Anda di halaman 1dari 18

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Remaja sememangnya sinonim dengan golongan pelajar sama ada pelajar sekolah
menengah ataupun pelajar kolej dan universiti. Pada peringkat inilah seseorang individu
mula mengenali dunia. Remaja adalah suatu zaman perubahan dari peringkat kanak-
kanak kepada perubahan kematangan secara menyeluruh sama ada dalam aspek
morfologi, fisiologi dan kemampuan kognitif yang berkembang mengikut peringkat
umur. Remaja juga dilihat sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang
abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau merujuk sikap remaja terhadap kehidupan.
Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan
peringkat akil baligh dan berakhir apabila memasuki peringkat dewasa. Ianya
merupakan satu zaman peralihan atau transaksi antara zaman kanak-kanak dengan
zaman dewasa. Transaksi ini bersifat kompleks dan umumnya melibatkan kepelbagaian
perkembangan tugasan seperti pencapaian identiti (Erikson, 1959), pembentukan
intimasi dalam hubungan sosial (Verduyn, Lord, & Forrest, 1990) dan persediaan untuk
mencapai karier (Steel, 1991).

Dalam kepelbagaian emosi yang dialami oleh golongan remaja, mereka pastinya
tidak terlepas daripada berdepan dengan berbagai situasi yang menjadikan mereka
merasa bimbang. Dalam situasi begini, golongan remaja ini seharusnya bijak dalam
mengatur dan mencari jalan penyelesaian. Menurut kajian, hampir separuh golongan
remaja dilaporkan menghadapi kesukaran untuk berdaya tindak dengan situasi-situasi
menekan yang berlaku sama ada di rumah atau di sekolah (Jas Laile Suzana Jaafar,
1996). Keadaan yang menekan ini termasuklah seperti perubahan yang besar dalam
kehidupan (seperti perceraian ibubapa, pertukaran sekolah, kehilangan orang yang
tersayang), situasi yang menekan (seperti kemiskinan, kecacatan, konflik) dan juga
tekanan harian (seperti peperiksaan, rakan sebaya, adik-beradik).

1
Umumnya, terdapat beberapa punca kebimbangan yang dialami remaja
terutamanya golongan pelajar seperti tekanan berkaitan akademik (seperti menduduki
ujian, persaingan mendapatkan gred yang baik, dan tuntutan masa), faktor peribadi
(seperti perhubungan intim, konflik ibu bapa, masalah kewangan dan konflik
interpersonal dengan rakan). Peperiksaan dan keputusan peperiksaan merupakan punca
kebimbangan yang paling utama selain terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari
untuk menghadapi peperiksaan, masalah kewangan serta kekurangan masa bersama
keluarga dan rakan (Ferlis, Rosnah & Lailawati, 2006). Keadaan ini pastinya akan
memberikan tekanan kepada remaja dan situasi ini akan menimbulkan kecelaruan
mental dan fizikal seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit
perut (Hall & Torres, 2002) yang juga secara langsung akan memberi kesan terhadap
pencapaian akademik (Pluker, 1997). Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya
tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik beradik, rakan
dan saudara mara semasa menghadapi sesuatu masalah supaya mereka terhindar
daripada kesan-kesan yang aversif (Hall & Torres, 2002).

1.2 Permasalahan Kajian


Setiap manusia pasti akan berhadapan dengan masalah-masalah yang boleh
menimbulkan kebimbangan. Begitu juga halnya dengan golongan remaja ataupun
pelajar yang tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan keadaan seperti ini. Apa
yang menjadi tumpuan kini adalah persoalan bagaimana golongan remaja ini
berhadapan atau berdaya tindak terhadap situasi kebimbangan terutamanya
kebimbangan terhadap pelajaran yang mereka hadapi. Adakah mereka akan cuba
bertindak menyelesaikan, mengelak atau hanya membiarkan sahaja masalah tersebut?
Tindakan yang berbeza dalam berdepan dengan masalah akan menghasilkan akibat
yang juga berbeza. Misalnya, seorang pelajar yang mengalami masalah dalam
memahami rumusan matematik, apakah tindakan yang akan diambil? Adakah mereka
hanya berdiam diri atau berfikir untuk mencari cara penyelesaian sama ada berjumpa
guru untuk meminta tunjuk ajar atau meminta bantuan daripada rakan-rakan.

Situasi ini dilihat berlaku akibat daripada wujudnya gelora perubahan biologi dan
psikologi di peringkat remaja. Selain itu, pengkaji juga mendapati tahap ini adalah

2
waktu remaja mula mengenal dan mengalami kekecewaan, menunjukkan emosi yang
tidak stabil dan keadaan yang mana tidak dapat melakukan penyesuaian terhadap emosi
sendiri. Aspek-aspek seperti inilah yang cuba dikaji dan dilihat oleh pengkaji iaitu
melihat adakah terdapat pengaruh kebimbangan yang dialami pelajar terutamanya
dalam aspek pelajaran ke atas strategi daya tindak yang digunakan, juga ke atas
masalah kemurungan serta hubungan kebimbangan yang dihadapi dengan masalah
kemurungan.

Arehart-Treichel J. (2002) menyatakan bahawa masalah kebimbangan lazimnya


telah menjadi masalah kesihatan mental yang mempengaruhi golongan pelajar pada
hari ini. Spielberger (1979) juga ada menyatakan dalam kajiannya bahawa Frued
melihat bahawa memahami kebimbangan adalah suatu tugas yang sukar. Bagi
menyelesaikan masalah ini, ianya memerlukan pengenalan ringkasan idea tentang
kebimbangan secara tepat dan aplikasi kaedah pemerhatian yang sesuai supaya ianya
dapat difahami secara jelas. Simptom kemurungan terbukti mempunyai hubungan yang
positif dengan pasif, pengelakkan daya tindak, dan berhubung secara negatif dengan
daya tindak aktif (Endler & Parker, 1990).

1.3 Tujuan Kajian

1.3.1 Tujuan Umum


Tujuan umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana kebimbangan remaja
terhadap pelajaran mempengaruhi penggunaan strategi daya tindak, pengaruh strategi
daya tindak terhadap masalah kemurungan serta peranan strategi daya tindak sebagai
moderator dalam hubungan di antara kebimbangan terhadap pelajaran dengan masalah
kemurungan dalam kalangan remaja.

3
1.3.2 Tujuan Khusus
Tujuan khusus kajian ini pula adalah untuk:

i. Mengenal pasti perbezaan kebimbangan terhadap pelajaran, strategi daya tindak


keseluruhan serta aspek-aspeknya dan masalah kemurungan berdasarkan
gender remaja.
ii. Mengenal pasti perbezaan kebimbangan terhadap pelajaran, strategi daya tindak
keseluruhan serta aspek-aspeknya dan masalah kemurungan berdasarkan tahap
pendidikan remaja.
iii. Mengenal pasti pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas strategi daya
tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya dalam kalangan remaja.
iv. Mengenal pasti pengaruh strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya
ke atas masalah kemurungan dalam kalangan remaja.
v. Mengenal pasti pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas masalah
kemurungan dalam kalangan remaja.
vi. Mengenal pasti peranan strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya
dalam hubungan antara kebimbangan terhadap pelajaran dan masalah
kemurungan dalam kalangan remaja.

1.4 Kesignifikanan Kajian


Kemahiran berdaya tindak dilihat sebagai salah satu medium yang dapat membantu
merawat penyakit emosi ini. Oleh itu, kajian terhadap kemahiran berdaya tindak dilihat
dapat memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana seseorang remaja
khususnya pelajar berdaya tindak terhadap situasi-situasi yang menimbulkan
kebimbangan yang secara langsung menekan kehidupan mereka. Selain itu, ianya juga
akan menghuraikan peranan strategi daya tindak yang diambil dalam hubungan antara
kebimbangan dengan masalah kemurungan.

Selain itu, ia juga dapat membantu remaja untuk mengenalpasti serta


mengaplikasikan bentuk-bentuk strategi daya tindak dalam situasi yang berbeza dan
pelbagai. Kahn dan Cooper (1990) mendakwa bahawa strategi daya tindak yang
digunakan oleh seseorang memainkan peranan penting dalam menyederhanakan

4
hubungan antara pembolehubah tekanan dengan ketegangan. Sabhita (1995) pula
menyatakan strategi daya tindak yang diambil oleh seseorang individu akan dapat
meransang sikap dan pemikiran individu tersebut secara positif sekaligus dapat
mengurangkan tekanan yang dialami.

Kajian ini juga dilihat dapat memberikan kepentingan kepada beberapa pihak
yang mempunyai hubungan secara langsung mahupun tidak langsung dan rapat dengan
golongan remaja khususnya pelajar sama ada pelajar sekolah menengah mahupun
pelajar dari institusi pengajian tinggi. Antara yang mendapat manfaat adalah ahli-ahli
profesional dalam bidang pendidikan, perkembangan, kaunseling, psikologi klinikal,
pengamal perubatan dan juga ahli terapi. Guru-guru sekolah, ibubapa serta badan-
badan kebajikan juga dilihat sebagai sasaran yang berkepentingan. Hasil kajian ini boleh
dijadikan rujukan kepada mereka agar dapat membantu pelajar mengatasi setiap
gangguan emosi yang melanda. Hasil kajian juga dapat mengenalpasti kelompok-
kelompok yang harus dibantu dan diberi perhatian jika perlu.

1.5 Pendekatan Teori

1.5.1 Teori Psikoanalitik


Kajian berkaitan daya tindak merupakan akar umbi dalam psikoanalitik yang
mengambarkan mekanisma pertahanan, yang mana ianya secara langsung menuju
kepada konflik dalaman. Dalam teori ini, struktur keperibadian manusia dibahagi kepada
tiga iaitu id, ego dan superego.

Id adalah komponen keperibadian yang berisi impuls agresif dimana sistem


kerjanya adalah dengan prinsip kesenangan. Ego adalah bahagian keperibadian yang
bertugas sebagai pelaksana, yang mana sistem kerjanya adalah di dunia luar untuk
menilai realiti dan sekaligus berhubung dengan dunia dalam bagi mengatur dorongan-
dorongan id agar tidak melanggar nilai-nilai superego. Manakala bahagian superego pula
adalah bahagian moral dari keperibadian manusia. Ini adalah kerana superego
merupakan penapis bagi ransangan baik buruk yang dilakukan oleh dorongan ego.

5
1.5.2 Teori Kemurungan Kognitif Beck (1967)
Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck (1967). Beck
menyatakan bahawa kebanyakan simptom-simptom kemurungan berpunca daripada
sikap dan pemikiran individu yang negatif. Terdapat juga gejala serta tanda-tanda yang
menunjukkan kemurungan berpunca daripada pemikiran yang tidak tenteram. Model
Teori Beck ini menghuraikan tiga konsep asas psikologi yang dilihat menjadi punca
kepada kemurungan iaitu konsep kognitif tiga penjuru, skema, dan alat.

1.6 Kerangka Kajian


Rajah 1.1 ini menunjukkan bagaimana kebimbangan terhadap pelajaran yang dihadapi
memberi pengaruh ke atas strategi daya tindak serta aspek-aspeknya, pengaruh strategi
daya tindak serta aspek-aspeknya ka atas masalah kemurungan, pengaruh
kebimbangan terhadap pelajaran ke atas masalah kemurungan serta peranan strategi
daya tindak serta aspek-aspeknya sebagai moderator dalam hubungan antara
kebimbangan terhadap pelajaran dengan masalah kemurungan dalam kalangan remaja.

Rajah 1.1 : Kerangka kajian

Strategi Daya Tindak

 Penyelesaian Masalah
 Pengelakkan Masalah
Faktor Demografi

 Gender
 Tahap pendidikan

Kebimbangan Masalah
Terhadap Kemurungan
Pelajaran

6
Dalam kajian ini, kebimbangan terhadap pelajaran bertindak sebagai
pembolehubah bebas. Manakala masalah kemurungan pula diletakkan sebagai
pembolehubah terikat. Bagi pembolehubah strategi daya tindak, ianya diletakkan
sebagai pembolehubah terikat, bersandar dan juga bertindak sebagai pembolehubah
moderator sesuai dengan aliran analisi kajian.

1.7 Definisi Konsep

1.7.1 Daya Tindak


Antara nama besar dalam bidang ini adalah seperti Lazarus dan Folkman (1984) yang
mendefinisikan daya tindak sebagai satu bentuk tindak balas seseorang terhadap situasi
tekanan yang dihadapi. Dalam kajian ini, daya tindak dikonsepkan mengikut definisi
yang dikemukanan oleh Frydenberg dan Lewis (1993) yang menjelaskan bahawa
strategi daya tindak sebagai satu cara remaja berusaha untuk beradaptasi terhadap
desakan biologikal, emosi, dan tekanan sosial yang terjadi sepanjang tempoh
keremajaannya.

1.7.2 Remaja
Menurut kamus dewan edisi ketiga, istilah remaja membawa maksud mulai dewasa,
sudah akil baligh, dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Ianya tidak menyatakan
umur secara khusus seperti yang dinyatakan oleh para pengkaji terdahulu. Merujuk
dalam kajian ini, remaja adalah dinyatakan sebagai pelajar-pelajar sekolah menengah
yang berumur antara 13 hingga 17 tahun yang berada dalam tingkatan satu hingga
tingkatan enam.

1.7.3 Kebimbangan
Dalam menyatakan definisi kebimbangan, Spielberger (dlm. Penn, 1992) mendefinisikan
kebimbangan sebagai keadaan emosi yang tidak menyenangkan atau keadaan yang
dicirikan sebagai perasaan tekanan yang subjektif, kebimbangan dan kerisauan yang
disebabkan oleh kebangkitan atau pengiatan sistem saraf autonomik. Dalam kajian ini,
pelajar diminta untuk menyatakan sama ada apakah masalah pelajaran merupakan
kebimbangan utama yang mereka hadapi. Pelajar yang menjawab ’Ya’ diandaikan

7
mempunyai kebimbangan terhadap pelajaran dan begitu sebaliknya jika pelajar
menjawab ’Tidak’ maka diandaikan bahawa pelajar tersebut tidak mengalami
kebimbangan terhadap pelajarannya.

1.7.4 Kemurungan
Dalam memberikan pengertian terhadap masalah depresi atau kemurungan, Dadang
Hawari (2000) menyatakan kemurungan adalah perasaan yang sinonim dengan
perasaan sedih, murung, kesal, tidak bahagia, dan menderita. Dalam kajian ini pula,
kemurungan dikonsepkan melalui alat kajian Beck Depression Index-II (BDI-II) yang
diperkenalkan oleh Beck, Steer dan Brown (1996).

1.8 Hipotesis Kajian


Hipotesis dalam kajian ini dibentuk berdasarkan kepada semakan kajian lepas dan
tujuan kajian yang telah dinyatakan.

1.8.1 Mengenal pasti perbezaan kebimbangan terhadap pelajaran, strategi daya tindak
keseluruhan serta aspek-aspeknya dan masalah kemurungan berdasarkan
gender remaja.
H1: Terdapat perbezaan kebimbangan terhadap pelajaran berdasarkan gender
remaja.
H2: Terdapat perbezaan strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya
berdasarkan gender remaja.
H3: Terdapat perbezaan masalah kemurungan berdasarkan gender remaja.

1.8.2. Mengenal pasti perbezaan kebimbangan terhadap pelajaran, strategi daya tindak
keseluruhan serta aspek-aspeknya dan masalah kemurungan berdasarkan tahap
pendidikan remaja.
H4: Terdapat perbezaan kebimbangan terhadap pelajaran berdasarkan tahap
pendidikan remaja.
H5: Terdapat perbezaan strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya
berdasarkan tahap pendidikan remaja.
H6: Terdapat perbezaan masalah kemurungan berdasarkan tahap pendidikan remaja.

8
1.8.3. Mengenal pasti pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas strategi daya
tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya dalam kalangan remaja.
H7: Terdapat pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas strategi daya tindak
keseluruhan serta aspek-aspeknya dalam kalangan remaja.

1.8.4. Mengenal pasti pengaruh strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya
ke atas masalah kemurungan dalam kalangan remaja.
H8: Terdapat pengaruh strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya ke
atas masalah kemurungan dalam kalangan remaja.

1.8.5 Mengenal pasti pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas masalah


kemurungan dalam kalangan remaja.
H9: Terdapat pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas masalah
kemurungan dalam kalangan remaja.

1.8.6 Mengenal pasti peranan strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya
sebagai moderator dalam hubungan antara kebimbangan terhadap pelajaran dan
masalah kemurungan dalam kalangan remaja.
H10: Strategi daya tindak keseluruhannya serta aspek-aspeknya boleh bertindak
sebagai moderator kepada hubungan di antara kebimbangan terhadap pelajaran
dengan masalah kemurungan dalam kalangan remaja.

9
BAB 2

SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, pengkaji akan memaparkan sorotan kajian-kajian lepas mengenai strategi
daya tindak, kebimbangan serta kemurungan dalam kalangan pelajar. Pengkaji
menggunakan kajian-kajian dalam dan luar negara sebagai rujukan.

2.2 Strategi Daya Tindak


Ferlis, Rosnah, & Lailawati (2006) telah menjalankan kajian bertajuk ’Sumber stres,
strategi daya tindak dan stres yang dialami oleh pelajar’. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji sumber-sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami oleh pelajar
di sebuah universiti di Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sumber stres dan stres yang dialami
oleh pelajar universiti. Di samping itu, kajian ini cuba meneliti bentuk strategi daya
tindak yang digunakan oleh pelajar universiti untuk menangani stres yang dialami.
Kajian ini dijalankan secara survei (tinjauan) dengan menggunakan borang soal selidik.
Seramai 223 orang pelajar yang berumur antara 19 hingga 22 tahun telah diambil
sebagai subjek dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan merangkumi item-item yang
mengukur sumber stres, Adolescent Coping Scale (ACS) bagi mengukur strategi daya
tindak dan alat kajian Stress Student Scale yang telah diubahsuai digunakan untuk
mengukur stres pelajar. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara sumber stres keseluruhan dan stres yang dialami oleh pelajar
universiti. Sementara itu, strategi daya tindak keseluruhan didapati mampu bertindak
sebagai perantara bagi hubungan antara sumber stres keseluruhan dan stres yang
dialami pelajar.

Seterusnya adalah kajian oleh Mohammad Nasir Bistamam dan Rohany Nasir
(2006) yang bertajuk ’Kesan kaunseling kelompok ke atas daya tahan remaja berisiko’.
Terdapat tiga tujuan utama dalam kajian ini. Pertama, adalah untuk mengukur kesan
kaunseling kelompok REBT ke atas daya tahan subjek remaja berisiko. Kedua, untuk

10
mengukur perbezaan kesan ke atas daya tahan antara kelompok maraton dan kelompok
mingguan. Ketiga, untuk mengukur perbezaan kesan ke atas daya tahan antara
kelompok lelaki dengan kelompok perempuan. Kajian ini dijalankan secara
eksperimental ke atas 60 pelajar tingkatan dua (30 pelajar lelaki dan 30 pelajar
perempuan) yang telah dikenal pasti mempunyai ciri-ciri berisiko dan dipilih secara
rawak bertujuan. Hasil kajian menunjukkan; pertama, kaunseling kelompok berkesan
dalam meningkatkan daya tahan dalam kalangan subjek. Kedua, kaunseling kelompok
mingguan didapati lebih berkesan ke atas daya tahan berbanding kelompok maraton.
Ketiga, kelompok perempuan didapati lebih berkesan berbanding kelompok lelaki dalam
satu subkonstruk daya tahan iaitu berani menghadapi cabaran.

2.3 Kebimbangan
Kajian lain oleh Frydenberg dan Rowley (1998) dengan kajian mereka yang bertajuk
‘Daya tindak dengan isu sosial: Apa yang dilakukan oleh pelajar Unversiti Australia’.
Kajian ini mengkaji tahap kebimbangan pelajar tentang isu sosial dan strategi yang
digunakan oleh pelajar untuk bertahan dengan kebimbangan yang dihadapi. Seramai
158 orang palajar daripada tiga fakulti di Universiti Melbourne telah diambil sebagai
subjek kajian. Subjek diminta untuk mengisi borang soal selidik Adolescent Coping Scale
(ACS) untuk merekodkan daya tindak mereka terhadap isu-isu sosial. Strategi dilihat
mengikut perbezaan sub-kumpulan subjek (Psikologi, Perubatan, Pelajaran).
Perbandingan antara subjek pula dilakukan mengikut tahap kebimbangan (personal atau
global). Walaupun dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat kesan signifikan
mengikut gender, namun terdapat perbezaan yang signifikan antara fakulti dengan
pelajar psikologi menunjukkan tahap tertinggi dalam penggunaan strategi dalam setiap
kes. Tambahan pula, perbezaan signifikan didapati antara strategi yang digunakan
dalam hubungan kebimbangan personal dan global. Sebagai ramalan, responden
menggunakan lebih strategi penyelesaian masalah dalam kebimbangan personal
berbanding kebimbangan global. Hanya satu interaksi statistik yang signifikan. Bagi
pengelakkan masalah, skor tertinggi antara lelaki direkodkan oleh pelajar perubatan,
dan antara wanita adalah pelajar pendidikan.

11
Seterusnya Kajian oleh Usha Barahmand (2008) bertajuk ‘Perbezaan umur dan
gender di kalangan remaja yang kebimbangan’. Tujuan kajian ini adalah untuk
meneroka perbezaan di kalangan remaja yang mengalami kebimbangan. Seramai 197
pelajar-pelajar menengah tinggi yang berumur antara 16 hingga 19 tahun diminta untuk
mengisi alat-alat kajian yang mengukur kebimbangan, orientasi masalah negatif, sikap
tidak bertoleransi terhadap ketidakpastian, dan kesihatan mental secara menyeluruh.
Remaja lelaki dan perempuan yang berbeza umur kemudiannya dibandingkan dan
hubungan antara gender, kepercayaan tentang kebimbangan, sikap tidak bertoleransi
terhadap ketidakpastian, orientasi masalah negatif dan kesihatan mental secara
menyeluruh juga dikaji. Pelajar lelaki dilaporkan lebih kepada orientasi masalah negatif
dan sikap tidak bertoleransi terhadap ketidakpastian sementara pelajar perempuan
dilaporkan lebih positif ke arah percaya tentang kebimbangan. Dapatan kajian juga
menunjukkan sedikit aliran umur, yang menunjukkan bahawa pembolehubah dalam
kajian ini mungkin dibawah pengaruh perkembangan peranan. Analisis regresi
menunjukkan bahawa kepercayaan positif tentang kebimbangan yang timbul sebagai
satu peramal signifikan terhadap kebimbangan bagi kedua-dua jantina. Kepercayaan
positif tentang kebimbangan dan orientasi masalah negatif muncul untuk menjadi kunci
proses dalam kebimbangan dan kemurungan dikalangan remaja.

2.4 Kemurungan
Kajian ini yang bertajuk ’Perbezaan gender dalam hubungan simptom depresi dalam
kalangan remaja’ oleh Schraedley, Gotlib, dan Hayward (1999) adalah untuk melihat
apakah faktor demografi dan psikososial berhubung dengan peningkatan tahap simptom
kemurungan dikalangan remaja. Sama ada perempuan dan lelaki menunjukkan
perbezaan hubungan dan mungkin faktor risiko untuk simptom kemurungan. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dimana subjek diambil daripada 265 sekolah jenis awam,
persendirian dan parochial di seluruh United States. Seramai 6725 pelajar terlibat
sebagai subjek kajian. Terdapat tujuh alat kajian yang digunakan yang melibatkan
pengukuran sosioekonomi, simptom kemurungan, tekanan hidup, sokongan sosial, daya
tindak, penyalahgunaan, dan penjagaan kesihatan. Dapatan kajian menunjukkan
simptom kemurungan adalah berbeza mengikut jantina, umur, status sosioekonomi, dan
etnik. Sebagai tambahan, tekanan hidup, sokongan sosial, dan daya tindak berhubung

12
dengan simptom kemurungan. Paling utama, tekanan dan sokongan sosial dilihat
menjadi aspek utama yang paling menonjol dalam masalah kemurungan dikalangan
pelajar perempuan.

Kajian terdahulu oleh McCarty dan rakan-rakan (2008) mendapati sosial,


akademik, dan masalah tingkah laku berkait dengan kemurungan sepanjang tempoh
kanak-kanak dan remaja. Kajian terkini menguji longlitud model cascade masalah
remaja yang meramalkan terjadinya kemurungan pada golongan dewasa, dan sebagai
tambahannya turut menguji perbezaan gender. Kajian ini menggunakan metod
prospektif analisis longlitud dengan melibatkan seramai 808 sampel yang terdiri dari
kaum belia dan berumur antara 10 hingga 21 tahun. Pengkaji menguji sama ada
masalah sosial, kegagalan persekolahan, dan juvana di kalangan remaja meningkatkan
risiko untuk meningkatkan tahap kemurungan bila mencapai dewasa. Struktur model
equation digunakan untuk menguji perbezaan gender. Dapatan kajian menunjukkan
pada awalnya kedua-dua pengawalan masalah dan kegagalan persekolahan di kalangan
remaja telah memberikan pengaruh pada masalah kemurungan remaja perempuan.
Antara lelaki, tidak terdapat sebarang masalah yang menyebabkan risiko kemurungan.
Secara kesimpulannya, kajian ini mengetengahkan perasaan saling berkaitan antara
kegagalan persekolahan dan kefungsian psikologikal. Ianya mencadangkan bahawa
adaptasi persekolahan di kalangan remaja menjadi pertimbangan pada isu kesihatan
mental.

13
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan tentang metadologi yang akan digunakan dalam menjalankan
kajian ini. Antara yang terkandung dalam bahagian ini adalah merangkumi rekabentuk
kajian, lokasi kajian, subjek kajian, alat kajian, prosedur kajian, dan kaedah-kaedah
analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian


Kajian yang dijalankan menggunakan rekabentuk kuantitatif dan merupakan satu bentuk
kajian lapangan yang menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah ini melibatkan
penggunaan satu set borang soal selidik di mana soal selidik akan ditadbir kepada
subjek dan subjek akan menjawab soal selidik berkenaan berpandukan kepada arahan
yang diberikan. Kaedah ini sesuai untuk kajian ke atas kumpulan subjek yang ramai.

3.3 Lokasi Kajian


Kajian akan dijalankan di 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terdapat
di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan yang berhampiran dengannya. Sekolah-sekolah
yang akan terlibat adalah seperti SMK Taun Gusi, SMK Sanzac, SMK Bandaraya, SMK
Sikuati, SMK Agama KK, SMK Tambunan, SMK Kemabong, SMK Gadong, SMK Kuala
Penyu, SMK Weston, SMK Putatan, SMK Paduka Mat Salleh dan SMK Lok Yuk. Pemilihan
sekolah-sekolah berkenaan adalah berdasarkan kepada lokasinya yang terletak di sekitar
Kota Kinabalu.

3.4 Subjek Kajian


Pemilihan subjek kajian adalah secara persampelan bertujuan ( Purposive Sampling). Hal
ini dilakukan adalah untuk mengimbangkan bilangan subjek lelaki dan subjek
perempuan dan bilangan subjek menengah rendah dan menengah atas bagi tujuan
analisis. Sejumlah 1500 orang remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah

14
menengah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan sekitarnya akan diambil sebagai subjek
kajian.

3.5 Alat Kajian


Satu set borang soal selidik akan digunakan bagi mengumpulkan maklumat dalam kajian
ini. Alat kajian yang akan digunakan mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A
yang meminta maklumat demografi responden, bahagian B yang mengandungi soalan
tentang kebimbangan subjek terhadap pelajaran, bahagian C yang mengandungi soalan
berkaitan strategi daya tindak dan bahagian D yang mengukur tahap kemurungan.

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat-maklumat


demografi subjek yang dibina sendiri bersesuaian dengan kehendak kajian. Ianya adalah
bertujuan untuk mendapatkan latar belakang responden yang berguna untuk kajian ini.
Antara perkara-perkara yang dimuatkan dalam bahagian ini adalah seperti jantina, nama
sekolah, pendapatan ibubapa dan pencapaian akademik.

Bahagian B mengandungi soalan berbentuk pilihan yang dibina sendiri oleh


pengkaji untuk melihat sama ada subjek mengalami kebimbangan terhadap pelajaran
mereka atau tidak. Terdapat hanya satu soalan sahaja dalam bahagian ini dan subjek
hanya perlu menjawab ’Ya’ atau ’Tidak’. Pengkaji memutuskan bahawa sekiranya subjek
menjawab ’Ya’ maka sememangnya mereka mempunyai kebimbangan terhadap
pelajaran dan sebaliknya jika menjawab ’tidak’ maka mereka tidak mengalami
kebimbangan terhadap pelajaran.

Bahagian C, instrumen kajian yang digunakan adalah satu set borang soal selidik
yang diberi nama Adolescent Coping Scale (ACS) yang telah diperkenalkan oleh
Frydenberg dan Lewis (1993). Alat kajian ACS ini merupakan instrumen yang digunakan
untuk melihat strategi daya tindak dan ianya bersifat komprehensif dan sesuai
digunakan bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun.

15
Bahagian D pula mengandungi soal selidik yang mengukur masalah kemurungan.
Alat kajian yang digunakan adalah Beck Depression Index-II (BDI-II). Alat ini telah
dicipta oleh Beck dan Steer (1986). BDI-II mengandungi 21 item yang mengukur tahap
pengalaman depresi di kalangan dewasa dan remaja. Sebanyak 21 simptom ditaksir
secara tetap dengan menggunakan series skala 4-point.

3.6 Analisis Data


Kesemua data-data mentah yang telah dikutip daripada borang soal selidik dikumpulkan
dan dianalisis dengan menggunakan program pakej komputer Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) for windows versi 16.0. Ujian statistik yang akan digunakan
adalah ujian statistik deskriptif dan ujian statistik inferensi. Ujian deskriptif digunakan
untuk melaporkan peratusan dan frekuensi bagi ciri-ciri demografi subjek kajian.
Beberapa ujian inferensi digunakan untuk menganalisis seperti ujian analisis Ujian-t.
ujian analisis Regresi mudah dan ujian analisis Regresi pelbagai.

16
RUJUKAN

Arehart-Treichel J. 2002. Mental illness on rise on college campuses. Psychiatr News.


37(6): 6-38.

Beck, A., T. 1967. ATDepression: Clinical experimental and theoretical aspects . New
York: Harper & Row.

Beck, A. T., Steer, R. A., & Brown, G. K. 1996. Manual for the Beck Depression
Inventory – II. San Antonio, TX: Psychological Corporation.

Dadang Hawari. 2001. Manajemen stres,cemas dan depresi. Jakarta : Balai Penerbit
Fakultas Kedokteran Universiti Indonesia.

Endler, N. S., & Parker, J. D. A. 1990. Multidimensional assessment of coping: A critical


examination. Journal of Personality and Social Psychology. 58:844–854.

Erikson, E. 1959. Identity and the life cycle. New York: International Universities Press.

Ferlis Bahari, Rosnah Ismail & Lailawati Madlan. 2006. Sumber stres, strategi daya
tindak, dan stres yang dialami oleh pelajar. Universiti Malaysia Sabah.

Frydenberg, E., & Lewis, R. 1993. Adolescent Coping Scale: Administrator’s manual .
Hawthorn, Victoria: Australian Council for the Education Research.

Hall, A. S. & Torres, I. 2002. Partnerships in preventing adolescent stress: Increasing


self-esteem, coping, and support through effective counseling. Journal of Mental
Health Counseling. 24(2): 97-110.

Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lazarus, R. S., & Folkman, S. 1984. The coping process: An alternative to traditional
formulations. In Stress, appraisal, and coping, pp. 141–178. New York: Springer.

Kahn, H. K., & Cooper. C.L. 1986. Computing stress. Current Psychological Research
and Review, 148-162.

Plucker, & Jonathan, A. 1997. Psychometric characteristics of the adolescent coping


scale with academically gifted adolescents. Journal of Secondary Gifted
Education. 9:5-10.

Sabitha Marican. 1995. Program pengurusan stres ke arah membentuk budaya kerja
produktif. Jurnal Pendidikan. 17:35-39.

Spielberger, C., D. 1979. Preliminary manual for the State-Trait Personality Inventory .
University of South Florida, Tampa, Florida.

17
Steel, L. 1991. Early work experience among white and nonwhite youths: Implications
for subsequent enrollment and employment. Youth and Society. 22:419-447.

Verduyn, C. M., Lord, W., & Forrest, G. C. 1990. Social skills training in schools: An
evaluation study. Journal of Adolescence. 13:3-16.

18

Anda mungkin juga menyukai