Anda di halaman 1dari 9

Pendahuluan Green Buildingatau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra

alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenagatermasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakandikebanyakan bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah,rumah kediaman dan banyak lagi.Bangunan Hijau atau bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang direkabentuk,dibina, diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuandengan menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup bangunan itu.Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemensemulajadi seperti tumbuhtumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan

Contoh bangunan hijau

Tujuan Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar, penghunidan bangunan itu sendiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau direkabentuk dan dibina. Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir.Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan pencahayaan, kesegaran dalam bangunan (penyaman udara), dan sebagainya secara berkesan dan tidak membazir. Selain itu, bangunan hijau ini menggalakkan penggunaantenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan berkualiti.Melindungi penghuni daripada mengalami.building sickdan meningkat produktiviti para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan merujuk kepada bangunan itu yang mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada didalamnya yang mengalami sakit. Hal ini berlaku apabila ruang kerja yang tertutup dantiada pengudaraan dari luar bangunan boleh menyebabkan penghuninya mengalami masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas. Kebanyakan bangunan yang dibina pada ketika ini menggalakkan penghuninya memasang penyamanudara untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang sama, udaraini tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh penyaman udara.Andaikata terdapat seseorang mengalami sakit selesema di tempat kerja, lambat laun semua orang dalam pejabat itu akan dijangkiti. Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlaku apabila struktur bangunan yang dibina ini direka bentuk semata-mata untuk mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap kaca yang boleh mengalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak langsung, haba yang dibebaskan dari lampu elektrik dapat dikurangkan.

Kebaikan bangunan hijau Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan, penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau: Kebaikan kepada alam sekitar Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidupan. Meningkatkan kualiti udara dan air. .Mengurangkan pembuangan bahan tercemar. Melindungi sumber asli semulajadi. Kebaikan kepada ekonomi Mengurangkan kos operasi. Meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Mengoptimumkan prestasi kitar hidup ekonomi. Kebaikan kepada kesihatan dan komuniti Meningkatkan kualitiudara, terma dan bunyi di persekitaran. Meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bangunan. Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan. Meningkatkan kualiti hidup. Kos kitar hidup bangunan lebih rendah kerana kurang melakukan penyelenggaraan mesinmesin dan peralatan bangunan. Mengurangkan liabiliti bangunan. Lebih mesra alam. Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakanelemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunan yang tertutup kerana lebih nyaman dan selesa. Kos rekabentuk bangunan yang lebih jimat.

Bahan-bahan yang digunakan dalam bangunan hijau Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para perekabentuk bangunancuba mencari kaedah alternatif dalam merekabentuk infrastruktur mementingkankeselesaan dan kesihatan penghuninya. Akhirnya, dengan memasukkan elemen semulajadi ke dalam rekaan bangunan, bangunan hijau berjaya dihasilkan. Sehingga kini bangunan hijau masih dalam kajian bagi menambah baik fungsi dan keberkesanannya kepada penghuni dan alam sekitar.

Di dalam bangunan hijau terdapat semua yang diperlukan oleh penghuninya.Malah bangunan hijau juga turut kurang kerja-kerja penyelenggara, kurang penggunaan tenaga elektrik, udara dalam bangunan yang segar dan sentiasa berlaku peredaran udaradalam dan luar bangunan, kurang penggunaan air dan banyak lagi. Pembinaan bangunan hijau ini perlulah dibuat dari peringkat awal lagi iaitu ketika proses merekabentuk bangunan tersebut.Pengurusan elemen-elemen hijau juga perlu diwujudkan agar

ianya berterusan memainkan peranan dalam mengujudkan bangunan hijau.

Reka bentuk berkonsepkan bangunan hijau

Tingkap dan pintu kaca Penggunaan kaca dalam pembinaan bangunan terutama bangunan pencakar langitsudah tidak asing bagi kita. Hampir kebanyakan bangunan yang tinggi di seratadunia menggunakan kaca, sebagai contoh Menara Berkembar Petronas, Malaysia(KLCC). Di dalam rekaan bangunan hijau, kaca dapat mengurangkan penggunaan pencahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik

Rumah bertingkap kaca

Foto di atas menunjukkan sebuah rumah di mana tingkapnya diperbuat daripadakaca. Dengan penggunaan tingkap kaca ini, lampu elektrik tidak perlu dipasangkan pada waktu siang kerana cahaya matahari yang memancar masuk kedalam rumah sudah memadai untuk menerangi ruang dalam rumah berkenaan. Didalam bangunan hijau yang bertingkap kaca juga, penggunaan langsir amat tidak digalakkan kerana langsir ini akan meminimakan cahaya yang masuk ke dalam ruang itu.Tambahan lagi, kaca senang dibersihkan kerana licin dan berkilat.

Panel solar dipasang pada bumbung rumah

Tenaga solar Pada masa jangka masa pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat mahal kerana kos pembelian dan pemasangannya.Tetapi pada masa jangka panjang, tenaga solar

amat menjimatkan kerana tenaga ini boleh diperbaharui dan sangat sesuai digunakan di negara yang mengalami hujan dan panas sepanjang tahun.Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini kebiasaannya dipasang di atas atapatau di satu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari pancaran matahari.

Pengunaan bahan kitar semula Bahan kitar semula merupakan satu bahan buangan yang digunakan semula untuk kegunaan lain. Kaedah kitar semula ini dapat mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam semula jadi. Sebagai contoh, air yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk atau air yang keluar dari mesin basuh boleh digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.

Pengunaan cat berwana terang Penggunaan cat pada bangunan juga mempengaruhi kadar penyerapan haba matahari. Warna cerah mampu memantulkan haba lebih tinggi berbanding warna gelap. Secara tidak langsung, warna bangunan mempengaruhi kadar kepanasan dalam bangunan.

Bukaan berlubang pada bagunan

Rumah Melayu Tradisional merupakan suatu contoh bangunan yang mempunyai ciri-ciri bangunan hijau. Rumah ini lebih sejuk jika dibandingkan rumah konkrit.Rumah Melayu Tradisional mempunyai siling yang tinggi dan mempunyai bukaan

pada dindingnya(kerawang).Foto di bawah menunjukkan reka bentuk rumah melayu awal 40an-60an. Secarateorinya, rumah melayu mempunyai kerawang bagi membenarkan

udara panas keluar dari rumah.

Manakala udara sejuk akan masuk ke dalam rumah melayu bukaan lain seperti pintu, tingkap dan bukaan lain. Di kebanyakan tempat peranginan pesisir pantai, elemen pintu mempunyai celah-celah boleh mengizinkan angin laut masuk ke dalam bangunan walaupun pintu ditutup pada waktu malam.

LAMPIRAN Konsep bangunan hijau

Anda mungkin juga menyukai