Anda di halaman 1dari 39

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

MAKSUD NASIONALISME
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Perasaan
tersebut membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad
kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada
cengkaman ekonomi dan pengaruh kebudayaan asing.
Gerakan nasionalisme

juga

merupakan

usaha

masyarakat

tempatan

menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa
luar. Penentangan masyarakat tempatan didorong oleh hasrat untuk membebaskan
negara mereka daripada kuasa penjajah.
Penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah
bermula pada awal abad ke-20.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

LATAR BELAKANG PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Penentangan terhadap British oleh pemimpin dan rakyat tempatan bermula pada
abad ke-19. Gerakan penentangan ini berlaku pada awal kedatangan British ke
Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi masyarakat tempatan untuk menjaga
kepentingan mereka daripada dicerobohi oleh orang luar. Penentangan berlaku
disebabkan dasar penaklukan British terhadap daerah mereka.
Penentangan berlaku di Naning, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak
dan Sabah. Antara pemimpin penentangan itu termasuklah Penghulu Dol Said, Dato
Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan lain-lain. Walaupun penentangan tersebut tidak
mencapai kejayaan, namun ia menjadi pemangkin kepada kebangkitan nasionalisme
selepasnya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN


TERHADAP PENGLIBATAN BRITISH

Penentangan terhadap British adalah disebabkan dasar penaklukan British


terhadap Negeri-Negeri Melayu. Dasar tersebut bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya. Dengan itu tanah jajahannya menjadi luas dan kawasan tersebut
akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya Naning dipaksa menjadi
tanah jajahan British dan dikehendaki membayar ufti. Penghulu Dol Said menentang
kehendak British dan hal ini menyebabkan berlakunya peperangan.
Pihak British juga ditentang kerana hasrat mereka untuk menguasai sumber
ekonomi tempatan. Mereka menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian dengan
pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat
dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Penentangan oleh pemimpin tempatan adalah kerana British telah memaksakan


pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British telah memperkenalkan sistem
cukai, undang-undang dan peraturan tanah. Contohnya di Terengganu, British telah
menetapkan setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah
mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini sangat
bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
Penentangan juga berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam
tempatan. British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang bertentangan
dengan amalan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contohnya di Perak, J.W.W.
Birch telah melarang amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan beliau itu
ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan


kehilangan kuasa memungut cukai. Mereka juga kehilangan pengaruh ke atas anak
buah dan kawasan pegangannya. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang British.
Penentangan juga berlaku kerana kesulitan yang dialami oleh penduduk
tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan menyebabkan mereka memberikan kerjasama
untuk menentang British.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN PENGHULU DOL SAID DI NANING

Penentangan oleh Penghulu Dol Said berlaku antara tahun 1831 1833. Beliau
tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai jajahan takluknya.
Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada British di
Melaka.
British menghantar tentera untuk menakluki Naning pada tahun 1831. Pasukan
British ditentang oleh Penghulu Dol Said. Penghulu Dol Said yang dibantu oleh
Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato Kelana Sungai Ujong dan Penghulu
Gemencheh telah berjaya mengalahkan tentera British
British menyerang Naning sekali lagi pada tahun 1832. Pada kali ini Penghulu
Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun. Penghulu Dol Said mengalami kekalahan.
Penghulu Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN
LINGGIR, RENTAP DAN SYARIF MASAHOR DI SARAWAK

James Brooke menjalankan dasar penaklukannya ke atas daerah Saribas pada


tahun 1849. Linggir sebagai pemimpin kaum Iban di Saribas enggan menyerahkan
daerah tersebut menyebabkan beliau bertindak menentang James Brooke. James
Brooke dan Kapten Farquhar telah menghalang pelayaran Linggir di sungai Saribas.
Linggir bertindak menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar namun beliau dan
pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
James Brooke juga berusaha menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang.
James Brooke menganggap orang Iban di sungai Skrang sebagai lanun. Rentap telah
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman itu.
Rentap berjaya menghalau James Brooke. Tentera James Brooke telah bertindak balas
dengan membakar kampung Rentap. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.
Mereka diserang sekali lagi oleh tentera James Brooke. Tentera James Brooke berjaya
mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai
Entabai dan serangannya semakin lemah.
James Brooke berusaha menguasai Sungai Rajang. Tindakan James Brooke itu
menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa
memungut cukai dan kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Oleh itu,
mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka. James Brooke telah
membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudiannya menyerang James Brooke di
Kuching. Walau bagaimanapun penentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan
diri ke Brunei. Beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN MAT SALLEH DI SABAH

Pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah


daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Pihak SBUB bukan sahaja menduduki daerah
Tambunan dan Sungai Sugut tetapi mereka juga telah memperkenalkan cukai kepala
dan surat perahu. Pegawai SBUB juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Saleh pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB, tetapi beliau tidak
dilayan dilayan. Gabenor Beaufort telah bertindak menyerang dan membakar kampung
Mat Saleh menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
Pada tahun 1897, Mat Saleh dan pengikutnya membuat serangan mengejut
terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. SBUB mahu berdamai dengan Mat Saleh dan
sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Saleh. Bagaimanapun, SBUB telah
mungkir janji menyebabkan Mat Saleh menyerang semula. SBUB menyerang balas
kubu Mat Salleh dan Mat Salleh terkorban.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN DATO MAHARAJA LELA DI PERAK

Penguasaan British di Perak telah ditentang oleh pembesar dan sultan.


Penentangan tersebut berlaku kerana residen telah memungkiri fungsinya sebagai
penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor. Para pembesar menolak
sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar juga menolak
penguasaan British terhadap kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan
British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W. Birch tidak menghormati
sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak membantah
campur tangan British. Dato Maharalela membina kubu di Pasir Salak. Dato Maharaja
Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang. Mereka membantah
undang-undang British. Dato Maharaja Lela juga bermesyuarat dengan Sultan Abdullah
dan pembesar Melayu di Belanja.

Dato Maharaja Lela mengambil tanggungjawab

untuk membunuh J.W.W. Birch.


J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain atas
arahan Dato Maharaja Lela. British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela dan
Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Dato Maharaja Lela. Dato Sagor, Pandak
Lam, Seputum

dan Pandak Induk dihukum mati. Sultan Abdullah, Menteri Ngah

Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN YAMTUAN ANTAH DAN


DATO SYAHBANDAR ABDULLAH TUNGGAL DI SUNGAI UJONG

Yam Tuan Antah menentang British kerana British menduduki Sungai Ujong. Yam
Tuan Antah menentang Dato Kelana Syed Abdul Rahman yang mengundang British
untuk menyelesaikan pertelingkahannya dengan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal.
British dibenarkan menduduki Terachi dan Paroi. British menyerang Yam Tuan Antah
dan berjaya menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi. Yam Tuan Antah dipaksa
menandatangani perjanjian damai dengan British
Dato Syahbandar

Abdullah Tunggal dan Dato Kelana Syed Abdul Rahman

berebut kawasan sempadan memungut cukai. Dato Kelana meminta British campur
tangan dalam pertikaian tersebut.
Dato Syahbandar Abdullah Tunggal enggan menandatangani perjanjian dengan
British pada 21 April 1874. Dato Syahbandar Abdullah Tunggal menyerang Dato Kelana
Syed Abdul Rahman kerana mempelawa British campur tangan. Dato Syahbandar
dikalahkan oleh Dato Kelana yang dibantu oleh British.
Dato Syahbandar Abdullah Tunggal berundur ke Selangor. Dato Syahbandar
dijemput pulang ke Sungai Ujong. Beliau dipaksa menandatangani perjanjian dengan
British. Beliau bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Sungai Ujong
dikuasai oleh Dato Kelana di bawah penguasaan British.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN DATO BAHAMAN DI PAHANG

Dato Bahaman menentang undang-undang British yang bertentangan dengan


adat resam tempatan. Contohnya sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem
cukai dan penubuhan pasukan polis luar. Ini adalah kerana undang-undang tersebut
telah menghakis kuasanya sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang British. Pada
tahun 1890, Dato Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua. British
telah menangkap anak buah Dato Bahaman. Pada tahun 1892, Dato Bahaman
menyerang British dan berjaya menawan balai polis Lubuk Terua. Beliau juga
menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Dato Bahaman diserang oleh British dan beliau berundur ke Kelantan. Dato
Bahaman mendapat perlindungan daripada pembesar Kelantan dan Terengganu. Dato
Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah menetap di Hulu Terengganu.
Dato Bahaman ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.
Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup 1,000 baht.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

10

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN

Tok Janggut membantah pelaksanaan Sistem Penasihat di Kelantan. Tok Janggut


juga membantah pelaksanaan sistem cukai ke atas penduduk tempatan. Beliau
enggan membayar cukai. Namun, bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai
Daerah Pasir Puteh.
Pihak polis diarah supaya menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun
1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said
dan Che Ishak telah menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Mereka
membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut
Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
British membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dan membuat
serangan ke atas Kampung Saring. Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.
Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

11

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG DI TERENGGANU

Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem cukai dan undang-undang tanah
yang diperkenalkan oleh British. Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman
Limbong mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Telemong tanpa
menghiraukan peraturan tanah. Pada bulan Mei 1925, beliau sekali lagi berkumpul dan
membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.
Kemarahan kepada British menyebabkan penduduk tempatan melancarkan
serangan bersenjata pada 1928. Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di
Kuala Berang. Penduduk Kuala Telemong juga bersiap sedia menunggu arahan untuk
menentang British.
Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar pembesar dan berjaya
menawan semula Kuala Berang. Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan
berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

12

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CARA PENENTANGAN YANG DILAKUKAN


OLEH PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH
Bentuk penentangan yang dilakukan oleh pemimpin tempatan terhadap British
ialah mengingkari arahan British. Sebagai contohnya, Penghulu Dol Said enggan
menghantar satu persepuluh hasil padi Naning sebagai ufti kepada British di Melaka.
Tok Janggut enggan membayar cukai apabila British memaksakan penduduk Pasir
Puteh menerima pakai sistem cukai British.
Selain itu, pemimpin tempatan mengambil langkah berunding dengan pihak
British untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan sistem cukai. Sebagai contohnya
Mat Salleh pergi ke Sandakan untuk berunding dengan pihak SBUB mengenai
pelaksanaan cukai kepala dan surat perahu. Tok Janggut pergi berunding dengan
Pegawai Daerah Pasir Puteh tentang pelaksanaan sistem cukai di Pasir Puteh.
Di samping itu, pemimpin tempatan bertindak menyerang British. Sebagai
contohnya Linggir bertindak menyerang kapal Nemesis yang melalui sungai Saribas.
Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya
mengusirnya. Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Syarif
Masahor bersama Datu Patinggi Abdul Gapur juga menyerang James Brooke di
Kuching.
Bentuk penentangan lainnya ialah pemimpin tempatan bertindak menguasai
bangunan pentadbiran kerajaan. Sebagai contohnya Dato Bahaman dan pengikutnya
menyerang dan menguasai Balai Polis Lubuk Terua. Tok Janggut, Engku Besar Jeram,
Tuan Ahmad, Penghulu Adam dan lain-lain menyerang dan menguasai Pejabat Tanah
Pasir Puteh.
Selain itu, pemimpin tempatan membunuh pegawai British. Sebagai
contohnya Seputum dan Pandak Lam membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak atas
arahan Dao Maharaja Lela. Tok Janggut dan pengikutnya telah membunuh pegawai
polis British iaitu Sarjan Che Latiff.
Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD
Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

13

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

LANGKAH PIHAK BRITISH MENANGANI


PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
Pihak British menangani penentangan pemimpin tempatan dengan cara
menyerang daerah tersebut. Sebagai contohnya pihak British menyerang Naning yang
enggan membayar ufti kepada British di Melaka. James Brooke bertindak menyerang
dan membakar kampung Rentap di Nanga Skrang apabila Rentap berusaha
menghalang kezalimannya ke atas orang Iban.
Pihak British juga menggunakan tipu muslihat untuk mematahkan penentangan
pemimpin tempatan. Contohnya pihak SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat
Salleh. Mereka sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh apabila mereka
diserang mengejut. Bagaimanapun pihak SBUB mungkir janji.
Pihak British telah menggunakan nama sultan untuk mematahkan penentangan
pemimpin tempatan. Contohnya, pihak British menggunakan nama Sultan Kelantan
untuk membawa masuk tentera dari Negeri Selat untuk menyerang Tok Janggut di
Kampung Saring. Pihak British menggunakan nama Sultan Terengganu untuk menawan
semua Kuala Berang setelah ditawan oleh Haji Abdul Rahman Limbong.
Pihak British bertindak memburu habis-habisan pemimpin tempatan. Sebagai
contohnya, pihak British memburu Rentap sehingga Rentap terpaksa berundur ke Bukit
Sadok dan akhirnya ke Ulu Sungai Entabai.
Pihak British menangkap pemimpin tempatan yang mengetuai penentangan.
Contohnya pihak British menangkap Penghulu Dol Said dan dibawa ke Melaka. Pihak
SBUB menangkap Datu Patinggi Abdul Gapur walaupun beliau melarikan diri ke Betawi.
Pihak British membuang negeri pemimpin tempatan yang menentangnya.
Contohnya pihak British telah membuang negeri Sultan Ismail, Sultan Abdullah, Menteri
Ngah Ibrahim ke Pulau Sychelles. Pihak British juga membuang negeri Haji Abdul
Rahman Limbong ke Makkah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

14

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Pihak British membunuh pemimpin tempatan. Contohnya pihak British telah


menjatuhkan hukuman mati ke atas Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Seputum,
Pandak Lam dan Pandak Induk. Pihak British juga membunuh Tok Janggut dan Mat
Salleh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

15

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN


TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN

Penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak berjaya kerana


masyarakat tempatan tidak bersatu. Pemimpin dan rakyat tidak bersatu hati. Berlaku
juga perpecahan dalam kalangan pengikut.
Selain itu, penentangan juga tidak berjaya disebabkan penentangan bersifat
setempat. Penentangan tidak berlaku di seluruh negeri. Contohnya, penentangan
terhadap British di Kelantan hanya berlaku di daerah Pasir Puteh sahaja. Manalaka,
penentangan di Perak hanya berlaku di Pasir Salak sahaja.
Pemimpin tempatan tidak mempunyai organisasi yang tersusun. Mereka tidak
menubuhkan badan yang boleh menyatukan masyarakat tempatan dalam satu
organisasi. Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat merancang strategi
penentangan secara berkesan.
Strategi penentangan kurang berkesan. Penentangan hanya dilakukan secara
terbuka. Masyarakat tempatan tiada kubu untuk bertahan. Taktik serangan tidak
dirancang dengan teliti.
Teknologi

persenjataan

kurang

canggih.

Masyarakat

tempatan

hanya

menggunakan senjata tradisional seperti keris, tombak, pedang dan sebagainya.


Peralatan senjata tersebut tidak dapat menewaskan senjata moden yang digunakan
oleh pihak British.
Pemimpin tempatan terpedaya dengan tipu muslihat British. British
menggunakan nama Sultan untuk mematahkan serangan kerana mereka tahu orang
Melayu sangat taat kepada baginda. British menawarkan pelan damai walaupun pada
akhirnya mereka mungkir janji.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

16

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

STRATEGI UNTUK MEMASTIKAN


PENENTANGAN TERHADAP BRITISH BERJAYA

Penentangan pemimpin tempatan terhadap British pasti akan berjaya sekiranya


menggunakan strategi penentangan yang berbagai-bagai. Contohnya melakukan
penentangan secara terbuka, penentangan secara gerila, serangan mengejut, tunjuk
perasaan, perbincangan dan sebagainya. Penentangan juga perlu dilakukan secara
serentak di pelbagai tempat supaya pihak British tidak berupaya mengagih-agihkan
tenteranya.
Strategi yang kedua ialah mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat
tempatan. Pemimpin tempatan patut membangkitkan kesedaran masyarakat tentang
keburukan tindakan yang dilakukan oleh pihak British.
Strategi yang berikutnya ialah mengadunkan penggunaan kelengkapan
senjata tradisional dan senjata moden. Senjata tradisional digunakan untuk
melakukan serang hendap. Mereka juga boleh mengubahsuaikan senjata tradisional
supaya dapat digunakan untuk pertempuran jarak jauh.
Strategi yang seterusnya ialah menambahkan bilangan penentang. Pemimpin
tempatan hendaklah melatih golongan muda kerana mereka lebih agresif dan
bersemangat. Pemimpin juga perlu menyediakan latihan ketenteraan dengan cara
mengajar taktik peperangan dan kemahiran menggunakan senjata.
Strategi lainnya pula ialah mendapatkan sokongan istana. Pemimpin tempatan
hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan sultan agar mereka mengetahui
tipu muslihat British yang menggunakan nama Sultan. Sokongan istana juga
menyebabkan pihak British lebih berhemah dalam tindakan mereka.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

17

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

TINDAKAN BRITISH TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN ADALAH


TIDAK WAJAR KERANA MEREKA BUKAN PEMBERONTAK
Tindakan British yang menghapuskan penentangan pemimpin tempatan
dengan melalui kekerasan adalah. Pemimpin tempatan menentang British kerana
mempertahankan kedaulatan wilayah mereka. Contohnya, Penghulu Dol Said
mempunyai alasan apabila beliau enggan membayar ufti kepada British di Melaka. Hal
ini adalah kerana Naning adalah wilayah yang merdeka, bukannya tanah jajahan British.
Tindakan pihak British menyerang dan membakar kampung adalah perbuatan
yang melampau. Pemimpin tempatan menentang British kerana membela penduduk
tempatan daripada dizalimi oleh pihak British. Contohnya, Rentap menentang James
Brooke kerana menghalang kezaliman James Brooke yang hendak menghapuskan
orang Iban di Sungai Skrang.
Tindakan British membunuh pemimpin adalah perbuatan tidak bermoral.
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah membunuh Mat Salleh di Sabah. Pihak
British juga membunuh Tok Janggut dan menggantungkan mayatnya kepala ke bawah
dianggap menghina tokoh agama tempatan. Kedua-dua tokoh tersebut tidak
memberontak. Mereka membantah pelaksanaan cukai yang membebankan penduduk
tempatan. Mereka cuba berunding, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, mereka ditentang
dan dibunuh.
Tindakan British membunuh Dato Maharaja Lela, Pandak Lam, Seputum dan
Pandak Induk adalah terlalu zalim. Pemimpin tempatan tersebut cuba menghalang
British melaksanakan dasar mereka yang bertentangan dengan budaya tempatan.
Contohnya, J.W.W. Birch cuba menghapuskan amalan orang suruhan yang diamalkan
dalam budaya orang Melayu. Mereka juga cuba mempertahankan kuasa Raja Melayu
yang semakin hilang akibat pelaksanaan Sistem Residen.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

18

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Tindakan British membuang negeri Sultan Abdullah dan Menteri Ngah Ibrahim
ke Pulau Sychelles adalah tidak wajar. Ini adalah kerana mereka cuba mempertahankan
kedaulatan tanah air mereka daripada dikuasai oleh British. Tindakan British membuang
negeri Haji Abdul Rahman Limbong ke Makkah adalah tidak wajar kerana beliau tidak
bersetuju dengan peraturan tanah Barat yang bertentangan dengan amalan masyarakat
tempatan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

19

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERANAN PELAJAR MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME


Untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan
di sekolah, saya akan menggalakkan mereka belajar bersungguh-sungguh mata
pelajaran yang berkaitan nasionalisme seperti mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan dan menjalankan Kajian Sejarah Tempatan. Langkah tersebut
dapat membangkitkan perasaan bangga menjadi warganegara Malaysia dalam
kalangan pelajar.
Di samping itu, saya menggalakkan rakan-rakan melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum seperti menyertai aktiviti Kelab dan Persatuan Sejarah. Melalui
aktiviti Bicara Tokoh Negara, mereka mengetahui pahit jerih tokoh tempatan
mempertahankan kedaulatan tanah air. Melalui aktiviti perkhemahan badan beruniform
sekolah pula, semangat perpaduan dapat dipupuk untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang bersatu-padu.
Selain itu, saya akan menganjurkan program berbentuk patriotik di peringkat
sekolah. Kami akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Melalui program tersebut, kami akan mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi
kebangggaan negara. Kami akan mengulas Lagu Negaraku yang diperdengarkan, serta
menyanyikannya dengan penuh semangat. Langkah tersebut akan membangkitkan
semangat cinta akan negara.
Saya juga akan menganjurkan lawatan sambil belajar. Kami akan melawat
muzium, Memorial Tunku Abdul Rahman dan mengikuti persidangan Parlimen. Di
muzium, kami dapat mengkaji penglibatan tokoh nasionalis dalam sejarah kemerdekaan
tanah air. Di Parlimen, kami mengetahui bagaimana proses penggubalan undangundang dilakukan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Pengetahuan yang
diperoleh dapat melahirkan semangat untuk mengekalkan dan mempertahankan
pemerintahan demokrasi di negara kita.
Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD
Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

20

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Saya juga akan menganjurkan program kemasyarakatan seperti Khidmat


Masyarakat. Kami akan menyertai misi memberi bantuan kepada masyarakat yang
terjejas akibat banjir, ribut, gempa bumi dan sebagainya. Kami akan membantu
menjalankan kerja pembersihan semula kawasan yang terjejas. Penglibatan ini dapat
menanam perasaan saling membantu dalam jiwa pelajar.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

21

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME


Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah.
Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui
Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
program sambutanBulan Kemerdekaan di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan
program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi
program

mata

pelajaran

sejarah

dengan

Kuiz

Sejarah,Pertandingan

Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar
dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.
Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi.
Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur
gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi
contoh yang boleh diteladani anak-anak.
Pihak kerajaan patut menjayakan

Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
patut diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam
kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan
semangat

patriotik

melalui

televisyen

dan

radio.

Jabatan

Penerangan

perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah
memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit
Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.
Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena
sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat
beramah mesra yang akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan
masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan,
kemakmuran dan keamanan negara.
Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD
Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

22

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

Masyarakat Malaysia juga hendaklah

SPM 2015

bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari
perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan
menjayakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan
kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga
Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

23

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEMANGAT PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN


YANG WAJAR DICONTOHI

Semangat pemimpin tempatan yang wajar kita contohi ialah sanggup


berkorban demi bangsa dan negara. Mereka sanggup mendahulukan kepentingan
bangsa dan negara daripada kepentingan diri dan keluarga. Penjawat awam patut
mencontohi semangat ini dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.
Penjawat awam mestilah mengelakkan pembabitan keluarga dalam urusan
kerajaan.
Pejuang-pejuang tempatan memiliki semangat taat kepada raja dan negara.
Mereka sanggup mengorbankan nyawa menentang pihak British demi mengekalkan
kelangsungan institusi beraja di Malaysia. Remaja disarankan memiliki sikap
sedemikian

agar

mereka

sanggup

mempertahankan

sistem

pemerintahan

Demokrasi Berparlimen dan Raja Beperlembagaan berkekalan.


Pejuang Kemerdekaan juga berjiwa kental dalam perjuangan. Sifat ini perlu
diterapkan kepada generasi muda melalui Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN), kursus Biro Tata Negara, Kem Bina Semangat dan sebagainya.
Pejuang masa lalu juga menunjukkan sikap kerjasama yang amat tinggi.
Pemimpin tempatan menyedari mereka tidak dapat menandingi senjata moden
pihak British semasa penentangan mereka. Namun disebabkan kerjasama antara
pemimpin dengan rakyat, mereka dapat member tentangan sengit. Masyarakat hari
ini patut mengambil iktibar bahawa perpaduan akan menyebabkan kita menjadi
kuat.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

24

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CARA MENZAHIRKAN SEMANGAT NASIONALISME


Pihak Sekolah dan Pelajar
Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah.
Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui
Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
program sambutanBulan Kemerdekaan di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan
program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi
program

mata

pelajaran

sejarah

dengan

Kuiz

Sejarah,Pertandingan

Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar
dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.
Ibu Bapa dan Keluarga
Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi.
Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur
gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi
contoh yang boleh diteladani anak-anak.
Kerajaan
Pihak kerajaan patut menjayakan

Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
patut diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam
kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan
semangat

patriotik

melalui

televisyen

dan

radio.

Jabatan

Penerangan

perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah
memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit
Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

25

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Masyarakat
Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena
sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat
beramah mesra yang akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan
masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan,
kemakmuran dan keamanan negara.
Masyarakat Malaysia juga hendaklah

bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari
perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan
menjayakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan
kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga
Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

26

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CIRI WARGANEGARA
YANG MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME
Warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi sentiasa
menghargai jasa tokoh pejuang tanah air. Mereka sentiasa menyanjung perjuangan
Dato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lainlain. Mereka tidak bersikap memperlekehkan perjuangan tokoh-tokoh tersebut.
Warganegara yang patriotik sentiasa mempertahankan nama baik negara.
Mereka tidak akan sekali-kali memburukkan nama negara. Mereka akan memberikan
penerangan sejelas-jelasnya jika ada pihak yang cuba menjatuhkan imej negara.
Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme ialah mereka yang
menghormati lambang negara. Mereka menghormati Lagu Negaraku dan lambanglambang negara yang lain. Mereka akan mengutuk sesiapa sahaja yang bertindak
menghina lambang negara seperti memijak bendera, mengubah lirik atau nada Lagu
Negaraku dan sebagainya.
Rakyat Malaysia

yang cintakan negara adalah mereka yang

sentiasa

mendokong prinsip Rukun Negara. Mereka menghayati nilai yang terkandung dalam
falsafah Rukun Negara agar perpaduan kaum dapat diperkukuhkan.
Warganegara yang setia mestilah taat kepada raja dan pemimpin negara. Hal ini
adalah kerana ketaatan tersebut dapat memastikan pembangunan negara berjalan
dengan lancar.
Selain itu warganegara yang baik ialah mereka yang menjaga adat dan nilai
masyarakat tempatan daripada budaya asing. Amalan terhadap budaya kita sendiri
dapat memperkukuhkan jati diri seseorang.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

27

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KEJAYAAN YANG DICAPAI


HASIL PENGHAYATAN SEMANGAT NASIONALISME
Kejayaan Malaysia hasil pengamalan semangat patriotik ialah Malaysia
mengungguli acara sukan antarabangsa. Sebagai contohnya kejayaan pasukan hoki
menduduki rangking terbaik di peringkat dunia. Dato Nicol David dan Dato Lee Chong
Wei muncul sebagai pemain skuasy dan badminton nombor satu dunia.
Malaysia berjaya menyerlahkan semangat Malaysia Boleh apabila mencipta
kejayaan dalam penampilan solo dalam berbagai-bagai bidang. Dato Azhar Mansor
menjulang nama negara apabila berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo. Dato
Abdul Malik Mydin pula berjaya menyeberangi Selat Inggeris, manakala Dato Maznah
Zulkifli berjaya dalam ekspedisi menawan kutub Utara.
Malaysia menempa kejayaan dalam seni bina dan perancangan bandar.
Pembinaan menara Petronas dan Menara Berkembar KLCC yang muncul sebagai
binaan tertinggi di dunia pada zamannya. Bandar Putrajaya tersohor sebagai pusat
pentadbiran moden yang bercirikan seni bina bandar terancang.
Malaysia juga berjaya menerokai angkasa lepas. Dato Dr. Sheikh Muzaffar
muncul sebagai angkasawan pertama negara ke angkasa lepas. Malaysia berjaya
melancarkan beberapa buah satelit untuk membolehkan kita bersaing dalam bidang
penyiaran di peringkat global.
Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan NGO di peringkat antarabangsa banyak
menempa kejayaan. Kelab Putra Malaysia dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia
menghantar sukarelawan untuk membantu negara yang terjejas akibat pergolakan
politik, bencana alam, krisis kemanusiaan dan sebagainya.
Malaysia berjaya menghasilkan pakar ekonomi bertaraf dunia iaitu Dato Seri
Zetty Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara menerima anugerah gabenor bank negara
terbaik dunia.
Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD
Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

28

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

GEJALA YANG MENUNJUKKAN


SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR
Gejala yang menunjukkan semangat nasionalisme semakin luntur dapat dilihat
apabila terdapat segelintir masyarakat di negara kita yang menghina pemimpin negara
secara terbuka. Sikap ini menyebabkan maruah tokoh negara jatuh dan imej negara
tercemar.
Sikap membelakangkan undang-undang negara menjadi budaya baru dalam
masyarakat kita hari ini. Masyarakat kita hari ini sering menganjurkan perhimpunan
haram untuk menyatakan perasaan tidak puas hati mereka, padahal banyak cara lain
yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Keadaan ini boleh mencetuskan huru-hara
dan menjejaskan perkembangan ekonomi negara.
Kakitangan kerajaan tidak amanah dalam menjalankan tugas. Banyak penjawat
awam mengamalkan rasuah dalam melaksanakan tugas pentadbiran mereka. Rahsia
kerajaan dibocorkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini
menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak cekap serta menghilangkan keyakinan
pelabur luar untuk melabur modal di negara kita.
Semangat Nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur kerana kurang perasaan
cinta akan budaya sendiri.

Perkembangan Teknologi maklumat dan komunikasi

mempercepatkan penyebaran budaya luar. Rakyat yang tidak mempunyai jati diri akan
mudah terpengaruh dengan budaya asing yang bersifat negatif seperti budaya punk,
black metal, hippies dan sebagainya. Perkembangan ini akan meruntuhkan nilai-nilai
budaya baik masyarakat.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

29

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KESAN YANG BERLAKU JIKA RAKYAT


TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, masyarakat akan
berpecah belah. Keamanan dan keharmonian negara tergugat. Keadaan ini akan
melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri. Mereka akan menggunakan situasi
masyarakat yang berpecah belah dengan isu perkauman yang boleh meruntuhkan
kestabilan politik negara.
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, ekonomi negara tidak
berkembang. Pertumbuhan ekonomi tergendala. Kemakmuran negara tergugat kerana
pembangunan negara terbantut.
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, politik negara menjadi
tidak stabil. Pentadbiran negara akan kucar-kacir. Demonstrasi jalanan menjadi budaya
baru. Pentadbiran yang kucar-kacir tidak dapat membendung situasi demikian.
Kedaulatan negara akan terancam. Negara mudah terdedah kepada campur tangan
kuasa asing
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, rakyat tidak menghormati
pemimpin. Imej pemimpin dan negara terjejas di mata dunia.
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, Masyarakat hilang jati diri.
Minda masyarakat dijajah. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya asing. Dengan
itu, budaya baru bersifat negatif lahir dalam masyarakat. Perkara ini akan meruntuhkan
tamadun bangsa yang kaya dengan nilai ketimuran.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

30

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEBAB WUJUD SIKAP MEMPERKECILKAN


SUMBANGAN PEJUANG TEMPATAN
Terdapat pihak yang mempertikalkan perjuangan dan sumbangan tokoh
pemimpin tempatan. Mereka tidak belajar sejarah menyebabkan

mereka tidak

memahami fakta sejarah. Mereka tidak mengenali tokoh pejuang tanah air
menyebabkan mereka tidak menghargai jasanya.
Terdapat juga pihak tertentu yang sengaja memutarbelitkan fakta sejarah untuk
kepentingan politik. Mereka menggunakan media baru untuk memesongkan pemikiran
dan tanggapan generasi muda terhadap perjuangan tokoh nasionalis dahulu. Hal ini
menimbulkan sikap prejudis terhadap sumbangan tokoh negara tersebut.
Sikap

mempertikaikan

perjuangan

tokoh

tempatan

berlaku

disebabkan

penjajahan minda oleh penjajah yang sekian lama tertanam dalam fikiran sebahagian
masyarakat kita. Penyebaran ideologi politik menyebabkan masyarakat berpegang
kepada doktrin penjajah yang mengatakan bahawa tokoh yang menentang British
adalah pemberontak dan pengkhianat bangsa.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

31

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CARA MENGELAKKAN TANGGAPAN NEGATIF


TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN
Tanggapan negatif terhadap perjuangan pemimpin tempatan dapat dielakkan.
Kurikulum pendidikan mestilah menekankan aspek sejarah tanah air. Mata pelajaran
Sejarah patut diperkenalkan di peringkat sekolah rendah supaya sejarah negara
diketahui sejak kecil lagi. Langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran
wajib lulus dalam SPM adalah langkah yang berkesan kerana berjaya menanamkan
semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Selain itu, kempen mengenali dan menyanjung tokoh negara mestilah
sentiasa dilancarkan. Pertandingan mengarang dan menghasilkan buku skrap berkaitan
ketokohan pemimpin perlu diadakan bukan sahaja dijalankan di sekolah sahaja, malah
boleh diperluaskan. Cara ini dapat menanam semangat cinta akan tanah air dalam diri
remaja.
Dalam hal-hal tertentu, penguatkuasaan undang-undang amat perlu untuk
mendisiplinkan masyarakat agar tidak memperlekehkan jasa pejuang tempatan. Mereka
yang menghina tokoh pemimpin negara hendaklah disaman dan dibawa ke muka
pengadilan. Undang-undang yang tegas dikuatkuasakan supaya menjadi iktibar kepada
masyarakat.
Kerajaan patut mengawal selia laman sosial yang digunakan untuk
memesongkan pemikiran masyarakat. Langkah ini dapat mengurangkan penyebaran
maklumat palsu dan bersifat negatif. Maklumat yang sahih tentang tokoh negara patut
disampaikan kepada rakyat melalui media perdana agar masyarakat lebih mengenali
jasa dan perjuangan tokoh negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

32

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KEPENTINGAN MENGHAYATI SEMANGAT NASIONALISME

Penghayatan semangat patriotisme dalam kalangan warganegara dapat


melahirkan semangat cinta akan negara dan dapat memupuk masyarakat yang
sanggup berkorban demi kepentingan negara. Penghayatan semangat nasionalisme
menyebabkan kita mempunyai jati diri yang tinggi dan sanggup menjaga maruah
bangsa. Setiap rakyat berani mempertahankan kedaulatan negara daripada belenggu
penjajah.
Penghayatan semangat nasionalisme juga dapat melahirkan rakyat yang
berfikiran positif. Kita bersedia dengan fikiran terbuka untuk menerima unsur baik dari
luar yang boleh memberi kepentingan kepada negara. Rakyat juga akan bersifat kreatif.
Mereka berfikir secara kritis untuk menghasilkan sesuatu yang lebih inovatif.
Semangat nasionalisme akan mewujudkan negara yang aman dan harmoni serta
melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Semangat toleransi kaum diamalkan sesuai
dengan prinsip Pakatan Murni yang berasaskan kontrak sosial semasa kita menuntut
kemerdekaan dahulu. Semangat perpaduan yang kukuh dapat menjana kemajuan
ekonomi

negara.

Perkembangan

ekonomi

yang

mapan

akan

menyebabkan

kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

33

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PENTINGNYA KEAMANAN NEGARA


Keamanan dan keharmonian perlu dikekalkan untuk menarik pelabur asing
melabur di negara kita yang dapat memastikan pendapatan negara terus meningkat.
Hasilnya, rakyat hidup dalam makmur dan tenteram. Keamanan juga dapat menjamin
keselamatan negara dan pada masa yang sama akan

dikunjungi pelancong asing.

Industri pelancongan akan meningkat sekaligus menambahkan lagi pendapatan negara.


Keamanan dan keharmonian perlu dikekalkan untuk mewujudkan negara dan
bangsa yang berdaulat. Justeru, generasi akan datang dapat mewarisinya. Di samping
itu, keamanan dan keharmonian juga membolehkan pembangunan negara dapat
dilaksanakan dengan jayanya yang sekaligus akan meningkatkan imej negara.
Keamanan dan keharmonian membolehkan negara diiktiraf dunia luar dan
dikenali di mata dunia. Contohnya, Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis
Keselamatan PBB dan Tan Sri Razali Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB.
Selain itu, keamanan dan keharmonian boleh memajukan negara selaras dengan
hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 tercapai. Malahan,
kemerdekaan dapat dipertahankan kerana anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan
kerajaan dapat ditangkis.
Keamanan dan keharmonian juga patut dikekalkan agar kerajaan dapat menjalin
hubungan serantau dan antarabangsa. Dengan itu, Malaysia akan mendapat bantuan
sekiranya ditimpa musibah dan masalah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

34

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK


MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME

Cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkasakan semangat nasionalisme


dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh budaya luar. Budaya LGBT, K-Pop, punk
dan black metal bukan sahaja menjadi gaya hidup mereka, tetapi juga telah menghakis
nilai-nilai tradisi masyarakat Timur.
Cabaran yang kedua ialah fenomena kurang minat untuk menguasai ilmu
pengetahuan. Perkara ini menyebabkan wujudnya fenomena buta sejarah dalam
kalangan masyarakat kita. Oleh sebab mereka tidak mengetahui hal-hal kenegaraan,
sudah tentulah tidak akan terbit perasaan cinta akan negara dan bangsa dalam jiwa
mereka.
Cabaran yang berikutnya ialah gejala keruntuhan akhlak remaja. Fenomena ini
mengundang berlakunya gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas,
merosakkan harta awam dan sebagainya. Pengamalan budaya bersifat negatif ini akan
melunturkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri generasi muda.
Cabaran yang seterusnya ialah penyebaran dakyah politik berhaluan kiri yang
bertujuan untuk meruntuhkan pemerintahan negara. Generasi muda cepat terpengaruh
dengan ideologi baru menyebabkan berlakunya gejala yang bersifat perkauman yang
memecahbelahkan masyarakat seperti pergaduhan kaum, provokasi tentang hak kaum
tertentu dan sebagainya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

35

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CADANGAN MENGATASI CABARAN


UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME
Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah.
Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui
Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
program sambutanBulan Kemerdekaan di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan
program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi
program

mata

pelajaran

sejarah

dengan

Kuiz

Sejarah,Pertandingan

Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar
dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.
Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi.
Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur
gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi
teladan kepada anak-anak.
Pihak kerajaan patut menjayakan

Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
perlu diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam
kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan
semangat

patriotik

melalui

televisyen

dan

radio.

Jabatan

Penerangan

perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah
memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit
Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.
Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena
sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat
beramah mesra dan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan
masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat mewujudkan perpaduan, kemakmuran
dan keamanan negara.
Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD
Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

36

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

Masyarakat Malaysia juga hendaklah

SPM 2015

bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari
perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita hendaklah sama-sama menyanyikan
Lagu Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita perlu
menjayakan kempen dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti
perarakan kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga
menjadi warga Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

37

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

NILAI / IKTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI


DARIPADA PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai


semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau
yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Sifat tersebutlah yang menyebabkan
mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.
Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran
agama. Mereka berani menegakkan kebenaran. Mereka menolak pengenalan sistem
cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan
budaya dan nilai tempatan. Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka
tidak mudah menerima pengaruh luar.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat
setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan
tanah air. Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi
pelbagai halangan daripada pihak British.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang
tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan
pengikutnya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

38

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KESIMPULAN
(i) Pengetahuan daripada tugasan
(ii) Nilai Murni kepada diri, bangsa dan negara
(iii) Unsur patriotisme
(iv) Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang
Pengetahuan
Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui tentang konsep
nasionalisme dari kaca mata masyarakat kita. Saya juga dapat mengetahui tentang
sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British. Saya mengetahui bahawa mereka
bukanlah pemberontak sebaliknya merekalah tokoh yang mempertahankan kedaulatan
tanah air dan nilai tempatan.
Nilai / Iktibar
Nilai

yang boleh dipelajari untuk diri saya, negara dan bangsa ialah kita mestilah

mempunyai semangat juang yang kental agar kita sentiasa bersedia untuk
mempertahankan tanah air. Selain itu, kita mestilah berani menegakkan kebenaran agar
kita sanggup mempertahankan kedaulatan tanah air dan nilai-nilai masyarakat kita.
Unsur Patriotisme
Unsur patriotisme yang kita boleh hayati daripada tugasan yang dibuat ialah kita
hendaklah memiliki semangat setia negara yang tinggi supaya kita tidak mudah
berputus asa dalam perjuangan. Kita hendaklah memiliki jati diri yang tinggi supaya kita
tidak mudah menerima pengaruh luar.
Harapan
Saya berharap negara kita akan menjadi negara yang maju agar bangsa Malaysia dapat
menikmati taraf hidup yang tinggi. Saya berharap negara kita akan kekal merdeka agar
bangsa Malaysia dapat menikmati hasil kekayaan negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD


Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

39

Anda mungkin juga menyukai