Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDP PAKK)


(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 5)

GURU DAN PROFESIONALISME KEGURUAN


(EDUP2132D)

NAMA PELAJAR NOOR ZAWAL HASLINDA BINTI AHMAD

ANGKA GILIRAN 2021192380027

NOMBOR KAD 761023-07-5862


PENGENALAN

KUMPULAN B2

PERKARA TUGASAN 2 – PENTAKSIRAN BERTERUSAN

NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR

TARIKH HANTAR 20 MAC 2023


TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah satu aktiviti yang merangkumi dan berorientasikan sosial dan
pendidikan berkualiti dimana secara logiknya dikaitkan dengan guru yang berkemahiran serta
mempunyai tahap kecekapan profesional yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri peribadi dan
profesional yang mantap dalam pengajaran. Tujuan laporan ini adalah untuk mengupas
petikan daripada sumber yang dilampirkan tentang bagaimana profesionalisme dalam
pengajaran ditakrifkan dalam perbahasan ilmiah. Selain itu , laporan ini akan mengkaji dengan
lebih dalam berkaitan literatur profesionalisme dalam pengajaran meliputi konsep
profesionalisme , perspektif yang berbeza dalam profesionalisme dalam pengajaran , elemen
kritikal guru profesional yang penting untuk profesionalisme dalam pengajaran , sifat teras
profesionalisme dalam pengajaran dan halangan dalam laluan profesionalisme dalam
pengajaran telah diperkatakan.

Profesionalisme keguruan pula boleh ditakrifkan dari pelbagai perspektif. Konsep


profesionalisme dalam pendidikan telah banyak dibahaskan pada peringkat sosiologi,
pendidikan, dan ideologi. Secara ringkasnya, idea utama pendekatan profesionalisme yang
mendasari asas ini dicerminkan.Dalam persekitaran kerja yang kompetitif hari ini, keperluan
untuk mencapai dan membangunkan piawaian tertentu dan kriteria penanda aras untuk
semua profesion telah meningkat. Piawaian mewujudkan persekitaran profesional prosedur
'amalan terbaik', membolehkan organisasi membangunkan sistem, dasar dan prosedur
dengan yakin. Menurut Hoyle, profesionalisme adalah berkaitan dengan peningkatan kualiti
perkhidmatan dan bukannya sekadar hanya untuk mengangkat martabat seseorang (Hoyle,
2001). Satu lagi cara untuk melihat profesionalisme adalah dari segi struktur pelbagai dimensi
yang terdiri daripada sikap seseorang dan tingkah lakunya terhadap pekerjaannya serta
pencapaian standard tahap tinggi (Boyt, Lusch dan Naylor, 2001). Jika digabungkan definisi
setakat ini, bolehlah ditafsirkan bahawa profesionalismeadalah sebagai satu struktur multi-
dimensi tingkah laku dan sikap kerja seseorang untuk mencapai standard tertinggi dan
membantu dalam meningkatkan tahap kualiti sesebuah organisasi.
2.0 PENDAHULUAN

Profesion seorang guru sudah semestinya memerlukan anjakan atau inisiatif


pembangunan yang berterusan bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran itu berterusan
terutamanya untuk menghadapi proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 masakini
yang terlalu pantas dan menggunakan pelbagai kaedah pedadogi terutamanya yang berkaitan
dengan teknologi.Guru atau pendidik haruslah mencari ilmu kemahiran dengan berkesan dan
berterusan untuk meningkatkan prestasi diri sendiri dalam proses PDP.Pembangunan untuk
guru banyak telah disediakan samada oleh daripada sektor kementerian ataupun sektor
swasta.Apabila seorang pendidik sentiasa mengisi dirinya dengan ilmu,kemahiran dan latihan
berkaitan maka sudah semestinya tahap kemahiran dan kepakarannya akan bertambah dri
semasa ke semasa.Dan kemahirannya ini dapat pula diguna pakai dan diaplikasikan di
sekolah masing – masing.Dengan cara ini , tahap prestasi pendidikan pelajarnya juga akan
bertambah baik dan berkualiti.

3.0 LAPORAN RUJUKAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel yang saya jadikan rujukan sebagai penyediaan laporan saya ini
iaitu artikel yang berbentuk lebih kepada kajian bertajuk Kelestarian Pembangunan
Profesionalisme Guru Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat ini , yang mana ianya telah
dilaksanakan oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Utara Malaysia bagi mengenalpasti
tentang keberkesanan dan kesesuaian berkaitan pembelajaran sepanjang hayat , boleh
dikatakan bahawa pembelajaran sepanjang hayat ini sangat penting terutamanya buat
seorang pendidik.Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini , pendidik dapat menambah baik
ilmu dan kepakaran mereka berkaitan kemahiran sedia ada.

Jika dilihat dan dibuat pembacaan , Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang


Hayat (PSH) telah menjadi salah satu isu penting dalam sektor pekerjaan dan dasar pekerja,
baik didalam sektor kerajaan ataupun dalam organisasi antarabangsa (Commission of The
European Communities, 2007). Implikasinya , manfaat yang ada dalam Program
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ini sememangnya sangat wajar untuk dikongsi
bersama masyarakat demi kebaikan bersama yang lebih besar kerana ia memberi peluang
pembelajaran berterusan kepada seseorang yang mempunyai mod pembelajaran yang
fleksibel bagi memenuhi tuntutan persekitaran mereka terutama kepada yang bekerja.
Sebenarnya , Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telahpun dibincangkan dalam
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) di mana tanggungjawab ini telah
diserahkan kepadaKementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha membudayakan
Pembelajaran Sepanjang Hayat\sHayat (PSH) dengan memberi penekanan kepada
"Memupuk Pembelajaran Sepanjang Hayat".

Dalam artikel ini , kajian yang dibuat adalah lebih fokus kepada adakah masih lagi
terdapat kesesuaian berkaitan Model T3P dalam pembangunan profesinalisme guru.Apakah
Model T3P ini masih relevan dan masih boleh terus digunakan selaras dengan peredaran
teknologi pendidikan masa kini.Adakah ianya membebankan seorang pendidik dalam tugasan
hakiki mereka mendidik pelajar. Modul pembangunan profesionalisme guru berasaskan
pembelajaran sepanjang hayat ini terdiri daripada empat fasa utama iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan refleksi. Dalam fasa perancangan, penyelidik akan bekerjasama
dengan pakar dalam sesuatu bidang untuk mencipta modul latihan yang menekankan
pembelajaran sepanjang hayat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada guru
melalui soal selidik. Pengkaji kemudiannya menjalankan latihan terancang untuk sekumpulan
guru. Guru-guru yang terlibat pula akan dinilai dalam fasa ketiga untuk menentukan
keberkesanan modul latihan terhadap guru. Kemudian , guru-guru akan diminta untuk
membuat ulasan atau refleksi pada fasa akhir bagi mendapatkan maklumat tentang persepsi
mereka terhadap modul latihan yang diikuti. Hasil daripada kajian ini akan diterjemahkan pula
dalam satu pembentangan untuk menentukan samada program pembelajaran sepanjang
hayat ini masih relevan ataupun tidak.

Dalam artikel ini juga , dalam perenggan Penyataan Masalah muka surat 13 , ada
menerangkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha mereka
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan
teknologi.Ini akan menjadi masalah kepada guru-guru lama yang tidak berkebolehan
menguasai teknologi.Namun , sekiranya latihan berterusan dibekalkan melalui bengkel,kursus
dan seminar pasti isu ini dapat diatasi sedikit demi sedikit.Dapatan kajian dalam artikel ini juga
menunjukkan bahawa latihan dalam perkhidmatan sangat kurang sesuai dan tidak relevan
kerana ianya dilaksanakan melalui kaedah satu dimensi sahaja , dimana kursus atau bengkel
hanya dilaksanakan sekali sahaja.Maka ini menunjukkan bahawa sekiranya latihan dan
kursus berterusan dijalankan pasti kemahiran guru-guru ini dapat dipertingkatkan dengan
baik.
Oleh itu , kajian ini dijalankan khusus untuk melihat kembali samada Modul T3P ini
masih relevan ataupun tidak pada masa kini.Oleh yang demikian , hasil kajian ini akan dibawa
ke peringkat yang lebih tinggi untuk difikirkan kembali akan kesesuaian modul,pengisian
modul dan sebagainya.

4.0 PENUTUP

Akhir sekali , rumusan keseluruhan yang boleh dibuat daripada artikel ini ialah implikasi
dan kesan terhadap kajian Pembelajaran Sepanjang Hayat ini sebenarnya memberi
keseronokan dari segi pengumpulan ilmu kemahiran dan kepakaran kepada pendidik.Melalui
program ini juga , para pendidik akan dapat melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-
kemahiran terbaik dan terkini dalam menghadapi cabaran pendidikan Abad ke-21 .Konsep ini
memberi peluang samarata didalam pendidikan tanpa membezakan kaum,bangsa,agama
atau jantina serta etnik.Kesaksamaan Pembelajaran Sepanjang Hayat ini sangat luas dan
memberi peluang bukan hanya kepada pendidik malah juga kepada pelajar.Dengan adanya
program pembelajaran sepanjang hayat ini juga , ianya akan dapat membantu membanteras
empat isu pendidikan yang ketara iaitu buta huruf dalam kalangan orang dewasa , dapat
membantu membudayakan pendidikan didalam komuniti,menaikkan kembali mutu pendidikan
negara yang merosot sejak kebelakangan ini dan akan dapat membantu meningkatkan
keinginan belajar dikalangan semua. Sejajar dengan itu , pembelajaran sepanjang hayat ini
juga secara tidak langsung akan membantu pembangunan pendidik itu dari aspek
profesionalisme keguruan itu sendiri.Ini kerana , guru atau pendidik yang penuh ilmu dan
kemahiran di dada akan memberikan yang terbaik buat sistem pendidikan terutama kepada
pelajarnya.
5.0 LAMPIRAN MUKA DEPAN ARTIKEL

ARTIKEL RUJUKAN TUGASAN2 PB.pdf


Sumber Rujukan Penulisan Laporan

Artikel Pelan Induk Profesionalisme Keguruan


https://www.moe.gov.my/dasarmenu/pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan-
pippk

Pembangunan Kemahiran Profesionalisme Guru


https://www.scribd.com/presentation/434952226/Bab-6-Pembangunan-Kemahiran-
Profesionalisme-Guru

Research Gate - Latihan dan Pembangunan Profesional Guru


https://www.slideshare.net/hibatullah92/latihan-dan-pembangunan-profesional-guru

Bina Upaya Guru (2022) – YouTube


https://youtu.be/A84nBGxHQyo

Anda mungkin juga menyukai