Anda di halaman 1dari 21

HDPS3303

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

JANUARI / 2022

HDPS3303

COGNITIVE PLANNING AND TEACHING

NO. MATRIKULASI : 700311125490001

NO. KAD PENGENALAN : 70031112549000

NO. TELEFON : 012 – 866 8696

E-MEL : bibianfah@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Sabah Learning Centre


HDPS3303

Bahagian I

SOALAN 1
Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999),
perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai
mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara
memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian
serta kepuasaan guru dan juga pelajar. Perancangan pengajaran merupakan keputusan yang
harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan
supaya dapat difahami pelajar. Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai
rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam
bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.

Kepentingan Perancangan Pengajaran

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada
pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan
jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik – topik yang penting dalam
peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang
setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan
kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur.
Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada
masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan – bahan pengajaran
yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan
dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan
huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara
tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai.
Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.
HDPS3303

Perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah memfokuskan kepada pemprosesan


maklumat, seperti membuat pemerhatian, ingatan, membuat keputusan, kebolehan
bahasa, pembelajaran, dan kemahiran persepsi. Otak kanak-kanak cepat berkembang dan
memerlukan banyak pemikiran dan penerokaan. Salah satu cara terbaik untuk
menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah ialah melalui aktiviti
bermain dan kognitif.

Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti
adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan
objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih
dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat
mempelajari sesuatu topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu
memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang
ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran
harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif
bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian
ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang
dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan
bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan
pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut
seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan
rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
• Hari
• Tarikh
• Matapelajaran
• Kelas
• Masa
• Tajuk
HDPS3303
• Objektif
• Kemahiran yang ingin dicapai
• Aktiviti
• Refleksi
Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian
Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah
• Menentukan objektif pengajaran tercapai.
• Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
• Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
• Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan
bersistem
• Rancangan Pelajaran Harian Rancangan

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap
perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan
lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan
sistematiK membolehkan guru :
a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat
HDPS3303
pelajar
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
e. Merancang aktiviti murid-murid
f. Mengawal bilik darjah dengan baik
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.

RANCANGAN PENGAJARAN MELIBATKAN AKTIVITI KOGNITIF UNTUK


KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN
Nama Guru: Bibi Anfah
Nama Kelas: Tabika Perpaduan Jumbo
Tarikh: 09.03.2022.
Hari : rabu.
Masa : 9.45 pagi - 10.30 pagi (45 minit).
Bil. Murid: 25 orang.
Umur: 6 Tahun.
Modul: Bertema.
Tema: Alam Hidupan.
Subtema: Buah Epal.
Tajuk Aktiviti : Buah Epal Saya.
Tunjang Utama: Sains dan Teknologi
Fokus:(ST 3.0) Menyiasat Alam Hidupan.
Standard Kandungan: (ST 3.2) Meneroka alam sekitar menggunakan organderia.
HDPS3303
Standard Pembelajaran: (ST 3.2.2) Menggunakan deria berikut dalampenerokaan alam
persekitaran secara terbuka:a. penglihatan.b. pendengaran.c. sentuhan.d. hidu.
Kesepaduan Tunjang : (PFK 1.1.5) Menggunting menghasilkan satu bentuk.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanakdapat :-
i. Mengenalpasti ciri-ciri buah epal dengan betul.(kognitif)
ii. Menggunting lukisan buah epal masing-masingdengan baik.(psikomotor)
iii. Melekatkan lukisan buah epal masing-masingpada kad manila hitam dengan
gembira.(afektif)
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sudah dapat menggunting dengan baik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM): Buah epal mainan, kertas warna merah, kad manila
hitam, pensil, pensil warna, gam dan gunting.
Kemahiran Berfikir (KB): Menjana idea, pemikiran logikal.
Penerapan Nilai (PN): Yakin diri, keberanian, bertolak ansur, bersikap positif.
Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI): Linguistik, Kognitif, Kinestetik
LANGKAH ISI
AKTIVITI GURU DAN MURID CATATAN / BBM
/ MASA PELAJARAN
1. Guru memasuki kelas dan BBM:
menanyakan khabar murid.
- Buah epal mainan:
2. Murid memberi respon.

3. Guru mengeluarkan dan


menunjukkan buah epal mainan
kepada murid.
4. Murid melihat buah epal mainan

Bersoal-jawab yang ditunjukkan oleh guru Contoh Soalan:

mengenai ciri- dengan penuh teruja.


Set Induksi 1. Ini apa?
ciri buah epal. 5. Guru bersoal jawab tentang buah
(5 Minit) epal mainan yang ditunjukkan. 2. Buah epal warna

6. Murid memberi respon positif apa?

kepada guru. Hp 1 3. Apa rasa buah epal?

KB: Pemikiran
logikal,
menjana
HDPS3303
idea.
PN: Yakin diri,
keberanian dan
bertolak ansur.
MI: Linguistik, Kognitif.

Hp 1

Lukisan buah 1. Guru mengeluarkan kertas merah BBM:


Langkah 1 epal melalui dan melukis buah epal kemudian - Kertas warna merah:

(15 Minit) pengalaman menunjukkannya kepada murid.

deria. 2. Murid melihat lukisan guru dan


memberi respon terhadap lukisan
tersebut. Hp 1

3. Guru menyediakan kertas warna - Pensil.


merah, pensil, gunting dan gam
- Pensil warna.
kepada murid.
4. Guru mengarahkan murid
KB: Pemikiran logikal.
melukis buah epal yang pernah
PN: Bersikap positif.
dilihat.
5. Murid mengikut arahan guru. MI: Kognitif.

6. Guru meminta murid


mewarnakan batang dan daun Hp 1
buah epal.
7. Murid mewarnakan mengikut
pengalaman deria masing-
masing.

1. Setelah murid selesai melukis BBM:


dan mewarna, guru meminta
- Pensil
murid menulis nama pada lukisan
- Gunting.
HDPS3303
epal masing-masing.
Menggunting
Langkah 2 2. Murid menulis nama dengan PN: Bersikap positif.
lukisan buah
penuh bersemangat.
(15 Minit) epal. MI: Kinestetik, Kognitif.
3. Kemudian, guru meminta murid
Hp 2
menggunting lukisan buah epal
masing-masing.
4. Murid menggunting mengikut
garisan luar lukisan buah epal
masing-masing. Hp 2

1. Setelah murid selesai BBM:


menggunting, guru meminta
- Kad manila hitam.
Menunjukkan murid menunjukkan hasil kerja
- Gam.
Penutup hasil kerja. masing-masing.
2. Murid menunjukkan hasil kerja
(10 Minit)
dengan penuh bersemangat. PN: Keberanian dan
bertolak

ansur.
. 3. Guru mengeluarkan kad manila MI: Linguistik,
hitam dan meminta murid Kinestetik.
melekatkan hasil kerja masing-
masing pada kad manila tersebut Hp 3
4. Murid melekatkan hasil kerja
masing-masing. Hp 3

RANCANGAN PENGAJARAN PERTAMA MELIBATKAN PERGERAKAN DAN


MUZIK
HDPS3303
Nama Guru Bibi Anfah
Kelas Tabika Perpaduan Jumbo
Tarikh 06/03/2022
Masa 11.10 -11.50 pagi
Modul Muzik (Bahasa Melayu)

Tunjang
Tunjang Fizikal dan Estetika - Kreativiti
KTI 2.0 Muzik
Fokus

Standard Pembelajaran KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan.


PFK 2.1.22 Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota
Kesepaduan
badan.
Bilangan Murid 25 orang
Sub Tema Buah-buahan
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyanyi dengan gerakan.
Objektif 2. Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan.

Pengetahuan sedia ada Murid boleh menggerakan badan dan menyanyi.


Bahan Laptop, video, pisang,
Penerapan Nilai Disiplin, dan Toleransi

Bahan Bantu
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti
Mengajar/Catatan
1. Guru bermain teka 1. Murid Alatan
teki dengan murid- menjawab  Pisang
murid dengan teka teki yang Kesepaduan
Set induksi menyatakan ciri- diberikan  Sains
(3 minit) ciri pisang. oleh guru. Nilai
2. Guru 2. Murid  Disiplin
menunjukkan melihat buah
buah pisang. pisang.
HDPS3303
1. Guru menyatakan 1. Murid Alatan
ciri-ciri buah mengetahui  Pisang
pisang. ciri-ciri Kesepaduan
Langkah 1 2. Guru memberitahu pisang.  Sains
(7 minit) kepentingan buah- 2. Murid Nilai
pisang. mengetahui  Disiplin
kepentingan
buah pisang.
1. Guru 1. Murid Alatan
menunjukkan melihat video  Laptop
video lagu buah lagu pisang.  Lagu
Langkah 2
pisang kepada Kesepaduan
(8 minit)
murid-murid.  Bahasa Inggeris
Nilai
 Disiplin
2. Guru 1. Murid Alatan
menunjukkan lirik melihat lirik  Laptop
lagu kepada lagu.  Lagu
Langkah 3
murid-murid. 2. Murid belajar Kesepaduan
(5 minit)
3. Guru mengajar lirik lagu.  Bahasa Inggeris.
lirik lagu kepada Nilai
murid-murid.  Disiplin
1. Guru mengajar 1. Murid belajar Alatan
pergerakan sambil pergerakan.  Laptop
menyanyi lagu 2. Murid  Video
tersebut. menyanyi Kesepaduan
Langkah 4 2. Guru menyuruh sambil  Bahasa Melayu
(10 minit) murid-murid melakukan  Bahasa Inggeris
melakukan pergerakan. Nilai
pergerakan sambil  Toleransi
menyanyi.  Disiplin
 Berani
Penutup 1. Guru bersoaljawab 1. Murid Nilai
(2 minit) dengan murid menjawab  Disiplin
HDPS3303
mengenai aktiviti soalan guru.
yang dilakukan.

RANCANGAN PENGAJARAN KEDUA MELIBATKAN AKTIVITI KREATIF


MELIBATKAN AIR
Nama guru: Bibi Anfah
Tarikh: 07/03/2022
Kelas: Tabika Perpaduan Jumbo
Bilangan murid: 25 orang
Masa: 1 jam, (60 minit )
Tema: Alam Hidupan
SubTema: Haiwan di Air
Tunjang Utama: Bahasa dan Komunikasi

Standard Pembelajaran:
1) BM 2.2.3 - Bersoaljawab berdasarkan tema,minat dan situasi semasa.
2) BM 3.5 -Membaca perkataan
3) KTI 1.1.5 -Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.

Kesepaduan Tunjang
1. ST13.1.5 -Bekerjasama dengan kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan
komputer
2. PS 2.3.5 -Bertanya dengan penuh keyakinan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Mengenali enam jenis haiwan di dalam air
2. Mengeja dan membaca nama –nama haiwan dengan betul
3. Memadan dan menulis nama haiwan di air dengan betul
4. Murid dapat mewarnakan gambar ikut kreativiti.
Pengetahuan sedia ada murid: Murid sudah biasa melihat hidupan air.

Bahan Bantu Mengajar: Slide,paint, ,lembaran kerja

Aktiviti Pengayaan: Murid bermain puzzle haiwan di air sebagai aktiviti tambahan
Atau pengayaan seperti ketam,ikan,tapak sulaiman dan penyu.
HDPS3303

LANGKAH 1
SET INDUKSI: 5 minit
1) Murid mendengar lagu berkaitan tema hidupan di air iaitu lagu ikan kekek yang dimuat
turun melaui you tube.
2) Murid menyanyikan lagu beramai-ramai.
3) Kaitkan dengan tema pelajaran yang akan dipelajari.

LANGKAH 2: 15 minit
1) Murid melihat slide haiwan di air yang dipamerkan seperti ikan, siput sotong.ketam,kuda
laut,kerang,siput ,udang ,penyu dan tapak sulaiman
2) Murid bersoaljawab mengenai bentuk,rupa ,saiz,warna ,bahagian badan haiwan –
haiwan tersebut.contohnya ikan bersisik,ketam berkaki,kerang bercengkerang.
3) Murid menyebut semula haiwan –haiwan yang mereka lihat tadi.

LANGKAH 3: 20 Minit
1. Murid membaca mengeja perkataan nama bagi ikan,ketam,kerang,siput, penyu,
kerang,kuda laut dan siput satu persatu
2. Murid mengulang mengeja perkataan yang di tunjukkan seorang demi seorang.
3. Murid membuat dua aktiviti, pertama memadankan gambar dengan perkataan dan
menulis nama-nama haiwan melalui lembaran kerja yang di muat turun dan boleh di print.
(Guru perlu muat turun terlebih dahulu dan buat salinan )

LANGKAH 4: 15 Minit
1) Murid cuba mewarna gambar haiwan di air mengikut kreativiti melalui perisian
painting.Gambar yang di warnakan boleh diprint.
2) Murid mewarna lukisan mengikut kreativiti mereka melalui gambar yang telah di print
terlebih dahulu oleh guru.

PENUTUP: 5 minit
1) Murid menyatakan semula pelajaran yang telah dipelajari mengenai haiwan di air seperti
menamakan semula haiwan dan mengeja nama haiwan.
2) Mempamerkan hasil kerja murid.
3) Murid menyanyikan semula lagu ikan kekek melalui senikata yang tertera.
HDPS3303

SOALAN 2
Video dirakam merupakan berkaitan muzik dan pergerakaan.

Bahagian II

PENYERTAAN DALAM TALIAN (10%)


Menurut Piaget, kanak-kanak dilahirkan dengan skema sensorimotor yang menjadi asas bagi
interaksi awal kanak-kanak. Pengalaman awal ini akan ditentukan oleh sensorimotor. Ini juga
membawa maksud bahawa hanya peristiwa dan kejadian yang dapat diasimilasikan ke skema
itulah yang akan dapat memberi tindak balas dan tindak balas kepada kanak-kanak. dan ia
menjadi batasan dan penanda aras kepada pengalaman kanak-kanak. Namun menurut beliau
melalui pengalaman yang ada skema awal ini dimodifikasi. Setiap pengalaman yang hadir
mengandungi elemen yang unik dan yang perlu di akomodasi oleh struktur kognitif kanak-
kanak. Melalui interaksi, struktur kognitif akan berubah dan memungkinkan perkembangan
pengalaman berlaku secara berterusan.
Dalam teori yang diusulkan oleh Piaget berkaitan dengan perkembangan intelektual adalah
berdasarkan 3 fungsi dan komponen. Pertama adalah fungsi organisma. Fungsi organisma
adalah untuk mengatur secara sistematik proses fizik dan psikologi yang teratur dan
berstruktur. ia juga dikenali sebagai skema. Kedua adalah adaptasi. Adaptasi adalah proses
penyesuaian skema-skema dalam memberi tindak balas. Proses ini melibatkan dua proses
penting yang saling berkait. Iaitu Asimilasi dan Akomodasi.

Menurut Kamus Psikologi Oxford, Asimilasi menurut Piaget “ a form of adaption in which
novel experiences are incorporated into existing psychological structure or processes, as
when an infant responds to a new toy that is introduced into its environment by treating it like
an already familiar object, interpreting it on the basic of past experience as something to be
grasped, put in the mouth and so on.” (Colman, 2015)

Asimilasi adalah penggunaan skema yang sedia ada dan mengaplikasikan kepada situasi yang
baru. Asimilasi merupakan proses kognitif, dengan asimilasi seseorang mengintegrasikan
semua persepsi atau stimulus kedalam skema yang ada atau tingkah laku yang ada. Asimilasi
berlangsung berpanjangan. Seseorang tidak hanya memproses satu stimulus saja, melainkan
memproses banyak stimulus. Secara teori, asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata,
HDPS3303
tetapi asimilasi mempengaruhi pertumbuhan pada skemata. Oleh yang demikian asimilasi
merupakan proses kognitif, dengan proses itu individu secara kognitif mengadaptasi diri
terhadap lingkungan dan mengadaptasikan proses itu. Asimilasi adalah proses kognitif di
mana seseorang mengintegrasikan persepsi, konsep atau pengalaman baru ke dalam skema
atau pola yang sedia ada dalam fikirannya.

Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada.
Proses ini bersifat subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau
informasi yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya.
Sebagai contoh melihat burung kenari dan memberinya label "burung" adalah contoh
mengasimilasi binatang itu pada skema burung pada kanak-kanak.

Akomodasi pula menurut Kamus Psikologi Oxford adalah “ a form of adaption in which
psychological structure or processes are modified to fit the changing demand of environment
as when an infant adapt in perceptual processes and behavioral repertoire to a new toy that is
introduced into a milieu” (Colman, 2015)

Akomodasi secara ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia ada untuk
mengambil informasi yang baru. Akomodasi adalah kemampuan manusia menciptakan
perkara-perkara atau menggabungkan skema-skema yang lama untuk memecahkan dan
menyelesaikan masalah. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang
tidak dapat mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skema yang sedia ada.
Pengalaman yang baru mungkin tidak sesuai dengan skema yang telah ada. Dalam keadaan
demikian individu akan melalui proses akomodasi.

Akomodasi terjadi untuk membentuk skema baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru
atau modifikasi skema yang telah ada untuk memberi tindak balas kepada sesuatu
rangsangan. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang tidak dapat
mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skemata yang telah sedia ada. Bagi Piaget
adaptasi merupakan suatu kesetimbangan antara asimilasi dan akomodasi. Bila dalam proses
asimilasi seseorang tidak dapat mengadakan adaptasi terhadap lingkungannya maka terjadilah
ketidakseimbangan (disequilibrium). Akibat ketidakseimbangan itu maka terjadilah
akomodasi dan struktur kognitif yang ada akan mengalami perubahan atau munculnya
struktur yang baru. Pertumbuhan intelektual ini merupakan proses terus menerus tentang
HDPS3303
keadaan ketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Tetapi bila
terjadi kesetimbangan maka individu akan berada pada tingkat yang lebih tinggi daripada
sebelumnya.

Pengalaman-pengalaman baru itu, kadangkala tidak sesuai dengan skema yang seseorang,
untuk itu perlu mengadakan akomodasi bila kurang sesuai iaitu dengan membentuk skema
baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru, atau dengan memodifikasi skema yang ada
sehingga sesuai dengan rangsangan itu. Contoh kepada asimilasi dan akomodasi menurut
Piaget adalah seperti berikut :-
Seorang anak melihat zebra buat kali pertama dan memanggil kuda. Kanak-kanak itu
mengasimilasikan maklumat ini ke dalam skema beliau untuk kuda. Apabila kanak-kanak itu
menempatkan maklumat, dia mengambil kira sifat-sifat yang berbeza daripada kuda belang
berbanding kuda, mungkin memanggil kuda belang kuda dengan jalur. Apabila dia akhirnya
mendapat tahu nama zebra, beliau telah ditempatkan maklumat baru ini.
Asimilasi adalah seperti menambah udara ke dalam belon. Ianya perlu ditiup dan akan
menjadi lebih besar dan lebih besar. Contohnya, skema yang berusia dua tahun itu pokok
adalah "hijau dan mempunyai kulit yang keras", maka dari masa ke masa kanak-kanak itu
menambah maklumat seperti beberapa pokok gugur daunnya, beberapa pokok mempunyai
nama-nama, menggunakan pokok ketika sambutan krismas dan lain-lain. Maklumat ini akan
senang diperolehi sekiranya banyak maklumat sedia ada
Kanak-kanak yang sudah pandai menunggang basikal beroda besar boleh dan mudah untuk
menunggang basikal tiga roda dengan tidak ada masalah. Ini kerana mereka boleh
mengasimilasikan dengan pemahaman bahawa skemaadalah 'jenis yang sama'. Namun
sebelum berlakunya asimilasi akan berlakunya akomodasi untuk menyimpan skema yang
baru.
Apabila kanak-kanak belajar perkataan untuk anjing, mereka mula memanggil semua
binatang yang berkaki empat adalah anjing. Ini adalah asimilasi. Orang di sekeliling mereka
akan berkata, tidak, itu bukan anjing, ia adalah kucing. Skema untuk anjing kemudian
mendapat diubahsuai untuk menghadkan kepada hanya tertentu haiwan berkaki empat. Proses
ini adalah akomodasi
3.0 Empat Peringkat Perkembangan Kognisi Piaget (1952)
Perkembangan kognitif merupakan pertumbuhan berfikir logik bermula dari bayi hingga
dewasa. Tahap Perkembangan Kognisi menurut Piaget mempunyai empat tahap iaitu :
1. Tahap sensorimotor : 0 – 2 tahun
HDPS3303
2. Tahap pra-operasional : 2 – 7 tahun
3. Tahap operasional konkrit : 7- 12 tahun
4. Tahap operasional formal : 12 hingga dewasa
Tahap sensorimotor merupakan tahap di mana bayi melihat kepada hubungan antara
badannya dengan persekitaran. Ia bermula ketika lahir hingga dua tahun. Kebolehan deria
motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya
dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian.
Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan
melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. (Kleinman, 2015)
a) Bermula kosong hingga enam bulan (0 hingga 4 bulan) merupakan proses refleks. Bayi
hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui
tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya),
penyesuaian, pandangan,
b) Sebulan hingga empat bulan (1 hingga 4 bulan) merupakan proses reaksi asas sekular.
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula
mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku kanan-kanak. Dan ia
akan menjadi lekatan dalam pemikiran.
c) Empat hingga lapan bulan (4 hingga 8 bulan) merupakan proses reaksi sekular kedua.
Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang
lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi
telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu
menggerakkannya. Atau mula mengenali persekitarannya.
d) Lapan hingga dua belas bulan (8 hingga 12 bulan) merupakan proses reaksi koordinasi.
Masa ini dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya
disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat
dikatakan berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (12 bulan hingga 18 bulan) merupakan proses
reaksi sekular ketiga di mana pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman
yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (18 bulan hingga 2 tahun) merupakan proses
penggambaran pemikiran awal bayi. Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak
mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.
HDPS3303
Tahap pra-operasional berada pada tahap umur dua hingga tujuh tahun. Penggunaan istilah
pra operasional adalah menekankan kepada pada tahap ini kanak-kanak masih belum berfikir
secara operasional. (Choo, 2012). Pada tahap ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa
serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-
kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya. Perkembangan
kognitif kanak-kanak akan semakin pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan
orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk
menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan
memahami konsep keabadian bilangan.
Dalam tahap ini Piaget menjelaskan lima perwatakan adalah seperti berikut :- (Prof emiritus
Dato Dr Abdul Halim Othman, 2015)
i. Conservation - kesedaran mengenai kuantiti fizikal adalah tetap sama walaupun
luaran atau appearance telah berubah.
ii. Konsentrasi - Kebarangkalian untuk fokus kepada aspek utama dalam sesuatu
masalah.
iii. Irreversibility - Tidak dapat membayangkan proses yang tidak berlaku
iv. Egocentric - Tidak dapat memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan
orang lain.
v. Animism - Percaya semua objek adalah hidup.

Tahap operasional konkrit iaitu pada usia tujuh hingga 11 tahun merupakan tahap di mana
kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan
akhirnya mengamati proses songsangan. Mereka sudah boleh mempelajari lebih daripada satu
perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif
serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara
logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk
berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks.
Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung
kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Tahap operasional formal bermula daripada kanak-kanak berusia 11 tahun dan sehingga
dewasa pula merupakan tahap di mana telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau
induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta
HDPS3303
membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh
menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk
menyelesaikan masalah matematik.

RUJUKAN
a) Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Project Based Learning Handbook. Kuala
Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.
HDPS3303
b) Kementerian Pendidikan Malaysia (2007). Laporan pelaksanaan projek rintis : Project
based- learningBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur :
Bahagian Teknologi Pendidikan.
c) Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti
PendidikanMalaysia2010. Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
d) Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025
e) Md. Baharuddin Haji Abdul Rahman (2009). PjBL handbook TVE: Pembelajaran
kendiri. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia
f) Md. Baharuddin Haji Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mat Daud,
& Mohd Arif Ibrahim(2011). The outcomes based education (OBE) at Politeknik
Kota Bharu, Malaysia. International Journal of Humanities and Social Sciences, 1(8).
g) Mergendoller, J.R., & Maxwell, N.L. (2006). The effectiveness of problem-based
instruction: A comparativestudy of instructional method and student
Characteristics.The Interdisciplinary Journal of ProblemBased Learning, 1(2), 49-69.
h) Nitce Isa Medina, Machmudi Isa & Mai Shihah Haji Abdullah (2013). Pembelajaran
berasaskan projek:Takrifan, teori dan perbandingan dengan pembelajaran berasaskan
projek. Current Research inMalaysia, 2(1), 181-194
i) Nurulwahida Azid@Aziz (2011). Pembinaan dan pengurusan modul aktiviti
pengayaan berdasarkan kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Tesis PhD yang tidak diterbitkan).
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
HDPS3303
HDPS3303

Anda mungkin juga menyukai