Anda di halaman 1dari 14

Rumah sejuk tanpa pendingin hawa

Oleh ADLAN JAAFAR




DARI luar, rumah dua tingkat yang mempunyai pagar berwarna hijau di Jalan SS2/53, Petaling
Jaya, Selangor kelihatan sama dengan rumah-rumah teres lain. Dengan jarum jam
menunjukkan tepat pada pukul 12 tengah hari, cuaca di luar kejiranan Petaling Jaya itu sangat
terasa bahangnya kerana terik matahari.
Namun, sebaik kaki menginjak lantai rumah berwarna hijau itu suasana nyaman dapat dirasa,
ditambah pula dengan putaran kipas siling menjadikan suasana sungguh menyegarkan.
Walaupun udara itu tidaklah terlalu sejuk seperti menggunakan pendingin hawa, namun ia
sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada isi rumah.
Rumah itu sebenarnya ialah ibu pejabat Pusat Untuk Alam Sekitar, Teknologi Dan
Pembangunan Malaysia (Cetdem) yang juga sebuah rumah contoh demonstrasi penyejukan.

Pengubahsuaiannya mula dilakukan pada bulan
Mac 2004 selama empat tahun dan siap
sepenuhnya pada Februari 2007.
Ia dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan
Pembangunan Antarabangsa Danish
menggunakan dana sebanyak RM1 juta dengan
kos pengubahsuaian sahaja menelan
RM40,200.
Kata Pengarah Eksekutif Cetdem, Anthony Tan
Kee Huat, ketika itu kosnya sangat mahal
terutama untuk bahan penebat.
Bagaimanapun, teknologi semakin berkembang
seiring dengan perjalanan masa menjadikan
bahan-bahan berteknologi yang lama menjadi
semakin murah.
Bumbung perangkap haba
Pengubahsuaian terbesar dilakukan pada bahagian bumbung yang diletakkan bahan penebat.
Menurut Anthony, bumbung atap genting memerangkap haba dan mampu menyimpannya
dalam masa yang lama.
Di antara atap genting dan penebat, terdapat sela yang menjadi laluan udara panas rumah
seterusnya keluar tanpa terperangkap dalam kediaman.
Secara saintifik, udara panas mempunyai ketumpatan yang kurang berbanding udara sekeliling
dan membolehkan ia naik ke atas.
Penebat yang dipasang pula membolehkan udara sejuk terperangkap dalam rumah sekali gus
dapat mengekalkan suhu pada nilai yang tetap.

TUMBUH-TUMBUHAN hijau di laman hadapan rumah turut
memberi impak suhu udara di dalam rumah.


ANTHONY menunjukkan perbezaan suhu di dalam dan
luar rumah yang mempunyai sistem penyejukkan.

Penebat berjenama Rockwool itu berwarna
kekuningan dan diperbuat daripada batu-batuan
gunung berapi. Ia amat sesuai menjadi penebat
suhu pada atap genting yang mampu mencecah suhu 40 darjah celsius.
Rekaan rumah biasa yang digunakan sekarang menyebabkan udara panas terperangkap di
dalam dan masalah semakin ketara terutama kediaman jenis kondominium. Ia berlaku kerana
tiada laluan udara panas untuk keluar.
Secara purata, suhu rumah akan turun dalam lingkungan tiga darjah celsius dan penurunan
menjadi lebih banyak jika dibandingkan dengan suhu luar.
Ketika ditemui, Anthony menunjukkan bacaan suhu dalam rumah yang diukur setiap hari adalah
pada 27 darjah celsius ketika jam mula menunjukkan pukul 1 petang.
Penghuni rumah akan mempunyai kecenderungan memasang alat pendingin hawa apabila
suhu dalam rumah melebihi 30 darjah celsius. Jadi apabila suhu berada sekitar 27 darjah
celsius, ia sudah memberi keselesaan kepada penghuni rumah, terang lelaki yang menetap di
Subang Jaya itu.
Apabila menggunakan alat penyejukan seperti pendingin hawa, penggunaan tenaga elektrik
meningkat kerana ia memakan tenaga elektrik hampir 34 peratus daripada keseluruhan
penggunaan dalam sehari.
Selain itu, kedudukan rumah juga memainkan peranan penting sama ada menghadap matahari
terbenam atau terbit, kata Anthony.
Suhu udara matahari terbit lebih rendah berbanding matahari terbenam. Jadi, rumah yang
terbaik adalah menghadap matahari terbit.
Di hadapan rumah dua tingkat itu terutamanya pada bahagian tingkap terdapat struktur
penahan matahari. Ia diperbuat daripada aluminium dan direka secara condong. Kecondongan
plat dapat memantul cahaya matahari supaya tidak terus sampai ke dalam rumah.


Struktur penahan matahari dipasang pada jarak
tertentu supaya cahaya yang sampai hanya
pantulan yang terhasil daripada penahan itu.
Pantulan itu kurang silau dan cahaya serta
suhunya agak rendah berbanding secara terus.
Bahan-bahan lain yang lebih murah seperti
buluh dan kayu juga boleh digunakan untuk
dijadikan sebagai penahan matahari, terang
Anthony kepada Kosmo!
Jimatkan tenaga
Jika terdapat ruang tanah di hadapan rumah,
pokok-pokok renek sesuai ditanam bagi
memastikan udara yang masuk ke rumah lebih
dingin kerana ia melakukan proses fotosintesis.
Di halaman rumah bernombor 17 itu, sayur-
sayuran yang ditanam secara organik
menghiasi laman sekali gus dapat menjimatkan
perbelanjaan rumah.
Menambahkan lagi teknologi tinggi pada rumah
itu, bahagian bumbung rumah dipasang enam
keping plat solar fotovoltan (PV) yang dapat
menjana bekalan elektrik 2,000 watt sehari.
Menggunakan inverter (penyongsang), bekalan
elektrik yang dijana dihantar ke Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pihak TNB mempunyai skim
Fit In Tarif (FIT) yang dapat menjimatkan bekalan elektrik dengan keuntungan RM1 bagi setiap
1,000 watt jam.
Rumah yang dingin, hanya perlu menggunakan kipas tanpa pemasangan ala penyejukan
tambahan seperti pendingin hawa. Kipas hanya menggunakan 70 watt jam berbanding
pendingin hawa yang memakan tenaga sebanyak 750 watt jam.
Mungkin terdapat individu di luar sana yang mengatakan bahawa sudah cukup pintu dan
tingkap ditutup dengan langsir, tetapi Anthony berpendapat sebaliknya.

SELAIN penebat, plat solar yang menjana elektrik daripada
cahaya matahari mampu menjimatkan penggunaan
bekalan tenaga.


Ruang antara kain langsir dan tingkap masih
lagi memerangkap suhu panas. Apabila kipas
dihidupkan, putarannya menyebabkan kain
langsir bergerak sekali gus udara panas
memasuki ruang rumah.
Pemindahan haba berlaku dan kipas sahaja
tidak mungkin mencukupi dalam menyejukkan
rumah. Mengikut data yang diberikan Cetdem,
penggunaan elektrik untuk menyejukkan rumah
memakan bekalan elektrik tertinggi iaitu
sebanyak 34 peratus berbanding peti sejuk
yang dihidupkan setiap masa iaitu 23 peratus.
Selain itu, rumah demonstrasi itu turut
mengamalkan tuaian air hujan bagi penggunaan
mencuci rumah dan menyiram tanaman.
Sebuah tangki mampu menampung air
sebanyak 900 liter atau dua meter kubik jadi, air yang disampaikan oleh pihak Syabas boleh
digunakan untuk tujuan minuman sahaja.
Lampu kalimantang sudah tidak digunakan lagi di rumah tersebut yang diganti dengan mentol
jimat tenaga dengan memberikan kecerahan yang sama, tetapi lebih tahan lama.
Selain itu, Anthony menasihati orang ramai supaya menaikkan sedikit suhu pendingin hawa
kerana setiap satu darjah celsius dinaikkan, penggunaan elektrik bagi pemampat akan
berkurangan sebanyak 10 peratus.
Semua perubahan yang kelihatan ringkas dan leceh itu menjadikan rumah dua tingkat di
Petaling Jaya itu sebuah kediaman yang memiliki kecekapan tenaga.


Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=
in_01.htm#ixzz32Eo29tPV
Hakcipta terpelihara








BAHAN kekuningan ini digunakan sebagai penebat suhu
dalam rumah.

Rumah sejuk jimat tenaga
Oleh Laupa Junus(Wartawan Utusan)

Pada Julai tahun 2001, Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan produk terbarunya, Cool Roof dan
hasilnya satu Cool House (Rumah Sejuk) dapat dibina.
Cool Roof itu merujuk kepada satu sistem penyejukan rumah tanpa pendingin hawa yang dikatakan
mampu mengurangkan penggunaan tenaga dalam sebuah rumah. Dengan itu suhu dalam rumah lebih
selesa.
Produk terbaru itu adalah hasil penyelidikan dua penyelidik UPM iaitu Mohd. Peter Davis dan Nor Azian
Nordin.

Menurut Nor Azian, komponen penting dalam sistem tersebut ialah penggunaan bumbung rumah
menggunakan besi putih yang dikenali sebagai lysaght mewah tile, kerajang alumunium serta kapas batu
(rock wool) sebagai penebat haba.

Nor Azian berkata, UPM kini akan memajukan sistem tersebut dan bercadang membina sebuah rumah
contoh jenis Quarter-D Houses (empat buah rumah dua tingkat satu bumbung) dengan setiap rumah
mengandungi tiga bilik.

Rumah tersebut yang akan dikenali sebagai Rumah Suhu Selesa merupakan rumah reka bentuk baru
yang menggunakan sepenuhnya teknologi Cool Roof tersebut iaitu pada semua bahagian bumbung
dipasang dengan sistem berkenaan.

Beliau berkata, matlamat pembinaan rumah tersebut ialah bagi membuktikan keberkesanan sistem Cool
Roof yang dipasang pada dua buah rumah contoh sejak setahun lalu.

Katanya, Cool Roof kini sedang diuji di sebuah rumah teres setingkat di Taman Sri Serdang sejak tahun
lepas dan sebuah lagi rumah teres dua tingkat di Subang Jaya setahun sebelum itu.
Ujian awal menunjukkan satu keadaan yang selesa diperoleh dalam rumah tersebut selepas bumbung
dipasang dengan Cool Roof setebal 15 sentimeter.

``Pemasangan sistem dibuat pada bumbung kerana 80 peratus haba diserap oleh bumbung,'' kata Nor
Azian.
Sistem Cool Roof boleh dipasang pada rumah yang sudah siap dengan anggaran kos RM10,000.
Bagaimanapun katanya, ujian tersebut mungkin tidak begitu tepat membuktikan keberkesanan Cool
Roof kerana kedua-dua rumah tersebut tidak menggunakan sepenuhnya sistem tersebut pada bahagian
bumbung rumah.

``Tambahan pula kita sukar mengawal gerakan atau kegiatan dalam rumah, jumlah penghuni yang tidak
kekal serta jumlah tenaga yang dibebaskan daripada penghuni serta peralatan elektrik yang digunakan,
tidak dapat dikawal sepenuhnya,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, idea membina rumah tersebut timbul selepas pihaknya berjaya menggunakan
sistem yang menunjukkan simulasi dalam rumah yang diperkenalkan oleh Universiti Teknikal Denmark.
Pihaknya memilih universiti berkenaan kerana negara berkenaan merupakan salah sebuah negara yang
terkenal dalam projek penjimatan tenaga.
Universiti berkenaan memperkenalkan satu perisian yang dikenali sebagai BSim2002 dengan kos
sebanyak RM14,000.

``Dengan kerjasama Universiti Teknikal Denmark, kita berjaya mendapat idea bagaimana hendak
hasilkan sebuah rumah berkonsep baru yang kita namakan Rumah Suhu Selesa.
``Melalui program BSim 2002, kita mengenal pasti elemen penting untuk menghasilkan suhu selesa
kerana mudah mengawal isi rumah dan mengawal apa juga kegiatan dalam rumah,'' katanya.
Dengan adanya kawalan tersebut, pihaknya dapat menjangkakan pola perubahan suhu dalam rumah
sepanjang tahun.

Selain itu katanya, selepas memperoleh profil suhu rumah, pihaknya boleh mengenal pasti faktor lain
yang mempengaruhi suhu dalam rumah iaitu dinding, lantai, tingkap, bahan binaan, arah binaan dan
keadaan di halaman rumah.
Katanya, suhu yang paling selesa dalam sebuah rumah ialah 280C manakala jika berada di bawah kipas
suhunya ialah 300C.

Dengan adanya teknologi baru dalam menjangka keadaan suhu rumah menggunakan perisian Bsim2002,
maka suhu di dalam rumah boleh dikurangkan sebanyak 40C.
``Selepas menggunakan sistem ini suhu dapat diturunkan kepada antara 290C dan 300C,'' katanya.
Pendek kata, reka bentuk binaan dan sistem Rumah Suhu Selesa UPM itu akan menggunakan sistem
Cool Roof serta hasil simulasi daripada BSim2002.
Rumah ini direka khas untuk menggunakan tenaga secara efisien yang hanya memerlukan kaedah
pengudaraan sebelah malam bagi mengekalkan suhu selesa, katanya.
Rumah ini katanya hanya memberikan 1.7 unit ketidakselesaan suhu terutama di tingkat atas
berbanding 18.7 unit bagi rumah teres biasa.

Ia mampu mengekalkan suhu di dalam rumah dengan hanya tambahan RM12 bagi kos elektrik sebulan
dengan suhu rumah pada 300C. Ini berlainan dengan rumah teres biasa yang memerlukan kos yang
tinggi untuk mewujudkan suhu yang sama.

Menurut beliau, kajian untuk mewujudkan satu sistem penjimatan tenaga dan menghasilkan suhu selesa
dalam rumah bermula sejak 14 tahun lalu.
Kajian awal daripada rumah kampung mendapati haba panas dalam rumah dikesan pada waktu siang
yang kemuncaknya berlaku antara 10 pagi dan 4 petang tetapi bertukar sejuk pada waktu malam. Ini
berlainan dengan rumah teres yang sentiasa dalam keadaan panas dan hanya selesa untuk 5 jam sahaja.
Daripada kajian mendapati, profil suhu persekitaran adalah berbeza iaitu suhu selesa dapat dirasai lebih
daripada 14 jam, terutamanya pada waktu malam. Dengan kelebihan itu, ia memberi kita idea untuk
menukar udara panas di dalam rumah dengan udara sejuk persekitaran.
Justeru Rumah Suhu Selesa itu bukan sahaja mengambil kira bumbung sebagai penebat haba tetapi
bahagian lain seperti bahan binaan, tingkap dan arah kedudukan juga memainkan peranan dalam proses
penghasilan Rumah Suhu Selesa.

``Faktor dinding pula tidak kurang pentingnya kerana dinding yang mempunyai kapasiti haba yang tinggi
serta bertebat, kerana ia akan bertindak sebagai penampan dan menghalang kenaikan suhu secara tiba-
tiba iaitu pada waktu malam udara sejuk dari luar akan disedut masuk untuk menggantikan udara panas
yang terperangkap di dalam rumah,'' katanya.

Rumah tersebut katanya dijangka siap pada 2004 dan dianggarkan bernilai RM45,000 (tidak termasuk
harga tanah dan juga infrastruktur yang utama).
























27 November 2010
6 cara membuat rumah sejuk tanpa AC
Diposting oleh admin di 11/27/2010
Bagi warga yang tinggal di kota-kota besar, seperti Jakarta, Surabaya, Medan, dan
lainnya, maka pasti merasakan bagaimana panasnya suhu di kota ini. Tidak hanya siang
hari, bahkan di malam haripun bisa membuat tidak dapat tidur, saking panasnya. Solusi
paling gampang adalah dengan memasang mesin pendingin atau ac (air conditioning).
Efeknya rumah pasti dingin, tapi kantung jadi panas, karena harus mengeluarkan biaya
tambahan untuk membayar rekening listrik. Apakah ada cara untuk membuat rumah
sejuk tanpa ac?
Dengan memasang ac di rumah maka tagihan rekening listrik pasti akan naik. Itu pasti. Kecuali kalau nekat
mencuri listrik yang dialirkan oleh perusahaan setrum negara, PLN. Padahal tarif listrik di negara kita ini
bisa dibilang tidak murah. Jika hal ini tidak disiasati, maka bisa-bisa menggerogoti
pendapatan/penghasilan kita. Berikut ini adalah 6 cara membuat rumah sejuk tanpa ac.
1. Agar jalan masuk dan keluarnya udara lancar, maka pastikan rumah memiliki banyak bukaan. Bukaan ini
dapat berupa jendela atau lubang angin. Selain itu, pintu juga dapat memberi andil, apabila ia berupa
pintu kassa yang dapat mengalirkan udara.
2. Letak bukaan juga harus diperhatikan. Secara ideal, dalam sebuah ruang, bukaan diletakkan
berseberangan, agar terjadi pergerakan udara. Biasanya ini disebut dengan ventilasi silang. Usahakan
jendela atau lubang angin di rumah tidak hanya terdapat di satu sisi dinding.
3. Mengusahakan ketinggian plafon yang memadai juga dapat membantu membuat rumah sejuk tanpa
ac. Idealnya, ketinggian plafon minimal adalah 3 m. Alasannya adalah dengan plafon yang tinggi, udara
panas yang berasa dari pemanasan di atap tidak akan dirasakan di bawah, tempat dimana penghuni
rumah melakukan kegiatan.
4. Dengan menambahkan kisi-kisi di bukaan, maka ini dapat melindungi bukaan dari panasnya sinar
matahari. Sehingga, udara dapar tetap mengalir masuk ke rumah, sementara teriknya matahari dapat
dikurangi. Dengan demikian tidak memanaskan udara di dalam rumah.

5. Jika memungkinkan, tambahkan kolam di sekitar rumah. Hal ini dikarenakan uap air dari kolam dapat
mendinginkan temperatur disekitarnya, sehingga udara yang melalui atas kolam akan memiliki suhu lebih
rendah. Udara inilah yang nantinya akan diarahkan masuk ke dalam rumah.
6. Pepohonan mampu menurunkan suhu udara. Sehingga pastikanlah lingkungan di sekitar rumah kita
memiliki banyak pepohonan rindang. Dengan adanya pepohonan ini, udara yang akan masuk ke dalam
rumah merupakan udara yang sudah lebih sejuk. Dengan demikian, dapat membantu membuat rumah
sejuk tanpa ac.














Rumah Tetap Sejuk, Meski Tanpa AC
Manipulasi Matahari dan Angin
Sebagai negara tropis, Indonesia memang dilimpahi sinar matahari dan curah hujan yang tinggi.
Teorinya, Jika sudah didalam rumah, kita terpayungi dari panas matahari. Tapi kenyataannya seringkali
tidak, rumah dapat meneruskan panas matahari, bahkan membuat panas itu terperangkap didalamnya.
Nah, saat kita memasuki rumah, kulit akan menyerap panas yang terperangkap. Itulah sebabnya kita
merasa panas dan lembab.



Untuk mendapat rumah yang dingin, ada 2 hal yang bisa dilakukan. Yang pertama adalah upaya
mengurangi radiasi matahari, sehingga rumah tidak terasa panas. Yang kedua adalah bagaimana cara
kita memanfaatkan angin untuk mengurangi panas yang sudah terlanjur masuk kedalam rumah. Angin
bisa membantu pelepasan panas dari kulit tubuh sehingga kita merasa nyaman, angin juga dapat
menurunkan suhu ruangan sekitar 3C.



Ada beberapa aspek yang bisa diolah agar panas tidak memanggang rumah :
Orientasi
Untuk menghindari panas, bangunan bisa dihadapkan kea rah utara-selatan,. Arah ini memungkinkan
kita mendapatkan terang matahari, tanpa ikut memasukkan panasnya ke dalam rumah.


Desain bangunan
Dalam keadaan terbataspun, bangunan bisa didesain sedemikian rupa hingga mampu memasukkan
angin. Misalnya dengan penggunaan courtyard yang bisa menangkap angin atau menggunakan tembok
untuk membelokkan arah angin hingga angin akan melewati daerah yang diinginkan.


Kulit bangunan (dinding dan atap)
Karena berada paling luar, dinding dan atap berhadapan langsung dengan matahari, dan sangat mungkin
menyerap radiasi matahari. Karenanya, pemilihan material atap dan dinding bangunan sangat penting.
Material seperi beron, seng, asbes, aspal lebih menyerap pa
nas dibanding genteng atau ijuk. Bata lebih menyerap panas disbanding bambu atau kayu. Warna
bangunan juga sangat berpengaruh. Warna cerah akan memantuklan cahaya matahari sehingga panas
yang di serap lebih sedikit.
Bukaan pada bangunan
Bukaan-bukaan mesti didesain agar bisa mendulang cahaya matahari dan angin, tanpa memasukkan
panasnya. Misalnya saja dengan menggunakan shading, memilih jenis kaca yang bisa menahan radiasi
matahari, atau menggunakan jendela ganda.

Lingkungan sekitar bangunan
Alam sekitar bisa diolah untuk mendinginkan bangunan, misalnya dengan menanam pohon, atau
membuat kolam air.

Anda mungkin juga menyukai