Anda di halaman 1dari 16

Isu globalisasi dalam tamadun manusia 1.

0 Pendahuluan Globalisasi adalah satu proses integrasi tamadun manusia yang berterusan tanpa terhalang oleh sempadan. Globalisasi bermula dengan kata dasar globe ataupun bumi. Oleh yang demikian proses globalisasi menunjukkan satu proses yang dapat menjadikan dunia kita menjadi satu khasnya dari segi ekonomi. Semakin hari semakin terbuka sempadan negara-negara untuk dilawati dan perdagangan sebolehbolehnya dijalankan tanpa sebarang halangan dan campur tangan pihak kerajaan. Dunia hari ini sudah mulai jadi kecil bukan kerana saiznya sudah berkurang tetapi kerana perjalanan sudah menjadi mudah dan cepat. Maka tidak hairan sekiranya ada orang yang mengelilingi dunia dalam satu minggu. Ada orang bersarapan pagi di satu negara, makan tengah hari dinegara yang lain dan makan malam pula dinegara ketiga. Itulah dengan ringkasnya keadaan globalisasi hari ini. 2.0 Konsep Globalisasi

Pada masa kini, kita tidak mempunyai definisi dan konsep globalisasi yang jelas dan disepakati umum. Penggunaan istilah globalisasi telah diberikan pengertian dan dapat difahami dalam pelbagai konteks penggunaannya. Berikut merupakan definisi tentang globalisasi menurut pandangan dari para ilmuan tertentu:

Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi diertikan sebagai rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance.

Walaubagaimanapun, beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang kian berkembang dan meluas. Hal ini kerana, menurutnya, terdapat fenomena-fenomena lain yang tercetus daripada kemudahan teknologi yang banyak menyumbang kepada perubahan dalam bidang kewangan. Globalisasi komunikasi adalah salah satu fenomena yang tercetus kesan daripada perkembangan teknologi.
1

Dalam sebuah terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi (CSGR), Universiti Warwick, England juga menolak pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Selaras dengan cakupan luas fenomena globalisasi ini, CSGR mempunyai dua pandangan terhadap fenomena itu. Pertama, globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses perkongsian tanpa sempadan dalam bidang ekonomi, politik, budaya dan sosial.yang tanpa mengira halangan kedudukan sesebuah kawasan atau bidang kuasa. Kedua, globalisasi dilihat sebagai satu wacana kepada pengetahuan politik dan ekonomi yang menawarkan pandangan tentang menjadikan postmodern world sebuah tempat yang terurus dan tersusun.

Dengan mengambil kira idea-idea tersebut, konsep globalisasi dapat difahami sebagai suatu himpunan proses perhubungan atau perkongsian secara global yang melibatkan pelbagai benda atau perkara yang melibatkan bidang aktiviti manusia. Pada hari ini perkongsian yang melibatkan maklumat, idea, nilai, institusi, sistem atau sebagainya dapat dilaksanakan melalui interaksi antara manusia di serata dunia dengan kemudahan teknologi maklumat yang ada seperti internet, telefon bimbit, mesin faks dan sebagainya. Oleh sebab itu, himpunan proses penglobalisasian benda atau perkara dan bidang yang melibatkan sumber manusia saling bergantung antara satu sama lain.

Tambahan pula, kita dapat memahami bahawa hakikat tentang globalisasi itu telah wujud sebelum istilah globalisasi ini diperkenalkan lagi. Globalization was a reality without a name. Globalisasi tanpa nama ini telah wujud bukan sahaja dalam era penjajahan dan imperialism Barat yang bermula di sekitar tahun 1500M tetapi juga sebelumnya dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Malahan trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat dikesan akar umbinya ke zaman pra Islam.

Secara harfiahnya, globalisasi bermaksud sejagat. Ini bermakna bahawa segala aspek kehidupan sama ada dari segi budaya, kesenian, ekonomi, sosial dan
2

sebagainya kini tiada lagi batas sempadan antara satu bangsa, negara atau peradaban. Secara mudahnya, kini tiada lagi unsur pemisah yang ketara antara sesebuah kebudayaan, kesenian, serta sosial antara satu bangsa dengan satu bangsa atau satu negara dengan negara yang lain. Selain itu, wujud pula satu kesatuan sejagat dalam kalangan manusia seluruh dunia. Jadi, sikap saling mempengaruhi akan timbul antara satu budaya dengan budaya yang lain selain dari penapisannya juga menjadi sesuatu yang mustahil. 3.0 Pengaruh positif globalisasi terhadap peradaban dunia 3.1 Maksud peradaban dunia Dalam bahasa Inggeris, istilah civilizations paling meluas digunakan bagi

merujuk kepada istilah peradaban atau tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan (to tame) dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ringkasnya civilized bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada kehidupan primitif kepada kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Istilah civilizations dalam bahasa Inggeris itu dikatakan lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas yang membawa maksud city atau bandar. Perkataan peradaban lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah peradaban mudah ditemui di kawasan bandar. Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Tadib adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah).

Oleh sebab itu, maksud peradaban dunia dapat disimpulkan dengan perubahan atau penghijrahan tingkah laku yang telah dilakukan oleh golongan masyarakat yang terdahulu di mana-mana kawasan bagi memiliki keperibadian baik dan sesuai dengan pegangan hidupnya. Pada masa kini, masyarakat dunia dapat dikatakan sebagai golongan manusia yang memiliki peradaban dan hal ini berlaku dengan sumbangan generasi sebelumnya melalui budaya sesebuah masyarakat. Selain itu, pegangan agama seseorang itu mempengaruhi cara hidup sesebuah kumpulan manusia. Menurut Osman Bakar, 2008, Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi, berikut merupakan antara positif globalisasi terhadap peradaban dunia: 3.2 Pelaburan dan pertukaran wang Peranan pelaburan asing, (Foreign Direct Investment) adalah penting dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara. Hal ini kerana, pelaburan yang dilakukan dapat meningkatkan lagi arus pengaliran modal di sesebuah negara. Salah sebuah negara yang memperlihatkan kesan positif globalisasi ini ialah India. Kebanyakan syarikat telah melabur secara langsung di India dengan memulakan unit-unit pengeluaran tetapi mereka perlu melihat jumlah pelaburan secara tidak langsung, (Foreign Indirect Investment) kepada negara-

negara membangun. Syarikat-syarikat India yang telah menunjukkan prestasi yang bagus sama ada yang beroperasi di India dan kawasan sekitarnya akan menarik banyak pelaburan asing dan kemudianya melonjakkan foreign exchange reserves yang terdapat di India. Hal ini juga memberikan kesan positif di Amerika Syarikat dan negara-negara maju yang lain kerana negara membangun memberikan mereka skema pelaburan yang baik. 3.3 Peluang pekerjaan Dengan globalisasi, banyak syarikat telah mencuba nasib di negara-negara yang sedang berkembang dan kemudiannya menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka. Selain itu, peluang pekerjaan tersebut telah dapat memberikan peluang
4

kepada

syarikat-syarikat

untuk

melabur

dalam

pasaran

tempatan

dan

mempertingkatkan kebolehan dan bakat yang tersedia pada tenaga pekerja tersebut. Di negara-negara yang sedang membangun, kadang kala terdapat kekurangan pada sesebuah negeri atau kawasan di negara tersebut yang melambatkan perkembangan syarikat-syarikat domestik seterusnya peluang pekerjaan untuk tenaga manusia. Dalam kes ini, disebabkan oleh asas perdagangan antarabangsa, rakyat di negaranegara membangun juga boleh mendapatkan peluang pekerjaan, tetapi negaranegara maju telah kehilangan pekerjaan disebabkan pergerakan pekerjaan ke negara membangun. 3.4 Penyebaran budaya Globalisasi telah banyak member kesan positif dalam aspek kebudayaan.

Bukan semua amalan-amalan yang diamalkan pada hari ini dilahirkan dalam sebuah tamadun sahaja. Dunia yang kita diami kini adalah hasil daripada gabungan beberapa jenis budaya. Masyarakat yang berkongsi satu kebudayaan, jika mereka terbuka untuk penerimaan budaya baru, mereka akan cenderung untuk melihat pelbagai keburukan dalam budaya mereka dan memilih untuk mengamalkan budaya yang dianggap lebih betul atau sesuai dengan peredaran zaman. Sebuah masyarakat dapat berubah dan berkembang dengan penerimaan terhadap peradaban dan latar belakang masyarakat lain seterusnya mencipta sebuah kebudayaan mereka yang baru. Cara memasak, bahasa dan budaya telah tersebar disebabkan globalisasi. 3.5 Penyebaran ilmu pengetahuan Pada hari ini, kita dapat bergerak mencari kemudahan pendidikan yang terbaik dalam dunia tanpa sebarang penghalang dengan bantuan dari kemudahan teknologi baru komunikasi dan maklumat. Seseorang yang tinggal di Malaysia dapat pergi ke tempat atau negara lain untuk mencari pengalaman baru dan bidang-bidang yang tidak dapat dijumpai di dalam negara. Jika seseorang itu berminat, dia dapat menjadi mahir dalam subjek tersebut dan menyebarkan pengetahuannya kepada masyarakatnya. Contohnya, pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil kursus kejuruteraan mengambil

peluang untuk menyambung pelajaran mereka di Jepun kerana Jepun memiliki teknologi yang terkedepan berbanding negara maju yang lain. 3.6 Penubuhan organisasi-organisasi untuk menangani isu persekitaran Dengan kesedaran terhadap kerosakan di muka ini yang telah lama berlaku, negara-negara telah membuat keputusan untuk bersatu tenaga untuk mencari jalan untuk menyelamatkan dunia kita dari kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Organisasi yang diwujudkan dapat memerhatikan perubahan suhu persekitaran selain menjaga kebajikan kehidupan air dan binatang darat. Hal ini menunjukkan kesan positif globalisasi terhadap alam sekitar.

4.0 Kesan anjakan negatif globalisasi dari aspek budaya di Malaysia Walaupun globalisasi menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan sesebuah masyarakat, ia juga memberikan impak negatif kepada masyarakat terutamanya dari aspek budaya. Di Malaysia, kita dapat lihat pelbagai perubahan negatif kesan dari globalisasi terutamanya terhadap generasi muda pada hari ini. Antaranya ialah: 4.1 Gejala-gejala sosial berleluasa Kemajuan teknologi dalam penyebaran maklumat melalui media elektronik, media cetak dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan lagi serta membawa banyak faedah kepada manusia. Penyebaran maklumat dengan pantas ini dapat menyediakan setiap orang dengan pelbagai maklumat sama ada berkaitan dengan budaya mereka sendiri dan sebalikya. Kesannya, remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat yang mempraktikkan kebebasan dalam melakukan apa-apa yang mereka kehendaki selagi tidak menyalahi undang-undang manusia. Antara gejala sosial yang berlaku kini pengaruh dari budaya barat ialah pergaulan bebas, seks bebas, lesbian, homoseksual dan pelacuran.

This type of freedom is highly valued by the western societies and such it is highly protected by its own governmenta man has the right to live his private life as he pleases. He has the right to marry or indulge in extra-marital affairs with any women eat, drink and wear whatever he pleases within the limits of the law (Ridhuan Tee, 2006). Prinsip kebebasan ini yang dipegang mereka ternyata amat bahaya kepada agama, bangsa dan negara, walaupun ia diiktiraf di barat. Ia bukan sahaja menimbulkan masalah kepada individu yang mengamalkannya, tetapi juga kepada orang lain yang tidak berdosa. Peningkatan mendadak kes-kes seperti pengguguran bayi, remaja mengandung sebelum berkahwin, dan berbagai lagi penyakit yang dibawa mula membimbangkan masyarakat barat seterusnya masyarakat kita sendiri. 4.2 Hiburan melampau dan budaya berhibur (Hedonism) Menurut Ridhuan Tee, (2006), Hedonism berasal daripada perkataan Greek bermakna berseronok atau bergembira memuaskan nafsu (pleasure). Budaya berseronok ini menjadi matlamat hidup mereka sehingga melupakan Tuhan. Kehadiran Tuhan tidak dianggap penting. Apa yang penting ialah hidup yang seronok. Hedonism masakini berbeza dengan masa lalu. Kalau dahulu, ia hanya mempengaruhi individu tertentu sahaja, tetapi kini budaya berseronok mesti dikongsi dengan orang lain dan mempunyai pengikut yang ramai . Budaya ini semakin mempunyai pengaruh sehingga mengenepikan pendapat orang lain. 4.3 Kekeluargaan Salah satu kesan negatif globalisasi dari segi budaya ialah permasalahan dalam institusi kekeluargaan. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhir-akhir ini. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan. Selain daripada kes cerai, peningkatan juga dapat dilihat daripada kes penderaan terhadap wanita serta kanak-kanak.

Sesungguhnya Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja salah di sisi agama, malahan bertentangan dengan norma kehidupan manusia biasa. Firman Allah yang bermaksud, W ahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah
7

kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburuburu menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yan g banyak (untuk kamu). (AnNisa, 19). Berdasarkan potongan ayat di atas, suami tidak mempunyai sebarang hak untuk memukul isteri walau suami memberikan pelbagai alasan.

4.4 Pemakaian Daripada sudut pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi manusia hampir di seluruh dunia. Mereka juga terpengaruh dengan pemakaian artisartis luar yang dikira sebagai idol hidup mereka. Dengan pengaruh media massa yang kuat, remaja kini cenderong berpakaian seiring dengan cara pemakain yang menjadi trend semasa yang sesetengahnya dikira menjolokkan mata dan terdedah. Lebih parah lagi, terdapat sebahagian golongan masyarakat yang beragama Islam yang secara tidak langsung tidak menghiraukan suruhan agama untuk menutup aurat. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud, Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Berdasarkan petikan surah di atas beserta dengan terjemahannya, jelaslah bahawa setiap muslim wajib menutup aurat mengikut cara serta kaedah yang telah

ditetapkan. Kewajipan menutup aurat tidak terbatas kepada kaum wanita semata-mata, malahan golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menunaikan kewajipan tersebut. 4.5 Pemakanan Kemasukan perniagaan makanan ringan daripada barat seperti Mc Donald , KFC, Pizza Hut dan sebagainya telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, perkembangan penggunaan mesin penghasilan makanan produk makanan dapat diimport dan dieksport ke negara-negara lain dan banyak produk makanan yang diimport di pasaran diragui status halalnya. Contohnya, status halal produk tenusu dari negara luar diragui kerana produk dikatakan mengandungi unsur gelatin babi sebagai salah satu bahan adunan dalam produk tersebut. Selain itu, kecanggihan teknologi juga menyebabkan status halal ayam mentah di pasaran diragui kerana terdapat laporan menyatakan ayam tersebut tidak disembelih dengan cara yang betul dan ada juga kes yang ayam tersebut hanya dikenakan kejutan elektrik. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata. Jadi, umat Islam haruslah peka tentang perkara ini kerana pemakanan halal perlu dititikberatkan memandangkan pemakanan tersebut akan menjadi sebahagian dari darah daging manusia itu sendiri seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan akhlak mereka.

5.0 Cadangan-cadangan dalam menangani anjakan globalisasi yang negatif Menurut perspektif Islam, terdapat beberapa cadangan yang dapat dilaksanakan dalam menangani anjakan globalisasi yang negatif. Antaranya ialah: 5.1 Penekanan pendidikan akhlak dan moral dalam sistem pendidikan kebangsaan Menurut Dr Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, teras kepada sistem pendidikan bertaraf dunia menurut acuan Malaysia ialah agama dan akhlak. Agama dan akhlak

penting untuk memelihara karamah atau kemuliaan insan dan nilai-nilai manusiawi. Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan penting untuk membolehkan manusia memahami, menginsafi dan merealisasi dirinya sebagai hamba dan khalifah di bumi. Di sekolah, pendidikan akhlak dan moral yang dilaksanakan perlu dikaitkan dengan nilai Islam khususnya dan nilai agama amnya. Tanpa kaitan ini, insan yang bakal dilahirkan pasti tidak mempunyai kekuatan rohani dan mudah dihanyutkan oleh arus pemodenan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Malah, mereka akan mudah putus asa apabila berhadapan dengan sesuatu konflik dan masalah kerana tiada kawalan agama yang memberi keyakinan tentang kekuasaan Allah s.w.t. Selain itu, penekanan terhadap penghayatan pelajar terhadap pendidikan akhlak dan moral perlu diambil kira dalam memastikan mereka benar-benar menghayati nilai-nilai agama seterusnya dapat mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk. 5.2 Menguasai pelbagai bidang ilmu Menurut al-Qardawi, dalam menangani persoalan globalisasi ini, sikap yang patut kita ambil ialah sikap bersederhana. Maksudnya ialah menjadi orang yang berusaha keras mengaut faedah segala yang positif daripada globalisasi dan keterbukaannya dan sekaligus berusaha sekuat mungkin untuk menjauhi hal-hal negatifnya, baik berupa material mahu pun spritual. Caranya ialah percaya kepada diri sendiri, bekerja sekuat tenaga untuk memajukan kemampuan dan memperbaiki potensi yang ada pada diri kita, agar hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ini bererti menurut al-Qardawi, kita hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan menguasainya sesuai dengan tuntutan zaman. Dengan itu kita dapat menguasai sumber pendapatan, sektor pertanian, sektor industri, pentadbiran dan pengurusan kita. Walau bagaimanapun, kita hendaklah terlebih dahulu memajukan keinsanan kita, kerana keinsanan itulah jalan dan matlamat untuk pembangunan dan kemajuan. Untuk tujuan tersebut, kita mestilah berusaha merealisasikannya sama ada secara bersendirian atau secara kolektif. Usaha ini hendaklah terus menerus dijalankan sehinggalah kita semua telah memainkan peranan masing-masing di dunia ini lalu kita tidak lagi menjadi beban kepada orang lain.
10

5.3 Menggunakan sepenuhnya kemudahan dan kemajuan teknologi maklumat terkini Menurut al-Qardawi lagi, dalam menghadapi era globalisasi ini, menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam perlulah memanfaatkan bahan-bahan cetak, photostat, komputer, radio dan televisyen, khususnya alat-alat penyiaran, saluran satelit dan sebagainya dalam menyampaikan dakwah Islam dan memberikan kesedaran tentang islam. Umat ini juga haruslah menggunakan alat-alat baru (internet) yang menguasai dunia hari ini yang dapat memecah tembok dan menyemberangi belantara dan lautan untuk menyerang segenap tempat dan mengubah fikirah manusia. Alat ini dapat memusnahkan dan juga berfungsi sebagai pembina. Ia sesuai untuk menyemai kebaikan atau kejahatan. Justeru, harapan al-Qardawi, marilah kita menggunakannya untuk tujuan kebenaran dan kebaikan bukannya untuk kebatilan dan kejahatan. Ia telah menjadi satu keperluan utama untuk memberikan perkhidmatan Islam melalui internet. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan bahawa tanggungjawab ini telah menjadi satu kefarduan dan keutamaan kepada kita. Kefarduan kerana ia diwajibkan oleh ajaran agama, dan keutamaan berdasarkan tuntutan semasa. Oleh sebab itu, kita perlu mewujudkan website Islam di internet yang istimewa dan dipercayai dalam kalangan semua umat Islam dan bukan Islam. Website ini mampu untuk berbahas dengan orang lain dan mampu pula menandingi mereka. Orang Islam hendaklah sentiasa mempunyai matlamat untuk melakukan yang terbaik sahaja. Kita dituntut untuk bekerja, berusaha keras dan mengadakan pembaharuan. Website yang dibangunkan ini tidak menggambarkan hala tuju negara tertentu atau puak tertentu. Malah ia mengungkapkan tentang Islam yang tulen dan lengkap dengan asas-asas dan ciri-cirinya. 5.4 Membangunkan ekonomi islam Menurut Hj. Abdul Ghani Samsudin, matlamat yang dapat dicapai dengan melaksanankan dasar pembangunan ekonomi Islam ialah pembangunan sumber daya manusia, peningkatan pengeluaran keperluan asas rakyat, pembangunan negara yang seimbang, peningkatan kualiti kehidupan, perkembangan teknologi dan penyelidikan,

11

pengurangan pergantungan terhadapan negara asing dan peningkatan keupayaan pertahanan negara. Oleh sebab itu, kita perlu faham bahawa untuk membangunkan sesebuah negara, sumber kewangan adalah suata perkara yang penting dan perlu diperkukuhkan agar sector-sektor lain dapat berkembang seterusnya meningkatkan lagi produktiviti penghasilan barang keluaran tempatan. Hasil pembangunan ini dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat selain memberi peluang pekerjaan kepada mereka. 5.5 Memantapkan hati budi masyarakat Hati budi ialah tempat letaknya Islam, iman dan ihsan yang membuahkan niat, motivasi, maksud dan tujuan yang sahih bagi segala perlakuan dan perbuatan yang baik yang dibuat semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Hati adalah anggota yang mampu untuk mengawal dan mendorong segala tingkah laku dan perlakuan manusia. Melalui akal dan ilmu, seseorang mampu untuk memperoleh pengetahuan, contohnya mengetahui bahawa menagih dadah, merokok, minum arak, melakukan hubungan seks rambang adalah perbuatan yang melanggar syariat agama, haram. Walaupun begitu, jika hati seseorang itu berkata mahu, maka perbuatan tersebut akan dilakukan juga. Menurut rujukan buku Perkasaan Tamadun Melayu Malaysia yang dikarang oleh Hashim Hj. Musa, terdapat tiga strategi yang utama yang telah dilaksanakan oleh Rasullullah s.a.w. dan para penganut agama Islam terawal itu yang telah dapat mengisi hati kalbu dan akal budi mereka dengan Islam, iman dan ihsan yang kental dan unggul dengan itu membolehkan mereka mengamalkan ajaran dan amalan Islam sepenuhnya. Stategi tersebut ialah 1. amalan berdakwah kepada orang lain tentang Islam selain mengamalkan dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan 2. usaha dengan sekuat-kuat kebolehan dalam berdakwah dan bersedia berkorban harta, masa, tenaga, akal fikiran, perasaan dan juga nyawa. 3. Amalan doa, tawakal, tabah, sabar dan pengharapan sepenuhnya kepada Allah s.w.t dalam melaksanakan usaha dakwah Islam.
12

Refleksi Menerusi kerja kursus ini, saya telah menyedari dan mempelajari banyak perkara. Antaranya berkaitan dengan kesan baik dan buruk globalisasi terhadap peradaban dunia dan kehidupan masyarakat secara khususnya. Seiring dengan penggunaan kemudahan teknologi dan maklumat pada hari ini, seperti internet, pelbagai perkongsian maklumat dapat dilakukan bersama-sama dengan orang lain tanpa mengira sempadan, budaya dan sebagainya. Melalui perkongsian bersama ini, maka penglobalisasian maklumat berlaku. Saya faham bahawa seseorang itu mampu melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Contohnya, jika seseorang itu mengkaji tentang seekor kucing dan tabiatnya, dia dapat melihat bahawa terdapat pelbagai jenis kucing dalam dunia dan speses mereka berbeza-beza mengikut tempat. Selain itu, penglobalisasian akan dapat membantu mewujudkan sektor-sektor baru dalam sesebuah negara. Namun begitu dari sudut pandangan lain, penyebaran budaya juga berlaku secara meluas. Terdapat juga pengaruh budaya-budaya yang kurang sihat seperti skin head, black metal, punk, gothic, lesbian, gay dan sebagainya. Dengan penglobalisasian ini, seseorang itu dapat memilih budaya yang mereka rasakan sesuai dengan diri mereka dan seterunya seiring dengan peredaran zaman. Kesannya, sebahagian manusia menggunakan hak kebebesan mereka dalam memilih dan mengamalkan budaya-budaya yang melanggari batasan ajaran agama dan norma masyarakat. Jadi, dapat saya katakan bahawa isu globalisasi ini semakin membimbangkan dalam konteks masyarakat kita. Dalam menangani impak negatif globalisasi ini, semua pihak perlulah mengambil berat akan tanggungjawab mereka dan berusaha untuk mengambil initiatif-initiatif yang berkesan. Sebagai seorang muslim, saya faham bahawa tanggungjawab dakwah terletak di atas bahu kita. Bagi golongan muslim, penerapan iman dan pegangan yang kuat perlu dibina agar dapat menepis cabaran yang mendatang. Oleh sebab itu, saya fikir cara pendekatannya haruslah bersesuaian. Dengan kemudahan yang ada seperti web interaksi sosial, blog, website dan pelbagai laman lain, saya fikir ia dapat dimanfaatkan dalam menyampaikan dakwah secara meluas. Hasil penulisan dan
13

pendekatannya perlulah berkesan dan dekat dengan pembaca. Walau bagaimanapun, usaha dakwah secara maujud adalah lebih baik dan berkesan. Pada pandangan saya, hubungan silaturrahim yang terjalin antara anggota sesebuah usrah dapat

mewujudkan perasaan kebersamaan dan kasih sayang sesama mereka. Seterusnya, mereka akan saling membantu dan menasihati dalam memastikan mereka tidak lalai dan hanyut dibuai arus dunia. Untuk mengatakan langkah-langkah yang patut diambil ini memang mudah dan bagi melaksanakannya adalah sangat sukar. Semangat dan kesedaran yang tinggi tentang isu globalisasi ini penting dalam membantu mereka untuk berada dalam laluan yang benar tanpa dipengaruhi oleh budaya-budaya kuning yang kian menular dalam masyarakat Malaysia itu sendiri. Selain dari itu, masyarakat perlulah bersikap terbuka untuk memaafkan dan memberikan peluang kepada mereka yang telah insaf dan berniat untuk berubah. Sokongan dari masyarakat dan institusi kekeluargaan khususnya dapat membantu mereka berasa diterima dalam masyarakat. Manakala bagi mereka yang telah tersesat dan terjebak dengan akitiviti gejala sosial yang menyimpang dari agama perlulah dinasihati seterusnya membawa mereka keluar dari jalan gelap itu.

14

Rujukan Buku Esa Khalid, Mohd Azhar Abd. Hamid. (2004). Beberapa aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor Darul Tazim . Hashim Hj. Musa. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Samri Sainuddin. (2003). TITAS Tamadun Melayu. Quantum Books: Tanjung Malim, Perak. Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005). Peradaban Melayu. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor Darul Tazim Internet Abdul Ghani Samsudin. (2010). Pembangunan Ekonomi Islam: Perspektif Malaysia. Dirujuk pada 8 Mac 2011 dari http://www.docstoc.com/docs/28821323/PEMBANGUNAN-EKONOMI-ISLAMPERSPEKTIF-MALAYSIA Asmawati Bte Suhid. (n.d). Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi Menangani Era Globalisasi. Dirujuk pada 8 Mac 2011 dari http://www.fppsm.utm.my/download/doc_view/79-pemantapan-komponenakhlak-dalam-pendidikan-islam-bagi-menangani-era-globalisasi.htmlHaji Buzzle.com. (2011). Positive Effects of Globalization. Dirujuk pada 1 Mac 2011 dari http://www.buzzle.com/articles/positive-effects-of-globalization.html Mohd.Farid Linggi. (2009). Kesan Globalisasi Kepada Tamadun Kehidupan. Dirujuk pada 8 Mac 2011 dari http://bicaramindafarid.blogspot.com/2009/11/kesanglobalisasi-kepada-tamadun.html Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2006). Gambaran Pengaruh Budaya Barat Gambaran Pengaruh Budaya Barat Dalam Kehidupan Belia-Remaja. Dirujuk pada 8 Mac 2011 dari http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budayabarat.html Naseer Elahi. (2007). Globalization: An Islam Perspective. Dirujuk pada 8 Mac 2011 dari http://www.slideshare.net/sukimas/globalization-on-islamic-perspective Yaacob Harljn. (n.d). Masyarakat Melayu dan Pengaruh Barat:Perubahan Dan Konflik Nilai (Tumpuan Dalam Bidang Kekeluargaan). Dirujuk pada 8 Mac 2011 dari http://members.multimania.co.uk/nabirz/soc11.htm
15

Jurnal Osman Bakar. (2008). Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban. Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, Jilid 1. Dirujuk dari http://www.scribd.com/doc/37823230/5-Pengaruh-Globalisasi-TerhadapPeradaban

16

Anda mungkin juga menyukai