Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Green Building atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang
bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga
termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan
persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakan
dikebanyakan bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah,
rumah kediaman dan banyak lagi.
Bangunan Hijau atau bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang direkabentuk,
dibina, diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuan
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup
bangunan itu. Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemen
semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan.

Foto 1: Contoh bangunan hijau

Tujuan bangunan hijau


Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar, penghuni
dan bangunan itu sendiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau direkabentuk
dan dibina.

Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir.
Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan
pencahayaan, kesegaran dalam bangunan (penyaman udara), dan sebagainya secara
berkesan dan tidak membazir. Selain itu, bangunan hijau ini menggalakkan penggunaan
tenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan
berkualiti.

Melindungi penghuni daripada mengalami building sick dan meningkat produktiviti


para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan
merujuk kepada bangunan itu yang mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada di
dalamnya yang mengalami sakit. Hal ini berlaku apabila ruang kerja yang tertutup dan
tiada pengudaraan dari luar bangunan boleh menyebabkan penghuninya mengalami
masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas. Kebanyakan bangunan
yang dibina pada ketika ini menggalakkan penghuninya memasang penyaman udara
untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang sama, udara ini
tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh penyaman udara.
Andaikata terdapat seseorang mengalami sakit selesema di tempat kerja, lambat laun
semua orang dalam pejabat itu akan dijangkiti.

Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan


penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlaku
apabila

struktur

bangunan

yang

dibina

ini

direkabentuk

semata-mata

untuk

mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap kaca yang
boleh mengalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak
langsung, haba yang dibebaskan dari lampu elektrik dapat dikurangkan.

Kebaikan bangunan hijau


Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan,
penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau:
Kebaikan kepada alam
sekitar
Meningkatkan dan
melindungi ekosistem dan
kepelbagaian hidupan.

Kebaikan kepada
ekonomi
Mengurangkan kos
operasi.

Kebaikan kepada
kesihatan dan komuniti
Meningkatkan kualiti
udara, terma dan bunyi di
persekitaran.

Meningkatkan kualiti udara Meningkatkan nilai aset


dan air.
dan keuntungan.

Meningkatkan keselesaan
dan kesihatan penghuni
bangunan.

Mengurangkan
pembuangan bahan
tercemar.

Meningkatkan

Mengurangkan masalah
infrastruktur tempatan.

Melindungi sumber asli


semulajadi.

Mengoptimumkan prestasi Meningkatkan kualiti


kitar hidup ekonomi.
hidup.

produktiviti dan kepuasan


pekerja.

Kos kitar hidup bangunan lebih rendah kerana kurang melakukan


penyelenggaraan mesin-mesin dan peralatan bangunan.

Mengurangkan liabiliti bangunan.

Lebih mesra alam.

Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakan


elemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunan
yang tertutup kerana lebih nyaman dan
selesa.

Kos rekabentuk bangunan yang lebih jimat.

Bahan-bahan yang digunakan dalam


bangunan hijau
Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para perekabentuk bangunan cuba
mencari kaedah alternatif dalam merekabentuk infrastruktur mementingkan keselesaan dan
kesihatan penghuninya. Akhirnya, dengan memasukkan elemen semulajadi ke dalam rekaan
bangunan, bangunan hijau berjaya dihasilkan. Sehingga kini bangunan hijau masih dalam kajian
bagi menambahbaik fungsi dan keberkesanannya kepada penghuni dan alam sekitar.
Di dalam bangunan hijau terdapat semua yang diperlukan oleh penghuninya. Malah
bangunan hijau juga turut kurang kerja-kerja penyelenggara, kurang penggunaan tenaga elektrik,
udara dalam bangunan yang segar dan sentiasa berlaku peredaran udara dalam dan luar
bangunan, kurang penggunaan air dan banyak lagi. Pembinaan bangunan hijau ini perlulah
dibuat dari peringkat awal lagi iaitu ketika proses merekabentuk bangunan tersebut. Pengurusan
elemen-elemen hijau juga perlu diwujudkan agar ianya berterusan memainkan peranan dalam
mengujudkan bangunan hijau.

Foto 2: Contoh rekabentuk berkonsepkan bangunan hijau

Tingkap dan pintu kaca


Penggunaan kaca dalam pembinaan bangunan terutama bangunan pencakar langit sudah tidak
asing bagi kita. Hampir kebanyakan bangunan yang tinggi di serata dunia menggunakan kaca,
sebagai contoh Menara Berkembar Petronas, Malaysia (KLCC). Di dalam rekaan bangunan
hijau, kaca dapat mengurangkan penggunaan pencahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik.

Foto 3: Rumah bertingkap kaca


Foto 3 di atas menunjukkan sebuah rumah di mana tingkapnya diperbuat daripada kaca. Dengan
penggunaan tingkap kaca ini, lampu elektrik tidak perlu dipasangkan pada waktu siang kerana
cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam rumah sudah memadai untuk menerangi ruang
dalam rumah berkenaan. Di dalam bangunan hijau yang bertingkap kaca juga, penggunaan
langsir amat tidak digalakkan kerana langsir ini akan meminimakan cahaya yang masuk ke
dalam ruang itu. Tambahan lagi, kaca senang dibersihkan kerana licin dan berkilat.

Tumbuh-tumbuhan
Elemen utama dalam bangunan hijau ialah tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan adanya tumbuhtumbuhan, seolah-olah merekalah nadi bangunan itu. Tumbuhtumbuhan sangat berguna kepada
manusia kerana mereka berperanan menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Selain
itu, meletakkan tumbuh-tumbuhan hijau dalam bangunan dapat menyegarkan pandangan
penghuninya. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan kepanasan dalam bangunan iaitu

dengan membebaskan wap-wap air ketika proses fotosintesis. Mengikut kajian sains, tumbuhan
hijau mampu mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Foto 4: Tumbuhan hijau dalam bangunan


Selain itu juga, kebanyakan bangunan besar pada masa sekarang menggunakan rumput-rumput
hijau sebagai pelindung atap daripada cuaca panas terik. Rumputrumput yang ditanam ini
mampu menyejukkan persekitaran dalam bangunan. Dengan menggunakan rumput dan pokokpokok yang kuat menyerap air, air hujan yang turun dan jatuh ke atas bumbung akan diserap. Air
ini juga digunakan sebagai sumber air untuk kegunaan dalam bangunan. Mekanisme ini berlaku
apabila air hujan ini diserap ke dalam tanah dan disalurkan ke dalam tangki yang tersimpan di
bawah bangunan. Tangki ini mampu menyimpan air pada kuantiti yang banyak. Oleh itu,
penjimatan air dapat dikurangkan berbanding bangunan yang menggunakan air dari syarikat
bekalan air bersih.

Foto 5: Rumput hijau yang ditanam di atas bumbung bangunan

Tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik


Pada masa jangka masa pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat mahal kerana kos
pembelian dan pemasangannya. Tetapi pada masa jangka panjang, tenaga solar amat
menjimatkan kerana tenaga ini boleh diperbaharui dan sangat sesuai digunakan di negara yang
mengalami hujan dan panas sepanjang tahun. Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini
kebiasaannya dipasang di atas atap atau di satu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari
pancaran matahari.

Foto 6: Tenaga solar dipasang di atas bumbung rumah

Penggunaan bahan kitar semula


Bahan kitar semula merupakan satu bahan buangan yang digunakan semula untuk kegunaan lain.
Kaedah kitar semula ini dapat mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam semula jadi.
Sebagai contoh, air yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk atau air yang keluar dari
mesin basuh boleh digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.

Penggunaan cat warna cerah


Penggunaan cat pada bangunan juga mempengaruhi kadar penyerapan haba matahari. Warna
cerah mampu memantulkan haba lebih tinggi berbanding warna gelap. Secara tidak langsung,
warna bangunan mempengaruhi kadar kepanasan dalam bangunan.

Bukaan berlubang pada bangunan


Rumah Melayu Tradisional merupakan suatu contoh bangunan yang mempunyai ciri-ciri
bangunan hijau. Rumah ini lebih sejuk jika dibandingkan rumah konkrit. Rumah Melayu
Tradisional mempunyai siling yang tinggi dan mempunyai bukaan pada dindingnya(kerawang).
Foto di bawah menunjukkan rekabentuk rumah melayu awal 40an-60an.

Secara teorinya, rumah melayu mempunyai kerawang bagi membenarkan udara panas keluar dari
rumah. Manakala udara sejuk akan masuk ke dalam rumah melayu bukaan lain seperti pintu,
tingkap dan bukaan lain. Di kebanyakan tempat peranginan pesisir pantai, elemen pintu
mempunyai celah-celah boleh mengizinkan angin laut masuk ke dalam bangunan walaupun pintu
ditutup pada waktu malam.

Foto 7: Pintu mempunyai celah

Selain itu juga, penggunaan kerawang pada sisi atap rumah juga dapat mengurangkan silau
matahari masuk ke dalam rumah. Di samping itu juga, kebanyakan Rumah Melayu Tradisional
mempunyai balkoni yang bertujuan mengurangkan cahaya matahari sampai ke dinding rumah.
Hal ini dapat mengurangkan haba panas matahari masuk ke dalam rumah.

Teknik membina bangunan hijau


Di dalam proses membina rumah hijau terdapat beberapa teknik atau kaedah selain
menggunakan elemen bangunan hijau. Di antara teknik tersebut ialah;

Menentukan orientasi bangunan


Orientasi bangunan di sini bermaksud kedudukan sisi bangunan itu. Di dalam kajian pakar-pakar
arkitek, bagi memaksimumkan cahaya pasif datang dari luar(cahaya matahari), orientasi
bangunan itu perlulah mengambil kira terbit dan terbenamnya matahari. Pada sisi bangunan ini,
ruang tingkap dan pintu perlu diperbuat daripada kaca dan tidak dipasang tabir bagi
memaksimumkan percahayaan masuk ke dalam bangunan. Secara tidak langsung, penjimatan
penggunaan tenaga elektrik untuk memasang lampu dapat dilakukan.

Penggunaan bahan campur dalam penyediaan konkrit


Zaman serba moden pada masa kini, bangunan tinggi memerlukan konkrit sebagai asas
pembinaan. Sebagai contoh bangunan hijau ialah One Bryant Park, Manhattan, New York.
Bangunan ini direkabentuk oleh seorang arkitek yang telah bercadang memasukkan elemen hijau
ke dalamnya. Elemen ini bermula dari peringkat awal pembinaan lagi. sangat mengejutkan lagi,
asas elemen bangunan ini ialah besi yang diperbuat daripada campuran besi buang yang diproses
mencari besi bangunan yang berkekuatan tinggi pada mampatan dan tegangan. Semasa dalam
proses menghasilkan besi ini, sisa besi akan turut terhasil. Lebih mengejutkan, sisa ini tidak
dibuang begitu sahaja malah digunakan dalam campuran penyediaan konkrit. Mengikut beliau,

campuran ini boleh mengurangkan kadar pembebasan karbon dioksida ke udara sekali gus dapat
mengurangkan kesan rumah hijau.

Berdasarkan konsep One Bryant Park ini, arkitek berkenaan menyatakan dalam channel
Discovery Channel, bangunan ini mempunyai udara dalam bangunan yang lebih bersih dari luar
bangunan. Mengikut rekaan bangunan ini, 100 kaki dan ke atas bangunan ini akan memperolehi
udara bersih dan udara ini akan memasuki ke segenap ruang dalam bangunan pada bila-bila
masa. 95% bangunan ini menggunakan udara semula jadi sebagai pengudaraannya. Oleh itu
penjimatan penggunaan penyaman udara dan pembebasan CFC dapat dikurangkan. Foto 8
menunjukkan konsep binaan bangunan One Bryant Park.

Foto 8: Konsep One Bryant Park, Manhattan, New York

Penutup
Isu global yang paling hangat dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa ialah isu
global seperti global warming. Global warming berlaku disebabkan kerakusan manusia yang
mengejar pembangunan dan tidak mengutamakan peranan alam sekitar. Dalam beberapa dekad
ini, barulah kita menjalankan penyelidikan berkenaan bangunan hijau serta peranannya kepada
manusia. Pada ketika ini telah banyak bangunan hijau telah dibina dan masih dalam penyelidikan
bagi menambahbaik lagi fungsi dan sumber-sumbernya. Penggunaan elemen hijau, mesra alam
dan tidak membazir boleh mewujudkan bangunan hijau yang efektif. Dalam usaha mewujudkan
suasana tempat kerja dan kediaman yang selesa dan sihat, pembinaan tradisional kita pada hari
ini perlu beralih arah dengan memasukkan elemen bangunan hijau di dalam rekaan bangunan di
samping pembangunan yang serba pesat. Di antara bangunan hijau yang popular ialah
The Urban Cactus(Rotterdam), 340 on the Park(Chicago), Waugh Thistleton Residential
Tower(London), The Burj al-Taqa (Energy Tower, Dubai), The Hearst Tower(New York
City), The CIS Tower(Manchester, England), The Lighthouse Tower(Dubai), The Pearl
River Tower(Guangzhou, China), The Bahrain World Trade Center(Kingdom of Bahrain), The
old Time Favorite(Mesiniaga Tower, Malaysia) dan banyak lagi.

Lampiran
Konsep bangunan hijau

Anda mungkin juga menyukai