan perubahan-
perubahan; kehadiran masyarakat majmuk dan kesannya, Nasionalisme dengan memberi
tumpuan kepada pertumbuhan dan perjuangan politik Melayu yang menjiwai cita-cita
memerdekakan negara; perkembangan parti politik dan pilihanraya, dasar-dasar dan
Perlembagaan serta kepentingannya dalam membina generasi baru Malaysia dengan
menggunakan sejarah sebagai asas pembinaan negara bangsa.

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus, pelajar-pelajar dijangka akan dapat :

1 Memahami fakta-fakta berkenaan sejarah Malaysia yang menjadi asas


kepada pengetahuan kursus Kenegaraan Malaysia.
2 Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesinambungan,
perubahan dan perkembangan sosio-politik serta kemasyarakatan
Malaysia.
3 Mengaplikasikan pengetahuan kenegaraan dalam usaha untuk
membentuk jati diri dan memiliki semangat patriotik yang tinggi.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


________________________________________________________________________

Pada akhir kursus ini pelajar akan :

1. Menyatakan dan membincangkan faktor asas yang telah berlaku dalam


perkembangan sejarah Malaysia
2. Menyenaraikan faktor yang telah menjadi titik pengubah utama dalam
sejarah Negara.
3. Menerangkan natijah daripada titik pengubah tersebut.
4. Mengenalpasti implikasi hasil dari perubahan yang berlaku ke atas
perkembangan sosio-ekonomi dan politik negara.
5. Menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam sejarah
Malaysia.
6. Mengaplikasikan pengetahuan kenegaraan dalam menjana semangat
patriotisme, nasionalisme, kesukarelawanan dan kepimpinan dikalangan
pelajar.

2
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS


________________________________________________________________

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar diberikan modul kursus
yang akan menjadi rujukan utama kepada kursus ini. Modul ini dilengkapkan dengan
soalan-soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Di samping itu, pelajar
dinasihat mendapatkan bahan-bahan bacaan lain bagi meningkatkan kefahaman tentang
sejarah dan perkembangan negara kita dalam semua aspek terutamanya yang menyentuh
mengenai sosio-politik dan kemasyarakatan. Perbincangan dan soalan daripada buku-
buku rujukan boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran pelajar untuk menganalisis hal-
hal yang berkaitan topik yang dibincangkan dalam kursus ini. Bagi membantu pelajar
memahami isi kandungan modul dengan lebih jelas, empat sesi pertemuan bersemuka
diantara pelajar dan pensyarah telah ditetapkan, termasuk satu sesi untuk peperiksaan
pertengahan semester. Manakala peperiksaan akhir semester diadakan pada sesi
pertemuan yang berasingan. Pertemuan bersemuka ini akan menekankan kepada
sesi perbincangan dan soal jawab. Selain itu pelajar juga akan diminta membuat
"presentation" berdasarkan topik tertentu yang ditetapkan oleh pensyarah. Selaras
dengan itu, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi tujuan
"presentation". Jumlah pelajar bagi setiap kumpulan MESTILAH TIDAK LEBIH 6
Orang. Pelajar juga dikehendaki membaca dan meneliti kandungan modul sebelum
menghadiri sesi pertemuan bagi membolehkan perbincangan dilakukan dengan
lancar. Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian yang seterusnya.
Bagaimanapun, jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, sentiasa berhubung
dengan pihak PLK -UUM untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan


peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih
lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adalah seperti berikut:

Tugasan Individu Berbentuk Esei 15%


"Presentation” (Tugasan Berkumpulan) 15%
Peperiksaan Pertengahan Semester 30%
Peperiksaan Akhir 40%

Jumlah Keseluruhan 100%

3
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

TUGASAN & PRESENTATION POSTER

Satu tugasan INDIVIDU berbentuk esei akan diberikan kepada setiap pelajar. Setiap
tugasan akan membawa 15% daripada markah keseluruhan. Tugasan hendaklah dibuat
mengikut format yang diedarkan bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah
diserahkan kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan. Penyerahan tugasan
hendaklah dibuat pada pertemuan yang ketiga. Kelewatan menyerahkan tugasan pada
waktu yang ditetapkan akan dikenakan penalti dalam bentuk potongan markah.

Soalan tugasan akan diedarkan oleh pensyarah pada pertemuan bersemuka yang pertama.
Soalan tugasan pada semester ini adalah berdasarkan tema. Penulisan tugasan sebaik-
baiknya adalah berasaskan sumber primer.

”Presentation” Tugasan Berkumpulan dengan 15% markah mewajibkan pelajar-pelajar


membuat tugasan dan ”presentation” berdasarkan topik yang diberikan oleh pensyarah.
Topik-topik adalah berdasarkan tema atau soalan yang ditetapkan oleh penyelaras.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


________________________________________________________________

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan yang ketiga.


Peperiksaan akan merangkumi pelajaran dari Bab 1 hingga bab 5 dan markah
keseluruhan peperiksaan ini ialah 30 Markah. Masa yang diberikan ialah 2 jam
sahaja. Peperiksaan akan dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian A adalah berbentuk soalan-soalan objektif sebanyak 40 soalan, yang lebih


berbentuk menguji kefahaman pelajar mengenai perkara-perkara asas yang berkait
dengan perkembangan negara kita.

Bahagian B pula mengandungi soalan struktur yang bertujuan menguji kemampuan


pelajar menjawab dengan tepat dan ringkas mengenai fakta-fakta penting mengenai
Malaysia.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir semester akan diadakan pada pertemuan terakhir yang mana tarikh,
masa dan tempat sebenar akan ditetapkan dan diberitahu oleh pihak PACE kelak.
Peperiksaan akhir ini adalah bersifat komprehensif, iaitu merangkumi keseluruhan
modul. Masa yang diperuntukkan bagi peperiksaan ini adalah 2 1/2 jam. Peperiksaan
akan dibahagikan kepada dua bahagian.

4
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

Bahagian A adalah berbentuk soalan-soalan objektif sebanyak 50 soalan, yang lebih


berbentuk menguji kefahaman pelajar mengenai perkara-perkara asas yang berkait
dengan perkembangan negara kita.

Bahagian B pula mengandungi soalan berbentuk soalan esei yang bertujuan menguji
kemampuan pelajar menjawab dengan cara perbahasan dan perbincangan mengenai
fakta-fakta penting mengenai Malaysia.

Markah dinyatakan diakhir setiap soalan untuk dijadikan panduan mengenai masa yang
sewajarnya diperuntukkan untuk menjawab soalan tersebut.

RUJUKAN UTAMA

Modul Kenegaraan Malaysia

Zulhilmi Paidi, Rohani Ab Ghani, Mohamad Idris Salleh, Ismail Yusoff & Jazliza
Jamaluddin, 2011. Malaysia : Pembinaan Negara dan Bangsa. Petaling Jaya : Pearson –
Prentice Hall.

RUJUKAN TAMBAHAN
________________________________________________________________

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (ed.), 1997. Kenegaraan Malaysia.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Crouch, H., 1996. Government and Society in Malaysia. Australia : Allen & Unwin

Lukman Taib, 1997. The Politics and Governments of South East Asia. Kuala Lumpur :
Golden Books Centre Sdn. Bhd.

INTAN, 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur : INTAN

Milne, R.S. & Mauzy, Diane K., 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohani Abdul Ghani & Mohd Idris Saleh (Penyelenggara), 2008. Malaysia :
Perkembangan Bangsa dan Negara. Sintok : Unit Kenegaraan Malaysia UUM

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003. Pendidikan Negara Bangsa. Bentong : PTS
Publications Sdn Bhd.

5
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

KANDUNGAN KURSUS

Bil. Tajuk Jam

1.0 Pengenalan
1.1 Kursus Kenegaraan Malaysia 4 jam
1.2 Kepentingan Kenegaraan dalam Pembentukan
Negara Bangsa

2.0 Kepentingan Sistem Masyarakat Melayu Tradisi


Sebagai Asas Pembinaan Negara Bangsa 6 jam
2.1 Struktur Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisi
2.2 Struktur Politik Masyarakat Melayu Tradisi
2.3 Struktur Sosial Masyarakat Melayu Tradisi
2.4 Nilai-Nilai Murni Masyarakat Melayu Tradisi
dan peranannya dalam membentuk Negara Bangsa

3.0 Kolonialisme
3.1 Definisi Konsep
3.2 Kedatangan Penjajah 5 jam
3.3 Dasar dan Kesan Penjajahan

4.0 Nasionalisme
4.1 Definisi Konsep Nasionalisme
4.2 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme 4 jam
4.3 Malayan Union
4.4 Tindak balas Masyarakat dan Penentangan

5.0 Kemerdekaan
5.1 Rundingan ke arah kemerdekaan
5.2 Pilihanraya 1952, 1955 7 jam
5.3 Kemunculan dan Perkembangan Parti-Parti
Politik
5.4 Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan
Persekutuan
5.5 Pakatan Murni dan Unsur-unsur Tradisi
5.6 Pengisytiharan Kemerdekaan
6.0 Darurat dan Ancaman Terhadap Kemerdekaan
6.1 Pertapakan Fahaman Komunis 4 jam
6.2 Perkembangan dan Gerakan Bersenjata
6.3 Darurat dan Rundingan Baling

6
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

7.0 Penubuhan Malaysia


8.1 Idea dan Cadangan Awal 3 jam
8.2 Langkah Perlaksanaan
8.3 Reaksi, Cabaran dan Halangan

8.0 Jentera Pentadbiran Kerajaan


8.1 Definisi dan Konsep 3 jam
8.2 Proses Pembentukan dan Pengurusan Pentadbiran
8.3 Masalah dan Cabaran

9.0 Perlembagaan Malaysia


9.1 Definisi dan Konsep 3 jam
9.2 Perlembagaan Malaysia
9.3 Unsur-Unsur Tradisi
9.4 Masalah dan Cabaran

10.0 Dasar-Dasar Kerajaan


10.1 Konsep Pembentukan Dasar 3 jam
10.2 Kepentingan Dasar-Dasar Kepada Negara
10.3 Dasar-Dasar yang Telah Dilaksanakan

TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Telefon E-mel


Haji Zulhilmi Bin Paidi 013-4699418 zul1085@uum.edu.my
zulsusila@gmail.com

7
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh Pertemuan Modul Tempoh

Perbincangan Keseluruhan Kursus


27/7/2018 Pertemuan Perbincangan Bab 1, 2 dan 3 4 Jam
(Jumaat) Bersemuka Pembahagian Kumpulan
2.30 pm – 6.30
pm

17/8/2018 Pertemuan Perbincangan Bab 4, 5 dan 6 4 Jam


(Jumaat) Bersemuka “Presentation” Kumpulan
2.30 pm – 6.30
pm

21/9/2018 Pertemuan Perbincangan Bab 7 dan 8 4 Jam


(Jumaat) Bersemuka Peperiksaan Pertengahan Semester
2.30 pm – 6.30
pm

12/10/2018 Pertemuan Perbincangan Bab 9 dan 10 4 Jam


(Jumaat) Bersemuka “Presentation” Kumpulan
2.30 pm – 6.30 Perbincangan Keseluruhan
pm

27/11 – Peperiksaan Akhir Semester 2 1/2 Jam


04/12/2018

8
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

PANDUAN BELAJAR

Kursus SADN 1033 Kenegaraan Malaysia merupakan satu kursus yang membincangkan
mengenai perkembangan, kesinambungan dan perubahan sosio-politik serta sejarah
negara kita. Kursus ini diharap dapat membantu anda untuk memahami senario yang
wujud di Malaysia.

Sistem pendidikan jarak jauh menagih usaha dan komitmen tinggi pelajar terhadap
program yang diikuti. Berbeza dengan pelajar sepenuh masa, anda hanya mendapat
bimbingan yang minimum daripada tenaga pengajar. Semuanya bergantung kepada diri
anda sendiri. Sebagai panduan, buat permulaan anda perlu meneliti objektif kursus ini
agar anda mendapat gambaran secara kasar apa yang bakal anda peroleh pada akhir
semester nanti. Apabila memulakan sesuatu bab, pastikan anda membaca objektif bab
berkenaan dan setelah selesai bab tersebut, lihat semula objektif berkenaan untuk menilai
sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif tersebut atau sebaliknya. Jika anda
belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih tekun sehingga anda merasa tahap kefahaman
anda meningkat.

Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan tambahan
dan mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan anda membincangkan konsep-
konsep asas anda pelajari dari kursus ini. Walaupun anda mungkin mengalami kesukaran
pada permulaan, pendedahan sebegini berupaya membolehkan anda mengaitkan konsep-
konsep tersebut dengan perkembangan semasa.

Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan
Penilaian Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan selepas bahagian
tertentu dalam bab bagi menguji kefahaman anda terhadap bahagian berkenaan. SPK
pula terdapat di akhir setiap bab untuk menilai kefahaman anda terhadap keseluruhan
bab. Walaupun cadangan jawapan kepada SDT dan SPK disediakan, anda dinasihatkan
mencuba dahulu soalan-soalan yang dikemukakan sebelum melihat cadangan jawapan
ini. Pendedahan kepada berbagai soalan akan meningkatkan lagi kefahaman anda
terhadap topik-topik yang dibincangkan. Bagaimanapun, semua ini terpulang kepada
pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha dengan tekun sudah pasti
akan mendapat kejayaan yang lebih baik.

Selamat belajar.

9
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama.

2. Tugasan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4 dengan langkau

dua baris.

3. Setiap helai kertas tugasan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai header di

sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kanan. Ini adalah

untuk menjamin keselamatan andainya terdapat muka surat dari kertas tugasan anda

yang tercerai.

4. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada hujah dan pandangan yang anda

utarakan. Penilaian juga diberi kepada kekemasan tugasan dan keselarasan teknik

penulisan. Tugasan anda hendaklah tidak kurang 20 muka surat (double spacing).

Selain itu, gaya persembahan, keboleh bacaan, dan format keseluruhan tugasan juga

akan dinilai.

10
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

TEMA UNTUK TUGASAN INDIVIDU & BERKUMPULAN

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI SESI 2018/2019

(JJ182)

TEMA TUGASAN INDIVIDU

1. TEMA BERKAITAN BERKAITAN PELESTARIAN WARISAN KETARA


(TANGIBLE HERITAGE).

- BANGUNAN BERSEJARAH
- MONUMEN
- TAPAK WARISAN

 TAKRIFAN WARISAN KETARA IALAH BANGUNAN BERSEJARAH,


MONUMEN DAN TAPAK WARISAN YANG BERUSIA LEBIH 50
TAHUN.

TOPIK TUGASAN & PRESENTATION BERKUMPULAN

1. " Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam
kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan
terbaik kita untuk masa hadapan. "

Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran ethnosentrisme
dan nasionalisme kepada idea ” 1 Malaysia” terutamanya berkenaan kestabilan sosio-
politik dan kemajuan ekonomi.

2. Demokrasi berparlimen adalah salah satu ciri yang wujud dalam perlembagaan
persekutuan Malaysia. Bincangkan apakah yang dimaksudkan demokrasi berparlimen itu
berdasarkan peruntukan yang sedia wujud di dalam perlembagaan Malaysia.

3. ” Antara matlamat dasar pendidikan negara ialah perpaduan dan keharmonian kaum di
Malaysia. Ini secara umumnya dikatakan hanya dapat dikekalkan dan dimantapkan jika
semua kaum menerima hakikat sejarah dan realiti sosio-politik yang wujud di negara ini"

11
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

Berdasarkan kefahaman anda tentang "Dasar Pelajaran Kebangsaan" dan "Falsafah


Pendidikan Negara", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas.

4. "Dasar Ekonomi Baru (DEB) satu kegagalan ”

Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis terhadap kenyataan di
atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini.

5. ”Perpaduan dan keharmonian kaum di malaysia dikatakan hanya dapat dikekalkan dan
dimantapkan jika semua kaum menerima hakikat sejarah dan realiti sosio-politik yang
wujud di negara ini"

Berdasarkan kefahaman anda tentang "kompromi merdeka" dan prinsip "quid pro quo",
berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas.

6. Peristiwa darurat yang berlaku selama 12 tahun bermula dari 1948 hingga 1960
merupakan salah satu peristiwa pahit dalam lipatan sejarah kita. Ia mengorbankan 12,000
nyawa selain kerugian hrta benda yang tak terhingga. Biarpun sudah lebih 60 tahun
berlalu, darurat tetap penting sebagai peringatan buat generasi masakini."

Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran-cabaran dan
pengajaran-pengajaran yang lahir dari peristiwa penting ini dan bagaimana ia dapat
memberikan pengajaran kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya tentang aspek
mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada.

7. ” Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia


merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu”

Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi,
mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan
pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 september 1963.

8. ”Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan secara rasmi pada 16
September 2011 oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak ”

Bincangkan kepentingan akta ini dan juga akta baharu yang menggantikannya
terutamanya dalam menghadapi ancaman terrorisme pada hari ini

9. ”PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) sebagai dasar kerajaan dengan hasrat
melahirkan remaja Malaysia yang mempunyai daya saing yang tinggi dan berdisplin serta
sayangkan negara.”

Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan kepentingan program PLKN dalam aspek


melahirkan generasi Y yang lebih sayang dan cintakan negara.

*MOHON LIMA TUGASAN TERBAIK DI SERAHKAN KEPADA PENYELARAS KURSUS

12
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK

[ NAMA PENSYARAH ]

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA
NO. MATRIK
PUSAT

Tarikh Akhir Pertemuan III Tarikh Penerimaan


Serahan

13
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

TEKNIK PENULISAN TUGASAN

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk karya yang eksklusif dan mempunyai ciri-ciri
yang tertentu. Ia sangat penting dalam menentukan nilai dan mutu serta tahap kesarjanaan
setiap penulisan yang dikemukakan oleh penulis. Selain dari pencernaan idea,
penghujahan yang bernas dan ketulenan penyelidikan, teknik penulisan dan sumber
rujukan juga merupakan satu perkara yang turut menjadi penentu kepada mutu dan tahap
penulisan.

Sumber Rujukan

Terdapat lima jenis pengkelasan sumber dalam penyelidikan kualitatif.

1. Sumber Arkeologi

Merupakan bahan-bahan tinggalan sejarah yang menjadi “trade-mark” kepada


satu-satu peristiwa sejarah yang pernah berlaku di sesebuah tempat. Ia
termasuklah prasasti-prasasti, kota-kota lama, candi, bahan-bahan tembikar dan
batu bersurat. Bahan-bahan ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.

2. Sumber Awalan atau Sumber Primer

Sumber-sumber yang termasuk dalam pengkelasan ini merupakan sumber yang


belum diterbitkan dan selalunya merupakan bahan simpanan peribadi dan arkib
serta jabatan-jabatan kerajaan. Bahan-bahan seperti ini termasuklah buku catatan,
rekod kelahiran dan kematian, minit mesyuarat, rekod-rekod kementerian,
dokumen-dokumen awam seperti Perbahasan Parlimen dan Perbahasan Dewan
Rakyat, Kertas Perintah, Perlembagaaan, Penerbitan Kerajaan Persekutuan dan
Negeri seperti Warta Kerajaan Persekutuan, Warta Kerajaan Negeri, Laporan
Kerajaan Persekutuan dan Laporan Jawatankuasa. Terdapat juga dokumen awam
yang tidak diterbitkan seperti Dokumen Kerajaan seperti surat menyurat yang
mempunyai sebagai pengenalan pasti seperti Straits Settlements Records, NL13
A32. 1826. Surat S.G. Bonham, Acting Resident of Singapore, kepada John
Anderson, Secretery to the Government Prince of Wales, Singapore and Malacca,
23 Disember 1826. Selain dari itu Dokumen Pertubuhan Antara bangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO contohnya Director- General
of UNESCO report, Paris. Selain dari itu laporan-laporan polis dan catatan
mahkamah juga merupakan sumber awalan.

3. Sumber Sekunder

Ia dikenali juga sebagai sumber kedua iaitu hasil karya yang dihasilkan
berdasarkan kepada sumber-sumber awalan. Antara jenis sumber sekunder ini
termasuklah buku-buku dan jurnal. Contoh yang baik ialah buku yang ditulis oleh
Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970,

14
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

Berita Publishing, Kuala Lumpur, 1987 kerana menggunakan banyak bahan-


bahan awalan.

4. Sumber Tertiary

Ia juga dikenali sebagai sumber ketiga yang merupakan hasil penulisan yang
sebahagian besarnya menggunakan rujukan dari sumber kedua dan digunakan
sebagai rujukan dan bahan bacaan di peringkat sekolah menengah. Pendekatan
yang digunakan dalam sumber ketiga lebih ringkas dan merupakan isu-isu yang
telah banyak diperbincangkan serta kurang analitikal.

5. Sumber Lisan

Merupakan rekod-rekod temubual dengan tokoh yang terlibat secara langsung


atau mereka yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa yang bersejarah.

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM TUGASAN

Tidak ada satu ketetapan yang khusus tentang perkara di atas. Ia bergantung kepada
kesesuaian jenis tugasan dan kajian yang dijalankan oleh seseorang. Namun demikian,
secara umumnya setiap tugasan selalunya perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Bahagian Pengenalan yang merupakan bahagian yang menyatakan idea-idea


utama atau garis kasar yang ingin dinyatakan dalam teks. Contohnya
sekiranya tugasan merupakan satu kajian mengenai “Sejarah Baling:
Pertemuan Tunku dan Chin Peng”, bahagian pengenalan akan menerangkan
mengenai geo-strategik Pekan Baling.

2. Teks utama ataupun Isi-Isi

Bahagian ini hendaklah disusun dengan rapi agar terdapat kesinambungan


hujah yang baik dan dapat menjelaskan permasalahan yang diteliti. Ini kerana
ia sangat mempengaruhi keterangan dan penjelasan yang dikemukakan.
Tugasan yang baik ialah tugasan yang mampu memuatkan fakta-fakta yang
mencukupi dan menghujahkannya dengan berkesan. Ia dapat dilakukan hanya
melalui pembacaan dan pengumpulan bahan-bahan rujukan yang banyak.

3. Setiap fakta yang diambil dari mana-mana rujukan perlu dinyatakan sumber
dengan menggunakan kaedah APA 6th edition, nota kaki (foot notes) ataupun
nota hujung (end notes).

4. Bahagian Akhir ataupun Kesimpulan


Merupakan bahagian rumusan hujah atau analisis secara ringkas.

15
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

NOTA KAKI ATAUPUN NOTA HUJUNG

Nota kaki ata nota hujung merupakan rujukan yang digunakan dalam teks. Setiap fakta
yang dirujuk perlu diletakkan nombor secara berturutan.

Contoh-Contoh

1. R.G. Collingwood, Idea Sejarah, (terjemahan oleh Muhad Yusuf


Ibrahim), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hal.
323.
2. M.A. Kaplan, et al., Vietnam Settlement: Why 1973 Not 1969,
American Enteprise Institute Public Policy Research, Washinton
D.C., 1973, hal. 47.

3. Sekiranya rujukan buku yang sama secara berturutan maka ia


ditulis sebagai :

Ibid., hal 48.

4. Sekiranya rujukan tersebut secara berselang dengan rujukan lain


maka ia ditulis sebagai:

Collingwood, hal. 300.

SENARAI RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI

Bahagian akhir yang perlu ada dalam satu-satu penulisan ilmiah ialah senarai rujukan
ataupun bibliografi. Ia merupakan senarai rujukan yang telah digunakan sepanjang
penulisan. Senarai rujukan perlu disusun mengikut susunan abjad yang teratur.

Contoh-Contoh

1. Buku

Buku yang ditulis oleh seorang pengarang

Collingwood , R.G., Idea Sejarah, (terjemahan oleh Muhd Yusuf Ibrahim),


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985.

Buku yang ditulis oleh lebih dari 3 orang pengarang

Kaplan, M.A., et al., Vietnam Settlement: Why 1973 Not 1969, American
Enteprise Institute Public Policy Research, Washinton D.C., 1973.

16
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

2. Jurnal

Samuel Huntington, “Peradaban Barat: Unik Bukan Sejagat” dalam Pemikir,


April-Jun, Utusan Melayu , 1997, (1-14).

3. Bahan- bahan yang tidak diterbitkan seperti disertasi dan latihan ilmiah

Nik Anuar bin Nik Mahmud, “Anglo-Thai Relations 1945-1954”, PhD.


Dissertation, University of Hull, 1988.

4. Akhbar
Berita Harian, 30 Ogos 2001.

SEKIAN TERIMA KASIH

17

Anda mungkin juga menyukai