Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

NAMA : KHAW FENG QIAN

NO. KP : 001104-07-0404

UNIT : PISMP AMBILAN JUN 2019

MATA PELAJARAN MAJOR : PENDIDIKAN MATEMATIK (SJKC)

MATA PELAJARAN MINOR : PENDIDIKAN SENI VISUAL

Program Praktikum Fasa 1 (Semester 5) saya diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Chong Cheng secara dalam talian selama 3 bulan bermula dari 28 Jun 2021 hingga 01
Oktober 2021. Sekolah ini merupakan sekolah pertama saya menjalani Praktikum
disebabkan rumah saya berhampiran dengan SJK(C) Chong Cheng. Saya rasa saya akan
belajar banyak ilmu pengetahuan sebagai seorang seorang guru jika saya menjalani
Praktikum Fasa 1 di SJK(C) Chong Cheng disebabkan guru sekolah tersebut sangat rela
untuk menyampaikan strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Pengurusan Bilik Darjah
(PBD), ilmu STEM semasa saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS 2).
Praktikum ini adalah untuk bidang teras iaitu Pendidikan Matematik dan elektif teras iaitu
Pendidikan Seni Visual.

Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalani praktikum ini ialah sesi
taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 21 Jun 2021
hingga 25 Jun 2021. Bagi taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur
perlaksanaan praktikum secara atas talian, peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran
praktikum, perisian digital yang boleh digunakan untuk membuat kuiz, permainan atas talian
dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), wajaran praktikum dan garis
panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang menjalani Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) selama 3 tahun sebelum ini diharap dapat membantu saya dalam
persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan
takut dan kekok bukan lagi masalah disebabkan saya telah menghayati tiga Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlu menyediakan
pelbagai dokumen seperti PowerPoint, Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Jurnal,
Refleksi Pertengahan dan sebagainya. Walaupun saya perlu menjalani praktikum secara
atas talian, say akan pastikan diri saya sentiasa bersedia dan komited dalam menjalani
tugas sepanjang tempoh praktikum ini.

Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya juga berharap agar saya dapat sentiasa
mengemaskini portfolio praktikum dan semua maklumat Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) setiap hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar saya dapat
mendisiplinkan diri selepas tamat praktikum dan bersikap komited semasa menjalankan
tugas profesional sebagai seorang guru pada masa depan.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru adalah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah walaupun menjalani praktikum secara atas talian. Selain itu,
saya berharap kehadiran saya adalah penuh agar dapat memanfaatkan murid-murid dengan
ilmu pengetahuan saya . Saya juga berharap agar saya dapat menjalin hubungan yang baik
dengan semua warga SJK(C) Chong Cheng agar praktikum ini dapat dilancarkan. Sebagai
bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini adalah untuk membina dan
meningkatkan jati diri seorang guru. Dalam Praktikum Fasa 1 ini, saya berharap saya dapat
memahami dan mengenali sedalamnya budaya murid dan guru serta suasana di sekolah
rendah mahupun secara maya ataupun secara langsung sebagai pendedahan dan
pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.

Anda mungkin juga menyukai