Anda di halaman 1dari 15

EPPE 3433

PERBANDINGAN SISTEM EKONOMI

TAJUK :
TOKOH AHLI EKONOMI ISLAM : IBN TAIMIYAH, IBN KHALDUN

PENSYARAH :

NAMA AHLI KUMPULAN :


MUHAMAD AFIF BIN MOHAMAD (A136686)
PENGENALAN
Kemunculan ilmu ekonomi Islam pada tiga dekat belakangan ini, telah memberi perhatian
para ilmuan modern kepada pemikiran ekonomi Islam klasik. Selama ini, buku-buku tentang
sejarah ekonomi yang ditulis para sejarawan ekonomi atau ahli ekonomi, sama sekali tidak
memberikan perhatian kepada pemikiran ekonomi Islam. Kehidupan manusia tidak boleh
dipisahkan dengan masalah ekonomi yang mana melibatkan hubungan antara manusia dengan
manusia lain, hubungan itu harus didasarkan dengan norma-norma yang berlandaskan syariat
islam. Dalam sudut muamalah ini, ramai dari kalangan cendekiawan terulung masa silam telah
membincang dan membangunkan sistem ekonomi islam yang telah wujud semenjak zaman
rasulullah SAW. Dalam usaha membangunkan sistem ekonomi islam, sehubungan dengan ini
akan membincang tentang sumbangan Ibn-Taimiyyah dan Ibn-Khaldun dalam perkembangan
pemikiran ekonomi islam.

BIODATA IBN-TAIMIYYAH
Ibn-Taimiyyah adalah seorang tokoh ilmuan dan seorang tokoh mujahid yang terkenal yang
mempunyai ilmu yang sangat dalam tentang ajaran islam. Selain itu Ibn Taimiyyah dianggap
sebagai salah seorang pelopor ulung yang telah membuat rumusan menyeluruh mengenai
kerohanian dan kebendaan, juga mengenai hubungan diantara individu-individu dengan
masyarakat, dengan satu matlamat, iaitu supaya perintah dan panduan Allah yang khusus
berkaitan dengan keadilan sosial dapat dihayati dengan menyeluruh. Nama penuh beliau ialah
al-Imam al-Mujtahid Ahmad bin ‘Abd al-halim bin Abdus Salam bin al-Khadr bin Muhammad
bin Al-khdr bin Ali bin Abdillah bin Taimiyyah an-namiri al-harrani ad-Dimasyqi Abu al-
abbas Taqiyuddin Syaikh al-Is Alam. Ibn Taimiyyah hidup pada akhir abad ke 7 dan awal
abad ke 8 Hijrah,dilahirkan di Kota Harran pada hari Isnin. Pada tanggal 10 Rabiul Awal
tahun 661 Hijrah (bersamaan dengan 22 Januari 1263M). ‘Taimiyyah’ adalah nama ibu
datuknya yang paling tua (Muhammad), seorang pendakwah dan perawi hadith. Ibn-
taimiyyah tumbuh dengan kecerdasan yang luar biasa, mula-mula beliau belajar pada Ibn Abd
Daim, Al-Qasim Al- Irbili, Muslim bin ‘Allan dan pada Ibn Abi Amr.

Selanjutnya Ibn Taimiyyah membaca sendiri ilmu keislaman tanpa bimbingan seorang
guru. Namun dengan berbekal kecerdasan yang tinggi Ibn-Taimiyyah mampu mengalahkan
yang lain. Adz-Dzahahabi seorang yang melihat kehibatan Ibn Taimiyyah menceritakan
bahawa Ibn Taimiyyah sudah mempunyai kemampuan berdebad sebelum masa baligh dan
mampu mengarang, mengajar serta berfatwa padahal umurnya belum memasuki 20 tahun.
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah banyak mengetahui masalah figh Islam dari
berbagai mazhab yang ada. Walaupun beliau bermazhab Hanbali. beliau tidak terikat dengan
mazhab tersebut.

Ibn Taimiyyah telah menulis banyak kitab dengan pelbagai perbahasan. Beliau
banyak mengarang buku dan membuat ulasan yang cukup berfaedah.Cukup banyak karya-
karya pemikiran Ibn Taimiyyah termasuk dalam bidang ekonomi yang dihasilkan.Pemikiran
ekonomi beliau banyak terdapat dalam sejumlah karya tulisnya, seperti kitab Majmu ‘Fatawa
Syaikh Al-Islam, Kitab As-Siyasah Asy Syar’iyyah fi Ishlah Ar-Ra’I wa Ar-ra’iyah, serta kitab
Al-Hisbah fi Al-Islam. Dalam buku Al-hisbah fi al-Islam yang mempunyai tema utama ialah
Mengarahkan kebaikan,seluruh ekonomi dibolehkan selagi tidak bertentangan daripada
hokum syari’at dan mencegah kemungkara secara tegas. Dalam perbahasan, juga berkaitan
dengan etika dalam perniagaan dan peranan muhtasib dalam menyelia pelbagai aspek pasaran.

BIODATA IBN-KHALDUN

Nama penuhnya ialah Abu Zayd Wali al-Din ‘Abd al-Rahman b.Muhammad b. Muhammad b.
Muhammad b. al-Hasan b. Jabar b. Muhammad b. Ibrahim b. ‘Abd al-Rahman b. Khaldun al-
Hadrami al- Maliki. Beliau dilahirkan pada bulan Ramadhan tahun 732H/27 Mei 1322M di
Tunisia dan berasal dari puak Kindah yang menetap di Hadramaut sebelum kedatangan Islam.
Ketika pembukaan Andalus, kabilah tersebut telah berhijrah ke sana dan kemudiannya
berpindah pula ke Tunis. Di Tunis, Ibn Khaldun mempelajari bahasa Arab, al-Qur’an, Hadith,
Fiqh serta ilmu logik. Beliau pernah menjadi Setiausaha Sultan Tunis, Ibn Ishaq pada tahun
752H/1351M dan setiausaha Sultan Fas, Abu ‘Inan pada tahun 756H/1355M.

Beliau kemudiannya meninggalkan kerjayanya dalam bidang pentadbiran dan


menumpukan perhatian penuh dalam bidang penerbitan buku dan bahan ilmiah. Semasa
mengasingkan diri di Qal‘ah Awlad Salamah, beliau telah menghabiskan masa selama tiga
tahun untuk menghasilkan kitab al-‘Ibar. Sementara penulisan kitab Muqaddimah pula berjaya
dihabiskan pada bulan November 1377M. Dalam tahun 1373M, Ibn Khaldun telah
meninggalkan Qal‘ah Awlad Salamah dan mula berkhidmat dengan Sultan Tunis sebelum
berhijrah ke Mesir. Di Mesir, beliau bertemu dengan pemerintahnya iaitu al-Malik al-Zahir
Barquq yang menerima kedatangannya dengan baik. Setelah beberapa tahun di Mesir, beliau
kemudiannya menunaikan umrah di Mekah pada 1387M. Pada tahun 1400M, beliau melawat
Damsyik bersama-sama al- Nasir al-Faraj, iaitu pengganti al-Malik al-Zahir Barquq yang baru
berusia 10 tahun ketika itu. Dalam perjalanan pulang, mereka melawat Jerusalem, Bethlehem
serta Hebron dan kembali semula ke Mesir dalam bulan Mac 1401M. Ibn Khaldun meninggal
dunia lima tahun kemudian, iaitu pada 17 Mac 1406M dan dikebumikan di tanah perkuburan
sufi di Mesir.

Ibn Khaldun mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menganalisa dan


menyampaikan pendapat. Berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang politik,
pentadbiran dan kehakiman serta pengembaraannya ke merata tempat di dunia Islam, ia
memberi kesan yang mendalam terhadap penulisan karya sejarahnya yang ilmiah. Pemikiran
dan pendapatnya dalam teori sosiologi yang berasaskan pola- pola pembangunan, teori
nasionalisme dan faktor jatuh bangunnya sesebuah negara juga telah menjadikan beliau
seorang yang pakar dalam sosiologi. Karya-karya Ibn Khaldun yang terkenal ialah kitab al-
‘Ibar wa Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajam wa al- Barbar wa
man ‘asarahum min Zawi al-Sultan al-Akbar yang mengandungi tujuh jilid. Jilid yang pertama
ialah Muqaddimah dan merupakan satu pertiga daripada karya tersebut. Kandungan
Muqaddimah membahaskan tentang geografi, astronomi, pembangunan dan matematik. Selain
itu, turut dibincangkan tentang pengaruh geografi dan aktiviti ekonomi ke atas manusia
termasuk penggunaan mata wang, khususnya dinar yang akan dibincangkan ini.

SUMBANGAN IBN-TAIMIYYAH

Bagi setiap ahli pemikir ekonomi telah meninggalkan banyak jasa dan sumbangan untuk
kegunaan kita sekarang. Bagi Ibn-Taimiyyah, beliau telah sumbangkan teori atau kefahaman
tentang :

1. Harga yang adil


2. Kawalan harga
3. Mekanisme pasaran
4. Konsep upah yang adil
5. Konsep keuntungan yang adil
6. Wang dan Dasar kewangan

Harga yang Adil


Sumbangan terhadap harga, Ibn Taimiyyah membincang tentang harga yang adil, dalam Al-
Quran sendiri sangat menekankan keadilan dalam setiap aspek kehidupan umat manusia
termasuk aspek Ekonomi dalam aktiviti pasaran, khususnya harga.

Istilah harga yang adil juga telah disebutkan dalam beberapa hadis. Sekalipun
pengguna istilah tersebut sudah ada sejak awal kehadiran Islam, Ibnu Taimiyyah adalah orang
yang pertama kali memberi perhatian khusus terhadap permasalahan harga yang adil. Ibn
Taimiyyah sering kali menggunakan dua istilah dalam membahaskan persoalan yang berkaitan
dengan harga iaitu pampasan yang setara (‘iwadh al-mitsl) dan harga yang setara (tsaman al-
mitsl). Beliau menyatakan, “ pampasan yang setara akan diukur dan ditaksir oleh hal-hal yang
setara, dan inilah intipati keadilan di tempat lain, Ibn Taimiyyah membezakan antara dua jenis
harga, yakni harga yang tidak adil dan cacat hukum serta yang adil dan sah mengikut undang-
undang.Penetapan harga yang tidak adil dan cacat hukum adalah penetapan harga yang
dilakukan pada saat kenaikan harga-harga berlaku akibat persaingan pasaran bebas, yakni
kekurangan penawaran atau kenaikan permintaan.

Pihak berkuasa kerajaan dalam melakukan pengawasan harga harus dirundingkan


terlebih dahulu dengan penduduk yang berkepentingan. Tentang ini, Ibn Taimiyyah
menjelaskan sebuah kaedah, bahawa kerajaan harus menyelenggarakan musyawarah dengan
para perwakilan dan pasaran. Yang lain juga diterima hadir, kerananya mereka harus diperiksa
keterangannya. Setelah melakukan perundingan dan penyelidikan tentang transaksi jual beli,
kerajaan perlu menawarkan ketetapan harga yang disokong oleh para peserta musyawarah,
juga penduduk semuanya. Maka keseluruhannya semua harus sepakat dengan hal itu.

Kawalan harga

Ibn Taimiyyah juga membincang tentang kawalan Harga, dimana harga dalam sesebuah
pasaran mestilah ditentukan secara bebas seperti Kenaikan harga dibenarkan adalah kerana
kekurangan atau kenaikan permintaan. Penetapan harga yang boleh menyebabkan kecederaan
kepada pihak terlibat adalah tidak dibenarkan. Tetapi memastikan harga ditentukan hasil
perbincangan kedua pihak mesti dilaksanakan. Manipulasi pasaran dengan mengambil
kesempatan kemungkinan kenaikan harga adalah tidak dibenarkan. Kegiatan monopoli pasaran
boleh menjejaskan masyarakat. Maka, kawalan harga diperlukan untuk menentukan harga
patut. Disini juga membincang tentang syarat campurtangan atau syarat kawalan haraga dalam
pasaran. Kawalan harga boleh dilakukan jika, terdapat manipulasi penawaran, manipulasi
berlaku akibat daripada monopoli, manipulasi bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang
tinggi, kawalan terhadap penentuan harga untuk mendapatkan kadar harga yang adil serta
untuk membuang ketakadilan dalam pasaran pada sesebuah masyarakat.

Mekanisme Pasar

Ibnu Taimiyah mempunyai sebuah pemahaman yang jelas tentang bagaimana dalam suatu
pasaran bebas, harga ditentukan oleh kekuatan permintaan dan penawaran. Ibnu Taimiyah
menyebutkan dua sumber persedian, yakni pengeluaran tempatan dan import barang-barang
yang diminta. Untuk menggambarkan permintaan terhadap suatu barang tertentu, ia
menggunakan istilah raghbah fial-syai yang bermaksud hasrat terhadap sesuatu, yakni barang.
Hasrat merupakan salah satu faktor terpenting dalam permintaan. Faktor-faktor lain adalah
pendapatan yang tidak disebutkan oleh Ibnu Taimiyah perubahan dalam penawaran
digambarkanya sebagai kenaikan atau penurunan dalam persediaan barang-barang, yang di
sebabkan oleh dua faktor, yakni pengeluaran tempatan dan import.

Pernyataan Ibn Taimiyah diatas menunjuk pada apa yang kita kenal sekarang sebagai
perubahan fungsi penawaran dan permintaan, yakni ketika terjadi peningkatan permintaan pada
harga yang sama dan penurunan persediaan pada harga yang sama atau sebaliknya, penurunan
permintaan pada harga yang sama dan pertambahan persediaan pada harga yang sama . Apabila
terjadi penurunan persediaan yang disertai dengan kenaikan permintaan, harga-harga
dipastikan akan mengalami kenaikan, dan sebaliknya.

Namun demikian, kedua-dua perubahan tersebut tidak selamanya begitu. Apabila


permintaan meningkat sementara persediaan tetap, harga-harga akan mengalami kenaikan.Ibn
Taimiyah menjelaskan, "Apabila orang-orang menjual barangan dengannya dengan cara yang
dapat diterima secara umum tanpa disertai dengan kezaliman dan harga-harga mengalami
kenaikan sebagai akibat daripada penurunan jumlah barang, atau peningkatan jumlah
penduduk, hal ini disebabkan oleh Allah SWT.

Dalam pernyataan tersebut, Ibn Taimiyah menyebut kenaikan harga berlaku kerana
penurunan jumlah barang atau peningkatan jumlah penduduk. Penurunan jumlah barang dapat
disebut juga sebagai penurunan persediaan, sedangkan peningkatan jumlah penduduk dapat
disebut juga sebagai kenaikan permintaan.

Konsep Upah yang Adil

Konsep upah yang adil, Pada abad pertengahan, konsep upah yang adil dimaksudkan sebagai
tahap upah yang wajib diberikan kepada para pekerja supaya mereka boleh hidup secara layak
ditengah-tengah masyarakat. Berkenaan dengan hal ini, Ibn Taimiyyah merujuk pada tingakat
harga yang berlaku dipasar tenaga kerja (tas'ir fil a'mal) dan menggunakan istilah upah yang
setara (ujrah al-mitsl). Tentang bagaimana upah yang setara itu ditentukan, Ibnu Taimiyah
menjelaskan, "upah yang setara akan ditentuakan oleh upah yang telah diketahui (musamma ')
jika ada, yang boleh menjadi acuan bagi kedua belah pihak. Seperti halnya dalam kes jual dan
sewa, harga yang telah diketahui (tsaman musamma ') akan dilayan sebagai harga yang setara.

Konsep Untung yang Adil

Konsep keuntungan yang adil. Menurutnya, para peniaga barhak memperoleh keuntungan
melalui cara-cara yang boleh diterima secara umum tanpa merosakkan kepentingan dirinya
sendiri dan kepentingan para pelanggannya.

Berdasarkan definisi tentang harga yang adil, Ibnu Taimiyah medefinisikan untung
yang adil sebagai untung normal yang secara umum diperoleh dari jenis perdagangan tertentu,
tenpa merugikan orang lain. Ia menentang tahap keuntungan yang tidak lazim, bersifat
eksplotif dengan memanfaatkan ketidak pedulian masyarakat terhadap keadaan pasaran yang
ada. Ibnu Taimiyah memandang untung sebagai penciptaan tenaga kerja dan modal secara
serentak. Oleh kerana itu, pemilik kedua-dua faktor pengeluaran tersebut berhak memperoleh
bahagian keuntungan. Dalam hal berlaku perselisihan, beliau menyatakan bahawa keuntungan
dibagi menurut cara yang boleh diterima secara umum oleh kedua belah pihak, yakni pihak
yang melabur tenaganya iaitu pengusaha dan pihak yang melabur wangnya iaitu pemodal. Ia
menyatakan, "Kerana keuntungan merupakan tambahan yang dihasilkan oleh tenaga disatu
pihak dan harta dipihak lain, maka pembagian keuntungan dilakuan dengan cara yang sama
sebagai tambahan yang dicipta oleh kedua-dua faktor tersebut. Selain itu Ibn Taimiyyah
menyatakan bahawa untung diperoleh melalui tindakan yang boleh diterima, untung melalui
manipulasi adalah tidak dibenarkan dan juga tidak dibenar diskriminasi harga.

Wang dan Dasar Kewangan

Fungsi utama wang dalam pandangan Ibnu Taimiyah adalah sebagai nilai ukur (measurement
of value) dan media pertukaran (medium of exchange). Wang menjadi media untuk merubah
barang dari bentuk yang satu ke bentuk yang lain, sehingga wang tidak boleh dijadikan
komoditi. Wang berfungsi sebagai media pertukaran, sehingga tidak boleh dijadikan
perdagangan kerana bertentangan dengan tujuan pembuatan wang itu sendiri. Jika wang perlu
ditukar dengan wang, maka pertukaran tersebut harus lengkap (taqabud) dan tanpa ada jeda
(hulul). Jika dua orang saling bertukar wang, yang salah satu di antara mereka membayar
dengan kontan sementara yang lain berjanji akan membayarnya nanti, maka orang pertama
tidak boleh menggunakan wang yang dijanjikan dalam transaksi tersebut sampai ia benar-benar
dibayar. Hal ini menyebabkan orang pertama kehilangan kesempatan menggunakan wang
tersebut untuk memenuhi keperluannya. Itulah sebab Ibnu Taimiyah ketika menentang jual beli
wang.

Ibnu Taimiyah menentang keras terjadinya penurunan nilai mata wang dan percetakan
mata wang yang sangat banyak. Ia menyatakan, "Penguasa seharusnya mencetak fulus (mata
wang selain dari emas dan perak) sesuai dengan nilai yang adil (berkadar) atas transaksi
masyarakat, tanpa menimbulkan kezaliman terhadap mereka." Pernyataan tersebut
memperlihatkan bahawa Ibnu Taimiyah mempunyai beberapa pemikiran tentang hubungan
antara jumlah mata wang, jumlah keseluruhan transaksi dan tingkat harga. Kenyataan tentang
volume fulus harus sesuai dengan proporsi jumlah transaksi yang terjadi adalah untuk
menjamin harga yang adil. Ia menganggap bahawa nilai intrinsik mata wang, misalnya nilai
logam, harus sesuai dengan kuasa beli di pasaran sehingga tidak seorang pun, termasuk
penguasa, boleh mengambil untung dengan melebur wang tersebut dan menjual dalam bentuk
logam atau mengubah logam tersebut menjadi syiling dan memasukkannya dalam peredaran
mata wang.

Secara khusus, ia menentukan bahawa kos setiap pencetakan mata wang harus diambil
dari perbendaharaan Negara (Baitul Mal). Ia menyatakan bahawa penciptaan mata wang
dengan nilai muka yang lebih besar daripada nilai intrinsiknya dan kemudian menggunakan
wang tersebut untuk membeli emas, perak atau benda berharga lain dari masyarakat, akan
menyebabkan terjadinya penurunan nilai mata wang serta menghasilkan inflasi dan pemalsuan
mata wang. Ia menganggap perdagangan mata wang sebagai bentuk kezaliman terhadap
masyarakat dan bertentangan dengan kepentingan umum.

SUMBANGAN IBN-KHALDUN

Bagi Ibn-Khaldun pula, beliau merupakan pemikir ekonomi yang telah memberi sumbangan
pada :

1. Manusia dan Ekonomi


2. Teori Pengeluaran
3. Teori Nilai, Wang dan Harga
4. Teori Pengagihan
5. Teori sistem pasaran

Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis yang mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun
tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak
melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi
(economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam
(Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi
misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia
menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model
untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah
pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran
berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh
merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti
tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu
untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat
melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan
cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian
tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran.

Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan


tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal
daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.

Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai
pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu
barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. "Semua usaha
manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan.
Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui
penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah,
keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh
sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,
pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh
yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada
penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme
permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan
yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian.

Pencapaian matlamat tersebut merupakan prasyarat kepada kemampuan negara


menjana pembangunan ekonomi. Contoh yang jelas tentang pendekatan tersebut dapat kita
rujuk kepada ulasan beliau berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menggubal dasar
pencukaian negara. Pendekatan yang beliau kemukakan jelas memberi satu gambaran bahawa
kedua-dua sektor awam dan swasta sangat penting berperanan dalam memajukan ekonomi
negara. Yang lebih menarik beliau meletakkan peranan yang besar kepada sector swasta.

Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada
menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti
berikut: “Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit,
mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya
mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu
mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah
kewajipan terhadap orang perseorangan dantaksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai
akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran
terhadap orang perseorangan) akan meningkat.”

Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat penganalisaan berikut: “Setiap
kewajipan terhadap individu dan taksiran ditingkatkan, demi mendapat kutipan hasil cukai
(jibayah) yang lebih tinggi. Cukai kastam dikenakan terhadap barang-barang dagangan dan
dikutip dipintu-pintu kota. Kemudian, jumlah taksiran cukai dipertingkatkan dikenakan lepas
satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan budaya hidup mewah dan keperluan
negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan sehubungan dengannya. Akhirnya,
cukai yang dikenakan akan membebani rakyat, dan terlalu menyusahkan mereka. Pengenaan
cukai yang tinggi menjadi suatu keharusan dan tradisi, sebab peningkatan jumlah itu dilakukan
secara sedikit demi sedikit, dan tidak seorang pun secara khususnya tahu siapakah yang
meningkatkan jumlah itu, atau siapa yang mengenakannya. Mereka mengenakan kepada
hamba rakyat sebagai suatu tanggungjawab dan tradisinya. Taksiran itu meningkat melampau
batas kewajarannya. Akibatnya ialah, minat rakyat yang hendak menjalankan perusahaan akan
menjadi lenyap, kerana apabila mereka bandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan
yang mereka membandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan dan keuntungan dan
mereka lihat keuntungan yang mereka perolehi adalah begitu kecil, mereka menjadi putus asa.
Dengan demikian, ramai yang tidak terdorong untuk turut terlibat dengan budaya
mengusahakan. Sebagai akibatnya ialah pendapatan cukai keseluruhan akan menurun,
sepertimana menurunnya taksiran pendapatan orang perseorangan. Selalunya apabila
pengurangan itu disedari, jumlah yang diwajibkan terhadap individu dipertingkatkan.

Ini disifatkan sebagai membayar ganti rugi di atas pengurangan itu. Akhirnya,
kewajipan terhadap individu dan taksiran mencapai kepada hadnya. Tidak ada faedahnya untuk
meningkatkannya lagi. Kos untuk membiayai seluruh aktiviti keusahawanan sekarang ini
sudah menjadi begitu tinggi, cukainya menjadi terlalu membebankan, dan keuntungan yang
dijangkakan gagal dicapai. Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk
melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya,
sebab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.Sekiranya seseorang itu
memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti
keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan
ke atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan.
Dalam hal begini, orang berkenaan secara psikologisnya akan terangsang untuk melibatkan diri
untuk melakukannya kerana mereka berasa yakin akan mendapat keuntungan daripadanya.
Dan Allah s.w.t. penguasa segalanya, dan “yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu”.
(Surah 36:83)

Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian
negara kita dapat memahami pandangan beliau berkaitan peranan kerajaan (sektor awam) dan
kepentingan pengusaha (sektor swasta) dalam berperanan ke arah penyusunan sebuah ekonomi
dan seterusnya menjana kepada pertumbuhan ekonomi. Pengajaran yang boleh kita pelajari
adalah berikut:

i. Dalam menggubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga
semangat keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan.
ii. Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada
paras yang rendah.
iii. Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada
perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal. Akibat dari gelagat pemerintah
yang mewah,kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap
rakyat akan meningkat.

Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran. Jelas dari
pendekatan Ibn Khaldun terhadap dasar pencukaian negara, peranan sektor awam jika suasana
mengizinkan perlu diminimakan semoga sektor swasta dapat berperanan dengan lebih bebas
untuk membolehkannya memberi impak yang besar kepada kemajuan ekonomi negara.

Keberkesanan dalam memajukan keusahawanan ahli masyarakat (sektor swasta) adalah


teras utama kepada pembangunan ekonomi negara. Perlu kita fahami bahawa apabila Ibn
Khaldun menulis, khususnya dalam kitabnya Mukadimah Ibn Khaldun, kitab tersebut bukan
buku ekonomi.

Oleh itu sebagai pengkaji kepada pemikiran beliau berhubung dengan penyusunan
masyarakat untuk menjana ekonomi, pemikiran beliau tentang pendekatan yang perlu diambil
oleh kerajaan (sektor awam) dalam menggubal dasar percukaian negara jelas member
gambaran kepada kita bahawa, pertama beliau mengiktiraf kepentingan sektor awam dan
pengusaha (sektor swasta) berperanan secara tepat dan harmoni.

Kedua, pendekatan yang beliau anjurkan menepati teori penyusunan ekonomi masyarakat
(negara) mengikut Islam, iaitu dalam keadaan ekonomi yang stabil peranan sektor swasta perlu
diberi ruang yang seluasnya jika ekonomi negara hendak mencapai kemajuan yang tinggi.
Pendekatan yang di anjur oleh Ibn Khaldun yang selari dengan kehendak Islam, merupakan
satu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan bermasyarakat dan bernegara dalam rangka
menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan.

Ibnu Khaldun adalah raksasa intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapa
Sosiologi tetapi juga Bapa ilmu Ekonomi, kerana banyak teori ekonominya yang jauh
mendahului Adam Smith dan Ricardo. Artinya, ia lebih dari tiga abad mendahului para pemikir
Barat modern tersebut.

Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah karya ilmiah berjudul Abul Iqtishad : Ibnu
Khaldun. Artinya Bapak Ekonomi : Ibnu Khaldun. Dalam tulisan tersebut Ibnu Khaldun
dibuktikannya secara ilmiah sebagai pengagas pertama ilmu ekonomi secara empiris. Tulisan
ini menurut Zainab Al-Khudairi, disampaikannya pada Simposium tentang Ibnu Khaldun di
Mesir 1978.

Sebelum Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif,
adakalanya dikaji dari perspektif hukum, moral dan ada pula dari perspektif filsafat. Karya-
karya tentang ekonomi oleh para imuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic
bercorak tidak ilmiah, karena pemikir zaman pertengahan tersebut memasukkan kajian
ekonomi dalam kajian moral dan hukum. Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi
masyarakat dan negara secara empiris.

Ibn Khaldun membahaskan pelbagai ragam masalah ekonomi yang luas, termasuk ajaran
tentang tatanilai, pembahagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan,
penggunaan dan pengeluaran, wang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro
ekonomi dari pajak dan pengeluaran awam, daur perdagangan, pertanian, indusrtri dan
perdagangan, hak milik dan kemakmuran, dan sebagainya.

Teori sistem pasaran

Pada asasnya Ibn Khaldun telah mengemukakan teori sistem pasaran bebas akan tetapi
kebebasan yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ini mempunyai batas-batasnya dimana ia
memerlukan kepada pengawalan sikap dan emosi serta nilai-nilai lain yang perlu dalam
menjaga keharmonian masyarakat. Ibnu Khaldun juga membincangkan soal pengaruh
penawaran terhadap harga .

Beliau berkata: “….apabila barangan yang dibawa keluar itu sedikit dan berkurangan,
harganya akan naik. Sebaliknya apabila negeri itu berdekatan dan perjalanannya selamat, akan
terdapat ramai peniaga yang mengangkut barang, oleh itu barang akan berlebihan dan harganya
akan jatuh…”

Menurut keterangan daripada Ibnu Khaldun di dalam bukunya Muqaddimah


sebagaimana diatas, dapatlah disimpulkan bahawa ianya akan mengalihkan keluk penawaran
ke atas dimana tidak ada apa-apa perubahan ke atas keluk permintaan menyebabkan harga akan
naik kerana barangan semakin kurang dikeluarkan. Jika semakin banyak barang ditawarkan
maka harga akan menjadi lebih murah.

Dari segi barangan pula Ibn Khaldun telah membahagikannya kepada dua bahagian
iaitu barangan daruriyyah dan kamaliyyah. Daruriyyah merupakan barangan yang memenuhi
keperluan asas diri seperti tempat tinggal, pakaian perubatan dan pendidikan. Tanpa barangan
ini seseorang itu akan mengalami kesusahan dalam mengharungi kehidupan. Kamaliyyah pula
adalah barangan yang dikategorikan sebagai barangan mewah.

Ibnu Khaldun berpendapat barangan ini diminta segelintir individu dan ianya hanya
ditawarkan sedikit sahaja kerana barangan ini akan meningkat harganya. Ibnu Khaldun dalam
penulisannya ada mengemukakan tiga faktor yang mempengaruhi tingkat harga di pasaran
iaitu:

i. Permintaan ke atas barang sepertimana yang telah dijelaskan.


ii. Kos pengeluaran
iii. Tahap kekayaan atau jumlah pendapatan.

Beliau berkata bahawa ”Kos pekerja dan buruh adalah mahal di bandar-bandar yang
membangun dan bertamadun. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perkara ini. Pertama,
keperluan yang banyak kerana tempat-tempat mewah yang terdapat di Bandar-bandar. Kedua,
pekerja-pekerja industri meletakkan nilai yang tinggi pada kebolehan dan kemahiran yang
mereka miliki. Ketiga, orang ramai memiliki wang yang banyak untuk dibelanjakan dan
mereka mempunyai banyak keperluan yang memerlukan khidmat orang lain untuk memenuhi
keperluan-keperluan tersebut.”

Walaupun Ibnu Khaldun mengiktiraf sistem ekonomi pasaran bebas, akan tetapi beliau
amat menitikberatkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal pasaran. Beliau
menekankan kepada perlunya institusi Al-Hisbah, dimana al muhtasib akan berperanan dalam
mengawal operasi pasaran, mencegah penipuan dalam timbangan dan sukatan serta lain-lain
lagi.
SUMBER RUJUKAN :

1. Dr.Muhammad Abdul Mun’im Al-jamal. 2000. Ensiklopedia ekonomi islam, jilid 1.


Dewan Bahasa dan Pustaka : Penerbit Perpustakaan Negara Malaysia.
2. Mahmood Zahdi Haji Abdul Wajid. 2011. Kemilau Ilmuan Silam, 5 Tokoh Penggugat
Zaman. PTS Islamic Sdn.Bhd.
3. Mohd Hairi Nonchi. 2011. Ibn Taimiyyah : Pencetus Akidah Tasybih & Tajsim?.
Penerbit perniagaan Jahabersa.
4. Sayyed Abul Hasan’Ali Nadwi. 2005. Shaikh-ul-Islam Ibn Taimiyah : Life and
Achievement. Penerbit UK Islamic Academy.
5. Ahmed El-Ashker and Rodney Wilson. 2006. Islamic Economics A Short History
http://www.islam-and-muslims.com/Islamic-Economics.pdf
6. Farhan. 2010. Pemikiran Ibn Taimiyah.
http://usep-farhan.blogspot.com/2010/03/pemikiran-ibn-taimiyah.html.
7. Choirun Nisa. 2012. Sejarahn Pemikiran Islam.
http://seirachoirunnisa.blogspot.com/2012/12/normal-0-false-false-false-in-x-none-
x.html
8. Hashim Musa.2001. Falsafah, Logik, Teori,Nilai Dan Etika Melayu. Kuala
Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.
9. http://www.slideshare.net/gurusejprau/sumbangan-ilmuan-islam-ibnu-khaldum
10. http://www.scribd.com/doc/5467334/ibn-khaldun
11. Suriati (2008/2009), Tokoh Falsafah Islam, Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.

Anda mungkin juga menyukai