Anda di halaman 1dari 1

Keadaan huru-hara di negeri-negeri Melayu.

Keadaan huru-hara berlaku di Negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Contohnya, perebutan takhta antara Raja Abdullah dan Raja Ismail di Perak.
Pada bulan Mei 1871, Sultan Ali telah mangkat di Sayong. Orang-orang besar Perak
yang telah berkumpul di Sayong telah mempersilakan Raja Muda Abdullah supaya
datang ke Sayong untuk dilantik sebagai sultan Perak untuk menggantikan almarhum
Sultan Ali itu. Namun, Raja Abdullah tidak menghadiri upacara pemakaman Sultan Ali
di Sayong walaupun dijemput. Oleh sebab itu, Orang besar melantik Raja Ismail sebagai
Sultan. Pada masa yang sama, masalah kongsi gelap Cina antara Puak Hai San dan
Ghee Hin juga merupakan faktor berlakunya huru-hara di negeri-negeri Melayu Perak.
Kedua-dua puak sering terlibat dalam pergaduhan mengakibatkan kegiatan perlombongan
bijih timah terjejas. Contohnya, perang larut yang berlaku pada tahun 1861 disebabkan
oleh tindakan Hai San menyekat aliran anak sungai Perak yang digunakan oleh Gee Hin
untuk mengangkut bijih timah. Peperangan tersebut menjejaskan pelaburan di bawah
kawalan British. Akhirnya, raja Abdullah minta bantuan British untuk mengiktiraf beliau
sebagai sultan Perak dan menyelesaikan masalah pergaduhan kongsi gelap cina.

Di samping itu, perebutan kuasa antara pembesar-pembesar Melayu ke atas kawasan yang
kaya dengan bijih timah turut menyumbangkan kepada berlakunya keadaan huru-hara di Tanah
Melayu seperti perebutan penguasaan Sungai Linggi mencetuskan pergaduhan antara
Dato kelana dan Dato bandar di daerah sungai Ujong, Negeri Sembilan. Selain itu,
perebutan kuasa antara raja Abdullah dan Raja Mahadi di Klang, Selangor yang telah
mencetuskan Perang saudara yang dinamakan Perang Klang, 1867. Perang Klang ini
telah menjejaskan perdagangan di Klang. Akhirnya, Tengku Kudin meminta bantuan
british untuk menyelesaikan pergaduhan ini.
Seterusnya, keadaan huru-hara juga berlaku apabila serangan lanun terhadap kapal-kapal
dagang yang berlayar di perairan Selat Melaka. Keadaan huru-hara ini menimbulkan
kebimbangan British kerana mengganggu kegiatan melombong bijih timah. Kegiatan
melombong bijih timah hampir berhenti dan hal ini merugikan syarikat-syarikat British
yang melabur modal di negeri-negeri Melayu.
Jelaslah bahawa, British campur tangan di negeri-negeri Melayu tidak bertujuan untuk
memulihkan keamanan tetapi bagi memastikan kepentingan ekonomi mereka tidak
terancam akibat huru-hara yang berlaku ini. Oleh itu, keadaan huru-hara di negeri-negeri
Melayu merupakan salah satu motif pengasasan British di negeri –negeri di Tanah
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai