Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Individu

Syukur ke hadirat Tuhan dengan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Program
Kesihatan Sekolah (PKES3072) yang diberikan oleh pensyarah. Kumpulan kami telah
melaksanakan satu program kesihatan di Sekolah Kebangsaan Indersabah. Dalam kesempatan
ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya iaitu Welfredo
Polie dan Jd Jezz Kelvin Christoper kerana telah berjaya menjayakan tugasan ini. Ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah kami yang mengajar subjek PKES3072 kerana
berkat bimbangan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat lah kami melaksanakan tugasan ini
dengan lebih mudah dan teratur. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada sekolah
Indersabah kerana memberi ruang dan peluang untuk kami menganjurkan program dan
bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah sepanjang program ini berlangsung kami tidak akan
pernah lupakan.

Setelah selesai melaksankan program di sekolah Indersabah, terdapat beberapa


langkah penambahbaikan yang pada pandangan saya perlu diperbaiki untuk memastikan
program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang adalah lebih baik dan bermakna.
Antara langkah penambahbaikan yang pertama adalah dari segi pengurusan masa. Semasa
melaksanakan program di sekolah Indersabah terdapat beberapa kekangan masa yang
menyebabkan program kami tidak berjalan seperti yang dirancang. Oleh sebab itu, sebelum
melaksanakan satu-satu program adalah lebih baik sekiranya pemilihan waktu dan masa
adalah sesuai. Hal ini kerana kami terpaksa mengambil masa guru-guru di sekolah Indersabah
supaya program kami dapat diakhiri dengan jayanya.

Langkah kedua, dari segi persediaan awal sebelum melaksanakan program. Persediaan
awal yang saya maksudkan adalah dari segi pembinaan kertas kerja dan surat pemakluman
kepada pihak sekolah. Disebabkan keterlewatan menyiapkan kertas kerja dan pemakluman
kepada pihak sekolah yang lambat juga menyebabkan program kami tidak dapat berjalan
seperti yang dirancang. Namun begitu, kami tetap berjaya menlaksanakan program ini dengan
bantuan guru-guru di sekolah Indersabah. Dengan bantuan yang diberikan, dapatlah kami
mengambil beberapa ruang dan waktu untuk kami melaksanakan program kami di Sekolah
tersebut.
Seterusnya, penambahbaikan yang ketiga adalah dari segi pengurusan murid. Dari segi
pengawalan kelas misalnya saya masih kurang mahir mengendalikan murid dengan baik. Ini
secara tidak langsung memberikan sedikit kesukaran untuk saya mengendalikan program yang
dianjurkan. Namun demikian, apa yang saya belajar daripada penganjuran program ini, saya
dapat mempelajar cara mengawal kelas dengan lebih baik. Walaupun pada awalnya ianya agak
sukar, namun saya berjaya meningkatkan kemahiran mengawal bilik darjah saya.

Selain cadangan langkah penambahbaikan, saya juga ingin berkongsi beberapa


pengetahuan baru yang telah berjaya saya pelajari sepanjang berada di sekolah Indersabah
ini. Terutamanya semasa menganjurkan program kesihatan di sekolah. Sememangnya
pengalaman yang sebenar adalah yang lebih bermakna jika dibandingkan apabila kita hanya
mendengar daripada pengalaman orang lain. Pengalaman menganjurkan program di sekolah
telah memberikan peluang kepada saya secara peribadi belajar beberapa aspek pengurusan
dalam penganjuran satu-satu program. Pengetahuan yang saya peroleh adalah dari segi
pengalaman berharga kerana telah berjaya menganjurkan program kesihatan di sekolah.
Pengalaman ini sangat bermakna kepada saya kerana ianya boleh saya gunakan apabila di
tempatkan di sekolah pada suatu masa kelak.

Selain itu, saya juga dapat meningkatkan lagi keyakinan diri saya semasa penganjuran
program ini. Terutamanya semasa berurusan dengan pihak sekolah, semasa memberi
penerangan dengan murid, semasa menjawab soalan murid dan sebagainya. Pengalaman
seperti ini sedikit sebanyak membantu dalam membentuk peribadi saya sebagai seorang bakal
pendidik. Komunikasi yang berkesan juga dapat dipelajari melalui penganjuran program seperti
ini. Semasa bertugas sebagai pengurus dalam program tersebut, saya secara tidak langsung
belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain dengan lebih berkesan. Komunikasi
yang berkesan dapat dipupuk apabila kita banyak berurusan dengan orang yang lebih
berpengalaman seperti guru-guru di sekolah Indersabah.

Akhir sekali, apa yang saya pelajari adalah saya belajar bagaimana untuk berkerja
dalam satu kumpulan. Sesuatu program tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kerjasama
dan komitmen semua ahli dalam kumpulan. Berdasarkan hasil kejayaan kami menganjurkan
program ini, saya dapat simpulkan bahawa kerjasama kami sangat baik dan semua ahli
memberikan komitmen tinggi sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.
Ringkasnya, untuk mencapai matlamat dan kejayaan dalam program ini kuncinya adalah
kerjasaman dalam satu pasukan. Hal ini kerana segala kerja akan menjadi lebih mudah
sekiranya semua ahli dapat berkerjasama.

Anda mungkin juga menyukai