Anda di halaman 1dari 6

ISL MINGGU 9

PENGISIAN KURIKULUM

1. ILMU

5. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

2. NILAI

PENGISIAN KURIKULUM

4. PERATURAN SOSIOBUDAYA

3. KEWARGANEGARAAN

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani. 1. ILMU Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk

ISL MINGGU 9

memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru menerapkan unsur nilai-nilai moral dalam topik yang diajar. Ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, guru telah menerapkan subjek pendidikan moral di dalam subjek Bahasa Melayu. 2. NILAI Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya selaras dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat guru

antarabangsa

dengan

keperluan

globalisasi.

Contohnya,

menerapkan nilai bersopan-santun, berbudi bahasa, hormat menghormati dan bantu-membantu di dalam tajuk berbudi bahasa di bawah tema Kempen Budi Bahasa 3. KEWARGANEGARAAN Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Misalnya, pada bulan kemerdekaan guru mengajar topic berkaitan kemerdekaan sekaligus dapat menerapkan nilai patriotisme yang tinggi di dalam jiwa para pelajar. 4. PERATURAN SOSIOBUDAYA Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Contohnya, guru menggunakan atau menekankan penggunaan

ISL MINGGU 9

bahasa atau laras bahasa yang betul kepada murid-murid semasa mengajar di dalam kelas. 5. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BERFIKIR

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

KECERDASAN PELBAGAI

KAJIAN MASA DEPAN

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara

ISL MINGGU 9

belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah. 1. KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat

keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Guru banyak memberikan latih tubi yang membolehkan murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis. 2. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai termasuklah menggunakan aplikasi perisian seperti perisian Power Point semasa mengajar. Ini menunjukkan guru telah menggunakan kemahiran TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar murid lebih minat untuk mempelajari sesuatu topik. 3. KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi pembelajaran dunia seumur yang sering berubah, dan guru

mengamalkan

hidup.

Contohnya,

menggunakan kemahiran menulis seperti menulis nota menggunakan

ISL MINGGU 9

grafik organizer sekaligus murid dapat mempelajari kemahiran belajar cara belajar. 4. KAJIAN MASA DEPAN Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Sebagai contoh, pada akhir PNP, guru bertanya pendapat kepada murid secara lisan misalnya tentang cara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan alam sekitar. Ini sekaligus membolehkan murid berfikir untuk masa depan. 5. KECERDASAN PELBAGAI

VERBAL LINGUISTIK
LOGIK MATEMATIK MUZIK KINESTETIK VISUAL RUANG INTERPERSONAL INTRAPERSONAL NATURALIS

ISL MINGGU 9

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Misalnya, guru melakukan pelbagai aktiviti di dalam kelas seperti menyanyi, mendeklimasikan puisi, berpantun dan bercerita untuk mengenalpasti kebolehan atau kemahiran yang dimiliki oleh setiap murid. 6. PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Contohnya, semasa di dalam kelas guru meminta murid menceritakan pengalaman yang pernah dialami berkaitan dengan topik pada hari tersebut. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran menjadi lebih menarik. 7. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Semasa mengajar di dalam kelas, murid-murid berkongsi pengalaman harian sesuai dengan topic yang diajar pada hari tersebut. Ini sekaligus mengaitkan murid dengan pembelajaran kontekstual.

Anda mungkin juga menyukai