Anda di halaman 1dari 14

SGDF4012 A231 PHILOSOPHY

GROUP A

‘SEMALAM DI BUMI SINTOK ‘

PREPARED FOR:

EN.ZOLKIFLI BAHADOR

(PENYELARAS KURSUS)

PREPARED BY:

NOR HANIM BT CHE HARUN

833008
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PENGERTIAN KURIKULUM 2
3.0 KURIKULUM DAN KEMENJADIAN MURID 3-6
4.0 CADANGAN KURIKULUM KEBANGSAAN 6-8
5.0 KESIMPULAN 9
References i
LAMPIRAN i
KURIKULUM PENDIDIKAN BAGAIMANAKAH YANG TERBAIK DALAM ERA MASA KINI SUPAYA
NEGARA MEMPUNYAI SISTEM PENDIDIKAN YANG TERBAIK.

1.0 PENGENALAN

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar

perancangan pengajaran harus dilakukan tanpa gangguan dan guru perlu merancang kaedah

struktur pengajaran di kelas dengan baik.Salah satu punca tingkah laku pelajar merosotkan

prestasi seseorag individu berkemungkinan berpunca daripada pengajaran guru yang di

rancang secara tidak teratur.. Kemahiran guru yang tidak efektif dalam perancangan mengajar

akan mengakibatkan proses mengajar di dalam kelas pelajar tidak terkawal. Seterusnya bagi

melahirkan modal insan yang seimbang guru seharusnya menekankan kaedah pengurusan di

dalam kelas seacara teratur ia salah satu pemangkin kecemerlangan seseorang individu.

Oleh itu perancangan pengajaran yang melibatkan sistem pendidikan kurikulum amat

penting dalam kehidupan kerana pendidikan di Malaysia adalah satu tonggak bagi melahirkan

insan-insan penting untuk membangunkan sesebuah negara . Pembelajaran dan pengajaran perlu

diketengahkan pada setiap indidvidu dengan mengikut kurikulum yang sesuai mengikut peringkat

individu tersebut.Kurikulum yang melibatkan murid dalam kelas atau luar kelas seharusnya

memainkan peranan yang penting untuk membentuk semula keberhasilan pelajar terhadap

pendidikan di Malaysia .Ekoran isu keciciran pelajar yang berlaku akibat fasa pendemik dua tahun

lepas memberi kesan yang kurang impak terhadap Pendidikan.

2.0 PENGERTIAN KURIKULUM

Secara asalnya kurikulum berasal dari Bahasa Latin diterjemahkan iaitu bahan pengajaran

yang diguna oleh setiap pusat pendidikan ,istilah kurikulum ini diterapkan berdasar beberapa

mata pelajaran yang seharusnya ditempuhi oleh pelajar untuk mencapai pendidikan yang

1
baik. kurikulum juga dapat difahami oleh pelajar dapat memperolehi pengalaman di bawah

naungan sekolah dengan pengetahuan dan pemahaman serta mengubah apresiasi sikap dan

nilai seseorang individu di sekolah.untuk mencapai tujuan pendidikan yang berkualiliti

pogram ini dirancang secara sistematik serta pelbagai bahan ajar dan pengalaman belajar

yang berintegriti .Terdapat kurikulum rasmi dari falsafah Pendidikan kebangsaan ,kurikulum

kebangsaan meliputi tiga aspek iaitu kurikulum standart prasekolah ,Kurikulum Standart

Sekolah Rendah dan Kurikulum Standart Sekolah Menengah .Oleh demikian Kurikulum

sekolah yang di rencanakan dari falsafah pendidikan kebangsaan adalah segala rancangan

Pendidikan yang diuruskan oleh pihak sekolah pertama meliputi RPT dan RPH dan yang

kedua meliputi Kokurikulum. Kurikulum pendidikan dapat menerapkan seseorang individu di

sekolah pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai aktiviti di bilik darjah .Dari sudut

Kurikulum pendidikan kaedah ini dapat melihat proses kematangan seseorang indidvidu dari

peringkat bawahan sehingga peringkat kematangan dewasa secara kasar semasa pengajaran

dan pembelajaran sedang berlaku di sekolah. kurikulum merupakan suatu skop atau isi

kandungan sesuatu mata pelajaran di sebuah sekolah atau pusat pendidikan kurikulum adalah

rencana dan pengaturan sistem yang lebih sistematik mengenai apa yang harus diajarkan di

suatu lembaga pendidikan .

Kurikulum adalah berkaitan dengan tujuan pembelajaran ,isi pembelajaran serta metode dan

evalusi yang digunapakai dalam proses kaedah pembelajaran ,pada masa yang sama

kurikulum pendidikan dapat menerapkan disiplin atau tingkah laku individu secara

baik.Selain itu,ia juga dapat disimpulkan pelbagai aspek dari segi pengetahuan

ilmu ,keterampilan individu ,sikap dan nilai-nilai murni yang ingin ditanamkan kepada

semua pelajar .Tujuan ini dapat mengawal proses pembelajaran agar mencapai hasil yang

berkesan dan diinginkan dari lembaga pusat pendidikan .Pendidik kurikulum juga sentiasa

2
meningkatkan perubahan dan perkembangan mengikut peredaran semasa untuk

menghasilkan kualiti yang lebih menarik dan berkesan.

3.0 KURIKULUM DAN KEMENJADIAN MURID

Setiap peringkat Pendidikan menengah arau rendah mahupun peringkat universiti akan

merujuk kurikulum yang disediakan oleh kementerian Pendidikan Malaysian dan

kementerian pengajian tinggi untuk memastikan perjalanan pembelajaran yang dilaksanakan

berlaku dengan lancar dan berkesan.Kurikulum terbahagi kepada berberapa bahagian ,yang

pertama kurikulum yang memfokuskan pada kurikulum rasmi sekolah rendah dan

menengah ,secara langsung dapat merujuk sebagai aktiviti pengajaran ,buku teks serta

ringkasan mengajar .Selain itu kurikulum secara formal bermatlamat pendidikan negara iaitu

kaedah pengajaran di bilik darjah seperti aktiviti yang harus dijalankan serta permainan

mengikut mata pelajaran tertentu,dan kurikulum secara tidak formal juga adalah berkait rapat

dengan iteraksi sosial-psikologi serta melibatkan sikap ,perasaan dan tingkat laku seseorang

individu .

Teori kurikulum merupakan latihan ilmiah awalan ,kerana metafora,paradigma ,tujuan

utama sesuatu teori kurikulum adalah untuk menghuraikan erti kurikulum yang sebenar ia

menggunakan rantaian sesuatu sistem logik yang tertentu,terdapat beberapa perkara yang

wajar mengenai sesuatu teori kurikulum tentang logik dan ciri kurikulum salah satu adalah

budaya ilmu pengetahuan wajarlah kaedah ini mendapat ulasan tentang apakah unsur yang

dikenal pasti.Unsur budaya atau ilmu pengetahuan dikenal pasti dengan tujuan kumpulan

murid tertentu dapat mempelajari mata pelajaran dari pengalaman .

3
Selain itu unsur budaya atau ilmu pengetahuan juga dapat membantu guru mengajar dalam

kaedah pengajaran di dalam kelas dengan lebih sistematik dan lancar.Terdapat beberapa teori

yang boleh dikongsikan dalam kurikulum seperti teori disiplin mental ,ia menggunakan logik

akal psikologi sebagai asas huraian,dari sudut akal ia mengandungi otot dan sel-sel

ingatan ,khayalan,penaakulan,kehendak pemerhatian dan sebagainya.Latihan mental dapat

membina otot untuk meningkatkan daya keupayaan operasi fikiran individu yang terbaik.

Fungi sekolah adalah untuk membina perkembangan otot akal seseorang individu manakala

fungsi kurikulum ialah untuk memperhaluskan memperkukuhkan keupayaan otot akal

individu tersebut.Oleh demikian teori seterusnya dapat dikongsi sebagai teori fungsi yang

mengusulkan bahawa masyarakat sekeliling wujud berasaskan sistem peranan anggota

tertentu ia akan melibatkan juga kanak-kanak untuk mengabdikan diri kepada peranan yang

akan dilaksanakan pada masa hadapan .

Melalui intitusi pendidikan seseorang kanak-kanak yang dikelilingi masyarakat individu

dapat melihat ciri-ciri sejagat budaya serta dapat menerapkan nilai-nilai yang positif.

Seterusnya,Teori kurikulum sekolah di malaysia dapat dirancang oleh Pentadbiran

Kementerian Pelajaran yang sentiasa berada di bawah cengkaman kumpulan politik dan

birokrat tertentu untuk mengawal penentuan pentadbiran dan profesional pendididkan untuk

mengalirkan kurikulum yang berkesan .Kesimpulannya kurikulum ini dapat memberi

tumpuan utama kepada guru yang hendak mengajar pada murid di sekolah dan juga ia adalah

salah satu pembinaan kurikulum untuk menentukan struktur ,falsafah ,kandungan dan tujuan

kurikulum yang disampaikan .Terdapat beberapa peranan penting terhadap kurikulum di

sekolah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh dari sudut

intelek,rohani,jasmani,emosi serta sosial

4
Peranan kurikulum dapat dikaitkan dengan kaedah kreatif,melihat pada situasi masyarakat

sekarang dan masa akan datang kurikulum dapat memperkembangkan perkara baharu

mengikut inovasi yang kreatif dengan menggunakan pelbagai teknologi baharu bagi menarik

minat para pelajar di sekolah,hal ini dapat memperkembangkan lagi potensi dan pengetahuan

yang baru pada murid . Seterusnya ,peranan kurikulum adalah Kritis dan

Evaluatif,berdasarkan peranan tersebut ia dapat menapiskan nilai-nilai budaya tradisional

yang kurang sesuai mengikut zaman semasa serta memperkukuhkan nilai-nilai sosial yang

sempurna .

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) salah satu sumber rujukan untuk

mendapatkan ciri-ciri yang ada pada murid apabila menggunakan kurikulum yang disediakan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,ia dapat melihat secara jelas adakah kemenjadian

murid itu terhasil atau tidak. Kemenjadian murid tidak akan berlaku hanya pada pentaksiran

akademik yang terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah sahaja

contohnya ,peperiksaan tahunan atau ujian penilaian murid. Oleh itu, ia dapat melihat juga

dari sudut bukan akademik yang di jalankan oleh pihak sekolah iaitu pentaksiran aktiviti

jasmani ,sukan dam kokurikulum. .Selain itu kemenjadian murid boleh merujuk pada enam

ciri-ciri yang disediakan untuk mencapai aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan ,murid

berkemahiran memimpin,murid berkemahiran berfikir,murid dapat berkemahiran

dewibahasa,beretika dan berkerohanian serta murid mempunya identiti nasional.Secara

holistik kemenjadian murid akan dapat melihat melalui hasil keberkesanan proses perjalanan

hari persekolahan.

Sebagai pendidik guru dapat menggunakan kepelbagaian instrumen untuk menghasilkan

kemenjadian murid tercapai secara baik seperti menggunakan bahan maujud dalam

pembelajaran supaya pelajar lebih jelas dengan pengajaran yang disampaikan Seterusnya

5
guru boleh menggunakan kaedah pendekatan pada masa kini iaitu pembelajaran dan

pengajaran berpusatkan pelajar .Pendekatan cara ini dapat menarik minat pelajar lebih

kehadapan bagi belajar kerana kepelbagaian aktiviti secara langsung pelajar menjadi aktif

ketika p&p berlaku.Pendekatan yang diperkenalkan peringkat Pendidikan ialah pembelajaran

mengikt abad 21.Ini merupakan pembelajaran yang memberi penekanan yang khusus

terhadap pelajar melalui berfikir aras tinggi (KBAT) menurut pembelajaran abad ke -21

murid dapat mencipta,menghasilkan,berkolaboratif berkumpulan serta mengkaji maklumat

dan mengambil sumber luar yang luas bagi memahami mata pelajaran secara menyeluruh.

pembelajaran ini dapat memastikan pelajar dapat melatih diri lebih bertanggungjawab pada

diri sendiri apabila berlaku aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau individu.Dalam masa

yang sama kaedah ini dapat mengasah bakat pelajar secara tidak langsung apabila berlaku

situasi di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran .Secara amnya peljar dapat

membina konsep kendiri berdasarkan pengalaman yang sedia ada untuk meningkatkan lagi

kefahaman ilmu dan idea yang baru,Kaedah yang dikongsikan ini dapat di kaitkan dengan

teori konstruktivisme iaitu pembelajaran berasaskan pelajar guru hanya membimbing dan

memantau pelajar dengan baik.Sebagai contoh elemen pembelajaran berpusatkan murid

adalah murid berpeluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep,murid seperti

kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir ,murid beraktiviti dalam kumpulan dan

sebagainya.

4.0 CADANGAN KURIKULUM KEBANGSAAN

Era globalisasi masa kini memberi focus pada pendidikan bagi pemantapan generasi pada

masa sekarang,seperti kemahiran dan pengetahuan pelajar perlu dikemas kini semasa ke

semasa.memperkasakan kurikulum Pendidikan seiring keperluan zaman ,pada peringkat kini

persiapan diri harus bersiap sedia demi menempuh era dunia teknologi pendigitilan yang

6
semakin berkembang pesat berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .Melihat pada

kecendurungan dunia,banyak yang diguna pakai oleh system teknologi komunikasi dan

maklumat .

1) Cadangan peruntukan masa (PDP)

Saya mencadangkan masa PdPc ditambah adalah kerana menurut teori perkembangan

kanak-kanak ,setiap individu itu berbeza dalam pelbagai aspek.Di dalam kelas,terdapat

pelajar yang cemerlang,sederhana dan kurang cemerlang dari segi pencapaian mereka .Oleh

itu,dengan menambah peruntukan masa PdPc, pelajar yang kurang cemerlang boleh

mengambil masa yang lebih baik untuk memahami perkara yang diajar oleh pengajar dan

pelajar yang sudah memahami dengan jelas pula boleh mengukuhkan lagi pemahaman

mereka dengan melakukan aktiviti latih tubi. Bukan itu sahaja, dengan adanya penambahan

peruntukan masa ini juga ,pengajar dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan

kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. menurut Ibnu

Khaldun ,pendidik perlu memberikan latih tubi yang mencukupi kepada anak didiknya

supaya mereka dapat menguasai sesuatu pembelajaran itu dengan cukup jelas. , saya

mencadangkan pembahagian waktu pembelajaran supaya pengajar dapat mengajar dengan

sistematik dan para pelajar pula dapat belajar daripada aras pembelajaran yang rendah dan

menuju ke aras yang tinggi

Di sini, apa yang dapat saya simpulkan ialah,setiap anak didik itu sememangnya

berbeza tahap pencapaian diri .Bukan itu sahaja, menurut teori pembelajaran kognitif Jean

Piaget juga menyatakan bahawa setiap kanak-kanak itu akan belajar tentang sesuatu daripada

peringkat operasi ke peringkat konkrit iaitu daripada tahap kesukaran yang rendah ke tahap

kesukaran yang tinggi. Sebagai seorang pendidik ,kita jangan sesekali menyamakan setiap

daripada mereka tetapi bersikap adil dan saksama dalam melayani para pelajar. Bukan itu

7
sahaja,pengukuhan itu sangat penting dan perlu dilakukan bagi memastikan para pelajar

benar-benar menguasai ilmu yang disampaikan malah dapat mengaplikasikan ilmu tersebut

dalam kehidupan harian mereka

2) Cadangan kepelbagaian kaedah mengajar pembelajaran abad ke-21

Para pendidik bukan Sahaja memberi pengajaran secara menarik serta menyeronokkan malah

guru haruslah mendaptkankan hasil pelajar berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Peranan

penambahbaikan kurikulum di sekolah memainkan beberapa faktor untuk diketengahkan bagi

memastikan setiap individu tercapai matlamat dan objektif yang disediakan dari Kementerian

Pendidikan Malaysia .Transfomasi yang patut di wujudkan di peringkat sekolah untuk

memastikan seluruh individu dapat mencapai ilmu pegetahuan ,kemahiran serta nilai-nilai

murni yang selari dengan keperluan semasa berdasarkan pembelajaran abad ke-21.Selain

itu ,cadangan bagi kurikulum kebangsaan untuk melonjak tinggi pada aras yang baik perlu

juga menerapkan pada setiap individu di sekolah berkemahiran penaakulan,kemahiran

kreativiti dan inovasi ,teknologi maklumat dan komunikasi serta elemen

keusahawanan.Tujuan ini memastikan bukan sahaja memfokuskan pembelajaran asas dalam

bilik darjah malah ia dapat menghasilkan kurikulum persekolahan yang dibangunkan setaraf

dengan pendidikan global pada masa kini.Sehubungan dengan itu Pendidikan dapat

melahirknya indidvidu yang berpengetahuan yang luas ,berpotensi dan herjaya dalam

kehidupan .

3) Cadangan sokongan moral daripada guru dan ibu bapa

Merujuk daripada keratan akhbar berita harian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata

susulan yang didapati memperluaskan minat pelajar terhadap mata Pelajaran sains dan

matematik sedikit menurun dek kerana kurang kefahaman yang dipelajari semasa

8
(p&p)berlangsung .Oleh kerana isu ini yang dikongsikan sebagai pendidik haruslah

mewujudkan cara atau kaedah yang lebih menarik dan berkesan terhadap pelajar untuk

mempelajari mata Pelajaran tersebut.Contohnya guru mengadakan kaedah permainan yang

menggunakan teknologi terkini berkaitan mata Pelajaran Matematik dan Sains . Cara ini

dapat membantu pelajar yang kurang minat tertumpu dengan kaedah permainan yang

menarik mata Pelajaran tersebut. Disamping itu guru perlulah memberi sokongan dari segi

fizikal dan mental untuk menerap minat pelajar terhadap pembelajaran itu.Ibu bapa juga

amatlan memainkan peranan yang penting menyokong dan mendorong anak-anak supaya

memberi focus yang lebih terhadap mata pelajaran tersebut.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, struktur DSKP yang sedia ada ini bukanlah lemah untuk dijadikan

rujukan atau panduan disebabkan perlu dibuat penambahbaikkan tetapi ianya hanyalah

cadangan dan pendapat terhadap arah tuju pendidikan negara secara tidak langsung ianya

mampu menjana pemikiran pelajar ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sebagai

seorang pengajar,kita perlu berpegang teguh kepada apa yang dikatakan pegangan kita iaitu

struktur DSKP yang telah disediakan untuk memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran itu berlangsung dengan terancang dan teratur.

Cadangan-cadangan yang telah diberikan juga telah disokong dengan pelbagai fakta serta

teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan para pelajar dari segi pembelajaran,kognitif

mahupun persekitaran pelajar-pelajar.Oleh itu, cadangan-cadangan penambahbaikan yang

diberikan bukanlah cadangan biasa yang boleh dipandang remeh kerana kebanyakan teori

yang digunakan ialah teori yang dipelopori oleh ahli-ahli ilmuan yang terkenal.

Kesimpulannya,walaupun struktur DSKP kelihatan mudah dan ringkas tetapi untuk

melaksanakannya,pengajar perlu meneliti dengan lebih mendalam supaya proses PdP yang

9
ingin dilaksanakan nanti berstruktur,sistematik dan mempunyai hala tuju matlamatnya.Semua

faktor yang terlibat haruslah diambil kira sebelum menjalankan PdP berdasarkan kepada

struktur DSKP yang telah diberikan.Pengajar juga masih bebas untuk mengadakan PdP

mengikut kesesuaian keadaan kelas supaya tidak terlalu terikat berdasarkan struktur DSKP

tersebut.

10
RUJUKAN

Anjung Fikir. (2017, dec 29). Retrieved from yahyaothman.blogspot.com:

https://yahyaothman.blogspot.com/2017/12/kemenjadian-murid.html

Anonymous 7dqc8h. (2015, mar 16). Definisi kurikulum. Retrieved from scribd.com:

https://www.scribd.com/doc/258894397/DEFINISI-KURIKULUM

Cikgu Sm Vellasamy. (n.d.). Pembelajaran abad ke-21. Retrieved from blogspot.com:

https://cikgusmvellasamy.blogspot.com/p/pembelajaran-abad-ke-21-bahasa-

melayu.html

Mohd Amin Jalil. (2023, Ogas 4). Perkasa kurikulum dorong minat pelajar terhadap Sains,

Matematik. Retrieved from bharian.com.my:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1136078/perkasa-kurikulum-

dorong-minat-pelajar-terhadap-sains-matematik

Shahrul93. (2019, April 15). Maksud kurikulum. Retrieved from slideshare.ne:

https://www.slideshare.net/shahrul93/maksud-kurikulum

11
LAMPIRAN

CONTOH DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

12

Anda mungkin juga menyukai