Anda di halaman 1dari 126

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN ASAS (DPA)

(MOD ODL DAN KONVENSIONAL)

MODUL 1/63
PENGAJIAN MALAYSIA (MPU 2113)
KLASIFIKASI: MATA PELAJARAN UMUM (MPU)

Penulis:

DR. SERI LANANG JAYA BIN HJ ROHANI


HJ. MOHD. KAMAR BIN ZAINUDDIN

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA)


N0. 1 & 17, JALAN SEJAT 8/10,
SEKSYEN 8, 40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

VISI, MISI DAN OBJEKTIF KOPEDA

VISI

Menjana pendidikan berkualiti khususnya di institusi swasta melalui latihan


perguruan yang berkualiti termasuk penyediaan program latihan bagi bidang-
bidang yang mampu menangani cabaran era globalisasi.

MISI

Menyumbang ke arah pemantapan pendidikan berkualiti di Malaysia melalui


perkhidmatan pendidikan perguruan untuk individu dan agensi yang dikendalikan
melalui usahasamadengan institusi yang berwibawa.

OBJEKTIF

• Menyediakan guru profesional bagi membantu Kementerian Pelajaran


melaksanakan misinya untuk “Membangun Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti”.

• Menghasilkan guru profesional bagi institusi pendidikan swasta, agensi


kerajaan dan separuh kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk
mengendalikan aktiviti pendidikan.
KANDUNGAN
BUTIRAN MUKA SURAT
1. Kata Alu-Aluan
2. Panduan Pelajar
3. Rasional memasukkan subjek Psikologi Perkembangan
Kanak-Kanak ke dalam program
4. Objektif Pembelajaran
5. Hasil Pembelajaran
6. Sinopsis
7. Mod Penyampaian
8. Kaedah dan Jenis Penaksiran
9. Topik Mata Pelajaran dan Jumlah masa Pembelajaran
10. Topik 1 LATAR BELAKANG KURSUS
11. Topik 2 SEJARAH DAN POLITIK: PEMBENTUKAN
MALAYSIA
12. Topik 3 SEJARAH DAN POLITIK: PENTADBIRAN NEGARA
13. Topik 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
14. Topik 5 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
15. Topik 6 PEMBANGUNAN NEGARA
16. Topik 7 ISU-ISU PEMBANGUNAN INSAN DAN
MASYARAKAT
17. Topik 8 ISU-ISU ALAM SEKITAR DALAM PEMBANGUNAN
18. Aktiviti Selepas Latihan/ujian pasca
19. Jawapan
20. Bibliografi
1. KATA ALU-ALUAN

Modul pembelajaran ini merupakan usaha KOPEDA untuk meningkatkan lagi kualiti latihan
perguruan bagi pelajar yang mengikuti program ini secara sambilan atau kursus dalam cuti.
Mod sambilan ini lebih sesuai dengan keperluan pelajar yang sedang bertugas sepenuh masa
sebagai guru atau kerjaya lain.

Modul ini disediakan oleh panel pensyarah KOPEDA berdasarkan keperluan sukatan
pelajaran bagi program Sijil Perguruan Prasekolah (SPP). Modul pembelajaran merupakan
bahan rujukan untuk pembelajaran kendiri. Oleh yang demikian setiap modul mengandungi
bahan bacaan teras, cadangan bacaan tambahan dan rujukan laman web yang akan
membantu mengembangkan ilmu keguruan pelajar. Modul ini juga mengandungi soalan serta
latihan yang bertujuan menggalakkan amalan pemikiran reflektif di kalangan pelajar.

Kolej ini berharap agar modul ini dapat membantu palajar mengikuti latihan perguruan yang
berkualiti ke arah menghasilkan guru terlatih yang berilmu dan berkebolahan menghadapi
cabaran pendidikan pada masa kini dan masa hadapan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan idea
dan kepakaran kepada mereka yang berusaha dengan gigih sehingga terhasilnya modul ini.

HAJI MOHAMAD BIN HAJI IKHSAN


Ketua Pegawai Eksekutif
Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)
2. PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda mengurus pembelajaran anda agar anda boleh
belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran kendiri
kerana selama ini anda telah terbiasa dengan cara pembelajaran bersemuka secara langsung
dengan guru/pensyarah. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk mengurus corak
pembelajaran, sumber pembalajaran dan masa pembelajaran anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran


anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika
anda menentukan aras pencapaian anda masa kini dan menentukan sasaran pembelajaran
kendiri seterusnya. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dijadikan amalan untuk
meningkatkan pencapaian berterusan dan bukannya tanda kelemahan anda.

Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Setiap tajuk meliputti beberapa tajuk kecil. Jangka
masa untuk mempelajari sesuatu tajuk dan tajuk kecil bergantung kapada gaya pembelajaran
dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Tugasan-tugasan yang disediakan dalam setiap
tajuk dan tajuk kecil bertujuan untuk membantu anda mengingat semula dan mengukuhkan
kefahaman anda mengenai tajuk yang telah dipelajari. Sebahagian daripada soalan tugasan
telah disediakan cadangan jawapan. Bagi soalan tugasan yang tiada cadangan jawapan
adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan tutorial yang akan
datang.

Tugasan yang telah disediakan untuk perbincangan semasa tutorial atau untuk diserahkan
semasa kuliah atau tutorial hendakalah disiapkan sebelum tiba masa kuliah/tuturial. Setiap
tugasan yang diberi hendaklah disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hasil
tugasan anda merupakan alat atau produk untuk anda dan tutor/pensyarah anda mengesan
sejauh mana kemajuan anda dalam setiap tajuk/mata pelajaran.

Anda juga diwajibkan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir setiap semester bagi
mata pelajaran yang telah dipelajari pada semester berkenaan. Tarikh, masa dan tempat
peperiksaan semester akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan kolej.

Selepas selesai mengikuti semua mata pelajaran dan lulus dalam peperiksaan, anda akan
menjalani praktikum pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak
pengurusan kolej. Markah praktikum akan digabungkan dengan purata mata gerd terkumpul
bagi subjek-subjek yang telah anda ambil dan lulus sebelumnya untuk menentukan gred
kelulusan anda dalam program ini.
Tip untuk membantu anda mengikuti modul ini dengan berkesan

• Cari sudut atau tempat yang sesuai untuk memudahkan anda memberi tumpuan
sepenuhnya pada modul ini.

• Peruntukkan suatu tempoh tertentu pada setiap hari atau sediakan jadual belajar harian
untuk anda memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi jadual belajar yang
telah anda sediakan. Selepas selesai membaca modul ini, teruskan membaca buku dan
bahan rujukan lain yang dicadangkan dalam modul ini.

• Luangkan sebanyak mungkin masa untuk menyempurnakan SEGERA semua tugasan


yang disediakan bagi setiap tajuk. JANGAN BERTANGGUH.

• Semak dan ulangkaji pembacaan anda sekurang-kurangnya tiga kali untuk memantapkan
ingatan dan kefahaman anda mengnai isi pelajaran dalam setiap tajuk.

• Rujuk sumber lain untuk mendapatkan maklumat dan huraian tambahan mengenai
sesuatu tajuk untuk meningkatkan lagi kefahaman anda.

• Mulakan sistem fail untuk memudahkan anda menyimpan dan menyusun bahan yang
bermakna bagi setiap mata pelajaran.

• Cari kawan yang boleh membantu dan memotivasi pembelajaran anda


TOPIK 1.0 LATAR BELAKANG KURSUS

Rasional memasukkan ke dalam program


Subjek ini penting bagi setiap guru prasekolah kerana mata pelajaran ini membolehkan
mereka menghargai Negara Malaysia apabila mereka telah memahami sejarah
perkembangan dan kekayaan Malaysia yang menjadi kandungan subjek ini. Selaku guru
prasekolah mereka perlu memupuk semangat patritisme kepada murid mereka.

Objektif Pembelajaran
Selepas mengikuti kursus ini pelajar dapat:
1. Memahami sejarah Negara dan perkembangan masyarakat Malaysia.
2. Memahami masyarakat majmuk dan pemupukan perpaduan di Malaysia.
3. Mengetahui peruntukan utama dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Memahami struktur asas pentadbiran negara.
5. Memahami dasar utama pembangunan negara.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Menjelaskan sejarah perkembangan negara.
2. Menghuraikan ciri masyarakat majmuk dan cara memelihara perpaduan.
3. Menjelaskan peruntukan utama dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Menghuraikan struktur asas pentadbiran negara.
5. Menghuraikan dasar utama pembangunan negara.

Sinopsis
Subjek ini membolehkan pelajar memahami sejarah dan perkembangan Malaysia dari aspek
politik, social dan ekonomi, sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan dan pembangunan,
struktur pentadbiran dan dasar negara; dan pentingnya peranan setiap anggota masyarakat
untuk membantu sumbangan Malaysia di arena antarabangsa.

Mod Penyampaian
• Kuliah
• Tutorial
• Perbincangan kumpulan dan bengkel
• Pembentangan
• Soal-jawab lisan
Kaedah dan Jenis Penaksiran
1. Kerja kursus: 70%
• Tugasan individu & tugasan kumpulan – 40 %
• Amali – 20 %
• Ujian & Kuiz – 10 %
2. Peperiksaan : 30%
Tajuk Mata Pelajaran dan Jam Interaksi

BIL Tajuk Dan Isi Kandungan K T P BS JJB


1 SEJARAH DAN POLITIK
1.1 Zaman Prasejarah Malaysia
1.2 Kemerdekaan
5 5 25 35
1.3 Pembentukan Malaysia
1.4 Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara
1.5 Demokrasi di Malaysia
2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2.1 Perlembagaan Persekutuan 2 2 10 14
2.2 Peruntukan Utama dalam Perlembagaan Malaysia
3. KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
3.1 Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia 2 2 10 14
3.2 Integrasi dan Perpaduan Nasional
4. PEMBANGUNAN NEGARA
4.1 Rancangan dan Wawasan Pembangunan Negara 2 2 10 14
4.2 Dasar-dasar Utama
4.3 Perkembangan Pendidikan
4.4 Perkembangan Sains dan Teknologi
5. ISU-ISU SEMASA
5.1 Isu-isu dalam Pembangunan Insan dan Masyarakat 3 3 14.5 20.5
5.2 Isu-isu Alam Sekitar dalam Pembangunan
Persedian Kerja Kursus 10
Persediaan Peperiksaan dan Peperiksaan 12.5
Jumlah Jam Interaksi 14 14 69.5 120
Persamaan Jam Kredit 3
TOPIK 2 PEMBENTUKAN MALAYSIA

2.1 PENGENALAN
Kemajuan dan pembangunan negara bangsa pada hari ini adalah atas sumbangan dan
peranan orang-orang terdahulu. Peranan masyarakat zaman dahulu perlu dinilai untuk
mengetahui bahawa tradisi sosio-politik yang kita amalkan pada hari ini adalah warisan
daripada masyarakat tradisional pada zaman dahulu.
Topik ini pada umumnya membincangkan senario negara kita bermula dari sejarah awal
pemerintahan kerajaan Melayu membawa ke zaman penjajahan sehinggalah lahirnya bibit-
bibit perjuangan menuntut kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Fokus penjajahan
bermula dengan penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan akhirnya Jepun.
Setelah Malaysia dikuasai dan dijajahi oleh beberapa kuasa asing, usaha bagi membebaskan
negara ini telah dilakukan. Dalam topik ini anda akan dibawa juga meninjau usaha-usaha
yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajah
dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

2.2 SEJARAH AWAL


2.2.1 Struktur Pemerintahan Melayu Tradisional
Sistem politik tradisional merupakan sistem pemerintahan yang dominan di negara Malaysia
sebelum berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengan kedatangan penjajah
pada abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, adat
resam dan agama.

Ciri utama sistem politik tradisional pada umumnya memperlihatkan wujudnya jurang
perbezaan antara golongan pemerintah, bangsawan dan rakyat jelata/bawahan. Hal ini boleh
dilihat melalui rajah berikut:

Raja

Golongan
Bangsawan

Pembesar

Rakyat biasa

Golongan hamba

Rajah 2.1 Stratifikasi Sosial Masyarakat Melayu Tradisional


(Diadaptasi dari Sivachandralingam, Tamadun Dunia, 1999)
Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial dipegang oleh
golongan bangsawan. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara. Secara kesimpulannya, masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada
dua golongan utama, iaitu golongan pemerintah (raja, golongan bangsawan dan pembesar)
dan golongan diperintah (rakyat biasa dan hamba).

Sistem Pemerintahan Beraja

Raja sebagai tonggak kedaulatan. Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah bertapak sejak
zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama Masihi dan Kerajaan Sri Vijaya yang berpusat di
Palembang Sumatera pada kurun ke-7 Masihi. Alam Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan
Melayu merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi Selatan Thailand, Langkasuka,
di Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu
Islam Melaka pada abad ke-15 Masihi.

Dalam konteks sistem pemerintahan Beraja Melayu, Kesultanan Melayu Islam telah berjaya
membentuk tamadun bangsa dalam sistem politik, perundangan, keilmuan, kecendekiawanan
dan kesusasteraan di alam Melayu. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap kerajaan
sentiasa meneruskan tradisi - mengekalkan identiti bangsa.

Pada hari ini dalam konteks Malaysia, pengekalan institusi raja berlaku melalui sebuah
Kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Atas fahaman itu, Perdana
Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman (Almarhum) ketika merangka formula
membentuk kerajaan, mengasaskan sistem berkerajaan dan bernegara atas landasan yang
menggabungkan institusi Raja dan institusi rakyat. Raja dimaktubkan sebagai ketua agama
Islam.

Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana sedia terkandung selari
nilai dan amal yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan pada era Kesultanan
Melayu. Undang-undang Melaka umpamanya menjelaskan bahawa martabat tinggi
seseorang sultan itu dinilai daripada sudut amal makruf baginda menyempurnakan tanggung
jawab (Raja Nazrin Shah,”Institusi Raja Perkukuh Bangsa, Integrasi Nasional”,).

Sistem pembesar

Jika dilihat pada gambarajah di atas, golongan pembesar berada di tempat ketiga tetapi masih
lagi tergolong dalam golongan atasan. Sesetengah daripada mereka bertugas di istana
sebagai penasihat raja dan juga ada antara mereka yang menjadi pembesar di daerah-daerah
tertentu. Pembesar-pembesar ini dilantik oleh sultan dan diberi kuasa untuk memungut cukai
dan memiliki tentera dan orang suruhan mereka sendiri. Di antara pembesar-pembesar yang
terkenal adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Sura dan
banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah Melayu). Pembesar yang terakhir adalah penghulu/ketua
kampung yang merupakan orang paling berkuasa di peringkat kampung. Beliau juga
merupakan perantara antara raja dan rakyat.
2.2.2 Kerajaan Melayu Melaka

Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Pada
ketika itu Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di
alam Melayu. Kerajaan Melayu Melaka dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya
pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477).

Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka


Kedudukan yang strategik, turut dibantu oleh beberapa faktor lain. Mari kita lihat faktor-faktor
yang turut menyumbang kepada perkembangan dan keagungan Kerajaan Melayu .

(a) Faktor Politik dan Pentadbiran


(i) Kerajaan Melaka mempunyai tokoh-tokoh kepemimpinan yang cekap memelihara
dan menjamin pentadbiran dan keamanan negeri, seperti Parameswara,
Sultan Muzaffar Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud Syah,
Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang Tuah dan sebagainya.
(ii) Hubungan diplomatik dan dasar luar Melaka dengan Kerajaan Siam, Majapahit
dan Negeri China memberi kesan yang positif kepada perkembangan Melaka
daripada segi ekonomi dan politik. Daripada segi politik, perhubungan diplomatik yang
baik dengan China menyebabkan Melaka bebas daripada ancaman kerajaan-kerajaan
asing di Nusantara.
(iii) Sistem undang-undang yang adil,, seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-
Undang Laut yang disusun dan dikemaskinikan oleh Sultan Mudzafar Syah telah
membuktikan bahawa pihak pemerintah berusaha menjamin ketenteraman Melaka
yang menjadi pusat perdagangan terbesar dan terkenal. Justeru keselamatan
pedagang-pedagang asing lebih terjamin.
(iv) Hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan Melaka dikawal selia oleh
seorang Syahbandar. Kekuasaan dan kewibawaan Syahbandar dalam
mengendalikan urusan perkapalan merupakan faktor yang membantu kepada
pertumbuhan ekonomi Melaka. Hal ini ditambah pula dengan sistem ketenteraan
yang kuat.
(v) Kegiatan lanun dapat dihapuskan dengan sistem ketenteraan yang kuat dan
peluasan kuasa terhadap negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu. Ini sekali gus juga dapat memperluaskan perdagangan.

(b) Faktor Geografi

(i) Melaka muncul sebagai pusat perdagangan enterport yang terpenting di


Nusantara kerana kedudukannya di antara Lautan Hindi dengan Lautan China
Selatan terlindung daripada angin Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Ini menjadi
faktor penggalak kepada pelayaran antarabangsa.
(ii) Negeri Melaka mempunyai pelabuhan yang dalam yang sangat sesuai untuk
kapal-kapal berlabuh dan berdagang.
(c) Faktor Ekonomi

(i) Faktor politik dan geografi turut membantu Melaka menjadi pusat tumpuan
aktiviti-aktiviti ekonomi. Melaka dapat menyediakan kemudahan bagi
menggalakkan pertumbuhan ekonomi, seperti perdagangan empah ratus dan
pusat perdagangan barangan dari China, India, negara-negara Arab dan Eropah.
(ii) Pemerintah memperkenalkan penggunaan sistem mata wang sendiri dalam urusan
perdagangan. Ini memudahkan aktiviti jual beli dilaksanakan.
(iii) Kerajaan Melaka turut mewujudkan sistem pungutan cukai yang baik dan
diterima oleh pedagang-pedagang asing.

(d) Faktor Sosial

(i) Aspek pendidikan telah diberi penekanan oleh pemeritah Melaka. Kedudukan
Melaka sebagai pusat keilmuan berkait rapat dengan pemerintah-pemerintah
Melaka yang amat menghormati dan memberi kedudukan yang tinggi kepada
golongan ulama. Sultan Mansur Syah, misalnya berguru dengan Kadhi Yusuf dan
menggalakkan kitab-kitab Islam dituliskan dalam bahasa Melayu.
(ii) Kedatangan Islam, telah banyak mengubah sistem sosial masyarakat Melayu. Nilai-
nilai persamaan taraf, persaudaraan sesama agama dan perpaduan Islam sejagat
adalah pembaharuan yang telah diterapkan dalam cara hidup masyarakat Melayu
di Melaka dan seluruh Alam Melayu. Konsep hormat-menghormati, bergotong-
royong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain adalah ciri-ciri
yang diterapkan dalam agama Islam.

(iii) Perkahwinan bermotifkan politik juga telah memberi keuntungan kepada Melaka.
Ini ditambah dengan perhubungan orang-orang China dan perlindungan daripada
empayar China telah memakmurkan lagi empayar Melaka. Sebagai contoh Sultan
Mansur Syah telah berkahwin dengan puteri Majapahit, iaitu Raden Galoh Cendera
Kirana dan juga dengan Puteri Hang Li Po dari negeri China.

(e) Faktor Budaya

(i) Negeri Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat menggalakkan lagi
perkembangan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam daripada India
dan negeri Arab.
(ii) Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau "Lingua Franca" yang
digunakan secara menyeluruh. Penggunaan bahasa Melayu dalam pengajian yang
bersifat ilmiah, penghasilan penulisan-penulisan kesusateraan, penggunaannya
dalam bidang pentadbiran dan hubungannya dengan kuasa-kuasa asing telah
meningkatkan pengaruhnya.

Kejatuhan Melaka
Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456–1477).
Namun kerajaan Melaka didapati kian merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan
kerajaan ini ialah:

1. Kepemimpinan yang Tidak Cekap

Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula dari Sultan Alauddin Riayat Syah. Beliau
mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya Sultan Mansor Syah yang
sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin walaupun merupakan seorang yang
berani dan tegas namun bersikap lembut dan tidak sukakan kekerasan. Oleh itu tidak
banyak perluasan wilayah berlaku di zaman baginda. Sikap ini menyebabkan banyak
wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-
masing.
Dari aspek pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak
didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Adiknya Tun Perpatih Putih yang
menggantikan beliau adalah seorang yang pemboros. Tun Mutahir pula lebih memberi
tumpuan kepada keinginan menambah kekayaan. Dari aspek keselamatan dan
pertahanan pula, ketiadaan pahlawan-pahlawan seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah
telah menjadikan Melaka kerajaan yang lemah..

2. Pemerintahan yang Zalim

Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan penyebaran utama di Melaka,
namun pegangan dan praktikalnya oleh pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak
dihayati sepenuhnya. Justeru itu banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan
penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah
di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

3. Rakyat Berpecah Belah dan Tidak Bersatu Padu

Kurangnya semangat perpaduan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan.


Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan
Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian
juga wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.

4. Perpindahan Pusat Perdagangannya

Kelemahan pentadbiran tertama sikap tidak adil pembesar seperti mengenakan cukai
yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan pedagang-pedagang
menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bantan, Patani dan
Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

5. Kelemahan Pertahanan dan Keselamatan

Dari segi peralatan ketenteraan, kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi
ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Mereka masih lagi mengamalkan kaedah
lama iaitu menggunakan keris dan pedang. Sedangkan Portugis, misalnya menggunakan
senjata yang lebih canggih seperti senapang dan peluru.

6. Faktor Luaran

Aktiviti penjelajahan dari Eropah ke Timur semakin pesat dengan penemuan Tanjung
Harapan (Cape of Good Hope) pada tahun 1488. Penemuan ini menyebabkan kuasa-
kuasa barat ini mula berminat mencari pusat-pusat perdagangan di timur.

Akhirnya untuk tujuan penguasaan perdagangan rempah ratus, Portugis menyerang Melaka
pada tahun 1509 dan 1511. Dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat
disamping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih dan moden.
Melaka jatuh ke tangah Portugis pada tahun 1511 di bawah angkatan Portugis yang diketuai
oleh Alfonso de Albuqueque.

2.2.3 Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah kegiatan ekonomi yang masih kuat
terikat dengan ekonomi tradisi, iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan
ahli keluarga, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi
melalui pertukaran barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun pada ketika itu sudah
ada hubungan perdagangan dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.
Ciri kedua sistem ekonomi tradisi masyarakat melayu tradisi adalah pemisahan antara
golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan bangsawan
menguasai sistem ekonomi. Golongan ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang
yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani
yang menyewa tanah-tanah hak golongan bangsawan.

2.2.4 Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem sosial kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi.
Hal ini berlaku kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan
beberapa siri pertembungan budaya luar, seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau
bagaimanapun, corak hidup Masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan
kedatangan agama Islam kerana sebelum itu mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan
tahyul dan animisme.

Dari aspek kekeluargaan pula, masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat
mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem
sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni
seperti menghormati orang tua, dan belajar untuk menjadi manusia yang baik.

Sistem sosial masyarakat Melayu tradisional semakin kukuh dengan kawalan undang-
undang terutama undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undang-undang dan adat
dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan ”biar mati emak jangan mati
adat”. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-
undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada
masa ini setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri. Contoh undang-undang
Melayu tradisional adalah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-
undang Pahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

2.3 ZAMAN PENJAJAHAN

Kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu pada mulanya hanyalah sebagai pedagang-
pedagang yang sama-sama berdagang di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab terdapat
beberapa kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing ini
mengambil peluang untuk menjajah negara ini.
Tambahan pula kuasa-kuasa asing memang mempunyai sebab-sebab utama menjajah
negara-negara Asia Tenggara. Antara sebab-sebab itu adalah, pertama cubaan mereka bagi
meluaskan jajahan yang boleh memberikan sumber bahan mentah, dan kedua bagi
mengembangkan agama Kristian.
Dari segi lokasi, Tanah Melayu terletak di kedudukan yang strategik. Melaka pada zaman
kegemilangannya menjadi pusat entroport yang menghubungkan perdagangan dunia sebelah
barat dengan dunia sebelah timur. Melaka berada di pertengahan perjalanan perdagangan
antara pedagang-pedagang barat, Arab, dan India di sebelah barat dengan pedagang-
pedagang China di sebelah timur.

2.3.1 Penjajahan Portugis


Tahukah anda bahawa penjajahan Melaka oleh Portugis telah mengambil masa selama 130
tahun. Penjajahan ini bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1641. Walau pun begitu lama
menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya, terutama bagi
menguasai perdagangan rempah di Pelabuhan Melaka. Usaha-usaha untuk menawan Naning
dan Rembau, misalnya gagal. Pengaruhnya hanya di sekitar bandar Melaka sahaja. Matlamat
asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berhasil.

2.3.2 Penjajahan Belanda


Pada peringkat awal kehadiran kuasa penjajah Belanda di Tanah Melayu ialah untuk berdagang di
Kepulauan Melayu. Pada abad ke-17, Betawi (Jakarta) yang berpusat di Pulau Jawa
adalah pusat perdagangan utama. Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan pada
tahun 1602 dengan tujuan:
a) menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu; dan
b) memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu.

Untuk memenuhi hasrat ini, pihak Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka
dengan matlamat untuk menarik pedagang-pedagang ke Betawi. Pada tahun 1641, Portugis
telah dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor. Walau bagaimanapun sepertimana Portugis,
Belanda tidak banyak meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu
menjadi idaman kuasa-kuasa barat. Faktor yang paling penting adalah untuk mengeksploitasi
sumber-sumber ekonomi di Kepulauan Melayu.
2.3.3 Penjajahan British
Pada tahun 1600, pedagang-pedagang British telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris
untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Kemudian Syarikat tersebut mula
berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu.
Kehadiran Francis Light pada 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang dan kedatangan
Stamford Raffles pada 6 Februari 1819 di Singapura telah memberi kesan yang mendalam
dalam mencorakkan sejarah Tanah Melayu. Bermula dari sinilah penjajah Inggeris cuba
menguasai keseluruhan Tanah Melayu.
Setelah berada di Negeri-negeri Selat, British memperluaskan kuasanya ke negeri-
negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuan Inggeris meluaskan kuasa di
rantau ini jelas mempunyai motif ekonomi. Perkara ini menjadi lebih mudah untuk dilakukan
kerana terdapatnya masalah dalaman yang berlaku di negeri-negeri berkenaan. Telah
dikenal pasti campur tangan Inggeris dalam beberapa hal masalah dalaman mempelawa
Inggeris memperluaskan lagi kuasa mereka ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.

Jadual 2.1: Kronologi Penjajahan British di Tanah Melayu

2.3.4 Reaksi Terhadap Penjajahan Barat


Penentangan terhadap barat telah berlaku sejak mula Portugis menakluki Melaka lagi.
Pembesar-pembesar Johor, misalnya telah beberapa kali cuba membebaskan Melaka
daripada cengkaman Portugis. Begitu juga penentangan yang sama diberikan terhadap
Belanda. Namun begitu, reaksi yang kuat diberikan terhadap penaklukan Inggeris yang
bermula sejak tahun 1984. Campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran raja-raja Melayu di
Tanah Melayu, dan penaklukan Borneo Utara, telah mendorong kepada penentangan secara
terbuka. Di Naning, misalnya Dol Said mengepalai penentangan terhadap pentadbiran
Inggeris; Dato’ Maharajalela mengetuai pembunuhan J. W. W. Birch di Perak; Sharif Masahor,
Rentap dan Banting di Sarawak; Mat Salleh di Sabah; Dato’ Bahaman di Pahang; Tok Janggut
di Kelantan; dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Kemuncak penentangan berlaku selepas Perang Dunia ke-2, iaitu selepas kekalahan
Jepun. Tentera British telah datang untuk memulihkan keadaan. Satu bentuk pentadbiran
tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA) diwujudkan. Walau
bagaimanapun BMA tidak dapat memulihkan keamanan. Akhirnya pihak British berusaha
mengembalikan semula pentadbiran awam. Tujuan mereka adalah untuk mendirikan satu
pusat pentadbiran yang kuat.
Pada bulan Mac 1946 BMA dibubarkan dan digantikan dengan Malayan Union atau
Kesatuan Malaya. Mengapa Parlimen Britain mengumumkan penubuhan Kesatuan Malaya?
Antara tujuannya adalah untuk:
(a) mendirikan satu sistem pemerintahan yang kuat dan cekap melalui penyatuan semua
pentadbiran yang ada;
(b) menyelaras sistem pertahanan secara teratur dan berkesan; dan
(c) mengembangkan perusahaan getah dan bijih timah untuk faedah ekonomi empayar
British.

Ciri- ciri Kesatuan Malaya:


(a) Singapura dipisahkan daripada Kesatuan Malaya dan diletakkan sebagai "Crown
Colony".
(b) Semua negeri di Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British dan diketuai oleh
seorang Gabenor.
(c) Gabenor Kesatuan Malaya diletakkan di bawah kuasa Gabenor Jeneral di
Singapura.
(d) Gabenor diberi kuasa penuh, termasuk kuasa veto, kecuali kepada Majlis
Perundangan yang diwujudkan di peringkat pusat.
(e) Ahli Majlis Perundangan yang dilantik oleh Gabenor, terdiri daripada wakil-wakil
rasmi dan tidak rasmi yang sama jumlahnya.
(f) Raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kecuali dalam hal ehwal agama Islam
dan adat resam orang Melayu.
(g) Kerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli. Prinsip ini
membolehkan sesiapa sahaja menjadi warganegara setelah menetap di
negara ini selama 10 tahun.

Tahukah anda bahawa peristiwa Sultan-Sultan dipaksa menandatangani perjanjian


Rancangan Kesatuan Malaya (Malayan Union) telah menimbulkan kemarahan orang-orang
Melayu? Mereka menganggap penjajah Inggeris telah menghina Raja-Raja Melayu. Mereka
juga bimbang kedudukan Raja-raja dan orang akan terancam. Bantahan rakyat terhadap
pembentukan Kesatuan Malaya dimanesfitasikan seperti yang berikut:

(a) Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin Jaafar telah
mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh
41 buah pertubuhan Melayu.
(b) Semua raja-raja Melayu digesa supaya jangan menghadiri majlis perasmian dan
perlantikan Gabenor Kesatuan Malaya.
(c) Masyarakat Melayu diseru berkabung selama tujuh hari.
(d) Rapat-rapat umum orang Melayu diadakan di beberapa buah bandar utama seperti Johor
Bahru, Kuala Lumpur, dan Alor Setar.
(e) Pembesar-pembesar Melayu memulaukan majlis-majlis rasmi Inggeris.
(f) Pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu.

Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengalah dan Malayan Union dibubarkan. Ketika
itu Kesatuan Malaya baru berusia empat bulan sahaja.

2.3.5 Reaksi Terhadap Penjajahan Jepun


Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui beberapa
tindakan. Parti Komunis Malaya yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum Cina telah
menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Di Pahang, orang Melayu telah
menubuhkan Tentera Wataniah Pahang. Bekas pegawai-pegawai British yang bersembunyi
di hutan telah menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 untuk melatih rakyat tempatan
menggunakan senjata api. Sementara itu, rakyat tempatan telah menyertai "Force 136" di
bawah pimpinan Kapten Spencer Chapman.
Pasukan Askar Melayu Setia telah ditubuhkan di Perak pada tahun 1945 yang
diketuai oleh Kapten Mohd. Salleh bin Haji Sulaiman. Pasukan-pasukan tentera tersebut telah
melancarkan beberapa serangan terhadap tentera Jepun.
Penduduk di Sabah dan Sarawak juga menghadapi tekanan daripada penjajahan
Jepun. Di Sabah dan di Sarawak orang-orang Cina bekerjasama dengan kaum Bumiputra
menentang Jepun. Gerila Kinabalu yang dipimpin oleh Musa dan Albert Kwok Fen Nam telah
membuat hubungan dengan gerila Sulu di Filipina di bawah pimpinan Imam Marajukan
menentang musuh yang sama.
Dengan ini dapat kita lihat bahawa setiap penjajah yang datang menduduki negara ini
menghadapi tentangan daripada penduduk tempatan.

2.3.6 Kesan Penjajahan

Kesan Penjajahan Portugis


a) kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk
tempatan.
b) pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu.
c) kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu, almari, jendela,
garpu dan tuala).
d) kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada
kemunculan Kerajaan Melayu-Riau.

Kesan Penjajahan British


Banyak kesan yang terdapat di Malaysia akibat penjajahan British. Antaranya adalah:
(i) Komposisi Penduduk
Dari segi komposisi penduduk negara kita disudahi dengan penduduk berbilang kaum. Dengan
pembukaan ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah penjajah Inggeris telah
menggalakkan kemasukan orang-orang daripada negeri Cina dan India secara besar-besaran.
Ini menyebabkan pertambahan penduduk begitu pesat. Penduduk yang baru datang ini pula
berbeza daripada segi budaya dan kegiatan ekonomi mereka dibanding dengan orang-orang
tempatan. Perbezaan antara kumpulan ini mewujudkan jarak sosial yang dicirikan oleh
perasaan perkauman dan prasangka. Memang ini dijangkakan oleh penjajah kerana dengan
wujudnya perpecahan di kalangan rakyat akan lebih memudahkan mereka untuk memerintah
dan seterusnya mengeksploit ekonomi negara ini.

(ii) Sistem Politik


Dari segi politik, kuasa raja dan sultan dikurangkan ke peringkat hanya menjadi lambang
kepada negeri atau negara. Permulaannya ialah dengan mengenalkan sistem residen di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan kemudian diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kedua-dua sistem ini telah mula mengurangkan kuasa
pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Fungsi residen dan penasihat British ialah
menasihati raja-raja Melayu yang dahulunya dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu.

Kesan Penjajahan Jepun


Perang dunia kedua telah mengubah senario penjajahan barat ke Tanah Melayu. Kehadiran
Jepun bermatlamat untuk menguasai dan membebaskan negara-negara Asia daripada
pengaruh penjajahan kuasa barat. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura bermula
daripada 15 Februari hingga 12 September 1945.
Pengeboman ke atas bandaraya Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika telah
menyebabkan pihak Jepun mengaku kalah. Peristiwa ini menyebabkan orang-orang Inggeris
kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September 1945.
Selama lebih kurang tiga setengah tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu, telah
meninggalkan banyak kesan negatif dan positif, antaranya ialah:
a) Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di
Singapura.
b) Singapura pula diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.
c) Orang-orang Cina di Tanah Melayu ditindas oleh Jepun, manakala orang Melayu telah
mendapat layanan yang agak baik. Ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Cina
terhadap orang Melayu dan permusuhan berlaku.
d) Telah wujud kesedaran politik yang mendalam di kalangan orang Melayu.
e) Timbul keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang Melayu akibat
pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.
f) Orang-orang Cina dan India di Tanah Melayu bertambah giat mengukuhkan ciri-ciri
kecinaan dan keindiaan mereka.
g) Permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada tindakan Jepun
meniupkan lagi semangat Kongres Melayu.
h) Parti Komunis Malaya (PKM) menjadi parti terkuat pada tahun-tahun 1945-1948.

2.4 KEMERDEKAAN NEGARA


2.4.1 Kebangkitan Semangat Nasionalisme
K i t a h a r u s s e d a r b a h a w a gerakan kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua d i
T a n a h M e l a y u banyak dipengaruhi oleh kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam
peperangan Rusia-Jepun. Dalam masa yang sama perjuangan nasionalis Indonesia
menentang Belanda turut menjadi penggalak kepada nasionalis di Tanah Melayu. Gerakan
Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal juga menjadi inspirasi untuk perjuangan
mencapai kemerdekaan tanah air.
Semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 bayka dibangkitkan oleh media
seperti akhbar dan majalah. Melalui media ini memberi ruang kepada orang ramai untuk
memberi dan mendapatkan maklumat penting daripada tokoh-tokoh pemimpin rakyat.
Antara akhbar-akhbar yang berpengaruh adalah seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Akhbar-akhbar Sebelum Merdeka


Akhbar Pengasas Tahun dan Tempat penerbitan
Al-Imam Syed Syeikh al-Hadi 1906, Singapura
Utusan Melayu Abdul Rahim Kajai 1907, Singapura
Neracha Haji Abas Taha 1911, Singapura
Saudara Syed Syeikh al-Hadi 1928, Pulau Pinang
Warta Malaya Dato’ Onn Jaafar 1930, Singapura
Majlis Abdul Rahim Kajai 1931, Kuala Lumpur

2.4.2 Gerakan Menentang Penjajahan


Mari kita lihat pula senario pergerakan organisasi di Tanah Melayu dalam usaha meniupkan
semangat nasionalisme. Beberapa kelab, persatuan, dan kesatuan diwujudkan pada
peringkat nasional dan negeri. Antara kelab dan persatuan yang berpengaruh adalah:

Kesatuan Melayu Singapura


Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1926 oleh golongan muda Singapura yang berpendidikan
Inggeris yang diketuai oleh Mohammad Eunos Abdullah. Perjuangan kesatuan ini adalah
untuk:
1. membaiki taraf sosioekonomi dan politik orang Melayu
2. menjadi penghubung dengan pihak British

Persatuan Melayu Perak


Ditubuhkan pada 1937 di Ipoh, Perak, persatuan yang diketuai oleh Wan Mohd. Nur Wan
Nasir ini memperjuangkan untuk:
a) Meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat di Perak.
b) Mempertahankan kepentingan Melayu dalam pentadbiran negara.

Kesatuan Melayu Selangor


Kesatuan ini ditubuhkan pada bulan Jun 1938 di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Tengku Ismail
bin Tengku Mohd Yasin. Kesatuan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik bagi
mencapai hasrat berikut:
a) Mendesak British menambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam.
b) Mengesyorkan pemberhentian penghijrahan orang asing ke Tanah Melayu
c) Mendesak kerajaan menambah peluang pendidikan bagi orang Melayu.

Persatuan Melayu Semenanjung


Penubuhan persatuan ini pada tahun 1939 diusahakan oleh Kesatuan Melayu Selangor.
Usaha murni persatuan ini untuk menyatupadukan semua persatuan di Tanah Melayu
menemui kegagalan. Ini dikatakan berpunca daripada semangat kenegerian yang kuat antara
persatuan-perasatuan Melayu negeri.

Kesatuan Melayu Muda (KMM)


Kesatuan ini ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Sebahagian besar ahli-ahlinya
terdiri daripada pelajar-pelajar Sultan Idris Training College (SITC). KMM merupakan
pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu. Antara matlamat KMM adalah bagi :
a) menggabungkan semua negeri Melayu,
b) memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu,
c) menggulingkan Inggeris,
d) memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan
e) memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep "Melayu
Raya".

Di Sabah pula, terdapat beberapa persatuan yang bersifat sosio-ekonomi memperjuangkan


kepentingan sosial dan ekonomi penduduk tempatan. Sementara itu di Sarawak pula, Persatuan
Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1939. Persatuan ini bermatlamat untuk
memajukan orang Melayu Sarawak dalam segala lapangan, serta memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan orang Melayu Sarawak.

2.4.3 Kemunculan Politik Berparti


Semangat bagi menentang Malayan Union, memerdekakan tanah air dan memelihara
kebajikan kaum, merupakan asas penubuhan parti politik di Tanah Melayu sebelum negara
mencapai kemerdekaan. Oleh itu, mari kita tinjau penubuhan parti-parti utama di Tanah
Melayu ketika itu.

a. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)


UMNO adalah parti yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 o le h Datuk Onn Jaafar bagi
menyatupadukan orang-orang Melayu. Beliau merupakan presiden pertama UMNO.
Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1951. Matlamat jangka pendek
penubuhan parti ini adalah untuk menentang Malayan Union. Tujuan utama penubuhan
parti ini adalah bagi memerdekakan Tanah Melayu dan mewujudkan kerajaan sendiri. UMNO
juga ditubuhkan untuk mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu.
Pada tahun 1948, UMNO secara rasmi menjadi sebuah parti politik. Sehingga
tahun 1951, sebanyak 39 buah bahagian UMNO telah ditubuhkan dan keahlian UMNO
menjangkau ke jumlah seramai 100 375 orang.
b. Kongres India Malaya (MIC)
Bagi masyarakat India pula, Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. John
Thivy menjadi presidennya yang pertama. Matlamat penubuhan MIC adalah untuk menjaga
kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu serta mewakili kaum
India dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan. Sehingga tahun 1949, ahli MIC
telah mencapai 7000 orang dan meningkat kepada 20 000 orang ahli pada tahun 1955.
c. Persatuan Cina Malaya (MCA)
Malayan Chinese Association (MCA) atau Persatuan Cina Malaya pula secara rasmi telah
ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng Lock sebagai presiden pertamanya. Matlamat
penubuhan parti ini adalah bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial
kaum Cina. Pada samping itu MCA berhasrat untuk berjuang bagi memelihara
keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.
MCA ditubuhkan pada mulanya hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan. Pada
tahun 1952, persatuan ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.
Sehingga tahun 1949, keahlian MCA adalah seramai 100 000 orang dan meningkat menja -
di 188 000 orang pada tahun 1951.

d. Parti Perikatan
Kerjasama antara UMNO dan MCA bermula ketika Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur pada tahun 1952. Kepimpinan UMNO Selangor dan MCA Kuala Lumpur
bersetuju membentuk kerjasama. Dalam pilihan raya itu, pakatan UMNO-MCA
memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan ini kemudian diperluas
dalam pilihan raya kerajaan tempatan di beberapa bandar utama, seperti Pilihanraya
Majlis Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka.
Pakatan kedua-dua parti itu membentuk Parti Perikatan berlaku pada awal tahun
1955. MIC kemudiannya menyertai pakatan ini pada bulan April 1955.
Pembentukan Parti Perikatan memperlihatkan kerjasama antara tiga kaum majoriti
di Tanah Melayu. Hasilnya pada Pilihanrava Umum Persekutuan Tanah Melayu, 1955,
Parti Perikatan memenangi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.
Kemenangan ini juga menjadi penggerak kepada kerjasama yang lebih bersungguh -
sungguh bagi mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

2.4.4 Rundingan Kemerdekaan


Kemenangan Parti Perikatan Pilihanraya Umum 1955 telah membuka jalan kepada
pemerintahan sendiri. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu
rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris mengenai
kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan ini dianggotai oleh empat orang wakil Parti
Perikatan, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah
Melayu.
Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir
Melaka apabila beliau dan rombongannya kembali dari London.
Ekoran daripada rundingan ini, sebuah suruhanjaya perlembagaan baharu Tanah
Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid dibentuk. Antara kandungan Perlembagaan
Tanah Melayu itu adalah:
a) Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara dan dipilih daripada kalangan
sembilan orang Raja-Raja Melayu.
b) Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli
Dewan Rakyat.
c) Sebuah Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat
dibentuk.
d) Syarat kewarganegaraan diperketat.
e) Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan.
f) Agama Islam menjadi agama Persekutuan dan agama lain dibenarkan.

2.5 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia telah dilahirkan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dalam satu ucapan
penting di Singapura pada 27 Mei 1961. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa gagasan
penubuhan Malaysia dapat menguatkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi dan politik
antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei selaras
dengan perkembangan yang berlaku di rantau Asia Tenggara ketika itu.

Rajah 2.2: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul
Hamid Shah (1903 – 1990)
Sumber : http://agrolink.moa.my/iadp/johor/khas/pm1.html

Selepas Tungku Abdul Rahman berucap di Singapura, beliau berusaha mengadakan


lawatan ke Sarawak & Sabah pada Jun 1961 dan Brunei pada Julai 1961 bagi tujuan
menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. Perundingan juga diadakan
antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan Pegawai-pegawai British dari
Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan
Kaum (JPPK) ditubuhkan di Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald
Stephans. Antara peranan JPPK adalah bagi:
a) Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia,
b) Mengumpulkan pandangan penduduk,
c) Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton, Sabah
(sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu), di Kuching Sarawak, di Kuala Lumpur dan di
Singapura. Brunei hanya menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir.
Dalam mesyuarat terakhir di Singapura pada Februari 1962 anggota mesyuarat
bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) yang
dibentuk oleh kerajaan British. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang berkaitan
dengan pandangan dan rasa hati penduduk Sarawak dan Sabah bagi menganggotai
persekutuan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan bagi meninjau pendapat rakyat Sarawak dan
Sabah berkaitan penubuhan gagasan Malaysia serta membuat penilaian telah
mengemukakan laporan bahawa penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan
gagasan Malaysia dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi. Berdasarkan laporan
itu, SC mencadangkan beberapa perkara:
a) Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu
1957.
b) Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigrisennya
c) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.
d) Jaminan diberi terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah & Sarawak.
e) Menyokong pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penubuhan Malaysia,


sila berkunjung ke laman web yang berikut:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

2.5.1 Reaksi Negara Jiran


Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak
bersetuju MALAYSIA ditubuhkan pada 31 Ogas 1963. Walau bagaimanapun tentangan
daripada Indonesia dan Filipina menyulitkan pembentukan itu.
Kerajaan Indonesia dan Filipina merasakan bahawa mereka menpunyai alasan
yang kukuh untuk menentang penubuhan gagasan Malaysia. Pada tanggapan mereka,
kerajaan Tanah Melayu seharusnya mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu
sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan.
Para penganalisis sejarah mentafsirkan tindakan Presiden Sukarno menentang
penubuhan Malaysia ini adalah atas sebab-sebab berikut:
a) Presiden Sukarno berhasrat untuk menubuhkan sebuah empayar yang dikenali sebagai
Indonesia Raya. Cita-cita penyatuan ini akan hancur kerana Malaysia akan menjadi
sebuah negara yang besar dan kuat.
b) Penentangan ini juga dianggap sebagai percubaan untuk mengalihkan pandangan
rakyatnya daripada masalah dalaman, iaitu kemerosotan ekonomi, krisis kepimpinan
yang dialaminya dan ancaman keselamatan.
Lantaran itu Indonesia melancarkan penentangan yang dikenali sebagai
"Konfrontasi". Pada 20 Januari 1963, Presiden Sukarno mengumumkan dasar
konfrontasinya dengan slogan "Ganyang Malaysia".
Penentangan Filipina pula berpunca daripada hasrat presidennya, iaitu Presiden
Macapagal untuk menarik Sabah ke dalam wilayah Filipina. Beliau mendakwa Sabah asalnya
adalah sebahagian daripada milik negaranya. Sebelum Sabah dijajah oleh British, Sabah
(pada waktu itu Borneo Utara) diperintah oleh Sultan Sulu yang memperoleh Sabah daripada
Sultan Brunei. Sulu adalah sebahagian daripada wilayah Filipina Oleh yang demikian jika
Sabah menerima cadangan untuk memasuki pembentukan Malaysia, sudah tentu akan
menyulitkan tuntutannya.

2.5.2 Reaksi Sabah dan Sarawak


Penduduk Sabah dan Sarawak menyedari penyertaan ke dalam Malaysia bererti mereka
akan membebaskan diri daripada kuasa British. Secara tidak langsung penggabungan Sabah
dan Sarawak ini akan membawa perubahan kepada struktur penduduk.
Bagaimanapun, wujud juga kebimbangan tertentu, misalnya, rakyat negeri-negeri
Borneo bimbang mereka akan hilang kekuatan kerana akan didominasi oleh orang-orang
Persekutuan. Orang-orang bukan Melayu khususnya khuatir mereka akan mengalami
diskriminasi, iaitu tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan curiga timbul kerana mereka
mengandaikan kuasa politik akan tertumpu di Kuala Lumpur. Seperkara lagi yang
membimbangkan orang Cina di Sabah dan Sarawak ialah mereka akan ketinggalan dalam
persaingan ekonomi dengan kaumnya di Singapura.
Penentangan awal kepada idea persekutuan umumnya, berjaya didamaikan, dan ia
bertukar menjadi "plus-factor" kepada proses politik nasional yang sedang berlangsung.
Penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan PBB terhadap sikap dan aspirasi
penduduk Sabah dan Sarawak, yang cenderung kepada konsep Malaysia, membantu
pemupukan persekutuan yang sedia wujud.

2.5.3 Reaksi Brunei


Untuk makluman anda, pada mulanya rakyat Brunei menyambut baik cadangan menyertai
Malaysia. Namun ada sebahagian rakyat Brunei yang ingin bersatu dengan Malaysia hanya
setelah Brunei mencapai kemerdekaannya sendiri terlebih dahulu. Sultan Omar Ali Sarifuddin
sendiri sangat berminat dan mengganggap penubuhan Malaysia adalah satu idea yang baik.
Hasrat bagi bergabung dengan Malaysia, walau bagaimanapun mendapat tentangan
dari pihak Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A. M. Azahari. Parti ini inginkan
Brunei digabungkan dengan Borneo Utara British (Sabah) dan Sarawak di bawah nama
Kalimantan Utara. Penentangan ini membawa kepada pemberontakan bersenjata yang
dikenali sebagai Pemberontakan Brunei pada 7 Disember 1962. Walau bagaimanapun,
pemberontakan itu dapat dipatahkan oleh Sultan dengan sokongan British.
Dalam pada itu, Sultan Brunei menetapkan beberapa tuntutan bagi merealisasikan
penyertaan negaranya dalam Persekutuan Malaysia. Mari kita tinjau tuntutan-tuntutan
tersebut.
a) diberi sekurang-kurangnyanya sepuluh kerusi parlimen;
b) dibenarkan terus menguasai revenue minyak;
c) memegang autonomi kewangan di peringkat awal;
d) mengekalkan semua pelaburannya;
e) mengekalkan percukaian yang rendah;
f) meneruskan program pendidikan dan kebajikannya; dan
g) mengiktiraf kekananan baginda dalam Majlis Raja-Raja diambil kira daripada tarikh
baginda menjadi Sultan Negeri Brunei (1950), dan bukan daripada tarikh Brunei masuk ke
dalam Malaysia.
Beberapa rundingan telah diadakan untuk menyelesaikan tuntutan di atas dan pada
akhirnya semua tuntutan di atas dapat diselesaikan kecuali, isu minyak dan isu senioriti atau
kekananan baginda. Tunku Abdul Rahman, pada dasarnya bersetuju untuk menyelesaikan
tuntutan-tuntutan Sultan Brunei secara kompromi. Walau bagaimanapun, dua tuntutan yang di
anggap penting bagi baginda, iaitu soal kekanan dan soal minyak tidak dapat dipersetujui.
Sultan Omar Ali Sarifuddin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada
menyertai Malaysia sehari sebelum Perjanjian Malaysia dijadual untuk ditandatangani di London.
Baginda dikatakan tersinggung kerana soal senioriti baginda tidak dipertimbang secukupnya.

3.5.4 Reaksi Singapura


Pada amnya idea penubuhan Malaysia disambut baik oleh penduduk Singapura. Lee Kuan
Yew sendiri sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikatakan paling berminat dengan
idea tersebut. Bagaimanapun, sokongan kuat yang diberikan pada peringkat awal telah
berubah pada awal tahun 1961. Perubahan pendirian ini adalah berpunca daripada perubahan
politik yang berlaku di Singapura. Parti serpihan PAP, iaitu sebuah parti sosialis United People's
Party (UPP) telah menyatakan tentangan hebat terhadap penyertaan Singapura dalam
Malaysia. Ini kerana UPP mempunyai hasrat untuk membawa Singapura merdeka melalui
cara dan ideologi yang lain.
Sungguh pun begitu, Lee Kuan Yew masih berhasrat untuk bercantum dan berada
dalam Malaysia. Di sini dapat kita lihat bahawa perkara ini tidak melemahkan keputusan
untuk bersama dalam Malaysia. Bagi Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew, masalah
yang dihadapi menguatkan lagi cita-cita mereka ke arah pembentukan Malaysia.

3.5.5 Pemisahan Singapura daripada Malaysia


Tarikh pembentukan Malaysia yang pada awalnya dirancangkan pada 31 Ogos 1963 terpaksa
ditunda pada 16 September 1963. Hal ini berlaku disebabkan kelewatan laporan daripada
Pertubuhan Bangsa Bersatu disiapkan, serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina yang
berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir.
Secara amnya konsep persekutuan ini boleh dianggap sebagai satu prinsip organisasi,
iaitu suatu kompromi dicapai antara tuntutan-tuntutan secara bersama bagi membentuk kesatuan
dan juga keseragaman (diversity) wilayah dalam sesebuah masyarakat. Ini dapat dicapai
dengan cara penubuhan sebuah sistem politik yang tunggal.
Pada waktu tersebut Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan British. Singapura pula
adalah koloni British. Kemasukan negeri-negeri itu ke dalam Malaysia, dianggap sebagai
satu cara untuk n e g e r i tersebut membebaskan diri daripada kuasa asing. Malah, bagi
pemimpin dan rakyat negeri-negeri tersebut, pembebasan daripada pengaruh kuasa asing
menjadi pendorong utama untuk m er ek a menyertai pembentukan Malaysia.
Faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia boleh kita simpulkan seperti
berikut, iaitu untuk
a) menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah;
b) mengurangkan ancaman komunis dan mengekalkan kestabilan dan keamanan serantau;
c) mewujudkan keseimbangan kaum dan mengukuhkan perpaduan;
d) memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri
anggota; dan
e) memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian warisan
budaya yang kaya.

Lebih kurang dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang-orang Melayu dan Cina
di Semenanjung dan Singapura mengalami pembahagian pengkelasan kaum yang merbahaya.
Perbalahan mula berlaku melalui saluran People's Action Party (PAP) di Singapura dan Parti
Perikatan di Semenanjung, yang akhirnya bertukar menjadi konflik.
Menjelang bulan Julai 1964 ketegangan hubungan kaum memuncak hingga
mencetuskan rusuhan sebanyak dua kali, iaitu pada 21 Julai 1964 dan 2 September 1964.
Kesan rusuhan itu:
a) memburukkan persefahaman antara Tunku dengan Lee Kuan Yew;
b) hubungan Lee Kuan Yew dengan pemimpin-pemimpin MCA terjejas; dan
c) mendorong Tunku memikirkan pemisahan Singapura dari Malaysia sebagai jalan
penyelesaian.

Konsep "Malaysian Malaysia" yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew pada bulan
April 1965 merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keresahan orang-orang
Melayu di Semenanjung. Slogan ini mengajak rakyat Malaysia, khususnya orang-orang bukan
Melayu memperjuangkan bahawa tiada sebarang kaum di Malaysia yang boleh mengaku lebih
asli daripada kaum-kaum lain. Dengan kata lain, semua kaum Melayu, Cina India dan lain-lain
bangsa adalah sama rata. Tiada konsep keistimewaan kepada orang-orang Melayu sebagai
penduduk asal negara ini. Slogan ini juga semakin menyatukan orang Cina untuk memusuhi
Melayu. Dalam waktu yang sama masyarakat Melayu pula menganggap slogan itu secara
langsung mencabar status ketuanan mereka.
Beberapa usaha dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun
semuanya gagal kerana Singapura terus memburukkan keadaan. Akhirnya pada 9 Ogos
1965 Singapura telah dikeluarkan daripada Malaysia. Singapura kemudiannya
menubuhkan sebuah Republik, yakni setelah menganggotai Malaysia selama dua puluh tiga
bulan sahaja!

RUMUSAN
Dalam topik ini anda dimaklumkan bahawa usaha-usaha mencapai kemerdekaan tidak
melalui jalan yang mudah. Cadangan serius penubuhan Malaysia telah oleh Tunku Abdul
Rahman Putra di Singapura pada 27 Mei 1961 telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak
pihak, walaupun sebahagian besar daripada rakyat negeri-negeri asal (Singapura, Brunei,
Sabah, Sarawak) berminat. Brunei, misalnya menarik diri pada saat terakhir sebelum
Persekutuan Malaysia diisytiharkan. Singapura pula menimbulkan masalah selepas
menganggotai Malaysia. I n d o n e s i a d a n F i l i p i n a p u l a m e n e n t a n g u s a h a
penubuhan gagasan ini.

Rujukan

Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y, Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London,
1982.
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur: Mac Millian Publishers (M) Sdn. Bhd.
Buyung Adil. 1985. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan: Abad 15-19. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buyung Adil.1973. Sejarah Melaka dalam Zaman Kerajaan Melaka. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hasnah Binti Hussiin, Mardiana Nordin, Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2000.
(Edisi Pertama dan Kedua)
Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1991.
Ismail Hussein, Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.
Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah
Melayu Nusantara. Kuala Lumpur,: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, 1988.
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Paimah Atoma, Hamidah Ab. Rahman, Shahri Ab. Majid, Kenegaraan Malaysia, UTM,
Skudai, Johor.
Shellabear, W.G.. 1978. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Press.
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Fajar Bakti Sdn.
Bhd., Shah Alam, 1999.
Syed Muhammad Naquib Al-Atas. 1972. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.
TOPIK 3 PENTADBIRAN NEGARA

3.1 PENDAHULUAN
Dalam topik ini, anda akan mengikuti bagaimana kerajaan Malaysia ditadbir melalui badan-
badan tertentu. Anda akan diperkenalkan dengan fungsi dan peranan Yang di-Pertuan Agong
serta Majlis Raja-Raja sebagai payung kedaulatan undang-undang dan pentadbiran negara
secara umumnya. Dalam topik ini juga diterangkan fungsi Badan Pemerintah (Eksekutif), Badan
Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Anda akan dibawa menelusuri
bidang tugas ketiga-tiga badan tersebut dan hubung kait antara ketiga-tiganya. Anda juga
akan dibawa untuk memahami proses pelaksanaan demokrasi di Malaysia khususnya melalui
sistem pilihanraya.

3.2 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA


3.2.1 Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong
Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya di negara ini.
Badan ini dianggotai oleh kesemua sembilan Sultan/Raja dan empat Yang di-Pertua
Negeri. Majlis ini tidak ada kuasa perundangan atau pemerintahan tetapi mempunyai
pengaruh yang kuat dan memainkan fungsi yang mustahak di negara ini. Anggota rasmi
Majlis adalah sebelas Ketua-Ketua negeri. Kehadiran dalam persidangan boleh diwakili oleh
Raja Muda sesebuah negeri sekiranya perlembagaan negeri mengizinkan.
Antara bidang tugas Majlis Raja-raja adalah:
1. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya.
2. Bersetuju atau tidak bersetuju dengan hal-hal yang berkaitan dengan adat
istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
3. Memberi persetujuan atau tidak memberi persetujuan kepada mana -mana
undang-undang yang diluluskan atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-
mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja.
4. Memikirkan dasar negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut untuk
pembangunan negara.
Majlis Raja-raja juga mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk memelihara
hak istimewa orang Melayu. Sebarang perubahan tentang kedudukan orang-orang Melayu,
mestilah dibincangkan terlebih dahulu dengan majlis ini. Majlis Raja-raja perlu dirundingi dalam
perkara pelantikan yang berikut sebelum pelantikan dilakukan oleh YDPA atas nasihat Perdana
Menteri, iaitu:
1. Pelantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim Besar dan Hakim
Mahkamah Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi.
2. Pelantikan Ketua Audit Negara.
3. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya bebas, seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dalam melaksanakan tugasnya, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara yang
meliputi perkara berikut:
1. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya.
2. Memberi nasihat tentang apa-apa pelantikan.
3. Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang yang
mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan,
kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
4. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara.
Namun baginda tidak perlu menghadiri persidangan Parlimen, kecuali sewaktu pembukaan
rasmi penggal Parlimen untuk merasmikan sesi parlimen tersebut.
Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda tidak
boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan
Agong adalah seorang raja yang dipilih mengikut giliran oleh Majlis Raja-Raja, dan ini telah
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan
gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) diwujudkan hasil daripada cadangan
Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Sistem penggiliran
jawatan YDPA setiap lima tahun dianggap unik. Hal ini kerana sistem ini menggabungkan
tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan
perlembagaan. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem
penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberi kepada Raja-raja Melayu dari negeri-negeri yang
dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu (Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan
Pahang) dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor). Negeri-negeri selain itu, ketuanya tidak boleh dilantik menjadi YDPA kerana tidak
mempunyai raja.
Setiap Raja-Raja Melayu layak dipilih untuk menjadi YDPA melainkan:
1. jika baginda tidak cukup umur;
2. menolak untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong; dan
3. Baginda ingin dikecualikan disebabkan masalah kesihatan.
Dalam konteks sistem penggiliran ini, raja yang teratas dalam senarai pemilihan
akan ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan memegang jawatan itu selama
lima tahun. Walau bagaimanapun, perkara ini mempunyai kekecualian sekiranya baginda
meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan sebelum tempoh yang ditetapkan oleh Raja-
Raja.
Jadual 3.1 Senarai Yang Di-Pertuan Agong
Tarikh
Bil. Nama Negeri Lahir Mangkat
Pemerintahan

Negeri 31 August 1957 – 1 24 August


1 Tuanku Abdul Rahman 1 April 1960
Sembilan April 1960 1895

Sultan Hisamuddin 14 April 1960 – 1 1 September


2 Selangor 13 May 1898
Alam Shah September 1960 1960

21 September 1960 – 25 November


3 Raja Syed Putra Perlis 16 April 2000
20 September 1965 1920

20
Sultan Ismail 21 September 1965 – 24 January
4 Terengganu September
Nasiruddin Shah 20 September 1970 1907
1979

Tuanku Abdul Halim 21 September 1970 – 28 November


5 Kedah
Muadzam Shah 20 September 1975 1927 (age 88)

21 September 1975 – 10 December 29 March


6 Sultan Yahya Petra Kelantan
29 March 1979 1917 1979

Sultan Haji Ahmad 26 April 1979 – 25 24 October


7 Pahang
Shah Al-Mustain Billah April 1984 1930 (age 84)

26 April 1984 – 25 22 January


8 Sultan Iskandar Johor 8 April 1932
April 1989 2010

Sultan Azlan 26 April 1989 – 25


9 Perak 19 April 1928 28 May 2014
Muhibbuddin Shah April 1994

Negeri 26 April 1994 – 25 27 December


10 Tuanku Jaafar 19 July 1922
Sembilan April 1999 2008

Sultan Salahuddin 26 April 1999 – 21 21 November


11 Selangor 8 March 1926
Abdul Aziz Shah November 2001 2001

13 December 2001 – 17 May 1943


12 Raja Syed Sirajuddin Perlis
12 December 2006 (age 72)

Sultan Mizan Zainal 13 December 2006 – 22 January


13 Terengganu
Abidin 12 December 2011 1962 (age 53)

Tuanku Abdul Halim


28 November
14 Muadzam Shah (kali Kedah 13 December 2011 –
1927 (age 88)
kedua)

(sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong#Senarai_Yang_di-
Pertuan_Agong )

Kaedah-kaedah pemilihan Yang Dipertuan Agung adalah seperti yang berikut:


1. Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. Bagaimanapun, pemilihan dibuat mengikut
kekananan (senioriti);
2. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi. Anggota Majlis Raja-raja yang bukan anak
raja, iaitu TYT Gabenor-Gabenor, tidak hadir dalam perjumpaan memilih Yang di-
Pertuan Agong;
3. Pemilihan dibuat berdasarkan giliran. Raja sesebuah negeri tidak boleh dipilih dua
kali dalam pusingan yang sama; dan
4. Seseorang Sultan atau Raja boleh melantik seorang lain dari negeri baginda sebagai
proksi untuk mewakili baginda.

Harus anda fahami bahawa sistem beraja, serta adat dan tradisi memang sudah lama sedia
ada di Tanah Melayu. Institusi Yang di-Pertuan Agong hanya diamalkan semenjak merdeka
sahaja.
Dari segi pentadbiran negara pula, terdapat tiga badan yang setiap satunya
mempunyai pemisahan kuasa. Badan-badan itu adalah:
1. Badan Pemerintah (Eksekutif).
2. Badan Perundangan (Legislatif).
3. Badan Kehakiman (Judisiari).
Pemisahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya penumpuan
kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan sebagai "Doktrin
Pemisahan Kuasa". Idea ini telah dicetuskan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah politik dan
undang-undang Perancis dalam abad ke 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya
kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.
Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Utama Negara mengetuai ketiga-tiga badan kerajaan ini.

YANG
DIPERTUAN
AGONG Perdana Menteri
Eksekutif

Kabinet

Parlimen
Legislatif

Dewan Negara

Judisiari Ketua
DewanHakim
RakyatNegara

Mahkamah

Rajah 3.1: Carta Pemisahan Kuasa di Malaysia

Latihan 3.1
Bincangkan tindakan yang diambil sekiranya seseorang raja
menolak menjadi YDPA.
3.2.2 Badan Eksekutif
Badan pemerintah atau eksekutif diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri pula mengetuai kerajaan (kabinet) dan juga parti yang
memegang majoriti di Parlimen.
Daripada sudut Perlembagaan, kuasa eksekutif adalah di tangan Yang Dipertuan
Agong. Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama Baginda.
Perlembagaan memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya,
baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang
menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Seterusnya Perlembagaan
memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan itu.
Untuk ingatan anda semua, "bertindak atas budi bicara" digunakan oleh baginda pada
suatu ketika untuk bertindak di luar nasihat Jemaah Menteri. Hal ini berlaku pada tahun 1986
dan dikenali sebagai krisis Perlembagaan.
Jemaah Menteri
Jemaah Menteri atau Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi Kabinet adalah tugas yang dilaksanakan oleh
jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan Pusat. Jemaah Menteri
diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri yang memegang portfolio
tertentu. Mereka bertanggungjawab secara kolektif mengenai semua keputusan yang dibuat oleh
Kabinet. Oleh kerana Kabinet merupakan badan tertinggi di negara ini yang
bertanggungjawab bagi membentuk dasar-dasar kerajaan maka beberapa buah Jawatankuasa
Tetap Kabinet telah diwujudkan. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dipengerusikan dan dianggotai
Menteri-Menteri berkenaan.
Di samping Jawatankuasa ini, terdapat beberapa buah Majlis dibentuk untuk
menyelaraskan pentadbiran negara:
1. Majlis Tanah Negara;
2. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan;
3. Majlis Kewangan Negara; dan
4. Majlis Angkatan Tentera.

Semua Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio-
portfolio berkenaan. Kesemua Majlis di atas diperuntukKan oleh Perlembagaan
Persekutuan. Ada lagi Majlis-Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melicinkan
perjalanan jentera pentadbiran seperti:
1. Majlis Tindakan Negara;
2. Majlis Ekonomi Negara; dan
3. Majlis Keselamatan Negara.

Majlis Tindakan Negara merupakan majlis pentadbiran yang tertinggi. Ia diwujudkan


bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek pembangunan Kerajaan.
Semua Menteri Kabinet perlu hadir dalam Majlis ini. Majlis Ekonomi Negara diberi
tanggungjawab khusus mengenai aspek ekonomi negara, dan Majlis Keselamatan
Negara bertindak menyelaraskan tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan negara.
Perdana Menteri
Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri atau Kabinet. Beliau berkuasa mencalonkan
sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang Dipertuan Agung ke Kabinetnya. Lazimnya sesiapa yang
dilantik menganggotai kabinet atau Jemaah Menteri adalah orang-orang yang pada pendapat
Perdana Menteri boleh bekerjasama dengannya dan menyokongnya. Kesimpulannya, kuasa
sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri yang mana nasihatnya mesti diterima oleh
Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3.2.3 Badan Perundangan

Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang
bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk
menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai memberi kesan kepada
kehendak badan perundangan. Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan oleh
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen
Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri.
Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi (supreme). Kedua-dua
badan ini menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan
Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri-Negeri. Perkara-perkara perundangan dibahagi
dua antara kedua-dua badan ini. Parlimen Malaysia membuat undang-undang.
Undang-undang yang dibuat sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di
negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan berkuasa
tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan yang dibuat.
Perkara 44 Bab 4, Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
memperuntukkan kuasa perundangan persekutuan terletak pada Parlimen yang
mengandungi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara
Keanggotaan Dewan Negara diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Peruntukan ini menjelaskan Dewan
Negara mempunyai 70 orang ahli yang dikenali sebagai senator. Daripada jumlah
itu, 44 orang dilantik oleh YDPA dan 26 dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
mewakili 13 negeri (dua orang wakil setiap negeri).
Tempoh seseorang senator adalah selama tiga tahun dan ia tidak boleh
memegang jawatan tersebut untuk tempoh lebih daripada dua penggal. Untuk layak
menjadi seorang Senator, calon perlulah memiliki syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 30 tahun ke atas
3. Waras fikiran
4. Tiada rekod jenayah

Dewan Rakyat
Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
pada Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Peruntukan ini menjelaskan Dewan Rakyat mem -
punyai 219 orang ahli yang dikenali sebagai ahli Parlimen. 206 daripada ahli Parlimen dari
negeri-negeri dalam Malaysia, 11 dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu dari
Wilayah Persekutuan Labuan dan satu dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Umur
seorang ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun ke atas.
Anda boleh meninjau statistik keahlian Dewan Rakyat pada Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Statistik Ahli Parlimen Malaysia pada Disember 2015

(Sumber: http://www.parlimen.gov.my/statistik.html?uweb=dr&)

Antara kelayakan seorang ahli dalam Dewan Rakyat adalah:


1. Warganegara Malaysia
2. Berusia tidak kurang 21 tahun
3. Berfikiran waras
4. Tidak muflis
5. Tiada rekod jenayah
6. Menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen dalam tempoh
yang ditetapkan, iaitu 33 hari selepas keputusan pilihan raya disiarkan.

Fungsi dan Kuasa Parlimen


Dalam bidang perundangan, Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang yang
ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 66 68, Bahagian
4, Bab 5. Antara fungsi Parlimen adalah:
1. Kuasa perundangan, iaitu kuasa membuat, meminda atau memansuhkan
undang-undang.
2. Mengenakan cukai-cukai baharu, tambahan atau memansuhkan mana-mana
cukai.
3. Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.
Rajah 3.1 Bangunan Parlimen Malaysia
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan, dan ia membuat
undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-
undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada,
memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-
hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-
perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan
sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa
hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan.
Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli
Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai
kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam
mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak
keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari
tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya
di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan
itu.
LATIHAN 3.2

Cuba anda lengkapkan jadual berikut dengan maklumat yang


berkaitan dengan kelayakan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan
Negara.

Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Negara


Persamaan

Perbezaan

3.2.4 Badan Kehakiman


Badan Kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim (body of judges) dalam satu
sistem perlembagaan. Para hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang- undang
dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, kehakiman merupakan
cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa.
Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
telah menyediakan peruntukan untuk mewujudkan sistem mahkamah supaya tugas-
tugas kehakiman dapat dilaksanakan. Mahkamah mempunyai kuasa yang besar terhadap
badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana:
1. mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara;
2. mentafsir sesuatu undang-undang;
3. mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri; dan
4. mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah disegi undang-undang.
Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan perundangan adalah berkaitan antara
satu dengan lain dalam lingkungan falsafah undang-undang. Di sini, badan perundangan
bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan
undang-undang itu, jika ia digubal dengan betul. Pihak mahkamah boleh mentafsirkan
bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah
kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Walau bagaimanapun, mahkamah tidak boleh
meminda undang-undang ini disebabkan bidang kuasa pemindaan adalah hak badan
perundangan atau parlimen sahaja.
Kuasa Kehakiman di Malaysia
Kuasa kehakiman bagi badan-haddn kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara
121 (l) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan
dalam Perkara 121-131 (A). Untuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini,
sistem mahkamah telah diwujudkan. Mahkamah juga mempunyai kuasa yang besar
da1am bidang perundangan (legislatif) dan bidang pentadbiran (eksekutif).
Rajah 3.3: Sistem Kehakiman Malaysia

Pelantikan Hakim
Pelantikan hakim dibuat oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan
mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Sebelum pelantikan hakim di buat,
Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara. Dalam hal
pelantikan Hakim Besar Tanah Melayu, beliau harus berunding dengan dua orang
Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam soal pelantikan Hakim Besar Borneo,
beliau perlu berunding dengar Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. Bagi pelantikan
Hakim Mahkamah Agung, beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar dan
untuk pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, beliau perlu berunding dengan Hakim Besar
Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara. Hakim
Mahkamah Sesyen dilantik oleh YDPA atas cadangan Hakim Besar. Majistret Kelas
Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA. Manakala, pelantikan bagi
negeri-negeri dilantik olch raja atau gabenor atas cadangan Hakim Besar. Majistret
Kelas Kedua bagi wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA dan bagi negeri-negeri
dilantik oleh raja atau gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar.

3.3 DEMOKRASI DI MALAYSIA

3.3.1 Pilihanraya Dan Proses Demokrasi Di Malaysia


Apa Itu Pilihanraya?
Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil dan cara ampuh untuk membuat keputusan
mengenai sesuatu dasar kerajaan. Pilihanraya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi
sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau
menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan atau institusi kerajaan.
Pilihanraya adalah suatu cara membuat pilihan politik melalui undian. Ia digunakan untuk
memilih pemimpin dan untuk menentukan satu isu. Melalui pilihanraya pengundi boleh
memilih calon yang dikemukakan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat.
Sejarah Pilihanraya di Malaysia
Pada 27.7.55, pilihanraya persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan. Di
antara parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah:
• Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang baru menyertainya.
Parti Perikatan mempertandingkan seramai 52 orang calon, seorang bagi tiap-tiap
kawasan pilihanraya.
• Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 ornag calon.
• Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon

Lain-lain parti yang mengambil bahagian Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak (kemudian
menjadi Parti Kemajuan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.
Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang
dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS. Pilihanraya Persekutuan ini
telah memulakan satu era baru dalam perkembangan politik di Malaya di mana selepas ini
pilihanraya telah menjadi pemangkin kepada perjalanan demokasi di Malaysia. Melalui sistem
ini, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang
diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil
Parlimen untuk menerajui pemerintahan negara dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan
Negeri untuk mengetuai kerajaan Negeri.
Sesuatu pilihanraya itu sebenarnya boleh diawalkan dari tarikh asalnya kerana dalam
keadaan tertentu, YDPA berkuasa untuk mengarahkan agar pilihan raya diadakan lebih awal
daripada tarikh sebenarnya. Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen, pilihan raya mesti
diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Bagi Sabah dan Sarawak, tempohnya lebih panjang, iaitu 90 hari untuk menjalankan
pengundian memandangkan ramai antara penduduknya yang tinggal di kawasan pedalaman.
Fungsi Pilihanraya
1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
2. Mengekalkan pucuk pimpinan
3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
4. Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam satu organisasi dan komuniti politik

Jenis-jenis Pilihanraya
a. Pilihanraya umum
b. Primary Elections
c. Pilihanraya ”Run Off” (Run Off Election)
d. Pilihanraya Tempatan

Apakah Peranan Suruhanjaya Pilihanraya?


Harus diketahui bahawa SPR merupakan sebuah badan yang bebas daripada pengaruh
politik. Antara fungsi SPR ialah:
1 Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
2 Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
3 Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
4 Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi
kriteria dan kelayakan yang diperlukan.

Perlantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya


Perlantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan
Majlis Raja-raja.
Ahli-ahlinya terdiri daripada ;
a. seorang pengerusi,
b. seorang timbalan pengerusi dan
c. tiga orang ahli lain yang akan membantu SPR.

Kelayakan Menjadi ahli SPR


1 Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
2 Seorang yang tidak muflis.
3 Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
4 Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri.

Siapakah Urus setia SPR?


SPR juga telah menubuhkan sebuah urusetia yang diketuai oleh
a. seorang setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Eksekutif dan
b. Ketua Pentadbir Urusetia dengan dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.

Urus setia SPR menjalankan tanggungjawab berdasarkan garis panduan dan dasar-dasar
yang telah ditetapkan oleh SPR. Bagi memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya, Urusetia
SPR juga menubuhkan cawangannya yang dikenali sebagai Pejabat Pilihan Raya Negeri di
setiap negeri, kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Apakah Sistem yang digunapakai dalam Pilihan Raya yang diamalkan di Malaysia?
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik
yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri
boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia
berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh
majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Apakah Undang-undang dan Peraturan Pilihanraya yang Perlu dipatuhi?


Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah
digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan
peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:
• Perlembagaan Persekutuan;
• Perlembagaan Negeri;
• Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
• Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
• Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;
• Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;
• Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan
proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang
walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi
memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962;
Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Apakah Elemen-elemen Penting Pilihanraya


Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
• Bahagian Pilihan Raya
• Pemilih
• Calon
• Proses Pilihan Raya

Bilangan Bahagian Pilihan Raya


Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili
penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau
Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan
Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Persempadanan Pilihan raya


Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-
bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan
Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang
daripada 8 tahun.

Pendaftaran Pemilih
Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:
• warganegara Malaysia;
• berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
• seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
• tidak hilang kelayakan.

Bagaimanakah seseorang itu hilang kelayakan menjadi pemilih?


Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:
• pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman
penjara; atau
• sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan;
atau
• telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
• telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan Daftar Pemilih


Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam
undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-
Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak
Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan
selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan
tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan
disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-
nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut
undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Apakah Kelayakan Menjadi Calon?


Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti
atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana
pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
• warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
• berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
• tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
• telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
• didapati seorang bankrap; atau
• memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
• gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
• telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara
untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan
belum mendapat pengampunan; atau
• telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh Pilihan raya


Bagi Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan
oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan
lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada
disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan
ditetapkan oleh Suruhanjaya.

3.3.2 Proses Perjalanan Pilihanraya di Malaysia

1. Hari Penamaan Calon


Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam
pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh
calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas
penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari
penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti
dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai
Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
2. Kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen,
seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya
boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00
tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar
Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara
27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan
membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya
Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil
dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan
ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan
perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan
peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan
menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian
pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-
ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai
perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil
ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.
Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
• Pengedaran risalah dan surat;
• Poster;
• Ceramah tertutup dan ceramah umum;
• Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing.
Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu
membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan
raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster,
sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.
Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-
garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan
secara aman. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam
sebelum hari mengundi.

3. Hari Pembuangan undi


Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Waktu
membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.
Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan
kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara
daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk
memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:
• tarikh mengundi;
• lokasi tempat mengundi;
• waktu mengundi di semua tempat mengundi;
• lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat
mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses
pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.

4. Pengiraan Undi
Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu
pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya
dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan.
Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira
undi. Mereka ialah:
• Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
• pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya;
• kerani mengira undi; dan
• calon, wakil dan ejen mengira undi.
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut
proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi
memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

5. Penjumlahan Rasmi Undi


Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi,
keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat
penjumlahan undi.
Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan
pemenang.
Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang
mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.

6.Penyimpanan dan Pelupusan Kertas Undi


Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan
dokumen lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti
khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus.
Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan
juga 'counter foils' kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya
boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.
Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran Suruhanjaya
Pilihan Raya akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan.
Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan
Raya Negeri.

Apa itu wang Deposit ?


Seseorang yang ingin menjadi calon, mereka perlulah menyerahkan wang deposit berjumlah
RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri. Wang tersebut perlu
diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.
Seseorang yang ingin menjadi calon tadi perlu bersedia untuk kehilangan wang deposit di
mana Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi
yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya
berkenaan.

Pengunaan Simbol
Penggunaan simbol adalah bebas. Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh
menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti
berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Borang SPR
Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di
dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik
dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak di luar jarak 50 meter dari
pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia akan mendirikan barong SPR di pusat-pusat mengundi. Barong-barong ini adalah
untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran
supaya pengundian berjalan dengan teratur.

Kebenaran Memasuki Tempat Pembuangan Undi


Harus diketahui bahawa hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar
pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang
undi. Pengundi mestilah membawa kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi.

Siapa yang sepatutnya berada di tempat pembuangan undi?


Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-
pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:
• Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
• Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya;
• calon-calon dan wakil calon;
• Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan
• orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Cara membuang undi


Apabila membuang undi, undi anda adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh
memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon
yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan
di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.
Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-
kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang
ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.
Kelayakan mengundi secara pos
Pengundi pos terdiri daripada
c. anggota tentera,
d. Pasukan Polis Hutan,
e. petugas-petugas pilihan raya,
f. pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara,
g. pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing.
Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang
pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga
kerahsiaan undi.

Ejen Mengundi
Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga
kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.
Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan yang berkaitan.

FIKIRKAN
Cuba anda jelaskan semula proses-proses yang terlibat dalam perjalanan pilihanraya di
Malaysia.

Apa itu Petisyen Pilihan Raya?


Tahukah anda bahawa sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Ia
dipanggil pestisyen. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:
• sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan
pilihan raya;
• ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya;
• perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh
calon dan ejen-ejen;
• calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.

Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari
selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya,
selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan
raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana
pilihan raya baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut.

Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya


Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh
melebihi:
• RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan
• RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam
tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. Kegagalan
untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk
mengemukakannya di dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

RUMUSAN
Setiap warganegara perlu sedar bahawa merekalah yang menggerakkan sistem demokrasi
dan pilihanraya di negara ini. Tanpa penyertaan setiap individu pilihanraya tidak dapat
dijalankan. Justeru itu, setiap individu yang merasakan dirinya bertanggungjawab dalam
pembangunan demokrasi di negara ini, mereka perlu sentiasa bersiap sedia untuk terlibat
sama ada sebagai pengundi atau melibatkan diri dalam perjalanan pilihanraya. Diharapkan
setiap warganegara akan sentiasa bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini
terus wujud.

RUJUKAN
Abdullah Sanusi Ahmad. 1980. Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Asnarulkhadi Abu Samad dan Jayum A. Jawan (ed.). 1977. Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara.
Kamaruzaman Mohd Noor, ”SPR Jawab Kekeliruan”, Utusan Malaysia, 21/01/2006.
Laman Web SPR.
Mohamad Idris Saleh et al. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Noor Azam Shairi, Salah siapa empat juta pengundi tidak berdaftar? Utusan Malaysia,
01/01/2006.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.1 PENDAHULUAN
Dalam topik ini, kita akan sama-sama mendekati aspek-aspek berkaitan Perlembagaan
Malaysia. Antara perkara yang akan dibicarakan adalah tentang konsep perlembagaan,
sejarah perkembangan Perlembagaan Malaysia, kandungan Perlembagaan, tujuan dan
kepentingan perlembagaan dan peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia.
Perbincangan diharap dapat memberi gambaran lebih jelas kepada anda tentang kepentingan
Perlembagaan.

4.2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


4.2.1 Pengertian Perlembagaan
Tahukah anda bahawa perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan
bagaimana sesuatu negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam
undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan bersangkut paut
dengan hal bagaimana keputusan-keputusan awam dicapai dan bagaimana kuasa diagih-
agihkan di antara institusi-institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun di peringkat tempatan.
Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara
pemilihan serta perlantikan pemerintah.

Perlembagaan menjadi sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.


Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu,
perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama
ada di pihak pemerintah atau rakyat.
Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan
kepada rakyat. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyentuh pelbagai aspek
pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja
Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman
dan sebagainya.

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan


peraturan asas negara. Setiap negara perlu mempunyai perlembagaan kerana perlembagaan
menentukan hala tuju politik sesebuah negara.

4.2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan: dari Malayan Union ke Persekutuan


Malaysia
Pengenalan perlembagaan moden bagi Malaysia telahpun bermula pada akhir abad ke 19,
semasa kerajaan British menguasai Tanah Melayu. Kronologi ringkasnya adalah seperti yang
berikut:
• 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat
Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-
mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang
yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal
ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.
• 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP
diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan
MMP. Hal ini menjadikan kuasa kerajaan pusat semakin kuat. Sementara itu
kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan
oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan
Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.
• Selepas Perang Dunia Kedua, apabila Jepun berundur dari Tanah Melayu, British
kembali semula ke Tanah Melayu. Mereka telah memperkenalkan Malayan Union
pada bulan April 1946. Di bawah Malayan Union, segala kuasa terletak pada tangan
gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh
membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis
Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang
tentang perkara tempatan sahaja dan undang-undang itu boleh dibatalkan oleh Majlis
Perundangan Malayan Union.
• 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada
2 Februari 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat terdiri daripada:
a) seorang Pesuruhjaya Tinggi British,
b) sebuah Majlis Mesyuarat, dan
c) sebuah Majlis Perundangan yang mengandungi anggota rasmi dan sebilangan
anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan yang mempunyai kuasa membuat
undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk
menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang
terhad seperti yang disebut dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
• Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing.
Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-
masing pada tahun 1895 dan 1911. Perlembagaan itu dipinda supaya sesuai dengan
kehendak Perjanjian Persekutuan 1948.
• Pada Jun 1955 pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis
Perundangan Persekutuan yang terdiri daripada 52 anggota yang dipilih, 34 anggota
yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
• Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid
(England) dengan dibantu oleh Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir William Makell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pelantikan orang luar
dalam penggubalan perlembagaan ini dikatakan adalah untuk mengelakkan daripada
masalah berat sebelah. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan
Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa ini mula
menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah mengadakan referendum di kalangan
semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan
sebagainya. Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131
cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Secara keseluruhan, Suruhanjaya Reid
menggunakan cadangan Parti Perikatan sebagai asas pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah mengemukakan laporannya pada Disember
1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan
Persekutuan.
• Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan
pada 31 Ogos 1957.
• Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini
Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan
kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai
perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan
meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.
Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 ini telah meminda Perkara 1(1) dan
(2) untuk kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama
Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.

4.2.3 Bentuk-bentuk Perlembagaan


a. Perlembagaan Bertulis dan
b. Perlembagaan Tidak Bertulis.

a. Perlembagaan Bertulis
Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.
Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama, iaitu:
1 Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan
tersebut yang membolehkannya dipinda.
2 Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung
dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang
bertentangan dengan kebebasan asasi.
3 Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi
perlembagaan. (contoh perlembagaan bertulis ialah Perlembagaan Malaysia).

b. Perlembagaan Tidak Bertulis


Merangkumi semua prinsip Perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat/dokumen.
Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah (contoh Perlembagaan
United Kingdom)
Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada
Perlembagaan.
4.2.4 Tujuan Perlembagaan

1 Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. Kewujudan
perlembagaan dari segi sejarahnya berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa
perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan lain-lain
lagi. Walaupun perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama
Persekutuan/rasmi negara (Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas
diamalkan di Malaysia. Peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
(Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh
digunakan. Manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu, YDPA bukan
sahaja menjaga kepentingan orang Melayu, tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat
perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk
pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesebuah kaum sahaja. Semua kaum
mendapat tempat dalam Perlembagaan Malaysia.

2 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah


Dalam kerajaan Melayu tradisional Raja berkuasa mutlak dan boleh melakukan apa
sahaja, Kini tidak lagi. Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan, terdapat
beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/Yang Dipertua Negeri.
Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan
mereka tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Maka,
ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

3 Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat


Setiap warganegara Malaysia tidak kira pemerintah atau rakyat perlu ada kawalan dalam
setiap pergerakan mereka. Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja
memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan
asasi (Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara
tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada
dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Pemerintah mempunyai had terhadap perkara yang
boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Begitu juga dengan rakyat ada
peraturan yang perlu mereka ikuti.

4 Alat untuk menyelesaikan masalah


Perlembagaan menggariskan beberapa peraturan untuk diikuti oleh semua rakyat jelata.
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi
rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Malahan,
sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman
kepada seseorang warganegara adalah berdasarkan perlembagaan.

5 Menjamin riwayat negara bangsa


Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Dalam hal ini , riwayat
sebuah negara bangsa yang merdeka ditentukan oleh undang-undang dan peraturan agar
keamanan negara sentiasa terbela. Perlembagaan sememangnya berperanan penting
dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran negara. Malahan, perlembagaan
sendiri adalah asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru, pembentukan
perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana ia telah
mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.

6 Menjamin keamanan dan kestabilan negara


Tahukah anda bahawa Perlembagaan juga berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah,
mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah. Alat penyelesaian masalah ini
sesungguhnya telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Ini
memandangkan terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal
pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan
keistimewaan tertentu. Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila
terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka
(Bahagian 2, Perkara 10).

CUBA FIKIRKAN
Apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai perlembagaan
sebagai panduan penggubalan undang-undang?

4.2.5 Kandungan Perlembagaan


Perlembagaan Persekutuan pada masa kini mengandungi 183 Perkara dan di dalamnya ada
13 Jadual. Setiap perkara dalam Perlembagaan terdapat beberapa Fasal yang menjelaskan
dengan terperinci garis panduan dan perundangan untuk kepentingan rakyat.
Yang berikut diperturunkan susunan perkara-perkara dalam Perlembagaan sebagai panduan
anda:

Perkara 1 hingga 4 - Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan


Perkara 5 hingga 13 - Kebebasan Asasi
Perkara 14 hingga 22 - Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
Perkara 23 hingga 28A - Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
Perkara 29 hingga 31- Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
Perkara 32 hingga 37 - Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
Perkara 38 - Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)
Perkara 39 hingga 43C - Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)
Perkara 44 hingga 65 - Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)
Perkara 66 hingga 68 - Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)
Perkara 69 Persekutuan (Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak dan guaman )
Perkara 70 hingga 72 - Negeri-negeri
Perkara 73 hingga 79 - Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)
Perkara 80 hingga 81 - Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)
Perkara 82 - Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
(Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)
Perkara 83 hingga 91 - Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 4 – Tanah)
Perkara 92 - Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 5 – Pembangunan negara)
Perkara 93 hingga 95 - Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan
pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)
Perkara 95A hingga 95E - Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
Perkara 96 hingga 112 - Peruntukan-peruntukan Kewangan
(Bab 1 – Am)

Perkara 112A – 112D - Peruntukan-peruntukan Kewangan


(Bab 2 – Pemakaian Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)
Perkara 113 hingga 120 - Pilihanraya
Perkara 121 hingga 131A - Perhakiman
Perkara 132 hingga 148 - Perkhidmatan Awam
Perkara 149 hingga 151 - Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
Kuasa-kuasa Darurat
Perkara 152 hingga 160B – Am dan Pelbagai
Perkara 161 hingga 161H – Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
Perkara 162 hingga 180 – Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 181 – Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja
Perkara 183 hingga 183 – Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Secara umumnya, antara perkara-perkara utama yang terkandung dalam Perlembagaan


Malaysia ialah
1. Malaysia sebagai sebuah Persekutuan
2. Malaysia sebagai negara Raja Berpelembagaan
3. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen
4. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama dengan ugama
Islam sebagai agama rasmi negara
5. Ketertinggian Perlembagaan dan undang-undang
6. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa
7. Badan kehakiman yang bebas dari kawalan Badan Eksekutif dan Badan Legislatif.
8. Bahasa kebangsaan, kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum bumiputra dan
pribumi Sabah dan Sarawak.

4.2.6 Perlembagaan Persekutuan Dan Perlembagaan Negeri


Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas yang menjadikan
perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan
rakyatnya. Oleh itu, perlembagaan dapat melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara
persekutuan, mempunyai raja berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen, menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas
diamalkan. Keadaan ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan
sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan bangsa. Manakala,
perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang tertinggi negara, dan pada masa yang
sama menjamin kebebasan undang-undang di negara ini. Selain itu, perlembagaan juga
memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan
sikap toleransi pemerintah dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.

Kandungan ringkas Perlembagaan Persekutuan


1 Senarai Persekutuan
Meliputi perkara mengenai hal-ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.
2 Senarai Bersama
Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-
undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Contohnya,
perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak-kanak, perancangan
bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain.
3 Senarai Negeri
Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang-
undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan Negeri dan
lain-lain.

4.2.7 Perlembagaan Negeri


Negeri-negeri yang bergabung di dalam Persekutuan Malaysia sememangnya diberikan hak,
kuasa dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dan Perlembagaan Negeri. Perkara 71 (1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan kerajaan Persekutuan menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk mewarisi
dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan
negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri tersebut. Tetapi, apa-apa pertikaian tentang hak
untuk mewarisi seorang raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-
mana pihak berkuasa dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan
oleh perlembagaan.
Perkara 71 (3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa, jika
Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,
walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, Parlimen boleh membuat undang-
undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu. Peruntukan
ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap
tersebut. Dalam Jadual 8, terdapat dua peruntukan utama, iaitu:
1 Bahagian l – peruntukan tetap dan peruntukan kewangan
2 Bahagian ll – peruntukan sementara
Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini
menggariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi:
(a) Raja/Yang Dipertua Negeri
(b) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(c) Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
(d) Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan


Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Terdapat tujuh bab, iaitu:
1 Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
2 Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
3 Pembahagian beban kewangan
4 Tanah
5 Pembangunan negara
6 Agihan persekutuan kepada negeri
7 Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Mengapa Perlembagaan dikatakan tertinggi di Malaysia?


Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan
Malaysia ialah yang tertinggi kedudukannya. Cuba anda lihat pada perkara berikut:
1 Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan
kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di pihak yang lain.
Dalam hal ini, perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan
Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan Negeri boleh lakukan.

2 Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh
dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal-ehwal luar negara dan sebagainya.
Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara persekutuan dan jika campur tangan
dalam pembentukan undang-undang di luar perkara persekutuan, undang-undang
tersebut adalah tidak sah. Undang-undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah
seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut
Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

3 Kedudukan YDPA
Walaupun berperanan sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara,
Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya, baginda juga tertakluk kepada
halangan-halangan yang dikenakan oleh perlembagaan. Baginda adalah raja
berperlembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

4 Kuasa perundangan
Kuasa perundangan dipegang oleh mahkamah-mahkamah. Dalam hal ini badan
perundangan juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
Contohnya Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Begitu juga dengan kuasa YDPA sebagai ketua ketiga-tiga cabang
kerajaan (perundangan, pentadbiran, kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan.

5 Kebebasan asasi
Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara,
tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak
boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-
mana orang melainkan menurut undang-undang. Maka, terdapat banyak perkara dalam
perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.

4.2.8 Pindaan Perlembagaan

Fikirkan!
Mengapa sesetengah perkara dalam Perlembagaan perlu dipinda?

Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak
boleh dipersoalkan seperti:
a. agama Islam sebagai agama rasmi;
b. kedududkan istimewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
c. kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
d. soal kerakyatan.

Beberapa perkara dalam Perlembagaan Malaysia boleh dipinda oleh Parlimen seperti yang
dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang
boleh dipinda, iaitu:
1 Perkara 159 (4) – sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-
tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
2 Perkara 161 (E) – sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan
Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia
dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
3 Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan,
dengan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Perkenan dan persetujuan
Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang
menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa
perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan.
4 Perkara-perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.

Pindaan Perlembagaan Negeri


Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri,
tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak
boleh dipinda ialah:
1 Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh
Badan Perundangan Negeri.
2 Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan
Negeri selain:
(a) apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang
memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri
(b) apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-
mana peruntukan perlu yang dinyatakan dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut Sesyen 4,
jadual tersebut

Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kecuali rang
undang-undang itu telah disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga dan memperoleh undi
sebanyak 2/3 daripada jumlah ahlinya. Walau bagaimanapun, pada perenggan (a) dan (b)
tidak memerlukan kelebihan undi 2/3.
Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan
orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
1 Pelantikan dan sifat-sifat waris takhta, permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli
Jemaah Pemangku Raja Negeri.
2 Pemecatan, penarikan diri, penurunan takhta raja atau waris-warisnya.
3 Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu
dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
4 Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat, gelaran,
kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai
balai diraja dan istana.
4.3 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

Peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia terdiri daripada:


1. Konsep Federalisme (Persekutuan)
2. Demokrasi Berparlimen dan
3. Raja Berperlembagaan.

4.3.1 Konsep Federalisme (Persekutuan)


Federalisme merupakan pembahagian kuasa berdasarkan wilayah. Federalisme juga dapat
diertikan sebagai suatu bentuk pemerintahan yang di dalamnya terdapat sebuah kerajaan
pusat yang mewakili wilayah-wilayah lain. Kerajaan Pusat ini bertindak mewakili wilayah-
wilayah tersebut dalam hal ehwal luar negeri. Dalam hal ini, kedua-dua kuasa Persekutuan
dan Negeri boleh bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan.

Definisi Federalisme/Persekutuan
K. C. Wheare: ”suatu sistem kerajaan yang mengandungi kerajaan Federal dan wilayah
dalam kawasan-kawasan tersendiri. Ia mempunyai darjah yang sama dan bebas.
Pembahagian kuasa adalah asas pengelasan sistem federal.”
W. S. Livingston: ”berasaskan kepada kuasa ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan dan tak
sepatutnya berasaskan istilah perlembagaan dan perundangan. Ia ditubuhkan untuk
mengatasi masalah yang timbul oleh tarikan kuasa tertentu (ekonomi, sosial, budaya dan
politik)”.
A.H. Birch: ”suatu sistem yang mengandungi pembahagian kuasa dan fungsi di antara satu
kewibawaan am dan beberapa wilayah. Tiap-tiap kewibawaan ini bergerak secara langsung
di kalangan penduduk melalui agensi-agensi pentadbiran mereka sendiri”.

Federalisme dalam konteks Malaysia


Untuk pengetahuan anda, pemerintahan negara Malaysia boleh di bahagikan kepada 2
konsep pemerintahan iaitu:
a. Sistem Federalisme iaitu pengagihan kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan
dan
b. Doktrin pengasingan kuasa iaitu pengagihan kuasa antara badan eksekutif, legislatif
dan judisiari.
Negara Persekutuan bermaksud negara yang mengandungi sebuah kerajaan Persekutuan
atau pusat serta beberapa buah kerajaan negeri. Contoh negara yang mengamalkan sistem
ini ialah Amerika Syarikat, India, Nigeria dan Australia.

Ciri-ciri sebuah Negara Persekutuan:


a. Terdapat Perlembagaan bertulis yang diterima pakai oleh semua pihak – setiap
negara Persekutuan mempunyai perlembagaan bertulis. Oleh kerana adanya
perkongsian kuasa antara Persekutuan dan Negeri, maka perlulah ada perjanjian
bertulis dalam bentuk perlembagaan.
b. Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan - Dalam
kerajaan Persekutuan, kuasa pentadbiran perlu dibahagikan di antara kerajaan Pusat
dan kerajaan negeri . Dalam hal ini, Perlembagaan memainkan peranan penting dalam
memperuntukkan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan negeri.
c. Rakyat di dalam Negara berkenaan tertakluk kepada dua kerajaan iaitu kerajaan
negeri dan kerajaan Persekutuan - dalam hal ini, setiap warganegara sesebuah
negara Persekutuan perlu patuh pada undang-undang kerajaan negeri tempat beliau
bermastautin dan juga peruntukan-peruntukan kerajaan Persekutuan.
d. Pemisahan kerajaan – Dalam sebuah kerajaan Persektuan, perlu ada pembahagian
kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan judiciary.
e. Perlembagaan Tegas – perlu ada satu perlembagaan yang tegas yang tidak terjejas
oleh apa-apa kuasa yang boleh menjejaskan sistem pemerintahan negara tersebut.
f. Badan kehakiman yang bebas – dalam sebuah negara yang mengamalkan
pembahagian kuasa, rakyat dan pemerintah, parti kerajaan dan parti pembangkang,
sudah tentunya akan menimbulkan konflik. Justeru itu perlu ada satu badan
kehakiman yang bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak demi menjamin
kedaulatan negara.
Isu Federalisme dalam Perlembagaan
a. Perkara 73 berkaitan dengan had sempadan kuasa perundangan kerajaan
Persekutuan dan negeri.
b. Perkara 74 bidangkuasa perundangan dengan merujuk kepada Jadual Kesembilan.
c. Perkara 75 ketinggian undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang
negeri.
d. Perkara 76 tentang kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang untuk negeri
dalam hal tertentu seperti untuk melaksanakan perjanjian antarabangsa, untuk tujuan
penyelarasan dan jika diminta oleh negeri.
e. Perkara 76A berkenaan kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri
f. Perkara 80 pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan
Apakah Kebaikan Pemerintahan Persekutuan?
a. Sebagai tapak untuk perpaduan dan integrasi politik .
b. Federalisme dapat melindungi kepentingan kaum
c. Federalisme dapat mengelakkan berlakunya pemerintahan yang zalim
d. Dapat mewujudkan persefahaman dan kelicinan sistem pentadbiran
e. Memberi ruang kepada kerajaan tempatan menjalankan pentadbiran sendiri

4.3.2 Raja Berperlembagaan


Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan Raja yang tidak mempunyai kuasa mutlak
tetapi hanya boleh bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan YDPA Dalam Perlembagaan


Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
dan Raja Permaisuri Agong seperti yang berikut:
a. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan
• Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong,
manakala Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong)
adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan
selepas Yang di-Pertuan Agong.
• Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima
tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus
surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari
jawatannya oleh Majlis Raja-Raja.
• Sebagai Ketua Negara, YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara
seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya menurut
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan kuasa kepada YDPA dalam bidang perundangan, iaitu baginda
berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. Selain itu,
baginda juga berkuasa untuk memperkenan rang undang-undang yang dibuat oleh
Majlis Parlimen.
• YDPA juga bertindak mengikut budi bicaranya dalam hal pelantikan Perdana Menteri,
membubarkan Parlimen dan memanggil agar mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu
diadakan untuk membincangkan hak dan kedudukan istimewa raja-raja Melayu.
• Dalam bidang kehakiman, YDPA mempunyai kuasa untuk melantik hakim, menangguh,
memberi keampunan dan meringankan hukuman kepada pesalah.
• YDPA juga merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera. Perkara lain yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap peranan YDPA sebagai
Ketua Negara ialah baginda boleh mengisytiharkan darurat dan kuasa untuk
memelihara hak keistimewaan kaum Bumiputera sama ada di Malaysia atau Sabah
dan Sarawak.

Walaupun YDPA mempunyai kuasa yang luas, tetapi baginda tidak boleh bertindak sesuka
hati. Tindak-tanduk YDPA dikawal oleh perlembagaan. Dalam melaksanakan pentadbiran
negara, YDPA harus bertindak atas nasihat Perdana Menteri. YDPA merupakan simbol raja
berperlembagaan di mana baginda tidak memerintah secara mutlak yang berbeza dengan
pemerintahan bercorak autokrasi di mana pemerintahnya mempunyai kuasa mutlak
sepenuhnya. Selaku Ketua Negara, YDPA juga berperanan penting sebagai Ketua Agama
Islam, sebagai lambang negara, tumpuan kesetiaan dan perpaduan rakyat yang berbilang
kaum di Malaysia.

b. Tugas-tugas Lain YDPA


o Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
o Kuasa Pengampunan Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan
dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan
hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan
juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan.
o Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri
Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
o Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan
kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada
warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada
ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena
dengan Hari Keputeraan Baginda.
o Fungsi diplomatik. Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-
diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat
asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula
menjalankan tugas mereka.
o Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-
Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.

RUMUSAN
Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa perlembagaan sebagai asas undang-
undang negara, sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk
perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun ada pihak tertentu yang merasa tidak puas
hati mengenai beberapa perkara, setakat ini perlembagaan telah berjaya melicinkan
pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara. Melalui perlembagaan,
setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan
pembelaan sewajarnya.

Latihan:
Tahukah anda semenjak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22
kali sehingga ke akhir tahun 1982. Sila berikan contoh beberapa perkara yang telah dipinda
setakat ini.

Rujukan
http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=kandunganperlembagaan.
Kamaruddin M. Said, Perlembagaan dan Pembinaan Bangsa Malaysia: Satu Pandangan
Sosiologi, Dewan Budaya, Mei 1992.
Koleksi ucapan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan
rang undang-undang akta perlembagaan pindaan (1993) pada 08/03/1993. Ucapan ini
boleh dirujuk di http://www.pmo.gov.my.
Laman Web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Noor Azam Shairi, ”Memahami Artikel 11 (4)”, Utusan Malaysia, 27/08/2006.
Ramanathan, K. Konsep asas politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur, 1992.
Rosni Hassan, ”Pindaan perlembagaan perjelas persamaan hak”, Utusan Malaysia,
24/07/2001.
TOPIK 5 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

5.1 PENDAHULUAN

Pembentukan negara bangsa Malaysia telah melalui zaman yang sukar dalam proses
membina negara dan seterusnya bangsa yang mana secara realitinya Malaysia mampu
membina negara tetapi kabur dalam konteks bangsanya. Tetapi inilah realiti apabila negara
ini te 5lah dibentuk dengan masyarakatnya yang majmuk. Malaysia mengalami kesukaran
untuk mengikat bangsanya sama ada melalui agama, bahasa dan budaya. Kita hanya boleh
mengikat bangsa kita melalui kekuatan ekonomi dan mempunyai kerajaan atau pemerintah
yang kuat.
Cabaran yang paling besar dalam kontekas pembinaan negara bangsa adalah
cabaran membina dan memperkukuhkan perpaduan. Ini kerana jika perpaduan dapat dibina
maka negara ini akan dapat dibangunkan dengan lebih mudah dan efisyen. Terdapat pelbagai
dasar dan program telah dilaksanakan dengan matlamatnya adalah untuk perpaduan
antaranya kewujudan Rukunegara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Wawasan 2020, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
dan yang terbaru konsep Satu Malaysia.
Justeru, bukan sahaja untuk mencapai matlamat perpaduan malahan juga negara ini
akan terus dipacu hingga menjadi negara maju. Dalam konteks ini penekanan kerajaan adalah
lebih kepada pembangunan modal insan, sains dan teknologi, menangani cabaran global dan
usaha integrasi nasional.

5.2 MASYARAKAT BERBILANG KAUM

5.2.1 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu

Bandar-bandar pelabuhan atau negara-negara kota Melayu telah didatangi oleh orang-orang
Melayu dari seluruh Alam Melayu, orang-orang Cina, India dan Arab. Proses penghijrahan
kaum-kaum tersebut berlaku secara semula jadi tiada paksaan. Mereka melihat wujudnya
peluang untuk mencari kekayaan dan pada masa sama sikap toleransi sultan dan pemimpin-
pmimpin Melayu yang tinggi mendorong mereka untuk datang. Sebab itulah Melaka dikenali
sebagai pusat pertemuan para pedagang seluruh dunia (“The Venice of the East).

5.2.2 Kesan-Kesan Interaksi Dan Penjajahan


Matlamat utama penjajah Barat adalah untuk mengaut kekayaan yang ada di Alam Melayu
ini, dan seterusnya bagi memastikan kekayaan itu dikuasai oleh mereka sepenuhnya, maka
perjanjian-perjanjian yang berat sebelah di paksakan ke atas pemimpin-pemimpin tempatan.
Sultan atau raja hanya berkuasa pada bidang agama dan adat istiadat sahaja. Tetapi dalam
hal berkaitan ekonomi, politik dan dasar luar negeri adalah dibawah kuasa penjajah Inggeris.

5.2.3 Masyarakat Majmuk


Usaha Inggeris untuk eksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah
menyebabkan mereka menggalakkan kemasukan pekerja-pekerja asing terutama yang
datang dari China, India dan Indonesia. Pekerja-pekerja asing dari China dibawa masuk bagi
membuka kawasan-kawasan perlombongan bijih timah seperti di Kuala Lumpur, Ampang,
Seremban, Ipoh dan Taiping. Masyarakat tempatan tidak dipedulikan dan segala peluang
ekonomi diberikan kepada mereka. Pembukaan bandar-bandar baru itu telah memberI
peluang perniagaan dan perdagangan kepada masyarakat Cina.
Manakala orang-orang India dibawa masuk untuk bekerja di sektor-sektor
perladangan dan bagi memenuhi keperluan buruh kasar di jabatan-jabatan kerajaan seperti
Kereta Api Tanah Melayu, Telekom, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya. Orang-orang Selon
yang pandai bertutur bahasa Inggeris diberi peluang bertugas sebagai kerani di jabatan-
jabatan kerajaan dan cawangan-cawangan syarikat antarabangsa.
Sehubungan itu bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan
sebagainya wujudlah penempatan-penempatan yang berasaskan kaum tertentu. Kampong-
kampung berasaskan kaum mula didirikan dan disediakan dengan infrastruktur yang
diperlukan.
Masyarakat Melayu dan lain-lain masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak
tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Mereka tersisih daripada arus pembangunan
dan pemodenan. Peluang untuk mereka bekerja di bandar-bandar adalah sangat terhad.
Mereka bergiat dalam sektor pertanian, ternakan dan nelayan. Hasil pertanian, ternakan dan
tangkapan ikan dijual kepada orang-orang tengah dengan harga rendah. Mereka terus kekal
hidup dalam kemiskinan.
Selain faktor ekonomi, kewujudan masyarakat majmuk seperti yang dinyatakan oleh
Furnivall dapat dilihat dengan jelas di Malaysia. Pelbagai kaum yang tinggal sebelah-
menyebelah tetapi tidak saling mengenali. Mereka berinteraksi di pasar dan dikedai-kedai
yang menjual barangan keperluan seharian. Identiti masing-masing dikekalkan dan proses
asimilasi hampir tidak berlaku. Situasi beginilah yang diwariskan oleh Inggeris kepada
Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia apabila merdeka nanti.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Parti Komunis China berjaya mempengaruhi
Parti Komunis Malaya menentang kerajaan Inggeris dengan menggunakan senjata. Sebagai
tindak balas kerajaan Inggeris mengisytiharkan dharurat dari tahun 1948 hinggalah ke tahun
1960. Konflik berasaskan kaum itu tidak berakhir di situ. Pada 13 Mei 1969, pergaduhan kaum
berlaku. Konflik antara masyarakat Melayu dan Cina yang terpendam begitu lama itu tercetus
juga.
Walaupun wujud perbezaan budaya, bahasa, kepercayaan dan sektor ekonomi,
perjuangan menuntut kemerdekaan yang diterajui oleh UMNO telah mendapat sokongan
daripada masyarakat Cina dan India. Apabila idea penubuhan Malaysia diperkenalkan oleh
Tunku Abdul Rahman, idea tersebut turut mendapat sokongan daripada masyarakat
bumiputera dan bukan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan yang dicapai oleh
Persekutuan Tanah Melayu itu kemudiannya dikongsi pula dengan Sabah dan Sarawak di
bawah gagasan Malaysia.

AKTIVITI
Kehadiran pendatang asing ke Alam Melayu dikatakan telah mempercepatkan pembangunan
dan pemodenan, namun pihak lain pula menyatakan masyarakat Melayu dan bumiputera
ditindas dan dinafikan peluang untuk maju ke hadapan. Beri pandangan anda.

5.2.4 Kemerdekaan Dan Tolak Ansur


Selepas Perang Dunia Kedua, usaha-usaha telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Melayu
untuk menghalang penjajahan British diteruskan. Penolakan Malayan Union oleh orang-orang
Melayu telah mendorong pihak British untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India telah bersatu di bawah payung Parti Perikatan
dan seterusnya mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
Sehubungan itu, pihak kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya Reid yang
ditugaskan untuk merangka satu perlembagaan yang berasaskan beberapa syarat, iaitu:
1. Kerajaan persekutuan yang kuat,
2. Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu,
3. Memelihara kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah berperlembagaan,
4. Melindungi kepentingan sah kaum bukan Melayu
5. Prinsip-prinsip demokrasi.

5.2.4 Memorandum Tolak Ansur Antara Kaum (1956-1957)


Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak,
termasuk memorandum daripada Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Memorandum Parti
Perikatan itu adalah penting kerana ia merupakan satu bentuk “pakatan murni” yang
dihasilkan melalui perundingan, tolak ansur dan kerjasama antara Parti UMNO, Parti MCA
dan Parti MIC. Ketiga-tiga parti tersebut mewakili tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India.
Antara kandungan penting memorandum tersebut adalah seperti berikut:
1. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri.
2. Mewujudkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalam Yang di-Pertuan Agong untuk
menggantikan jawatan Pesuruh Jaya Tinggi.
3. Mengekalkan Majlis Raja-raja yang sedia ada.
4. Sebuah Parlimen yang mempunyai dua dewan.
5. Mewujudkan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa.
6. Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Pakatan murni atau kontrak sosial itu meliputi dua perkara penting iaitu
i. Bukan Melayu hendaklah bersetuju mengekalkan empat unsur tradisi dalam
Perlembagaan, iaitu bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan
istimewa orang Melayu. Sebagai balasan,
ii. Hak untuk menjadi warga negara bagi kaum bukan Melayu berasaskan prinsip jus soli.

5.2.5 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957


Meliputi empat ciri utama:
1. Struktur kerajaan:
a. Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dalam kalangan
Sembilan orang raja Melayu. Baginda memegang jawatan tersebut untuk
tempoh lima tahun dan menjalankan tugas atas nasihat Kabinet dan Majlis raja-
raja.
b. Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang
dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan terbanyak dalam
Dewan Rakyat. Sebuah Kabinet atau Jemaah Menteri akan ditubuhkan oleh
Perdana Menteri yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar-dasar
kerajaan.
c. Parlimen terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan rakyat dan Dewan Negara.
Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya untuk tempoh lima tahun.
Manakala 16 orang ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
dan dua orang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri.
d. Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar Negeri merupakan ketua
perlembagaan diperingkat negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan
Negeri yang juga dipilih melalui pilihanraya untuk tempoh lima tahun.
Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Negeri.
2. Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara berikut:
a. Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari merdeka.
b. Semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau
sebelum hari merdeka.
c. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dilahirkan di Persekutuan dan telah
bermastautin selama lima tahun.
d. Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan,
tetapi telah bermastautin selama 8 tahun daripada 12 tahun yang terdahulu,
boleh bertutur dalam bahasa Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.
e. Tidak dibenarkan memiliki dua kerakyatan, kecuali bagi mereka yang memiliki
kerakyatan Komanwel.
3. Peruntukan mengenai bahasa:
a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, namun penggunaan dan
mempelajari bahasa asing tidak dilarang.
b. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam urusan-urusan rasmi dalam tempoh
10 tahun selepas merdeka.
4. Kedudukan orang Melayu dan agama Islam.
a. Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi lain-lain agama boleh
diamalkan dengan bebas.
b. Kedudukan istimewa orang Melayu terjamin oleh Perlembagaan, seperti kouta
dalam perkhidmatan awam, pemberian tanah di kawasan simpanan, biasiswa,
lesen perniagaan dan bantuan kerajaan.

Interaksi antara tamadun, budaya dan bangsa yang ada di dunia ini tidak dapat dielakkan.
Interaksi terjadi akibat daripada sifat manusia yang sentiasa berusaha untuk memenuhi
keperluan dan keinginannya. Interaksi terjadi melalui perdagangan, penyebaran agama,
merantau, migrasi, pendidikan dan penjajahan. Hasil daripada interaksi dapat dilihat pada
manusia itu sendiri atau hasil ciptaan manusia. Pada diri manusia dapat dilihat dari segi
makanan, bahasa, kesuasteraan, kepercayaan dan sebagainya. Manakala hasil ciptaan
manusia seperti reka bentuk bangunan, pakaian, teknologi dan sebagainya.
Walaupun ada masyarakat yang berpindah ke sesuatu tempat, namun mereka enggan
untuk berinteraksi. Mereka mengasingkan diri, enggan menyesuaikan diri dengan budaya dan
cara hidup masyarakat di tempoat yang baru didiaminya. Ini menyebabkan konflik antara
kaum mudah berlaku. Dalam sejaran dunia, banyak kita dapati konflik antara kaum sering
terjadi kerana interaksi yang positif tidak cuba diamalkan. Sebaliknya semangat assabiyah
yang lebih mementingkan kaum masing-masing menjadi amalan. Pembinaan sebuahnegara
bangsa tidak dapat dilakukan sekiranya keharmonian dan keamanan tidak dapat diwujudkan,
sebaliknya yang ditanam adalah kebencian dan dendam yang terus membara membawa
kepada kehancuran negara.

Aktiviti
1. Jelaskan maksud pluraliti Alam Melayu ?
2. Jelaskan maksud masyarakat majmuk ?
3. Apakah memorandum tolak ansur antara kaum semasa negara mula mencapai
kemerdekaan ?

5.3 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

Teori Integrasi
Segregasi

Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

Rajah 5.1 Teori Integrasi

5.3.1 Integrasi Nasional Sebagai Penyelesaian Masalah


Konsep Integrasi Nasional adalah luas. Ia merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang
mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai
serta kepentingan bersama. Jika dihalusi pengertian ini, akan kelihatan satu unsur penting di
dalamnya iaitu, anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar
belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a
sense of belonging). Dengan demikian integrasi yang sebegini merupakan satu proses yang
berlaku hasil daripada ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah
proses kerohanian atau spritual. Hasi daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya
berlaku perkongsian pemikiran dan hati,jauh merentasi perbedzaan budaya dan kumpulan
etnik. Integrasi nasional lebil merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses
penyatuan atau ikatan yang bersebati dan berpanjangan.
Rajah 5.1 menerangkan tentang Teori Integrasi. Teori ini bermula dari tahap terendah
hingga tahap tertinggi dalam integrasi. Tahap Segregasi adalah proses pengasingan yang
berlaku dalam masyarakat. Dalam kontekas kita masyarakat Malaysia boleh dirujuk semasa
zaman penjajahan di mana penjajah telah memisahkan masyarakat berdasarkan kawasan
dan pekerjaan. Misalnya orang Cina diletakkan di lombong-lombong, orang India diletakkan
di ladang-ladang dan estet-estet sementara orang Melayu dikekalkan di kampung dan
pedalaman. Ini menyebabkan setiap etnik tersebut tidak bercampur dan kesannya
mewujudkan polarisasi kaum dalam masyarakat. Tahap Akomodasi pula adalah tahap ke dua
iaitu keadaan di mana masyarakat mempertahankan budaya dan adat etnik sendiri dan
menghormati budaya dan adat etnik lain.
Senario ini wujud dalam masyarakat kita di Malaysia. Malahan kesanggupan kita untuk
bersatu dalam konteks masyarakat majmuk dan menuntut kemerdekaan daripada British
adalah merujuk kepada tahap ini. Tahap ke tiga pula adalah akulturasi. Tahap Akulturasi
adalah merujuk kepada proses penerimaan budaya lain ke dalam budaya sendiri tetapi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal penerima. Misalnya kita memakai tali leher dari barat,
budaya pemberian angpau dari kaum cina, makanan dari kaum-kaum lain dan sebagainya.
Tahap ke empat pula adalah tahap Asimilasi. Tahap Asimilasi adalah tahap di mana berlaku
proses penyeseaian dan pencantuman antara etnik berlainan budaya. Dalam masyarakat kita
keadaan ini boleh kita rujuk dalam masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya), Cina
Kelantan dan Melayu Thailand. Tahap tertinggi dalam integrasi adalah tahap amalgamasi.
Tahap Amalgamasi berlaku bila melibatkan pencantuman biologi bila budaya dan ras
bercampur untuk membentuk budaya baru atau ras baru. Senario ini berlaku kepada individu
yang berkahwin campur.
Integrasi juga adalah satu dasar yang berperanan untuk menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Pelan Integrasi Nasional ialah
sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua
komponen atau sektor masyarakat dan negara. Pelan diperkenalkan atas dasar yang
bertujuan untuk memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan
negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika,
sekaligus menjadi negara yang berintegriti. Pelan ini merupakan suatu gagasan yang telah
dicetuskan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama
antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan
amalan masyarakat serta institusinya.
Menurut Zubayry Abady Sofian, integriti membawa maksud kualiti atau keunggulan
yang wujud secara keseluruhan dalam diri seseorang individu atau organisasi dan ia berkait
rapat dengan etika yang merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi
tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Beliau juga mengatakan bahawa integrasi itu
adalah keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun.
Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat
mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Tanpa perpaduan, negara itu akan
terdedah kepada pelbagai-bagai masalah yang mendorong kepada kelemahan dan ancaman
yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri. Selain itu, negara itu tidak mempunyai
keupayaan menghalang dan menapis anasir luar yang
mendorong kepada nilai moral dan kerjasama antara
masyarakat itu perlahan-lahan akan terhapus lalu
menjadi sebuah negara yang tidak bertamadun. Ini
Matlamat Umum
dapat dirumuskan bahawa integrasi merupakan suatu
konsep yang penting dan memerlukan semua pihak Matlamat umum Pelan Integrasi
untuk berkerjsama bagi membentuk negara yang Nasional ialah untuk
bersatupadu, gemilang, cemerlang dan terbilang. merealisasikan hasrat Wawasan
2020, iaitu menjadi sebuah negara
maju menurut acuan sendiri
Isu perpaduan rakyat amat penting dan amat dengan "membentuk sebuah
wajar diberi perhatian dan dititikberatkan di dalam masyarakat yang kukuh ciri-ciri
penyusunan pembangunan negara. Ini kerana moral dan etikanya, dengan para
perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan
warganya mempunyai nilai
negara yang berdaulat. Sekiranya berlaku pertikaian dan
rusuhan di kalangan rakyat, sudah tentu masalah ini keagamaan dan kerohanian yang
akan mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara. utuh, dan ditunjangi oleh budi
Apabila dilihat pada skop yang luas, masalah perpaduan pekerti yang luhur. Dengan adanya
bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan Pelan Integrasi Nasional ini,
bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan matlamat kerajaan untuk
negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri membentuk sebuah masyarakat
daripada suku kaum dan etnik seperti di Malaysia. Oleh yang diimpikan akan beransur-
itu, tindakan untuk mencapai perpaduan yang harmoni ansur tercapai. Namun, cabaran-
dan tahap kerjasama yang erat di antara Kerajaan- cabaran harus ditempuhi oleh
kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Persekutuan kerajaan semasa merealisasikan
serta anggota masyarakat yang berbilang bangsa
pelan ini.
adalah amat penting.
Menyedari tentang pentingnya integriti di
kalangan masyarakat, kerajaan telah memperkenalkan
dan sekaligus melaksanakan dasar yang dipanggil Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini
dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan
integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan
Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan
integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati
usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-
usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam
memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti. PIN
yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran Wawasan 2020 iaitu untuk
“Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur”.

5.3.2 Matlamat Integrasi Nasional


Matlamat khusus Pelan Integrasi Nasional adalah memberikan hala tuju dan bimbingan
pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat
yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Pelaksanaan konsep ini
mempunyai matlamat yang tersendiri dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Antara
matlamat yang ingin dicapai adalah seperti yang berikut: Peningkatkan kesedaran, komitmen
dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi
budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. Galakan kerjasama dalam pelbagai
sektor ini dapat mengukuhkan nilai bersatu padu dalam diri pekerja-pekarja dan pengusaha
sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Misalnya, sektor awam bekerjasama dengan sektor
separuh kerajaan dan swasta dalam menjalankan sebuah penyelidikan yang dapat
membawa keuntungan negara. Selain itu, perkongsian kemahiran dalam pelbagai sektor
dapat mengeratkan hubungan yang baik dan komitmen yang tinggi dalam sektor ekonomi
yang ada di Malaysia.

1. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat


serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti
dan bergerak cergas dalam menegakkan integriti. Sekiranya setiap anggota
masyarakat sedar akan tanggungjawab masing-masing, integriti masyarakat dapat
ditegakkan. Ini akan menyumbangkan kepada usaha pengukuhan asas moral
masyarakat dan negara, dan juga peningkatan kesejahteraan hidup anggota
masyarakat. Misalnya, jika setiap anggota masyarakat sedar akan hakikat bahawa
mereka hidup dalam negara yang yang mempunyai pelbagai kaum, mereka akan
berusaha untuk hidup bersatupadu.
2. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Kerajaan inginkan masyarakatnya yang mampu berdaya saing dan tahan dalam
menghadapi cabaran dalam dunia tanpa sempadan ini. Masyarakat yang
bersatupadu dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran menjadi impian murni
kerajaan. Kerajaan tidak mahu mempunyai masyarakat yang hanya
mementingkan diri sendiri dalam menghadapi cabaran globalisasi ini.
3. Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan patriotik serta berasa megah
sebagai rakyat Malaysia. Dalam hal ini sokongan yang padu daripada semua
lapisan masyarakat terhadap dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan adalah
penting bagi menyokong usaha ke arah mencapai perpaduan negara yang
mantap. Kerelaan ini perlu disemai atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Semangat patriotik dan kesetiaan kepada
negara dengan sendirinya akan wujud apabila setiap masyarakat mempunyai rasa
tanggungjawab bersama ke arah kecemerlangan dan perpaduan Negara.
Perasaan ini perlu dipupuk untuk melahirkan warganegara yang tulen dan berasa
megah sebagai rakyat Malaysia.
4. Meningkatkan keharmonian antara kaum, kebudayaan dan agama semua lapisan
masyarakat. Semangat toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum sangat dituntut untuk menjamin kehidupan rakyat dalam keadaan harmoni.
Dalam hal ini, rakyat perlu mengiktiraf dan menerima hakikat bahawa kepelbagaian
kaum, budaya dan agama merupakan aset yang sangat penting dan perlu
diperlihara sebagai satu kebanggan dan kekuatan negara. Kesefahaman dan
keakraban antara kaum, agama dan budaya akan terus terbela apabila semangat
toleransi dalam kalangan masyarakat teruus kukuh.
5. Meningkatkan integrasi antara semua negeri di Malaysia. Dalam hal ini, gerakan
nasionalisme perlu dimantapkan lagi bukan sahaja untuk menghadapi
pembangunan kini, tetapi juga untuk menghadapi ”perpaduan kebangsaan” yang
rumit. Masalah perpaduan kebangsaan masih berlaku disebabkan oleh dua
perkara iaitu perbezaan kaum dan wilayah. Aspek wilayah yang paling penting
ialah mengenai integrasi antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung
Malaysia, disamping hubungan antara negeri-negeri di Semenanjung sendiri.

5.3.3 Cabaran Integrasi Nasional


Umumnya terdapat tiga faktor utama yang menghalang integrasi nasional dalam kalangan
masyarakat. Ketiga-tiga faktor ini menyangkut soal nilai dan sikap masyarakat iaitu
prasangka, perkauman dan etnosentrisme.
Prasangka merupakan sikap terhadap kumpulan-kumpulan lain yang berasaskan
generalisasi-generalisasi umum (stereotaip), atau penjenisan, atas bukti-bukti yang tidak
konkrit. Prasangka merupakan tindakan “menyangka dahulu” (prejudgement), dan yang
menjadi masalah di Negara kita ialah prasangka itu biasanya berupa “sangkaan buruk”
terhadap kaum lain. Masalah ini terus wujud kerana sekalipun ada maklumat-maklumat baru
yang positif mengenai kumpulan-kumpulain lain, prasangka yang sedia ada sukar diubah.
Manakala Perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri.
Dalam Negara kita, fenomena ini wujud dengan jelas dalam bidang ekonomi, politik, sosial
atau kebudayaan dimana satu-satu kumpulan etnik mementingkan orang-orangnya sendiri.
Sikap perkauman boleh mewujudkan hubungan yang tegang dan jarak sosial di antara
individu-individu atau kelompok masyarakat yang berbilang etnik. Etnosentrisme merujuk
kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior)
daripada unsur-unsur budaya lain.
Prasangka, Perkauman dan Etnosentrisme merupakan “rasa di dalam” yang boleh
dilahirkan dalam tindakan-tindakan berat sebelah atau tidak adil terhadap kumpulan-
kumpulan lain. Tingkahlaku ini diistilahkan sebagai diskriminasi. Kewujudannya seperti di
Malaysia, mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap oleh sesuatu kelompok
sebagai wujud (perceived discrimination) keran merasakan mereka menjadi mangsa, disisih
serta tidak dipedulikan. Keadaan yang berlaku di Malaysia adalah sangat berbeza dengan
negara lain yang lebih tua seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan sebagainya. Di negara
tersebut, ia terbentuk berasaskan persamaan sejarah, budaya, dan juga bahasa. Bagi
Malaysia, ia masih dianggap baru kerana negara kita selain mempunyai tiga kelompok
bangsa dan keturunan yang utama iaitu Cina, Melayu, dan India, Malaysia juga mempunyai
penduduk yang berketurunan Kadazan, Bajau, Murut, Iban, serta 50 suku bangsa yang lain.
Selain itu, beberapa faktor lain yang turut menghalang integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat. Antaranya termasuklah sejarah dan latar belakang penduduk Malaysia,
integrasi antara semua negeri di Malaysia, Sistem Pendidikan, pengagihan ekonomi yang
tidak seimbang dan penubuhan parti-parti politik.
Dari aspek sejarah dan latar belakang penduduk Malaysia, sebagai sebuah Negara yang
latar belakang penduduknya berbeza dari segi kaum, agama, budaya, lokasi wilayah,
pekerjaan, kelas sosio-ekonomi dan sebagainya, ia boleh menggugat perpaduan dan
integrasi. Secara sedar atau tidak, kesepaduan sosial (social cohesion) di Malaysia adalah
belum mantap dan masyarakat masih mempunyai sikap prasangka atau prejudis masing-
masing. Seharusnya kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia dilihat sebagai satu
kekuatan dalam memacu pembangunan Negara dan bukan sebagai batu penghalang.
Oleh itu, kesedaran perlu wujud dalam kalangan masyarakat demi memelihara
persefahaman dan menanam perasaan saling hormat menghaormati antara satu kaum
dengan kaum yang lain. Selain itu, proses integrasi nasional ini mengambil masa yang agak
lama kerana adanya perbezaan geografi di antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak. Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak ini dipisahkan oleh Laut China
Selatan. Dalam melaksanakan integrasi nasional ini, ia pasti menghadapi pelbagai-bagai
masalah atas perbezaan dan rintangan tersebut. Selain itu, cabaran lain yang dihadapi oleh
Malaysia dalam proses pengintegrasian ini adalah dari segi ekonomi, politik dan pendidikan.
Ketiga-tiga cabaran ini saling bertindih-tindih, kait- mengait dan bercampur-baur yang tidak
mungkin diselesaikan satu, akan selesai semua atau diselesaikan secara berasingan kecuali
mendapatkan pendekatan yang menyeluruh.
Cabaran seterusnya ialah integrasi antara semua negeri di Malaysia. Malaysia telah
ditubuhkan pada tahun 1963. Walau bagaimanapun kemantapan integrasi diantara kedua-
dua iaitu negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dengan negeri-negeri Semenanjung masih
tidak mencapai tahap yang membanggakan terutama apabila kiedua-dua wilayah ini
dipisahkan oleh faktor geografi. Perbezaan dari segi pembangunan termasuk sistem
pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan perhubungan di Sabah dan Sarawak masih ketara
jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Semananjung.
Isu pendidikan pendidikan sering menjadi topik hangat di Negara. Antara isu pendidikan
yang pernah dibahaskan termasuklah Sekolah Wawasan, pengunaan bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran sains dan matematik. Masyarakat cina sukar menerima pewujudan sekolah
wawasan kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa
ibunda mereka. Selain itu, dasar meritokrasi yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai usaha
meningkatkan daya saing pelajar juga didapati tidak memberi kepuasan kerana dianggap
menindas atau mendiskriminasi satu-satu pihak termasuk orang Melayu. Penubuhan sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan menyukarkan lagi proses ini. Ibubapa masing-
masing menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah mengikut kaum. Alasan yang sering
diluahkan oleh ibubapa adalah bagi mengelakkan anak-anaknya bercampur dengan kaum
lain dan melupakan amalan tradisi keluarga atau secara amnya tradisi kaum.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak sebagai pelapis pemimpin negara tidak diajar untuk
menghormati dan memahami kaum lain. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
merapatkan jurang perkauman ini juga mendapat tentangan daripada kaum-kaum
masyarakat. Masalah ini kita boleh lihat dalam pelaksanaan sekolah integrasi. Masing-masing
kaum mempertahankan hak kaumnya tanpa memikirkan kebaikan atau tujuan murni kerajaan
dalam melaksanakan sekolah integrasi tersebut. Encik Yahya mengatakan bahawa golongan
terutama yang membangkang rancangan sekolah integrasi adalah golongan Cina kerana
mereka tidak faham sedalam-dalamnya sekolah Integrasi ini. Selain itu, mereka juga bimbang
soal bahasa dan kebudayaan mereka akan terhapus sekiranya projek ini dijalankan.
Cabaran yang seterusnya ialah dari segi ekonomi iaitu ketidakseimbangan dalam
pengagihan ekonomi di malaysia. Ketidakseimbangan ini berlaku disebabkan oleh dasar yang
dibuat oleh penjajah Inggeris semasa menjajah Malaysia pada zaman dahulu. Semasa zaman
penjajahan, pihak Inggeris telah meletakkan orang melayu sebagai golongan yang bercucuk
tanam dan tinggal di kampung-kampung, orang Cina tinggal di bandar atau pekan sebagai
peniaga, dan orang India diletakkan di ladang-ladang atau estet-estet untuk bekerja sebagai
buruh. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan bebas daripada genggaman
penjajah namun ia telah memberi kesan kepada pembahagian ekonomi di malaysia.
Pembahagian ini kita boleh lihat sampai sekarang dimana pusat-pusat perniagaan dan
perdagangan dimonopoli oleh orang-orang cina. Keadaan ini telah menjadi satu cabaran
kepada kerajaan dalam mewujudkan perpaduan melalui Pelan Integrasi Nasional.
Selain cabaran dari segi ekonomi, Malaysia menghadapi cabaran dalam politik.
Kepelbagaian kaum di malaysia menyebabkan masing-masing menubuhkan persatuan
masing-masing bagi membela kaumnya. Keadaan ini kita boleh lihat dalam penubuhan parti
dalam negara kita iaitu kaum Melayu dengan UMNOnya, kaum Cina dengan MCAnya, dan
kaum India dengan MICnya. Alasan parti-parti politik ditubuhkan mengikut kaum ini adalah
bagi mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
pertentangan pendapat dan sukar mencapai kata sepakat apabila adanya perbincangan yang
melibatkan pelbagai kaum. Situasi sebenar ini kita boleh lihat dengan jelas apabila berlakunya
pilihanraya. Masyarakat akan mengundi dan memilih calon yang sekaum dengannya tanpa
melihat kepimpinan dan kewibawaan orang itu.

5.3.4 Pendekatan Ke Arah Integrasi Nasional

Pendekatan Pelan Integrasi Nasional ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan
sektor dalam gerakan pemantapan integriti. Pelan ini memerlukan keseluruhan institusi
governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti
mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan
fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. Selain itu, Pelan Integrasi
Nasional memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka
dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program
integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang
kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
Bagi merealisasikan matlamat Pelan Integrasi Nasional dan berdasarkan cabaran
yang dihadapi ini, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi iaitu pendekatan ekonomi,
politik dan pendidikan dalam mencapai matlamat ini. Bagi menjayakan perpaduan melalui
strategi ekonomi, kerajaan telah merangka perkembangan ekonominya dengan
membolehkan semua kumpulan etnik di negara ini menyertai semua bidang dan peringkat
kegiatan ekonomi. Misalnya, kerajaan telah melaksanakan proses ini melalui Dasar Ekonomi
Baru (DEB). DEB bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan antara kaum di samping
menyusun semula masyarakat yang termaktub dalam setiap rancangan lima tahun negara.
Tujuan kerajaan melibatkan semua kumpulan etnik adalah bagi mengelakkan ada etnik yang
terpinggir dan rasa dipulaukan.
Dasar DEB mempunyai dua matlamat iaitu pertama, dari segi pengambilan pekerja-
pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan. Dalam pengambilan
pekerja, kerajaan tidak memilih atau hanya mengutamakan satu-satu kaum sahaja. Matlamat
yang kedua adalah hak milik harta-harta produktif terdapat di dalam negara ini disusun semula
supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya tiga puluh peratus daripada
jumlah hak milik tersebut pada tahun 1990. Ini bertujuan untuk mengembalikan hak orang
Melayu yang telah tertindas akibat daripada aturan yang telah ditentukan oleh penjajah
Inggeris pada zaman dahulu.
Namun begitu, bagi melaksanakan kedua-dua matlamat ini penyusunan tenaga
mengikut kaum di negara ini harus dilakukan dahulu. Ini sangat penting kerana susunan yang
ada sekarang adalah kesan daripada penjajahan Inggeris dahulu. Kesan ini telah
mengakibatkan wujudnya perbezaan yang ketara dari segi penyertaan kaum majoriti di dalam
pelbagai sektor ekonomi di negara kita. Dengan terhapusnya perbezaan kuasa ekonomi
mengikut satu kaum sahaja di negara kita, perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi akan
diwujudkan di samping meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara secara
keseluruhannya. Selain itu, semua kaum juga dapat menikmati hak masing-masing yang lebih
adil dan tersusun.
Strategi pendekatan yang kedua adalah dari segi politik. Malaysia adalah antara satu
negara yang unik kerana mempunyai penduduk yang pelbagai kaum dan kumpulan etnik
yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dan juga kepentingan-kepentingan
yang lain. Keadaan ini menjadi satu cabaran terbesar bagi kerajaan untuk mewujudkan satu
suasana politik yang stabil dan aman supaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat
hidup dengan damai dan tenteram.
Salah satu kaedah utama yang boleh mewujudkan perpaduan politik negara ialah
menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa
memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat menerusi pilihan raya. Setiap pilihan raya
diadakan setiap lima tahun sekali supaya rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin politik
pilihan mereka. Pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah negara ini kemudiannya
haruslah mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik
bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.
Bagi mengukuhkan lagi asas perpaduan politik negara ini, struktur perikatan parti
diantara UMNO, MCA, dan MIC telah diperluaskan lagi dengan penubuhan Barisan Nasional.
Parti politik yang pernah menjadi pembangkang pada suatu masa dahulu telah bekerjasama
dengan Barisan Nasional. Parti-parti ini telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi
melaksanakan projek pembangunan negara. Semua parti-parti dalam Barisan Nasional telah
membuat persetujuan politik untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dalam
bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Segala masalah yang timbul
dibincangkan dan diselesaikan bersama di meja perundingan.
Selain menyatupadukan politik,kerajaan menubuhkan Dasar Kebudayaan Kerajaan
iaitu bertujuan untuk melahirkan rupa bangsa yang mempunyai identiti Malaysia sesuai
dengan kehidupan yang menyeluruh di Asia Tenggara. Dengan adanya kerjasama,
persefahaman dan persetujuan di kalangan semua parti politik, dengan sendirinya kestabilan
dan perpaduan politik dapat dicapai. Oleh itu, rakyat Malaysia harus menghayati dan
memahami betapa pentingnya perpaduan politik. Kerana dengan adanya perpaduan dalam
hal ini, sebarang asas pertikaian dan pertelingkahan dapat diatasi. Keadaan ini sekaligus
menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.
Pendekatan yang ketiga adalah strategi pendekatan pendidikan. Pendidikan adalah
alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanamkan semangat perpaduan di
kalangan generasi muda terutamanya kanak-kanak di bangku sekolah. Perpaduan melalui
sekolah boleh dicapai menerusi sistem persekolahan iaitu kurikulum diseragamkan bagi
semua sekolah tidak kira sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Selain itu, beberapa
strategi telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan antaranya menjadikan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar yang utama.
Tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
adalah bagi memastikan semua rakyat Malaysia fasih atau sekurang-kurangnya pandai
menuturkan bahasa ibunda. Strategi kerajaan dalam pendekatan pendidikan adalah
mengadakan kurikulum yang seragam dan berorientasikan malaysia bagi semua sekolah.
Keseragaman ini penting supaya pelajar dapat pendidikan yang seimbang dan sama rata
dalam semua bangsa dan kumpulan etnik.
Selain itu, strategi yang dilakukan oleh kerajaan adalah mendemokrasikan pendidikan
dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara seimbang dan adil serta
memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar
bandar atau pendalaman. Ini penting bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan
yang sempurna sekaligus melahirkan insan yang berpendidikan dan berpengetahuan. Bukan
itu sahaja, dasar pendidikan di peringkat maktab dan universiti digubal bagi mencapai tahap
perpaduan yang lebih kukuh.
Beberapa strategi yang telah disenaraikan di atas menjadi sebahagian daripada Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan
pendidikan yang sempurna kepada warganegara malaysia. Melalui dasar ini juga, perpaduan
pelajar-pelajar dapat diwujudkan dan menjadi daya pengerak untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang bersatu padu dan berdisiplin.

5.3.5 Konsep Satu Malaysia Sebagai Etos Negara Bangsa


Malaysia merupakan sebuah Negara yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan
agama. Oleh itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Selaras dengan itu, pengenalan konsep 1 Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
adalah amat bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat Malaysia.

Visi Gagasan Satu Malaysia

Mewujudkan satu masyarakat yang bersatu-padu. Mencerminkan rakyat


Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Pengenalan konsep satu Malaysia yang membawa inspirasi untuk memperbaiki


hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih
erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan
hormat menghormati sesama kaum. Dengan wujudnya perasaan ini, masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum, bangsa dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni
tanpa persengketaan dan perasaan tidak puas hati disamping saling percaya mempercayai
antara satu sama lain. Keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum ini akan
mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan
rakyat bertepatan dengan slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’. Satu Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti
tinggi, sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah disamping
komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab. Dalam pada itu, rakyat juga
haruslah komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan Negara.
5.3.6 Konsep Satu Malaysia
Malaysia adalah satu bangsa yang bernaung di bawah satu bendera, berpegang pada satu
prinsip rukun negara dan melaungkan satu bahasa yang sekata. Ia menuntut rakyat daripada
pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum.
Konsep satu malaysia menuntut seluruh masyarakat agar memainkan peranan
masing-masing disamping dapat berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing.
Masyarakat juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan
kaum serta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa sahaja. Disamping itu,mereka juga dituntut
supaya tidak membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi
kepentingan mereka sahaja.

Lapan Nilai 1 Malaysia

BUDAYA
KECEMERLANGAN

INTEGRITI
KETABAHAN

PENDIDIKAN SATU
RENDAH HATI
MALAYSIA

MERITOKARA
PENERIMAAN
SI

KESETIAAN

Rajah 5.2: Nilai-nilai Gagasan Satu Malaysia


1. Budaya Kecemerlangan

Budaya kecemerlangan merupakan nilai pertama yang diketengahkan oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Budaya kecemerlangan merupakan
nilai yang melingkungi semua nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia dapat berubah
lantas memastikan Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi. Budaya kecemerlangan
merupakan satu budaya yang perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya dengan
separuh jalan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukur tahap pencapaian kemajuan
rakyat Malaysia.
Antara elemen yang boleh menjadi pengukur tahap kecemerlangan adalah prinsip
ketepatan misalnya ketepatan dalam pengukuran masa sangat penting dalam kemajuan dan
penerimaan pihak atau individu lain terutamanya dengan pihak-pihak dari luar negara. Jika
negara kita dikenali senagai sebuah negara yang menekankan kualiti, kecemerlangan dan
ketepatan, maka setiap produk, barangan mahupun perkhidmatan dieksport ke luar pasti akan
dilihat sebagai barang yang mempunyai kualiti dan nilai yang diingini oleh mereka. Untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipandang tinggi oleh negara luar, rakyat Malaysia
seharusnya merubah diri berdasarkan budaya kecemerlangan yang turut menekankan
ketepatan waktu.

2. Ketabahan
Di dalam perjuangan mahupun perlaksanaan sesuatu kerja, setiap individu memerlukan
ketabahan dan ketekunan. Dalam perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan,
negara memerlukan rakyat dan pemimpin yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Ini
kerana kehidupan bukannya sesuatu yang mudah untuk dilalui. Ramuan yang terbaik untuk
mencapai sesuatu matlamat adalah bekerja keras, berdedikasi dan tabah menghadapi
cabaran dalam diri individu.
Rintangan akan berjaya dihadapi sekiranya seseorang individu itu percaya kepada
kerja keras, dedikasi dan tabah menghadapi dugaan serta individu tersebut berupaya untuk
meletakkan dirinya ke pangkal jalan. Begitu juga halnya yang terjadi kepada negara Malaysia.
Negara kita telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan krisis hasil daripada tumpuan
yang diberikan serta ketabahan yang ditunjukkan oleh rakyat yang telah membawa setiap
individu untuk bekerja dengan lebih keras. Ketabahan dalam menghadapai sesuatu masalah
mahupun perubahan dalam diri individu boleh dijadikan sesuatu bagi memperbetulkan
kesilapan atau kegagalan yang terdahulu.

3. Rendah Hati
Rendah hati merupakan satu sifat yang penting yang harus dimiliki oleh setiap individu dan
mereka yang mempunyai sifat sedemikian akan dihormati dan dipandang tinggi oleh
masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun sifat rendah hati ini tidak bermaksud individu
tersebut tunduk atau mengalah terhadap orang lain. Ini bukannya tanda seseorang individu
itu lemah. Hal ini bermaksud segala kelebihan yang dimiliki ataupun kemampuan yang
dikuasai tidak ditunjukkan atau dibanggakan kepada orang yang tidak memilikinya. Sifat ini
perlu bersesuaian dengan tempat dan waktu di mana individu tersebut berada.
Sebagai contoh, sifat ini boleh digunakan ketika berurusan dengan pihak atau individu
dari luar yang dapat membuktikan kepada mereka yang rakyat Malaysia punyai kemampuan
dan keyakinan yang tersendiri. Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa beliau
merasakan bahawa sifat ini perlu ditunjukkan mengikut masa dan keadaan. Beliau
mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat
Malaysia, ini adalah satu adat, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan dengan dunia
luar, individu perlu menujukkan dan memperlihatkan kekuatan dan kejayaan bukan dengan
cara penindasan.
Beliau turut menyatakan bahawa setiap ahli individu contohnya ahli-ahli politik perlu
memiliki sifat rendah diri kerana pada dasarnya ianya merupakan aset di dalam kalangan
masyarakat Malaysia sendiri terutamanya masyarakat tradisional. Ini kerana mereka lebih
cenderung untuk menghargai mereka yang mnemperlihatkan ciri rendah hati. Dalam Islam
turut menekankan hal yang sama iaitu konsep Tawaddu’.

4. Penerimaan
Penerimaan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu individu akan menerima dengan hati
yang terbuka dan ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa bagi sesuatu perkara. Malaysia
memerlukan rakyat yang dapat menerima segala perkara baik yang berlaku dan mendapat
persetujuan bersama. Jika setiap individu sanggup menerima sebarang perkara dan
mengambilnya dengan penuh kerelaan, maka individu tersebut dapat melihat semua perkara
secara lebih positif. Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Malaysia perlu
memulakan polisi yang kelihatan adil dan ianya dilaksanakan mengikut cara yang
mencerminkan komitmen kita.
Beliau menberi contoh mengenai bantuan yang diberikan terhadap rakyat atau golongan
yang miskin. Oleh sebab itu, semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan
keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin ini termasuklah semua lapisan etnik dan
kaum sebagai salah satu daripada contoh polisi. Antara pertimbangan lain yang boleh
dilakukan adalah pembangunan bakat di Malaysia. Perdana Menteri menyatakan bahawa
setiap individu di Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi
pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina dan tanpa had. Had tidak ditentukan oleh
kerana latar belakang etnik tetapi ianya ditentukan berdasarkan keupayaan peribadi setiap
individu.

5. Kesetiaan
Melihat kepada nilai kesetiaan, kesetiaan merupakan suatu yang amat penting dalam
perhubungan. Ini kerana tanpa kesetiaan, negara kita akan hancur musnah disebabkan oleh
lahirnya ramai pembelot negara yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding
kesejahteraan negara. Kesetiaan yang boleh diambil pedoman adalah kesetiaan yang
digabungkan sekali dengan unsur-unsur lain seperti kritikan membina, melakukan kerja
dengan ikhlas dan bersedia memberikan pertolongan dalam apa jua keadaan. Banyak cabang
yang menunjukkan kesetiaan seperti kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu
organisasi. Ini adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan
sesuatu organisasi.
Dengan adanya pemikiran sedemikian rupa, modal insan di dalam sesuatu organisasi
dapat menyumbang seberapa banyak jasa dalam menaikkan nama sesebuah organisasi
terbabit selain menaikkan nama negara. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan
kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan
mengalami kehancuran. Selain menurut pandangan organisasi, daripada pandangan individu
pula jika adanya kesetiaan maka akan terbinanya kepercayaan serta menjalin satu ikatan
peribadi antara dua pihak. Perlakuan yang jujur dan ikhlas akan melahirkan semangat
perhubungan yang kukuh sama ada hubungan dengan rakan, keluarga dan pemimpin
organisasi. Daripada sudut ini, jika seseorang itu menunjukkan kesetiaannya, pasti dia tidak
kekok untuk menegur dengan teguran membina jika terdapat apa-apa yang dirasakan kurang
dalam organisasinya.
Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan
dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan
bersama. Kritikan bukan sahaja terhad kepada pekerja bawahan, akan tetapi pihak atasan
turut layak dikritik dengan cara yang baik dan pemimpin seharusnya menerima positif kritikan
yang diluahkan dalam usaha menambah baikkan keadaan sesuatu organisasi. Gambaran di
atas jelas menunjukkan jika kita mempunyai nilai kesetiaan, maka sesebuah negara akan
menjadi harmoni dan saling memahami.

6. Meritokrasi
Nilai seterusnya pula ialah meritokrasi. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu
diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi
kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Pemilihan berdasarkan
meritokrasi akan member peluang kepada mana-mana pihak yang tertinggal di belakang
dapat memajukan diri mereka setanding dengan mereka yang sudah berjaya. Ini kerana,
dalam usaha memacu negara Malaysia ke arah yang lebih hebat, setiap yang dilakukan
perlulah diketuai oleh yang hebat.
Bayangkan jika sesebuah pertubuhan itu di pacu oleh seseorang yang tidak terpelajar
dan berpengalaman. Sudah tentulah organisasi terbabit tidak akan bertahan dengan lama dan
akan mudah hancur. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan
kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut
berhak dipilih. Ini dapat ditafsirkan bahawa cara yang cuba disampaikan adalah adil dan
sebagai contoh pelepasan tender untuk kontrak pembinaan adalah dibuat secara terbuka dan
mana-mana pihak yang cuba menyahut tender tersebut perlulah bersaing dengan cemerlang
antara satu sama lain untuk merebut tender tersebut.
Dalam meritokrasi mana-mana pihak yang memenuhi kretiria yang diperlukan maka
dialah yang akan memegang tender tersebut. Pemilihan berdasarkan prestasi dan budaya
cemerlang dapat memaksimumkan pembangunan Malaysia dalam semua bidang.

7. Pendidikan
Pendidikan merupakan perkara yang terpenting kerana tanpa ilmu pengetahuan, sesebuah
negara itu tidak akan maju dan mundur ke belakang. Dalam mencapai kejayaan, pendidikan
adalah syarat terpenting dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang mana golongan
ini amat bagus dalam pemikiran dan melaksanakan tugas. Akan tetapi pendidikan tanpa
praktikal adalah kosong. Praktikal merupakan pengalaman seseorang di dunia luar mengikut
bidang yang diambil. Untuk meningkatkan taraf pendidikan dalam sesebuah negara, ini
bermula dengan diri yang belajar dahulu. Penggunaan buku teks adalah tidak memadai
kerana ilmu didalam buku itu terhad dan terbatas.
Oleh itu untuk meningkatkan dan menambah pengetahuan dalam pembelajaran,
seseorang itu seharusnya mengambil jalan iaitu dengan merujuk buku rujukan, majalah dan
internet sebagai ilmu tambahan. Pendidikan juga merupakan satu tempat untuk memupuk
semangat perkauman. Dewasa ini, banyak tajuk-tajuk akhbar memaparkan akan berita
mengenai perpecahan kaum yang berlaku di Malaysia sebagai contoh kejadian pembakaran
gereja pada 8 Januari 2010. Kejadian terbabit memberikan impak yang besar kepada
keharmonian negara kerana Malaysia sudah terkenal dengan nama sebuah negara yang
mempunyai berbilang kaum dan agama. Pembentukan sahsiah yang terpuji bermula di
sekolah dan guru merupakan permulaan kepada pembentukan sahsiah ini. Penggabungan
aktiviti antara sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah India seharusnya kerap
dijalankan agar interaksi antara satu dengan yang lain dapat diwujudkan lantas kesefahaman
akan terbentuk untuk mencapai matlamat utama Gagasan Satu Malaysia ini.
8. Integriti
Nilai yang terakhir adalah nilai integriti. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, integriti
bermaksud kejujuran. Integriti juga bermaksud dihormati, berwibawa, jati diri, mengakui
kesilapan, bercakap benar dan jujur dalam perlakuan. Nilai ini sukar untuk dilakukan kerana
ini meliputi semua aspek moral yang terpuji. Berani mengaku kesalahan sekiranya terdapat
kritikan mengenai prestasi kerja yang dilakukan lantas berani berjanji tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi. Ekoran itu, prestasi kerja akan dipertingkatkan bagi menjamin
kesejahteraan organisasi dan diri sendiri.
Sikap ingin berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik ini memang patut dipuji
kerana bukan semua orang boleh melakukannya. Usaha yang keras harus dilakukan oleh
seorang pemimpin dalam memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan sejahtera. Jika berlaku
kesilapan yang tidak disengajakan, pemimpin terbabit haruslah berani menyuarakan
penjelasan mengenai apa yang terjadi dalam ingin membaiki keadaan. YAB Dato' Sri Mohd
Najib Tun Razak amat menekankan aspek kejujuran dan menepati janji dalam perlakuan
sebagai seorang pemimpin yang mana kata beliau sekiranya seseorang pemimpin itu jujur
maka rakyat akan percaya dan yakin dengannya. Manakala sekiranya seseorang pemimpin
itu tidak menepati janji, maka sikap ini akan digantikan dengan hilangnya kepercayaan dan
kesetiaan rakyat kepada pemimpin itu tadi.

5.3.7 Penilaian Konsep 1Malaysia


Dengan tercetusnya idea pengenalan konsep satu Malaysia diharap dapat membawa aspirasi
untuk mendapatkan kepercayaan rakyat demi memperkukuhkan hubungan kaum dan
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan
adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Hal ini
kerana konsep satu Malaysia adalah lebih terarah untuk mengharmonikan masyarakat
Malaysia dari semua aspek berbanding dengan konsep Malaysian Malaysia.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada
masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan
pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,bangsa dan agama dengan fikiran menjurus
kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Hal ini kerana konsep 1 Malaysia yang
diperkenalkan lebih menjaga kepentingan semua kaum disamping menghormati budaya etnik
dan kaum yang ada di Malaysia serta menganggap kepelbagaian kaum ini sebagai satu aset
kepada Negara. Melalui konsep satu Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati
kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia
yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk yang
berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang
membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat ,modal serta
manusia tetapi juga system nilai ,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan
membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi
dan kesetiaan.
Justeru masyarakat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama gagasan
1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

RUMUSAN
Sama ada konsep Satu Malaysia atau Integrasi Nasional matlamat terakhirnya adalah
perpaduan. Perpaduan kaum adalah perjuangan kita yang tidak pernah selesai dan
memerlukan komitmen semua pihak untuk menjayakan matlamat tersebut. Konsep yang
wujud sama ada Satu Malaysia atau Integrasi Nasional adalah dalam bentuk panduan yang
menyediakan kaedah dan nilai-nilai tertentu yang perlu ada dalam menjayakan matlamat
perpaduan ini. Integrasi Nasional dilakukan semenjak peristiwa 13 Mei 1969 dengan
melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK), Dasar Pembangunan Negara, Dasar Pendidikan Negara
hinggalah kepada penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Walau bagaimanapun usaha ini belum dapat mencapai matlamat seluruhnya.
Justeru kewujudan konsep Satu Malaysia adalah kesinambungan usaha perpaduan
negara dan Integrasi Nasional yang telah diwujudkan diberikan nafas baru iaitu melalui
gagasan Satu Malaysia. Konsep Satu Malaysia mengandungi lapan konsep penting yang
terlibat dan perlu disemai oleh masyarakat di Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,
ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Ke
lapan-lapan konsep ini memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan ekonomi
negara. Namun begitu usaha ini memerlukan penggembelengan dan kesanggupan semua
pihak untuk mengamalkan nilai-nilai yang ada. Jika pelaksanaan ini gagal maka tidak mustahil
konsep Satu Malaysia juga akan menjadi projek yang gagal sebagaimana beberapa gagasan
sebelum ini. Justeru marilah kita di Malaysia bekerjasama dan bersatu padu untuk
menjayakan matlamat dan gagasan Satu malaysia ini.
LATIHAN
1. Integrasi Nasional telah dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jelaskan faktor-
faktor yang menyebabkan usaha mewujudkan perpaduan di negara sukar.
2. Berdasarkan Teori Integrasi, jelaskan senario hubungan kaum dalam negara ini.
3. Bincangkan bagaimanakah gagasan Satu Malaysia boleh menyumbangkan kepada
perpaduan negara.
4. Pada pandangan anda adakah matlamat bangsa Malaysia boleh menjadi realiti dalam
negara ini? Bincangkan.
5. Bincangkan strategi-strategi untuk mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia.
6. Dengan mengambil kes-kes konflik hubungan kaum. Bincangkan faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya konflik tersebut.
7. Jika anda sebagai Perdana Menteri Malaysia, apakah strategi yang anda akan
gunakan untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini.

RUJUKAN
Ahmad Fawzi Abdul Halim Ahmad. (1987). Isu-isu Perpaduan, Cabaran, Pencapaian dan
Masa Depan. Kuala Lumpur: Jitra Kedah Percetakan Season Sdn. Bhd.
Aznna Husin et. al. (2009) Pengumpulan Maklumat Integrasi Nasional Dalam Kalangan Belia.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Institut Tadbiran Awam Negara. (1997). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur:
Pencetakan Nasional Berhad.
Johan Jaafar. (30.11.2003). Pentingnya Integrasi Nasional bagi Negara. Berita Harian.
Malaysia Kita. (1991). INTAN: Kuala Lumpur.
Md Salleh Hassan et. al. (2009). Jurnal Perpaduan: Keberkesanan Media Massa Dalam
Memupuk dan Memperkukuhkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jilid 1.
Penerbitan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Mohd Syariefudin Abdullah, et al. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan, Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mona Tqjb Bin Dora (2009). Keberkesanan Program Rukun Tetangga Dalam Memupuk
Perpaduan Dan lntegrasi Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Muhammad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hassan (2005). Reading On Ethhnics Relations In
A Multicultural Society, Promoting National Unity & The Practice Of Noble Values.
Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Yusof Ismail. (2008). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan
Zafar Sdn. Bhd
Zubayry Abady Sofian. (12.03.2006). Integriti Bahasa Membina Integriti Bangsa. Mingguan
Malaysia.
TOPIK 6 PEMBANGUNAN NEGARA

6.1 PENDAHULUAN
Malaysia telah memilih visi sebagai sebuah Negara dan bangsa industri moden. Namun, dari
segi kewangan dan teknikal Malaysia banyak bergantung kepada bantuan Negara luar
terutamanya Barat. Demi mengubah dasar daripada sebuah Negara pertanian kepada
sebuah Negara perindustrian, kerajaan mula berpaling kepada Negara-negara timur
khususnya Jepun, Korea, dan Taiwan. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun dan Korea
merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun di Asia Timur.

Dalam bidang tertentu, negara ini lebih maju daripada beberapa negara Barat sendiri.
Kejayaan kedua-dua buah negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia
dan seterusnya dipraktikan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan
meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta. Dari
peningkatan inilah wujudnya Dasar Pandang ke Timur yang bagi memacu kemajuan negara
Malaysia.

6.2 RANCANGAN DAN WAWASAN PEMBANGUNAN NEGARA

6.2.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB}

DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiringan dengan pelancaran Rancangan Melaysia Kedua
(1971-1990),bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan
dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara
kumpulan etnik dan antara wilayah. Ketengangan kaum yang wujud pada tahun 1969 adalah
manisfestasi daripada ketidakseimbangan ini.

Latar Belakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan
masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. .Pihak British telah
menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut
sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum,
pembangunan bandar dan luar Bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan,
Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan
Rancangan Malaysia/Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan
dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi
di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah;
1 .Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat malavsia tanpa mengira
kaum.
2. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaaan ekonomi yang tidak
seimbang.supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.

Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

a. Membasmi Kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh
menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan
kadar kemiskinan paling tinggi dikalangan orang Melavu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi
dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.


2. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
3. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar
dan luar bandar dan juga antara wilayah.
5. Memodenkan kehidupan di luar bandar.
6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan. kesihatan, kemudahan
kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

b. Penyusunan Semula Masyarakat

Tujuan menyusun semula masyarakat ialah supaya keadaan ekonomi yang tidak seimbang
antara kaum dapat diperbetulkan. Masyarakat Cina biasanya lebih dikenali sebagai tauke
kerana mereka peniaga. Masyarakat Melayu selalunya hidup di desa sebagai petani dan
masyarakat India pula sebagai estet.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru. strategi berikut telah
disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
proses memodenkan kawasan luar bandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang
terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan
ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh
mencerminkan bilangan kaum.
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA.
Bank Pembangunan.Bank Bumiputera.AmanahSaham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan
wilayah baru saperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Pencapaian Dan Harapan

DEB yang berakhir pada tahun 1990 walaupun tidak mencapai rnatlamat 100%.namun
beberapa perubahan yang nyata dapat dikesani. Pencapaian DEB boleh dilihat dari dua
aspek; pertama dari segi pencapaian rnatlamat yang telah ditetapkan , kedua perubahan atau
pembaikan dibandingkan dengan keadaan sebelum terlancarnya DEB.

1. Pengangguran
Masalah pengangguran masih menjadi masalah utama yang sukar diatasi. Matlamat telah
ditetapkan menjelang 1990 kadar pengangguran Cuma 3.6 % dan menjelang 2020 turun
kepada 2.5 % sahaja.

2. Pendapatan
Pendapatan purata bulana isi rumah di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada
RM264 pada tahun 1970 kepada RM1163 pada tahun 1990, purata bumiputra Melayu juga
meningkat daripada RM172 kepada RM931. Walau jumlah ini masih jauh jika dibandingkan
dengan pendapatan purata keseluruhannya.

3. Kemiskinan
Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia telah berkurang daripada 49.3% pada tahun
1970 kepada 15% pada tahun 1990.Kadar ini telah mengatasi matlamat yang telah ditetapkan
pada tahun 1990 16.7%.Begitu juga kemiskinan luar bandar telah^dtJpat dikurangkan
daripada 58.7% kepada 19.3%pada tempoh tersebut.Kadar 19.3%>irfjuga telah mengatasi
matlamat 23%yang telah ditetapkan .Secara keseluruhanya kadarKemiskinan di malaysia
telah berjaya dikurangkan .Begitu juga mengikut kaum.

4. Pembangunan
Pendapatan purata bulanan isi rumah di wilayah-wilayah yang mundur seperti Kelantan,
Terengganu dan Kedah telah meningkat, walaupun peningkatan ini masih belum mencapai
tingkat yang memuaskan . Pendapatan di Kebanyakkan kawasan meningkat daripada RM269
pada tahun 1976 kepada RM726 pada tahun 1990.

Aktiviti
1. Jelaskan Matlamat Dasar Ekonomi Baru ?
2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan ?
3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menyusun semula
masyarakat ?

6.2.2 Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri
Malaysia ketika itu. yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnva menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi. tetapi juga dalam bidang politik, social,
kerohanian, psikologi. serta juga perpaduan nasional dan sosial. . Kesemua ini juga
melibatkan persoalan keadilan sosial. kestabilan politik. sistem kerajaan. mutu hidup. nilai
sosial dan kerohanian, maruah bangsa. serta juga keyakinan.

Tujuan Wawasan 2020


Pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang yang berpandangan jauh. Ia dapat
membawa negaranya maju dalam semua bidang iaitu di bidang politik. ekonomi dan sosial.
Wawasan dapat mengangkat martabat bangsa untuk membentuk tamadun manusia bertaraf
dunia. menggubal strategi demi memenuhi harapan negara. Wawasan dapat memilih strategi
yang diperlukan agar perancangan yang dibuat adalah mengikut imej yang tersendiri. Ini
dapat dilihat dalam konteks di Malaysia. Wawasan 2020 yang dijalankan adalah mengikut
acuannya sendiri. Proses penyaringan segala idea-idea yang dapat membantu pengubalan
strategi untuk mencapai matlamat wawasan adalah perlu untuk mengelakkan pembaziran.
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan
menjadi negara maju dengan caranva tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju
yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak
semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan
meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi
dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Wawasan juga bertujuan membentuk orde baru dunia dengan satu kebangkitan
bercirikan reformasi dan pembaharuan yang selari dengan syari'ah dikalangan masyarakat
Islam supaya mereka dapat mendominasikan kembali corak pembangunan dunia.
Pembentukan odre baru dunia perlulah mempunyai kekuatan akidah dan ketakwaan.
kekuatan ilmu dan pembudayaan ilmu, kekuatan pengislaman ilmu dan amalan. Kekuatan
ekonomi dan perdagangan serta kekuatan komunikasi dan teknologi. Untuk mencapai
matlamat itu, mereka perlu menjalankan aktiviti-aktiviti hidup yang produktif dan konstruktif.
Aktiviti-aktiviti hidup merupakan unsur asas dalam setiap tingkah laku manusia. baik yang
bersifat fizikal, mental, mahupun rohani.
"Belanjawan 1992 dirangka bagi menghadapi cabaran-cabaran strategik dan
menterjemahkan hasrat dan cita-cita vang terkandung dalam Wawasan 2020. Justeru itu
strategi belanjawan ini dan langkah-langkah yang diambil cuba memenuhi keperluan dan
tuntutan Dasar Pembangnnan Negara dan Rancangan Malaysia ke Enam (RM 6) kerana
rancangan itu adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat wawasan."
(Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 1992 Berita Harian November
2, 1992)
Wawasan juga bertujuan untuk menetapkan perancangan yang akan dilakukan.
Proses menetapkan perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan yang berkisar
kepada keutamaan, kos, tenaga kerja, teknologi, masa yang digunakan, kesan terhadap alam
sekitar, kesan terhadap social, kesan terhadap ekonomi dan kesan terhadap politik. Segala
perancangan mestilah dibuat mengikut masa yang ditetapkan salari kepada perancangan
jangka pendek atau perancangan jangka panjang. Kunci dalam memilih tempoh perancangan
yang sesuai terkandung dalam prinsip komitmen: perancangan yang logik melibatkan satu
tempoh masa pada hari esok yang penting untuk memenuhi dan melalui satu tindakan.
komitmen yang terbabit dalam keputusan yang dibuat pada hari ini.
Wawasan juga bertujuan untuk dijadikan perangsang kepada semua lapisan
masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah pembentukan Malaysia yang setaraf
dengan dunia maju lain. Malaysia yang mempunvai penduduk berbilang bangsa mestilah
bersatu padu untuk mencapai perpaduan yang jitu wawasan adalah diperlukan kerana ia akan
menjadi lambang perpaduan di Malaysia.
"Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata
keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan,
maruah bangsa dan keyakinan."
(Dr. Mahathir (1991) dalam Wawasan 2020).

Wawasan dapat mengembeling setiap individu untuk memikul tugas yang berat dan bersedia
bertungkus lumus dalam perjuangan untuk membangunkan negara serta mengatasi halangan
yang menyekat pembangunan. Wawasan dapat dilihat sebagai agen pembangunan insan.
Pembangunan insan menurut Khurshid (1970) merupakan kekuasaan Allah untuk menjaga,
mengawal, menampung. dan mengurus kehidupan mahluk ke arah kesempurnaan. Khalifah
merujuk kepada peranan manusia sebagai pemegang amanah Allah dibumi dan tazkiah
adalah penyucian sikap dan perhubungan.

Cabaran Wawasan 2020


Dalam penyampaian kertas kerjanya kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir
Mohamad menghurai matlamat utama Wawasan 2020:
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama:
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum. hidup dalam keharmonian. Bekerjasama sepenuhnya secara adil dan terdiri daripada
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju. dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada dengan apa yang telah
dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan. amat sedar akan semua potensinya, tidak
mengalah kepada sesiapa. dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Mlalaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnva bermoral dan beretika. dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling
tinggi.
5. Mewajudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat. kebudayaan. dan kepercayaan agama mereka dan pada masa
yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan. yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. dengan kebajikan insan tidak berkisar
pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

Aktiviti
1. Nyatakan tujuan wawasan 2020 diwujudkan ?
2. Nyatakan 9 cabaran yang terdapat di dalam wawasan 2020 ?

6.2.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato' Seri Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Pada tahun 1991, ini merupakan
tahun berakhirnya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ini merupakan penggal baru bagi
pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan iaitu selama 10 tahun bermula
pada tahun 1991 hingga 2000.
DPN berteraskan kepada Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua ( RRJP2) yang
meliputi tempoh 1991 - 2000. Penggubalan RRJP2 yang berasaskan kepada Dasar
Pembangunan Nasional ini merupakan titik permulaan satu era baru ke arah membangunkan
Malaysia menjadi sebuah negara yang maju meliputi semua aspek pada tahun 2020.
DPN masih meneruskan matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan membentuk
semula struktur masyarakat. Selain meneruskan matlamat DEB, DPN juga mempunyai
matlamat yang tersendiri iaitu perpaduan. Dalam DPN , perpaduan merupakan sesuatu
elemen yang penting bagi memastikan kestabilan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Selain
itu juga, ia juga menitikberatkan kepada kesamarataan dalam aspek ekonomi, politik dan
sosial khususnya dalam aspek perkauman.
DPN lebih berfokuskan pembangunan seimbang terhadap semua kaum di Malaysia.
Terdapat beberapa aspek penting yang telah digubal dalam DPN, iaitu :

i) Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.


ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan
pertumbuhan yang saksama.
iii) Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang.
iv) Menggalakkan dan mengukuhkan integrasi nasional.
v) Mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dimana kesemua rakyat dapat menikmati
kesejahteraan hidup.
vi) Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin
dan produktif.
vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi.
viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan, pemerhatian juga diberikan
dengan sewajarnya terhadap alam sekitar dan ekologi dalam jangka masa yang panjang.

Kepentingan Dasar Pembangunan Nasional


Sepanjang pelaksanaan DPN, dasar ini telah memberikan impak positif kepada
pembangunan negara. Berikut antaranya hasil positif yang dapat dilihat setelah pelaksanaan
dasar ini.

i) Membasmi kemiskinan
Antara aspek yang diketengahkan dalam dasar ini adalah membasmi kemiskinan di samping
itu juga mengurangkan kemiskinan relatif.
"(Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah
sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi
rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. (Kira - kira 143,0 isi rumah
atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin)
ii) Menggalakkan bumiputera menceburi sektor pembuatan dan perkhidmatan
DPN telah menggalakkan penyertaan golongan bumiptera secara meluas dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan. Tumpuan dalam aspek ini adalah agar golongan bumiputera
menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana menerusi francais dan sub-kontrak. Usaha
sama antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera akan dapat
memajukan perniagaan di antara mereka.
Syarikat - syarikat bumiputera juga akan didedahkan dengan teknologi -teknologi yang
terbaharu yang akan membantu mereka dalam perniagaan. Pendedahan ini dapat membantu
golongan - golongan bumiputera dalam perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. Selain
itu pendedahan ini juga akan dapat meningkatkan lagi persaingan usaha bumiputera dalam
perniagaan moden dan di peringkat global.

Aktiviti
1. Apakah Dasar Pembangunan Nasional ?
2. Kenapa dasar ini diwujudkan ?
3. Jelaskan kepentingan Dasar Pembangunan Nasional ?

6.3 DASAR-DASAR UTAMA


Latar Belakang Dasar Luar Negara

Secara umumnya, pembentukan sesuatu dasar luar itu amat berkait rapat dengan suasana
politik serta ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada semua
yang berlaku di luar batasan sempadan nasional tetapi masih di bawah kedaulatan Malaysia.
Kepentingan nasional seperti yang dinyatakan tadi merupakan asas utama terhadap setiap
pembentukan sesuatu dasar luar, ini juga termasuklah aspek keselamatan, kedaulatan, dan
kepentingan ekonomi negara.
Dasar luar mula mennjadi aspek penting dalam gagasan hubungan antara negara
selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), apabila kedaulatan negara diberikan kepada
kuasa besar dunia ketika itu yang dimonopoli kuasa Barat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) menetapkan suatu ketetapan dimana hubungan antara negara hendaklah
dilandaskan satu peraturan yang sah, bukan bersifat anarki.

Aktiviti
1. Bagaimana Dasar Luar Negara pada zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana
Menteri ?
2. Bagaimana pula Dasar Luar Negara pada zaman Tun Razak menjadi Perdana Menteri
?

6.3.1 Dasar Pandang Ke Timur


Dasar Pandang ke Timur merupakan satu inisiatif serta sebuah dasar yang telah
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8
Ferbruari 1982. Ia telah diperkenalkan semasa berlangsungnya persidangan “5th Join Annual
Conference of MAJECA” di hotel mewah Hilton, Kuala Lumpur. Dengan pengenalan dasar ini,
kerajaan akan membuat beberapa penelitian dan pemilihan berkenaan contoh-contoh
mahupun teladan murni daripada Negara Jepun dan Korea serta mengubahsuaikannya agar
bersesuaian dipraktikkan dalam masyarakat di Malaysia. Dalam mencapai status Negara
maju, nilai kerja serta etika yang dipraktikkan di Timur dapat menjadi contoh terbaik dalam
pelbagai sudut. Ini juga berupaya meningkatkan mutu kerja serta melahirkan modal insan
yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Selain itu, penubuhan dasar ini juga
bertujuan mencipta masyarakat yang progresif serta berinovasi.
Justeru itu, apabila dilihat serta dipertimbangkan segala aspek, Dasar Pandang ke
Timur merupakan salah satu langkah yang bernas serta member impak yang positif berikutan
segala aspek yang ditetapkan mengikut kesesuaian serta ciri-ciri sebuah negara yang patut
dicontohi seperti Jepun, Korea di mana dari segi politik serta ekonominya dalam keadaan
yang stabil dan baik.

Objektif Perlaksanaan
Objektif utama Dasar Pandang ke Timur ini diperkenalkan ialah untuk meningkatkan prestasi
pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan budaya kerja yang lebih
produktif. Ini juga berupaya memberi nilai-nilai serta etika kerja yang lebih positif dalam
meningkatkan pengeluaran serta kualiti kerja ke satu tahap yang lebih baik. Selain itu, tujuan
dasar ini juga diperkenalkan ialah bagi mencapai kemajuan yang pesat dalam jangka waktu
yang singkat di samping memelihara nilai ketimuran iaitu mencontohi teknologi tinggi yang
terdapat di negara timur berdasarkan stu kebudayaan dan cara hidup yang hampir sama
antara satu sama lain.
Melalui dasar ini, penumpuan ditumpukan kepada pengaplikasian nilai “kerajinan
dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana
pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan, dan tidak mementingkan diri sendiri, tekanan
daya pengeluaran serta mutu yang tinggi dalam pekerjaan,peningkatan kecekapan,
pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am, sistem
pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata
peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi
yang berupaya menyumbang kepada kemajuan bagi negara kita. Dasar Pandang ke Timur
ini tidak bermakna hanya mengutamakan hubungan diplomatik diantara negara Jepun serta
Korea sahaja sebaliknya meluaskan lagi hubungan perdagangannya di samping terus
mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang sedia ada dengan negara lainya.
Dalam mengecapi kemajuan sejagat, nilai-nilai serta etika yang dinyatakan di atas
perlu diaplikasikan bertujuan menghasilkan budaya kerja yang lebih positif serta berupaya
memajukan Negara serta meningkatkan taraf pembangunan sosio-ekonomi.
Perlaksanaan Dasar Pandang ke Timur.
Dengan perlaksanaan dasar ini, kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi
meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan
kakitangan. Pegawai-pegawai serta pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea bagi
tujuan mempelajari kemahiran teknikal di sana serta cara pengurusan di kedua-dua Negara
tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

a) Perubahan Stuktur
b) Perubahan Sikap
c) Latihan dan Kursus

A) Perubahan Struktur
i. Kad Perakam Waktu Kerja( Punch Kad)
ii. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
iii. Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
iv. Konsep Pejabat Terbuka
v. Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
vi. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

B) Perubahan Sikap
i. Perkhidmatan Cemerlang
ii. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
iii. Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

C) Latihan dan Kursus

Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur adalah seperti
berikut:
i. Latihan Perindustrian dan Teknikal
- Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja dalam bidang
teknikal dalam usaha meningkatkan kecekapan dan menerap nilai
kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan
penghasilan kerja serta kualiti.

Program Pengajian Akademik


Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk
menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.

ii. Program Pengajian Teknikal


Program ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada
pelajar-pelajar lepasan SPVM, dan Politeknik.

iii. Program Kemajuan Eksekutif

Objektif program ini adalah menyediakan ruang serta latihan kepada bakal
eksekutif mahupun eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan
pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea. Mereka akan
ditempatkan di beberapa firma dan agensi kerajaan di kedua buah negara
tersebut . Format latihan diguna pakai ialah latihan-latihan dalam bidang
pengurusan Sogosha, Perjawatan, Q.C.C dan pengurusan am/

iv. Hubungan di antara Institusi-institusi

Objektif utama diwujudkan program ini adalah bertujuan menyalurkan


permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi
pengajian tinggi di Jepun dan Korea

v. Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Program ini adalah merupakan program yang dikelolakan oleh Unit


Penyelarasan dan Pelaksanaan. Jabatan Perdana Menteri memberi
peluang dan pendedahan kepada usahawan-usahawan bumiputera
terhadap idea baru dan teknologi. Pengaplikasian teknologi seharian
mampu memajukan urusniaga mereka. Ini juga bertujuan memberi
peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang rakan kongsi dengan
rakan-rakan perniagaan di luar.

Aktiviti
1. Kenapa Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan
2. Senaraikan faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui Dasar Pandang ke
Timur

6.3.2 Dasar Kebudayaan Nasional


Dasar Kebudayaan Nasional ( DKN ) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada tanggal 16-
20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang
dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ( 1971 ). Penggubalan Dasar Kebudayaan
Nasional adalah penting bagi sesebuah Negara membangun dan yang menipunyai penduduk
berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi panduan dalam
membentuk. mewujud. dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta - fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan Negara ini sebagai pusat perteniuan serta pusat tamadun
dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lalu. Peranannya sebagai sebuah pusat
pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan
pelbagai unsur - unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur -
unsur kebudayaan dunia. Oleh yang demikian sebagai satu proses berterusan, penwujudan
Kebudayaan Nasional Malaysia akan terus berlandaskan unsur - unsur dan tiga prinsip yang
ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Nasional. Penggubalan dasar
kebudayaan nasional ini juga mempunyai tujuan atau objektifnya yang ters< ntuk mencapai
matlamatnya.
Strategi pelaksanaan objektif turut disertakan dalam penggubalan dasar ini bagi
memastikan dasar ini bergerak seiring dengan tujuannya. Dengan penggubalan dasar ini
kebudayaan telah berkembang di Malaysia namun begitu ia mendapat cabaran yang hebat
daripada rakyat di Malaysia khususya.

Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Nasional


Dasar Kebudayaan Nasional ini digubal adalah kerana ia amat bersesuaian dengan Negara -
Negara yang membangun dan baru merdeka dan ia juga penting untuk mewujudkan sebuah
Negara yang stabil dan bersatupadu. Oleh yang demikian usaha usaha pembentukan
Kebudayaan Nasional adalah berdasarkan majl^matnya untuk mencapai tiga objektif penting
iaitu :

1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.


Tujuan ini dapat dilihat malalui keseluruhan aspek penduduk yang berbilang kaum dan
juga keturunan dalam Negara Malaysia. Di Malaysia juga wujud masyarakat majmuk
dan ia perlu dipupuk dengan nilai - nilai yang dapat mareka kongsikan. Nilai-nilai yang
dipupuk ini seterusnya akan membawa titik ^{fersamaan dalam kehidupan
bermasyarakat.

2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada


kebudayaan nasional.
Sememangnya ia perlu dipupuk untuk mamperkukuhkan lagi semangat cintakan
Negara dan bangsa di samping memperkenalkan sikap dan imej yang dapat menjadi
teladan kepada masyarakat supaya dapat diperkenalkan di kalangan antarabangsa.

3. Memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang


seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Tujuan meningkatkan kualiti kehidupan adalah untuk menghapuskan semangat
prejudis dalam masyarakat. Justeru itu keadaan ini dapat memberi peluang kepada
setiap kaum di Malaysia untuk mengecapi pembangunan sosioekonomi.

Aktiviti
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kebudayaan Nasional ?
2. Nyatakan kepentingan Dasar Kebudayaan Nasional ?
6.3.3 Dasar Penswastaan
Penswastaan boleh berlaku melalui pelbagai cara dan bentuk misalnya penjualan
perbadanan-perbadanan milik kerajaan kepada pelabur persendirian. Secara umumnya, ia
merujuk kepada penarikan diri oleh kerajaan daripada penglibatan dalam pengeluaran
barangan dan penyediaan perkhidmatan.
Penswastaan terbahagi kepada tiga iaitu peraturan, pembiayaan kewangan dan
pengeluaran. Aspek peraturan yang diutarakan di sini tidak tertumpu kepada penglibatan
negara dalam sektor swasta sebagai sebahagian daripada peraturan ekonomi bahkan seluruh
peraturan kerajaan berkaitan pengeluaran, kualiti dan kuantiti barangan dan perkhidmatan.
Contohnya perkhidmatan kesihatan dan pelajaran. Aspek pengeluaran melibatkan pelbagai
aktiviti bernuLla^aaripada pemilikan dan pengurusan bahan pengeluaran sehingga kepada
penghantaran barangan kepada pengguna.
Pembiayaan pula merangkumi pemberian subsidi dan penyediaan barangan dan
perkhidmatan secara percuma. Proses penswastaan sebenamya menuju ke arah pemilikan
harta persendirian dan pelepasan pemilikan kerajaan. Menurut Abu Bakar Munir (1992)
penswastaan bermakna pengurangan segala bentuk pengawalan kerajaan dalam
pembahagian hasil dan kekayaan.

Objektif Penswastaan

1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan


Pemindahan perkhidmatan awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan perbelanjaan
kerajaan, seterusnya mengelakkan defisit belanjawan dan mengurangkan hutang
kerajaan. Mohd Yamin (2004) menyatakan dana yang disimpan ini^oleh digunakan untuk
membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain, memlmpukan kepada fungsi
tradisional, iaitu mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta menyediakan
sokongan untuk mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi.

2. Meningkatkan kecekapan kerja dan produktiviti


Syarikat swasta terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat
dalam pasaran perniagaan ekoran daripada penambahan bilangan syarikat dalam
industri. Ia memberi impak kepada syarikat swasta untuk mengambil Meduktiviti pekerja
yang lebih cekap seterusnya dapat mengeluarkan barangan yangj>efkualiti tinggi,
persaingan penetapan harga, dan prestasi kewangan yang lebih baik.

3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi


Mohd Yamin (2004) menegaskan bahawa syarikat swasta berorientasikan keuntungan
dan akan menggunakan kos pengeluaran minimum untuk menghasilkan keluaran
maksimum. Amalan seumpama ini memberi impak positif terhadap output dan pendapatan
negara bagi penswastaan syarikat awam. Apabila syarikat yang diswast^kan
menghasilkan lebih output dan lebih banyak keuntungan maka hasil kerajaan-ctenpada
cukai langsung dan cukai tidak langsung bertambah. Jadi, Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dapat dirangsang melalui peningkatan output negara dan cukai kerajaan.
4. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
Penswastaan entiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi (Mohd
Yamin, 2004). Dalam tempoh jangka panjang, ekonomrakan semakin dikuasai oleh sektor
swasta yang cekap dalam peruntukan faktor pengeluaran.

5. Memenuhi Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, kerajaan dapat mewujudkan
lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus
Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Bara itu.

Aktiviti
1. Objektif utama Dasar Penswastaan diperkenalkan ?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan ?

6.4 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

6.4.1 Sejarah Pendidikan Di Malaysia

a. Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)


Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal.
Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang
baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-
sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.
Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,
Terengganu dan Kedah.
Pada amnya, pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana
pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh
diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh
agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika
yang amat tinggi.

b. Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang


Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah
untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam
satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada
mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek,
sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

6.4.2 Masalah Dalam Sistem Pendidikan Negara


Sejauh manakah falsafah pendidikan mencapai matlamatnya? Satu sorotan terhadap
pelaksanaan dan kesan sistem pendidikan negara dalam membina jati diri ummah hari ini.
Pendidikan menjadi suatu aspek penting yang perlu diutamakan dalam pembinaan
sebuah negara dan bangsa. Di dalam sejarah negara sendiri aspek pendidikan berkembang
sejajar dengan arus peredaran dan zaman. Pada awalnya kebanyakan sistem pendidikan
banyak dipelopori oleh golongan yang berautoriti dalam bidang agama Islam ataupun Kristian.
Arus pendidikan di Malaysia yang mulanya bermula dari cara tradisional seperti sistem pondok
berkembang kepada sistem yang lebih tersusun.
Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, pelbagai perubahan telah dibuat bagi
memastikan semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. Namun begitu, sejak
kebelakangan ini isu pendidikan hangat diperkatakan setelah rakyat dan pemimpin
masyarakat terutamanya pejuang bangsa melihat sistem pendidikan kendalian kerajaan
semakin huru-hara.Tidak dinafikan sistem yang sedia ada telah banyak melahirkan golongan
yang berintelektual, tetapi mutakhir ini akibat campur tangan politik dan ‘orang
berkepentingan’ dalam sistem dan dasar pendidikan negara, kelesuan terserlah malah satu
persatu kelemahan pentadbiran Kementerian Pelajaran diperlihatkan dengan isu-isu yang
timbul. Hakikat ini diperakui kebanyakan ahli Parlimen tidak kira pembangkang mahupun
daripada BN yang berbahas mengenai Kementerian Pelajaran hari ini di Dewan Rakyat.

a. Keciciran Membimbangkan dan Kelesuan dalam Pendidikan Negara


Isu keciciran dan kelesuan dalam pendidikan negara bukanlah suatu isu yang asing sejak dari
dahulu sampai sekarang. Di dalam persidangan anggota parlimen di Dewan Rakyat pada
bulan November tahun 2006, ahli parlimen Tebrau(BN) iaitu Teng Boon Soon mendedahkan
bahawa kadar keciciran pelajar dari setahun ke setahun kini meningkat kepada 37% dan kini
berada pada situasi amat membimbangkan. Menurut Teng, ramai di kalangan pelajar yang
tidak dapat menyempurnakan pelajaran mereka hingga kepada tahap Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan hanya mampu pada tahap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR).Beliau berkata, pada tahun 2006 terdapat 120,000 murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M dan malah ia menyumbang kepada keciciran yang
amat serius. Tahap keciciran pelajar sebanyak 37% ini amatlah membimbangkan dan nilainya
yang dilihat semakin meningkat saban tahun dijangka akan memberi kesan yang besar
kepada soal masa depan pendidikan negara. Baru-baru ini juga ada dipaparkan di dalam
sebuah akbar mingguan perdana pada Februari 2009 juga mendedahkan bahawa hampir
300,000 pelajar akan menghadapi risiko keciciran sekiranya pelaksanaan PPSMI tetap
diteruskan oleh pihak kerajaan.
Selain itu, sistem pendidikan di negara hari ini sebenarnya terlalu mementingkan
aspek peperiksaan dan belajar secara menghafal dengan mengabaikan pemikiran kreatif di
samping mengenepikan aspek kebudayaan telah mengakibatkan masalah kelesuan yang
teruk dalam sistem pendidikan negara. Pelajar dimomokkan dengan igauan kecemerlangan
dalam peperiksaan tanpa menghiraukan dan menggunakan sepenuhnya potensi sebenar
yang ada pada diri seseorang pelajar. Hal ini berbeza sekali dengan kaedah pendidikan di
luar negara terutama di negara maju yang sangat menekankan kepada pembudayaan aplikasi
seharian dan penonjolan terhadap potensi diri terhadap sesuatu bidang. Malah, hal ini bukan
sahaja dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bahkan syarikat-syarikat mega dan besar banyak
menyokong hasrat kerajaan ini dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi
menjana idea kretiviti pelajar. Sesetengahnya membantu dengan memberi tajaan dalam
aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Selain itu, penekanan kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai
golongan pendidik mahupun rakyat lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang
dan cerdik sahaja dengan sedikit sahaja perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang
lemah. Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan
dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan
keputusan peperiksaan sebagai ukuran. Guru-guru cemerlang banyak ditempatkan di sekolah
elit dan terbaik contohnya di sekolah berasrama penuh dan sekolah di kawasan
bandar sahaja. Manakala di sekolah-sekolah yang mungkin lebih rendah tarafnya dan jauh di
pendalaman di mana keputusan peperiksaannya agak rendah dan para pelajarnya banyak
terdiri dari pelajar yang lemah dibiarkan tanpa diberi penekanan dan bantuan yang
sewajarnya. Sistem pendidikan yang ‘rigid’ ini serta sikap tidak prihatin pihak berwajib pada
masalah ini telah menampakkan ketidakadilan dalam sistem pendidikan negara. Hasilnya,
pelajar yang lemah mulai hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran
dalam pelajaran.

b. Ke mana arah tuju pelajar aliran agama?


Tidak dinafikan pencapaian akademik pelajar aliran agama adalah sungguh
memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Disamping itu juga, keperibadian akhlak pelajar
aliran agama juga adalah baik. (Berita Harian, Mac 1997). Namun begitu, tahun 2020
mengundang pembangunan negara Malaysia berasaskan teknologi mengikut acuan budaya
tersendiri. Ianya juga menuntut kepada pengislaman ilmu dalam mata pelajaran bukan
agama. Adakah negara kita sudah bersedia dengan generasi yang menguasai kedua-dua
bidang ini. Ianya penting dalam memberikan tasawur yang betul untuk menghasilkan
golongan profesional Islam seperti jurutera, akauntan dan doktor mengikut acuan Islam.
Rang Undang-Undang 1995 membincangkan isu pendidikan Islam yang mana ianya
akan diperluaskan disemua kategori sekolah termasuk sekolah swasta. Jika sebelum ini,
ianya hanya diwajibkan disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan apabila terdapat 15 atau
lebih pelajar Islam. Subseksyen 18(2) pula menjadikan Pendidikan Islam sebagai
matapelajaran teras. Resolusi Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 1995 telah dibuat
berhubung dengan penyusunan semula kurikulum, pendidikan guru dan strategi pengajaran
akan dilaksanakan untuk memberi pendekatan baru terhadap pendidikan Islam (Rang
Undang-Undang Pendidikan, 1995). Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha
untuk merealisasikan cita-cita untuk melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Malaysia,
yang bercita-cita untuk menjadi pusat ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam
pendidikan Islam. Di dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu resolusi
telah diambil iaitu:
"Berdasarkan kehendak masa kini, Kurikulum Pendidikan Islam yang sedia adasudah
lengkap dan mampu menanggani masalah masyarakat kini, jika semua kehendak dan
ketetapan dipatuhi, terutama aspek perkaedahan, kesepaduan dan penilaian"
(Utusan Malaysia 27 Jun 1997)

Jika diamati resolusi tersebut, kurikulum sains dalam pendidikan Islam tidak menjadi
isu yang diambilkira dalam resolusi tersebut memandangkan ianya sudah lengkap.Sistem
Pendidikan di negara Islam hari ini sebenarnya menggunakan andaian asas dari sistem
pendidikan barat. Ini dapat dilihat melalui pembahagian antara dua bahagian penting iaitu
‘kehidupan’ dan ‘keagamaan’. Ini tidak diterima oleh Islam dengan membahagikan agama
dengan sains dan teknologi. (Ziauddin Sardar, 1981). Sememangnya Islam tidak pernah
menafikan pembangunan sains dan teknologi asalkan pembangunan itu bertempat dan
membawa manafaat (Dr. Hakimi Ibrahim, 10 Julai 1998). Oleh itu, kesedaran sains di
peringkat sekolah rendah dengan penggunaan sistem pendidikan adalah mesti dijalankan
dengan lebih sistematik dan terperinci supaya kesan yang didapati berpanjangan hingga ke
peringkat yang lebih tinggi.
c. Pendidikan dijadikan Bahan Perniagaan
Pendidikan dan pembelajaran merupakan keperluan dan isu yang sentiasa berkembang
mengikut perubahan dan kehendak zaman. Hal ini malangnya telah menyebabkan ia telah
dieksploitasi bagi tujuan keuntungan sesetengah pihak sahaja. Dalam isu kemasukan pelajar
Timur Tengah ke IPT-IPT di Malaysia berikutan kesan dari peristiwa 11 September 2001
kerajaan tidak mengadakan sistem saringan yang ketat bagi memastikan mereka yang layak
memasuki IPT di Malaysia sebaliknya mereka hanya memikirkan poket 'pihak tertentu' untuk
mendapatkan keuntungan.
Sedangkan dalam masa yang sama kerajaan telah meminggirkan pelajar bumiputera
yang mempunyai advanced diploma atau diploma lanjutan, mereka menghadapi masalah,
katanya tegas. Selain itu, dalam isu sekolah kluster pula dikatakan mirip kepada pentadbiran
sekolah swasta yang akhirnya mementingkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya
mengenepikan kualiti pendidikan itu sendiri.(Harakah, 29 Mac 2007)
Hal ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat yang melihat bahawa cadangan
tersebut akan mewujudkan kasta-kasta (pemeringkatan yang mewujudkan jurang antara yang
miskin dan kaya) dalam sistem pendidikan Negara.
Selain itu, tidak terkecuali bagi isu para ibu bapa pelajar sekolah yang dihantui dengan
bebanan yuran sekolah yang terkadang tidak munasabah dengan keperluan pelajar.
Contohnya, pada pembentangan Budget Kewangan pada tahun 2008 yang lalu, mantan
Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah mengumumkan penghapusan yuran Sekolah
mulai tahun 2008.
Namun, pada 1 Januari 2008, ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj
Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500. Antara perkara yang dimasukkan dalam
senarai yuran ini adalah yuran tandas, yuran tuala wanita (untuk pelajar perempuan), yuran
pelbagai dan banyak lagi. Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun
pelajar dan satu lagi melalui akaun ibubapa. Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan
ini, guru-guru hanya mampu menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah
yuran asas sahaja dan ianya bernilai RM 4.50 sahaja. Ditambah pula dengan masalah
kemudahan dan kualiti pembelajaran yang terus tidak seperti diharapkan membuatkan para
penjaga tertanya-tanya kemanakah sebenarnya menghilang wang yang dibayar kepada pihak
sekolah.
Walhal, hal ini seperti ini tidak akan berlaku seandainya pihak-pihak yang
bertanggungjawab tidak menjadikan ia sebagai sumber untuk menjana keuntungan. Ditambah
pula masalah social yang mula menular menyebabkan ibu bapa mula beralih arah dengan
mencari alternatif yang lebih baik dalam soal pendidikan anak-anak mereka.
Menghadapi era baru memungkinkan seribu cabaran dalam mendidik anak bangsa.
Pelbagai isu yang melanda dunia pendidikan khususnya telah membuka mata pelbagai pihak
untuk sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali peranan pendidikan dalam membina
generasi yang intelek, bermoral dan berwawasan. Masih belum terlambat untuk mana-mana
pihak berwajib mengambil pendekatan dan perubahan yang lebih baik. Oleh itu, kerjasama
semua pihak amat diperlukan bermula dari peringkat bawah sehingga ke peringkat yang lebih
tertinggi. Semoga pendidikan Negara akan mampu memacu perubahan yang lebih drastik ke
arah mencapai wawasan dan harapan ummah.

6.4.3 Desas-Desus Pendidikan Di Malaysia


Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.
Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara
pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang
untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai
dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah
memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira
budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian
Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar
Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak
kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan
perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan
berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung
sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar;
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum
yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak
isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi
pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

a. Struktur Pendidikan

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur


pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
▪ Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan
kebanyakan negara lain di dunia;
▪ Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
▪ Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM); dan
▪ Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

b. Akses Pendidikan

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:
▪ pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
▪ perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
▪ pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
▪ perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; dan
▪ bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

c. Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian
Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada
tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi
masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau.
Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman
atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan
(mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana
kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen
terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi
memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang
subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula
dipertikaikan.

d. Sahsiah Pelajar

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan
dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah
yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng
sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

6.4.4 Pelan Mengatasi Masalah Pendidikan

a. Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.


Seharusnya sebagai guru, kita perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian.
Guru perlu tahu akan kelebihan dan kelemahan murid terlebih dahulu maka dengan itu guru
mampu merancang satu perjalanan p&p dengan begitu menarik dan berkesan sekali. Jadi
berkaitan isu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah yang timbul
perkara yang asas perlu dikuasai ialah ilmu pedagogi dan metadologi yang sesuai. Maka
dengan itu, guru tidak akan merasa terlalu tertekan dan terbeban kerana mampu mengawal
kelas dengan baik kesan daripada teknik pengajaran dan pembelajaran yang baik itu tadi.
Guru juga perlu merancang dengan bijak dan rapi mengenai proses pembelajaran dan
pengajaran yang akan dikemukakan di sekolah. Perancangan yang rapi juga mampu
membantu melicinkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas.
Selain itu,bagi membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu misalnya guru boleh menggunakan contoh maujud atau pun
gambar yang mampu meransang murid-murid untuk bercakap dan berkomunikasi di dalam
kelas. Maka dengan itu isu mengenai kaedah atau teknik yang tidak sesuai dapat
diselesaikan.

b. Isu Ujian Pentaksiran


Isu ujian pentaksiran bukanlah perkara yang baharu lagi. Jadi untuk mengatasi masalah ini,
sepatutnya guru harus meneliti terlebih dahulu apakah kesesuaian pentaksiran yang ingin
dijalankan. Satu kajian yang lebih teliti perlu dilakukan oleh guru untuk memastikan
pentaksiran yang dilakukan adalah sesuai dan tepat dengan murid. Bagi tujuan ini satu
kerjasama yang melibatkan ibu bapa, guru dan sekolah sangatlah perlu . Guru harus
membina ujian pentaksiran yang menggunakan penilaian misalnya dengan cara
bertunjangkan kebolehan dan pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Hal ini sekaligus mampu
melatih murid untuk menjawab soalan yang pelbagai dan sekaligus meransang minda dan
kreativiti mereka.

c. Bahasa dan Komunikasi


Bagi menghadapi masalah bahasa dan komunikasi antara guru dan murid Pendidikan Khas,
murid ini guru perlu merancang strategi yang bersesuaian dengan beliau. Sebagai guru yang
prihatin, murid yang mengalami masalah bahasa hendaklah disarankan untuk dihantar
kepada terapi pertuturam.Jadi perbincangan dengan pihak ibu bapa sangatlah perlu dan
digalakkan. Guru juga boleh mengajar bahasa dan komunikasi kepada murid jenis ini dengan
kaedah ACC (Alternatve and Augementative Communication). Melalui kaedah ini murid boleh
berkomunikasi dengan menggunakan alatan yang canggih yang memerlukan bajet kewangan
yang agak tinggi daripada sekolah. Bagi bajet yang murah, guru boleh menggunakan kaedah
PAC iaitu kaedah menukar gamba sebagai sign atau isyarat untuk berkomunikasi
Dalam memupuk komunikasi yang baik antara guru Pendidikan Khas dengan pihak sekolah
misalnya guru perlu sentiasa melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh guru.
Peluang untuk bersama dengan staf yang lain seharusnya hendaklah digunakan dengan
sebaiknya. Maka dengan ini komunikasi yang baik akan wujud dan sekaligus mewujudkan
hubungan yang hormoni antara satu sama lain.
Komunikasi yang mesra juga hendaklah sentiasa dipupuk antara satu sama lain maka dengan
itu isu pergeseran yang timbul dapat dikurangkan dengan wujudnya keindahan komunikasi
bersama. Selain dapat berkomunikasi bersama-sama secara matang dan telus guru-guru dan
staf yang lain sekaligus memupuk hubungan mesra budaya yang berada di sekolah.
Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan (Noriati A Rashid
& etc :2011). Apabila semua ini terangkum bersama maka hubungan yang lebih erat akan
terbina antara keseluruhan dalam sesuatu komuniti itu. Selain itu sekiranya mesej yang
dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi
berkesan telah pun berlaku.
Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan
pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu
di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis
telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat
penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh
berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan
murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh
dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid,
mengenakan denda dan sebagainya.

d. Kemudahan Fizikal
Penyediaan kemudahan fizikal atau prasarana sekolah kebiasaannya seringkali dikaitkan
dengan jumlah peruntukan yang diberikan oleh sekolah. Jadi sudah pastilah isu kewangan
dan isu kemudahan fizikal saling berkait rapat antara satu sama lain. Kemudahan fizikal yang
disediakan oleh sekolah juga hendaklah dijaga bersama-sama. Guru hendaklah sentiasa
menerapkan nilai menjaga harta benda di sekolah dengan sebaik-baiknya. Jadi dengan itu
kemudahan asas yang disediakan oleh sekolah akan berada dalam keadaan yang terjaga dan
terjamin.
Keadaan kelas yang terlalu kecil sepatutnya hendaklah diubahsuai dengan cara
meminimakan bilangan murid di dalam kelas. Hal ini dapat mengelakkan isu ruang bilik darjah
yang tidak sesuai. Keceriaan bilik darjah juga boleh dipertingkatkan dengan penyediaan plan
lantai yang sesuai dan mampu menarik perhatian murid untuk berada di dalam bilik darjah.
Hal ini kerana menurut Woolfolk (2000) adalah perlu mengekalkan persekitaran bilik darjah
yang positif dan produktif. Pengurusan fizikal bilik darjah ini memaparkan sejauh mana guru
memiliki sikap prihatin dan professional terhadap tugasnya.

e. Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah


Antara isu yang hangat yang seringkali diperkatakan berkaitan pentadbir dan pentadbiran
sekolah, adalah mengenai isu penempatan murid. Sepatutnya isu penempatan murid ini
perlulah dipandang secara serius oleh semua pihak. Ini kerana kebanyakkan masalah
penempatan murid sering berlaku di mana-mana sekolah sekalipun. Antara cadangan untuk
mengatasi masalah ini ialah dengan mewujudkan satu badan khas yang mentadbir cara
pengelolaan untuk proses penempatan murid. Dengan adanya satu badan khas yang
mentadbir urusan penempatan murid ia akan dapat mengelakkan berlakunya kesalahan
dalam proses penempatan murid.
Pembinaan ujian soalan diognostik juga perlu diselaraskan dan dikeluarkan oleh satu badan
yang bertauliah supaya tidak berlaku penyelewengan ataupun penindasan terhadap murid, ini
kerana kesemua aspek murid perlu diambil kira sebelum memulakan proses penempatan
murid berkenaan ke kelas –kelas pendidikan khas untuk mengelakkan masalah muncul
setelah murid ditempatkan. Selain itu panel-panel yang terlibat semasa proses penempatan
pelajar seharusnya menjalankan tugas dengan penuh professional untuk memberikan satu
perkhidmatan yang terbaik.
Peranan pentadbir sekolah juga perlu diambil kira kerana pentadbir sekolah kadang-kala
memberikan masalah kepada guru –guru yang ada di sekolah. Seharusnya pentadbir sekolah
ini mempunyai sikap yang adil kepada semua guru dan tidak menunjukkan bahawa pentadbir
sekolah tidak menyukai pendidikan.
Pihak tertinggi seperti Jabatan Pendidikan Daerah atau mana-mana nazir daripada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah sentiasa peka dan turun padang untuk
mnejalankan pemantauan secara mengejut untuk melihat sendiri sejauh mana kemudahan
yang disediakan oleh pihak sekolah terhadap kelas-kelas di sekolah .Tindakan juga boleh
diambil kepada mana-mana pentadbir sekolah yang tidak mengikuti prosedur.

6.4.5 Kaedah Mempertingkatkan Mutu Pendidikan


Pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem
pendidikan negara akan memberi faedah kepada generasi muda, termasuk
mentransformasikan mereka.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim


Pheng,berkata kerajaan perlu memastikan rombakan sistem pendidikan terbabit memberi
faedah terutama kepada semua pelajar. Katanya, dalam proses perancangan yang dijalankan
kerajaan perlu mendapatkan maklum balas daripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru
serta pemimpin antarabangsa yang berpengalaman dalam sektor pendidikan.

“Kita kena fikir di luar kotak kerana ini membabitkan masa depan generasi muda pada
masa kini. Oleh itu panel jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam rombakan ini tidak
sepatutnya membabitkan hanya ‘orang lama’ tetapi kumpulan berbeza usia termasuk
generasi muda supaya maklum balas mereka lebih menepati apa yang diperlukan,” katanya
ketika dihubungi semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan
membuat perancangan dan penilaian teliti serta komprehensif sebelum Pelan Pembangunan
Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara dibentuk untuk memenuhi
keperluan global dan cabaran masa depan. Ia membabitkan rombakan menyeluruh
pendidikan teras sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah kebangsaan, sekolah
jenis kebangsaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, orang Asli, pendidikan khas
dan sekolah vokasional.
Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika
tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral
dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan
yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak
ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan
pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang
berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan
akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan
yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.

Aktiviti
1. Jelaskan secara ringkas sejarah pendidikan di Malaysia ?
2. Apakah masalah yang dihadapi di dalam system pendidikan di negara kita ?
3. Kaedah yang sesuai untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Bincangkan?
6.5 PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Wawasan 2020 ialah cetusan idea, pandangan atau saranan bekas Perdana Menteri Tun
Dr.Mahathir untuk membangun negara Malaysia dan corak negara Malaysia yang diingini
yang diharapkan dapat dicapai dalam tahun 2020. Pandangan ini telah dikemukakan di dalam
kertaskerjanya yang berjodol "Malaysia:The Way Forward" yang diucapkan di pjiFsidangan
Majlis Perdangan Malaysia pada 28 Februari 1991 dan merupakan hurajan tentang arah
perkembangan masa depan negara ini. Pandangan atau saranan ini telah menjadi gagasan
negara dan dikenali sebagai WAWASAN 2020.
Perkara ini bukanlah merupakan satu dasar kkhas tetapi merupakan satu tindakbalas
kepada perkembangan ekonomi, social dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada Negara. Wawasan ini telah
diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangkaa kerja mengenai pendel>at£n yang
harus diambil dalam memuulakan langkah bagi perjalanan jauh yng akan ditempuh oleh
negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk
meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang
ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohamarffpsikologi, serta juga perpaduan
nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melTwitkan persoalan keadilan sosial,
kestabilan politik, sistem kerajaan. mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa,
serta juga keyakinan.
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah
negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek
kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan.
Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai
dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di
antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk
memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai
hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif,
iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang
bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang
kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk
satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan
pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang
canggih."

6.5.1 Keupayaan Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Sektor Perindustrian


Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan
pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah
hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah
mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:
(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan
pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja.
Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan
keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;
(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri perkilangan
di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan
tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport
berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak
berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan.
Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi
dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;

(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan
kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan

(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja,
bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan
peningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan
pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar
akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan,
pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah
ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini
boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian
seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada
pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.
Pengurusan S&T yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila
usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah,
kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari
kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan
keupayaan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah
diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan
dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.
Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan pendekatan
pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin
bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.
Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan S&T yang ditubuhkan
lebih menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi
mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada
membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh
pemindahan jentera dan dasar S&T yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur S&T yang
baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.
Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak
mendapat sumbangan yang sama daripada sumber-sumber S&T seperti dalam
pembangunan sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang
terkandung dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti
antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu
bergantung kepada jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk
meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport
teknologi dan perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk
membangunkan S&T dalam sektor perindustrian. Antara sebab yang dinyatakan dalam
laporan PIP adalah seperti berikut:
(i) Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempatan
iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi, menyerap dengan jayanya, mencipta dan
memperdagangkan teknologi moden;

(ii) Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibat


keengganan pembekal teknologi untuk memindahkan teknologi dan juga keupayaan
teknologi yang dibekalkan adalah rendah;

(iii) Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-


aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) perindustrian sebagai
sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;

(iv) Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatan


dan penggunaannya;

(v) Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian terlibat


dengan P&P, perolehan teknologi dan pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang
berkesan untuk menyelaraskan dasar S&T, memperuntukkan tanggungjawab dan tugas
P&P, menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan teknologi dengan cara yang lebih
berkesan; dan

(vi) Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk menjalankan


aktiviti P&P yang berterusan. Nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah
sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus di Perancis dan Jerman Timur
serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang berterusan untuk
pembangunan teknologi bersama-sama dengan pelaksanaan program pembangunkan sektor
perindustrian adalah perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah menekankan
bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan S&T perlu dijadikan sebagai satu
faktor asas kepada rancangan membangunkan sektor perindustrian

6.5.2 Dasar Sains dan Teknologi


Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986
telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara
adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat untuk pembangunan
ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi
kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan
sosioekonomi negara."
Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha
meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu
aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan
penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-
lain bidang yang berkaitan.

Strategi Penentuan Keutamaan

Untuk mencapai matlamat dasar S&T yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk
mengintegrasikan rancangan pembangunan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi
dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S&T kepada aspek-aspek penggunaan
secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya
berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan
S&T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor
perindustrian di negara-negara maju.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan S&T adalah berasaskan kepada matlamat
meningkatkan keupayaan S&T negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara.
Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:
(i) Pembangunan keupayaan sumber-sumber S&T negara ini seperti
tenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi,
dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous
technology capability); dan

(ii) Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam


memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi
asing (keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri
ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek
usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Strategi pembangunan S&T yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor
perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:

(i) Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial


S&T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber S&T akan
digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan
dan kekayaan negara ini.

(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar lain
Dasar S&T akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi
keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan
lain-lain.

(iii) Peningkatan Perkhidmatan Saintifik


Perkhidmatan S&T di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan
teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan
rancangan pembangunan negara.

(iv) Berdikari
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran
S&T supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S&T negara-
negara maju.

(v) Maklumat S & T


Satu pusat maklumat S&T perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data
mengenai sumber-sumber S&T. Maklumat sumber-sumber S&T adalah mustahak untuk
memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan, Penyelarasan dan pengawasan
pelaksanaan dasar.
(vi) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)

Keutamaan akan diberikan kepada:

(a) Penggunaan P&P dalam memajukan sumber-sumber pertanian, teknologi pengeluaran


barangan dan memajukan proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.

(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan P&P yang berkesan dan juga membangunkan
infrastruktur sokongan S&T seperti pejabat patent, institusi P&P, institusi rekabentuk
perindustrian, perundingan teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan
kemudahan asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan memperkenalkan produk yang
baru.

(c) Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usaha


P&P melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan
institusi S&T awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil
penyelidikan dan menekankan usaha-usaha dalam P&P gunaan dan penyesesuaian.

(vii) Tenaga Manusia


Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan
teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian
berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan
kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi S&T serta juga menjamin supaya tenaga
teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

(viii) Peranan Sektor Swasta


Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera S&T
sektor awam untuk memenuhi keperluan P&P mereka.

(ix) Pemindahan Teknologi


Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama,
usaha P&P dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan
teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.

(x) Komputerisasi
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri
dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains


Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan S&T di dunia
khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji
hayat dan lain-lain bidang S&T juga akan ditubuhkan.

(xii) Pelan Tindakan

Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.


Pelaksanaan
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah
memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan
Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara
dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor S&T telah diperuntukkan
sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan
projek-projek P&P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi
yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada
pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RM5.
Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber S&T dalam RM5 dan RM6 akan
menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi.
Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5 dan RM6, MPKSN telah
memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan
(IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk
menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi
diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah
strategi ini, projek-projek P&P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik
dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada
jumlah peruntukan P&P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor
perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.
Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P&P yang lebih terpusat. Mekanisma
IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan
ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan
satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah dibentuk.
Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan
Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-
pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi
penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987 untuk menggubal
Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.
Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong pelaksanaan PIP. Walaupun
teknologi dan masalah pembangunan keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti
dalam PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan atau strategi-strategi
yang jelas untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan
Teknologi Perindustrian digubal khas untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi
yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan kajian
yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan
ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang
ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan
Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990.
Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan
di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan
sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.

Penutup
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai
taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan
pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga
pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi.
Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya
bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos
dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan,
kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi
pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan
menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber
S&T ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor
perindustrian yang dinamik.
Intipati dasar pembangunan negara ialah pembangunan untuk kemakmuran semua
melalui pengagihan kekayaan dengan matlamat akhir untuk mewujudkan rakyat yang bersatu
padu. Dasar-dasar pembangunan yang diketengahkan melalui RLTM juga bertujuan
mengeimbangkan semula pembangunan yang tidak seimbang dari sektor, wilayah dan kaum.
Dasar pembangunan negara yang dibentuk oleh kerajaan bertujuan mencapai" Kemakmuran
bersama pengagihan secara saksama" buat pertama kalinya diusahakan melalui DEB. Malah
DEB bukan sahaja perancangan ekonomi semata-mata bertujuan untuk mengurang dan
seterusnya membasmi kemis(<inan tanpa mengira kaum tetapi juga mempunyai agenda
sosial yang besar iaitu menyusun semula masyarakat majmuk Malaysia supaya tidak wujud
fenomena pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Dengan itu boleh dianggap DEB
merupakan satu pakej pembaikan ekonomi dan sosial negara.Namun harus diingatkan
bahawa^alau apa pun usaha atau dasar pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tanpa
sokongan dan kerjasama daripada semua l§pi§an masyarakat kejayaan sukar dicapai.Dalam
konteks Malaysia, sesungguhnya penglibatan semua kaum merupakan faktor penting yang
menyumbang kepada pembangunan negara. Semangat rakyat bertolak ansur, setia,
berkompromi, bekerjasama, dan sebagainya merupakan pemangkin kepada pengagihan
kekayaan demi mencapai perpaduan bangsa Malaysia.
Rujukan

Ambri Buang (ed) 1990. Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Malaysia.
Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Harakah, 29 Mac 2007. Sistem pendidikan
J. Victor Morais(1982) Mahathir riwayat gagah berani, Eastern Universities Press
Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam
Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT2353).
Malaysia Kita. (2008). Petaling Jaya : International Law Books Services
Mohd Husin Bin Mohd Tap dan Zulkifli Bin Senin(2014),Fokus Malaysia, Fraser Business
Park, Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Raja Ahmad Iskandar, Mohd Nuri Al Amin Endut, Abdur-Rahman Mohamed Amin,
Muhammad Pisol Mat Isa, Muhaimin Sulam. (2015). Tanjung Malim, Perak : EmFltus
PuBHtations.
Ruslan Zainuddain, Mohd. Mahadee ismail, Zaini Othman. (2010). Kenegaraan Malaysia
Edisi Ked.ua,^Oxford Fajar
Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj,Pendidikan Di
Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Syed Othman Alhabshi, Kertas Kerja Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 – 2 September 2001: Dasar
Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Talib Samat(2010). Kenali Tokoh Berjasa, Pekan llmu Publications Sdn. Bhd.
Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri(1991) Kenyataan Dasar RRJP2 dan
RM6 (Pelaksanaan Dasar dan Program). Kuala Lumpur:
Yusuf ismail. (1993). Dasar-dasar Kerajaan Malaysia. Penerbit A.S Noordeen
Ziauddin Sardar. (1981). Sains, Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam. Kuala Lumpur:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Laman Sesawang
http://kongrespendidikan.blogspot.com/2009/05/kelompangan-dan-masalah-dalam-
sistem.html
http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
http://myadha.blogspot.com/2012/03/pembentukan-pelan-pembangunan.html
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/sejarah-pendidikan-di-malaysia.html
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/cara-cara-mengatasi-dan-trenda-yang.html
TOPIK 7 ISU-ISU PEMBANGUNAN INSAN DAN MASYARAKAT

PENDAHULUAN
Dasar pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas negara
mencapai kemerdekaan selari dengan pembangunan ekonomi dan pembangunan
politik.Dasar ini dilaksanakan selaras kepada perpaduan kaun serta antara kaum bagi
menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Kerajaan telah mengambil langkah agak drastic dan
berkhemah untuk melaksanakan segala program pembangunan Negara beracuan Malaysia
Banyak program social yang dijalankan selari dengan dasar-dasar social meliputi Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Belia, Dasar Wanita Negara, Pelan Integriti
National dan lain-lain lagi.

Kebajikan Rakyat
Pendidikan teras untuk menjana rakyat supaya lebih efektif di dalam pembangunan jangka
panjang. Melalui sitem pendidikan kerajaan boleh mengubah mentality rakyak supaya lebih
berkualiti, berkretampilan dan sayangkan Negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji Dasar pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan:
1. Memberi tumpuan 3M ( membaca, menulis, mengira di sekolah rendah
2. Menubuhkan kelas pemulihan bagi pelajar lambat dan pengkayaan bagi pelajar
pintar.
3. Sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah
4. Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum disemua sekolah supaya pelajar lebih aktif.
5. Bahasa Melayu menjadi matapelajaran wajib di dalam semua peperiksaan.
6. Mencapai matlamat pendidikan di dalam perkembangan potensi individu di dalam
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

Slogan ‘Malaysia Boleh’


Kerajaan Malaysia di bawah Tun Dr. Mahathir Mohammad telah menggalakkan rakyat
Malaysia untuk melaksanakan ekspedisi dan eksplorasi ketempat-tempat yang boleh
mencipta nama di mata dunia.Sambutan daripada rakyat Malaysia amat menggalakkan. Di
antara kejayaan-kejayaan tersebut ialah :
1. Belayar mengelilingi dunia menggunakan kapal layar secara solo
2. Ekspedisi mendaki Gunung Everest
3. Pengembaraan di Khutub Selatan
4. Mendaki enam puncak benua
5. Berenang merentasi selat Inggeris

Integrasi Nasional Melalui Sukan


Penubuhan Kementerian Belia dan Sukan mempunyai matlamat untuk mewujudkan
perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan membentuk identity kebangsaan.
Pelbagai program sukan telah dirancang dan dilaksanakan oleh kementerian bertujuan untuk
menyuburkan perpaduan rakyat disamping meningkatkan bakat kesukanan sebagai teras
kesihatan rakyat. Sukan Malaysia yang diadakan setiap dua tahun sekali bermatlamat
menyatukan rakyat dari negeri negeri yang terdapat di Malaysia bersaing secara sihat untuk
mencapai kejayaan disamping melahirkan integrasi nasional. Penubuhan Majlis Sukan
Negara (MSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) merupakan satu
perancangan jangka panjang yang bertujuan meningkatkan mutu sukan Negara keperingkat
antarabangsa. Pembentukan Dasar Sukan Negara pada tahun 1988 telah memberi hala tuju
pembangunan sukan Negara mencapai matlamatnya yang bertarah dunia.Antara tokoh-tokoh
sukan Negara yang bertaraf dunia saperti Lee Choong Wei, Nicol n David, anak-anak Dato’
Haji Sidek.

Majlis Perundingan Negara


Majlis ini yang ditubuhkan pada 1970 selepas berlaku peristiwa berdarah 13 mei 1969
bertujuan mencari jalan bagi mewujudkan perpaduan dan kerjasama di dalam semua bidang
di antara kaum. Kerjasama dan perpaduan amat penting di dalam pembangunan social secara
saksama. Melalui perbincangan maka lahirlah Rukun Negara, Jabatan Perpaduan Rakyat.
Rukun Negara yang diistiharkan pada 31 ogos 1970 oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk
melahirkan masyarakat yang saintifik dan prograsif. Pelbagai program dilaksanakan untuk
mengukuhkan semula perpaduan kaum. Program tersebut telah mendapat kerjasama pihak
media dan orang ramai. Antara slogan program-program tersebut ialah ‘Kerjasama Teras
Kejayaan’.

Bahasa
Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Kerajayaan
telah menjalankan berbagai usaha untuk memupuk rakyat cintakan bahasa kebangsaan.
Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’telah menjadi penggerak tehadap penggunaan bahasa melayu
dikalangan orang ramai. Berkomunikasi di dalam hasa melayu boleh menyatupadukan kaum
kerana bahasa melayu boleh difahami oleh semua kaum.Semenjak tahun 1972 bahasa
melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan pada tahun 1982 telah
digunakan pula di Institut Pengajian Tinggi. Pada tahun 1990 Bahasa Melayu digunakan
secara rasmi di mahkamah di Malaysia.

Cara paling penting untuk mewujudkan 'jati diri' rakyat yang berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan
tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini meingkatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni
antara kaum di negara ini. Perpaduan rakyat antara satu sama lain mampu melahirkan jati diri
yang kukuh dalam diri seseorang individu. Ol€n itu, Penyata Razak telah diperakui dan
diluluskan menjadi Ordinan Pelajaranjjac&tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis
sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula
digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan
kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan
masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga
memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di
Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang
kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan
sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan l^giseJOtffekonomi negara. Secara tuntasnya.
inilah berkat hasil bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengant^; utama dalam sistem
pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.
Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selaras dengan konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada
kesejahteraan rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu
pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang
khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi^sdcali gus dapat melahirkan
golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi
pemangkin pcmbangunan bangsa dan negara.
Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai iingua-franca' dan juga
'bahasa kedua' akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi,
bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapatm^ngungkapkan pelbagai
genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi mep^stikan semangat dan kecintaan
terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa MeTayu memainkan peranannya sebagai
bahasa ilmu dan menigkatkan jati diri rakyat Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari
semasa ke semasa.

Kebudayaan
Kebudayaan kebangsaan amat penting di dalam sebuah Negara yang berbilang kaum dan
etnik bertujuan mengeratkan perpaduan, membentuk satu identity kebangsaan, mewujudkan
semangat nationalism,memperkukuhkan nilai-nilai hidup rakyat dan di samping membentuk
satu gaya hidup rakyat.
Kebudayaan kebangsaan yang diwujudkan adalah asas daripada Kongres
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.Hasil daripada kongres tersebut telah
menetapkan dasar-dasar kebudayaan kebangsaan yang mengandungi tiga elemen iaitu :
1. Kebudayaan penduduk asal dijadikan asas kebudayaan kebangsaan
2. Ciri-ciri kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh digabungkan ke dalam
kebudayaan kebangsaan.
3. Tidak terpesong daripada ajaran islam yang menjadi agama rasmi Negara.

Di ambang merdeka ke-48 ini amat sesuai kiranya kita berfikir sejenak tentang
proses pembudayaan dan hubungannya dengan jaji-diri. Pembudayaan dan jati diri adalah
dua istilah yang sering dilaung-laungkan, tetapi eptfaan kesannya kepada kehidupan mungkin
belum sejauhmana dapat dihalusi atau^difahami ke arah bersedia mendaulatkan negara
bangsa. Budaya biasanya dimengertikan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu
masyarakat yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan murni.
Cara hidup masyarakat Malaysia yang dahulunya mempunyai nilai- nilai murni yang
baik berdasarkan budaya timur kini mula mengikpt Kebudayaan Barat. Budaya barat seperti
black metal,minum arak dan lain-lain JoKfrnenjadi ikutan remaja di Malaysia. Hal ini arus
dibendug dengan segera. Masyarakgl^dalaysia aruslah mengubah pandangan dari barat ke
timur sejak hari ni. Kebudayaan yang baik mampu menguatkan jati diri seseorang individu.
Dengan terbentuknya jati diri lahirlah belia atau jenerasi yang mampu berdaya saing.
Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya
hidup adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik
dan berguna kepada individu atau masyarakat. Di atas 'tarikan' dan 'kebergunaan" inilah kita
membuat penilaian dan akhirnya meniru hak orang, lalu melakukan apa yang orang luaran itu
amalkan. Kemanusiaan sejagat sebenarnya tidak salah dalam mengejar ilmu tetapi
bagaimana ilmu atau informasi itu harus dicanai semuja'supaya mewujudkan jati diri negara
bangsa, ia adalah sesuatu yang tidak semua ben^ya melaksanakannya. Jika proses 'meniru'
ini beroperasi secara mendadak d^uwfielibatkan sebahagian besar lapisan masyarakat,
terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau akultrasi budaya.
Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar.
Naluri rasa, bau dan sentuh juga pentipg^tetapi ia agak mengekori amalan manusia
yang tampak dan didengar. Dalam konteksimTalam hiburan - filem dan muzik, misalnya,
menjadi
punca pengaruh yang paling hadapan. Soalan turutannya tentulah bagaimanakah harus kita
mencanai semula sajian luaran ini supaya sesuai d^ngan acuan jati diri bangsa Malaysia?
Jika proses 'canai semula' ini diketepikan, sebagaijHtma memang besar juga bilangannya
dalam masyarakat kita yang tidak mahu meaduktongnya, kita akan kerugian besar. Kita akan
terus ada negara bangsa tetapi dikhuatiri ia diisi persepsi dan amalan yang tidak berjati diri.
Ini bererti, masyarakat yang mendagangkan ilmu, amalan dan produk sosial mereka
itu akhirnya akan menembusi daya fikir dan daya penerimaan masyarakat yang meniru
mereka bulat-bulat. Apabila proses akultrasi bud^a ini yang boleh dianggap sebagai
penjajahan minda sudah menyeluruh danjn£nputi pelbagai lapisan kehidupan masyarakat
penerima, maka apa yang dipekikkc&rlsebagai jati diri tidak akan bererti banyak lagi. Pada
masa itu kita sebenarnya sudah 'dijajah' sekali lagi, cuma kali ini tidak melalui peluru dan
senjata. Ketangkasan kita bertindak dengan bijak dalam soal mempertahankan sosiobudaya
ini amat dirasai pada saat ini.

Dasar Sosial Negara


Dasar Sosial Negara (DSN) merupakan asas kepada semua dasar pembangunan sosial. Ia
memberi panduan bagi melaksana dan mengurus pembangunan social negara. Dasar ini
diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 Februari 2003 dan dilancarkan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri pada 19 Ogos 2003.
Pelaksanaan Dasar Sosial Negara (DSN) berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan
keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Matlamat DSN adalah
untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap
anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di
dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan,
demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan
matlamat wawasan 2020.

Pembentukan Jati Diri


Rakyat perlu mempunyai jati diri yang utuh, berusaha mencapai kecemerlangan,
yakin kepada kemampuan diri sendiri, tidak mudah mengalah kepada sesiapa, dan dihormati
diperingkat antarabangsa. Malaysia yang mempunyai masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang. Demokrasi yang telah lama
diamalkan di Malaysia menjadi contoh kepada banyak negara membangun di dunia. Selain
itu juga, rakyat Malaysia akan menjadi masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,
yang menjadikan negara kukuh yang berpegang kepada nilai-nilai agama.

Seterusnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga merupakan langkah lain
untuk membentuk jati diri dalam kalangan remaja. Pelaksanaan PLKN dan seterusnya
diwajibkan kepada semua remaja di Malaysia boleh menanamkan semangat cinta akan
negara. PLKN merupakan persediaan fizikal lengkap deng^p-^rsediaan dari segi kerohanian.
Sejajar dengan itu, remaja juga boleh mewujudkan pcprtffahaman dan perpaduan apabila
remaja berbagai-bagai bangsa tinggal bersama spldma tiga bulan. Di samping menanam jati
diri dalam kalangan pelajar, hubungan erat sesama rakan sebaya dapat dibentuk secara tidak
langsung dan akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain
seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Aktiviti kokurikulum di sekolah dan aktiviti oleh Kementerian Belia dan SUka atau
Rakan Mudajuga berkesan dalam membentuk remaja yang mempunyai jati diri. Aktiviti-aktiviti
sukan atau lain melatih pelajar dan remaja untuk menjadi insan yang tabah serta berpotensi
tinggi untuk menajdi pemimpin yang^berwibawa pada masa hadapan. Remaja belajar untuk
memimpin rakan sebaya dap^iiga memupuk nilai berdisiplin. Pakaian seragam yang dipakai
semasa aktiviti-aktivitidijalankan mampu membentuk dan memberi pelajar imej dan identiti.
Selaras dengan itu, remaja juga dibentuk menjadi satu generasi orang muda yang mempunyai
jati diri. Di samping itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum turut memupuk semangat kerjasama
sesama guru, rakan sebaya dan masyarakat setempat iaitu bagai aur dengan tebing dalam
peribahasa Melayu.
Jati diri akan membentuk ketahanan diri baei membolehkan seseorang berhadapan
hidup yang semakin mencabar dan membentukk^frampilan diri yang memberi gambaran
mengenai sesuatu bangsa atau negara asal rp^reka. Malangnya, jati diri terutama generasi
muda kini semakin terpinggir menyeb^Wcan mereka dilihat tidak memiliki keyakinan diri
hingga ada sesetengahnya teijebak'tfalam krisis identiti. Ketua Dua Gabungan Penulis
Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata globalisasi yang
bercanggah dengan jati diri menggugat usaha membina negara bangsa hingga berlaku
kecelaruan dalam menetapkan identiti sesuatu bangsa.

Aktiviti
1. Tunjukkan beberapa contuh aktiviti yang boleh dilakukan untuk membangunkan insan
dan masyarakay di Malaysia ?
2. Kenapa rakyat Malaysia perlu jati diri ?
3. Bagaimana budaya masyarakat Malaysia boleh mewujudkan jati diri rakyat Malaysia
?

RUJUKAN

A.Aziz Deraman,masyarkat dan kebudayaan Malaysia,siri lestari budaya,2005.


Abd Rahim Abd Rashid,Lai Chin Chin,Mohd Firdaus Hussin dan Sufean Hussin ,2004 .
Merokok di Kalangan Remaja Malaysa :Analisis Dasar Sosial,Shah Alam.
Abdul Hamid Mahmood (2006). Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Tanjong Malim:UPSI
Abdul Rashid melebek, Amat juhari moian,sejarah bahasa melayu,2006, utusan publications
& distributors sdn bhd.
Ann Wan Seng dan Khadijah Alavi,2003.Memahami Latar Belakang Penderaan Kanak-
kanak.Kuala Lumpur.
Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti Adalah
Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.
Lukman Z.Mohamad et al,2002.Keluarga,Gender dan cabaran Sosial Di Malaysia,Kuala
Lumpur.
Tun Dr. Mahathir Mohamed “Revisiting 2020: New Challenges for Malaysia,” dari
Reading on Development Malaysia 2057,edisi Nungsari dan Suryani, Kuala
Lumpur: Khazanah nasional Berhad,2009.m.s4.
TOPIK 8 ISU-ISU ALAM SEKITAR DALAM PEMBANGUNAN

8.1 PENDAHULUAN

8.2 KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR


1. Petempatan dan Perumahan Manusia
Antara bentuk pencemarannya meliputi pembukaan kawasan hutan untuk petempatan
menyebabkan hakisan tanah dan pencemaran air.
2. Perhubungan
Pembuangan toksid ke kawasan saliran. Tumpahan minyak oleh kapal-kapal yang
melalui selat dan lautan.
3. Pertanian
Penggunaan racum rumpai, racun serangga, baja kimia yang boleh menyebabkan
pencemaran saliran bila berlaku hujan, pencemaran air bawah tanah melalui resapan.
Berlaku hujan acid akibat proses pemeluapan.
4. Perlombongan
Sisa perlombongan saperti bijih timah, petroleum, emas telah mencemarkan kawasan
sungai dan tasik dan laut.
5. Perindustrian
Kilang-kilang yang didirikan yang melepaskan sisa buangan ke sungai, tasik dan laut
telah menyebabkan berlaku pencemaran air. Disamping itu asap yang dikeluarkan
oleh kilang juga telah menyebabkan pencemaran udara.

Pengurusan Alam Sekitar


1. Pembangunan Lestari
Sham Sani (1993) menyatakan konsep pembangunan lestari merujuk kepada pembangunan
yang berdasarkan kepada pembangunan berterusan yang mana sumber alam sekitar
dikekalkan secara berterusan untuk generasi akan dating menikmati kesejahteraan hidup.
2. Pemeliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan alam sekitar bertujuan melindungi atau menjaga sumber-sumber alam
sekitar. Ia dilaksanakan mengikut akta dan perundangan yang telah diwartakan saperti
“Akta Kualiti Alam Sekitar 1974”
3. Pemuliharaan Alam Sekitar
Bertujuan menggantikan sumber-sumber yang sudah pupus dan rosak atau membaik
pulih dengan yang baru.
8.3 ISU-ISU ALAM SEKITAR
{Dipetik dan disesuaikan mengikut keperluan tulisan : Eyu Ghim Siang, Timbalan Pendakwa
Raya, Jabatan Peguam Negara Sabah}

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu
kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana.
Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan
Soviet) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman
kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling.

Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar dan
tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam
media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di
Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air,
pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan
kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting


untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun
tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan
konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi
ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan menwarisi
masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah
berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai
kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai
kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah
diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut
dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-
isu tersebut.

8.4 MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN

Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-
kawalan itu mencukupi dan memadai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek
permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan
sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi
juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang
tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar
yang akan berlaku juga perlu diambil kira.

Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek


tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk
menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan
mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa
tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan
kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan
sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh
ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..

Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah
diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian
misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau
apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah
dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Begitu juga
apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia
boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya
ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu
dapat dijalankan sepenuhnya?

8.5 KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI

Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan
politik pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna
sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi
negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah.
Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek
pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan
alam sekitar.

Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam
sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan
rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satu pun daripada
rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma
seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan
yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada prioriti pembangunan ekonomi.

Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri
berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada
keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini
dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar
segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan
ekonomi semata-mata. Prinsip ‘check and balance’ yang diamalkan oleh peranan sistem
pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan
kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.

Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga


mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang
bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan
atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak
berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak
berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah
denda tidak lebih RM 10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala
hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak
lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan
yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di
sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan
sebagainya yang menyebabkan masalah ini.

Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa
lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak
yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar
yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus
melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.

Selain itu, berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam
isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas.
Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-
masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam
usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan
undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini
diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di
Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam
Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal-
hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua
buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan
sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air ,
kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri ,
Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan
Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.

Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta
Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan
oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan
Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai
jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di
Endau- Rompin.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin


akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000
ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua
Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan
tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan
orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada
pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen
pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana
Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.

Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan
dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan
sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik
badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar.
Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di
samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan
alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka.
Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah
megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang (
substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga
hingga kini (Rancangan Malaysia Ke- 9).

Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak


kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang
tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya
mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama
dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia
betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan
undang-undang persekutuan.

8.6 MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang
mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta
tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).

Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program,
JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak
semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan
sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya
tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini
berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada
pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya
kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai
kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain
atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam Sekitar apabila berlaku satu
pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya
Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan
kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil
tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika
Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih
mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan
tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji
dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak
sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu
pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang
bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan
perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini
dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit
penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.

Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber
alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa
kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak
dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka
melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang
membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap
mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan
perbuatan tersebut.

Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau
tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam
keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu
memainkan peranan dalam menyelesaikannya.

Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan
yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam
penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada
bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat
dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan
Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.

8.7 MASALAH KAKITANGAN

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta
Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan
pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada
tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan
peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan
kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar
untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat
dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan
kakitangan pada awal tahun berkenaan.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu.
Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi
masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan.
Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum
mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi
daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa
yang lain.

Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan
negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini
juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan
melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan
Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera
dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan
penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat
dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar
yang lebih baik.

Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat
dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik
menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak
menjalankan tugas dengan sambil lewa.

8.8 MASALAH KOS PENGURUSAN

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan


perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot
kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan
alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan
pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-
dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat
melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan
kakitangan JAS yang semakin meningkat.

Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan
alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20
tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini
menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun
jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak
mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-
hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan
pemuliharaan dan sebagainya.

Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak
swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan
yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti
mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa
membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah
pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.

8.9 MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi
kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat
pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang
bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan. Berdasarkan keadaan ini
terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang
mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu
kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan
iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan
Pelepasan Asap dan Gas) 1977.

Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang


pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan
mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau
mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang
diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam
sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam
sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya
hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa
tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air
ke atas daun keladi.

8.10 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang
dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin
meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal
menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat
dan golongan pelajar.

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai
matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan
Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti
Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar
diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk
pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil
ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara
untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti
masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan
persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.

Namun kini terdapat harapan dalam pendidikan alam sekitar di mana kerajaan
mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-
2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal.
Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan
penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.

8.11 KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan


laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam
penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai
terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering
dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam
seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.

Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi,
pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi
dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah
juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun
tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan


alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai
penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya
berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai
dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi
mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu
persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan
membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan
penguatkuasaan .

KESIMPULAN

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang
jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang
timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana
pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira
faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.

Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam
meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-
isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan
seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan
pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.

Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju
ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga
Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan
untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang
timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata.
Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa
mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita
terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang
sepatutnya percuma sahaja.

Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan
alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan
terancang untuk semua.

Aktiviti
1. Nyatakan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar ?
2. Bincangkan isu-isu alam sekitar yang menjadi topik hangat perbincangan rakyat
Malaysia ?
3. Jelaskan kenapa penguatkuasaan undang-undang sukar dilaksanakan terhadap
pesalah alam sekitar ?
4. Bagaimanakah system pendidikan negara dapat membantu menyedarkan murid-
murid dan pelajar di dalam menjaga alam sekitar ?

Rujukan:

Anda mungkin juga menyukai