Anda di halaman 1dari 11

AMALAN PENGURUSAN BAKAT GURU BESAR

DAN KOMPETENSI GURU SEKOLAH RENDAH


DALAM ASPEK AKADEMIK DI DAERAH BARAM

Syarifuddin Sudirman1 & Mohamed Yusoff Mohd Nor2


1 SK Long Lenei Primary School, 98050, Baram, Sarawak, Malaysia
2 Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,
Malaysia

bobosyasya@gmail.com

ABSTRAK

Amalan pengurusan bakat kini giat dipraktikkan dalam sistem pengurusan pendidikan sekolah selaras
dengan matlamat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan amalan
pengurusan bakat guru besar dengan kompetensi guru dalam aspek akademik serta dalam masa yang sama
mengenal pasti sama ada iklim fizikal sekolah turut mempengaruhi atau tidak. Keputusan kajian dapat
membantu menyerlahkan kepentingan aspek-aspek tersebut untuk dititik beratkan dalam usaha
memantapkan hala tuju sekolah terutamanya dalam bidang pembelajaran. Populasi kajian tinjauan ini
merangkumi kumpulan guru di sekolah-sekolah pedalaman satu daerah Baram. Sejumlah 52 sampel terlibat
menjawab borang soal selidik yang merangkumi tujuh dimensi pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian
dianalisis dengan statistik deskriptif dan inferensi. Tahap amalan pengurusan bakat guru besar berada dan
kompetensi guru berada pada tahap sederhana tinggi dengan kedua-duanya mempunyai nilai min = 4.08
manakala tahap iklim fizikal sekolah pula berada pada tahap sederhana dengan nilai min = 3.35. Program
pemantapan kepimpinan guru besar dan projek naik taraf fizikal sekolah perlu dipergiatkan lagi oleh pihak
kementerian bagi menjamin tahap kompetensi pendidik anak bangsa sentiasa berada pada tahap yang
optimum dalam usaha menaik taraf sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti.

Kata Kunci: guru besar; iklim fizikal sekolah; kompetensi guru; pengurusan bakat
ABSTRACT

Talent management practices are now actively implemented in the school's education management system
in line with the goal of the National Education Policy to provide human resources for national development
needs. This study is aimed to identify the relationship between headmasters’ proficiency in talent
management and teacher competence in academic aspects and at the same time identifying whether the
school's physical climate affects or not. The results of the study can help highlight the importance of these
aspects to emphasize in strengthening the direction of the school especially in the field of learning. The
survey population survey includes a group of teachers in the rural schools of Baram district. A total of 52
samples responded to a questionnaire covering seven dimensions of the study variables. The findings were
analysed by descriptive and inferential statistics. The headmaster's talent management level and teachers’
competency are highly moderate with mean = 4.08 while the school's physical climate is at a moderate
level with mean = 3.35. More headmaster’s leadership program need to be organised and the physical
upgrading project of the school should be intensified by the ministry to ensure that the level of competence
of educators is always at an optimum level in pursue for better national education quality.

Keywords: headmaster; talent management; school's physical climate; teacher competence

506
PENGENALAN

Mengikut penyataan Dasar Pendidikan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
kejayaan pelaksanaan dasar dan program pendidikan banyak bergantung kepada kecekapan dan
keberkesanan pihak pengurusan dan kepimpinan sekolah (KPM, 2012). Pihak pentadbir harus arif
mengurus sumber tenaga manusia meliputi keseluruhan warga sekolah yang majoritinya terdiri daripada
guru. Dalam usaha bagi melicinkan pengurusan sekolah, amalan pengurusan bakat adalah merupakan salah
satu inisiatif yang digunakan oleh pentadbir sekolah dalam pembahagian tugas agar pelaksanaan kerja
menjadi lebih cekap. Dalam organisasi pendidikan, pengurusan bakat merupakan sebagai peneraju bakat
yang mengetengahkan guru terutamanya sebagai komponen organisasi untuk ditugaskan, dikembangkan
dan dikekalkan mengikut bakat. Dalam masa yang sama memberikan pemahaman kepada guru seperti
merancang strategi untuk pencapaian sekolah (Tabancali & Korumaz, 2014). Guru yang memili k i
kredibiliti tinggi dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap amatlah diperlukan sekiranya pihak
kementerian ingin memperkasakan sistem pendidik yang utuh setanding dengan negara-negara yang maju
lain
LATAR BELAKANG

Kemahiran dan bakat guru mula dinilai sebagai langkah pengagihan kedudukan berketepatan dengan
potensi yang dimiliki oleh guru itu sendiri. Hal ini menunjukkan organisasi pendidikan atau sekolah sudah
mula menciptakan perkembangan baharu dalam perspektif pengurusan sumber manusia terhadap bakat
guru (Tabancali et al, 2017). Melalui perlaksanaan strategi dan program oleh pentadbir, guru-guru
memperoleh kemahiran dan pengetahuan sewaktu implementasi. Hal ini disokong oleh Bradley (2016)
yang menyatakan pelaksanaan strategi bergantung dengan kemahiran dan kebolehan semasa guru bertugas
dalam organisasi manakala pentadbir sekolah pula perlu memaksimu mkan prestasi individu dan juga
sekolah. Menurut Rodríguez (2015), latihan berasaskan kecekapan menyokong proses pembelajaran ,
pelaksanaan program latihan yang sesuai dan fleksibel, dan satu penyesuaian diri yang lebih pantas kepada
perubahan teknologi. Oleh itu, kajian ini dapat membantu untuk mengenal pasti hubungan antara
pengurusan bakat dan kompetensi guru. Maklumat yang didapati memberi manfaat dalam bidang
pengurusan pendidikan untuk memahami kepentingan pengurusan bakat mampu menyumbang kepada
peningkatan tahap kompetensi guru. Pentadbir mesti cekap merancang strategi operasi yang boleh menjadi
penyumbang kepada kecekapan guru dalam organisasi (Aytaç, 2015).

Kompetensi pada aspek akademik sangat penting untuk diperlihatkan kerana ia turut dimasukkan ke dalam
instrumen baharu penilaian guru melibatkan sebanyak 60% (KPM, 2013). Hal ini jelas menunjukkan
kementerian menitik beratkan tugas guru di bilik darjah serta pencapaian yang diperoleh oleh murid-murid .
Berdasarkan kajian, sehingga kini beribu individu tidak efektif terpilih menjadi guru dan pengetua
memberikan impak yang negatif terhadap keputusan pembelajaran murid (Odden, 2014). Oleh itu,
pencapaian matlamat sekolah dalam prestasi akademik dapat digapai dengan jayanya sekiranya dibekalkan
dengan sumber tenaga manusia yang cekap.

Menurut Panichpongsapak et al (2016), kompetensi guru perlu dikembangkan terlebih dahulu sekiranya
kita ingin meningkatkan prestasi belajar murid-murid. Iklim sekolah merupakan salah satu faktor tambahan
dalam meningkatkan kompetensi guru. Menurut Cohen et al (2009), di sekolah yang mempunyai iklim
yang sihat menunjukkan pentadbir tahu untuk menyokong guru dalam kerja mereka dan sokongan
sedemikian dilihat berupaya meningkatkan semangat. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2015 turut merencanakan strategi dalam membuat pelaburan sumber fizikal kerana diyakini berupaya
untuk meningkatkan kualiti pendidikan sehingga bertaraf antara bangsa. Aspek seperti iklim fizikal sekolah
begitu membantu dalam melancarkan kerja terutamanya dalam pengajaran dan pemudah cara (PDPC).
Menurut Rusman (2018), kemudahan fizikal disediakan dapat meningkatkan motivasi guru untuk
melaksanakan tugas dengan lebih baik. Oleh itu, iklim fizikal sudah pasti turut dapat juga menyumbang
kepada tahap peningkatan kompetensi guru di sekolah.
PENYATAAN MASALAH

Pengurusan bakat secara relatifnya adalah merupakan konsep baru bagi pengurusan sumber manusia.
Walaupun digunakan secara meluas namun pendefinisiannya masih kurang (Waheed & Zaim, 2015).
Pengaplikasian kebiasaannya berlaku di sektor swasta bertujuan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat
lain demi memperoleh keuntungan yang lebih tinggi (Moghtadaie & Taji, 2016). Pelaksanaan pengurusan

507
bakat di sekolah kerajaan terutamanya mungkin berlaku akan tetapi tidak dititik beratkan kerana tiada
persaingan untuk merebut guru yang berkompetensi bagi meningkatkan kemajuan sekolah. Menurut Tyagi
et al (2017), institusi pendidikan tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan strategi yang digunakan
dalam pengurusan bakat untuk menyokong mereka serta keberkesanan amalan pengurusan strategi
tersebut.

Kurang kajian mengenai pengurusan bakat berkaitan dengan pendidikan terutamanya yang melibatkan
pentadbir sekolah di sekolah rendah. Hal ini menimbulkan persoalan berkenaan dengan tahap
pelaksanaannya di peringkat sekolah serta kesannya terhadap organisasi sekolah. Kesannya kesedaran
terhadap amalan pengurusan bakat belum berada di tahap yang tinggi serta para pentadbir sekolah belum
peka terhadap kepenggunaannya. Memandangkan pentadbir adalah orang yang bertanggungjawab terhadap
strategi operasi pengurusan kerja, maka hal ini menjadi jurang kajian yang penting (Cooke et al, 2014).

Berdasarkan analisis peperiksaan yang dibuat oleh pihak kementerian, salah satu punca masalah
pencapaian akademik yang rendah dalam subjek Bahasa Inggeris disebabkan oleh guru terpaksa mengajar
mata pelajaran tersebut merupakan bukan opsyen yang mungkin juga kurang mahir (KPM, 2013). Kursus
meningkatkan kos perkembangan kemahiran guru agak besar. Dengan kekangan kewangan dan sumber
manusia, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh melaksanakan semua program. PPD perlu memilih
dan berfokus hanya kepada intervensi impak tinggi dan mudah dilaksanakan (KPM, 2017). Berdasarkan
kajian yang dibuat (Panichpongsapak et al, 2016) mengesahkan perkembangan guru kurang adalah
disebabkan kekurangan budget dan ketiadaan penilaian mereka. Berdasarkan laporan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015, prestasi Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMM) dan Programme International Student Assessment (PISA) negara berada pada kedudukan yang
tidak memberangsangkan. Intervensi pada peringkat akar umbi perlu dibuat dengan memantapkan
kompetensi guru agar prestasi pendidikan negara dapat diangkat martabatnya setanding dengan negara luar.

Pelbagai cara dibuat dalam pengurusan bakat. Namun faktor lain dalam peningkatan kompetensi turut
boleh menyumbangnya seperti keadaan iklim sekolah terutamanya terhadap usaha yang mampu menaikkan
motivasi guru. (Rapti, 2013). Aspek keperluan guru daripada sudut fisiologi dan keselamatan juga turut
dipenuhi yang merangkumi keperluan asas, keadaan sekolah dan lain-lain (Sieng & Sharif, 2017). Menurut
(2016), guru mempunyai berhadapan dengan masalah kemudahan sekolah dalam melancarkan proses
PDPC dalam usaha mereka untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid.

Tuntasnya, keperluan pengurusan bakat perlu diamalkan oleh pihak pentadbir bagi menjamin pelaksanaan
yang mampan untuk setiap perancangan yang telah direncanakan agar matlamat sekolah mampu dicapai
(Azeez et al, 2017). Dalam masa yang sama perkembangan kompetensi guru-guru di sekolah juga dapat
ditingkatkan melalui minat serta kemahiran guru sendiri dengan adanya kemudahan fizikal sekolah yang
mencukupi bagi sesi PDPC (Nadzim et al, 2016)
TUJUAN

Kajian bertujuan mengetahui hubungan tahap kompetensi guru dalam aspek akademik dengan tahap
pengurusan bakat guru besar dan faktor lain seperti iklim fizikal sekolah di daerah Baram, Sarawak.
OBJEKTIF

a) Mengenal pasti tahap amalan pengurusan bakat guru besar di daerah Baram, Sarawak.
b) Mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam aspek akademik di daerah Baram, Sarawak.
c) Mengenal pasti tahap iklim fizikal sekolah di daerah Baram, Sarawak
d) Mengenal pasti hubungan antara amalan pengurusan bakat guru besar dengan kompetensi
guru dalam aspek akademik di daerah Baram, Sarawak.
e) Mengenal pasti hubungan antara iklim fizikal sekolah dengan kompetensi guru dalam aspek
akademik di daerah Baram, Sarawak
f) Mengenal pasti hubungan antara kompetensi guru dalam aspek akademik dengan amalan
pengurusan bakat guru besar dan iklim fizikal sekolah di daerah Baram, Sarawak
TINJAUAN LITERATUR

Bakat didefinisikan sebagai individu yang boleh membina kelainan dalam prestasi organisasi sama ada
dengan sumbangan segera mereka ataupun dengan menunjukkan tahap kemampuan terbaik dalam jangka

508
masa panjang (Tyagi et al 2017). Menurut Moghtadaie & Maryam Taji (2016), Pengurusan bakat
didefinisikan sebagai satu sistem mengenal pasti, memilih pekerja, melatih, menaikkan pangkat dan
mengekalkan individu berkebolehan bermatlamatkan peningkatan organisasi. Hal ini disokong oleh Tyagi
et al (2017). Menurut beliau pengurusan bakat dalam institusi sangat membantu dalam mengenal pasti
bakat dengan betul, perkembangannya dan pengekalannya dalam kejayaan perkembangan institusi.
Daripada sudut pendidikan pula, pengurusan bakat bermatlamatkan pengurusan strategik sistem
pengurusan manusia dalam pendidikan di mana kunci utamanya adalah melalui pelaksanaan pengambilan
pekerja, penentuan jawatan, perkembangan, penilaian, kenaikan pangkat dan pemberian pampasan (Oden,
2014).

Collings dan Mellahi (2009) telah membangunkan kerangka kerja untuk pengurusan bakat yang
mendefinisikan perhubungan antra bakat dan strategi. Secara spesifiknya, pengurusan bakat ini dikenali
sebagai sebuah organisasi sistem (atau budaya) yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu

1. Pengenalpastian aspek kelebihan yang menyumbang kepada organisasi


2. Pengembangan sejumlah individu berbakat yang berpotensi tinggi untuk pengisian jawatan.
3. Pengembangan sistem sumber manusia dalam membimbing individu yang berbakat, penting dan
perancang organisasi.

Pentadbir sekolah yang dikaji dalam kajian ini ialah guru besar. Berdasarkan pekeliling perkhidmatan
bilangan 11 (Malaysia, 2007), individu yang bertanggungjawab mengurus aspek akademik sekolah adalah
guru besar dan dibantu oleh penolong kanan pentadbiran dan guru-guru akademik. Mereka adalah individu
utama yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus bidang akademik sekolah, menentukan guru subjek,
panitia dan guru kelas. Akademik adalah merupakan proses pendidikan yang mempunyai kesinambungan,
penambahbaikan dan transformasi daripada pengalaman (Shanmugam, 2016).

Chen dan Naquin (2006) mendefinisikan kompetensi sebagai ciri-ciri asas individu yang diperlukan bagi
melaksanakan sesuatu kerja contohnya, kemahiran, pengetahuan, sikap, kepercayaan, motif, dan sifat-sifat;
yang membolehkan penghasilan kerja yang cemerlang selaras dengan fungsi strategik organisasi. Isnon &
Badusah (2017) menyatakan gabungan pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan sikap praktik serta
ditunjukkan dalam tingkah laku apabila melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan. Kompetensi adalah
melibatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap guru diambil kira sebagai aspek yang menyumbang kepada
keberkesanan individu dan prestasinya dalam organisasi pendidikan (Tyagi et al 2017).

Iklim sekolah turut dikaji dalam kajian ini. Mutiara & Sobandi, (2018) menyatakan iklim sekolah
merupakan sifat atau ciri-ciri suatu sekolah. Di sekolah yang mempunyai iklim sekolah yang sihat,
pentadbir tahu bagaimana untuk menyokong guru dalam kerja mereka, dan sokongan sedemikian dilihat
dan dihargai oleh guru (Cohen et al, 2009)
Amalan Pengurusan Bakat Pentadbir Dan Kompetensi Guru

Konsep praktik pengurusan manusia telah menyebar ke sekolah-sekolah yang bertujuan untuk
mempromosikan dinamika sekolah, meningkatkan keberkesanan administrasi dan menyumbang kepada
pengurusan staf (Chan, 2001). Pengurus yang mengamalkan pengekalan sumber manusia yang efektif
dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kerja serta pelanggan dan prestasi institusi secara
keseluruhan (Burke et al, 2013). Kenyataan ini disokong oleh Gracia et al., 2013 yang menyatakan
pengurusan bakat oleh pentadbir pekerja sangat membatu dalam keberkesanan perkhidmatan dan memberi
kepuasan kepada pelanggan. Menurut kajian Aytaç (2015), pengurusan bakat pengurus adalah amalan yang
penting dalam menentukan komitmen guru terhadap organisasi.
Iklim fizikal sekolah dan Kompetensi Guru

Menurut Fletcher (2003), iklim merangkumi konsep yang luas melibatkan kompetensi meliput i
kebolehan memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada keadaan baru di persekitaran kerjanya.
Beberapa aspek persekitaran sekolah mempengaruhi guru-guru penasihat merancang untuk membimb in g
dan mengajar dan niat mereka untuk meningkatkan keberkesanan perlaksanaan ko-kurikulum (Mohd Fazli
et al 2013). Barkhuizen et al, (2014) menyatakan penglibatan kerja sentiasa berkaitan dengan hasil positif
yang berkaitan dengan pekerjaan seperti komitmen organisasi, kepuasan kerja, motivasi, peningkatan
kesejahteraan dan prestasi. Kenyataan disokong oleh Becerra (2016) dengan menyatakan iklim sekolah

509
membentuk konstruk berdasarkan perspektif organisasi dengan melihat nilai yang dipengaruhi oleh
persekitaran kerja dan individu.
KERANGKA KONSEP

Hasil daripada tinjauan literatur di atas, maka terhasil sebuah kerangka konsep bagi menerangkan
perhubungan antara pemboleh ubah kajian.
Kompetensi
guru

Pengenalpastian Pengurusan
bakat Pengetahuan
Perkembangan
Kemahiran
Pengekalan
Sikap
Keselamatan & Ketenteraman Iklim
Keperluan & Keselesaan fizikal sekolah

Rajah 1. Sumber adalah berdasarkan gambar rajah piramid teori motivasi Maslow (1954) bagi
mengaitkan ketiga-tiga pemboleh ubah

Teori yang digunakan untuk perkaitan ketiga-tiga pemboleh ubah utama dalam kajian ini adalah teori
motivasi manusia (Abraham Maslow, 1954) Teori ini menjelaskan tingkah laku manusia berasaskan tahap-
tahap keperluan manusia itu sendiri. Terdapat lima tahap keperluan manusia yang dinyatakan oleh Maslow.
Bagi kajian ini, hanya empat tahap motivasi manusia yang dilihat iaitu keselamatan dan ketenteraman,
keperluan dikasihi, keperluan dihargai dan kepuasan diri. Keperluan-keperluan ini saling berkaitan dalam
meningkatkan tahap amalan pengurusan bakat dan kompetensi guru di sekolah. Berikut adalah merupakan
jadual perkaitan antara pemboleh ubah utama dengan teori keperluan Abraham Maslow (1954).

Berdasarkan perkaitan teori dengan pengurusan bakat dan kompetensi guru, maka dengan ini tiga hipotesis
kajian dibangunkan.

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan bakat guru besar dan kompetensi
guru dalam aspek akademik di sekolah daerah Baram, Sarawak.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan bakat guru besar dan kompetensi
guru dalam aspek akademik di sekolah daerah Baram, Sarawak.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan serentak antara amalan pengurusan bakat dan iklim fizikal
sekolah dengan tahap kompetensi guru.
METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian tinjauan untuk memperoleh data. Sampel kajian seramai 52 orang
daripada 60 yang terlibat melalui kaedah pensampelan rawak berkelompok yang terdiri daripada penolong
kanan dan guru akademik biasa. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada individu yang
terlibat dengan pengajaran dan pemudah cara (PDPC) di sekolah. Borang soal selidik kajian ini
mengandungi 51 item dan diedarkan kepada semua sekolah rendah pedalaman satu daerah Baram. Lima
skala Likert digunakan dalam soal selidik ini. Borang soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 2
bahagian iaitu bahagian A bagi mendapat data demografi manakala bahagian B untuk dapatan data tahap
ketiga-tiga pemboleh ubah kajian. Data kajian kemudiannya dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif dengan penggunaan petunjuk skor peratusan, min dan sisihan piawai dan nilai pekali korelasi.
Statistik inferensi yang digunakan untuk menjawab hipotesis kajian ialah ujian korelasi Pearson dan ujian
regresi berganda. Ujian normaliti taburan data dibuat dengan menggunakan ujian normaliti Kolmogorov-
Smirnov yang bernilai signifikan > 0.05. Ujian normaliti Shapiro-Wilk tidak digunakan keran ia hanya

510
sesuai untuk menguji taburan data kurang pada 50 sampel. Tahap pemboleh ubah kajian diinterpretasikan
berdasarkan skor min seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2. Interpretasi tahap pemboleh ubah

Tahap pemboleh ubah Interpretasi skor min


Rendah 1.00 – 1.50
Sederhana Rendah 1.51 – 2.49
Sederhana 2.50 – 3.49
Sederhana Tinggi 3.50 – 4.49
Tinggi 4.50 – 5.00
Sumber: Jamil Ahmad (2012)
DAPATAN KAJIAN

Dapatan data maklumat diri responden dipersembahkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3. Demografi responden mengikut jantina, umur dan jawatan.

Demografi Kekerapan Peratus (% )


Jantina
Lelaki 19 36.5
Perempuan 33 63.5
Umur
Kurang 30 tahun 25 48.0
31 tahun – 40 tahun 23 44.2
41 tahun – 50 tahun 2 3.9
51 tahun – 60 tahun 2 3.9
Tempoh mengajar
1 tahun – 5 tahun 21 40.4
6 tahun – 10 tahun 20 38.5
11 tahun – 15 tahun 7 13.5
16 tahun – 20 tahun 1 1.9
Lebih 20 tahun 3 5.8
Taraf pendidikan
Diploma 4 7.7
Ijazah sarjana muda 46 88.5
Sarjana 2 3.8
Doktor falsafah 0 0.0

Jadual 4. Skor tahap amalan pengurusan bakat guru besar secara keseluruhan berdasarkan
dimensi

Dimensi bakat Skor min Sisihan piawai Interpretasi


Pengenalpastian 4.14 0.617 Sederhana Tinggi
Perkembangan 4.07 0.647 Sederhana Tinggi
Pengekalan 4.05 0.607 Sederhana Tinggi
Purata skor 4.08 0.593 Sederhana Tinggi
Skor min keseluruhan untuk tahap pengurusan bakat adalah 4.08 dengan sisihan piawai 0.593. Tahap
amalan pengurusan bakat guru besar adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian normalit i
Kolmogorov-Smirnov memberikan nilai signifikan 0.2 > 0.05, maka taburan data adalah normal.

511
Jadual 5. Skor tahap kompetensi guru dalam aspek akademik secara keseluruhan
berdasarkan dimensi

Dimensi kompetensi Skor min Sisihan piawai Interpretasi


Pengetahuan 3.99 0.539 Sederhana
Kemahiran 4.04 0.509 Sederhana Tinggi
Sikap 4.22 0.451 Sederhana Tinggi
Purata skor 4.08 0.450 Sederhana Tinggi
Skor min keseluruhan untuk tahap kompetensi guru adalah 4.08 dengan sisihan piawai 0.450. Tahap amalan
kompetensi guru adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian normaliti Kolmogorov-Smirn o v
memberikan nilai signifikan 0.2 > 0.05, maka taburan data adalah normal.

Jadual 6. Skor tahap iklim fizikal sekolah secara keseluruhan berdasarkan dimensi

Organisasi Skor min Sisihan piawai Interpretasi


Keselesaan & Keperluan 3.05 0.822 Sederhana
Keselamatan & 3.65 0.670 Sederhana
Ketenteraman
Purata skor 3.35 0.662 Sederhana
Skor min keseluruhan untuk tahap iklim fizikal sekolah adalah 3.35 dengan sisihan piawai 0.662. Tahap
iklim fizikal sekolah adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian normaliti Kolmogorov-Smirn o v
memberikan nilai signifikan 0.2 > 0.05, maka taburan data adalah normal.

Jadual 7. Ujian korelasi Pearson antara dimensi amalan pengurusan bakat guru besar dengan
kompetensi guru dalam aspek akademik

Tahap Amalan Kekuatan


kompetensi pengurusan hubungan
guru bakat
Tahap kompetensi Pearson 1 0.717
guru Correlation Sig. 0.000
(2-tailed) 52 52
N Hubungan
Amalan pengurusan Pearson 0.717 1 yang kuat
bakat Correlation Sig. 0.000
(2-tailed) 52 52
N
**Korelasi signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

Kajian mendapati bahawa pekali korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang lemah
dan signifikan antara tahap kompetensi guru dan amalan pengurusan bakat guru besar [r (50) = 0.717, p
<0.05]. Daripada dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh dibina adalah terdapat kemungkinan bahawa
semakin tinggi tahap amalan pengurusan bakat guru besar, maka semakin tinggi tahap kompetensi guru.

512
Jadual 8. Ujian korelasi Pearson antara iklim fizikal sekolah dengan kompetensi guru dalam
aspek akademik

Tahap Iklim fizikal Kekuatan


kompetensi sekolah hubungan
guru
Tahap kompetensi Pearson 1 0.301
guru Correlation Sig. 0.030
(2-tailed) 52 52
N Hubungan yang
Iklim fizikal sekolah Pearson 0.301 1 lemah
Correlation Sig. 0.030
(2-tailed) 52 52
N
**Korelasi signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

Kajian mendapati bahawa pekali korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang lemah
dan signifikan antara tahap kompetensi guru dan iklim fizikal sekolah [r (50) = 0.301, p <0.05]. Daripada
dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh dibina adalah terdapat kemungkinan bahawa semakin tinggi
tahap iklim fizikal sekolah, maka semakin tinggi tahap kompetensi guru.

Jadual 9. Ujian regresi berganda dengan pemboleh ubah yang menyumbang kepada
peningkatan kompetensi guru.

Pekali tidak piawai Pekali r Nilai signifikan


Model piawai
B Ralat Piawai Beta
Constant 1.462 0.354 4.134 0.00
Amalan pengurusan 0.530 0.073 0.698 7.279 0.00
bakat guru besar
Iklim fizikal 0.136 0.065 0.200 2.091 0.042
sekolah
Pemboleh ubah bersandar: Kompetensi guru

Analisis regresi berganda telah dijalankan dan didapati secara keseluruhan model regresi adalah signifikan
(F (2,49) = 30.47, dan R2 = 0.554). Faktor amalan pengurusan bakat guru besar (b = 0.53, t = 7.279, p =
0.00) dan iklim fizikal sekolah (b = 0.136, t = 2.09, p = 0.042) merupakan peramal yang signifikan terhadap
tahap kompetensi guru dalam kajian ini. Rumus regresi untuk model ini adalah: Tahap kompetensi guru =
0.85 – Amalan pengurusan bakat (0.12) – Iklim fizikal sekolah (0.03).
PERBINCANGAN

Amalan pengurusan bakat guru besar di sekolah-sekolah pedalaman satu daerah Baram, Sarawak
mempamerkan interpretasi yang memberangsangkan iaitu sederhana tinggi. Walaupun mereka bertugas di
kawasan pedalaman, namun nilai tanggungjawab mereka tetap ada untuk memacu perjalanan organisasi
sekolah ke arah matlamat pendidikan negara. Pelaksanaan amalan ini menunjukkan para guru besar
pedalaman satu daerah Baram bergerak seiring dengan perkembangan global berkenaan dengan perspektif
pengurusan sumber manusia yang dinyatakan oleh (Tabancali et al, 2017).

Tahap iklim fizikal sekolah. Berbanding dengan pemboleh ubah yang lain, iklim fizikal sekolah pedalaman
satu daerah Baram mendapat nilai interpretasi yang paling rendah iaitu pada tahap yang sederhana. Masih
terdapat ruang yang perlu ditambah baik dalam menggandakan kemudahan-kemudahan di sekolah untuk
guru dan murid agar mereka dapat menikmati persekitaran yang lebih berkualiti. Perkara ini penting untuk
diambil kira ia mampu mempengaruhi kerja guru dan penerimaan input oleh murid dalam pembelajaran di
sekolah (Mohd Fazli et al 2013). Penyediaan kemudahan kebiasaannya melibatkan kos yang tinggi. Jadi
pihak yang bertanggungjawab perlu merancang dengan teliti dengan memilih keutamaan kemudahan yang

513
diperlukan oleh sekolah. Selain itu, inisiatif juga boleh diambil oleh pihak sekolah dengan mengadakan
projek gotong-royong atau jaringan luar bersama syarikat korporat dalam program Corporate Social
Responsibility (CSR) dalam memperbaiki serta menambah dana peruntukan kewangan untuk
penambahbaikan kemudahan fizikal sekolah.

Ketiga-tiga hipotesis nol ditolak melalui ujian-ujian hipotesis yang dijalankan. Ini bermakna sememangnya
amalan pengurusan bakat dan iklim fizikal sekolah memberikan hubungan yang positif terhadap
kompetensi guru. Keperluan pengurusan bakat dan iklim fizikal sekolah yang berkaitan dengan elemen
hierarki teori Maslow (1954), sememangnya tepat bagi meningkatkan motivasi untuk peningkatan
kompetensi guru di sekolah. Namun hubungan yang pengurusan bakat lebih kuat berbanding dengan iklim
fizikal sekolah. Oleh itu, kesedaran berkenaan dengan keberkesanan amalan pengurusan bakat guru besar
perlu lebih ditekankan dan disebar luas untuk pengetahuan umum agar masalah seperti kurang kesedaran
mengenai kelebihan pengurusan bakat dalam pendidikan yang dinyatakan oleh Tyagi et al (2017) dapat
diatasi. Dalam meningkatkan kompetensi guru, iklim fizikal sekolah juga tidak dilupakan dan pihak
pengurusan pembangunan sekolah perlu mengambil kira penambahbaikan yang perlu dibuat di sekolah
terutamanya berkaitan dengan projek yang berupaya membantu guru-guru giat melaksanakan PDPC
(Barkhuizen et al, 2014).
CADANGAN

Antara cadangan kajian lanjutan yang bersesuaian diimplementasikan pada masa hadapan adalah
memperluaskan lagi skop kajian ke peringkat sekolah menengah dan sekolah-sekolah daerah lain di
Sarawak. Ini bertujuan bagi mengenal pasti impak pengurusan bakat di tempat beza kerana mungkin
berlaku perbandingan hasil dapatan di sebabkan budaya kerja dan lokasi institusi yang berlainan. Selain
itu, kajian berkenaan dengan tahap kesediaan guru besar dalam mengimplementasikan amalan pengurusan
bakat turut perlu dilihat kekuatan kemantapannya. Kajian lanjutan ini dapat mengenal pasti kekurangan,
kelemahan atau kelebihan sebagai nilai tambah untuk pihak KPM, Institut Aminuddin Baki (IAB), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) serta PPD bagi merencanakan program bersesuaian untuk memperkasakan
kepimpinan guru besar. Cadangan kajian yang terakhir adalah mengenal pasti hubungan iklim fizikal
sekolah dengan tahap kompetensi guru di sekolah pedalaman tiga. Sememangnya semua pihak sedia
maklum akan kekurangan yang dialami oleh sekolah-sekolah tersebut. Aspek yang dilihat untuk kajian ini
adalah sejauh mana tahap kemudahan fizikal sekolah yang sedia ada dan tahap kompetensi guru-guru
pedalaman mendidik anak-anak di saat kemajuan perkembangan pendidikan dunia sedang pesat
membangun.
PENUTUP

Kejayaan dalam menggapai matlamat sekolah bukan hanya terletak pada bahu guru yang mendidik sahaja.
Pihak atasan seperti ketua jabatan turut perlu memainkan peranan mereka sebagai perancang utama dalam
mengurus kecemerlangan organisasi sekolah. Hasilnya yang diperoleh nanti pastinya akan mengalir semula
kepada komuniti. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Malaysia, 1996) iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kecemerlangan anak-anak sekolah
adalah hasil usaha semua warga pendidik. Maka pihak kementerian juga perlu memikirkan beberapa
inisiatif lain dalam menyemarakkan semangat golongan pendidikan ini. Sememangnya keupayaan individu
bergelar guru perlu dikekalkan serta ditambah baik kemampuan sedia ada dalam mereka tekal berusaha
mendidik anak bangsa untuk menongkah arus dunia persaingan yang kian pesat berkembang serta
mencabar.

514
RUJUKAN
Abidin, A. Z., Mansor, A. N. & Wahab, J. A (2017). Amalan pengurusan bakat sekolah menengah
kebangsaan agama di Selangor, Malaysia. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adiele, E. E., & Abraham, N. (2013). Achievement of Abraham Maslow’s needs hierarchy theory among
teachers: implications for human resource management in the secondary school system in Rivers
State. Journal of Curriculum and Teaching, 2(1), 140.

Aytaç, T. (2015). The relationship between teachers’ perception about school Tufan AYTAÇ managers’
talent management leadership and the level of organizational commitment. Eurasian Journal of
Educational Research, 59, 165-180.

Azeez, M. I. K., Ibrahim, M. S., & Mustapa, R. (2017). Kompetensi kepemimpinan instruksional di
kalangan pengetua sekolah satu kajian empirikal di negeri Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 2(3), 1-14.

Barkhuizen, N., Mogwere, P., & Schutte, N. (2014). Talent Management, Work Engagement And Service
Quality Orientation Of Support Staff In A Higher Education Institution. Mediterranean Journal of
Social Sciences, 5(4), 69.

Bradley, A., P. (2016). Talent management for universities. Australian Universities' Review, 58(1), 13-19.

Burke, R. J., Koyuncu, M., Fiksenbaum, L. & Yasemin, T. (2013). Antecedents and consequences of work
engagement among frontline employees in Turkish Hotels. Journal of Transnational Management,
18(3), 191-203.

Chan, K. (2001). The difficulties and conflict of constructing a model for teacher evaluation in higher
education, Higher Education Management, 13(1),93-111.

Cohen, J., McCabe, L., Michelli, N. M., & Pickeral, T. 2009. School climate: Research, policy, practice,
and teacher education. Teachers College Record, 111(1), 180-213.

Collings, D., G. & Mellahi, K. 2009. Strategic Talent management: A review and research agenda. Human
Resource Management Review, 19(4), 304-313.

Cooke, F. L., Saini, D. S., & Wang, J. (2014). Talent management in China and India: A Comparison Of
Management Perceptions And Human Resource Practices. Journal of World Business, 49(2), 225-
235.

Cooke, F. L., Saini, D. S., & Wang, J. 2014. talent management in China and India: a comparison of
management perceptions and human resource Practices. Journal of World Business, 49(2), 225-235.

Gracia, E., Salanova, M., Grau, R. & Cifre, E. (2013). How to enhance service quality through
organizational facilitators, collective work engagement, and relational service competence.
European Journal of Work and Organizational Psychology, 22(1), 42-55.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga). Putrajaya: Giga
Wise Network Sdn Bhd.

Kerajaan Malaysia. (2007). Perubahan skim perkhidmatan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan
diploma. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007

Kilic, D., E., Serin, H., Karakus, O., Ergene, O., Corbaci, C., E. & Kilic, N. (2017). Adaptation of talent
management scale into Turkish: Sinop University Case. Journal of Education and Training Studies,
5(1): 124-133.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

515
Limon, M, R. (2016). The effect of the adequacy of school facilities on student’s performance and
achievement in technology and livelihood education. International Journal of Academic Research
in Progressive Education and Development. 5(1), 45-58.

Malaysia. (1996). Akta Pendidikan 1996.

Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality. New York, NY: Harper & Row Publishers.

Mohd Fazli, H., Suhaida, A., K, & Soaib, A. (2013). Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 1-9.

Mutiara, N. U., & Sobandi, A. (2018). Iklim sekolah sebagai determinan minat belajar siswa. Jurnal
Pendidikan Manajemen Perkantoran, 1(2), 71-77.

Nidzam, C. A. C., &Noh, Noraini & Adnan, Mazlini & Marzita, P. & Ibrahim, Hairy, M. (2014). Pengaruh
persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Bitara UPSI. 6.

Odden, A. (2014). Getting the best people into the toughest jobs. Philadelphia, PA: Consortium for Policy
Research in Education.

Panichpongsapak, R., Tesaputa, K. & Sri-ampai, A. (2016). Development a program to enhance curriculum
and learning management competency of private primary school teachers. International Education
Studies; 9(11), 172-180.

Rapti, D. (2013). School climate as an important component in school effectiveness. Academicus, (8), 110.

Rodríguez, J. C. 2015. Implementation of the human talent management through competencies Model in a
University in Metropolitan Lima. Propósitos y Representaciones, 3(2),319-401.

Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan berkualiti: Perspektif mengenai
kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan. Jurnal Pengurusan, 45(2015), 143
– 154.

Rusman, S., N., R. (2018). Preatasi kerja guru dan hubungannya dengan faktor beban tugas, persekitaran
kerja dan personel: Kajian Kes Di sebuah sekolah di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1),
1-15.

Shanmugam, L. (2016). A Study on differential aptitude and teaching competency of student teachers in
Kancheepuram District. Journal of Education and Practice, 7(13), 87-88.

Sieng, U. K. & Sharif, S. (2017). Faktor-faktor kepuasan kerja dalam kalangan guru di sebuah sekolah jenis
kebangsaan Cina (SJKC) daerah Kuala Penyu, Sabah, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan
Pendidikan Universiti Awam 2017, 1(21),198-222.

Tabancali, E. & Korumaz, M. (2014). Talent Management in educational organizations. The Journal of
Academic Social Science Studies, 25(1), 139-156.

Tabancali, E., Şimşek, G., G. & Korumaz, K. (2017). Talent management in educational organizations: A
scale development study. European Journal of Education Studies, 3(10), 406-424.

Tyagi, M. S., Singh, G., & Aggarwal, M. T. (2017). Talent management in education sector. International
Journal on Cybernetics & Informatics (IJCI), 6(1/2), 47-52.

Waheed, S., & Zaim, A. H. (2015). a model for talent management and career planning. Educational
Sciences: Theory & Practice, 15(5), 1205-1213.

Zuraidah Abdullah, Rahimah Hj Ahmad, & Muhammad Faizal Ab Ghani. (2012). Komuniti pembelajaran
profesional dalam kalangan warga sekolah. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA
(hh.1–21).

516

Anda mungkin juga menyukai