Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang berbahagia:

Yang berusaha:..

Barisan pensyarah .

Seterusnya barisan faslitator. para peserta kem transformasi minda siri dua tahun 2016, yang
dikasih sekalian.

salam sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia..

Segala puji dan syukur kepada Tuhan yang esa, dengan izinNya kita dapat bersama-sama
pada pagi ini dalam majlis penutupan kem transformasi minda siri dua tahun 2016.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak pensyarah dan
fasilitator yang terlibat kerana telah menjayakan kem ini dengan baik dan lancar sekali.

Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kem
transfomasi Minda siri dua tahun 2016, kerana telah berjaya menghabiskan kem ini yang
berlangsung hampir tiga hari dua malam, yang bermula pada hari jumaat lalu.

Saya yakin dan percaya semua peserta yang terlibat dalam kem ini telah mendapat sesuatu
pengalaman yang berguna, khususnya pengalaman baru yang mungkin tidak diperolehi
dimana-mana tempat. Contohnya, saya secara peribadi telah mendapat pengalaman baru
menerusi aktiviti abseling. Sesungguhnya, aktiviti ini menguji tahap keyakinan diri dan
keberanian kita untuk melakukan aktiviti ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya selaku ketua bagi siri dua dalam kem transformasi minda pada kali ini, berharap agar
setiap kita yang terlibat, khasnya guru pelatih sekalian, bukan sahaja mengalami pengalaman
baru menerusi kem ini, tetapi biarlah pengalaman yang diperolehi itu dijadikan sebagai salah
satu nilai tambah dalam diri kita masing-masing sebagai seorang bakal guru. Saya juga percaya
bahawa apa yang kita pelajari sepanjang kem ini akan sedikit sebanyak menjadi titik tolak
kepada permulaan menjadi seorang pemimpin yang bukan saja berani untuk memimpin orang
lain, tetapi berani untuk mengubah minda ke arah pemikiran seorang pemimpin, ini selaras
dengan tujuan dan objektif kem transformasi minda ini.

Justeru itu, gunakan segala apa yang kita dapat melalui kem ini untuk menghadapi cabaran
guru pada masa akan datang. Kata orang kita tidaklah menjadi seorang yang dianggap tin
kosong oleh masyarakat.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mengubah minda kita ke arah yang lebih baik, dengan
mengaplikasikan nilai tambah yang kita dapat. Bak kata peribahasa buang yang keruh ambil
yang jernih. Biarlah kem ini memberikan impak yang positif dan berkekalan dalam diri kita. Oleh
itu, saya berharap agar kem ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang mungkin bukan
dalam bentuk ini tetapi, dalam rupa yang baru dan lebih mencabar lagi daripada sebelumnya.

Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dengan,

ucapan sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai