Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik
lagi
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait
Maksud : Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan
sesuatu pekerjaan
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka
Maksud : Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir
Maksud : Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh
Maksud : Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi
Maksud : Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan
pendapatnya
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan
Maksud : Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal)