Anda di halaman 1dari 10

KPP3014

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

PENULISAN KRITIS
(TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR
BERBAKAT)

NAMA PELAJAR
MUAZ EIRFAN FIQRI BIN MUSTAPHA

NO. MATRIK
D20211100572

KUMPULAN KULIAH
F

NAMA PENSYARAH
DR. TAJUL ROSLI BIN SHUIB
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Ulasan Penulisan 2-4

2.0 0bjektif 4-5

3.0 Kepentingan 6

4.0 Implikasi 7

5.0 Rumusan 8

6.0 Bibliografi 8

Lampiran 9

1
1.0 ULASAN PENULISAN

Jurnal ini ditulis oleh Diani Mardiana Mat Zin, Amirah Zainun dan Farhana Abdul
Razak iaitu dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Permata Insan (KPI). Jurnal
ini bertajuk “Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Berbakat”. No ISSN jurnal ini
ialah “e-ISSN: 2289-8042”. Jurnal ini diterbitkan pada tahun 2017. Bagi metodologi kajian
pula, penulisan jurnal ini telah melibatkan kesemua 48 pelajar pengambilan pertama KPI di
mana 29 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan sebagai responden. Kajian ini menerangkan
terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan tekanan emosi berlaku dalam kalangan pelajar
pintar. Tekanan ini tidak mengenal usia kerana kesemua lapisan umur boleh menghadapinya.
Terdapat tiga peringkattekanan iaitu tekanan rendah, tekanan serdahana dan yang paling kritikal
iaitu tekanan peringkat tinggi. Tekanan di peringkat rendah dan serdahana boleh lagi dibimbing
serta dibantu untuk lebih berkeyakinan. Namun begitu, pada peringkat tinggi pelajar itu susah
untuk didorong kerana mudah berputus asa. Keberangkalian untuk mereka melakukan perkara-
perkara yang negatif adalah lebih tinggi berbanding tekanan rendah dan serdahana kerana
mereka tidak dapat berfikir dengan rasional. Berdasarkan tujuan kajian yang dikemukakan
dalam jurnal ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai oleh pengkaji Objektif jurnal ini
adalah bagi mengetahui tahap tekanan dalam kalangan pelajar, mengenal pasti punca tekanan,
mengenal simptom-simptom tekanan dan mengenal pasti langkah kendiri pelajar bagi mengurus
tekanan mereka.

1.1 PENGENALAN
Tekanan adalah merupakan perkara yang sering dihadapi oleh semua golongan
masyarakat pada setiap peringkat umur. Tekanan ini juga terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
tekanan rendah, tekanan sederhana dan tekanan tinggi. Segelintir masayarakat pada hari ini
mempunyai tanggapan bahawa tekanan merupakan perkara yang negatif iaitu perkara yang
akan mendatangkan masalah kepada diri mereka. Namun begitu, terdapat beberapa individu
yang memandang tekanan ke arah yang positif iaitu tekanan adalah salah satu cara untuk
meningkatkan motivasi diri untuk menjadi lebih berjaya. Hal ini terjadi kepada tekanan yang
pada peringkat rendah dan sederhana sahaja. Tekanan tinggi adalah perkara yang perlu
dipandang serius kerana ia akan menyebabkan sesebuah individu berputus asa atau hilang
untuk melakukan perkara yang diminati atau lebih terus akan depresi. Menurut Raber dan
rakan-rakannya (2005) “ tekanan sebagai respon yang berlaku dalam diri kita terhadap situasi
yang sukar dihadapi”.

2
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Bagi permasalahan kajian pula, pengkaji menyatakan bahawa menurut Abu Yazid &
Aliza Alias 2009, Rosadah Abdul Majid 2004, pendapat umum menyatakan pelajar pintar dan
berbakat adalah golongan pelajar yang stabil dan tidak memiliki sebarang masalah dalam aspek-
aspek perkembangan fizikal, psikologi, sosial dan emosi telah lama ditolak dan dianggap
sebagai mitos semata-mata. Seperti remaja dan individu lain, mereka juga tidak dapat lari dari
mempunyai konflik dalam diri mereka. Pelajar pintar berbakat ini mempunyai beberapa
karakter khas yang juga boleh mendedahkan mereka kepada tekanan. Selain itu, menurut Abu
Yazid & Aliza Alias 2009, sikap mementingkan kesempurnaan (perfectionist) yang tinggi boleh
mendorong mereka ke arah takut terhadap kegagalan. Ini akan menjadikan mereka cepat
berputus asa dan mudah marah apabila tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Seterusnya, mereka juga mempunyai sikap tidak mahu mengalah yang menjadikan mereka
lebih agresif dalam mempertahankan pendapat (Aliza Alias & Hamidah Yamat 2009). Sikap
tidak mahu mengalah ini boleh menyebabkan mereka menghadapi ketegangan perhubungan
dengan rakan sebaya dan juga guru-guru mereka. Dalam konteks pembelajaran pula, isu
penyesuaian sosial tersebut boleh merencatkan proses pembelajaran mereka akibat konflik
interaksi yang timbul di antara mereka dengan rakan-rakan sebaya serta guru-guru (Bee 1999;
Rimm 2003; Ng Sen Fa 2005; Ananda Kumar 2008; Mohd Zuri et al. 2008 ). Akhir sekali,
menurut Jerrold 2002, tekanan bolehmenyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh
badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi
seseorang. Oleh hal yang demikian, , faktor-faktor penyebab tekanan dalam kalangan pelajar
Kolej Permata Insan adalah sangat penting untuk dikenal pasti supaya program pengurusan
tekanan yang berkesan dapat dirancang dan dilaksanakan.

3
1.3 TEORI
Terdapat beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan masalah-masalah yang terdapat
dalam jounal ini. Antaranya ialah teori hierarki kepeluan Maslow. Hal ini demikian kerana
masalah pembelajaran adalah punca utama kepada tekanan yang dihadapi oleh majoriti pelajar.
Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam situasi ini kerana pelajar merasakan
terbeban dengan pembelajaran. Guru haruslah memenuhi keperluan kasih sayang pelajar untuk
mengurangkan tekanan yang dihadapi Contoh yang boleh dilakukan oleh guru ialahmengambil
berat dan prihatin terhadap pelajarnya. Sekiranya pelajar tersebut mempunyai masalah, guru
haruslah mengalu-alukan pelajar untuk berkongsi masalah dengannya. Berdasarkan kajian
yang telah dilakukan pengkaji, didapati bahawa pelajar lebih cenderunguntuk berkongsi
masalah secara lisan. Dengan ini, mereka akan merasa lebih lega apabila ada seseorang ingin
mendengar masalah mereka.

2.0 OBJEKTIF
Tujuan utama jurnal ini dibuat oleh penulis adalah untuk mengetahui punca,
simptom dan pendekatan kendiri untuk mengurus tekanan emosi dalam kalangan pelajar pintar.
Daripada tujuan utama jurnal ini, terdapat empat objektif penulisan. Objektif pertama ialah
untuk mengenal pasti tahap tekanan emosi dalam kalangan pelajar KPI berdasarkan jantina.
Hal ini dapat menunjukkan tahap tekanan yang dihadapi oleh keseluruhan pelajar dan juga
perbandingan yang dapat dilihat di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebilangan
pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan mempunyai tahap tekanan yang sederhana.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat, peratusan pelajar lelaki yang tertekan pada tahap
rendah adalah sebanyak (27.59%) dan tahap sederhana sebanyak (72.41%) serta tiada lelaki
yang tertekan pada tahap. Hal ini menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh pelajar
lelaki adalah dalam keadaan terkawal. Pelajar perempuan pula mengalami tekanan pada tahap
rendah ialah (5.26%), sederhana (89.47%) dan tinggi (5.26%). Hal ini telah menunjukkan
bahawa pelajar perempuan mempunyai tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Seterunya, objektif kedua jurnal ini juga adalah untuk menyenaraikan punca tekanan
emosi pelajar KPI mengikut jantina. Melalui dapatan kajian, KPI lelaki dan juga perempuan
ialah faktor akademik ( min lelaki 3.2;min perempuan 3.4). Selain itu, faktor peribadi (min 2.9)
dan faktor persekitaran (min 2.8) turut menyumbang kepada punca tekanan bagi pelajar lelaki.

4
Namun begitu, sebaliknya pula bagi pelajar perempuan. Pelajar perempuan lebih mudah
tertekan disebabkan faktor persekitaran (min 3.2) dan diikuti oleh faktor peribadi (min 3.0) .
Bagi faktor persekitaran pula, pelajar lelaki merasakan keadaan disiplin di asrama yang tidak
terkawal lebih menyebabkan mereka berasa tertekan (min 3.3). Pelajar perempuan mempunyai
tahap tekanan yang lebih tinggi bagi item rakan bising dan mengganggu semasa belajar
(min 4.3).

Objek ketiga pula adalah untuk mengenal pasti simptom tekanan pelajar KPI
mengikut jantina, dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki kurang menunjukkan symptom
apabila tertekan. Mereka hanya menunjukkan simptom pada tahap sederhana rendah dan
rendah sahaja. Majoriti pelajar perempuan menunjukkan simptom pening dan letih tidak
bermaya (tinggi) apabila tertekan.

Objektif terakhir adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah kendiri untuk


menguruskan tekanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar laki dan
perempuan lebih berminat untuk mengambil pendekatan meluahkan perasan secara lisan. Hal
ini demikian sangat memerlukan pemantauan kerana pendekatan meluah perlulah secara
rasional dan bukannya secara emosional.

5
3.0 KEPENTINGAN
Berdasarkan jurnal yang telah dipilih terdapat beberapa kepentingan yang telah
disampaikan oleh penulis. Jurnal ini telah menganalisis bahawa kadar tahap tekanan bagi
pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki mengikut peratusan. Jurnal ini
juga telah merumuskan pelbagai faktor yang mendorong kepada tekanan berdasarkan jantina
dan melalui kajian faktor akademik merupakan faktor yang paling tinggi bagi tekanan dalam
pelajar berdasarkan jawapan daripada soal selidik. Simptom-simptom dan cara pelajar cuba
mengatasi tekanan tersebut juga telah di rumuskan. Oleh itu, para pembaca jurnal ini dapat
mengenal pasti dan memperolehi maklumat dengan tepat dan mudah serta dapat atasi dengan
lebih sistematik.

Berdasarkan data analisis kajian soal selidik ini mendapati tekanan emosi ini dialami
oleh semua semua pelajar akan tetapi berbeza tahap masing-masing. Pelajar perempuan
menghadapi tekanan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dengan simptom yang dihadapi
mereka iaitu pening dan letih tidak bermaya apabila tertekan. Antara langkah yang mereka
amalkan untuk mengurangkan tekanan emosi ini adalah majoriti para pelajar mendekatan diri
yang utama iaitu pendekatan rohani apabila mereka tertekan. Melalui kajian oleh Harussani
(2004), didapati dengan solat, berdoa, wirid, berzikir dan mengaji Al-Quran, individu boleh
mengubat emosi yang tertekan dan gelisah.

Akhir sekali, melalui maklumat daripada kajian jurnal ini para pembaca terutamanya
Unit Bimbingan Kaunseling dapat memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang
mengalami tekanan emosi dengan lebih efisyen dan berkesan. Ini kerana pihak kaunseling
dapat mengenali faktor utama yang menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi. Selain itu,
unit kaunseling juga dapat menjalankan perkhidmatan berdasarkan langkah pelajar ini
mengatasi tekanan emosi mereka bagi membantu pihak kaunseling menjayakan perkhidmatan
mereka dengan lebih berkesan. Pihak Unit Bimbingan Kaunseling juga dapat merancang
program- program bagi mengatasi dan mengurus tekanan emosi pelajar serta melakukan
program yang dapat menghilangkan tekanan emosi para pelajar ini.

6
4.0 IMPLIKASI
Berdasarkan hasil kajian, jurnal ini sangat berkesan untuk memberi maklumat sedikit
sebanyak untuk pembaca seperti ibu bapa, pihak sekolah serta lapisan masyarakat berkaitan
tekanan emosi yang semakin hangat diperkatakan ini. Oleh hal yang demikian,pihak sekolah
dan institut pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga dan
menangani masalah tekanan emosi dalam pelajar. Apabila masalah ini tidak dapat ditangani
masalah ini dapat memberikan impak yang besar kepada diri pelajar dan pengajar.

Dengan hasil kajian ini juga kita dapati pelajar pintar juga mempunyai masalah seperti
tekanan dalam kehidupan mereka. mereka juga manusia biasa yang tidak lari daripada masalah-
masalah yang dihadapi oleh orang lain. Oleh itu, melalui kajian ini dapat merungkaikan segala
masalah yang dihadapi oleh pelajar ini dalam kehidupan mereka untuk mengejar kejayaan.
Hasil kajian juga mendapati pelajar tertekan dengan jadual waktu kelas yang sangat padat dan
menyebabkan kehidupan seharian mereka terganggu. Jadual yang padat ini menyebabkan
mereka tiada masa lapang yang dapat diuangkan untuk melakukan aktiviti seharian dengan
lebih gembira kerana mereka penat.

Selain itu, kesan yang dapat diperolehi dalam kajian adalah dapat membuktikan
bahawa hubungan mesra antara pelajar dengan rakan sebaya, pendidik dan institusi keluarga
memainkan berperanan penting bagi membantu untuk mengatasi masalah tekanan emosi ini
daripada berlaku. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar kurang dan tidak gemar untuk
berkongsi masalah mereka dengan pensyarah. Bagi lelaki, mereka lebih cenderung untuk
meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi dengan rakan sebaya manakala perempuan
lebih gemar untuk berkongsi masalah dengan ahli keluarga.

7
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif kepada
pembaca. Hasil daripada dapatan kajian ini dapat menunjukkan bahawa pelajar pintar dan
berbakat juga mempunyai kelemahan dalam diri serta masalah tekanan dalam diri. Berdasarkan
kajian mendapati faktor akademik menjadi punca utama masalah tekanan dalam diri pelajar
pintar. Namun, faktor lain juga harus diambil serius dan ikhtibar agar tidak merebak dan
memberi kesan yang mendalam. Kajian ini juga boleh ditambah baik dengan menambahkan
faktor yang lain iaitu masalah kekeluargaan. Hal ini kerana, kebanyakkan masalah dalam diri
pelajar menglibatkan ahli keluarga mereka khususnya ibu bapa mereka. Terdapat pelbagai
masalah yang puncanya adalah dari rumah. Sebagai pelajar, saya akan sentiasa memastikan
apabila saya menghadapi masalah serta mempunyai tekanan saya akan melakukan perkara yang
dapat mengurangkan tekanan saya contohnya berkongsi dengan orang yang dipercayai. Oleh
itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dapat mengurangkan masalah tekanan ini
dalam diri pelajar.

6.0 BIBLIOGAFI

Diani Mardiana Mat Zin, Amirah Zainun, Farhana Abdul Razak (2017). Tekanan Emosi
Dalam Kalangan Pelajar Pintar Berbakat. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special
Issue, 108-118.Diperoleh daripada
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_011_diani.pdf

8
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai