Anda di halaman 1dari 12

1

CABARAN-CABARAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI DAN PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA. Oleh: Norsaadah Binti Sapon

1.0

PENDAHULUAN Modal insan adalah suatu elemen penting yang menyumbang kepada

pembangunan dan kesejahteraan negara. Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Malaysia adalah sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kejayaan masa hadapan negara sangat bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga memiliki keperibadian mulia yang disanjung tinggi. Modal insan yang berkualiti adalah elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Maka dengan sebab itulah pembangunan modal insan ini akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pembangunan modal insan pula akan dilakukan secara holistik dan bersepadu merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk modal keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika yang positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepangjang hayat. Justeru, modal insan menjadi peneraju utama bagi membentuk sebuah negara yang maju serta dapat menyeimbangi pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Langkah yang lebih agresif dan berkesan dalam pelaburan di sektor pendidikan modal insan dan pelaburan bagi modal fizikal dijangka dapat meningkatkan daya serap teknologi agar terus mengukuhkan daya saing negara dalam pasaran antarabangsa.

Modal merujuk kepada sesuatu bahan keperluan untuk mencapai sesuatu. Sekiranya dikaitkan dengan perniagaan, modal diperlukan bagi menjana keuntungan dalam membangunkan syarikat. Tetapi modal bagi membangunkan insan bukannya berbentuk kewangan atau material tetapi sebaliknya kemampuan, kualiti diri, ilmu dan kemahiran yang wujud dalam diri individu. Kerajaan komited dalam pembangunan modal insan negara. Ini terbukti dalam RMK-9 bagi tempoh 2006-2010 dimana 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan RM33.4 bilion diperuntukan bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Apa yang cuba dibincangkan dalam topik ini adalah pelbagai isu dan cabaran dalam pembangunan modal insan yang perlu ditangani dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara. Liputan isu dan cabaran yang dipilih melibatkan sektor awam, swasta, masyarakat dan individu pada peringkat lokal dan global.

2.0

CABARAN-CABARAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG

BERKUALITI Menurut Prof Madya Dr Hailani Muji Tahir, seorang pakar muamalat di Jabatan Muamalat, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, pembangunan modal insan berteraskan kefahaman barat tidak mementingkan aspek kepercayaan kepada tuhan sebagai teras utama. Tetapi apa yang diterapkan dalam modal insan Islam pula adalah berteraskan kepada pegangan aqidah yang utuh. Dalam RMK-9, tiga aspek penting pembangunan modal insan yang unik telah ditekankan berbanding dengan rancangan sebelumnya, iaitu: skop modal insan yang holistik penekanan kepada aspek pembangunan intelektual dan institusi ilmu pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi. Holistik dalam konteks pembangunan modal insan dalam RMK-9 tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja, malah turut merangkumi

aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia secara lebih struktural. Ciri-ciri tersebut juga terangkum dalam gagasan minda kelas pertama dari penguasaan dan nilai ilmu martabat tinggi, sikap proaktif, berintegriti, berakhlak luhur, tidak mementingkan diri sendiri dan memberi sumbangan yang bermakna, tidak hanya indah dari segi pelan induk dan perancangan sahaja. Ketika ini Malaysia telah pun mencapai satu tahap yang membanggakan berbanding banyak negara lain, dan paling menonjol di kalangan negara membangun. Kerajaan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berusaha untuk mempunyai bilangan ahli profesional yang ramai terutamanya dalam bidang kejuruteraan. Maka, pihak Kementerian yang berkaitan telah berusaha menggubal satu kurikulum yang bersesuaian ke arah mencapai matlamat tersebut. Permintaan yang semakin meningkat terhadap keperluan sumber tenaga manusia dengan sendirinya merupakan satu cabaran yang besar terhadap sistem pendidikan di Malaysia masa kini. Malaysia bergantung kepada keupayaan generasi muda yang berkebolehan untuk mempertahankan kadar produktiviti, manakala industri pula bergantung kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan berkualiti (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Dari segi statistik, bilangan enrolmen dalam pelbagai bidang dari peringkat sijil hingga PhD meningkat menerusi IPT awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Ini ketara dari segi jumlah enrolmen yang meningkat dari 574,421 pada tahun 2000 kepada 731,698 pada 2005, dan dijangka mencapai 1,326,340 menjelang 2010. Dari segi peratusan, penambahan enrolmen ini dijangka meningkat dari 4.5% bagi IPTA dan 5.5% bagi IPTS dalam RMK8 kepada 16.9% bagi IPTA dan 6.7% bagi IPTS dalam tempoh RMK-9 (Zaini Ujang,2008). Dengan adanya dasar proaktif, dinamisme dan keterbukaan dari segi pembangunan IPT baru dan penaiktarafan status universiti kolej kepada universiti pada 2006, maka kemampuan kita

menyediakan peluang peringkat pengajian tinggi nampaknya semakin bertambah dan meluas. Selain pencapaian tinggi dari segi kuantiti, RMK-9 juga menggariskan strategi untuk memastikan aspek kualiti dalam peningkatan dari segi komitmen ilmu, kemahiran insaniah, kemahiran kerjaya, gaya hidup dan minda kelas pertama. Kualiti tidak seharus dibataskan kepada aspek luaran dan terikat kepada petunjuk kuantitatif sebagaimana yang digunakan agensi penarafan atau Times Higher Education Suppliment (THES) yang meletakkan IPT Malaysia di tangga ratusan. Kualiti perlu dilihat secara lebih holisitik dan seringkali tidak dapat diukur dengan neraca angka. Yang nyata, tahap perkembangan intelektual di Malaysia bertambah subur dan disegarkan dengan idea, gagasan dan wawasan yang mantap. Selain itu, negara juga mempunyai pakar dan ahli ilmu dalam hampir setiap disiplin ilmu. Dan sejak kebelakangan ini ramai tokoh ilmuwan di Malaysia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi perlantikan, khidmat kepakaran, penerbitan, anugerah dan sebagainya.

3.0

MINDA KELAS PERTAMA Memupuk minda kelas pertama adalah salah satu daripada 5 teras Misi

Nasional untuk mencapai matlamat RMK 9. Minda kelas pertama adalah berteraskan kepada; i. Ketangkasan kerja; ii. Ketepatan; dan iii. Keberhasilan Berasaskan kepada beberapa sesi percambahan fikiran, beberapa ciri minda kelas pertama dapat disenaraikan.

Ketangkasan Kerja Mereka yang mempunyai minda kelas pertama apabila melaksanakan tanggungjawab dengan ketangkasan akan melakukannya dengan cepat, pantas, cekap, cekal, cergas dan sigap. Ciri-ciri pekerja yang tangkas adalah seperti berikut: i. Memahami apa yang hendak dilaksanakan; ii. Memahami matlamat kerja yang hendak dicapai; iii. Memahami prosedur dan peraturan kerja serta akta yang terlibat; iv. Memahami akibat atau kesan apabila tidak melaksanakan dengan tepat; v. Memahami kehendak pelanggan dan stakeholder; vi. Memahami sumber-sumber yang ada dan perlu digunakan; vii. Memahami tempoh waktu untuk menyempurnakan tugas; viii. Mengambilkira pandangan orang lain dalam membuat keputusan; ix. Membuat perancangan kerja dengan teliti; x. Mencari seberapa banyak alternatif sebelum membuat keputusan; xi. Memilih keputusan yang tepat dan terbaik; xii. Membuat keputusan yang telus; xiii. Berfikir berpandukan kepada akal dan bukan emosi; xiv. Melaksana apa yang telah diputuskan dengan betul dan tepat dalam jangka waktu yang ditetapkan; xv. Membuat penilaian keberkesanan pelaksanaan; dan xvi. Mempunyai kesihatan yang baik dan bertenaga.

4.0

CADANGAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Kolej Kediaman Peranan kolej kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi khidmat sokongan, kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses pembelajaran berkesan. Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian pelajar di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Hal ini sama juga di universitiuniversiti lain seperti mana yang dinyatakan oleh Jamaludin [6], antara matlamat mengadakan kolej kediaman adalah seperti berikut: 1. Menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah bagi memangkin kejayaan akademik 2. Memberi hak pelajar untuk privacy, keselamatan diri dan harta peribadi semasa berada di universiti 3. Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yang baik 4. Melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab, berbudaya ilmu, pintar bermasyarakat, berkepimpinan tinggi, mampu bersaing di peringkat antarabangsa, berakhlak mulia dan berbudaya bangsa. Dalam konteks memperkasakan modal insan, kolej kediaman memainkan peranan yang bermakna dalam menyokong fungsi pusat pengajian atau fakulti yang memberi input kemahiran dalam bentuk akademik. Sebahagian masa

pelajar banyak digunakan di kolej kediaman selain daripada di fakulti. Justeru itu, banyak aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar dapat diatur dan dilaksanakan kepada pelajar untuk memberi input kemahiran ringan (soft skill), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan dan lain-lain kemahiran yang berkaitan.

Cabaran Pelajar Dalam Memperkasa Modal Insan di Kolej Kediaman Aktiviti yang dilaksanakan di kolej-kolej adalah dirancang secara bersama antara Pengurusan Kolej, Pegawai Pembangunan Pelajar dan juga Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta mengambil kira keperluan dan permintaan daripada penghuni kolej. Di dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan untuk memperkasakan modal insan di kolej kediaman pelbagai cabaran yang perlu ditangani dan diatasi. Cabaran-cabaran yang dibincangkan ini merupakan perkara-perkara yang sering berlaku di kolej-kolej kediaman bagi sesebuah IPT dalam mengatur gerak kerja memperkasakan modal insan. Kepimpinan pelajar merupakan pengerak utama di dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti di kolej kediaman. Kepimpinan pelajar yang dimaksudkan di sini merupakan wakil pelajar yang dilantik oleh pengurusan kolej untuk menganggotai Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Jawatankuasa ini yang bertanggungjawab mewakili seluruh penghuni kolej sama ada di dalam hal yang berkaitan dengan kemudahan, kebajikan dan juga aktiviti pelajar. Jawatankuasa ini dilantik bagi tempoh dua semester pengajian. Pada setiap awal semester pengajian, Jawatankuasa Perwakilan Kolej akan merangka dan merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan pada semester tersebut. Perancangan aktiviti oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej dilakukan dengan bantuan dan khidmat nasihat Pegawai Pembangunan Pelajar. Selepas itu, perancangan yang disediakan melalui kertas kerja perlu dikemuka kepada Pengurusan Kolej untuk kelulusan bagi mendapat peruntukan kewangan.

Kejayaan sesuatu aktiviti di kolej bergantung kepada perancangan dan strategi yang diatur oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Ini disebabkan tenaga pengerak utama pelaksanaan aktiviti adalah Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Justeru itu, daya kepimpinan, pengalaman dan komitmen Jawatankuasa Kolej Kediaman merupakan faktor penentu di dalam kejayaan pelaksaan aktiviti di kolej kediaman. Adalah menjadi cabaran bagi Pengurusan Kolej untuk mengenalpasti dan melantik penghuni kolej yang berkelayakan dan berkebolehan untuk menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Kolej. Proses pemilihan dilaksanakan melalui pencalonan diri dan sesi temuduga. Sering kali Pengurusan Kolej menerima pencalonan daripada pemohon yang kurang kelayakan atau kebolehan dan ini menyukarkan untuk melantik mereka yang benar-benar layak. Faktor imbuhan seperti diberi kemudahan penginapan kolej merupakan faktor motivasi utama pelajar memohon untuk menggangotai Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Oleh yang demikian, hanya segelintir sahaja pelajar yang benar-benar ingin memberi khidmat dan menjadi pemimpin pelajar demi untuk menjaga kepentingan umum (penghuni kolej).

Pegawai Pembangunan Pelajar (Felo) Pegawai Pembangunan Pelajar atau juga dikenali sebagai Resident Staf adalah pegawai yang terdiri daripada kakitangan universiti yang tinggal di kolej kediaman. Pegawai Pembangunan Pelajar yang dilantik terdiri sama ada dikalangan pensyarah atau pentadbir (Kumpulan A atau B). Pegawai Pembangunan Pelajar merupakan satu jawatan yang penting di kolej kediaman khususnya di IPT. Pegawai Pembangunan Pelajar merupakan individu atau pegawai yang terdekat untuk dihubungi oleh pelajar untuk berkongsi atau mengadu masalah di kolej kediaman. Pegawai Pembangunan Pelajar memainkan pelbagai peranan dan tanggungjawab bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar yang berada di kolej kediaman. Antara peranan dan tanggunggjawab Pegawai Pembangunan Pelajar adalah seperti menjadi penjaga (ayah/ibu angkat), mentor, penasihat, warden atau penguatkuasa dan sebagainya (Fairus Muhamad Darus, 2005). Tugas sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar

sekarang ini sememangnya semakin mencabar dan lebih kompleks. Pegawai Pembangunan Pelajar berhadapan dengan pelbagai ragam, karenah dan masalah disiplin serta pelbagai isu pelajar yang kompleks. Pelantikan Pegawai Pembangunan Pelajar adalah berdasarkan pemohonan calon yang kemudiannya akan ditemuduga bagi memastikan Pegawai yang dilantik benar-benar dapat hidup bermasyarakat dengan pelajar dan mempunyai minat dan komitmen untuk membimbing serta membangunkan pelajar. Dalam konteks memperkasakan modal insan, Pegawai Pembangunan Pelajar bertanggungjawab dan bertindak sebagai penasihat dan pembimbing di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan pelajar di kolej-kolej kediaman. Setiap aktiviti yang dirancang dan ingin dilaksana di kolej kediaman harus mempunyai penasihat aktiviti sebelum dikemukakan ke jawatankuasa untuk kelulusan. Pegawai Pembangunan Pelajar yang bertindak sebagai penasihat aktiviti akan memberi bimbingan, khidmat nasihat dan memantau melaksanaan aktiviti. Di samping itu, Pegawai Pembangunan Pelajar juga bertanggungjawab memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar di kolej kediaman serta membantu pengurusan kolej untuk memastikan persekitaran kolej sentiasa dalam suasana konduksif untuk menyokong proses pembelajaran. Bagi memastikan Pegawai Pembangunan Pelajar dapat memainkan peranan yang bermakna untuk memperkasakan modal insan di kolej kediaman satu bentuk latihan yang khusus perlu diadakan kepada semua pegawai yang terbabit. Setakat ini Pegawai Pembangunan Pelajar yang baru dilantik tidak melalui satu proses latihan atau induksi yang piawai melainkan atas inisiatif pihak pengurusan kolej. Ketiadaan bentuk latihan yang awal menyebabkan mereka yang dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar perlu mengambil masa untuk memahami dan melaksanakan tugas mereka di kolej kediaman. Di samping itu juga, ketiadaan satu bentuk program latihan yang berkala dan tersusun kepada Pegawai Pembangunan Pelajar menyebabkan sesuatu tugas itu dilaksanakan secara berbeza-beza di kolej-kolej kediaman. Ini merupakan satu cabaran yang harus diselesaikan segera demi memastikan semua Pegawai

10

Pembangunan Pelajar menerima maklumat dan kemahiran yang diperlukan untuk memperkasakan diri mereka dan juga pelajar dibawa jagaan mereka.

Pengurusan Kolej Pengurusan kolej kediaman oleh Pengetua yang terdiri daripada pensyarah (kakitangan akademik) dan dibantu oleh kakitangan pentadbir dan sokongan iaitu Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, Penyelia, Kerani dan Pembantu Am Rendah. Peranan pihak pengurusan kolej adalah memastikan segala kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar sentiasa berfungsi serta diselenggarakan dengan baik. Pengurusan kolej kediaman juga berperanan untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung di dalam pelaksanaan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar. Hal ini penting kerana pengurusan kolej bertanggungjawab bagi memastikan segala kemudahan dan peralatan serta perkhidmatan yang diperlukan di dalam pelaksanaan sesuatu program pembangunan dan kepimpinan pelajar dapat disediakan. Aktiviti-aktiviti yang memerlukan kemudahan dan peralatan tidak akan dapat dilaksanakan tanpa adanya perkara-perkara tersebut. Sebagai contohnya, Pelajar tidak mungkin dapat bermain sukan bola tampar jika tidak ada gelanggang, jaring dan bola tampar. Justeru itu, pengurusan kolej harus peka dan proaktif di dalam memahami keperluan dan kehendak pelajar yang selari dengan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar yang bertujuan untuk memperkasakan modal insan.

Kemudahan Bagi kolej-kolej kediaman yang terletak di luar kampus menghadapi cabaran dengan kemudahan yang terhad dan terbatas untuk melaksanakan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar yang memerlukan ruang dan peralatan.

11

Meskipun terdapat kemudahan yang dikongsi untuk kegunaan bersama seperti kemudahan sukan di Kompleks Sukan, namun jarak lokasi antara kolej kediaman dan kemudahan tersebut menjadi kekangan. Apatah lagi kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kenderaan dan bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan awam atau bas. Hal-hal seperti ini tidak sepatutnya dipandang remeh oleh pihak pengurusan kolej. Ini kerana sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, pelajar akan ketinggalan dalam menggalakkan mereka untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan kolej ataupun aktiviti-aktiviti yang melibatkan sesame pelajar sahaja.

5.0

KESIMPULAN Kecemerlangan aspek pengurusan sumber manusia yang berkesan adalah

penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Ini kerana aspek tersebut adalah landasan utama kepada perubahan nilai dan budaya kerja bagi meningkatkan kesempurnaan seseorang individu. Proses melahirkan modal insan kelas pertama harus didasari oleh perancangan yang strategik dan berkesan. Selain itu juga, program latihan pembangunan sumber manusia harus dijelaskan ke arah membangunkan potensi diri lantas menjadikan seseorang individu itu lebih berkebolehan dan seterusnya dapat meningkatkan kecekapan dalam melicinkan tugas demi meneruskan khidmat kepada masyarakat dan negara. Bagi menjamin nilai modal insan yang berterusan, ia memerlukan penglibatan anggotanya yang sentiasa mempunyai daya fikiran dan tindakan yang berterusan atau pelaksanaan yang tinggi, tangkas melaksanakan tugas, cepat bertindak balas, cekap dan berkesan. Selain sumber manusia yang kompeten dan kritis, modal organisasi, modal maklumat juga perlu dipertingkatkan seiring dengan usaha peningkatan modal intelektual. Memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada, disamping menambah nilainya dari masa ke semasa; ditambah pula dengan sikap yang sentiasa positif dalam melaksanakan amanah, inilah strategi yang terbaik dalam membina minda kelas pertama. Sifat keintegritian seseorang individu akan lebih memudahkan seseorang itu melaksanakan tugasnya dengan tangkas, tepat, dan menjamin keberhasilan yang berkualiti.

12

Rujukan Fairus Muhamad Darus, Norzalaihan Ahmad dan Syed Yusainee Syed Yahya. 2005. Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar di Universiti Teknologi MARA: Visi dan Realiti. Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Nasional (SPARK). Hotel Century Mahkota, Melaka. 27 30 November 2005. Fairus Muhamad Darus (2006). Peranan, Tanggungjawab dan Cabaran Pegawai Pembangunan Pelajar Di Kolej Kediaman Universiti Teknologi MARA. Seminar Pembangunan Pelajar dan Urus Tadbir Kolej Kediaman Zon Timur, Universiti Teknologi MARA. UiTM Terengganu, Kampus Dungun. 23 25 Jun 2006. Jamaludin Mohaiadin (2005). Kampus Universiti sebagai Institusi Living-Environment. Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Nasional (SPARK). Hotel Century Mahkota, Melaka. 27 30 November 2005. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Malaysia. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 (2007). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya: Malaysia. Raja Roslan et. al (1998). Peranan Komunikasi Kepemimpinan Diri Dan Organisasi Dalam Perspektif Islam. Rancangan Malaysia Ke-9 Pembangunan Pelajar (Bahagian Hal Ehwal Pelajar): 20062010. (2005). Universiti Teknologi MARA. UiTM Shah Alam. Yahya Buntat et. al (2008). Cabaran Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Membangunkan Modal Insan Sejajar Dengan Keperluan Sektor Industri. Zaini Ujang (2008). Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai