Anda di halaman 1dari 8

Syed Alwi, mengakui kehadiran British di Perlis dengan penerimaan Meadows Frost sebagai

Penasihat British pertama di Perlis.

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu



    Maklumat selanjutnya: Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Perak

Perak ialah sebuah negeri di pantai barat Semenanjung Melayu dan pada abad ke-18 dan ke-19,
negeri itu dijumpai kaya dengan timah. Sebenarnya, Perak mempunyai mendapan aluvium timah
yang terkaya di dunia. Pada waktu yang sama, Eropah sedang mengalami sebuah revolusi
perindustrian dan ini menyebabkan permintaan timah yang besar. Pihak British serta juga
Belanda sedang aktif di negeri-negeri itu, dengan setiap mereka mencuba memonopoli
pengeluaran timah serta komoditi-komoditi lain yang kurang penting. Bagaimanapun, suasana
politik di Perak sentiasa bergolak hebat dan ini mengakibatkan kenaikan kos pelombongan
timah. Umpamanya pada tahun 1818, Siam memerintah Kedah untuk menyerang Perak.
Kekurangan keselamatan di Perak memaksa pihak British untuk melindungi Perak pada tahun
1826.

Semasa Perak meningkatkan operasi pelombongan secara berterusan, negeri itu mengalami
kekurangan buruh. Untuk mengatasi masalah ini, Long Jaafar, seorang pentadbir Melayu,
menjemput orang-orang Cina dari Pulau Pinang untuk bekerja di Perak, khususnya di Larut.
Menjelang dekad 1840-an, jumlah penduduk Cina di Perak meledak. Pendatang-pendatang baru
sering merupakan ahli kongsi gelap Cina. Dua kongsi gelap terbesar ialah Ghee Hin dan Hai San.
Kedua-dua kumpulan ini selalu mencuba menambah pengaruh mereka di Perak dan ini sering
mengakibatkan pertempuran kecil. Pertempuran-pertempuran kecil itu mencapai tahap yang
tidak dapat dikawali, dengan Menteri Besar Ngah Ibrahim juga tidak dapat menguatkuasakan
kedaulatan undang-undang dengan berkesan.
Raja Abdullah, kemudiannya Sultan Perak.

Pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa di istana Perak. Sultan Ali mangkat pada
tahun 1871. Pewarisnya ialah raja mudanya, Raja Abdullah. Walaupun demikian, beliau tidak
menghadiri pengebumian ayahnya. Amat serupa dengan kes Tengku Hussein dari Johor, Raja
Abdullah tidak dilantik sebagai sultan yang baru oleh menteri-menteri Perak. Sebaliknya, pewaris
yang kedua selepas Raja Muda, iaitu Raja Bendahara Raja Ismail, menjadi sultan Perak.

Raja Abdullah amat marah dan enggan menerima hakikat ini. Beliau mencuba mendapatkan
sokongan politik daripada berbagai-bagai sumber, termasuk ketua-ketua tempatan Perak serta
banyak kakitangan British yang pernah berurus niaga dengannya sebelum itu. Kongsi-kongsi
gelap dipergunakan untuk menjadi proksinya dalam perebutan kuasa tersebut. Antara individu-
individu British tersebut ialah W.H.M. Read, seorang pedagang British. Tambahan pula, Raja
Abdullah berjanji akan menerima seorang penasihat British jika pihak British mengakuinya
sebagai sultan Perak yang sah.

Malangnya Raja Abdullah, gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu, adalah Sir Harry Ord, seorang
kawan Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim mempunyai beberapa masalah yang belum diselasaikan
dengan Raja Abdullah. Dengan pertolongan Ord, Ngah Ibrahim menghantar askar-askar supai
dari India untuk menghalang Raja Abdullah daripada menuntut takhta dan pada setakat tertentu,
mengawal kongsi-kongsi gelap Cina.

Menjelang 1873, Pejabat Kolonial di London menganggap Ord sebagai seorang gabenor yang
tidak cekap. Tidak lama kemudian, beliau digantikan dengan Sir Andrew Clarke yang diperintah
memberi gambaran keseluruhan tentang apa yang terjadi di negeri-negeri Melayu serta
mencadangkan bagaimana memperkemas pentadbiran British di Tanah Melayu. Alasan
keputusan ini adalah kerana London semakin sedar bahawa Negeri-negeri Selat semakin
bergantung kepada ekonomi negeri-negeri Melayu, termasuk Perak. Sebaik sahaja Clarke tiba di
Singapura, banyak pedagang British, termasuk Read, berapatan dengan gabenor baru ini. Melalui
Read, Clarke mendapat tahu tentang masalah Raja Abdullah dan kesanggupannya untuk
menerima seorang wakil British di dalam istananya jika pihak British membantu bekas pewaris
raja itu.

Clarke terus merebut peluang untuk mengembangkan pengaruh British. Pada mula-mulanya,
beliau memanggil semua kongsi gelap dan mendesak supaya mereka mencapai kedamaian
yang tetap. Kemudian, melalui pemeteraian Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Clarke
mengisytiharkan Raja Abdullah sebagai sultan Perak yang sah. Dengan segera, J.W.W. Birch
dilantik sebagai Residen Perak. Raja Ismail, walaupun tidak merupakan salah satu pihak
perjanjian tersebut, dipaksa turun takhta, akibat tekanan Clarke yang sungguh kuat.

Selangor

    Maklumat selanjutnya: Perang Kelang
Bersama-sama dengan Perak, Selangor yang merupakan lagi sebuah negeri Melayu yang
terletak di sebelah sempadan selatan Perak, juga mempunyai banyak mendapan timah di sekitar
Hulu Selangor di utara, Hulu Klang di kawasan tengah, dan Lukut yang berdekatan dengan
Negeri Sembilan di selatan. Pada sekitar tahun 1840, pelombongan timah menjadi sebuah
industri yang besar di bawah pimpinan Raja Jumaat dari Riau. Usaha Raja Jumaat diganjar oleh
Sultan Muhammad dari Selangor yang melantik beliau sebagai pentadbir Lukut pada tahun
1846. Menjelang dekad 1850-an, kawasan ini muncul sebagai salah satu petempatan yang
paling moden di Semenanjung Melayu, jika Negeri-negeri Selat tidak diambil kira. Pada suatu
ketika, terdapat tidak kurang daripada 20,000 orang buruh yang kebanyakannya merupakan
orang Cina yang diimport dari China. Raja Jumaat meninggal dunia pada tahun 1864, dan
kematiannya mengakibatkan kekosongan pimpinan. Perlahan-lahan, Lukut merosot dan
dilupakan.

Kuala Lumpur ialah bandar raya terbesar serta ibu negara Malaysia.

Sementara itu, Hulu Klang mencapai pertumbuhan yang tidak pernah berlaku dahulu,
disebabkan oleh pelombongan timah. Antara tahun 1849 dan 1850, Raja Abdullah bin Raja
Jaafar, sepupu Raja Jumaat, dilantik sebagai pentadbir Klang oleh Sultan Selangor. Semasa
kepentingan ekonomi Lukut perlahan-lahan merosot, ekonomi Hulu Klang sedang memuncak. Ini
menarik banyak buruh, khususnya pendatang-pendatang Cina yang pernah bekerja di Lukut,
untuk berpindah ke sini. Seorang yang bertanggungjawab untuk memujuk orang-orang Cina
untuk berpindah dari Lukut ke Hulu Klang ialah Sutan Puasa dari Ampang. Beliau membekalkan
lombong-lombong jajahan di Hulu Klang dengan berbagai-bagai barang, termasuk beras dan
candu. Ketika Hulu Klang menjadi makmur, banyak petempatan lain mula ditubuhkan. Salah dua
daripada petempatan-petempatan yang baru ini ialah Kuala Lumpur dan Klang menjelang akhir
dekad 1860-an. Seorang kapitan Cina yang bernama Yap Ah Loy memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan Kuala Lumpur.

Seperti yang terjadi di Perak, perkembangan yang pesat ini banyak menarik minat pihak British di
Negeri-negeri Selat. Ekonomi Selangor menjadi terlalu penting kepada kemakmuran Negeri-
negeri Selat sehingga sebarang kekacauan di negeri itu akan menjejaskannya. Oleh itu, pihak
British berasa bahawa ia memerlukan hak bersuara dalam politik Selangor. Kekacauan utama
tunggal yang merupakan sebuah perang saudara ialah Perang Klang yang bermula pada tahun
1867.

Pada November 1873, sebuah kapal dari Pulau Pinang diserang oleh lanun berhampiran dengan
Kuala Langat, Selangor. Sebuah perbicaraan diadakan dekat Jugra dan lanon-lanon yang disyaki
dihukum mati. Sultan Selangor melahirkan rasa bimbang dan meminta bantuan daripada Sir
Andrew Clarke. Mula-mulanya pada tahun 1874, Frank Swettenham telah diarahkan untuk
bertindak sebagai penasihat Sultan Selangor. Lebih kurang setahun kemudian, seorang peguam
dari Singapura yang bernama J.G. Davidson dilantik sebagai Residen British di Selangor.
Walaupun Frank Swettenham juga dicalonkan untuk jawatan Residen itu, beliau dianggap terlalu
muda.

Perang Saudara tamat pada tahun 1874.

Sungai Ujong, Negeri Sembilan



Bendera Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan merupakan lagi satu pengeluar timah yang utama di Tanah Melayu. Pada tahun
1869, perebutan kuasa antara Tengku Antah dan Tengku Ahmad Tunggal berlaku ketika kedua-
dua putera itu berhasrat untuk menjadi Yamtuan Besar (pemerintah Negeri Sembilan) yang
berikut. Pertikaian antara kedua-dua putera ini membahagikan gabungan dan mengancam
kebolehpercayaan pembekalan timah dari Negeri Sembilan.

Sungai Ujong, sebuah negeri dalam gabungan, khususnya merupakan tapak bagi banyak
lombong tempatan yang penting dan yang dikuasai oleh Dato' Kelana Sendeng. Bagaimanapun,
Dato' Bandar Kulop Tunggal, ketua suku kaum tempatan, lebih berpengaruh berbanding dengan
Dato' Kelana, dan menerima banyak sokongan daripada orang-orang tempatan serta juga
daripada pendatang-pendatang Cina yang bekerja di lombong-lombong Sungai Ujong.
Kepopularan Dato' Kelana yang terhad memaksanya bergantung kepada lagi seorang ketua suku
kaum yang bernama Sayid Abdul Rahman untuk sokongan. Sayid Abdul Rahman adalah
Laksamana Raja Laut bagi gabungan tersebut. Hubungan yang tegang antara Dato' Bandar dan
Dato' Kelana mengakibatkan banyak kekacauan di Sungai Ujong.

Bagaimanapun, tahun-tahun sebelum 1873 merupakan tahun-tahun yang agak tenteram ketika
Dato' Kelana terpaksa memberi lebih banyak perhatian kepada Sungai Linggi kerana Rembau,
lagi sebuah negeri di dalam gabungan, mencuba merampas Sungai Linggi daripada kuasa
Sungai Ujong. Negeri Sembilan ketika itu dikaitkan dengan Melaka melalui Sungai Linggi, dengan
jumlah perdagangan yang besar melalui Sungai Linggi setiap hari. Sesiapa yang menguasai
Sungai Linggi akan memperoleh banyak kekayaan hanya melalui cukai.

Pada tahun 1873, Dato' Kelana Sendeng meninggal dunia, dan Sayid Abdul Rahman menjadi
Dato' Kelana baru. Bagaimanapun, kematian Dato' Kelana Sendeng tidak menyebabkan
perbaikan hubungan antara Dato' Kelana dan Dato' Bandar. Sebaliknya, keadaan merosot. Dato'
Kelana yang baru berasa amat risau terhadap pengaruh Dato' Bandar yang tidak terkawal dan
mencari cara-cara untuk membalas kuasa musuhnya.

Apabila pihak British bertukar kepada dasar tidak campur tangan pada tahun 1873 dengan
menggantikan Sir Harry Ord dengan Sir Andrew Clarke sebagai gabenor baru Negeri-negeri Selat,
Dato' Kelana dengan segera menyedari bagaimana pihak British dapat mengukuhkan
kedudukannya di Sungai Ujong. Dato' Kelana tidak membazir masa dan dengan cepatnya
berhubung serta melobi pihak British di Melaka untuk menyokongnya. Pada April 1874, Sir
Clarke merebut permintaan Dato' Kelana sebagai cara untuk membina kehadiran British di
Sungai Ujong khususnya dan Negeri Sembilan umumnya. Sir Clarke mengakui Dato' Kelana
sebagai ketua Sungai Ujong yang sah. Pihak British dan Dato' Kelana memeterai sebuah
perjanjian yang mendesak Dato' Kelana supaya memerintah Sungai Ujong dengan adil,
melindungi pedagang-pedagang, serta menghalang sebarang tindakan yang menentang pihak
British di sana. Dato' Bandar tidak dijemput untuk memeterai perjanjian ini dan oleh itu, beliau
berkata bahawa beliau tidak terikat kepada perjanjian tersebut. Tambahan pula, Dato' Bandar
dan orang-orang tempatan tidak bersetuju dengan kehadiran pihak British di Sungai Ujong, dan
ini mengakibatkan Dato' Kelana menjadi lagi tidak popular di sana.

Tidak lama kemudian, sebuah kumpulan yang diketuai oleh William A. Pickering — dari Kawasan
Naungan Cina di Negeri-negeri Selat — dihantar ke Sungai Ujong untuk menaksir keadaan bagi
pihak Negeri-negeri Selat. Beliau mendapat tahu tentang kesusahan Dato' Kelana dan
melaporkan hal ini kepada Negeri-negeri Selat. Ini memaksa pihak British menghantar 160 orang
title=Tanah_Melayu_British&oldid=5163465"

Last edited 4 months ago by 2001:E68:5408:EEE8:4133:CC1:37EB:DF9A

Wikipedia

Anda mungkin juga menyukai