Anda di halaman 1dari 9

Pengaruh Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Graduan

Pengkhususan Pengajian Islam Lepasan Jordan

Abd Aziz Mahayudin PhD 1


abdaz1962@gmail.com
Siti Norafiza binti Arjemi 2
siti_norafiza@yahoo.com
Nur Adila Syahirah binti Mohd Zamri 2
dilasyahirah95@gmail.com
Mawaddah binti Mohd Roslan 2
wardah198@gmail.com

Institut Pendidikan Guru, K. Pend Islam


1

2
Graduan Fakulti Pengajian Islam,Universiti Yarmouk, Jordan

Abstrak

Pengaruh budaya dalam kalangan warga pelajar diluar negara berlaku dari aspek
pembelajaran dan kemahiran yang dipernah dan telah dialaminya. Proses pembelajaran dan
pengalaman berlaku dalam pelbagai situasi dalam diri seseorang melalui pengamalan yang
dilakukannya. Pengalaman seseorang dalam situasi baru samada dalam alam pembelajaran
atau pekerjaan boleh berlaku secara tidak langsung. Pengetahuan tentang proses ini
merupakan isu yang sering di kaji untuk mengenalpasti perkembangan pelajar yang
mengalami perubahan kendiri yang berbeza mengikut situasi pembelajaran. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti persepsi graduan bidang pengajian Islam tentang pengaruh
pembelajaran yang dialamai semasa belajar keatas kendirinya. Metod kajian tinjauan
menggunakan soal selidik berskala likert telah diedarkan kepada sekumpulan graduan yang
baru tamat kursus Ijazah Universiti Yarmouk, Jordan di bawah tajaan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Hasil dapatan menunjukkan tahap pengaruh pendidikan di universiti
berada pada tahap min diantara 3.27 hingga 4.16. Manakala elemen dalam kemahiran
insaniah semasa anda belajar di universiti berada pada tahap min diantara 2.94 hingga
4.38.

Kata kunci : Pengajian Islam, Kemahiran, Graduan, Insaniah dan Pembelajaran


Pengenalan

Malaysia sedang menuju ke arah fasa dalam melahirkan individu yang berdaya saing dan
mampu memperkembangkan potensi individu di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat
antarabangsa. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah membuat satu Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bertujuan untuk memahami prestasi
prestasi dan cabaran semasa, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas, menggariskan
program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembangunan modal insan juga merupakan
penyumbang utama dalam merealisasikan matlamat utama KPM dalam melahirkan individu
yang seimbang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dan intelek, rohani dan jasmani. Kemahiran insaniah
merupakan set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan pembentukan insan supaya
seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan
teguh dan kepercayaan kepada Tuhan (Annamalai, Othman, & Abdullah, 2012).

Kemahiran insaniah merupakan satu nilai tambah dalam diri pelajar di samping
pencapaian pelajar dalam akademik yang cemerlang. Justeru, mahasiswa perlu meningkatkan
kemahiran ini terutama dalam menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan, khusunya bidang
pendidikan sebagai seorang pendidik. Di universiti, terdapat banyak cara dalam
mempertingkatkan kemahiran insaniah pelajar. Menurut Norazila Mat et al (2017), universiti
sepatutnya menjadi wadah yang paling sesuai untuk membentuk kemahiran insaniah pelajar.
Perkara ini kerana kemahiran insaniah menjadi elemen yang penting dalam melahirkan bakal-
bakal guru yang kompeten. Keputusan akademik yang cemerlang tidak memadai untuk
menjadi guru yang kompeten, bakal-bakal guru sepatutnya menguasai dengan baik kesemua
elemen dalam kemahiran insaniah ini (Rosli, 2009). Kemahiran insaniah merupakan
kemahiran tertentu yang yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk digunakan semasa dalam
melakukan pekerjaan yang melibatkan kemahiran-kemahiran khusus (Abu, et al., 2009).

Imel (1999) menjelaskan bahawa kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh pelajar
dan bakal pekerja ialah mengetahui cara untuk belajar, kemahiran membaca, menulis dan
computer, kemahiran komunikasi lisan dan mendengar dengan berkesan, berkebolehan dalam
pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, pengurusan personal dengan penuh keyakinan
dan berdaya usaha, kemahiran interpersonal, kepimpinan berkesan, bekerja dalam kumpulan
dan mempunyai pengetahuan asas teknologi. Menurut Yunos (2007), kemahiran insaniah ini
penting untuk membentuk modal insan kelas pertama.

Justeru, institusi-institusi pendidikan di Malaysia mahupun di luar negara sepatutnya


menekankan tentang kemahiran insaniah dalam diri pelajar mereka. Perkara ini bertujuan
supaya mereka dapat menghadapi cabaran ketika berada di alam pekerjaan di samping
mempunyai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui
penghantaran pelajar seramai 18 orang tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia ke Jordan
dalam bidang Pengajian Islam ambilan September 2014, antara matlamat KPM menghantar
mereka adalah bertujuan supaya mereka dapat mendidik generasi seterusnya dengan ilmu
yang telah mereka pelajari di sana kelak serta menguasai kemahiran insaniah.
Masalah kajian

Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan mereka
tidak memiliki kemahiran insaniah yang merupakan aspek penting permintaan majikan.
Menurut kajian, seramai 60000 orang graduan dilaporkan masih menganggur pada tahun
2009 disebabkan kurang kemahiran insaniah dalam diri. Kelemahan insaniah atau soft skills
merupakan pelengkap kepada hard skills. Justeru, masalah kemahiran insaniah dalam
kalangan siswazah ini perlu dikaji untuk melahirkan lebih ramai siswazah yang seimbang
dalam kedua-dua aspek kemahiran tersebut. Kajian ini dibuat agar dapat menganalisis sejauh
mana pengajaran dalam pendidikan di Jordan mampu menambah kemahiran insaniah dalam
diri siswazah Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana. Kajian ini akan menjadi rujukan
buat Kementerian Pendidikan Malaysia atau pihak pendidik serta pelajar Malaysia yang akan
melanjutkan pelajaran di Jordan.

Kemahiran insaniah ini amat penting bagi memastikan bahawa graduan lulusan Timur
Tengah ini sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan selepas bergraduasi terutama
dalam bidang pendidikan pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengetahui tahap penguasaan kemahiran insaniah yang diperolehi oleh para pelajar jurusan
Pengajian Islam tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang belajar di Universiti
Yarmouk, Jordan. Masalah kemahiran insaniah ini juga berlaku dalam kalangan para pelajar
yang menuntut di Insititut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di Malaysia yang mempunyai
prasarana yang kondusif dan mencukupi. Oleh hal yang demikian, tidak mustahil masalah
kemahiran insaniah ini juga berlaku dalam kalangan para pelajar yang belajar di luar negara
seperti di Jordan yang mempunyai kemudahan di universiti yang kurang memuaskan
dibandingkan IPTA di Malaysia.

Universiti Yarmouk adalah sebuah universiti di Jordan yang terletak di bahagian utara
Jordan, iaitu sebuah kawasan yang mempunyai kadar populasi yang tinggi dan kedudukannya
terletak di pertengahan jalan antara Syria, Turki dan Eropah yang meluas hingga ke selatan
Aqabah. Universiti Yarmouk ini ditubuhkan pada 24 Jun 1975. Ia menawarkan pelbagai
kursus pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Muda dan Kedoktoran. Ia juga
mempunyai hubungan kerjasama dengan luar negara seperti Malaysia.

Justeru, tidak mustahil untuk para graduan daripada jurusan Pengajian Islam yang
belajar di Universiti Yarmouk, Jordan untuk mempunyai tahap penguasaan kemahiran
insaniah yang kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti
persepsi graduan bidang pengajian Islam tentang pengaruh pembelajaran yang dialami
semasa belajar keatas kendirinya dari segi pengaruh pendidikan dan tahap penguasaan
kemahiran insaniah terhadap diri mereka.
Sorotan Literatur

Bidang Pengajian Islam adalah satu bidang penting untuk pembangunan sesebuah negara.
Bidang ini berfungsi menyeimbangkan proses pembangunan bagi menghasilkan kestabilan
dan kelestarian sesebuah negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, Pengajian Islam menjadi
lebih penting lagi kerana agama Islam itu sendiri, sebagaimana terungkap dalam
Perlembagaan Persekutuan, merupakan agama bagi Persekutuan. Malahan, Yang Amat Mulia
Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan
bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Oleh itu, pelbagai sektor kehidupan dalam
Negara Malaysia hanya boleh digerakkan dengan baik apabila mendapat input dan nasihat
pakar daripada bidang Pengajian Islam (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010). Selain bidang
pengajian yang dipelajari, kemahiran insaniah juga merupakan antara elemen penting dalam
membangunkan keperibadian seseorang pelajar.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Badawi (2006) ada


menyatakan bahawa sesungguhnya, kejayaan agenda pembangunan modal insan amat
bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Selaras dengan itu, salah satu agenda
penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.Sistem
yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan modal insan berpengetahuan
dan berkemahiran dimana ia hanya mampu bersaing di pasaran kerja global semata-mata
malahan sistem tersebut juga perlu membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,
progresif, bermoral dan beretika tinggi. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara
majmuk, sistem pendidikan tersebut juga perlu mampu membangunkan masyarakat bersatu
padu dan bertoleransi (Omar, 2012) .

Menurut Mat Assain & Mat Safar (2011), kemahiran insaniah ialah kemahiran yang
sering kita gunakan dalam kehidupan seharian namun kebanyakan orang tidak menyedari
yang kita telah mengamalkan dan menerapkan kemahiran tersebut dalam kehidupan kita.
Manakala Mansor (2008) menyatakan bahawa kemahiran insaniah merupakan aspek yang
sangat dititikberatkan oleh majikan dalam bidang industri dan program-program latihan.
Kemahiran insaniah turut dikenali dengan istilah-istilah lain yang berbeza antaranya adalah
soft skills, behavioural skills, enterprise skills, key compentencies, core skills, employability
skills dan people skills (Mat, Noordin, Abdullah, Muslim, & Alias, 2017).

Terdapat lima elemen utama kemahiran insaniah yang sering digunakan oleh para
penyelidik dalam kajian mereka iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan,
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, etika dan moral profesional dan juga kemahiran
kepimpinan (Musa & Esa ,2011) . Nizar (2005) berpendapat bahawa kemahiran insaniah
seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan sebagainya
merupakan ciri-ciri yang amat perlu difahami, dikuasai dan seterusnya mampu diamalkan
oleh setiap graduan yang keluar daripada institusi pengajian tinggi. Manakala Ai-Hwa (2005)
pula berpendapat bahawa penerapan kemahiran insaniah diperlukan bagi membolehkan
seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan yang
sebenar. Oleh yang demikian, kemahiran insaniah merupakan suatu kemahiran yang sangat
meluas bagi mendidik dan melahirkan seseorang individu yang berguna kepada masyarakat
dan juga negara. Kemahiran insaniah ini tidak cukup sekadar difahami dan dikuasai, tetapi
kemahiran ini hendaklah diamalkan dan diperturunkan kepada generasi akan datang supaya
kemahiran insaniah sebati dalam jiwa masyarakat Malaysia (Jumelan, 2014) .

Metod Kajian

Analisis

Data yang diproses menggunakan SPSS dianalisis statistik diskriptif dan dihuraikan mengikut
min dan tahap skor min berasaskan kepada Jadual Interpretasi julat skor min (Alias 1997),
dalam jadual 2. Terdapat 5 tahap skor min yang telah ditetapkan bagi semua item yang dikaji
berdasarkan skor min iaitu dari paling sangat rendah 1.00 hingga 5.00 berada pada tahap
sangat tinggi. Interpretasi julat skor min dinyatakan dalam jadual 2.

Jadual 2

Jadual Interpretasi Julat Skor Min bagi Tahap

Julat Tahap Skor Min


1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Soal Kajian

1. Apakah persepsi anda terhadap elemen pendidikan di Universiti yang mempengaruhi


kehidupan anda ?

2. Apakah persepsi anda terhadap elemen dalam kemahiran insaniah semasa anda belajar di
universiti di perolehi ?
Dapatan Kajian

Untuk menjawab soalan kajian 1, satu soal selidik yang mengandungi elemen yang
mempengaruhi kehidupan pelajar dinyatakan dalam jadual 2 di bawah

PENGARUH PENDIDIKAN
Apakah Pendidikan di Universiti mempengaruhi kehidupan anda dari Min Tahap
aspek :
1. membina keyakinan diri saya dalam keperluan menjadi seorang Tinggi
4.11
insan yang beriman
2.meningkatkan kematangan diri saya dalam perkara yang berkait Tinggi
4.00
kehidupan manusia
3.membentuk jati diri dalam mengharungi pelbagai cabaran tinggi
4.00
kehidupan
4.menjadi lebih berpengetahuan dalam bidang pengajian yang Tinggi
4.16
dipelajari
5.meningkatkan minat saya untuk terus belajar dari dalam diri saya 4.11 Tinggi
6. lebih peka dengan perkembangan semasa dalam kehidupan saya 3.38 Sederhana
7. mampu untuk berdikari dalam perkara yang berkaitan keperluan Tinggi
3.94
kehidupan
8. mempu berfikir secara kritis / kreatif dalam bidang kerjaya 3.38 Sederhana
8. lebih bersedia menghadapi dunia luar & kerjaya keguruan 3.33 Sederhana
9. boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan 3.55 Tinggi
10 boleh bekerja berpasukan dalam bidang yang diceburi 3.27 Sederhana
11. boleh berkomunikasi dengan berkesan 3.44 Tinggi
3.72 Tinggi

KEMAHIRAN INSANI Min Tahap


Komunikasi Interpersonal 3.22 Sederhana
Berfikir Kreatif / Kritis 3.16 Sederhana
Menyelesaikan masalah 3.27 Sederhana
Analitikal / Analisa 3.33 Sederhana
Kerja Berpasukan 2.94 Sederhana
Pengamalan nilai agama 4.38 sangat tinggi
Pendedahan pengetahuan am & isu semasa 3.83 Tinggi
3.45 Tinggi
Perbincangan dan Kesimpulan

Elemen pendidikan di Universiti Yarmouk mempengaruhi kehidupan graduan jurusan


Pengajian Islam daripada pelbagai aspek. Antaranya ialah pembinaan keyakinan diri dalam
keperluan menjadi seorang insan yang beriman, peningkatan kematangan diri, pembentukan
jati diri dalam mengharungi pelbagai cabaran, dan menjadikan diri supaya lebih
berpengetahuan. Selain itu, elemen-elemen lain yang mempengaruhi kehidupan graduan
dalam pendidikan dari segi meningkatkan minat mereka untuk terus belajar, kemampuan diri
untuk berdikari, kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta
berkomunikasi dengan berkesan adalah tinggi. Perkara ini kerana mereka mampu untuk
menguruskan diri sendiri walaupun jauh dari ahli keluarga. Kajian ini juga membuktikan
bahawa elemen peka terhadap perkembangan semasa, berfikir secara kritis dalam bidang
kerjaya, kesediaan menghadapi dunia luar dan kerjaya keguruan serta kebolehan bekerja
dalam berpasukan adalah sederhana. Hal ini kerana sistem pendidikan di Jordan lebih
menumpukan kepada peperiksaan dan kurang melibatkan aktiviti secara berkumpulan di
dalam kuliah. Para graduan lazimnya hanya akan melibatkan diri dalam bilik darjah dengan
menghadiri kuliah di universiti.

Para graduan juga perlu memiliki banyak kemahiran dalam kehidupan terutama dalam
menyediakan insan yang bernama pendidik. Antara kemahiran yang penting ialah kemahiran
insaniah. Kajian ini membawa kepada satu penemuan yang penting,, iaitu berkaitan tahap
penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan graduan jurusan Pengajian Islam di
Universiti Yarmouk, Jordan. Kajian ini membuktikan bahawa penilaian agama adalah sangat
tinggi dan tinggi dari aspek pendedahan pengetahuan am dan semasa dalam kalangan
graduan. Hal ini kerana pengkhususan para graduan ini ialah jurusan Pengajian Islam dan
amat wajar mereka mempunyai nilai agama yang tinggi. Di samping itu, tahap penguasaan
kemahiran insaniah dari segi komunikasi interpersonal, pemikiran kreatif dan kritis,
penyelesaian masalah, analitikal, dan kerja berpasukan adalah sederhana dalam kalangan
graduan kerana sistem pendidikan di Universiti Yarmouk tidak terlalu mementingkan aspek-
aspek tersebut untuk pelajar-pelajar luar.
RUJUKAN

Abu, M. S., Kamarudin, M. I., Abu Bakar, Z., Ibrahim, M. A., Megat Zakaria, M., &
Bunyamin, M. A. (2009). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru
Pelatih Fakulti Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Skudai: Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Ai-Hwa, Q. (2005). Learning for the Workplace: A Case Study in Graduate Employees
Generic Competencies. Journal of Workplace Learning, 231-242.

Annamalai, M., Othman, A. T., & Abdullah, A. K. (2012). Pengaruh Sokongan Keluarga
dalam Penglibatan Kokurikulum Sekolah Terhadap Pencapaian Kemahiran Insaniah
Murid. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012 (pp. 1-15). Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Badawi, A. B. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya:


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Imel, S. (1999). Work Force Education: Beyond Technical Skills. Ohio: The Ohio State
University.

Jumelan, J. E. (2014). Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar dalam Penglibatan Aktiviti


Kokurikulum Badan Beruniform di UTHM. Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Hala Tuju Pengajian Tinggi di Malaysia. Putrajaya:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mansor, Z. (2008). Pelaksanaan dan Penilaian Kemahiran Insaniah dalam Mata Pelajaran
Kokurikulum di UTHM. Tesis Sarjana Muda. Johor: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Mat Assain @Hashim, F. &. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah Menengah
Teknik: Satu Analisis Perbandingan.

Mat, N., Noordin, M. S., Abdullah, N. A., Muslim, N., & Alias, J. (2017). Pembentukan
Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Unit Beruniform di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 20, 33-46.

Musa, M. &. (2011). Tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar tahun
akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan, UTHM. Journal of Techno-
Social.

Nizar, N. (2005). Keterampilan Kemahiran Teknikal Graduan Institusi Kemahiran Belia


Negara (IKBN). Tesis Sarjana. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Omar, T. R. (2012). Penguasaan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Pendidikan
Khas di Politeknik. Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

Rosli, M. F. (2009). Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan Kemahiran Insaniah Dalam
Pembelajaran. Projek Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan.

Yunos, J. M. (n.d.). Kecemerlangan Tenaga Pengajar Menjadi Impak yang Besar Ke Arah
Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti. Johor: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Retrieved Oktober 11, 2018, from
http://www.jtm.gov.my/seminar/Kertas%20Kerja%20Seminar%20Pengajar%20Kema
hiran%202007%202%20uthm.pdf

Anda mungkin juga menyukai