Anda di halaman 1dari 5

1

PERBINCANGAN & RUMUSAN


ANALISIS DATA PEO 1

5.1 Perbincangan Aspek Pengetahuan

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan penyelidikan berdasarkan objektif Programme


Educational Objectives (PEO1) iaitu pencapaian aspek pengetahuan guru baharu PISMP.
Penyelidik mengemukakan perbincangan hasil analisis dapatan terhadap konstruk yang
terlibat iaitu; i) Pengetahuan pedagogi, ii) Pengetahuan Perundangan, iii) Pengetahuan Dasar,
iv) Pengetahuan Kolaboratif dan Pengetahuan Amalan Guru.

5.1.2 Pengetahuan Pedagogi

Berdasarkan analisis terhadap aspek pengetahuan pedagogi secara keseluruhan adalah tinggi
terhadap guru-guru baharu lepasan PISMP. Dapatan ini selari dengan kenyataan Yahaya
(2006) iaitu, dengan mempunyai kecekapan yang profesional dalam kalangan pendidik,
kualiti negara akan dapat dipertingkatkan. Bagi sub konstruk yang paling tinggi iaitu;
menggunakan teknik pengajaran mengikut keupayaan murid dalam kalangan guru baharu
PISMP adalah paling tinggi dalam konstruk kemahiran pedagogi. Justeru, Kaprawi & Azroai
(2009) berpendapat, kunci yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik adalah kecekapan.
Kecekapan atau kompetensi adalah satu set pengetahuan dan kemahiran mengajar dalam
melaksanakan tugas profesionalnya supaya matlamat pendidikan dapat dicapai dengan baik.
Bagi sub konstruk paling rendah iaitu; mengaitkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dalam pengajaran Kenyataan ini selari dengan Pang (2005) yang berpendapat bahawa,
pendidik perlu mempunyai kemahiran-kemahiran bukan sahaja kemahiran mengajar, tetapi
juga kemahiran mengurus, memimpin, berkomunikasi dengan berkesan, mampu
menyelesaikan masalah, serta mempunyai nilai etika kerja yang tinggi.

5.1.3 Pengetahuan Perundangan

Berdasarkan analisis terhadap aspek pengetahuan perundangan secara keseluruhan adalah


tinggi terhadap guru-guru baharu lepasan PISMP. Daripada dua item yang dikemukakan,
aspek mengaitkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) memperoleh
min pencapaian tertinggi berbanding aspek mengetahui Akta-Akta Pendidikan di Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa pendidik seharusnya menjadi model yang berperanan dan
profesional. Justeru itu, tahap kesediaan pendidik dari segi pengetahuan perundangan,
kemahiran, sikap dan profesional bagi mencapai matlamat negara dapat dicapai dengan baik
Yahaya (2006) dan Davis et al., (2009). Menurut mereka lagi, dengan mempunyai
pengetahuan perundangan yang baik pendidik akan dapat mempertingkatkan kompetensi dan
kualiti pendidikan negara ke arah yang lebih optimum.

5.1.4 Pengetahuan Dasar

Berdasarkan analisis terhadap aspek pengetahuan dasar secara keseluruhan adalah tinggi
terhadap guru baharu PISMP. Daripada dua item yang dikemukakan iaitu; aspek
mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan pencapaian tertinggi berbanding aspek
memahami buku peraturan disiplin murid. Keputusan ini bersesuaian dengan pendapat
2

Majumdar (2009) yang menyatakan, profesion pendidikan kini memerlukan pendidik yang
berpengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran untuk memenuhi cabaran dunia
pendidikan teknologi maklumat. Menurutnya lagi, profesionalisme yang tinggi perlu juga
ditekankan dalam setiap diri pendidik untuk menunjukkan mereka adalah lebih profesional
dalam semua bidang dan disiplin dalam mendidik pelajar. Sehubungan itu, Kementerian
Pelajaran telah menjalankan beberapa usaha untuk mewujudkan Anugerah Guru Inovatif
bertujuan untuk mengiktiraf guru yang mempunyai pengetahuan yang cemerlang. Adalah
jelas bahawa, tahap pengetahuan dalam elemen dasar yang rendah akan menggagalkan usaha
pembuat dasar dalam institusi pendidikan sesuai dengan pendapat Fuller (2001) yang
berhujah bahawa, pengetahuan semasa menjadi aset penting dalam pembangunan bidang
pendidikan secara global.

5.1.5 Pengetahuan Kolaboratif

Berdasarkan analisis terhadap aspek kemahiran kolaboratif secara keseluruhan adalah tinggi
terhadap guru baharu PISMP. Daripada empat item yang dikemukakan, aspek kemahiran
pengajaran dan pembelajaran berorientasikan pengajaran mengikut keperluan kurikulum
memperoleh pencapaian tertinggi Manakala aspek kemahiran pengajaran dan pembelajaran
berkonsep kolaboratif dengan pihak berkepentingan dan aspek kemahiran pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan spesifikasi murid mengikut keperluan semasa memperoleh
pencapaian sederhana tinggi. Justeru itu, menurut Howard (2000), pendidik perlu lebih
mengutamakan kecekapan kolaboratif dan kemahiran kaunseling kerjaya pelajar untuk
memudahkan pendidik untuk meningkatkan kemahiran dalam pendekatan pengajaran
mereka. Manakala Fien.et.al (2001), menyatakan integriti pendidik adalah ciri-ciri positif
kualiti yang unggul wujud dengan sendirinya berdasarkan etika dan piagam pelanggan
berasaskan sistem dan proses kerja dan pematuhan kepada amalan terbaik. Beliau menambah,
pendidik yang mempunyai dan mengaplikasikan kemahiran kolaboratif dapat melaksanakan
tugas dengan lebih cekap.

5.1.6 Pengetahuan Amalan Pembelajaran

Berdasarkan analisis terhadap aspek pengetahuan amalan pembelajaran secara keseluruhan


adalah tinggi terhadap guru baharu PISMP. Daripada tiga item yang dikemukakan, aspek
mengamalkan amalan pembelajaran dalam suasana kerja memperoleh pencapaian tertinggi
berbanding aspek menggunakan kaedah menilai keberkesanan daripada latihan. Jelaslah
bahawa aspek pengetahuan amalan dalam pembelajaran adalah tunjang utama dalam
organisasi pendidikan. Begitu juga dengan Pavlova (2009) dalam kajiannya menyatakan,
aspek amalan pembelajaran lebih mengutamakan tindakan, akauntabiliti dan integriti serta
amanah. Menurutnya lagi, pendidik seharusnya bertanggungjawab dengan sentiasa berfikir
untuk masa depan murid-murid yang mempunyai tahap yang tinggi dari segi kesabaran, belas
kasihan dan penyayang, memupuk suasana boleh menjadi seronok apabila belajar, memberi
harapan baru, semangat, membentuk keperibadian terpuji dan mempunyai kapasiti untuk
menukar pelajar untuk menjadi yang terbaik.
3

5.2 Rumusan POE 1


Kajian ini secara langsung telah memberi sumbangan kepada graduan IPG program PISMP
agar berpengetahuan dan berkemahiran praktikal dalam bidang keguruan selaras dengan
kehendak organisasi dan pelanggan. Berdasarkan kajian literatur juga mendapati banyak
kajian yang menyatakan tentang kekaburan pendidik dan pembuat dasar dalam menerapkan
pengetahuan dan kemahiran guru pelatih di IPG. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak
pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Sistem pendidikan
sudah semestinya diberi tanggungjawab yang begitu besar untuk menyampaikan ilmu dan
kemahiran kepada rakyatnya. Jika sistem pendidikan sesebuah negara itu kurang berkesan
ataupun gagal memberikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya yang diperlukan untuk
negara tersebut bersaing dengan negara-negara lain, maka negara tersebut akan ketinggalan.
Oleh itu, pembangunan pengetahuan tambahan pendidik diperlukan agar mereka:
(i) membiasakan diri dengan persamaan atau perbezaan dalam mengorientasikan
berbagai-bagai teori dan konsep yang dikaitkan dengan kandungan kurikulum dengan
pedagogi;
(ii) memperoleh kemahiran kreatif dan kritis, berkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan kemahiran insaniah untuk disesuaikan dengan konsep pengajaran dan penilaian
kepada para pelajar;
(iii) membuat satu pangkalan data dan kerangka rujukan untuk menambahkan
pengetahuan pendidik dalam bidang-bidang berkaitan kurikulum dan kokurikulum
melalui latihan; dan
(iv) membangunkan kebolehan untuk mengenal pasti perkaitan antara pengetahuan dan
aplikasi sesuatu kandungan kurikulum bagi tujuan pengajaran.

Begitu juga, pelaporan SEAMEO dalam kajian Paryono (2010) juga telah
menggariskan beberapa elemen penting seperti teknologi, komunikasi, kaunseling murid dan
mengurus murid dan bilik darjah dapat meningkatkan kemahiran guru khususnya di negara
ASEAN. Weinert (2001b), berhujah bahawa teknologi semasa dan komunikasi pelbagai
bahasa juga menjadi aset penting dalam pembangunan pendidikan secara global. Manakala
Jennifer (2015), lebih mengutamakan teknologi ICT, kecekapan berkomunikasi dan
kemahiran kaunseling kerjaya murid memudahkan guru untuk meningkatkan kemahiran
dalam pendekatan pengajaran mereka.

Dalam mewujudkan kecemerlangan kompetensi personaliti pendidik yang lebih


profesionalisme, Majumdar (2011) telah menyenaraikan ciri-ciri kecekapan berdasarkan teori
McClelland (1964) iaitu; i) berpandangan jauh, ii) mampu menanggung risiko, iii) bertenaga,
iv) kreatif-inovatif, v) bertanggungjawab, vii) menepati janji, dan viii) tidak berputus-asa.
Fakta ini sering dikaitkan dengan kejayaan dalam membangunkan kepimpinan personaliti
dalam profesionalisme pendidik. Menurut McNamara (2008), pendidik yang cemerlang
menunjukkan ciri-ciri seperti:
i. Komitmen kepada profesional yang tinggi.
ii. Pakar-pakar dalam semua bidang, pengalaman biasa yang sedia ada
iii. Kebolehan mengajar idea utama dan mata pelajaran dan kandungan.
iv. Keupayaan untuk menguruskan murid.
v. Keupayaan untuk bekerja dengan murid-murid, rakan-rakan dan ibu bapa.
vi. Mampu merawat pembangunan nilai-nilai sosial dan budaya.
vii. Menunjukkan komitmen.
4

Mengorientasikan konsep PAK21 dan HOTS dalam organisasi di sekolah perlu


menggunakan pendekatan yang koheren semasa proses pengajaran pembelajaran dan
penilaian yang menawarkan kandungan kursus yang berkaitan dalam apa-apa cara yang
menggalakkan dan menyokong murid untuk membangunkan kesedaran etika, nilai, sikap,
kemahiran, akauntabiliti, integriti dan tingkah laku yang konsisten (William, 2007).
Manakala Fien.et.al (2009), menyatakan bahawa trend ini akan membawa kepada perubahan
kurikulum yang diperlukan untuk mengintegrasikan apa juga program ke dalam sebuah
organisasi di sekolah berdasarkan tiga strategi yang berpotensi iaitu tindakan, akauntabiliti
dan amanah. Nilai Integriti pendidik adalah ciri-ciri positif kualiti yang unggul wujud dengan
sendirinya berdasarkan etika dan piagam pelanggan berasaskan sistem dan proses kerja dan
pematuhan kepada amalan terbaik. Mereka menjalankan mandat dan kuasa yang
diamanahkan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan murid-murid mereka secara
telus dan ikhlas.

Begitu juga Pavlova (2009), lebih mengutamakan tindakan (action), akauntabiliti dan
integriti serta amanah adalah tunjang utama dalam organisasi di sekolah. Tenaga pendidik
seharusnya bertanggungjawab dengan sentiasa berfikir untuk masa depan murid-murid yang
mempunyai tahap yang tinggi dari segi kesabaran, belas kasihan dan penyayang, memupuk
suasana boleh menjadi seronok apabila belajar, memberi harapan baru, semangat, membentuk
keperibadian terpuji dan mempunyai kapasiti untuk menukar murid untuk menjadi yang
terbaik. Zhilei Yao, Yin He, (2010) dan Susan & Heather (2012), dalam kajiannya di kedua-
dua negara maju dan membangun (Jerman, China dan Kenya) didapati negara tersebut telah
menekankan elemen nilai amanah dan akauntabiliti sejak awal 80’an lagi dalam organisasi
pendidikan di negara tersebut.

Analisis organisasi bermaksud melihat sesebuah organisasi secara menyeluruh. Ini


melibatkan proses pemeriksaan dalaman terhadap persekitaran luaran, lokasi, pencapaian,
objektif, sumber manusia dan suasana organisasi. Tujuan utama analisis organisasi adalah
untuk menentukan sejauh mana sesuatu latihan harus dijalankan dan boleh dijalankan dalam
sesebuah sekolah. Persekitaran luaran dan lokasi sesebuah sekolah; boleh menjadi faktor
kritikal dalam menentukan sama ada sesuatu program latihan harus dijalankan atau
sebaliknya. Ini kerana kedua-dua faktor ini dapat mempengaruhi cara pihak pengurusan
merangka, melaksana, menyelia, menilai dan membuat keputusan (Abd. Baser, 2014).

Menurut Beare (2001), analisis organisasi adalah satu proses yang digunakan untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai ciri-ciri organisasi dengan tujuan untuk
menentukan bidang yang memerlukan latihan. Komponen yang wujud dalam analisis
organisasi melibatkan objektif, sumber-sumber, iklim untuk latihan dan halangan
persekitaran. Sumber data pula termasuklah inventori pendidik, inventori kemahiran, suasana
iklim organisasi dan indeks kecekapan.

Analisis tugas merupakan satu bentuk kutipan data yang sistematik mengenai sesuatu
tugas atau kumpulan kerja untuk menentukan apakah yang perlu diajar kepada pendidik
untuk mencapai prestasi kerja yang optimum (Abd. Baser, 2014). Hasil daripada analisis
tugas ini termasuklah prestasi piawai, bagaimana tugas perlu dilakukan untuk memenuhi
piawai, pengetahuan, kemahiran dan sikap (KSA) serta ciri-ciri lain yang perlu ada pada
pendidik untuk memenuhi piawai yang ditetapkan. Sumber-sumber data yang boleh
digunakan untuk analisis tugas termasuklah deskripsi tugas, penyeliaan pengajaran, dan
kajian pemeriksaan mengenai sesuatu tugas. Menurut Susan & Heather (2012), terdapat lima
langkah dalam pelaksanaan analisis tugas, iaitu:
5

(i) Mendapatkan deskripsi tugas pendidik dari pihak sekolah.


(ii) Mengenal pasti tugas yang terlibat semasa melaksanakan program latihan.
(iii) Mengenal pasti pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan sikap yang diperlukan untuk
menjalankan sesuatu tugas melalui spesifikasi tugas (job specification).
(iv) Membentuk objektif latihan.
(v) Merekabentuk program latihan.

Walaupun kajian tentang ciri-ciri guru berkesan masih diteruskan, terdapat perkara-
perkara yang asas yang perlu dimiliki oleh guru lepasan PISMP IPG untuk mengendalikan
proses pengajaran pembelajaran dengan berkesan. Di antaranya ialah, ilmu pengetahuan
tentang mata pelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar kandungan mata pelajaran
tersebut, dan sikap yang sesuai. Dalam konteks mengajar kemahiran berfikir dalam mata
pelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia, guru-guru yang dilatih di IPG juga perlu memiliki
perkara-perkara tersebut untuk mengendalikan proses pengajaran pembelajaran dengan
berkesan. Berdasarkan analisis yang dikumpulkan bagi aspek pengetahuan dan kemahiran ini
menunjukkan bahawa bagi kesemua aspek PEO1 pada tahap yang tinggi. Kajian ini
mengesyorkan bahawa, program PISMP perlu direka bentuk sebagai sistem yang
komprehensif untuk menampung keperluan pihak sekolah yang merupakan pelanggan utama
IPG. Pihak yang terlibat disarankan untuk memperkemaskan rangka kerja institusi IPG bagi
mengelakkan pembangunan kurikulum tanpa mengambil kira kehendak sekolah yang
berkehendakkan kurikulum yang lebih lestari di samping pencapaian aspek pengetahuan guru
baharu program PISMP adalah ke arah penyediaan guru abad ke 21.

Anda mungkin juga menyukai