Anda di halaman 1dari 4

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester ini, saya telah diatur menjalankan praktikum saya di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Moh Ghee Pusat. Sekolah ini merupakan sebiah sekolah yang berprestasi tinggi
dan berkualiti. Setelah terdapat senarai nama praktikum, saya melayari internet untuk
mendapatkan nombor telefon sekolah dan ingin menelefon kepada pihak sekolah untuk
menentukan masa bertemu dengan Guru Besar dan guru-guru yang berkaitan. Tetapi kami
diberitahu kami boleh terus hadir pada tarikh yang ditentukan untuk praktikum tanpa berjumpa
dengan Guru Besar sebelum ini. Saya telah menyediakan beberapa objektif yang saya ingin
mencapai dalam tempoh praktikum ini. Dengan juga saya ingin menyiapkan dokumen-dokumen
yang terkandung dalam portfolio dan buku laporan mengikut kehendak pihak Unit Praktikum.

Saya juga ingin laksanakan kemahiran pengajaran yang telah saya belajar sepanjang 5
tahun ini di dalam praktikum kali ini. Objektif yang telah saya tetapkan adalah:

1. Memastikan semua dokumendasi adalah siap sedia.


2. Merancang dan melaksanakan tugas sebagai seorang guru dengan baik.
3. Menghantar semua laporan yang diperlukan menepati masa seperti RPH, Jurnal, PPT,
bahan bantu mengajar dan lain-lain.
4. Memastikan murid dapat menguasai topik yang saya ajar.

Saya berasa takut dan bercabar kerana saya tidak pernah mengajar di sekolah, bagi
praktikum yang sebelum ini juga dijalankan atas talian. Saya amat risau pada pengawalan kelas
kerana saya bukan merupakan seorang yang garang, saya tidak pasti murid akan mendengarkan
saya ataupun tidak. Oleh demikian, saya bertanya dengan guru-guru dan pensyarah-pensyarah
terhadap pengawalan kelas mereka. Mereka juga beri beberapa cadangan kepada saya seperti
sebelum saya mula mengajar, saya boleh menyatatkan peraturan-peraturan di dalam kelas. Selain
itu, saya dicadangkan boleh mengadakan sesuatu slogan ataupun sebutan, semasa murid
mmbuat bising, murid perlu terus senyap.

Sebagai seorang guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Bagi membina jati diri ini, saya perlu
memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan di
sekolah nanti. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap dapat memahami dan mengenali
budaya murid dan guru sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditempatkan di
sekolah sebagai guru tetap. Sebagai seorang guru, saya perlulah sentiasa bersedia dalam
menghadapi segala cabaran yang akan datang.
PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM

Saya Pang Pei Ching sedang menjalankan praktikum fasa 2 saya pada semester akhir di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Moh Ghee Pusat. Tempoh praktikum ini adalah dari 09/01/2023 sehingga
21/04/2023, praktikum ini mengambil masa selama 12 minggu. Subjek major saya adalah
Matematik dan minor adalah Bahasa Cina. Oleh kerana KPM mengumumkan bahawa semua
sekolah bermula persekolahan adalah pada March. Dengan itu, ini menyebabkan saya akan
mengajar 2 golongan murid yang darjah berbeza.

Tarikh Kelas Subject Bilangan Murid Masa


09/01/2023 - 17/02/2023 4B Matematik 27 2
3T Matematik 25 2
4S Matematik 25 2
2S Bahasa Cina 22 4
13/03/2023 - 21/04/2023 3S Matematik 22 2
3T Matematik 23 2
3B Matematik 23 2
3S Bahasa Cina 22 4

Seperti teman-teman seperjuangan yang lain, saya juga tidak terlepas dari merasa
pelbagai situasi yang agak bercelaru dalam menjalani praktikum ini. Keazaman dan harapan saya
melalui latihan praktikum ini ialah memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang sama
ada ianya berkaitan dengan akdemik ataupun bukan akademik. Di samping itu, dalam tempoh
praktikum saya juga mengharapkan satu peluang baik untuk saya mengenali buadaya murid dan
guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan awal sebelum saya dilantik sebagai
guru tetap kemudian nanti.

Sepanjang 12 minggu ini, kita dikehendaki untuk membuat perancanga yang tersusun dan
sistematik supaya dapat menyediakan PDPR dengan baik. Saya perlu menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap waktu kelas. Saya tidak dapat menjalankan RPH saya
menepati masa, saya berbincang dengan pensyarah saya terhadap masalah yang saya hadapi,
saya mendapati bahawa RPH saya terlalu panjang, saya dicadang untuk hanya menulis isi
kandungan yang penting sahaja. Setelah dinasihati oleh pensyarah saya, saya menukar format
yang saya tulis RPH, masa yang diambil telah dipendekkan dan kecekapan saya telah
ditingkatkan. Seterusnya, saya menghadapi masalah dalam menulis catatan dalam RPH, guru
pembimbing bidang teras saya bersabar untuk membimbing saya dalam menulis catatan RPH
yang betul.
Saya mempraktikum ilmu yang telah saya pelajari di IPG agar dapat membantu murid-murid di
sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya melaksanakan sesi PdP bersama murid-murid
dengan mengaplikasikan teori-teori ilmu yang telah saya pelajari sebelum ini semasa interaksi.
Saya dapat mengutip dan menimba seberapa banyak ilmu, pengetahuan seta pengalaman yang
berguna yang dapat saya aplikasikan dalam dunia kerjaya saya kelak.

Saya perlu mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan fail. Antara bahan-
bahan yang diperlukan ialah maklumat sekolah, organisasi sekolah dan sebagainya. Selain itu,
saya telah mendapatkan idea dan pendapat daripada guru pembimbing saya semasa merancang
PdP untuk meningkatkan keberkesanan PdP yang ingin dilaksanakan. Selain itu, saya berbincang
dengan pensyarah pembimbing tentang perancangan dan pelaksanaan praktikum pertama di
sekolah. Kesemua perancangan dapat dijayakan dengan jayanya dengan hasil usaha saya dan
semua pihak yang terlibat dalam kejayaan saya.

Di samping itu, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid,
pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi. Setelah tujuh minggu menjalani
latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek
penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru
pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang
terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Setiap kali selepas penyeliaan,
pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki

Anda mungkin juga menyukai