Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM DAHARI SHAH BIN MD DARUS 911124-02-5603

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, ucapan syukur Alhamdulillah di panjatkan kepadaNya dengan rasa penuh tawaduk diri ini masih diberikan peluang untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah mendidik anak bangsa pewaris masa depan. Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah berjuang membawa umat ini dari alam kegelapan hinggalah alam yang dirasakan penuh nikmat dan keindahan. Pertamanya saya ingin menyatakan bahawa program praktikum fasa 1 saya kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putera. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus bandar dan in merupakan praktikum pertama saya di kawasan bandar. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi kewangan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat yang sepatutnya

berlangsung sepanjang hari terpaksa ditunda kepada dua sesi pada hari yang berlainan. Ini disebabkan kekangan masa dan jadual penceramah yang bertugas. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan penceramah yang lebih kepada pembentukan insane guru. Tidak seperti taklimat-taklimat sebelum ini, penceramah lebih menekankan tentang kepentingan untuk mendalami jiwa keguruan dan kepentingan guru masa kini dan masa hadapan. Saya sendiri berasa terkesan dengan penyampaian penceramah yang telah dijemput. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman praktikum fasa dua yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin

saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum fasa 1 ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Putera. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa tidak begitu jauh, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak seperti praktikum sebelum ini. untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai