Anda di halaman 1dari 11

Nama Pelajar : Mohamad Nadi Bin Norazemi GB03007

No Subjek : SKPX 2063

Nama Subjek : Fisiologi Tingkah Laku

Tugasan : Perbincangan Sistem Saraf Periferi ( Sistem Saraf Autonomik )

Program : Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian ( PSIKOLOGI ), PBJJ


Pengenalan

Sistem Saraf Autonomik (Autonomic Nervous System)

Jantung, perut, dan usus adalah Organ-organ di dalam tubuh badan kita yang dikawal
oleh sistem yang dinamakan sistem saraf autonomik (Autonomic Nervous
System/ANS). Secara umum autonomik juga membawa maksud pengawalan sendiri,
pemerintahan sendiri ( self governed ) .Sistem ini boleh didefinisikan sistem saraf motor
yang mengawal kelenjar-kelenjar, otot-otot kardiak, dan otot licin. Juga dikenali sebagai
sistem motor visera untuk membezakannya daripada sistem motor somatik yang
mengawal otot-otot rangka. Organ sasaran penting sistem saraf autonomik ialah
bahagaian rongga abdomen, visera toraks, sistem salur darah cutaneous, kelenjar
peluh, otot piloerektor dan sesetengah struktur dinding badan.

Sebagai sebuah sistem yang amat penting dalam kefungsian badan manusia sistem
saraf autonomik juga adalah sebahagian daripada sistem saraf periferi dan memberi
kawalan kepada kebanyakan organ dan otot – otot didalam badan. Walau
bagaimanapun operasi sistem ini tidak akan disedari oleh manusia dalam kebanyakan
keadaan ini adalah kerana fungsi-fingsinya yang berlaku tanpa dikawal atau secara
automatik, didalam bidang perubatan juga ianya dikenali dengan nama “ involuntary
action ” , maka kita tidak sedar tentang pergerakan sistem saraf autonomic. Untuk
penerangan dan contoh, apabila salur-salur darah kita berubah saiz atau apabila
jantung kita berdegup dengan lebih pantas secara normalnya kita tidak akan sedar
bahawa perkara itu sedang berlaku didalam tubuh sendiri.. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh ahli pengkaji barat
yang mengatakan bahawa sesetengah manusia dapat dilatih untuk mengawal beberapa
kefungsian fungsi sistem saraf autonomik seperti kadar denyutan jantung atau tekanan
darah, Menurut ( bornemann 2019 ) menerusi latihan minda yang kontemplatif dapat
menjadikan ada antara manusia yang dapat mengawal kadar denyutan jantung
menerusi biofeedback dimana program ini terdiri daripada elemen-elemen latihan,
interceptif, sosio-afektif dan sosio-kognitif, yang semuanya berpotensi mempengaruhi
peraturan parasympathetic.
Efektor visera tidak bergantung pada fungsi sistem saraf autonomik, tetapi
menyesuaikan aktivitinya mengikut keperluan badan. Contohnya, jantung tetap
berdenyut walaupun semua saraf autonomik mengalami masalah, sistem saraf
autonomik mengawal kadar denyutan jantung dengan mempercepatkan kadar
dengupan per minit semasa melakukan aktiviti yang aktif seperti bersenam atau
memperlahankan kadar dengupan jantung per minit ketika bersantai,berehat atau tidur.
(Minetto et al., 2006). Stressor ahli sukan juga mempunyai hubungan dengan rembesan
neuroendocrine. Ini telah terbukti dengan senaman yang sangat dinamik, yang
melibatkan banyak otot, seperti berjalan selama 30-40 minit dengan intensiti 70%
daripada kapasiti oksigen maksimum atau bersamaan dengan 80% daripada kadar
denyut jantung maksimum, menunjukkan peningkatan rembesan hormon (Hackney,
2006). Rembesan hormon disebabkan oleh peningkatan sistem saraf sympatetik (SNS),
sebagai sistem jangkaan tekanan. Peningkatan aktiviti SNS merangsang peningkatan
rembesan katekolamin secara langsung pada target sel dan juga peningkatan sirkulasi
katekolamin yang disebut dengan simpatik “Spill-over”. Sistem saraf autonomik ini
amat penting didalam kelangsungan kehidupan dan reaksi tindak balas manusia dalam
keadaan – keadaan tertentu iaitu pada waktu kecemasan atau tertekan (memberi kesan
‘fight or flight’), atau pada waktu bukan kecemasan yang membolehkan kita berehat dan
menghadam makanan (rest and digest). Menurut ( Hakan 2016 ) sistem saraf
autonomik mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan integriti fisiologi sel,
tisu, dan organ seluruh badan dikekalkan (homeostasis) dalam menghadapi gangguan
yang dikenakan oleh persekitaran luaran dan dalaman. Menurut Langley Sistem saraf
autonomik mengawal Otot-otot Kulit termasuklah folikel-folikel rambut dan otot-otot licin,
seterusnya salur-salur darah yang diciptakan dengan mengandungi otot-otot licin,
kemudian pada bahagian mata , seterusnya Perut, usus, dan pundi kencing dan
Jantung yang merupakan antara organ utama dalam fungsi membekalkan darah
dengan mengepam sepanjang waktu dan Kelenjar-kelenjar.

Pusat kawalan fungsi autonomik

Sistem saraf autonomik bukanlah sistem saraf yang dikawal secara sendiri. Semua
output asalnya daripada sistem saraf pusat dan semua inputnya dari korteks serebral
(cerebral cortex), hipotalamus, medula oblongata, dan cabang somatik sistem saraf
periferi.

Korteks Serebral (The Cerebral Cortex)

Keupayaan minda dapat mempengaruhinya sistem saraf autonomik stress dan


kemarahan dapat menaikkan tekanan darah, manakala denyutan jantung bertambah
kencang,apabila ketakutan, Rangsangan dengan memikirkan tentang imej seksual akan
merangsang pengaliran darah ke organ seks. Sistem anggota badan (limbic system)
merupakan satu bahagian ‘lama’ pada korteks serebral, terlibat dalam pelbagai respons
emosi dan ada hubungan yang meluas dengan hipotalamus, kawasan di mana
beberapa nucleus kawalan autonomik berada. Oleh itu, sistem tubuh badan
menyediakan ruang yang menghubungkan antara pancaindera (sensory) dan
pengalaman-pengalaman mental dengan sistem saraf autonomik.

Hipotalamus

Jika kawasan major sistem saraf pusat yang mengawal sistem motor somatik adalah
motor korteks yang utama. Kawasan hubungan kecil yang berada pada lantai otak
mengandungi banyak nucleus untuk fungsi-fungsi yang primitif seperti lapar, dahaga,
dan regulasi haba (thermoregulation), emosi dan seksualiti. Menurut ( Sugiharto 2012 )
pusat kontrol stres terdapat di hipotala- mus dan batang otak, termasuk parvos- elular
kortikotropin hormone (CRH) dan Orginine-vasopressin (AVP), paraven- tricular nuclei
(PVN) dalam hipotala- mus dan juga locus ceruleus (LS)- nor- epineprin (Sistem saraf
simpatik/SAM). Hipotalamik-pituitari-adrenal axis (HPA axis ) yang merupakan
representatidari system limbic, melalui otak mempen- garuhi seluruh organ tubuh.
Rangsangan artificial daripada pelbagai kawasan hipotalamus dapat mengaktifkan
respon tipikal sistem saraf simpatetik (fight or flight) atau kesan tipikal parasimpatetik
(tenang). Output daripada hipotalamus bergerak secara besar-besaran kepada nukleus-
nukleus dalam kebanyakan kawasan kaudal (ekor) tangkai otak, dan daripada situ ke
saraf-saraf kranial dan neuron-neuron simpatetik pada saraf tunjang.

Otak tengah, Pons, dan Medula Oblongata

Kawasan-kawasan ini adalah rumah kepada sejumlah nukleus-nukleus autonomik,


pusat-pusat kardiak dan kawalan vasomotor, air liur, pengecutan dan pembesaran anak
mata, serta beberapa fungsi primitif yang lain. Kebanyakan nukleus-nukleus adalah
dalam formasi reticular yang memanjang dari medula ke hipotalamus. Output
autonomik daripada nukleus-nukleus ini bergerak dari saraf tunjang dan akumulator,
muka, glossopharyngeal, dan saraf vagus.

Saraf tunjang

Refleks autonomik seperti membuang air besar, membuang air kecil, ereksi, dan
ejakulasi adalah berada di dalam saraf tunjang. Otak juga membenarkan proses
membuang air besar dan kecil dilakukan secara sedar. Namun apabila terdapat
kecederaan-kecederaan yang memisahkan sebahagian hubungan di antara saraf
tunjang dari otak, refleks autonomik sahaja yang akan mengawal pengeluaran urin dan
najis.

Bahagian-bahagian dalam Sistem Saraf Autonomik


Sistem saraf autonomik terbahagi kepada 2 bahagian/ subsistem:

1. Sistem saraf Simpatetik (Sympathetic Nervous System)

2. Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)

Terdapat perbezaan anatomi dan fungsi-fungsi di antara kedua-dua bahagian ini, tetapi
selalunya bertindak pada organ yang sama dan mungkin bekerjasama atau mempunyai
kesan yang berbeza.

Sistem saraf simpatetik (Sympathetic Nervous System)

Sistem saaf simpatetik bermula dari saraf tunjang. Secara spesifik, sel-sel saraf
tunjang. Secara spesifiknya, sel-sel badan neuron yang pertama (neuron
pregangalionik) terletak di dalam saraf tunjang toraks dan lumbar. Akson-akson
daripada neuron-neuron ini dibawa kepada rantaian gangliayang terletak berhampiran
saraf tunjang. Dalam kebanyakan kes, neron ini akan melakukan proses sinaps dengan
neuron yang lain di dalam (post-ganglionic neuron) ganglion . beberapa neuron
preganglionik dipindahkan kepada ganglia yang lain yang berada di luar rantaian
simpatetik dan melakukan proses sinaps di situ. Neuron post-ganglionikkemudiannya
dipindahkan ke kawasan sasaran – samada otot atau kelenjar. Dua lagi fakta tentang
saraf-saraf simpatetik: proses sinaps yang berlaku di dalam ganglion menggunakan
acetylcholine sebagai neurotransmitter, manakala sinaps yang berlaku di dalam neuron
post-ganglionik menggunakan norepinephrine sebagai neurotransmitter. Namun begitu
terdapat satu pengecualian: neuron post-ganglionik simpatetik yang merangsang
kelenjar peluh menggunakan acetylcholine. Memberi kesan tindakan ‘lawan atau lari’
(fight or flight) dengan cara meningkatkan penjanaan tenaga badan dan menghentikan
proses penghadaman. ( Menurut Laurie 2007 ) dengupan jantung yang semakin pantas
dan tekanan darahnya yang meningkat, keadaan tubuh yang berpeluh dan perasaan
merasai lonjakan adreanaline ini adalah beberapa kesan aktiviti saraf simpatik dalam
tubuh Joe

Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)

Sel-sel badan sisten saraf parasimpatetik terletak di dalam saraf tunjang (sacral region)
di dalam medula oblongata. Dalam medula, saraf kranial ΙΙ, V , ΙΧ, dan membentuk fiber
preganglionik simpatetik. Fiber preganglionik daripada medula atau saraf tunjang
membawa impuls kepada ganglia berhampiran dengan organ sasaran dan berlaku
proses sinaps di situ. Proses sinaps ini menggunakan acetylcholine sebagai
neurotransmitter. Daripada ganglion ini, neuron post-ganglionik membawa impuls ke
organ sasaran dan menggunakan acetylcholine sekali lagi pada terminalnya.
Memberikan kesan tindakan ‘rehat dan hadam’ (rest and digest), menyebabkan sistem
saraf kembali tenang dan menjalankan fungsi-fungsinya yang biasa, dan proses
penghadaman berjalan seperti biasa.

Berikut merupakan ringkasan tentang kesan stimulasi simpatetik dan parasimpatetik.


Kesannya adalah bertentangan di antara satu sama lain.
Sistem saraf simpatetik (Sympathetic Nervous System)

Tindakan yang diberikan

1. Melencongkan aliran darah jauh dari usus perut (Gastro-intestinal/GI) dan kulit
melalui proses penyempitan salur darah (vasoconstriction). Darah mengalir ke
otot-otot rangka,
2. kadar paru-paru dikekalkan dan ditingkatkan (sehingga 1200% dalam kes otot
rangka)
3. Membesarkan bronkiol paru-paru, yang membenarkan pertukaran oksigen yang
lebih banyak pada alveolar.
4. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kontraksi sel-sel nadi kardiak (miosit)
untuk meningkatkan pengaliran darah darah ke otot-otot rangka.
5. Membesarkan anak mata dan merehatkan lensa/kanta mata untuk
membenarkan lebih banyak cahaya memasuki mata.
6. Berlaku proses pengembangan (vasolidation) salur koronari untuk jantung.
7. Memberhentikan proses peristalsis.

Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)

Tindakan yang diberikan

1. Melebarkan salur darah supaya dekat dengan usus perut untuk meningkatkan
pengaliran darah ke kawasan ini. Proses ini penting untuk menghadamkan
makanan, disebabkan lebih banyak metabolisma diperlukan di perut untuk
badan
2. mengecilkan diameter bronkiol apabila keperluan oksigen berkurangan.
3. Ketika proses akomodasi/penyesuaian diri , sistem saraf parasimpatetik
menyebabkan berlakunya pengecutan pada anak mata dan lensa.
4. Sistem saraf parasimpatetik merangsang pengeluaran air liur, dan aktiviti
peristalsis, proses penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien oleh badan. Ia
turut melibatkan ereksi pada organ seks melalui saraf pelvik splanknik (pelvic
splanchnic nervous)
RUJUKAN

Bornemann B, Kovacs P, Singer T. Scientific Reports. 2019 May 27; Retrieved from
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6536553/

Hackney, C. A. 2006. Exercise As Stress- or To The Human Neuroen- docrine System.


Medicina, 42 (10):788-797

Hakan, Overview of the Anatomy, Physiology, and Pharmacology of the Autonomic


Nervous System 2016 June 06; Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/303959215_Overview_of_the_Anatomy_Physi
ology_and_Pharmacology_of_the_Autonomic_Nervous_System

Laurie Kelly McCorry, Physiology of the Autonomic Nervous System. 2007 Aug 15 :
Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1959222/

Minetto, M.A., Paccotti, P., Borrione, Masszza, G., & Ventura, M.. 2006. Effects of the
Training Status On Hormonal Response And Recovery From High-Inten- sity Isokinetic
Exercise: Com- parasons Berween Endurance- Trained Athletes And Sendentary
Subjects. Journal of Sports Med- icine and Physical Fitness, 46: 494-500

Sugiharto, 2012. Fisioneurohormonal pada stressor olahraga. Jurnal Sains Psikologi,


vol 2;2 ,hlm 54-66

Anda mungkin juga menyukai