Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 1/10

Minggu Praktikum :Pertama

Tarikh Peristiwa/ Kejadian :14 Jun 2023

Tajuk Jurnal :Pembelajaran Pendidikan Jasmani Plan B (Hujan)

1. Masalah / Peristiwa

Kini merupakan minggu pertama saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau.
Penulisan masalah saya kali ini ialah tentang Pembelajaran Pendidikan Jasmani Plan B akibat
hari hujan. Saya telah membuat penukaran rancangan atau strategik pengajaran kepada
pembelajaran di dalam bilik darjah akibat hari telah turun hujan dengan lebat dan mengalami
kekangan tempat untuk membuat aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani kerana sekolah
dalam proses pembinaan bangunan sekolah yang baru, jadi kawasan untuk membuat
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani di luar bilik darjah adalah sangat terhad.
Sebelum aktiviti ini dijalankan, dapat dilihat keadaan mudah dan tenang kerana masih memiliki
tempat untuk membuat aktiviti. Akan tetapi apabila aktiviti ingin dijalankan, cuaca telah berubah
kepada hujan yang lebat dan membuat saya merubah tempat pengajaran mengikut Plan B yang
telah saya sediakan tiga hari sebelum Pdp bermula. Aktiviti kelas saya tidak begitu baik pada
hari ini. Saya telah mengalami sesi pengajaran dan pembelajaran yang terhad kerana tidak
mempunyai cukup pengalaman dalam menguruskan kelas jika perlu menggunakan pelan
sandaran bagi proses PdP dan bahan bantu mengajar saya juga hanya menggunakan
Laptop,speaker dan LCD sahaja, ini mengakibatkan sesi pembelajaran kurang berkesan
terhadap murid.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai
psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran
yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu
mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran

1
itu guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan
penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan
pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Walaupun begitu, fokus pembelajaran pada masa itu adalah pendedahan kepada
pelajar mengenai kemahiran asas menerima dan menghantar bola keranjang dapat di fahami
oleh murid walau secara teori sahaja pembelajaran pada hari ini. Ini dapat dilihat dengan
jawapan yang betul diberikan oleh murid sewaktu sesi penyoalan. Perkara yang bagi saya rasa
tidak puas hati adalah kerana murid tidak dapat melakukan kemahiran tersebut secara fizikal
supaya pembelajaran tersampai kepada murid dan saya tidak membuat pengajaran secara
kreatif dan inovatif pada masa itu dengan menggunakan kaedah pembelajaran simulasi supaya
pelajar dapat melakukan psikomotor walau hanya sekadar simulasi.

2. Analisis Masalah

Menurut Husairi Jikan (2004), pengurusan masa guru adalah salah satu faKtor yang sangat
penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Perancangan yang sistematik amat perlu bagi memastikan objektif pembelajaran
tercapai dan proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
ditetapkan.Untuk mengenal pasti punca-punca keberkesanan objektif pembelajaran, saya akan
menyenaraikan dengan soalan-soalan berikut:

a. Adakah murid faham objektif pembelajaran masa itu?

b. Adakah murid ini mendengar penerangan daripada guru dan tayangan video dengan
baik?

c. Adakah murid ini suka aktiviti berkumpulan di jalankan di dalam kelas?

3. Cadangan Tindakan Susulan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:

i) Menasihati mereka supaya berhubung secara terus dengan guru sekiranya tidak faham.

2
ii) Guru perlu menyediakan alternatif yang lain sekiranya murid masih belum menguasai
objektif pembelajaran pada masa itu.

iii) Guru perlu memastikan setiap perkara yang dirancang mnegikut waktunya dan aktiviti
pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid.

iv.) Guru perlu lebih kreatif dan berinovasi dalam membuat perancangan PdP.

Menurut T.H.Gan (1999), semua inovasi dalam pembelajaran memerlukan masa untuk guru
mencari jalan yang paling sesuai dengan konteks kelasnya dan murid-murid pula perlukan
masa untuk memahami peranan mereka.

4. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Tempoh : 14 Jun 2023 hingga 28 Jun 2023

Saya telah menasihati murid-murid yang terlibat agar lebih bersedia dan berhubung secara
terus sekiranya mereka masih belum faham dengan pembelajaran pada masa itu dan jangan malu
untuk bertanya terus. Saya akan sentiasa peka dengan masa apabila melaksanakan aktviti PdP di
dalam kelas serta berpada-pada dalam menyampaikan penerangan kepada murid-murid agar masa
dapat digunakan secara berhemah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai