Anda di halaman 1dari 16

PENGARUH PENGUPAYAAN TERHADAP AUTONOMI GURU

DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) ABAD


KE-21

Isrihan Mohamad1; Abdul Jalil Ali, Ph.D2; Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Ph.D3
1,2,3
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
1
isrihan.smktar@gmail.com

Abstrak
Kajian ini membincangkan tentang Pengaruh Pengupayaan Terhadap Autonomi Guru
Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Tujuan kajian ini adalah untuk
mengetahui hubungan pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc. Kajian ini
merupakan penelitian secara kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
School Participant Empowerment Scale (SPES) dan Teacher Autonomy Scale (TAS).
Populasi dalam kajian ini adalah seramai 1029 orang guru dari sebuah daerah di negeri
Utara Semenanjung Malaysia. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang
melibatkan sampel seramai 278 orang guru dengan menggunakan teknik persampelan
rawak mudah. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Pengujian hipotesis dilakukan dengan
prosedur regresi linear. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa
pandangan guru mengenai pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc adalah pada
tahap sederhana. Dapatan juga mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan
antara pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc. Diharapkan lebih banyak
pengupayaan diberikan kepada guru supaya guru menikmati autonomi serta dapat
merancang program bagi meningkatkan tahap autonomi guru dalam PdPc yang
seterusnya mampu membawa peningkatan dalam pencapaian sekolah.

Keywords: empowerment, teacher autonomy, teaching and learning, pembelajaran dan


pemudahcaraan

PENGENALAN
Menjelang Gelombang 3 PPPM (2021-2015) Kementerian Pendidikan Malaysia akan
memfokuskan kepada peningkatan autonomi guru dalam aspek Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) serta menjangkakan kaedah ini akan dibudayakan di semua
sekolah. Para guru diberikan kuasa autonomi dalam menentukan proses pengajaran dan
pembelajaran secara kreatif di dalam bilik darjah dengan menambah pengetahuan
mengenai pembelajaran abad ke-21. Para guru haruslah berusaha mencari kaedah yang
terbaik dalam mengaplikasikan elemen kemahiran abad ke-21 dalam sesi PdPc mereka.
Pemilihan kaedah ini bukanlah bergantung pada pengetahuan yang diterima guru
daripada pembelajaran formal semata-mata kerana kaedah ini tidak menceritakan tentang
konteks di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Johnson, 2009). Hal ini selari
dengan pendapat MacMath (2008) bahawa penting bagi guru memupuk daya kreativiti
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memastikan semua pelajar dapat
melibatkan diri dalam aktiviti PdPc yang dijalankan. Guru yang mampu menyesuaikan
bahan pengajarannya dengan kehidupan sebenar pelajar akan merangsang penglibatan

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
137
pelajar kerana penyesuaian bahan pengajaran ini memberi makna kepada kehidupan
mereka ( Rohani, Hazri, & Mohammad Zohir, 2017). Tambahan pula guru merupakan
agen utama dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar semasa
proses PdPc dalam bilik darjah (Arbaa 2015).
Bagi merialisasikan PdPc abad ke-21, pembelajaran seharusnya perlulah
melibatkan semua pihak dan saling memberikan sokongan dalam memahami dan
menguasai tentang pedagogi abad ke-21 (Roebuck, 2011). Sekolah yang berjaya
menerapkan pembelajaran abad ke-21 ini menunjukkan pemimpin yang berusaha
membangunkan guru-guru dan pelajar-pelajar untuk mencipta pembelajaran mereka
sendiri dengan melibatkan diri dalam penyelesaian masalah (Cranston, 2002). Oleh sebab
itu, pengupayaan perlu diterapkan dalam organisasi sekolah supaya guru dapat
mengembangkan kecekapan dalam pengembangan profesional mereka dan dapat
menyelesaikan masalah dalam amalan harian mereka terutamanya dalam proses PdPc.
Hal ini membolehkan guru menikmati autonomi ke atas tugas mereka seterusnya
menentang kawalan yang mengganggu kerja mereka sendiri (Kimwarey, Chirure, &
Omondi, 2014).
Secara umumya, walaupun tiada kajian yang menghubungkaitkan secara
langsung pengupayaan dengan autonomi guru dalam PdPc abad ke-21 yang dilakukan di
Malaysia, namun terdapat beberapa kajian pengupayaan dan autonomi guru secara
berasingan (Ananthan, 2016; Ravikumar, 2015; Rajaletchumi, 2009; Anpalakan, 2011;
Fatimah Hani, 2002; dan Mansor, 2001). Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan
untuk mengisi lompang literature serta mengenalpasti pengaruh pengupayaan dengan
autonomi guru dalam PdPc abad ke 21. Diharapkan dengan adanya pengupayaan dari
pihak sekolah, guru dapat merasakan yang mereka benar-benar menerima autonomi
dalam menjalankan tugas terutamanya dalam melaksanakan PdPc. Semoga kajian ini
dapat menjawab persoalan tentang autonomi guru yang dihasratkan dalam PPPM 2013-
2025.

Objektif Kajian
Secara khususnya, tujuan kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif yang berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc.
2. Mengenal pasti pengaruh pengupayaan terhadap autonomi guru dalam PdPc.

Soalan Kajian
Berdasarkan tujuan kajian, kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan kajian yang
berikut:
1. Apakah tahap pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc?
2. Adakah terdapat pengaruh pengupayaan yang signifikan terhadap autonomi
guru dalam PdPc?

Hipotesis Kajian
Hipotesis nol kajian telah dibentuk untuk diuji kebenarannya pada paras signifikan p <
.05:
HO1: Tidak terdapat pengaruh pengupayaan yang signifikan terhadap autonomi
guru dalam PdPc.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
138
Sorotan Kajian Berkaitan
Pengupayaan dalam PdPc
Pengupayaan merupakan suatu amalan yang memberikan hak kepada guru dalam
menentukan dasar dan tujuan sekolah yang melibatkan penilaian profesional mereka.
Menerusi pengupayaan, guru mampu mengembangkan kecekapan dalam peningkatan
profesional mereka dengan menemui potensi dan batasan mereka untuk diri mereka
sendiri (Aydin Balyer, Ozcan, & Ali Yildiz, 2017). Hal ini selari dengan Ogler and Nir
(2012) yang mendapati pengupayaan dalam PdPc membolehkan perubahan dalam
pengembangan profesional guru, peningkatan autonomi, dan penglibatan dalam proses
membuat keputusan berkaitan PdPc dalam bilik darjah. Selain itu, pengupayaan juga
sesuai dengan tuntutan PdPc abad ke-21 kerana tidak lagi bergantung kepada pengetua
sahaja, sebaliknya kepimpinan berkaitan PdPc harus melibatkan para guru (Ruechakul,
Erawan, & Siwarom, 2015). Pengetua sekolah kini haruslah mengenal pasti langkah-
langkah alternatif, bermakna dan praktikal bagi memperkasakan guru melalui
pengupayaan agar guru boleh membuat keputusan berkaitan PdPc secara kreatif dan
inovatif bersesuaian dengan transformasi pendidikan pada masa kini (Edd, 2017).
Dapat disimpulkan bahawa pengupayaan PdPc sebagai satu proses di mana
pengetua atau pentadbir memberikan ruang kepada guru-guru untuk membangunkan
kecekapan diri, kebertanggungjawaban terhadap kemajuan diri serta menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul berkaitan PdPc agar pengajaran yang berkesan dapat
dilaksanakan. Pengupayaan dalam kajian ini dinilai dari empat dimensi yang dirasakan
bahawa dimensi berikut menunjukkan perkaitan dan memberi kesan kepada autonomi
guru dalam PdPc iaitu membuat keputusan, pengembangan profesional, kecekapan
peribadi, dan impak.
a) Membuat Keputusan
Merujuk kepada penyediaan guru dalam membuat keputusan kritikal yang memberi
impak terhadap kualiti kerja mereka.
b) Pengembangan Profesional
Merujuk kepada kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah kepada guru bagi
meningkatkan profesional mereka dalam cara yang tidak terganggu, terutama dari segi
kemahiran mengajar mereka.
c) Kecekapan Peribadi
Merujuk kepada usaha-usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan bakat guru
untuk membantu pelajar dalam PdPc. Dalam hal ini, pentadbir sekolah memberi kuasa
kepada guru dengan menawarkan pujian dengan memberi ganjaran kepada guru yang
meningkatkan pencapaian pelajar.
d) Impak
Merujuk kepada persepsi guru bahawa mereka mempunyai kesan dan pengaruh di
sekolah apabila mereka merasakan bahawa mereka melakukan PdPc secara berkesan,
dan dapat meningkatkan pencapaian sekolah.

Autonomi Guru Dalam PdPc


Menurut Sparks, Malkus, dan Ralph, (2015) autonomi dalam konteks PdPc adalah
berkaitan dengan autonomi yang dinikmati oleh guru dalam bidang perancangan dan
pengajaran dari segi memilih buku teks dan bahan pengajaran; memilih kandungan, topik,

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
139
dan kemahiran yang hendak diajar; memilih teknik mengajar; menilai pelajar;
mendisiplinkan pelajar; dan menentukan jumlah kerja rumah yang akan diberikan.
Persediaan mengajar yang teratur, susun atur kelas yang kondusif, hubungan
interpersonal antara guru dan murid serta amalan pengajaran guru yang kreatif dan
inovatif mampu menarik minat pelajar (Rumainah & Faridah, 2016). Oleh itu, bagi
merealisasikan pendidikan abad ke-21, komitmen dan kesediaan guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran perlu dititik beratkan supaya pencapaian akademik dapat
ditingkatkan.
Selain itu, autonomi guru dilihat sebagai sesuatu kompleks berdasarkan syarat-
syarat kerja guru, hal ini kerana guru perlu mengimbangi keperluan dalam sistem sekolah
terhadap keperluan untuk kemerdekaan atau kebebasan dalam pengajaran (Campbell,
2006). Kekuatan dan kepelbagaian teknik pengajaran guru memberikan peningkatan
tahap pencapaian pelajar. Guru juga perlu memastikan kaedah yang sesuai dalam aktiviti
pelajar bagi memastikan pengajaran abad ke-21 dapat dijalankan. Seharusnya autonomi
dan kuasa sebagai pendidik profesional membolehkan guru merancang dan
melaksanakan kurikulum dan kegiatan pembelajaran secara inovatif, kreatif dan
berkualiti (Rohani et al., 2017). Bagi kajian ini autonomi guru dilihat dari dua dimensi
iaitu autonomi umum dan autonomi kurikulum.
a) Autonomi Umum
Merujuk kepada tingkah laku bilik darjah dan membuat keputusan individu tentang
sesuatu tugas (Pearson, 1998; Pearson & Moomaw, 2006). Autonomi umum memberi
kesan kepada peningkatan pengupayaan serta profesionalisme guru dan secara langsung
memberi impak kepada hasil kerja guru. Peranan guru dalam hal ini adalah berkaitan
dengan membuat keputusan terhadap aspek-aspek tugas pentadbiran seperti perbelanjaan
sekolah, penjadualan, pengurusan kurikulum sekolah, dan penempatan murid.
b) Autonomi Kurikulum
Merujuk kepada item yang mengukur pemilihan aktiviti dan bahan, serta perancangan
pengajaran. Autonomi kurikulum juga merangkumi aspek kawalan guru terhadap objektif
pengajaran, isi kandungan, kemahiran, kaedah dan bahan bantu mengajar, aspek
pentaksiran, kriteria dan kaedah pentaksiran. Dapatan empirikal tentang domain ini
menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam inovasi kurikulum adalah berbeza antara
seorang guru dengan guru yang lain berdasarkan faktor tradisi budaya, luaran, dan
kepercayaan terhadap pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran (Wilches, 2007).

Batasan Kajian
Batasan yang pertama, prosedur mengutip data yang digunakan dalam kajian ini hanyalah
melalui soal selidik. Oleh kerana responden guru sibuk dengan pelbagai tugas, maka
borang soal selidik tidak dapat dikutip dengan serta-merta dan tidak dapat memberikan
penerangan ringkas kepada responden tentang tujuan kajian, maka diandaikan semua
responden menjawab soal selidik dengan jujur.
Batasan yang kedua, sampel yang dipilih terdiri daripada guru-guru sekolah
menengah kebangsaan harian biasa di satu daerah sahaja. Maka, dapatan kajian tidak
boleh mewakili kepada semua sekolah lain termasuk sekolah jenis sekolah swasta,
kebangsaan persendirian, sekolah bantuan dan sekolah agama. Pengkaji hanya membuat
di satu daerah sahaja kerana atas faktor kekangan masa untuk mendapatkan semula

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
140
dapatan tersebut. Oleh itu, generalisasi yang dibuat hanyalah untuk konteks kajian ini
sahaja.
Batasan yang ketiga, kajian ini hanya mengkaji interaksi antara variabel yang
dikaji sahaja iaitu pengupayaan (variabel bebas) dan autonomi guru dalam PdPc
(variabel bersandar). Oleh itu, kajian ini hanya terbatas pada variabel tersebut sahaja.
Dimensi bagi variabel pengupayaan dikurangkan daripada dimensi yang asal kerana
memfokuskan kepada dimensi yang dianggap memberikan kesan kepada variabel
autonomi guru dalam PdPc sahaja.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk
mengumpul data responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah
kebangsaan harian biasa. Kajian ini merupakan penelitian secara kaedah kuantitatif
dengan menggunakan soal selidik School Participant Empowerment Scale (SPES) dan
Teacher Autonomy Scale (TAS).

Persampelan
Populasi dalam kajian ini adalah seramai 1029 orang guru dari sebuah daerah di negeri
Utara Semenanjung Malaysia. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang
melibatkan sampel seramai 278 orang guru dengan menggunakan teknik persampelan
rawak mudah. Jumlah sampel ditentukan berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen Pengupayaan
Pengupayaan diukur dengan menggunakan soal selidik yang di adapt dari School
Participant Empowerment Scale (SPES) yang dibentuk oleh Short and Rinehart (1992)
yang mengandungi 34 item. Dalam kajian ini pengupayaan dinilai dari empat dimensi
iaitu membuat keputusan, pengembangan profesional, kecekapan peribadi, dan impak.
Secara keseluruhannya item yang dikekalkan untuk kajian ini adalah sebanyak 24 item.
Skala likert yang digunakan adalah 1 – sangat tidak setuju, 2 – tidak setuju, 3 – kurang
setuju, 4 – setuju, dan 5 – sangat setuju. Pecahan item adalah seperti Jadual 1 berikut.

Jadual 1
Taburan Item Pengupayaan
Dimensi Nombor soalan Bil. item
Membuat Keputusan 1,2,3,4,5,6, 6
Pengembangan Profesional 7,8,9,10,11,12,13 7
Kecekapan Peribadi 14,15,16,17,18,19 6
Impak 20,21,22,23,24, 5
Jumlah 24

Instrumen Autonomi Guru Dalam PdPc


Autonomi guru diukur dengan menggunakan soal selidik Teacher Autonomy Scale (TAS)
yang dibangunkan oleh Pearson dan Hall (1993) dan dimurnikan oleh Pearson dan
Moomaw (2005) yang mengandungi 18 item terdiri daripada dua dimensi iaitu autonomi

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
141
umum dan autonomi kurikulum. Item-item dalam instrumen ini dikekalkan sepenuhnya.
Skala likert yang digunakan terdiri daripada 1 – amat tidak benar, 2 – tidak benar, 3 –
benar, dan 4 – amat benar. Pecahan item adalah seperti Jadual 2 berikut.

Jadual 2
Taburan Item Autonomi Guru Dalam PdPc
Dimensi Nombor soalan Bil. item
Autonomi Umum 7,8,9,10,11,12 6
Autonomi Kurikulum 1,2,3,4,5,6,13,14,15,16,17,18 12
Jumlah 18

Seterusnya bagi menguji kebolehpercayaan instrumen kajian, kajian rintis telah


dijalankan dalam kalangan 30 orang guru sekolah menengah harian biasa yang dipilih
secara rawak dan dapatan nilai koefisyen kebolehpercayaan Alpha adalah seperti dalam
Jadual 3 berikut.

Jadual 3
Rumusan Skala Kebolehpercayaan
Variabel Nilai Cronbach Alpha Petunjuk
(α)
Pengupayaan .829 Baik
Autonomi Guru Dalam PdPc .876 Baik

Jadual 3 di atas menunjukkan nilai koefisyen kebolehpercayaan Cronbach Alpha yang


diperoleh bagi soal selidik adalah tinggi iaitu soal selidik pengupayaan memperoleh nilai
sebanyak .83 dan soal selidik autonomi guru dalam PdPc pula memperoleh nilai sebanyak
.88. Justeru dapatan ini membuktikan bahawa instrumen kajian ini mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi serta sesuai digunakan untuk analisis lanjutan.

Prosedur Pengumpulan Data


Prosedur yang pertama adalah mendapatkan surat sokongan daripada pihak USM terlebih
dahulu. Seterusnya mendapatkan kebenaran bertulis daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan (EPRD), KPM untuk menjalankan kajian di sekolah. Setelah mendapat
surat kelulusan daripada EPRD, langkah seterusnya adalah memohon kebenaran daripada
JPN bagi mendapatkan surat kebenaran untuk menjalani kajian di sekolah-sekolah
terlibat.
Seterusnya penyelidik meminta bantuan pengetua sekolah supaya memilih
seorang guru yang dapat bertanggungjawab untuk mengedarkan dan mengutip semula
soal selidik daripada guru-guru. Bagi memastikan kadar pulangan soal selidik adalah
baik, sebilangan responden simpanan juga ditambah sebanyak 10 orang daripada sampel
kerana terdapat kes-kes di mana responden dalam sampel yang hilang atau tidak
memberikan kerjasama semasa kajian dilakukan (Chua, 2006). Tempoh masa satu
minggu diberikan kepada guru yang dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik
tersebut.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
142
Sebelum penyelidik mengutip semula soal selidik yang telah diedarkan,
penyelidik telah menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan kembali borang soal
selidik yang telah dijawab. Daripada 408 soal selidik yang telah ditadbir kepada guru-
guru di sekolah terlibat, sebanyak 346 (84.8%) soal selidik telah dikembalikan. Daripada
jumlah yang dikembalikan 307 (88.73%) sahaja telah diisi dengan lengkap. Kadar
pulangan ini adalah tinggi kerana menurut Chua (2006), kadar pulangan responden yang
baik adalah sekurang kurangnya 60 peratus. Sebanyak 39 set soal selidik tidak dapat
digunakan kerana soal selidik tersebut tidak diisi dengan maklumat yang lengkap seperti
yang diperlukan.

Prosedur Analisis Data


Bagi mengenal pasti tahap amalan pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc analisis
statistik yang melibatkan skor min dan sisihan piawai telah digunakan. Manakala bagi
mengkaji pengaruh pengupayaan terhadap autonomi guru dalam PdPc pula analisis
regresi linear digunakan.

DAPATAN KAJIAN
Jadual 4 menunjukkan nilai skor min serta sisihan piawai variabel kajian ini.

Jadual 4
Nilai Skor Min Serta Sisihan Piawai Variabel Kajian
Variabel Min Sisihan piawai Tahap
Pengupayaan 3.66 .399 sederhana
Autonomi Guru Dalam PdPc 2.93 .219 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4 di atas, secara keseluruhannya tahap skor min bagi kedua-dua
variabel adalah pada tahap sederhana. Nilai skor min bagi pengupayaan adalah sebanyak
3.66 dengan sisihan piawai .399. Manakala nilai skor min yang diperoleh bagi autonomi
guru dalam PdPc adalah sebanyak 2.93 dengan sisihan piawai .219.

Tahap Pengupayaan
Jadual 5 menunjukkan tahap bagi setiap dimensi pengupayaan. Item dalam setiap dimensi
dipaparkan secara menurun mengikut skor min.

Jadual 5
Nilai Skor Min Dan Sisihan Piawai Mengikut Dimensi Pengupayaan
No Item Min SP
Dimensi kecekapan peribadi 3.98 .383
B17 Saya melihat pelajar-pelajar belajar. 4.12 .457
B18 Saya percaya bahawa saya mempunyai peluang untuk
meningkat dengan bekerja setiap hari bersama pelajar. 4.08 .631
B14 Saya percaya bahawa saya membantu pelajar menjadi 4.06 .491
lebih berdikari.
B16 Saya merasakan saya terlibat dalam program penting untuk 3.97 .419
pelajar.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
143
B19 Saya menyedari bahawa saya membuat perubahan. 3.91 .662
B15 Saya percaya bahawa saya memberi kuasa kepada pelajar. 3.75 .594
Dimensi pengembangan profesional 3.83 .423
Saya bekerja di sebuah sekolah di mana pelajar
4.12 .548
B11 diutamakan.
B13 Saya mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan guru 4.12 .561
lain di sekolah saya.
B8 Saya berfungsi dalam persekitaran profesional. 3.88 .509
Saya mempunyai peluang untuk perkembangan
3.88 .502
B10 profesional.
B9 Saya dilayan sebagai seorang yang profesional. 3.86 .549
B12 Saya diberi peluang untuk meneruskan pengajian. 3.76 .628
B7 Saya mempunyai peluang untuk mengajar guru-guru lain
mengenai idea inovatif. 3.17 .792
Dimensi impak 3.66 .564
B20 Saya percaya bahawa saya mempunyai keupayaan untuk
melaksanakan sesuatu tugas. 4.10 .495
B23 Saya menyedari bahawa saya mempunyai peluang untuk
mempengaruhi orang lain. 3.63 .761
B24 Saya menyedari bahawa saya memberi kesan kepada guru- 3.63 .666
guru dan pelajar lain.
B22 Saya seorang yang membuat keputusan. 3.55 .785
B21 Saya terlibat dalam pembangunan kakitangan. 3.41 .897
Dimensi membuat keputusan 3.13 .728
B1 Saya diberi tanggungjawab untuk memantau program. 3.71 .957
B4 Saya diberi peluang untuk mengajar guru-guru lain. 3.46 .839
B2 Saya membuat keputusan mengenai pelaksanaan program-
program baharu di sekolah. 3.22 .869
B6 Pengetua, guru lain, dan kakitangan sekolah mendapatkan 2.99 .974
nasihat saya
B3 Saya terlibat dalam keputusan belanjawan sekolah. 2.89 .975
B5 Saya boleh menentukan jadual saya sendiri. 2.51 1.310
SP = Sisihan piawai

Tahap Autonomi Guru Dalam PdPc


Jadual 6 menunjukkan tahap bagi setiap dimensi autonomi guru dalam PdPc. Item dalam
setiap dimensi dipaparkan dan disusun secara menurun mengikut skor min.

Jadual 6
Nilai Skor Min Dan Sisihan Piawai Mengikut Dimensi Autonomi Guru Dalam PdPc
No Item Min SP
Dimensi autonomi kurikulum 2.95 .223
D5 Saya yang menentukan penggunaan bahan bantu mengajar
di dalam bilik darjah. 3.17 .391

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
144
D4 Saya yang menentukan proses pengajaran di dalam bilik 3.12 .370
darjah.
D6 Saya memilih kandungan dan kemahiran yang diajar di bilik 3.11 .461
darjah.
D18 Saya mempunyai kawalan terhadap pemilihan aktiviti
pembelajaran pelajar di bilik darjah. 3.07 .285
D17 Saya pilih kaedah dan strategi pengajaran yang digunakan 3.07 .280
untuk pelajar.
D13 Saya bebas menggunakan kreativiti dalam pendekatan 3.05 .496
pengajaran.
D15 Saya sering menggunakan prosedur alternatif dalam 3.05 .408
pengajaran.
D16 Saya mematuhi garis panduan saya sendiri dalam 2.92 .511
pengajaran.
D3 Pengajaran saya adalah tertumpu pada matlamat dan objektif
pengajaran yang saya pilih sendiri. 2.80 .603
D14 Saya bebas untuk membuat pilihan isi kandungan pelajaran
dan kemahiran yang digunakan dalam pengajaran. 2.79 .504
D1 Saya menggunakan panduan dan prosedur sendiri dalam 2.70 .531
proses pengajaran.
D2 Aktiviti pentaksiran dan penilaian yang digunakan di dalam
bilik darjah digubal atau dipilih oleh orang lain. 2.53 .645
Dimensi autonomi umum 2.89 .344
D7 Saya mempunyai kawalan terhadap penggunaan ruang bilik 3.21 .470
darjah.
D8 Saya menentukan standard tingkah laku pelajar di dalam 3.14 .491
bilik darjah.
D9 Saya mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam membuat
keputusan tentang pelaksanaan tugas saya. 2.92 .511
D10 Saya mempunyai kawalan terhadap penjadualan pengurusan
masa di dalam bilik darjah. 2.86 .587
D11 Saya mempunyai kuasa terhad untuk menyelesaikan
masalah-masalah utama di sekolah. 2.60 .614
D12 Saya mempunyai autoriti terhad dalam penjadualan
penggunaan masa di dalam bilik darjah. 2.59 .634
SP = Sisihan piawai

Pengaruh Pengupayaan Terhadap Autonomi Guru Dalam PdPc


Hasil analisis regresi linear bagi mengenal pasti pengaruh pengupayaan terhadap
autonomi guru dalam PdPc ditunjukkan dalam Jadual 7 berikut.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
145
Jadual 7
Regresi Linear Pengupayaan Terhadap Autonomi Guru Dalam PdPc
Variabel B β t p
Pemalar
Pengupayaan .289 .526 10.287 .000*
R = .526
R2 = .277
R2 terselaras = .275
Nilai F = 105.815*
Variabel bersandar: autonomi guru dalam PdPc
*p < .05

Berdasarkan Jadual 7, hasil analisis mendapati bahawa pengupayaan mempunyai


pengaruh yang signifikan terhadap autonomi guru dalam PdPc, β = .53, t (277) = 10.29,
p < .05, R2adj = .28. Saiz kesan menunjukkan 28 peratus daripada varians dalam
autonomi guru dalam PdPc dapat dijelaskan oleh pengupayaan. Dapatan ini seterusnya
menolak HO1.
Analisis mendapati dimensi pengembangan profesional dan dimensi impak tidak
mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap autonomi guru dalam PdPc. Manakala
amalan pengupayaan dimensi membuat keputusan dan kecekapan peribadi didapati
mempunyai pengaruh secara signfikan terhadap autonomi guru dalam PdPc dalam aspek
kurikulum dan umum. Keputusan analisis ditunjukkan seperti Jadual 8 berikut.

Jadual 8
Regresi Linear Dimensi Pengupayaan Terhadap Autonomi Guru Dalam PdPc
Variabel Pengupayaan B β t p
Dimensi
Membuat keputusan .077 .257 4.174 .000*
Pengembangan profesional .043 .082 1.402 .162
Kecekapan peribadi .248 .434 5.619 .000*
Impak -.030 -.077 -.965 .335
R = .564
R2 = .318
R2 terselaras = .308
Nilai F = 31.794*
Variabel bersandar: autonomi guru dalam PdPc
*p < .05

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Tahap Pengupayaan
Keputusan analisis min keseluruhan dimensi pengupayaan telah memperlihatkan bahawa
tahap pengupayaan berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan pengupayaan
telah diamalkan dalam gaya kepimpinan pada masa kini namun masih boleh
dipertingkatkan lagi. Hal ini selari dengan kajian (Kimwarey et al., 2014; Ruechakul et
al., 2015) yang mengenal pasti bahawa pengupayaan sebagai agenda penting dalam

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
146
perkembangan profesional guru kerana dapat meningkatkan kekuatan dan kemampuan
guru. Persepsi guru terhadap pengupayaan secara keseluruhannya menunjukkan skor min
pada tahap sederhana. Kajian ini selari dengan kajian Ananthan (2016) ; Anpalakan
(2011); Fatimah Hani (2002); Harsat (2000); Mansor (2001); dan Norlilah (2003).
Kesimpulannya, tahap pengupayaan memberikan persepsi bahawa peluang seperti
menentukan jadual, membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang berkait dengan
program-program kurikulum, guru-guru dan perbelanjaan serta peluang untuk
mempengaruhi orang lain yang diberikan kepada mereka adalah rendah berbanding
peluang untuk bekerjasama, dihormati sebagai seorang profesional yang mengutamakan
pelajar, meneruskan pembelajaran dan memantau pembelajaran pelajar.

Tahap Autonomi Guru dalam PdPc


Secara keseluruhannya tahap autonomi guru dalam PdPc bagi kedua-dua dimensi
autonomi kurikulum dan dimensi autonomi umum berada pada tahap sederhana. Dapatan
ini selari dengan dapatan Ravikumar (2015). Namun kajian tersebut berfokuskan kepada
penilaian pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard sekolah
rendah (kssr) di sekolah kluster. Kajian ini menyokong dapatan kajian Montgomery dan
Prawitz (2011) berkenaan kebebasan guru dalam perancangan dan kaedah pengajaran.
Rudolph (2006) melaporkan bahawa secara umumnya tahap autonomi guru adalah pada
tahap yang tinggi dalam kalangan guru sekolah rendah dan menengah, namun tahap
autonomi guru adalah rendah dalam menetapkan kurikulum berbanding dengan aspek
pedagogi dan disiplin murid (Rudolph, 2006). Dapat disimpulkan bahawa guru-guru di
sekolah kajian masih kurang menikmati autonomi dalam PdPc jika dibandingkan dengan
kajian luar negara (Swanwick & McKimm, 2011; Malloy & Wohlstetter, 2003;
Frostenson, 2012; Caldwell, 2008; Glatter, 2012; Montgomery dan Prawitz, 2011;
Rudolph, 2006).
Pandangan tentang autonomi guru pada tahap sederhana ini juga menunjukkan
guru masih tidak mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan berkaitan dengan
pelaksanaan tugas kerana masih bergantung dengan keputusan pihak pentadbir sekolah.
Kesimpulannya dapatan kajian ini mengesyorkan agar pengupayaan dan autonomi guru
dipertingkatkan oleh pihak pengurusan sekolah pada masa kini sesuai dengan
perkembangan PdPc abad ke-21 iaitu menghormati guru sebagai seorang profesional
yang mengutamakan pelajar, meneruskan pembelajaran dan memantau pembelajaran
pelajarnya.

Pengaruh Pengupayaan Terhadap Autonomi Guru dalam PdPc


Hasil analisis mendapati bahawa pengupayaan mempunyai pengaruh yang signifikan
terhadap autonomi guru dalam PdPc. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
pengupayaan terutamanya dimensi membuat keputusan didapati mempunyai pengaruh
yang signifikan terhadap autonomi guru dalam PdPc. Dapatan ini menyokong dapatan
kajian Ananthan (2016), Bogler dan Somech (2014), dan Webb (2012) serta
mengesahkan bahawa jika guru diberi pengupayaan mengenai kebebasan membuat
keputusan terutamanya dalam hal berkaitan pemilihan bahan pengajaran dan perancangan
PdPc, pedagogi, pentaksiran murid, kaedah pelaksanaan tugas, berinisiatif, serta
membuat dan melaksanakan cadangan maka ia akan meningkatkan autonomi guru

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
147
berkaitan PdPc dalam bilik darjah (Ozturk, 2011).
Dapatan kajian ini juga turut menunjukkan dimensi kecekapan peribadi akan
meningkatkan pengaruh positif terhadap autonomi guru dalam PdPc serta mengukuhkan
dapatan kajian Frostenson (2012). Menurut Frostenson (2012), apabila amalan
pengupayaan dimensi kecekapan peribadi seperti keupayaan dan kemahiran guru untuk
membantu murid dalam pembelajaran adalah tinggi maka guru berasakan mereka
mendapat kebebasan dalam melakukan perubahan terhadap pembelajaran.
Kesimpulannya, sekolah yang mengamalkan pengupayaan yang tinggi dalam
dimensi membuat keputusan dan kecekapan peribadi maka ia akan meningkatkan
autonomi guru dalam melaksanakan PdPc abad ke-21 terutamanya yang melibatkan
aspek pedagogi bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Implikasi Kajian
Dapatan kajian ini dapat membantu pengurusan sekolah memperbaiki kelemahan yang
wujud dalam pentadbiran mereka yang melibatkan variabel dalam kajian ini.
Dicadangkan juga supaya pengetua sekolah meningkatkan lagi amalan pengupayaan
dengan melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan di dalam hal-hal yang berkaitan
dengan bidang mereka, memberi peluang untuk guru memberi impak dalam bidangnya
serta memberikan lebih autonomi dalam hal-hal pengajaran dan pembelajaran kepada
guru. Seterusnya pengurusan sekolah perlu memberikan guru lebih menikmati autonomi
tentang isu yang berkaitan dengan kurikulum dan peningkatan prestasi murid serta
menyokong penggunaan inovasi atau idea pengajaran dan pembelajaran baru dalam
PdPc. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran berkesan berlaku kerana pelajar lebih
cenderung untuk turut serta dalam setiap sesi PdPc dan seterusnya cemerlang dalam
akademik yang akhirnya dapat meningkatkan pencapaian sekolah.

Cadangan Kajian Lanjutan


Kajian lanjutan berkaitan pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc perlu diterapkan
bagi memberikan impak dalam meningkatkan profesional guru serta keberkesanan
sekolah dan kemenjadian pelajar. Lebih banyak bukti empirikal diperlukan bagi
membuktikan kesemua variabel ini merupakan salah satu faktor penentu pencapaian
akademik murid khususnya dan kecemerlangan sekolah amnya. Dapatan kajian ini hanya
terhad kepada kaedah penyelidikan kuantitatif iaitu maklum balas daripada soal selidik
yang diisi oleh responden mengikut persepsi dan pandangan masing-masing.
Sehubungan itu dicadangkan agar pengkaji akan datang menjalankan tinjauan terhadap
pengetua dengan menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif bagi
membolehkan perbandingan dan penelitian tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah
dibuat secara terperinci dan tepat. Kajian akan datang perlu mempunyai peningkatan dari
segi model kajian, kerangka kajian dan metodologi kajian. Dengan itu, dijangka dapatan
kajian yang dihasilkan akan lebih kukuh dan menyeluruh.
Selain itu, kajian akan datang juga boleh dikaji dari sudut proses yang dilakukan
dalam menerapkan amalan pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc. Hal ini kerana,
kurangnya penekanan diberikan dalam elemen proses berbanding outcomes dalam
sesuatu kajian. Bagi melihat keberkesanan sesebuah sekolah itu elemen proses adalah
sesuatu yang perlu diberi perhatian yang sepenuhnya.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
148
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini telah mengkaji tahap dan semua jenis kesan yang mungkin
wujud antara variabel kajian iaitu pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc.
Perbincangan yang dibuat memberi satu gambaran kepada pihak pentadbir sekolah dalam
menilai aspek-aspek yang harus diberi perhatian. Selain itu, hal ini juga dapat membantu
pihak pentadbir sekolah memperbaiki kelemahan yang mungkin wujud dalam
pentadbiran mereka melalui aspek variabel kajian ini. Secara keseluruhannya, terbukti
melalui kajian bahawa amalan pengupayaan dan autonomi guru masih pada tahap yang
sederhana. Justeru pihak yang berwajib di sekolah harus meneroka pelbagai aktiviti
secara berhemah untuk meningkatkan pengupayaan dan autonomi guru sesuai dengan
perkembangan PdPc abad ke-21.

Rujukan
Ananthan a/l Somasundaram. (2016). Kepimpinan beretika guru besar, kesejahteraan
organisasi dan pengupayaan guru di sekolah jenis kebangsaan tamil. Tesis PhD
yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.
Anpalakan A/L Vadiappan. (2011). Penglibatan guru dalam membuat keputusan,
pengupayaan dan perlakuan proaktif di SJK Tamil. Tesis Master yang tidak
diterbitkan. Universiti Sains Malaysia
Arbaa, R. (2015). Kearifan tempatan profesional guru dalam menerapkan kemahiran
insaniah di dalam bilik darjah. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan.
Universiti Sains Malaysia.
Aydin Balyer, Ozcan, & Ali Yildiz. (2017). Teacher e m powerment: School
administrators’roles. Eurasian Journal of Educational Research, 67, 199–214.
Bogler, R., & Somech, A. (2004). Influence of teacher empowerment on teachers’
organizational commitment, professional commitment and organizational
citizenship behavior in schools. Teaching and Teacher Education,
20(2004), 277-289
Caldwell, B.J. (2008). Reconceptualizing the self-managing school. Educational
Management Administration & Leadership, 36(2), 235-252.
Campbell, E. (2006). Editorial: Curricular and professional a uthority in s chools.
Ontario Institute for Studies in Education of the University of Toronto, 36(2):
113–118.
Cranston, N. C. (2002). School-based management, leaders and leadership: Change and
challenges for principals. International Studies in Educational Administration,
30(1), 2-12.
Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. 3rd ed. University of Nebraska: Pearson
Educational International.
Edd, K. M. (2017). Building administrator’s facilitation of teacher leadership:
Moderators associated with teachers’ reported levels of empowerment.
Journal of Organizational & Educational Leadership, 3(1), 12-23.
Fatimah Hani binti Said (2002). Hubungan empowerment guru dengan motivasi kerja.
Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Sintok, Universiti Utara Malaysia.
Frostenson, M. (2012). The deprofessionalisation of teachers and the ambiguity of

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
149
autonomy. Nordiske Organisasions Studies, 14(2), 49-78.
Glatter, R. (2012). Persistant preoccupations: the rise and rise of school autonomy and
accountability in England. Educational Management Administration &
Leadership, 40(5), 559-575.
Harsat Abd. Rahman (2000). Proses Pengupayaan (Empowerment) dan Hubungannya
Dengan Kepuasan Kerja Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Pontian,
Johor Darul Ta’zim. Tesis Sarjana Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Johnson, d.W. & Johnson, R.T. 2009. An educational psychology success story: Social
interdependence theory and cooperative learning. Educational Researcher 38(5):
365-379.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. http://www.moe.gov. my/userfiles/file/PPP/Preliminary-
Blueprint- ExecSummary-BM.pdf. (Diakses pada 23 Jun 2018)
Kimwarey, M. C., Chirure, H. N., & Omondi, M. (2014). Teacher empowerment in
education practice:Strategies, constraints and suggestions, IOSR Journal of
Research & Method in Education (IOSR-JRME, 4(2), 51-56.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W (1970). Determining sample size for research activities.
Education and Psychological Measurement. 30,607-610.
Mansor Abd Aziz (2001). Persepsi pengetua dan guru penolong terhadap pengupayaan
(empowerment) dalam pengurusan di Sekolah. Tesis Sarjana yang tidak
diterbitkan. Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.
McMath, S. (2008). Implementing a democratic pedagogy in the classroom: Putting
dewey into practice. Canadian Journal for New Scholars in Education 1(1),1-
12.
Mohd. Majid Konting. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Montgomery, B. M. & Prawitz, A. D. (2011). Autonomy in teachers of family and
consumer sciences:Factors contributing to educational decision m a king.
Journal of Family & Consumer Sciences Education, 29(2), 26-37
http://www.natefacs.org/JFCSE/v29no2/v29no2Montgomery.pdf
Norlilah binti Ismail (2003). Amalan Pengupayaan Di Dua Buah Sekolah Menengah Di
Gombak. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Malloy, C. L., & Wohlstetter, P. (2003). Working conditions in charter schools: What’s
the appeal for teachers? Education and Urban Society, 35(2), 219–241.
http://dx.doi.org/10.1177/0013124502239393
Ozturk, I. H. (2011). Curriculum reform and teacher autonomy in Turkey: The case of
the history teaching. International Journal Of Instruction, 4(2), 113-128.
Pearson, L. C., & Hall, D. (1993). Autonomy Scale. University of Arkansas at Little Rock,
College of Education, 2801 South University Avenue, Little Rock, AR 72204.
Pearson, L. C. (2006). Autonomy Scale. University of Arkansas at Little Rock, College
of Education, 2801 South Universi- Ty Avenue, Little Rock, AR 72204.
Rajaletchumi Thaliah (2006). Exploring the Dimensions of Autonomy Supportive
Teacher and their Influence on ESL Classroom Engagement and Help Seeking
Behaviours. Phd Thesis, Universiti Utara Malaysia
Ravikumar a/l K. Varatharaj. (2015). Autonomi Guru Dan Amalan Pentaksiran Dalam

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
150
Pengajaran Dan Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di
Sekolah Kluster. Universiti Sains Malaysia.
Roebuck, G. (2011). Sabbatical Report: 21st Century Leadership, 1–14.
https://www.scribb.com/document/373435780/Greg_Roebuck_Sabbatical_Repor
t
Rohani, Hazri, & Mohammad Zohir. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran
Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia,
42(1), 1–11.
Rudolph, L. (2016). Decomposing Teacher Autonomy: A Study Investigating Types Of
Teacher Autonomy And How It Relates To Job Satisfaction. Unpublished PhD
Thesis, University of Pennsylvania, Pennsylvania
Ruechakul, P., Erawan, P., & Siwarom, M. (2015). Empowering Communities in
Educational Management: Participatory Action Research. International Education
Studies, 8(9), 65–78.
Rumainah, & Faridah. (2016). Dorongan Autonomi Guru Dalam Pembentukan Motivasi
Intrinsik Murid. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 308–314.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Short, P. M., & Rinehart, J. S. (1992). School Participant Empowerment Scale:
Assesment of Level of Empowerment Within the School Environment.
Educational and Psychological Measurement, 52, 951-960.
Sparks, D., Malkus, N., & Ralph, J. (2015). Public School Teacher Autonomy in the
Classroom Across School Years 2003–04, 2007–08, and 2011–12. Stats in Brief,
(December). Retrieved from https://nces.ed.gov/pubs2015/2015089.pdf
Swanwick, T., & McKimm, J. (2011). What Is It and Why Is It Important? The Clinical
Teacher, 8 (November), 22–26. https://doi.org/10.1136/bmj.322.7301.1536
Webb, P. T. (2012). Teacher Power: The Exercise of Professional Autonomy In A Era of
Strict Accountability. Teacher Development, 6(1), 47-62.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
151

Anda mungkin juga menyukai