Anda di halaman 1dari 2

i)

Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak.

Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan. Semua pihak perlulah sama-sama

bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4, ledakan didefinisikan sebagai Perubahan (pertumbuhan) yang besar dan mengejut, manakala budaya pula didefinisikan sebagai tamadun, peradaban atau kemajuan akal fikiran. Merujuk kepada buku karangan Noriati A. Rashid etc. iaitu Budaya dan Pembelajaran, perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal dalam berkaitan dengan budi dan akal manusia. Menurut Koentjaraningrat (2002), budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia berasaskan proses pembelajaran. Manakala E.B. Taylor dalam buku Primitive Culture, 1871 menjelaskan bahawa kebudayaan dari segi antropologi merupakan keseluruhan yang kompleks yang mana di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati seseorang sebagai anggota masyarakat. Ledakan budaya dapat disimpulkan sebagai satu perubahan kebudayaan yang besar dan mengejut, dan pertumbuhan amalan-amalan dan gaya pemikiran yang baru dalam kalangan masyarakat dalam negara kita. Melihat kepada proses globalisasi yang berlaku, masyarakat semakin matang dalam pengetahuan maklumat dan penilaian kendiri. Pada masa yang sama, fakta dan auta menjadi maklumat yang seringkali diterima pakai tanpa usul periksa. Ini merupakan salah satu daripada permasalahan yang berlaku kerana ramai dalam kalangan generasi pelajar kini hanya mementingkan kemudahan dan kesenangan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Sebagai contoh, pelajar tidak lagi perlu membuka kamus untuk mencari pengertian sesuatu perkataan tetapi hanya perlu menekan papan kekunci di mana-mana search engine di internet contohnya di google atau yahoo untuk mengetahui pengertian tersebut. Pada masa yang sama, maksud atau fakta yang salah dan benar telah bercampur aduk di dalam carian itu sendiri. Maka, fakta dan maklumat yang lebih sahih dan benar sukar untuk dikenalpasti. Ledakan budaya ini disebabkan oleh proses globalisasi yang berlaku dalam negara. Globalisasi diertikan sebagai proses yang membolehkan sesuatu aktiviti sama ada ekonomi,

kebudayaan, dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutama dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya (Kamus Pelajar Edisi ke 4). Globalisasi ini telah mewujudkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang membenarkan kebanjiran akses maklumat dalam negara seterusnya mengakibatkan ledakan budaya dalam kalangan masyarakat serta negara itu sendiri. Akibatnya pelbagai budaya dan amalan baru serta pemikiran yang lebih global telah berlaku dan masyarakat mulai menyelaraskan diri agar dapat terus sama-sama mengharungi arus pembangunan dunia untuk meneruskan kehidupan dan mencapai citacita masing-masing. Sebagai kesimpulan, kita boleh mengkategorikan fenomena ledakan budaya sebagai suatu fenomena tren yang menyebabkan banyak perubahan mendadak dalam kehidupan kita hari ini. Ledakan budaya hasil daripada proses globalisasi telah mewujudkan perubahan yang drastik dalam pemikiran, amalan, cara hidup, hasil karya, akal budi, kelakuan, penciptaan, kebendaan, kehidupan, dan banyak lagi dalam kalangan masyarakat. Perubahan dan pertumbuhan budaya-budaya datang dalam dua aspek, iaitu budaya positif dan juga budaya negatif. Negara kita Malaysia perlu mengambil kira dan mengkaji agar kebanjiran akses ini dapat memajukan pemikiran rakyat, bukannya sebaliknya. Selain itu juga, kebanjiran akses ini memerlukan pemantauan agar segala transformasi yang berlaku dalam aspek budaya di Malaysia berjalan seperti yang dirancang. Perubahan kepada kebudayaan di Malaysia juga dikhuatiri melapisi kebudayaan-kebudayaan warisan, mengakibatkan generasi yang seterusnya tidak dapat merasai keindahan budaya warisan Malaysia. Oleh itu pelbagai langkah harus diambil agar proses pembangunan negara berjalan lancar selaras dengan Wawasan 2020 negara Malaysia Maju. Terdapat kedua-dua kebaikan dan keburukan yang kita dapat lihat dari fenomena ini.Kami adalah salah satu yang boleh membawa generasi baru kepada kehidupan yang lebih baik dengan bantuan globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai