Anda di halaman 1dari 5

Jurnal Pengajian Umum Bil.

9 Tajuk: Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Penulis: Khalim Zainal Analisis jurnal Remaja pada masa kini terlibat dengan banyak perkara negatif. Tingkah laku mereka mencerminkan keperibadian seseorang itu. Remaja pada masa ini banyak terlibat dengan masalah social seperti mat rempit, mengamalkan pergaulan bebas, dadah, melawan guru, vandalisme dan banyak lagi. Pelbagai punca ataupun sebab mengapa remaja menjadi seperti ini antaranya ialah pengaruh dari keluarga, rakan sebaya , persekitaran, sekolah, kemajuan kebendaan dan sebagainya. Bermula dari rumah ibubapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan tingkah laku negatif ini. Masyarakat juga perlu membantu remaja ini supaya tidak terabai dan hanyut di bawa arus negatif ini. Pelbagai perspektif teori dan pendekatan bagi menerangkan pelbagai perkara yang barkaitan dengan tingkah laku yang bermasalah dalam kalangan remaja iaitu Tingkah laku, Humanistik, Psikoanalitik dan Teori Tret. Pendekatan Tingkah laku Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pendekatan Tingkah laku, menurut (Hyman 1997) mengatakan mengikut pendekatan ini perasaan, pemikiran dan kepercayaan adalah perkara-perkara yang boleh dipelajari. Melalui pendekatan ini tingkah laku di bentuk melalui pengalaman oleh itu dengan cara memahami perasaan dan pemikiran pelajar yang mengalami masalah disiplin pembentukan tingkah laku dapat di lakukan seterusnya dapat melahirkan tingkah laku yang lebih berdisiplin. Selain itu, menerusi prinsip peneguhan dan dendaan juga dapat membentuk tingkah laku pelajar untuk lebih berdisiplin. Guru berperanan penting untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku untuk membina tingkah laku yang positif. Dengan cara peneguhan ini, pembentukan tingkah laku ini dilihat lebih berkesan dan dengan mengenakan dendaan secara rasional dapat melairkan tingkah laku yang kita ingini. Pendekatan tingkah laku seterusnya ialah Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura . menurut Albert Bandura seseorang individu bertingkah laku berdasarkan pengalamannya melihat orang lain yang di anggap sebagai model. Oleh itu, guru perlulah

menjadi model yang terbaik kepada pelajar suapaya pelajar menjadi guru tersebut role model mereka. Pendekatan Humanistik Menurut Carl Rogers dan Abraham Maslow, manusia memiliki suatu kuasa dalaman yang akan memberi impak kepada individu dan berpotensi menjadikan individu tersebut seseorang yang hebat dan menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi membantu pencapaian esteem kendiri yang tinggi. Jika ini tercapai, pelajar akan membentuk peribadi yang baik dan seterusnya akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Jika sebaliknya berlaku persekitaran luar yang menyediakan rangsangan positif yang telah ditetapkan (conditional positive regard) akan melahirkan individu yang mempunyai esteem kendiri yang rendah. Pendekatan seterusnya ialah fisologi berkaitan taraf lapisan sosial ekonomi pelajar tersebut. Guru haruslah mengetahui latar belakang seseorang pelajar supaya dapat membantu pelajar yang bermasalah ini. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam memenuhi keperlua anak-anak. Kerajan telah menyediakan pelbagai skim seperti skim pinjaman buku teks dan biasiswa agar pelajar dapat belajar dengan sempurna. Perspektif Psikoanalitik Perspektif yang di ambil disini ialah pandangan Sigmund Freud berkaitan struktur personaliti yang terdiri dari segi id, ego dan superego. Ketiga-tiga keinginan ini berkait rapat dalam pembentukan tinglah laku bermasalah. Unsur id ini lebih kepada untuk memenuhi kehendak diri sendiri, manakala unsur ego ini pula ialah kebaikan yang ada dalam diri dan superego pula ialah kod moral seseorang tersebut selari dengan id dan ego dan tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan bertentengan dengan prinsip moral yang salah. Ketiga-tiga kuasa dalaman ini bertindak secara tidak sedar (unconscious). Untuk menyelesaikan masalah ini, Freud telah mengenalpasti strategi defence mechanisms iaitu usaha untuk mempertahan sebarang tindakan yang telah di lakukan oleh individu. defence mechanisms terbahagi kepada dua iaitu pertama rationalization iaitu bersedia terhadap tindakan yang telah di lakukan dan kedua ialah repression iaitu sifat memendamkan perasaan yang ada. Jelas sekali dalam memahami tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja, peranan unsur kuasa dalaman seperti id, ego dan superego yang dinyatakan oleh teori psikoanalitik secara terus berkait rapat dengan pembentukan tingkah

laku bermasalah. Sebagai ibu bapa dan guru, perkara ini perlu diberi perhatian dalam menangani masalah tingkah laku remaja. Teori Tret Personaliti Dengan merujuk kepada Big Five Theory ini, remaja yang memiliki personaliti seperti neuroticism (anxious,moody,insecure,worried), low conscientiousness (indecisive, spontaneous, disorganized, unreliable), low agreeableness (stubborn, suspicious, hostile, callous) dan extraversion didapati berkemungkinan besar akan mempunyai masalah tingkah laku. Menurut Curwin & Mendler 1980, apabila individu berada dalam sesuatu kumpulan, mereka akan di pengaruhi oleh dinamik kumpulan tersebut. Manakal menurut Digman 1989 Tret conscientiousness merupakan suatu tret personaliti yang sangat penting bagi remaja di sekolah kerana hanya individu yang mempunyai daya yang tinggi dan bersemangat akan berjaya dalam bidang akademik. Kesimpulan. Guru seharusnya menangani dan mengawal tingkah laku berunsur gangguan dalam bilik darjah sebelum mula mengajar dengan berkesan. Pelajar yang berkecelaruan emosi biasanya merespon kepada maklum balas yang positif terhadap sebarang kesilapan. Guru harus berkomunikasi untuk menegur kesilapan daripada menghukum semata-mata apabila berdepan dengan masalah tingkah laku. Latihan kemahiran sosial juga adalah perlu untuk kumpulan pelajar seperti ini. Memainkan peranan yang positif adalah syarat penting untuk kumpulan pelajar ini. Selain itu kemahiran sosial perlu dipelajari dengan baik dalam keadaan semula jadi daripada memerhati sesiapa yang menunjukkan kemahiran yang sesuai. Cara lain untuk mengajar kemahiran sosial yang baik ialah instruksi secara langsung dan memainkan peranan masing-masing sebagai seorang guru. Guru juga boleh meneliti seperti kedudukan tempat duduk pelajar, kumpulan, penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam kelas, pengurusan masa dan pembelajaran koperatif.

Pembelajran sosial Albert Bandura

peneguhan dan dendaan

Pendekatan tingkah laku

operant psychology) Skinner(1974)

Pendekatan Tradisional

Gambar rajah 1 Gambar rajah 1 menunjukkan Pendekatan Tingkah laku yang terbagai kepada 4.

Low Agreeableness High Agreeableness

Low Conscientiousness High Conscientiousness

Teori Tret Personaliti

Introversion Extraversion

Low Opennes - High Opennes

Neuroticism Emotional Stability

Gambar rajah 2

Gambar rajah 2 ini menunjukkan 5 perkara utama dalam Teori Trer Personaliti

Anda mungkin juga menyukai